CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 9-1-2005 12:08 PM | Show all posts
Demikianlah ini satu kenyataan bahawa kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan batin, selamat dan berbahagialah mereka di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman:

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa   Dia  sungguh-sungguh   akan   menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia akan meneguhkan    bagi   mereka   agama   yang   telah diredhai-Nya  untuk mereka  dan  Dia  benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada  dalam  ketakutan  menjadi aman  sentosa. Mereka     tetap     menyembah-Ku     dengan     tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Dan barangsiapa (tetap) kafir sesudah (janji) maka mereka itulah orang-orang fasik."
(An Nuur:55)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 9-1-2005 12:19 PM | Show all posts
BAB  2 : AMALAN  LAHIR (SYARIAT) DAN AMALAN BATIN (HAKIKAT)

Syariat ialah apa sahaja amalan-amalan lahir yang diperintahkan kepada umat Islam sama Ada wajib atau sunat. Dan apa sahaja yang ditegahkan sama ada yang haram atau makruh termasuk juga amalan- amalan yang harus kedudukannya.
Syariat lahir terbahagi dua:
1. Hablumminallah
2. Hablurnminannas


Hablumminallah ialah amalan-amalan yang termasuk persoalan ibadah. Contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji, baca quran, zikir, tahlil dan selawat.

Hablumminannas ialah amalan-amalan lahir kita yang termasuk   dalam   bidang-bidang   muammalat   (jual   beli), munakahat   (nikah   kahwin)   dan   jenayah   serta   tarbiah Islamiah, soal-soal siasah, fisabilillah dan   jihad  persoalan alam sejagat.


Hakikat pula ialah apa sahaja amalan batin yang diperintahkan atau ditegah oleh Allah S.W.T kepada umat Islam. Amalan yang diperintahkan dikenali sebagai sifat "mahmudah" dan yang ditegah ialah sifat "mazmumah".

Hakikat juga terbahagi dua:
1. Akhlak dengan Allah
2. Akhlak dengan manusia



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 9-1-2005 12:22 PM | Show all posts
Antara bentuk-bentuk akhlak dengan Allah ialah:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 9-1-2005 12:24 PM | Show all posts
Bentuk-bentuk akhlak kepada manusia:

Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 9-1-2005 12:51 PM | Show all posts
ASM kepada semua forumners yg dikasihi,

saya mengizinkan sdr-sdri untuk copy dan paste kuliah Abuya ini ke dalam sebrg aplikasi perisian komputer...

mungkin itu lebih memudahkan sdr-sdri untuk membacanya tanpa perlu selalu memasuki thread ini...

sebagai perkongsian maklumat : (khusus utk disimpan di dalam MS Word)

1. anda hanya perlu buka satu new document di dalam Microsoft Word

2. kemudian, anda copy kuliah di dalam thread ini.

3. kemudian pergi ke MS Word, dan klik paste

4. kemudian anda klik SAVE pada MS Word dan berikan nama fail yg anda SAVE tersebut.

Kaedah ini adalah setara dengan semua perisian di dalam komputer seperti Lotus WordPro, WordPad dsbnya....

sekian sekadar berkongsi info....:ah: harap dapat membantu...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 9-1-2005 07:32 PM | Show all posts
Kedua-dua syariat dan hakikat adalah perkara-perkara yang sangat penting untuk membentuk peribadi yang benar-benar bertaqwa dan 'terlepas dari sifat-sifat nifaq.         

Kita wajib mengamalkan kedua-duanya serentak dan seiring. Namun adalah diakui bahawa bukanlah mudah bagi kita untuk mengamalkannya.       


Allah S.W.T menjelaskan ini dalam firman-Nya dalam surah Al Baqarah: 45-46 .

Maksudnya:
"Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolong-mu. Dan sesungguhnya yang demikian itu adalah sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya."


Allah S.W.T mengatakan untuk menjadi orang yang sabar itu susah dan untuk menjadi orang-orang yang tetap bersembahyang itu juga susah. Maknanya kedua-dua amalan lahir dan batin itu memang susah untuk diamalkan. Tetapi ianya jadi mudah dan senang bila kita dapat memiliki sesuatu yang lebih penting dari keduanya iaitu rasa khusyuk dengan Allah (rasa diawasi Allah setiap masa), yakni yakin akan pertemuan dan pengembalian diri ke hadrat Allah S.W.T di akhirat nanti.

Dari situ fahamlah kita bahawa antara kedua-duanya amalan lahir dan batin yang mesti diberatkan dan didahulukan pada diri kita ialah amalan batin. Kita usaha dapatkan dahulu rasa khusyuk atau yakin akan kewujudan Allah serta pertemuan kembali kita dengan- Nya di satu hari nanti barulah kita akan ada kekuatan untuk mengamalkan syariat dan hakikat.

Tanpa rasa khusyuk itu, kita tidak akan dapat mengalahkan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa bersungguh-sungguh mengajak kita menderhakai Allah.[/
b]

Inilah panduan kita untuk memperjuangkan Islam kepada manusia yang mesti didahulukan ialah hatinya supaya berubah dari hati yang tidak kenal Allah kepada hati yang khusyuk dan cinta kepada Allah. Bila hati sudah cinta Allah akan ringanlah manusia itu menerima dan mengamalkan syariat Allah lahir dan batin.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 10-1-2005 at 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 10-1-2005 11:09 AM | Show all posts
BUKTI-BUKTI SUSAHNYA MENGAMALKAN AMALAN BATIN

Mengamalkan syariat adalah susah. Buktinya lihat sahaja umat Jslam hari ini bukan sedikit dari kit yang tidak sembahyang, tidak puasa, tidai membayar zakat, tidak tahu baca Ouran.tidak belajar agama, tidak menutup aurat, melakukan pergaular bebas, ambil riba, zina, arak, menipu, mengadu domba fitnah-memfitnah dan macam-macam lagi yang semuanya sangat bersalahan dengan syariat.


Umat Islam yang beria-ia mengaku kelslaman mereka hari ini ialah umat Islam yang gagal menegakkan syiar Islam dalam kehidupan rumah tangga dan masyarakat mereka. Bukan mereka tidak tahu apa- apakah dia syariat Islam yang diperintahkan pada mereka, tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya.


Mereka lemah untuk melawan runtunan hawa nafsu dan syaitan yang kuat menarik kepada jalan kejahatan-kejahatan dan kerosakan. Begitulah susahnya melakukan syariat Islam. Dan itulah masalah besar yang dihadapi oleh majoriti umat islam hari ini.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2005 03:20 PM | Show all posts

Best la.....

Tulisannya dikemaskinikan oleh saudara hafizi......

Yang ada pada saya cetakan kedua tapi cetakan yang terbaru lebih lagi cantik dan kemas.

[ Last edited by Abuyazid on 10-1-2005 at 03:22 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 11-1-2005 08:00 AM | Show all posts
Namun melakukan amalan batin adalah lebih susah dari itu. Sebab ia merupakan ilmu rasa (zauk) dan bukan ilmu kata, bukan sebutan dan teori tetapi rasa hati. Bukan sahaja orang yang lemah syariatnya tidak dapat melaksanakannya hatta orang yang sudah kuat dan kemas syariat lahir pun masih belum dapat merasai dan menghayatinya.


Buktinya kita sendiri dapat merasakan, sekalipun sedikit sebanyak kita sudah lakukan syariat lahir seperti sembah-yang fardhu, sembahyang sunat, puasa, zakat, haji, berjuang dan berjihad, belajar ilmu-ilmu agama malah mengajar-kannya, menutup aurat, berdakwah dan lain-lain, tetapi kita masih lalai dari mengingati Allah. dan tidak cinta pada-Nya, tidak ada rasa takut, hebat dan hina diri dengan Allah, tidak sabar berdepan dengan ujian, pemarah, tidak merasai kuasa itu di tangan Allah, tidak rasa berdosa, mengumpat, hasad dengki, cinta dunia, tidak ada belas kasihan, tidak lapang da-da berdepan dengan ragam manusia, sombong, dendam, ja-hat sangka, tamak, degil, keluh kesah, putus asa, tidak redha dengan takdir, tidak bimbang dengan hari hisab, tidak takut neraka, tidak rasa rindu dengan syurga yang penuh kenikmatan.


Dan kita menganggap sebab-sebab itulah yang men-jayakan diri kita, tidak merasai yang mana bila-bila masa Allah boleh balakan dan matikan. Dan dengan sebab itu pula kita membuat hutang, gila pangkat, macam-macam rancangan, tidak rasa kelemahan diri, tidak senang dengan kata nista orang, tidak senang dengan kelebihan orang yang menandingi kita, rasa menderita dalam kemiskinan, masih benci dengan orang yang tidak beramal (bukan rasa kasihan), masih merasai lebih bila berdepan dengan orang yang tidak beramal, masih rasa terhina untuk menerima kebenaran  dari orang,  masih berat  mengakui kesalahan waLaupun sedar kita sudah bersalah.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 11-1-2005 08:02 AM | Show all posts
Masih merasa hidup lama lagi, menderita jiwa bila dikeji, rasa tenang dan senang hati bila disanjung, masih rasa bangga bila dapat nikmat, rasa menderita bila miskin dan papa, rasa bangga dengan kelebihan diri, rasa terhina dengan kekurangan, tidak pernah puas (cukup) dengan apa yang ada, tidak rasa berdosa (bersalah), tidak rasa dunia kecil dan hina, tidak rasa akhirat besar, tidak menderita bila buat dosa atau kesalahan tetapi menderita bila harta hilang dan pangkat terbang.


Orang yang kemas dan kuat syariat lahir pun masih belum dapat melaksanakan amalan batin (syariat batin) secara "istiqamah" dan sungguh-sungguh, apa lagi orang yang amalan lahirnya pun diabaikan langsung, lagi susahlah dia mendapatkan amalan batin.

Kalau diumpamakan syariat itu pokok, maka amalan batin ialah buahnya. Orang yang sudah ada pokok pun belum tentu memperolehi buahnya (dan kalau dapat pun belum tentu sedap buahnya),apa lagi orang yang langsung tidak tanam pokok.


Begitulah bandingannya orang yang tidak bersyariat susah sekalilah baginya untuk merasakan hakikat. Kalau lahir sahaja pun dia tidak dapat tunduk pada Allah, tentu batinnya lagi susah untuk diserahkan pada Allah.[/b]

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 11-1-2005 08:06 AM | Show all posts
ASM Akasyah,

bila nak sambung lagi ?....dah lama Akasyah tak masuk kat sini...rindu kat Akasyah...;)
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 03:15 AM | Show all posts
Assalamualaikum...
Originally posted by syafiq96 at 8-1-2005 06:46 PM:


saya rasa jawapannya adalah :

1. memang tak ade org Arqam/Rufaqa kat sini...yg baca semua org-org bukan Arqam..yg postpun kata dia hanya pensimpati Arqam/Rufaqa

2. yg masuk kat sini me ...


aikk... tak kan tak boleh tanya kot kalau ader permasalahan. Kalau kuliyah kat masjid pon ada soal jawab. Nabi dulu pon selalu ditanya bila ader masalah. Tak kiralah pengikut Arqam ker pensimpati Abuya ker... bila dah bagi ilmu, kena bertanggungjawab dengan apa yang dikongsi. Bila orang tanya cuba lah jawab.. sekurang-kurangnya akan jadi lebih jelas dan memberhentikan fitnah

Kurang-kurang kalau tak tahu nak jawab.. cakap terus terang, Tak payah nak halau-halau orang macam langau.

Inikah akhlaq Islam??

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 08:39 AM | Show all posts
Originally posted by syafiq96 at 8-1-2005 12:46 AM:


saya rasa jawapannya adalah :

1. memang tak ade org Arqam/Rufaqa kat sini...yg baca semua org-org bukan Arqam..yg postpun kata dia hanya pensimpati Arqam/Rufaqa

2. yg masuk kat sini me ...



so lepas baca kuliah2 yg berjela2 tuh..ni yg anda dapat? menghalau orgt yg bertanya? ni?


baik anda pi dgr kuliah kat masjid..tgk kat sana mcmana org buat kuliah..siap dgn soal jawab..nabi pon bila dia bagi kuliah ada soal jawab..tuh nabi tuh, apatah org yg tak maksum tuh...wallahualam...



kat mana yg anda kata berkesan kat hati saya pon tak tau..sbb saya tak nampak pon kesannya pada anda...org makin berilmu makin rendah diri..bukan makin sombong..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by eddy1577 at 2005-1-12 03:15 AM:
Assalamualaikum...


aikk... tak kan tak boleh tanya kot kalau ader permasalahan. Kalau kuliyah kat masjid pon ada soal jawab. Nabi dulu pon selalu ditanya bila ader masalah. Tak kiralah pengiku ...


leerrr....takkan la org2 yg terer bab agama mcm korang tak tau jwpan soalan mudah cengggini...tak payah sampai nak join tareqat nak tahu jawapan beb..

Apa korang tak pernah tahlil ke seumur hidup? Sampai tak tahu yg fatehah boleh disedekah pd org yg masih hidup....atau pun selama ni bila korang join tahlil, korang semberono je ikut tok imam bertahlil tanpa tahu ulas butirnya?lol

Pi cek balik permulaan bacaan tahlil tu apa dia...iaitu sebelum tok imam sebut al..faaatehah....

Tapi kalo penyokong wahabi atau pengikut wahabi, memang depa tak terima pun amalan tahlil2 ni. Kalau puak2 ni tak dapek eden nolongnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 02:33 PM | Show all posts
Assalamualaikum....
Originally posted by Guys at 12-1-2005 01:15 PM:


leerrr....takkan la org2 yg terer bab agama mcm korang tak tau jwpan soalan mudah cengggini...tak payah sampai nak join tareqat nak tahu jawapan beb..

Apa korang tak pernah tahlil ke  ...


Isunya di sini ialah bila ada orabg bertanya, silalah jawab dengan baik-baik. walaupon mungkin soalan itu mudah atau nampak bodoh,, cuba jawab. Bukankah orang yang bertanya itu sudah mengaku yang dia tidak tahu dan dia minta kepastian.. so tak boleh ker jawab elok-elok dan jgn halau macam langau.

Berkenaan dengan tahlil itu, saya nak tanya pada saudara Guys.. saudara baca tahlil untuk siapa. Bukankah majlis tahli itu untuk Arwah orang yang telah meninggal dunia. Setahu saya itulah kaifiat tahlil yang di amalkan oleh majoriti umat islam di Malaysia. Adakah saudara Guys buat tahlil untuk orang masih hidup??

Ikut bacaan imam.. ini memang saya nak komen lama sebab ader sesetengah imam yang main hentam jer bila hendak sifatkan Al-Fatihah dalam Tahlil

Mereka keliru bila baca "Thumma ila arwahi muslimina wal muslimati, wal mu'minina wal mu'minat..." kemudian mereka baca " wal ahyati wal ammuat", bukankah Arwah itu merujuk kepada orang mati kenapa tiba-tiba ada ahyati (yang masih hidup)

Sebab imam-imam ini keliru dengan bacaan tahlil dengan bacaan doa selamat... "Allahumahgfirlana zunubana waliwalidayya...... wa li jami'i muslimina wal muslimati wal mu'mininna wal mu'minati wal ahyati wal ammuat"

kalau hendak lebih faham boleh rujuk buku-buku yang ada kaifiat wirid selepas solat dan tahlil

boleh semak betul atau tidak perkara ini

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 12-1-2005 03:51 PM | Show all posts
ASM semua,

mari kita renungi firman Allah SWT di bawah ini, sebelum kita meneruskan kuliah kita pada hari ini....


Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).

Surah Adz Dzaariyaat ayat 9


Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.

Surah Al Mukminuun ayat 96


Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad), nescaya berhasillah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam) dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.

Surah An Nisaa' ayat 113


jadi saya serahkan kepada sdr-sdr semua untuk menilai segala  posting daripada forumner-forumner lain yg dihantar ke dalam thread ini..saya tidak mahu memberi sebarang komen..kerana saya ada prioriti yg lebih utama iaitu untuk memaparkan kuliah abuya....

:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 12-1-2005 04:04 PM | Show all posts
Di antara tanda susahnya mendapat hakikat (amalan batin) ialah:

Ketika kita sembahyang, lahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa pada Allah, tetapi hati kita (ingatan dan tikiran) di mana? Adakah juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadhuk rasa rendah dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut pada Allah S.W.T? Ataukah hati terbang menerawang ke merata-rata tempat dengan membelakang-kan Allah yang Maha Perkasa yang sedang disĕmbah?


Begitu juga ketika sedang baca AI-Quran, tahlil, zikir dan wirid , selawat dan takbir, tasbih dan tahmid adakah roh kita turut menghayatinya atau waktu itu ia sedang merasakan satu perasaan yang tidak ada sangkut paut dengan amalan lahir yang sedang dilakukan.

2. Pernahkah kita rasa indah dapat bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada-Nya, merasa rendah dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingatinya sambil berazam untuk membanyakkan amal bakti pada-Nya?

3. Kalau ada orang Islam yang sakit menderita dan miskin adakah hati rasa belas kasihan untuk membantu atau tolong doakan dari jauh agar dia selamat?


4. Pernahkah pula kita menghitung dosa-dosa lahir dan batin sambil menangis kerana "istighfar" kita terlalu sedikit dibandingkan dengan dosa kita yang menyebabkan kita nanti jadi bahan bakar api neraka?


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by eddy1577 at 2005-1-12 02:33 PM:
Assalamualaikum....

Mereka keliru bila baca "Thumma ila arwahi muslimina wal muslimati, wal mu'minina wal mu'minat..." kemudian mereka baca " wal ahyati wal ammuat", bukankah Arwah itu merujuk kepada orang mati kenapa tiba-tiba ada ahyati (yang masih hidup)


Persoalannya sekarang berdosa atau salahkah sedekahkan fatehah pada org yg masih hidup? Bukankah itu merupakan doa utk sesama muslim. Apa salahnya sedekah fatehah sebab sedekah fatehah itu hakikatnya adalah utk kesejahteraan roh kita. Kalau roh masih berjasad, berkat fatehah itu akan tertempias juga pada jasad kita. Jadi apa yg jadi masalahnya?

Apakah roh org yg mati dgn roh ketika dia masih hidup itu bukan roh  yg sama? Yang menghadap Tuhan kelak bukankah roh yg itu juga. So apa masalahnya jika disedekahkan pada roh yg masih berjasad? Kan lebih baik, tak lah bila dah mati baru nak dapat sedekah fatehah.

Kenapa persoalan ranting spt ini terlalu diperbesarkan. Apakah hingga menjejaskan akidah hingga dilihat seolah melakukan kesalahan andai imam terkeliru sekalipun spt dakwaan sdr. Benarkah imam tersebut terkeliru atau mmg mrk berilmu sbb sengaja menambahkan fatehah utk yg masih hidup.
Sama spt dlm kes bacaan qunut.

[ Last edited by Guys on 12-1-2005 at 04:38 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 12-1-2005 04:28 PM | Show all posts
5. Selalukah hati kita sentiasa ingat pada mati yang boleh sahaja mendatangi kita sebentar lagi kerana memang boleh Tuhan berbuat begitu cuma kalau tidak dimatikan itu kerana Tuhan mahu kita mencuba lagi untuk mencari jalan mendekatkan diri pada-Nya?


6.   Pernahkah   kita   menghitung   berapa   banyak   harta kita, duit kita, rumah kita, kereta kita, perabot kita, pinggan mangkuk kita, periuk belanga kita, kain baju kita, kasut kita, makanan kita dan lain-Iain kepunyaan kita yang berada dalam simpanan kita yang lebih daripada perlu (halal) yang mana semua itu akan dikira bicara dan dihisab dan ditanya, dicerca dan dihina oleh Allah  di padang  mahsyar nan|ti kerana membesarkan dunia dan memperkecilkan akhirat?



7. Pernahkah kita menungkan orang-orang yang pernah kita kasari, umpati, tipu, fitnah, hinakan dan aniaya sama ada suami, isteri, ibu bapa, saudara mara, sahabat, jiran dan lain-lain supaya kita minta maaf dan bersihkan dosa dengannya di dunia lagi tanpa menunggu ketibaan hari yang dahsyat (hari kiamat).


8. Apabila Allah merasakan sakit pada kita atau pada orang lain yang kita kasihi (walau apa jenisnya) dapatkah kita tenangkan hati kita dengan rasa kesabaran dan kesedaran bahawa sakit ialah kifarah dosa atau sebagai darjat dan pangkat di sisi Allah S. W.T?


9. Ketika menerima takdir atau rezeki yang tidak sesuai pun dengan kehendak kita, dapatkah kita rasa redhakan ia sebagai satu pemberian Allah yang patut untuk kita?



10. Di waktu apa-apa yang kita ingini dan cita-citakan tidak kita perolehi, dapatkah kita tenangkan perasaan kita dengan rasa insaf akan kelemahan dan kekurangan diri sebagai hamba Allah yang hina dina yang menggantungkan hidup mati dan rezeki sepenuhnya pada Allah?


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by eddy1577 at 2005-1-12 02:33 PM:
Assalamualaikum....

Isunya di sini ialah bila ada orabg bertanya, silalah jawab dengan baik-baik. walaupon mungkin soalan itu mudah atau nampak bodoh,, cuba jawab. Bukankah orang yang bertanya itu sudah mengaku yang dia tidak tahu dan dia minta kepastian.. so tak boleh ker jawab elok-elok dan jgn halau macam langau.


Yer ke halau?...yg tambah2 mcm langau ni korang bukan? Kenapa emosi sgt padahal jika nak ikutkan post2 korang yg hentam abuya tu bukan kategori mengundang emosi pengikut2 dan para simpati abuya ke?

Sekali korang terkena biarpun mungkin tak tersengaja, itupun bukanlah terlalu keterlaluan jika nak dibanding dgn provokasi dan tohmah korang, tapi bukan main lagi sampai korang boleh rasa kena halau mcm langau pulak dah.

Sikap korang yg tak henti2 mencari2 kesalahan abuya dan provoke kami tu tak perasan ke? Hingga thread baru tak henti2 dibuka.

[ Last edited by Guys on 12-1-2005 at 04:40 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 7728 Replies : 48
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 11259 Replies : 155
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6696 Replies : 8
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5366 Replies : 6
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14132 Replies : 103
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 287566 Replies : 7097
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10099 Replies : 78
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 2927 Replies : 18
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8634 Replies : 43
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7317 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048441 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list