CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs~solis

All About Melaka

[Copy link]
Post time 14-7-2007 12:08 PM | Show all posts

Reply #207 cendawan_liar's post

tq cendawan....

lama dah aku x gi resort ni.... dulu aku berkampung dlm tu... ari2 tgk sampat muak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 01:17 PM | Show all posts
aku dh 10 tahun lbh x gi melaka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 09:08 PM | Show all posts
aper yg tak best kat melaka semuanye best...pendek kate segalanye ader di melaka..meh pakat reramai g melaka bumi hang tuah...eik kat pasar borong batu berendam pun best gak asam pedas nye kat Hj Hamzahnye kedai..kalau kat kota laksaman tue hajah mona nye...emmmm...bestnye lik melaka hujung bulan nie nak pekena asam pedas...dulu time keje travel agent kat area plaza mahkota hari2 dok mkn ikan bakar kat selera kg tue...yum.yum...tp kalau berkg kat water city park resort bukit katil oraitt gak suasana nye...bleh g ayer keroh n j.j...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 02:57 AM | Show all posts

Reply #207 cendawan_liar's post

cendawan, cowboy town atau carnival ni ada entrance fee tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 02:25 PM | Show all posts

Reply #13 Cik_Leha's post

Yes, we've been to Seri Malaysia Ayer Keroh.
Bilik superb...swimming pool superb!

Sesiapa nak ke Melaka - should give a try!

Rate dlm RM130 for govt, non-govt RM160.
Reply

Use magic Report

miz_hazel This user has been deleted
Post time 19-7-2007 03:25 PM | Show all posts
hazel nak tanya lah...kat melaka...kat mana leh carik tempat org buat kebaya nyonya...yang lawa2 and murah?....
Reply

Use magic Report

Follow Us
KamalZaki This user has been deleted
Post time 20-7-2007 05:03 PM | Show all posts
melaka sekarang musim durian

musim durian




Durian
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 02:16 PM | Show all posts
Eye on Melaka bukak esok, anybody tau kat mana and berapa rate dorang charge.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 03:28 PM | Show all posts
up balik ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 10:59 AM | Show all posts
hi semua, ni nak tanya sikit. I nak pi A Famosa Resort tp semua hotel room dia termasuk condo dan banglow fully booked. So I ingat nak dok kat luar. Tahu tak hotel mana yg terdekat dgn A Famosa Resort ni?

Harap adalah yg jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 11:36 AM | Show all posts
eye on melaka ni kat area station bas express lama melaka..

Kat area kg morten.

Rate x tau la plak.

pasal hotel dekat2 a famosa ni boleh rasaner masjid tanah ader kot..tapi x sure
hotel apa...tak dekat sgtla..

kalau stay hotel area ayer keroh pun ok gak...sebab boleh masuk highway..tol ayer keroh and turun tol spg empat..satu tol jek...lagi pun ayer keroh ni kira tengah2 bayk tempat lain boleh gi

taakpun boleh cari hotel area tg kling and tg bidara...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 01:15 PM | Show all posts
saya nk pegi melaka 14-16hb nie.. bnyk hotel yg saya nk dok dh penuh.. yg tinggal cuma hotel seri malaysia (family room) je..
nk tanye pd sesape yg penah dok kt hotel nie.. okay x hotel nie?.. sharelh sikit experience dok kt hotel nie.. TQ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 01:52 PM | Show all posts
x de sesape nk reply ker?..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 01:36 PM | Show all posts

Muzium Melaka

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:33 AM | Show all posts
Kompleks falak mercu tanda baru Tg. Bidara
29-01-2008 12:58:09 PM  

ALOR GAJAH: Kompleks Falak Al-Khawarizmi menjadi mercu tanda baru pembangunan untuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dekat sini.

Terletak di pinggir pantai Selat Melaka di Kampung Balik Batu, kompleks berharga RM20 juta itu mengandungi Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala.

Dalam bidang pelancongan, Tanjung Bidara tidak asing lagi bagi pelancong kerana di sini terdapat pantai peranginan yang indah dan bersih.

Pantai Tanjung Bidara, Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak merupakan khazanah alam yang terus dipelihara dengan baik.

Keindahan pantai jadi pilihan

Ribuan orang yang gemarkan aktiviti pantai memilih untuk menghabiskan masa lapang bersama keluarga terutama pada cuti hujung minggu dan cuti persekolahan di pantai berkenaan.

Pantai itu sering menjadi pilihan pelbagai pihak untuk menganjurkan hari keluarga sekaligus menjadikan pantai yang landai dan panjang itu riuh dengan ragam peserta.

Latihan air yang diadakan oleh pasukan beruniform termasuk Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat di pantai itu turut menarik perhatian pengunjung.

Pembinaan infrastruktur termasuk jalan tar, medan selera dan projek membaik pulih pantai yang dijalankan kerajaan, menarik pelabur membina kemudahan pelancongan di kawasan pantai berkenaan.

Penginapan tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak resort dan chalet dengan kadar sewa berpatutan yang ditawarkan kepada pengunjung.

Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus.

Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini.

JKKK ditubuh pastikan pembangunan

DUN Tanjung Bidara yang terletak dalam Parlimen Masjid Tanah, mempunyai penduduk seramai 13,002 orang dengan 94.4 peratus Melayu, Cina 4.5 peratus, India 1.3 peratus dan lainlain 0.2 peratus.

DUN ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.

Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Datuk Abd Karim Sulaiman berkata 11 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah ditubuhkan bagi memastikan kawasan DUN itu dibangunkan.

Beliau berkata setakat ini, daripada jumlah penduduk itu, seramai 2,647 orang adalah golongan profesional.

Kawasan DUN itu dilengkapi dengan tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi dan pusat Giat Mara, bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik termasuk dalam bidang kemahiran, katanya.

Abd Karim berkata bekalan elektrik dan air telah mencapai 100 peratus manakala kemudahan telekomunikasi sedang giat dibangunkan kerana masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan itu.

"Setiap kampung disediakan sebuah balai raya kecuali Kampung Seri Jeram yang mempunyai sebuah balai raya dan dewan serbaguna, ini akan memudahkan penduduk berkumpul dan melaksanakan aktiviti yang dirancang demi faedah bersama," katanya.

Beliau berkata kemudahan lain ialah klinik desa, pondok polis, perpustakaan awam, surau, masjid dan tokong.

Kawasan itu juga disediakan padang awam, padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang takraw, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi, katanya.

Peluang pekerjaan

Abd Karim berkata pembinaan kawasan perindustrian di Londang telah menyumbang kepada banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.

Pihak kerajaan juga menganjurkan bengkel pembangunan ekonomi dan perniagaan dalam usaha menggalak penduduk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan, katanya.

Beliau berkata orang kurang upaya dan ibu tunggal turut mendapat pembelaan termasuk bantuan untuk mereka berdikari.

"Kerajaan memberi peruntukan secukupnya kepada kumpulan ini untuk mereka berdikari dan menjalankan kehidupan seperti yang lain," katanya.

Agensi kerajaan yang terlibat sebagai jentera penggerak membantu golongan sasar itu dengan menyediakan kemudahan latihan berasaskan kemahiran, pembinaan sikap, bantuan teknikal dan modal.

Pusat Pengajian Islam

Abd Karim berkata Tanjung Bidara juga sinonim dengan pusat pengajian Islam yang telah melahirkan ramai tokoh dan cendekiawan Islam seperti Allahyarham Abdul Karim Dalip.

Tanjung Bidara juga telah dipilih sebagai Perkampungan Hadhari Negeri Melaka yang pelancarannya dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Dis lepas.

Tidak lengkap kunjungan anda ke Tanjung Bidara jika tidak menikmati keenakan laksa resipi penduduk tempatan di Pantai Pengkalan Balak. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 12:07 PM | Show all posts
asam pedas kat bukit cina (depan madrasah ape tu) pun best jugak..

n jgn lupe river cruise dr tmn rempah..
5 hengget je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 01:53 PM | Show all posts
CNY ni ingat nak bawak anak2 pegi water world melaka tu la...skrang ni brapa bayaran untuk masuk ya...mesti org ramai ya time CNY ni..agak2 jem tak jln masa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 09:12 AM | Show all posts
kalo x silap..dwasa dlm rm30 lebih..kanak2 rm20 lebih
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 05:32 PM | Show all posts
melaka mmg besh..aku suker hehehe..kalo nak mkn ikan bakar selain dekat umbai..serkam,anjung batu,pengakalan balak..ada satu tempat lagi ..dekat ALAI..kedai pakcik tu tepi sungai ..ikan fresh n rege berpatutan..mcm aku ni regular customer..mmg dpt diskaun..pasal asam pedas lak..ada satu kedai dekat area BACHANG..bukan restoran tau..kedai2 biasa aja..mmg marvelous la..ikan fresh..kena lak ngan kailan goreng ikan masin ..perghh..harga mmg dijamin tak cekik darah..sbb aku seminggu sekali dtg makan hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 10:36 PM | Show all posts
baru2 ni pergi bercuti ke Melaka. Dah banyak berubah.....memang sesuai utk menarik pelancong datang kesini......

JONKER WALK









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.525922 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list