CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nazra81

[Copy link]
Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 27-7-2004 09:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 27-7-2004 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 26-7-2004 02:46 PM:

Mungkin saudari boleh berkongsi pandangan dan berikan contoh-contoh lirik dalam album ini yang sdri rasa mengkagumkan atau luar biasa, supaya boleh saya lihat ke mana arah 'kiblat' sdri...


Lirik2 揘azraku
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2004 01:27 AM | Show all posts
Apa yang saya fikir

Cerita tentang akses kepada satu wacana (discourse) amat menarik sekali. Apakah perlu dalam membuat satu kerja seni kita mencipta satu kumpulan kata-kata dalam wacana (dalam konteks ini lirik muzik 'pop') yang lebih mudah secara relatifnya demi untuk memberi 'peluang' kepada seluas-luasnya khalayak menikmati/didedahkan nya/kepadanya?

Secara kasar kita boleh kata, selagi apa yang mahu disampaikan itu sampai pada matlamatnya, itu sudah memadai. Lebih-lebih lagi dalam budaya yang berada dalam zaman peralihan seperti budaya kita ini. Atau seperti yang sdri sendiri sebut "Apa guna hebat dgn kata, hebat dengan falsafah, tp jalan yg ingin kita tunjukkan disesatkan sebelum sempat menjengah destinasinya?"

Masalahnya:

(i) Bila matlamat kita itu THE LOWEST COMMON DENOMINATOR, apa ukuran yang kita perlu guna? Apakah kita boleh, dari puncak, menelah faktor (dalam konteks ini linguistik, muzik, dan pengetahuan) yang dikongsi bersama khalayak ini (dan juga khalayak di strata atas-atas)?  Atau apakah kerja ini seperti menggagau permata hitam di waktu malam di dalam bilik yang gelap gelita ?

(ii) Satu-satu wacana itu lahir dari pergelutan antara kuasa dan kemahuan-untuk-kebenaran (will-to-truth). Lalu,  ada aspek yang dipinggirkan, disembunyikan dan dimusnahkan. Apakah dengan melakukan self-censorship tambahan (demi untuk akses) kita membebankan lagi wacana yang sudah lahir cacat ini? Dan apakah kerana terpaksa (atau dengan rela) berkompromi kesetiaan kepada kebenaran (fidelity to truth) kita pula mungkin menjadi korban?

2. Saya pun perasan seperti ada keinginan untuk membikin tema untuk album Spider ini. Lirik dia merungkai-rungkai, cuma kadangkala bila tersangkut kat baris-baris yang tak berapa bagus tu, hilang nafsu nak menelitinya...Pandangan saya sendiri, kalau nak dibayang tema: saya bayangkan seorang itu berada di dalam bilik kelam keseorangan dihantui cerita-cerita lama; dan setiap lagunya dinyanyikan dalam keadaan yang kacau sangat (the only way to explain the bad lyrics, he he). Setiap satu lagu macam mahu mengenang kembali apa yang sudah berlalu atau mahu memberi semangat atau cuba menafikan apa yang sudah berlaku, tapi kenyataannya penyanyi lagu ini bersendirian, kesepian dan sudah tidak bersemangat lagi.  

A depressing (in a good way methinks) album...
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 28-7-2004 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 28-7-2004 01:27 AM:
Apa yang saya fikir

Cerita tentang akses kepada satu wacana (discourse) amat menarik sekali. Apakah perlu dalam membuat satu kerja seni kita mencipta satu kumpulan kata-kata dalam wacana (dalam  ...


Saya faham maksud awak. Still, tak ramai yg sanggup fikir macam tu, waima Loloq sendiri. Dia pernah kata to my daddy, "I can play with words, put certain meaning to it. But, to lay down such wonderful path as this... I will never make it." (Merujuk kpd cerpen yg saya kagumi, Jardin En Me Casa). Bkn smua org mampu jd penulis yg boleh dianggp gred A. Penulis begini, dicmpk ke mana pun akan jd intan... Loloq hanya bagus dgn lirik & yes, kecelaruan dlm album ni disengajakan, saya baru tahu smlm...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2004 02:00 PM | Show all posts
Kat mana boleh saya baca cerpen Jardin en mi casa ini?

>>>yes, kecelaruan dlm album ni disengajakan

Kenapa agaknya? Kalau ada latar tambahan eloklah dikongsi, kan?
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 28-7-2004 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 28-7-2004 02:00 PM:
Kat mana boleh saya baca cerpen Jardin en mi casa ini?

>>>yes, kecelaruan dlm album ni disengajakan

Kenapa agaknya? Kalau ada latar tambahan eloklah dikongsi, kan?


Rupa2nya Loloq pembaca setia thread ni. Daddy tanya saya sama ada aktif mana2 forum ke, so saya ckpla sbb tak pernah tipu daddy. Tak pernah jumpa Loloq walau dia kenalan daddy. Loloq nak baca lbh byk pendpt2 bernas kat sini. Daddy call dr Glasgow, next week baru blk, nanti saya tanya dia dgn lbh mendlm lg. Tiba2 menyesal lak guna nama betul kat forum ni, tp takpela, kat mana2 pun mmg selalu guna nama betul. Tp yg pasti, Loloq bukan guna nama saya utk lagu Nazraku tu. Dia mmg suka guna perkataan tu dr zmn muda2 lg. So, bila saya lahir, daddy yg cedok nama tu kasi kat saya.

Cerpen tu dah jd hak DBP. Tp, nanti saya tanya tuan punya diri dulu. dia tentu ada simpan salinannya. Utk elakkan isu plagiat atau hak cipta apa kata awk private msg saya email awk, saya rasa tak mungkin nak kasi open macam ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 28-7-2004 08:36 PM | Show all posts
Petikan Harian Metro, ruangan soseh-soseh, 28 Julai 2004.

Dapat projek untuk TV Indonesia

CERITA artis Malaysia dan Indonesia bekerjasama berlakon drama dan filem sudah biasa SS dengar begitu juga menjayakan persembahan nyanyian.

Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) juga bekerjasama dengan Prima Entertainment Indonesia (PEI) menghasilkan drama bersiri Begitulah Cinta yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia begitu juga lokasi penggambaran di kedua-dua negara.

Tapi baru-baru ini SS dengar satu produksi tempatan sibuk dengan rakaman satu program untuk siaran televisyen Indonesia. Katanya, produksi itu mendapat job menerbitkan program Hard Rock Asia yang menampilkan penyanyi-penyanyi Malaysia menyanyi di Harc Rock Cafe Kuala Lumpur.

Antara artis terbabit ialah Ella, Dayang Nurfaizah dan Spider. Konsep sama dilakukan untuk negara lain seperti China, Thailand dan negara Asia lainnya.

SS juga dengar, bukan setakat itu saja, produksi ini juga dalam persiapan menghasilkan satu lagi projek membabitkan beberapa penyanyi terkenal Malaysia. Kali ini penyanyi yang menjadi pilihan mereka ialah yang cukup popular di Indonesia seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan Too Phat. Turut masuk dalam senarai ialah Yusry KRU.

Tapi rakan SS tidak berani ceritakan lebih lanjut konsep rancangan ini kerana masih dalam perancangan dan bimbang diciplak pihak lain.

Apa yang pasti, SS dengar konsepnya lebih kepada temubual dengan beberapa pihak mengenai penyanyi ini. SS dengar mereka akan dipanggil beberapa wartawan tanah air untuk bercakap mengenai artis berkenaan.
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 28-7-2004 08:38 PM | Show all posts
Petikan The Malay Mail, 28.7.2004.

Buzz: MUSIC: Sugar-coated rock
Adly Syairi

... Exists had a new lease of life when they decided to go for a musical and lyrical makeover while newer bands like Spider and Evenstarr have further proved Malay rock can sound as good as its English counterpart with some intelligence and better references...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 30-7-2004 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 29-7-2004 12:41 AM:


Oh tidakkkk! Tak leh lah ahkaks nak kutuk kaw-kaw nyah oiiii.... suh dia baca gosip jelah lagik bagus....:malu:



Saya rasa tak salah kita memperkatakan pendapat kita secara terbuka di sini krn internet adalah satu-satunya wadah yg masih belum tercemar dgn birokrasi. Jadi, awak boleh abaikan Loloq tu…:ah::ah:
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 30-7-2004 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 29-7-2004 12:41 AM:

tak dapat nak menelah apa yang cuba disampaikan Spider selain daripada apa yang sudah jelas (obvious) atau yang sudah sedia ada (preconceived notions of what a malay rock band is).


Sebelum saya memberi pandangan tentang Spider ni, saya ada sedikit cerita utk dipetik.

Saya mengenali muzik secara formal ketika berusia 8 tahun. Masa tu saya rasa tentu seronok kalau dpt main biola macam dlm cerita Anakku Sazali. Selepas setahun, akibat cemburu dgn seorang abang yg saya dah tak ingat namanya, saya suruh daddy dptkan gitar (my 1st guitar!) utk saya. Namun apa yg indah, ketika hari jadi saya ke-10, daddy menghadiahkan saya satu piring hitam kesayangannya (masa tu rumah saya masih ada pemain piring hitam) yg mengandungi koleksi lagu2 Beethoven. Kerana piring hitam itulah saya melangkah ke dlm dunia piano.

Tp, apa yg ingin saya sentuh di sini, bukanlah cerita saya itu, tp bagaimana sesuatu yg hebat mampu mempengaruhi seorang manusia, walau seorg kanak2. Mesej yg otak saya terima pada masa Anakku Sazali dan abang itu adalah irihati; dengan bakat mereka yg muda tp mampu melakukan sesuatu yg hebat. Namun berlainan dgn Beethoven. Sampai kini saya terpaksa akui saya tunduk pd keistimewaannya. Pd saat pertama kali mendgr lagu Beethoven, hati saya menangis, terasa sebak, dan saya tiba2 membayangkan cerita, perjuangan dan kehidupan yang bermacam warna. Pelik, utk bdk berumur 10 tahun, sedangkan lagunya tanpa lirik, tanpa suara, hanya mainan jemari pada tangga2 piano. Beethoven menyampaikan mesejnya tanpa perlu gubahan kata atau suara yg mengasyikkan. Naluri saya faham apa yg ingin disampaikan. Selepas itu, saya suka mendengar lagu dgn menafsir kehendak muziknya sendiri tanpa menghiraukan liriknya.

Untuk Spider, saya juga seperti itu, tp kesannya tidaklah sehebat Beethoven. Untuk permulaan (ketika mula2 mengenali Ngam Ho), saya terima Spider sbb mesej muziknya, bukan mesej liriknya. Dr pemahaman muzik saya (berlandaskan ciri2 pemilihan tone & key instrumen serta olahan muzik dan semangat muzik itu), mesej kumpulan ni adalah hadapi hidup ini, harungi setiap kepayahan, walau terpaksa tunduk tp kita perlu bangkit, dan bangun kita mesti dgn megah. Itu bayangan saya bila saya mendengar muzik mereka dan kalau boleh itulah cerita yg saya harap dlm lirik2 mereka (namun, hanya satu dua lagu yg begitu sepjg 3 album mereka).

Tp, bila kita sandarkan mesej pd lirik2 lagu mereka, saya rasa mereka pun tidak mempunyai mesej yg jelas untuk perjuangan mereka, kecuali mereka sentiasa ingin menyelitkan kesinisan dan kritikan terhadap kehidupan dan persekitaran mereka, atau, barangkali, pengalaman hidup mereka (@ penulis lirik @ Loloq?). Jika Tam yg menulis lirik, itu jiwa Tam, mungkin itu mampu menggambarkan kehendak Tam pada muziknya seperti lagu Kekal dan Tony Gila Lucy (kedua2 lagu tiada mesej yg unik, sekadar satu penceritaan yg menghiburkan, tp cukup utk menggambarkan keinginan pengubahnya). Sebaliknya, bila Loloq yg menulis, keinginan dan kehendak mula berubah, sbb bukan jiwanya yang membentuk muzik itu, tp org lain (Tam @ Tony @ Nafi @ M. Nasir).


Apa yg saya bygkan ttg mesej kumpulan ini adalah seperti puisi di bawah (Nukilan seorg shbt, yg juga penulis Jardin En Mi Casa):

Thunder Heritage

A layman spoke through the breeze
telling about pearl under that ground
telling about gold under that ocean
evoke miscellaneous doubts.

Spirit left supremity behind
Liveliness flies with pride
Only fright remain for good,
to bring back the last dignity.

Journey ought to unceasingly
Desert still hope for water
The pole still there for sun shine
Arouse again, White Aster!

Confidence is forever
Strength and bravery excel this destiny
Seeking for a victory,
strong desire found away.

(Puisi ini sbhg dr arkib The International Library of Poetry, US)


Mungkin, satu hari mesej muzik kumpulan ini akan seiring dgn pemahaman org kebanyakan, bukan hanya difahami oleh mereka yg arif ttg muzik. Maksud saya, biarlah lirik mereka juga maju setanding muzik mereka. Lantas, mereka akan mampu menjadi lagenda muzik yg dicontohi, bukan sekadar pengisi ruang industri hiburan untuk satu2 zaman sahaja.

Nota: Saya minta maaf jika kebanyakan pendapat saya dlm semua thread berat kpd pengalaman saya yg tak seberapa. Ia juga lebih kpd pemikiran saya sendiri. Saya memang begitu, lebih gemar mencipta titik garis sendiri, walau apa yg saya baca, pelajari atau tahu, saya akan adunkan mengikut rentak hati dan minda sendiri. Masih banyak kelemahannya dan saya akan terus belajar utk memperbaiki kelemahan yang ada, ia tak akan habis walau nafas yg dpinjam telah dituntut.
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 30-7-2004 08:38 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 30-7-2004 04:29 PM:


Saya faham maksud sdri; setiap kali saya mendengar Bach dimainkan oleh Glenn Gould (saya tak tahu karya yang mana satu, CD saya tak berlabel - hasil pembikinan teroris media he he) saya rasa te ...


Identiti mereka pd fikiran saya jika melibatkan sosio mereka hanyalah muzik mereka, mereka begitu hidup dgn muzik mereka, sebahagian besar hari2 mereka adalah muzik mereka. Tp, bukan itu yg masyarakat nampak. Apa yg keluar di media atau jika ternampak mereka di satu-satu tempat, itulah yg ada dlm fikiran masyarakat. Isu peribadi mereka bukanlah perkara utama bg saya sbb saya secara tak langsung agk mengenali latar belakang mereka terutamanya Tam, kehidupan masa lampau dan apa terpaksa dihadapi hari ini, serta keadaan latar belakang atau persekitaran sepanjang hidup mereka byk menyumbang kepada kehidupan mereka kini. Mereka byk melakukan kesilapan dan mereka juga menyedarinya, kerana keadaan ini byk mempengaruhi keluarga mereka. Walaupun saya lihat mereka ingin berubah tp perubahan mereka agak tidak konsisten dan saya rasa itu terserah kepada mereka.

Penglibatan mereka dlm VCD atau filem adalah kehendak pengurusan, dan saya tidak ingin memberi komen ttg perkara tersebut. Di Malaysia, jika seseorg ingin terus berjaya, mereka perlu bersedia menghdapi karenah mastermind mereka. Saya juga agak mengenali beberapa org yg bertindak sbg career player beberapa artis yg sgt terkenal, termask yg paling terkenal itu, hasil perhubungan perniagaan ayah saya. Saya terus terang katakan Spider juga punya seorg dan saya agk tidak menyukai keadaan ini. Tp, inilah industri Malaysia (apa-apa bidang sekalipun, ada shj yg memegang kuasa monopolinya). Jika kita mengharapakan Spider lari dr semua itu, kita akn menyaksikan kejatuhan mereka. Mereka mampu gah dlm muzik mereka krn mereka bersedia berkorban. Apa yg saya tahu, VCD2 Spider adalah diantara yg paling tinggi jualannya (tentu org tu tersenyum gembira...).

Spider adalah anak didik M. Nasir dan mereka mungkin terpaksa dibayangi M. Nasir selama-lamanya, walaupun warna muzik mereka berbeza. Org akan sentiasa mengharapkan yg terbaik drpd mereka, M. Nasir sekalipun, sehingga dia sanggup menyerahkan bulat2 keseluruhan kerja rakaman album pertama Spider kpd kump itu sendiri. Mereka yg tiada latar belakang rakaman yg kukuh kecuali Nafi terpaksa belajar dr bawah. Nasib baik, usaha mereka menampakkan kemajuan. Mereka bagaikan mendpt didikan formal dr M. Nasir sendiri. Spider telah mewujudkan platform mereka sendiri terutama di kalangan wartawan, DJ2 dan peminat setia mereka. Tam juga sudah mempunyai landasan yg sendiri sbg seorg pencipta lagu. Jika kita mendgr lagu2 ciptaan Tam, kita akn dpt rasakan trademarknya sebelum kita tahu siapa penciptanya secara rasmi lagi.

M. Nasir pernah berkata; "Sepanjang penglibatan saya dlm dunia seni, saya tidak pernah menemui mana2 sekumpulan anak muda yg begitu mencintai muzik seperti Spider, mereka ada pandangan mereka sendiri dlm muzik. Cinta dan sayang mereka pd muzik akn membawa mereka lebih jauh tanpa perlu bergantung pada apapun, dan kehidupan mereka tidak menjadi pokok kerjaya mereka, tidak spt kebanyakan artis..." (Merujuk kpd kerjasama dlm Mentera Semerah Padi)
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 2-8-2004 01:01 PM | Show all posts
Sukanya dpt tgk Tam & Spider kat AF & Sure Heboh...

Tahniah, Spider masih lg menguasai carta2 lagu seluruh tanah air...

Relaku Pujuk juara Carta ERA, juara Hits Mutiara Pulau Pinang, juara Pujaan 10 Tawau, no.5 Carta Red 104.9.

Kacap Terlabik no.2 Carta Red 104.9 (tak pe, cuba rampas blk dr CT)

Cinta Dewa Dewi juara Hits Negeri Sembilan & no.2 Carta Best 104.
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 2-8-2004 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 31-7-2004 12:37 AM:


Sebelum saya bagi komen, sdri dah tonton vcd Mentera Semerah Padi (yang keluar sama dengan kompilasi dua disc Mentera)?... Kalau tak silap VCD tu dibuat spt konsert tertutup, so kalau Spider ya ...


Saya dah beli, mmg Spider yg jd musician & nyanyi sekali, masa tu rambut Tam pjg lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2004 02:57 PM | Show all posts
saya dah tak terikut perbincangan u all...terlalu detail dan di luar pengetahuan saya...

walaupun tak join but i really love to read it till the full stop.

:clap::clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 2-8-2004 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 31-7-2004 12:37 AM:


Sesuatu yang baru (dalam budaya) amat sukar untuk menembusi dinding mentaliti rakyat, kecuali ia menepati zeitgeist ketika itu, dan melihat kepada trend zaman ini, saya rasa laluan Spider amat-amat sukar, tapi saya salut mereka kerana walaupun menyedari hakikat ini mereka masih melakukan apa yang mereka mahu...


Perjalanan seni mereka mmg tidak semudah kebanyakan artis. Mereka terpaksa menunggu antara 3-4 tahun sebelum mereka benar2 boleh diterima masyarakat pendengar. Kini, mereka mempunyai alasan utk terus bergiat dlm bidang ini. Tp, saya tahu impian terbesar mereka bukanlah ingin menjadi artis yg paling hebat, tetapi para pemuzik yg berkaliber dan menjadi insan belakang tabir (seperti komposer, sound engineer dan sessionist) yg dihormati & disegani...


Tapi, saya rasa Spider sendiri perlu berusaha lebih keras untuk mencari ruang untuk menyebarkan diri mereka kerana setakat ini saya lihat secara formal PR mereka begitu teruk dan tidak teratur(kenapa tak ada web site Spider? Kenapa rekabentuk CD begitu teruk? Kenapa tak ada USP dari segi imej? Kenapa tak cuba ruang baru?), Mereka tak boleh mengharapkan muzik dan pemasaran konvensional sahaja... Dunia hari ini dunia imej dan realiti rekaan, mereka (dan kunchu-kunchu mereka) perlu faham hakikat ini dan mencari ruang yang terbaik dalam dunia ini...Mereka perlu tahu apa sebenarnya yang mereka mahu dan bagaimana untuk mendapatkannya.


Saya setuju ttg ini. Dgn nama yg mereka ada sekarang, mereka sepatutnya sudah mula berani bersuara & menunjukkan kuasa terhadap org2 yg tidak memberi manfaat langsung kpd perkembangan kerjaya & muzik mereka. Ada yg pernah mendengar impian mereka utk memajukan muzik mereka & mencari alternatif yg paling baik utk para peminat muzik & lagu, tp mereka hanya berani kpd rkn2 terdkt shj, mereka juga sgt mesra & ramah dgn masyrkt sekeliling bila tiada wartawan atau org2 yg terlibat scr langsung dgn bidang seni. Namun, bila berhadapan dgn pihak media atau kamera, atau org2 penting di blkg mereka, mereka jd takut & terlalu merendah diri. Sifat rendah diri itu perlu, tp keyakinan dan sedikit sifat angkuh kdg2 boleh membantu mereka agar menjadi lebih berani. Lihatlah, setelah hampir 6 tahun dlm bidang ni, mereka masih gagal utk berkomunikasi dgn wartawan atau media dgn baik, ciri2 pendiam & ragu2 mcm jd trademark Spider bila berhadapan dgn golongan yg saya sebutkan tadi, walaupun mereka sgt gah bila di pentas2 show...

Terlupa pula. Bab website mmg saya sgt sakit hati, dah lama saya tunggu, masa mula2 dulu boleh la diterima, tp skrg, lps 5 thn? Tak ke mendidih jadinya?

[ Last edited by Nazra81 on 2-8-2004 at 08:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 2-8-2004 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 2-8-2004 02:57 PM:
saya dah tak terikut perbincangan u all...terlalu detail dan di luar pengetahuan saya...

walaupun tak join but i really love to read it till the full stop.

:clap::clap::clap::clap:


Tak apa, asalkan sentiasa beri sokongan. Thanks, Kose. You're still my fav mod...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2004 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by Nazra81 at 2-8-2004 20:32:


Perjalanan seni mereka mmg tidak semudah kebanyakan artis. Mereka terpaksa menunggu antara 3-4 tahun sebelum mereka benar2 boleh diterima masyarakat pendengar. Kini, mereka mempunyai alasan utk ...


tentang website tu..

saya pun setuju ngan u all..

SPIDER adalah nama besar dan pada tahap mereka sekarang ni sepatutnya pihak NAR RECORD ataupun pihak SPIDER sendiri berusaha utk membuat satu website di mana semua peminat boleh menhetahui perkembangan SPIDER di sana...tapi jgnlah jadi macam kebanyakan official site artis kita yg langsung tak diupdate...lebih baik tak yah buat kalau sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun konsep janji ada..

nazra, kalau u pandai buat laman web apakata u buatkan satu website tribute utk SPIDER...sebab website dari die hard fan ni akan lebih detail dan menarik...
Reply

Use magic Report

PlaySpy This user has been deleted
Post time 4-8-2004 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 3-8-2004 10:09 AM:


tentang website tu..

saya pun setuju ngan u all..

SPIDER adalah nama besar dan pada tahap mereka sekarang ni sepatutnya pihak NAR RECORD ataupun pihak SPIDER sendiri berusaha utk membuat  ...


aku rasa dia tak dpt buat, bz sgt, semua projek bsr lecturer bg kat dia, siap dah dpt offer jd saintis lg, tu tak grad lg tu...

tunggu jwpn dia nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2004 04:26 PM | Show all posts
SPIDER adalah nama besar dan pada tahap mereka sekarang ni sepatutnya pihak NAR RECORD ataupun pihak SPIDER sendiri berusaha utk membuat satu website di mana semua peminat boleh menhetahui perkembangan SPIDER di sana.


Ini masalahnya bila kita terlalu sangat terikat dengan pengkhususan; A buat A, B buat B. Ia menjadikan kita manusia yang tak seimbang. Kerja-kerja PR ni sepatutnya diawasi sendiri oleh SPIDER kerana itu tanggungjawab mereka sebagai pengkarya. Jika mahu berjaya mereka perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan semua ini, bukan setakat bermain muzik sahaja...
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 4-8-2004 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 3-8-2004 10:09 AM:


tentang website tu..

saya pun setuju ngan u all..

SPIDER adalah nama besar dan pada tahap mereka sekarang ni sepatutnya pihak NAR RECORD ataupun pihak SPIDER sendiri berusaha utk membuat  ...


Saya memang dah lama nak buat. Tp, faktor masa mmg tak mengizinkan. Saya pernah ckp sebelum ni yg masuk forum ni pun menyelam sambil minum air. Kalau boleh saya tak nak buat web yg cincai2 je. Biarlah web yg boleh menjadi penyampai maklumat yg tepat dan juga dpt membantu kerjaya mereka. Tengoklah kalau ada rezeki.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 2.211713 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list