CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katana83

~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 23-9-2008 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 22-9-2008 08:37 PM
yg dollah ali tu memang saya ada baca about him -
educated among the players -- sebab dia dari UM kalau tak silap -

tak tahu la apa dia buat sekarang - suka tengok rambut dia.. lurus aje -
d ...




nanti aku scan kan kisah Dollah Ali dari Akhbar Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by matjab at 22-9-2008 11:18 PM


Yesss. Shukur dapat caps ke 200 masa perlawanan akhir pestabola merdeka 1980.
Dapat hadiah Jam Rolex, aku tengok secara langsung kat TV.



Mokhtar Dahari = Super Mokh

R. Arumugam = Spiderman

Soh Chin Aun = Towkey

James Wong = Balak

Ghani Minhat = Raja Bola

Shukor Salleh Pernah Di Gelar Sebagai '' Osvaldo Ardiles '' Ardiles Malaysia

Saharuddin Abdullah  = Black Cat & Harimau Malaysia

Cheow Chee Keong = Asian Stainless Steel Gate

[ Last edited by  HangPC2 at 25-9-2008 12:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by matjab at 22-9-2008 11:55 PM
Aku tak ingat pulak Zainal main ke tak? lagi pun aku kurang minat ngan Zainal.
Cuma yang aku tau Zainal main Malaysia tahun 1980 , Remaja Malaysia rasanya..




Harimau Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by matjab at 23-9-2008 11:36 AM
Memori stadium TPCA , abang aku curi boot Shukor Salleh , masa dia orang tengah training , tak perasan beg tak ada orang jaga. Boot Adidas World Cup oo



sempat gak songlap ye....!!

btw ada few times saya makan kat food court kat sebelah TPCA ni -
sedap  breakfast kat situ

ada macam2 makanan - besar gak tempat makan tu dan famous -

saya tahu stadium ni sebab masa my mom mula2 pindah dari kelantan
dia tinggal kat jalan daud - masa tu ada my eldest brudder aje
and he went to primary school - jalan raja muda
sebelah dengan TPCA tu -  dan dia cerita yang dia sokmo la
main bola kat situ masa dia kecil2 -  saya pun tak lahir lagi -

dulu kalau ada kelab2 di selangor lawan -
mesti lawan kat stadium TPCA tu -
kiranya murah sikit sewa dari  merdeka stadium -

oh ye...
TPCA stands for
Tamilians' Physical Cultural Association (TPCA) -
in case sesiapa tak tahu what its stands for -


[ Last edited by  dexa at 24-9-2008 12:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 12:48 AM | Show all posts

Reply #192 HangPC2's post

seriously -
saya suka osvaldo ardiles -
masa world cup 1986 - kiranya
dia famous masa ni -
lagi pun argentina menang world cup
tahun tu - sebab ada maradona -

dia ni great midfielder -
macam shukor salleh -

abang saya cakap - shukor salleh ni
seorang pemain yang PALING TENANG
memang ia -- muka dia pun nampak macam
tenang and he's very respected betul
and a very nice guy -
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 06:53 AM | Show all posts
abang saya cakap - shukor salleh ni
seorang pemain yang PALING TENANG
memang ia -- muka dia pun nampak macam
tenang and he's very respected betul
and a very nice guy -

ya...betul tu...ketenangannya membolehkan dia kekal wakil malaysia wp org cakap dah "kuda tua"
olahragawan negara 1979
kapten malaysia masa pesta bola merdeka 1979
dimana malaysia johan bersama korea selatan
memperolehi lebih 200 caps
sebagai pemain, jurulatih dan pengurus pasukan pulau pinang seketika dulu..betul tak fakta ni...?
patner midfeildnya: kalau tak silap aku:wong chong wah, wan zawawi,reduan abdullah,abdah alif,jamaludin norbit,ahmad yusof,wong hon num, siapa lagi ya.....!

ada lagi ni...ali bakar,bakri ibni,khalid ali,....


ada tak forumer bekas pemain kebangsaan kat sini..? kalau ada lagi baik...! dia boleh imbas kenangan lalu...

[ Last edited by  bromatt at 24-9-2008 08:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2008 01:20 PM | Show all posts
Kenapa Lah Kelab 2 Bola lama macam Kelab Sultan Sulaiman dah tak aktif dalam Liga Utama (Liga FAM / Liga Negeri / Liga Malaysia) kalau aktif sure macam kelab bola PKNS FC



Kelab Sultan Sulaiman (K.S.S.)


Juara Piala FAM (1982)







Khalid Ali (MARA) & Mokhtar Dahari (Kelab Sultan Sulaiman) Final Piala FAM (1982)






Jersi









Sources : http://www.geocities.com/kssgoal/


http://www.photoblog.com/adamiqbal

http://www.flickr.com/photos/adamiqbal/



[ Last edited by  HangPC2 at 24-9-2008 02:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 02:43 PM | Show all posts

Reply #197 HangPC2's post

Gambar KSS, yang rambut afro kat belakang tu kalau tak silap nama dia "Michael Palani" bapak kepada Titus James ( kalau silap sorry lama sangat dah).
Dia ni main taklah sehebat mana , tapi yang buat dia popular sebab nama dia ada iras iras Kapten Perancis yang hebat "Michelle Plantini" tambahan
pulak World Cup 1982 , nama Michelle Plantini tiba tiba popular. tumpang semangkuk la Aney ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2008 11:19 PM | Show all posts

Reply #196 bromatt's post

kalau baca post2 matjab dan hang - rasa2nya depa ni memang
pemain bola yang terrer... kalau tak kebangsaan - mungkin
kelab juga -

al maklum ada orang tu pakai kasut boot Adidas world cup lagi -
gs -- walaupun songlap shukor salleh punya...

usik aje matjab -
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by matjab at 24-9-2008 02:43 PM
Gambar KSS, yang rambut afro kat belakang tu kalau tak silap nama dia "Michael Palani" bapak kepada Titus James ( kalau silap sorry lama sangat dah).
Dia ni main taklah sehebat mana , tapi yang ...



ohhh tu bapa titus james ke --

saya suka michel platini  - macam mokhtar juga - dia pakai jersey 10 untuk france
-- dia ni skipper france kalau tak silap
masa france kalah 5-4 (penalty kick) to west germany semi-final world cup 1986
saya ada tengok video dia... i think that was on of the best
soccer match i've watched -

lagi satu yang saya ingat platini ni main dengan juventus -- dan masa
80s juve was one of the best italian club - (for quite some time actually)
cuma sekarang saya rasa AC milan takes its place
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 11:38 PM | Show all posts

Reply #198 matjab's post

rambut afro tu macam david arumugam pulak -

tapi ye la - dulu ada piala FAM kan.....
mana pergi pertandingan piala FAM ye..

or  still ada lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 12:31 AM | Show all posts
Harimau Malaysia Buas Mengganas




Jejak Jagoan (Harian Metro , Isnin 4 Ogos 2003)




Oleh Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my






SHAHARUDDIN ABDULLAH (Penyerang Bola Sepak Kebangsaan 1967 - 1982)

* Siri Satu *


Shaharuddin cukup digeruni dalam kotak penalti dengan purata satu gol setiap kali beraksi



SHAHARUDDIN Abdullah 55, satu nama besar dalam lipatan sejarah bola sepak negara yang begitu digeruni lawan. Kelibatnya bagai permata berkelipan pernah dimiliki skuad kebangsaan.

Malah, dia adalah pengempur berbisa yang pernah menobatkan nama Malaysia `gah ' di pentas antarabangsa satu ketika dahulu. Sumbangan cukup besar dan tidak ternilai dengan wang ringgit sekalipun.

Di era kemuncaknya, penampilan Shaharuddin sering menggerunkan Jepun, Korea Selatan, Kuwait, China, India, Burma, Thailand, Singapura, Vietnam mahupun Indonesia.

Boleh dikatakan skuad kebangsaan sering mendominasi perlawanan setiap kali turun ke padang.

Dikenali sebagai sebagai ` Harimau Malaysia ' Shaharuddin cukup buas mengganas dalam kotak penalti dengan purata satu gol setiap kali beraksi.

Ia terbukti apabila dia mencipta rekod 15 gol pada Pesta Bola Merdeka yang gagal dipecahkan oleh mana-mana penyerang sehingga ke hari ini baik pemain luar negara, mahupun tempatan.

Berasal dari Bagan dalam, Pulau Mutiara, Shaharuddin adalam anak kampung berjiwa besar yang berjuang demi maruah negara tercinta. Malah peminat yang pernah mengikuti perkembangan bola sepak negara sejak 1960-an pasti mengetahui keistimewaan Shaharuddin yang tiada tolok bandingnya.

Tidak ramai menyedari kebolehan luar biasa dimiliki Shaharuddin kecuali jurulatih dari jerman. Arthur Wespall yang menyifatkan sebagai kelas dunia. setiap pergerakannya cukup luar biasa berbanding rakan seangkatan, malah lariannya bagaikan mengelirukan setiap pemain pertahanan.

Selain tendangan padu kedua belah kaki bak peluru tandukan kencang serta kawalan bola menjadikan Shaharuddin berada di kelas tersendiri. Shaharuddin mengakui mampu berada di udara kira-kira sesaat untuk melakukan tandukan dengan lompatan bertenaga serta bijak menggunakan  semua bahagian kepala untuk melakukan tandukan.

Shaharuddin adalah pemain era tiga zaman dalam kancah bola sepak negara bermula pertengahan 1960an, 70an dan 80an iaitu bersama-sama raja bola negara, Ghani Minhat (datuk), Syed Ahmad Syed Abu Bakar, N Thanabalan, Wong Choon Wah dan Allahyarham Mokhtar Dahari.

Sehingga kini, penyerang sepertinya amat sukar ditemui malah Shaharuddin tidak nampak siapakah yang layak mengekori atau menyamai sentuhanya di gawang. '' Banyak asam garam saya lalui sebagai bintang bola sepak, warden penjara, jurulatih, ayah serta suami kepada Radin Terminah Radin Salleh, 47, yang kini juga bertugas di Penjara Simpang Renggam.

'' Tetapi itu lumrah hidup dan kita perlu tempoh untuk mencapai kejayaan. Paling penting, saya puas bermain bola sepak tetapi satu ketika pernah menyesal meninggalkan skuad negara ketika berada di puncak prestasi '' Katanya.

Shaharuddin yang menetap di Kuarters Penjara Simpang Renggam, Johor mengakui bahagia dengan kehidupannya kini bersama tujuh anak serta seorang cucu lelaki. Sambil tidak menyesal meninggalkan tugas pegawai penjara atas pilihan sendiri sekitar 1992 kerana rezeki ada dimana-mana, Shaharuddin memilih berkhidmat dengan sebuah syarikat di Kluang.

'' Saya selesa kerana di tempat baru ini biarpun berbeza dengan tugas Warden, ia mengajar saya untuk terus tabah menghadapi hari-hari esok, '' Katanya.

Tidak ramai mengenalinya ketika berpindah ke Simpang Renggam. Namun sebagai bekas bintang bola sepak negara apatah lagi gambarnya sering terpapar di dada akhbar ketika dahulu, membuatkan namanya terus meniti di bibir masyarakat sekitar kediaman dan Kluang.

Malah peminat yang sebelumnya sering memuja kehebatannya bersama skuad  negara, Pulau Pinang dan Penjara Malaysia mengambil kesempatan untuk berbincang dan bercerita mengenai bola sepak.

Menurutnya Shaharuddin, dia bukan menghilangkan diri selama ini sebaliknya telah lama berada di daerah itu.



Profil



Nama : Shaharuddin Abdullah
Asal : Bagan Dalam, Pulau Pinang
Tarikh Lahir : 28.8.1948
Wakil Negeri : 1967 - 1982
Wakil Negara : 1967 - 1982
Kelab asal : Marine Pulau Pinang, Kelab Sukan Penjara Pulau Pinang
Status : Berkahwin isteri Radin Terminah Radin Salleh, 47,
Anak : tujuh, tiga lelaki, empat perempuan

Pencapaian :

* Juara Piala Burnley 1969
* Beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972
* Juara Piala FAM bersama Kelab Sukan Penjara 1971 dan 1973
* Pingat Gangsa Sukan Asia 1974
* Juara Piala Raja Thai 1973
* Juara Piala Kemerdekaan Indonesia 1974
* Juara Piala Aga Khan Bangladesh 1976
* Juara Piala Malaysia bersama Pulau Pinang empat kali
* Pingat Emas Pestabola Merdeka tiga kali
* Juara Piala Emas Raja-Raja empat kali

Jawatan Sekarang : Pembantu Stor dan Jurulatih Bola Sepak Guocera Industri Kluang, Johor



bersambung ....




[ Last edited by  HangPC2 at 26-9-2008 11:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 24-9-2008 11:38 PM
rambut afro tu macam david arumugam pulak -

tapi ye la - dulu ada piala FAM kan.....
mana pergi pertandingan piala FAM ye..

or  still ada lagi tak?




Piala FAM



Piala FAM telah pertama kali dianjurkan pada tahun 1952. Ia dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pada peringkat awal, ia dipertandingan antara pasukan negeri sehingga tahun 1973.

Mulai musim 1974 hingga sekarang ia merupakan pertandingan kalah-mati untuk pasukan kelab dalam Liga FAM, iaitu tahap tiga dalam Liga Malaysia.


Dipertandingan antara negeri

1952 Pulau Pinang 5-0 Selangor
1953 Kelantan 1-1 Selangor
1954 Kelantan 2-1 Combined Services
1955 Pulau Pinang 2-1 Selangor
1956 Pulau Pinang 5-1 Negeri Sembilan
1957 Pulau Pinang 8-1 Melaka
1958 Combined Services 3-1 Melaka
1959 Perak 1-0 Johor
1960 Selangor 5-0 Perak
1961 Selangor 5-3 Pulau Pinang
1962 Selangor mn Pulau Pinang
1963 Singapura 7-0 Kelantan
1964 Perak 7-1 Selangor
1965 Perak 3-2 Singapura
1966 Selangor 3-0 Johor
1967 Singapura 2-1 Selangor
1968 Selangor 3-2 Pulau Pinang
1969 Terengganu 3-1 Selangor
1970 Penjara 3-2 Selangor
1971 Penjara 5-2 Kelantan
1972 Selangor 2-1 Kelantan
1973 Penjara 1-0 Johor

Dipertandingkan antara kelab

1974 UMNO 2-1 Kuantan FA Pahang
1975 Kuantan FA Pahang 1-0 PPP Terengganu
1976 Kelab Sukan Adabi Kelantan 1-0 Kuantan FA Pahang
1977 Kuantan FA Pahang 2-2 Kelab Kilat Kelantan [Juara Bersama]
1978 PB Negri Sembilan Indians 0-0 PKNS Selangor [Juara Bersama]
1979 PKNS Selangor (PKNS FC) 2-0 Hong Chin
1980 P.B.Darulmakmur Pahang 4-1 PB Negri Sembilan Indians
1981 Port Commission P. Pinang 4-2 UMBC
1982 Kelab Sultan Sulaiman 2-0 MARA
1983 Port Commission P. Pinang
1984 Johor Bahru Johor 2-1 Fizar Haris
1985 Cheq Point Kuala Lumpur 1-0 DBKL
1986 tidak dipertandingkan 1991 SEDC Kedah 2-1 Intel Pulau Pinang
1992-93 tidak dipertandingkan
1994 Johor FC 1995 Johor FC 1996 Melaka TMFC Johor FC
1997 ATM Negeri Sembilan Chempaka FC (NS Chempaka FC)
1998 Melaka TMFC Kelantan TNB FC
1999 Kelantan JKR FC Kedah JKR FC
2000 Kelantan JKR FC PDRM
2001 Selangor MPPJ (MBPJ FC) SAJH FC
2002 Kelantan JPS FC Perak TKN FC
2003 PKNS Selangor (PKNS FC) Selangor MK Land FC
2004 Perak Suria NTFA Perak UPB FC (UPB My Team FC)
2005 Kelantan 3-0 Shahzan Muda Pahang
2006 Pasir Gudang United Johor ATM
2007 Selangor Proton FC (Proton FC) Sabah Beverly K.Kinabalu FC
2008 PBDKT T-Team MB Johor Bahru
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 12:48 AM | Show all posts

Reply #203 HangPC2's post

ahhhhhh

thanks hang -
goodness me - saya memang tak ikuti langsung
dan tak pernah dengar langsung team2 tu...

pada saya
yang popular - Kelab Mara, PKNS, KSS,
Kelab Kilat Kelantan pun saya pernah baca pasal tu -

Hang masih ikuti ke Piala FAM ni -?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 12:52 AM | Show all posts

Reply #202 HangPC2's post

ooOOOoooo

kira macam tua juga shaharuddin abdullah ni -

si dia la yang digelar rimau malaysia tu eh...
garang sangat ke -- misai dia macam melenting
so mungkin dia kinda garang macam rimau -

dia yang hang cakap main for penjara, kan -
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 08:18 AM | Show all posts
ada lagi cerita arwah mokhtar nih....

http://www.msnusers.com/kjjg3sr5rh7p4hsjl691rh1e14/Documents/Pictures%2FScannedImage%2D6.jpg

http://www.msnusers.com/kjjg3sr5rh7p4hsjl691rh1e14/Documents/Pictures%2FScannedImage%2D7.jpg

arwah dengan isterinya tengah baca buku tu... siapa ada beli buku tu...?

aku pun ada beli untuk kenang-kenangan...!
kalau selalu ingat kat arwah ni...kita mesti sedekah Al-Fatihah ni..
AL-FATIHAH.

[ Last edited by  bromatt at 25-9-2008 08:23 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2008 11:55 AM | Show all posts
dalam paper kosmo hari ini ada cerita bekas pemain n.sembilan terlantar sakit.
era 1970an-80an iaitu burhanuddin joned, 52, terlantar kat hospital tuanku jaaafar..sebab penyakit saraf....dah 2 tahun sakit...
mereka yang ingin menghuluirkan bantuan boleh menghubungi rosmawati manaf,46 (isterinya) 012-3364986/017-3599202

negri sembilan ada juga pemain yang handal ni spt zainuddin husin,bekas pemain bek kebangsaan, alias syed mohamad,penjaga gol dan ada sorang lagi penjaga gol yg handal...india...lupa pulak namanya..siapa yg ingat tolong beritahu...
zainuddin husin ada sijil kejurulatihan bolasepak, terbaik pulak tu masa dia ambil kursus tu...hairan pulak kenapa dia tidak teruskan profession itu.... apo kono eh..!


adopun dalam berita harian....!
Borhanuddin terlantar derita

ABDUL Samad (tengah) bersama doktor HTJS melawat Borhanuddin di HTJS, semalam.

PENDERITAAN bekas pemain dan jurulatih bola sepak kebangsaan serta Negeri Sembilan pada era 70-an dan 80-an, Borhanuddin Joned, 52, yang menghidap penyakit saraf atau 'Motor Neuron Disease' sejak hampir dua tahun lalu, terus mendapat perhatian.

Dia yang kini terlantar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) lebih seminggu lalu, menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abdul Samad Ibrahim yang kemudian menyampaikan sumbangan hamper dan duit raya.

Abdul Samad berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan secepat mungkin mengenai cara untuk membantu meringankan beban ditanggung juruteknik awam Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) itu, terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

[ Last edited by  bromatt at 25-9-2008 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 03:43 PM | Show all posts
mokhtar dahari nama yang tak akan dilupakan oleh peminat bola era 70 -80 an ....  masa aku kat kampong setiap budak2 yang gila bola sumer nak jadi mokhtar dahari... sumer pakai jersi no10.. sampai kadang2 dalam satu team tu 7 org no 10... hehehehheehhe ni bukan lawak tapi kenyataan.... aku pun memang minat gila nga arwah mokhtar dahari... tak penah miss final piala malaysia yang disiarkan secara langsung oleh TV1 atau pesta bola merdeka.... kami menonton dgn penuh minat dan semangat.. sampai kdg2 menangis kalau malaysia kalah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 11:33 PM | Show all posts

Reply #208 seTEGAP's post

suka baca post ni... memang benar.. bila sebut mokhtar..
the only thing that come to mind -- how great he was
and no one can replace him...

malaysia needs this kind of player -
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 11:11 PM | Show all posts
Ayah Restui Minat Shaharuddin




Jejak Jagoan (Harian Metro , Selasa 5 Ogos 2003)




Oleh Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my






SHAHARUDDIN ABDULLAH (Penyerang Bola Sepak Kebangsaan 1967 - 1982)

* Siri Dua *


'' Badan saya berasa lemah jika tidak berada di padang ''



PADANG Marin Sungai Gelugor, Pulau Pinang menjadi saksi kebolehan luar biasa bintang lagenda Shaharuddin Abdullah untuk berlari, belajar menendang dan mengasah kemahiran bola sepak seawal usia sembilan tahun.

Di situlah kebolehannya terhimpun sehingga dia leka bermain bola sepak bersama rakan sebaya ditambah ayahnya Abdullah Mohammad tidak pernah membantah untuk dia terjun ke dunia sukan nombor satu itu.

Ini kerana Abdullah juga adalah bekas pemain Pulau Pinang sekitar tahun 1950-an. Bezanya, Shaharuddin lebih berminat sebagai penyerang berbanding ayahnya sebagai penjaga gol. Namun kesungguhan Shaharuddin berada di padang berjam-jam lamanya membuatkan Abdullah ' Lembut Hati ' membenarkan anaknya itu mengikut jejaknya bak kata pepatah ' Kemana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi '.

'' Saya sebenarnya turun ke padang tanpa mengira masa. Waktu pagi saya akan mengambil masa kira-kira sejam berlari atau menendang bola begitu juga tengah hari atau petang. '' Badan saya berasa lemah jika tidak berada di padang sewaktu peringkat awal mahupun di era kegemilangan. Tabiat ' pelik ' itu masih saya rasakan biarpun tidak serajin dulu....maklumlah sudah berusia, '' katanya.

Ibunya pula Allahyarham Mariam Mohamad Saad tidak pernah menghalang kemahuan anak keduanya untuk aktif dalam bola sepak. Menurut Shaharuddin, tiada sungutan, rotan atau kemarahan dari ibunya apabila dia bermain bola sepak kerana pesanan ibu tetap dituruti iaitu tidak abaikan solat lima waktu walaupun setinggi atau sejauh mana sekalipun pencapainya kelak.

'' Itulah yang saya pegang sehingga sekarang malah ketika berada di luar negara termasuk China, Jerman, Australia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Hong Kong, Iran atau Bangladesh pesanan itu tetap tersemat di hati saya, '' ujarnya.

Shaharuddin berkata, amarann arwah ibunya jika dia gagal melakukan kewajipan itu dia perlu dihukum dengan meninggalkan sukan paling digemari itu. Sehubungan itu, anak kedua daripada sembilan beradik itu terus bergelumang di padang Marin untuk membentuk sentuhannya kerana lampu hijau dari kedua orang tuanya sudah diluluskan untuk dia bersama rakan seperti Ibrahim Jaafar dan Arifin Osman yang juga pemain Pulau Pinang beberapa tahun berikutnya.

'' Padang itulah yang membuka dimensibaru saya dalam bola sepak malah terus menjadi sejarah peribadi hingga ke hari ini. Ketika itu saya tinggal di Kuaters marin kerana ayah seorang Kakitangan di jabatan berkenaan. '' Menang saya gila bola hingga sanggup ponteng mengaji kerana kaki saya ' gatal ' menendang bola sejak kecil walaupun berkaki ayam. Biasanya saya akan keluar ke surau untuk mengaji sekitar jam 9.30 pagi.

Sebaik semua rakan mula mengaji kendalian ustazah Mat Esah Saat, saya pun keluar ikut pintu belakang bersama rakan untuk bermain di padang, '' katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 10.30 pagi ketika rakan mengaji pulang ke rumah dia turut sama pulang dan kembali semula ke padang jam satu hingga tiga petang sementara jam lima petang dia sekali lagi menendang bola. Katanya, kali ini dia bermain bersama golongan remaja dan dewasa pula sehingga jam 6.30 petang kerana golongan berkenaan gemar melihatnya bermain.

Tambahnya, dia bertuah selepas itu apabila mendapat ransangan kuat ayahnya kerana sebelum itu ayahnya pernah mendengar kata-kata daripada pakciknya, Aziz Ahamad yang pernah bermain bersama Ghani Minhat dalam skuad Melayu Malaysia mengenai prestasi ajaib Shaharuddin.

Kerana berbesar hati dengan kata-kata Aziz, Shaharuddin dihadiahkan kasut bola pertama oleh ayahnya. Malah dia mengakui menjadi anak kesayangan berbanding abangnya Namat serta adik-adik yang lain kerana setiap permintaannya tidak pernah ditolak.

Abdullah meninggal tahun lalu juga tidak lekang memberi sokongan kepada Shaharuddin kerana setiap perlawanan pasti ditontonnya. Sejak itu dia tidak menoleh ke belakang, apatah lagi cemerlang ketika membantu Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor menjuarai liga sekolah daerah dan sekolah-sekolah negeri Pulau Pinang.

'' Saya berjaya menaikkan nama sekolah sehingga dikenali diseluruh Pulau Pinang. '' Namun begitu saya juga aktif bermain sepak takraw serta badminton, malah mampu menguasai tiga sukan itu ketika mewakili pasukan sekolah, '' katanya bangga.

Sehubungan itu, guru sekolahnya, Cikgu Dali Osman adalah pengerak untuknya menumpukan perhatian dalam sukan bola sepak dan bukan sukan lain. Atas sebab itu, Shaharuddin tidak pernah menyesal kerana memilih bola sepak sebagai pilihan utama. Malah langkahnya terus panjang apabila terpilih menyertai skuad Piala Burnley Pulau Pinang 1964 bersama-sama abangnya, Namat, Ali Bakar, Khalil Hashim, Cha Peng Chiang, Yap Kim Kok, Mohamad Bakar dan N Baskaran.

'' Ketika itu saya turut berdepan pasukan Selangor, Johor, Melaka, Kedah, Perlis, Kelantan dan Pahang yang secara langsung meningkatkan lagi kemahiran dan prestasi saya berdepan pemain lebih berpengalaman, '' katanya.



bersambung.....




[ Last edited by  HangPC2 at 26-9-2008 11:13 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.073637 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list