CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253662|Reply: 239

ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR

[Copy link]
Post time 26-1-2006 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Untuk sue dan kenkawan.... Sesapa yg ada resepi masakan telur, boleh tempek sini ye..boring gak asik masak telur style sama jer...:gila:
Maklang nak tanya ada tak sesapa di sini pernah makan telur dadar seremban ? Maklang tak pernah makan dan tak bleh nak imagine camner rupa telur dadar seremban ala cina tu:hmm:
Adakah ia macam yg maklang buat ni...confuse gak:hmm: Resepi ni panjang berjela..ekceli skit jer bahannya..





TELUR DADAR SEREMBAN ALA CINA
sumber : Pak Amir Pak Dolah dari Restoran Pak Amir

Bahan-Bahan:
4 Biji telur ayam - Dipukul sekadar hancur sepenuhnya dan masukkan setengah sudu teh garam. Jgn pukul sehingga berbuih sebab kita bukan nak buat kek. Lain kali kalau nak masak apa-apa jenis telur dadar sekalipun jgn pukul telur lama sangat, ini petua masakan enak telur dadar.

1 batang Karot merah - Dipotong hirisan seperti potong timun buat laksa tapi memanjang sekadar
3 inchi panjang tapi dalam bentuk hirisan.

2 batang panjang daun sup dan dipotong memanjang 1 inchi.

100 gram udang kecil yang telah dibuang kulit - basuh dan perap dengan sedikit gula dan pepper (utk buang bau hanyir serta rangupkan isi udang)

2 Sudu besar sos Tiram.

4 ulas Bawang putih dan dicincang hancur.

Halia sebesar ibu jari dan ditumbuk.

3 - 4 sudu besar minyak masak.

Bawang besar 1 biji - Dihiris membulat.

CARA MASAK
* Ubi Kentang Hendaklah Digoreng Terlebih Dahulu Dengan Minyak Panas Selama 2 - 3 Minit (30 % masak)

Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang dan bawang besar, tumis. Kemudian terus masukkan halia ditumbuk, tumis sehingga mula nak tukar warna keemasan.
Masukkan udang kecil dan tumis sekejap lagi.
Masukkan daun bawang dan masukkan sos tiram, tumis 30 saat.
Ratakan bahan yang ada dalam kuali secara lebar membulat nipis, masukkan telur yang telah dipukul dengan mula tuang dari tengah tepi kuali dan terus tuang di tepi membulat di keliling tepi kuali. Telur akan mengalir ke bawah tengah kuali sambil meresap bahan-bahan tumis. Jangan terus tuang telur ditengah kuali. Tuang macam orang buat kulit telur nasi pattaya, mula dari tepi.
Pusingkan telur dadar sekarang dengan membahagikan beberapa bahagian. Pakai sudip dan angkat/pusing telur dadar banyak mana yang mampu dan selepas pusingkan bahagian telur tadi, buatkan yang selebihnya. Selalunya Pak Amir dapat buat dalam 3 - 4 bahagian bergantung kepada besar mana telur dadar yang anda masak.
Jangan goreng terlalu lama, rasanya dah mula keemasan, terus angkat. Hidang dan makan dangan nasi panas-panas.
Hasil Telur Dadar Seremban Ala Cina ini basah-basah gituh. Jika goreng terlalu garing ianya akan jadi kering dan tidak lagi rupa Telur Dadar Seremban yang original.

  
** Maklang letak cili sos n lada sulah di atas telur...

[ARCHIVED]

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 23-10-2007 08:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2006 12:09 PM | Show all posts
telur...

sambal telur
kurma telur
sup telur
telur dadar
telur mata kerbau
telur bungkus
telur dadar si daun kunyit
kari telur
lemak cili api telur
muhsroom / prawn omellete
french toast
roti john

banyak lagi lah.. sila sambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 12:12 PM | Show all posts
paling best, goreng telur barang 2 biji. pas tu hiris bawang besar. hiris kasar ek. layukan dalam minyak goreng telur yang sikit tu. kendian letak bawang atas telur. tuang sos cili & kicap. makannnnnnnnn............best ooooo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 12:31 PM | Show all posts
kak liza suka buat dadar daun pudina..

DADAR DAUN PUDINA

Bahan
5 bji telur
1 labu bawang besar [potong dadu]
daun pudina hiris kasar  [ikut suka banyak mana]
garam
minyak

Bahan  tumbuk
3 biji cili merah
3 biji cili api
1 ulas bawang putih

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak supaya rata.
2. Panaskan minyak dan tuangkan telur.
3. Masakkan deng a api sederhana dan terbalikkan.
4. Bila amsak potong 4 dan hidangkan.


[ARCHIVED]

[ Last edited by shidaaziz at 21-3-2006 08:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 26-1-2006 12:09 PM
telur...

sambal telur
kurma telur
sup telur
telur dadar
telur mata kerbau
telur bungkus
telur dadar si daun kunyit
kari telur
lemak cili api telur
muhsroom / prawn omellete
french toas ...


tambahan

bistik telor
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 26-1-2006 12:12 PM
paling best, goreng telur barang 2 biji. pas tu hiris bawang besar. hiris kasar ek. layukan dalam minyak goreng telur yang sikit tu. kendian letak bawang atas telur. tuang sos cili & kicap. mak ...


samalah dengan kak liza...
tapi kak liza  layukan ciliapi tu dengan bawang..pastu angkat dan dan letakkan atas telur dalam pinngan..pastu  baru tuangkan kicap kipas udang ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2006 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by hanis00 at 26-1-2006 12:33 PM


tambahan

bistik telor



yes haniss..gip me pai!!!
telor bistik is my peberet..dah try resepi ninoz..best!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 12:44 PM | Show all posts
Sambal Telur Simple

3 biji telur - pukul ngan garfu sekejap
1-2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar - mayang
garam
minyak utk menumis

Cara2
Panaskan minyak, kemudian tumis cili boh hingga garing.
Masukkan bawang besar yg telah dimayang, goreng hingga layu.
Masukkan sos tomato, kacau sekejap, kemudian masukkan telur & garam.
Kacau2 hingga telur masak, rasa masin ke tak...then boleh hidangkan dgn nasi panas.


[ARCHIVED]

[ Last edited by shidaaziz at 21-3-2006 08:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2006 12:46 PM | Show all posts
mesti sedap telur letak daun pudina ni..wangi jer...
Maklang tak makan kuning telur tapi kalau telur dibuat dadar, makan pulak... Anak2 maklang sumer ikut mak dia...tak makan kuning, makan putih jer

[ Last edited by MAKLANG at 26-1-2006 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 26-1-2006 12:09 PM
telur...

sambal telur
kurma telur
sup telur
telur dadar
telur mata kerbau
telur bungkus
telur dadar si daun kunyit
kari telur
lemak cili api telur
muhsroom / prawn omellete
french toas ...


..resepi kat sini..dah selalu gak buat...except yg  bawah sekali tu:hmm:
Telur daun kunyit mak maklang buat camni:

Telur direbus dulu pehtu goreng sekejap, ketepikan.
Tumiskan cili padi+cili merah+bwg merah+putih+kunyit+santan dalam kuali.Dah mendidih hiriskan daun kunyit...campakkan serai...<> macam masak lemak cuma telur digoreng dulu.

[ Last edited by MAKLANG at 26-1-2006 12:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 12:48 PM | Show all posts
fuhh telurr.. kegemaranku.. tp x leh mkn byk.. kolestrollll.... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by speedial at 26-1-2006 12:44 PM
Sambal Telur Simple

3 biji telur - pukul ngan garfu sekejap
1-2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar - mayang
garam
minyak utk menumis

Cara2
Pana ...


resepi speed sama ngan resepi asben nurul.. dia kacau2 telur tu sket.. pastu in the end.. telur tu jadi cam murtabak telur.. dia sorang yg leh buat.. nurul buat x jadi plak.. sedappp..:mll::mll:
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 01:13 PM | Show all posts
telur separuh msk:

bahan: telur, air , kicap, lada putih serbuk

rebus telur separuh msk, angkat
pecahkan telur tersebut dlm mangkuk
bubuh kicap sket
buh serbuk lada putih/lada hitam..
ngapp
sodapps
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 01:15 PM | Show all posts
Sambal Telur......suka sangat sambal ni.....makan dengan nasi atau apa-apa jenis noodles atau spaghetti.....sangat simple....

Telur - rebus dan goreng
Bawang putih & merah - hiris atau tumbuk
Lada kering - kisar
lada padi, besar - optional, ditumbuk
garam & gula

Tumis bawang & lada hingga naik minyak.  Masukkan telur yang sudah digoreng dan perasakan dengan garam & gula.


Nak cuba masak telur masak kari.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 26-1-2006 12:09 PM
telur...

sambal telur
kurma telur
sup telur
telur dadar
telur mata kerbau
telur bungkus
telur dadar si daun kunyit
kari telur
lemak cili api telur
muhsroom / prawn omellete
french toas ...


Semasa teman kat Phillipines dulu............deme buat BALUUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTT.

Nak tahu aper tu BALUT??

TUNGGU lepas teman solat zuhur

:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by chempaka_ku at 26-1-2006 01:15 PM

Nak cuba masak telur masak kari ...



Tak penah  cuba lg ker kari telur? Sedap woo. Saya hanya buat lauk ni kalao dah tak tau aper nak masak dan stok bahan2 basah dah elek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sue This user has been deleted
Post time 26-1-2006 02:07 PM | Show all posts
mekacih mak lang..  bule try ni... byk tul isinya....

selalunya ..kalau tolor...sue masak lemak cili api (tolor pecah, kuning bior lembik2..hehe),
sambal tumis tolor, telur dadar, bistik or paling laku... telur mata kerbau, kuning bior lembik...
pastu bubuh kicap ngan paper sket.. hehe.. mkn ngan nasi lauk tu pun bule larap nasi 3 pot..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 26-1-2006 01:51 PM


Semasa teman kat Phillipines dulu............deme buat BALUUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTT.

Nak tahu aper tu BALUT??

TUNGGU lepas teman solat zuhur

:cak:


nice..
balut tu bukan telur yang dah nak jadi anak ayam..tgk pon dah nak :puke:
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 02:27 PM | Show all posts
dulu masa kak liza baru akwin..suka betui buat kurma telur...
masukkan cili hijau..cantik jer..
nanti kak liza buat dan amik gambo..

ni resepinya..

Gulai Kurma Telur

GULAI KURMA TELUR

BAHAN
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan atau 1 cawan yogurt asli
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih   
1 inci halia   

Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis  rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan atau yogurt, kentang dan telur.  Biarkan mendideh.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


[ARCIVED]

[ Last edited by shidaaziz at 21-3-2006 08:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by zaiima at 26-1-2006 02:24 PM


nice..
balut tu bukan telur yang dah nak jadi anak ayam..tgk pon dah nak :puke:

Assalamualaikum zaiima,

Anda BETULLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL..............

Ia adalah masakkan kegemaran oghang2 Filipina.
Di perbuat dari telor ayam yg hampir menetas.

Deme rebus telor tersebut dan makan begitu sahaja TERMASUK bulu dan juga tulang belulang nya.
Yang tinggal hanya lah seketul batu keras di bawah anak ayam tersebut.

He he he he he:cak:

Wsalam
p/s deme akan jual telor ni di dalam bakul sambil menjinjing nya. Baluttttt.....Baluttttttt.....Baluttttttt


[ Last edited by niceghost2005 at 26-1-2006 02:38 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073345 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list