CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HaMpEH KoBau

Mengenai Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia (merged)

[Copy link]
Post time 14-1-2008 05:09 PM | Show all posts

Reply #202 SangSaka's post

Tunku nak jadikan singapura sebagai pusat kewangan/ekonomi malaysia manakala kuala lumpur sebagai pusat pentadbiran. Tetapi dengan kehadiran singapura, populasi melayu dan cina dekat malaysia hampir2 sama, 50% 50%, dengan kata lain orang melayu bukan lagi majoriti yang besar. ini membimbangkan tunku dan pada masa yang sama lee kuan yew dok bising2 pasal malaysian malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2008 07:29 PM | Show all posts
Antara syarat utk malaysia merdeka ialah kena bg kerakyatan dan hak mengundi automatik pada kaum cina dan india kat sini, ini kalau ikut apa yg arwah atuk aku ckp, antara kata2 yg arwah atuk aku selalu ulang ialah "Cina ngan India ni tlg bg kita merdeka aja, dah merdeka nanti kita kuih (kuis) la depa semua".....skrg siapa yg kena kuis???
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 02:51 PM | Show all posts

Reply #203 dCrook's post

Yea setuju. Populasi bangsa cina ketika itu memang ramai, maka diperlukan Sabah dan Sarawak bagi membantu untuk membesarkan populasi kaum bumiputera. Kita masih boleh mengawal populasi itu sebenarnya. Tapi isu sebenarnya ialah bukan populasi kaum, tetapi ancaman dari LKY untuk mencetuskan sentimen bangsa dan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 03:29 PM | Show all posts
Singapura mmg sedang giat menambah penduduk dgn target 10 juta org.Cara paling ekspress adalah dgn mengimport rakyat China,Taiwan,Macau,Hong Kong dll negara berasaskan Cina(boleh ke ayat macam ni?)

Keluasan pulau akan ditambah dgn kaedah penambakan laut(dgn pasirnya dibeli dr M'sia & Indon)sedikit demi sedikit.Kalau tak salah penambakan yg telah dilakukan sampai sekarang berjaya menambah 25% drp keluasan asal dan akan diteruskan.Sekiranya kes Pulau Batu Putih mereka menang(melalui ICJ), penambakan akan dilanjutkan sehingga sampai ke pulau itu.Kaedah lain adalah dengan menjadikan WPI(Wilayah Pembangunan Iskandar) sbg tapak pendudukan mereka yg paling hampir dengan menguasai hartanah dan perniagaan di situ.

Sementara itu jumlah peratusan penduduk asal Melayu akan terus berkurang dr 14% ke 10% atau mungkin sehingga 5% dalam tempoh itu(penambahan ekspress penduduk Cina).

Penduduk Melayu S'pura memang tidak peduli dgn kuasa politik disebabkan tidak ada harapan utk mendapatkannya(dasar satu parti LKY dan bil. yg sedikit).Cukup sekadar berpuashati dgn kehidupan yg agak selesa dan kehidupan beragama mereka tidak diganggu(kecuali tak boleh azan kuat dan isu tudung di sekolah).

p/s:kalau setakat nak hidup selesa baik lagi di UK,Australia,France,Switzerland dll negara maju,tak payah kuasa politik juga,tapi biarlah asal diorang bahagia bak kata diorang..

[ Last edited by  rempo at 16-1-2008 01:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 04:50 PM | Show all posts
Tanpa laungan azan dan tak boleh pakai tudung kat pre-school sekolah kerajaan tak mengapa bagi orang Melayu Singapore.. (tak semua)...

Hilang kekuasaan politik dan pemilikan tanah pusaka tidak mengapa bagi penduduk Melayu Singapore...

Menumpang dinegeri leluhur tidak mengapa bagi Melayu Singapore..

ASALKAN... DAPAT HIDUP LEBIH SELESA/BAHAGIA DARI MELAYU-MELAYU LAIN DI MUKA BUMI INI...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:33 AM | Show all posts

Balas #207 feldboy\ catat

Sememangnya majoriti rakyat Melayu Singapura berfikiran demikian. Mereka yakin dan percaya bahawa mereka lebih mewah, lebih kaya dan lebih hebat kehidupan mereka, dari bangsa melayu lain di dunia ini - Malaysia, selatan Thai bahkan di Indonesia. Kita akui bahawa mereka mungkin lebih kaya, tetapi ini tidak bermakna berjaya berjaya mengatasi kekayaan orang melayu lain di Malaysia ini. Tidak mungkin ada yang ada sekaya Syed Al Bukhari.

Jadi, apabila mereka sudah rasa mereka sudah kaya, mereka peduli apa lagi dengan warisan. Dengan bangsa. Barangkali juga dengan agama. Mereka peduli apa denagn perjuangan bangsa sebab secara peribadi mereka sudah kaya. Mereka sudah berjaya diperbodohkan oleh LKY sejak berdekad lalu.

Kepada saudara-saudara aku yang masih menetap di Singapork, inilah juga sering dibahaskan kalau kami bertemu. Aneh sekali, dalam kehebatan menceritakan kehebatan mereka yang 'kununnya' kaya di Singapork, ada hati gak nak balik ke kampung bila dah tua nanti. Nak mati kat sini agaknya.

Aku cakap pada mereka, mereka lebih sesuai mati di Singapork, sebelah kubur LKY nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2008 11:23 PM | Show all posts
xpe, yg penting itu important
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 01:41 AM | Show all posts
Jika s'pore tak keluar Msia..tentu s'pore takkan jadi negara maju mcm skrg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2008 05:36 AM | Show all posts

Reply #210 ali_ptk_07's post

Yes... yang penting sekali adalah KEMAJUAN...
walaupun tanah pusaka sekangkang kera tergadai....
Menjadi orang asing di negeri sendiri....
Asal MAJU... who cares?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:04 PM | Show all posts

Sejarah Pemisahan Singapura.

Hari Ini dalam Sejarah

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

ulasan-Tindakan Tunku telah menyelamatkan Malaysia dari menjadi huru hara.Buku 13 MEI 1969 Sebelum & Selepas hasil karya Tunku banyak menceritakan kisah sejarah bermulanya bunga2 punca 13 Mei ini dan perasaan seorang Perdana Menteri jika negaranya dalam keadaan darurat. Jasamu akan sentiasa dikenang.


yang aku bold tu masih debatable. bincang elok-elok la yer ;)


P/S : rujukan bolah korang google.keyword dia sama macam tajuk di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:06 PM | Show all posts
Reply 1# 5229

Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.


rasanya kat sini ada kaitannya...
Di antara tahun 1964 dan 1965, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia. Pertama, terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara PAP dan pelampau perkauman di kalangan orang-orang Melayu di persekutuan. Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur. Kedua, usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya 1964 di Tanah besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur. Ketiga, pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep‘Malaysian Malaysia’. Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan, khususnya UMNO, sebagai satu manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri- pada ketika ini bukan sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat.

Perbezaan-perbezaan politik di antara Perikatan yang diketuai oleh UMNO dan PAP, memuncak sepanjang tahun 1964. Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untuk mencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura, yang Tunku bersetuju untuk melakukannya. Menurut Milne, pada masa ini strategi PAP nampak seperti cuba untuk memecahbelahkan antara UMNO dan MCA dengan menunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dan dengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan. Ini adalah harapan yang dikejar oleh PAP semasa pilihanraya 1964 apabila ia bertanding di kawasan yang ditandigi oleh MCA dan bukan terhadap UMNO. Namun usaha memecahkan MCA dari UMNO gagal.


sedikit lg tambahan utk yg bold..
PAP percaya dengan usaha untuk menonjolkan kewujudan masalah-masalah bersifat perkauman, mengupas maslah tersebut dan menekankan keperluan untuk mengatasinya demi kelangsunagn Malaysia. Perikatan, pula percaya adalah perlu sesebuah negara mempunyai keharmonian kaum. Ia khuatir pendedahan masalah berkaitan kaum secara terbuka akan hanya mendatangkan masalah. Perbezaan dalam pendekatan ini barangkali disebabkan pertentangan pendapat dalam pembawaan masing-masing. PAP adalah sebuah parti yang berpokok pangkalkan ideologi, manakala perikatan mencurigai apa-apa bentuk ideologi.

petikan dr : ISU PEMISAHAN SINGAPURA-MALAYSIA: RASIONAL KESELAMATAN POLITIK (MOHD RIZAL MOHD YAAKOP) -JEBAT 36 (2009)

    lee kuan yew bkiblatkan china.. tu pon rasanya point ptg dlm isu nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:16 PM | Show all posts
Reply 210# 5229

tred dah merge dgn yg sedia ada...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 12:33 AM | Show all posts
Tahun 70 an dan 80 an kalau tinggal macam kat area Queenstown, Toa Payoh, budak 2 membesar berkelahi dengan budak cina jer. Budak2 cina selalu cari pasal. Kalau kita main takraw nanti ada lah 3/4 orang bavi2 ni saja ajer jalan kat tengah2 court jalan konon ikut short cut.  Bayang kan tengah libas2, dorang boleh saja jalan kat tengah sebelah jaring!!! Yang main takraw tu pun bukan budak2 kecik dah dalam awal 20 an. Kalau sound ajer kat budak2 cina ni, nanti siap lah dorang kata '' So what?'' ''Why cannot ah?'' Dah tu kita cakap, '' We are playing how come you walk here?'' Budak vavi2 yang umur dalam lewat belasan ni akan ambik bola takraw tu baling jauh2.  Nanti kalau ada salah sorang kita naik angin tolak satu cina ni, yang sekor bavi ni akan lari cari budak cina lain dan datang lah dalam 15/20 cina semua fighter2. Bayang kan kalau kita dalam 10/12 orang melayu kat court tu bergasak dengan 20 cina!! Selalu terjadi kes mcm ni. Dorang sengaja cari pasal.
Sama jugak kalau dorang main basketball. Kalau bola dorang ni meleret ke arah budak melayu yang memang duduk agak jauh tengah borak2 dan kita buat tak tahu, dorang akan ajak gaduh pasal kita tak campak kan balik bola kat dorang ni. Tapi kalau ada hari kita campak balik dan bola tu tersalah campak terkena badan atau terpesong jauh pun gaduh jugak. So serba salah.
Pernah kita main bola antara budak cina dengan melayu. Masing2 sengaja cari pasal. Tak sampai 5 minit perang meletus.

Ada beberapa kali dalam mid 80's. Kat Queenstown budak2 melayu dari area Pasir Panjang, Bukit Timah, Telok Belangah dan banyak tempat join forces rentap dengan budak cina dalam 200 orang dan kita ada dalam 70 orang. Berdarah darah. Sampai sekarang aku masih ada liang besar kat kepala aku.
Kat Vocational Pasir Panjang budak melayu tunggu bas nak balik. Melayu memang ramai kat sekolah vocational. Kena attack dengan 25 cina. Berterabur lari budak2 sekolah ni. So keesokan hari kita attack pulak tempat dorang rilek kat satu kawasan meja pingpong kat Bukit Merah untuk balas dendam.
Kita orang membesar berkelahi ajer dengan cina. Nak kata kan tiap2 minggu ada ajer gaduh sana sini. Orang kat Malaysia ni tak tahu cerita. Benda ni tak keluar surat khabar.
Sampai dah hilang rasa gentar nak berentap dengan cina ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:10 PM | Show all posts
Reply 213# star_karat

pergh, perang kecil kecilan selalu meletus yer kat singapore? baru aku tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 210# 5229

"Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab."

hihihihi..

bg pandangan sy,
kite, org Melayu Malaysia adalah sememang2nya penduduk asal semenanjung tanah melayu.

sebelum Perjanjian 1824,
(perjanjian 1824 yang memisahkan dunia kepulauan Melayu; british amiik semenanjung tanah melayu manakala belanda amik semua kepulauan melayu atau nusantara yg lain)
org2 dalam rumpun Melayu spt; melayu, bugis, jawa, minang, dll..
masing2 mengembara ke seluruh Kepulauan Melayu @ Nusantara.
kepulauan melayu ni sbg cth adalah sama mcm eropah skrg terdiri dr pelbagai negara2.
kalu nak pk logik, ia adalah sama juge dengan kepulauan melayu yg time tu terdiri dr pelbagai kerajaan, cth: melaka, majapahit, gowa, banjar, mempawah dll.

cth nye: melaka,
melaka meliputi seluruh tanah melayu dan beberapa bahagian di sumatra.
melaka berpusat di melaka.
kalu kite amik cth skrg, malaysia, malaysia meliputi seluruh tanah melayu dan gabungan sabah dan sarawak.
dan malaysia sekrang berpusat di Putrajaya.
benda ni adalah sama saja

begitu juge ngan indonesia skrg, meliputi seluruh sumatra, jawa, sulawesi,
dan skrg berpusat di jakarta.

kalu amik cth zaman dulu,
cth majapahit, meliputi seluuruh jawa dll,
pastu berpusat di sekitar2 surabaya (kalu tak silap..hihi..kalu salah tlg perbetulkan)
cth gowa, meliputi seluruh sulawesi selatan dll,
pastu berpusat di makassar.
cth mempawah,
meliputi daerah mempawah,
pastu berpusat di sebukit rama (time daeng menambun)
cth srivijaya, meliputi seluruh sumatra dll,
pastu berpusat di salah satu tmpt ni samada di Jambi atau di palembang. (sebab pusat sirvijaya masih diperdebatkan lagi)

dan,
mereka semua2 ini adalah penduduk asal di kepulauan melayu atau nusantara.
sebab tu, masing2 mengamalkan budaya masing2 di tempat masing2.
melayu di , sumatra, kalimantan, jawa dan sulawesi selatan, mengamalkan budaya mereka kat indonesia.
bugis, jawa, minang, dll mengamalkan budaya mereka kat malaysia.


kalu pk logik,
org india dan cina,
adalah dr asia yg berbeza, kan?
mereka adalah dr asia timur utk cina, korea, jepun.
dr asia selatan utk india,
dr asia tgh utk arab dll.
dan kite semua org melayu malaysia dan org indonesia adalah dr asia tenggara.
memang le, semuanya adalah dr asia,
tp dr asia yg berbeza arah dan tempat.

zaman dulu,
org melayu pun ade mengembara ke sulawesi selatan, jawa, sumatra, kalimantan dan menetap di sini.
begitu juge sebaliknya, bugis, jawa, dll, turut mengembara dan menetap di semenanjung tanah melayu.
sebabnya, tempat2 tersebut adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

then, bile perjanjian 1824 temerterai, dan dikuatkuasakan pd tahun 1825,
org semenanjung tanah melayu dan kepulauan melayu atau nusantara terpisah,
sebabnye, semenanjung tanah melayu aadalah milik british manakala yang lain tu semua milik belanda.
tp, kebanyakan penduuduk di semenanjung tanah melayu dan kepualaan melayu lain masih lagi mengembara ke tmpt masing2..
sehingga british kuatkan undang2, sy pun tak pasti tahun bile, mereka yg selain penduduk semenanjung tanah melayu adalah dipanggil imigran.


yer,
mmg kebanyakan org melayu malaysia skrg mempunyai campuran cina, india, barat, arab dll.
tp, jati diri mereka rata2 adalah melayu or masing2 nak buat pilihan masing2
atau nak lg best, dipanggil pan-asia,hikhikhihikhiki..taklah..hihihi..
cth nye, ungku aziz turut menyatakan dia adaalah org melayu walaupun die ade campuran lain.




so, adakah kite ni pendatang?

bg pandangan sy adalah tak, sory hujah tak cukup power lg,
insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:51 PM | Show all posts
simple je...

cina dari tanah besar China.
indian dari India.
melayu dari sinilah..(asia tenggara)..takkan dari saudi arabia pulak..

tak gitewww?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 06:03 PM | Show all posts
Reply 216# thessailly


a'ah bro muay thai.
hhehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:26 AM | Show all posts
mengapa dikenang barang yang dah lepas. singapura bahagia dengan caranya sendiri...
sedara mara aku kat sana jarang merungut pasal ketidakadilan pemerintah walaupun segala benda depa kena bayar...

apakah kalau dr dulu kita ditadbir seperti singapura, kita juga akan jadi kuat dan maju seperti mereka?

dah kebal la...minyak naik, takde subsidi...etc... kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 5-7-2011 20:28

dah kena cuci otak... itu gunanya khidmat negara... selalu guna slogan '' Demi Negara, Majulah ''
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:33 PM | Show all posts
Tahun 70 an dan 80 an kalau tinggal macam kat area Queenstown, Toa Payoh, budak 2 membesar berkelahi dengan budak cina jer. Budak2 cina selalu cari pasal. Kalau kita main takraw nanti ada lah 3/4 orang bavi2 ni saja ajer jalan kat tengah2 court jalan konon ikut short cut.  Bayang kan tengah libas2, dorang boleh saja jalan kat tengah sebelah jaring!!! Yang main takraw tu pun bukan budak2 kecik dah dalam awal 20 an. Kalau sound ajer kat budak2 cina ni, nanti siap lah dorang kata '' So what?'' ''Why cannot ah?'' Dah tu kita cakap, '' We are playing how come you walk here?'' Budak vavi2 yang umur dalam lewat belasan ni akan ambik bola takraw tu baling jauh2.  Nanti kalau ada salah sorang kita naik angin tolak satu cina ni, yang sekor bavi ni akan lari cari budak cina lain dan datang lah dalam 15/20 cina semua fighter2. Bayang kan kalau kita dalam 10/12 orang melayu kat court tu bergasak dengan 20 cina!! Selalu terjadi kes mcm ni. Dorang sengaja cari pasal.
Sama jugak kalau dorang main basketball. Kalau bola dorang ni meleret ke arah budak melayu yang memang duduk agak jauh tengah borak2 dan kita buat tak tahu, dorang akan ajak gaduh pasal kita tak campak kan balik bola kat dorang ni. Tapi kalau ada hari kita campak balik dan bola tu tersalah campak terkena badan atau terpesong jauh pun gaduh jugak. So serba salah.
Pernah kita main bola antara budak cina dengan melayu. Masing2 sengaja cari pasal. Tak sampai 5 minit perang meletus.

Ada beberapa kali dalam mid 80's. Kat Queenstown budak2 melayu dari area Pasir Panjang, Bukit Timah, Telok Belangah dan banyak tempat join forces rentap dengan budak cina dalam 200 orang dan kita ada dalam 70 orang. Berdarah darah. Sampai sekarang aku masih ada liang besar kat kepala aku.
Kat Vocational Pasir Panjang budak melayu tunggu bas nak balik. Melayu memang ramai kat sekolah vocational. Kena attack dengan 25 cina. Berterabur lari budak2 sekolah ni. So keesokan hari kita attack pulak tempat dorang rilek kat satu kawasan meja pingpong kat Bukit Merah untuk balas dendam.
Kita orang membesar berkelahi ajer dengan cina. Nak kata kan tiap2 minggu ada ajer gaduh sana sini. Orang kat Malaysia ni tak tahu cerita. Benda ni tak keluar surat khabar.
Sampai dah hilang rasa gentar nak berentap dengan cina ramai2.
star_karat Post at 15-5-2011 00:33



Menarik Kisah Star Karat...


Sebenarnya Kejadian Pergaduhan Berlaku sejak zaman selepas perang dunia kedua lagi... ramai Cina tak puas hati pasal Orang Melayu Tolong Jepun....



dekat Pulau Pinang pun sama....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.078373 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list