CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mysara

Ingatkan diculik, Rupa2nya bw diri ke BB..TERKINI dah putus Tunang!!!

  [Copy link]
Post time 19-10-2010 01:24 AM | Show all posts
knp tunang die x ajak ikut die skali gi opis??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 01:25 AM | Show all posts
macam ader..dot..dot..dot
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 01:27 AM | Show all posts
Kalau betul diculik mungkin penculik acu pisau kat belakang badan dia suruh senyap dan jalan macam b ...
venom1 Post at 18-10-2010 18:37



    a'ah aku setuju yg nih.. penah berlaku kat sorang student lelaki ni time aku study kat u dulu.. dia jenjalan kat pekan, masa tu ramai je org lalu lalang..tetiba dtg sekumpulan lelaki dlm 3 4 org mcm 2 ikut dia..ada sorang tu pegang bahu dia dr belakang buat mcm kawan la kononnya..tp seblah tgn lagi acu pisau kat belakang student tu..org tengok pun tak perasan coz mcm kawan2 jer.. sampai kat tempat yang sunyi sikit, student tu kena rompak.. tu lelaki tu..dia pon x berani nak lawan..inikan plak kalu pompuan yg kena kompom la tak terlawan.. ishh minta dijauhkan la..harap2 roza selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 01:37 AM | Show all posts
Reply 223# medd

member aku , lelaki kene cmtu gak. kat puduraya. dua lelaki follow die, pastu rapat2, sorang tu dah siap cucuk pisau. melayang rm50 duit nak beli tiket bas...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 01:58 AM | Show all posts
Reply  medd

member aku , lelaki kene cmtu gak. kat puduraya. dua lelaki follow die, pastu rapat2 ...
zairizain Post at 19-10-2010 01:37



    macam2 kan..
satu lg ceta ni time aku study gak..roomate aku tengah dating ngan pakwe kat bustop..siang2 tu.. kene cam tu gak.. yg pakwe soh lepaskan roomate aku tu..kalau nak buat apa, buat kat dia jer..awek dia jgn kacau.. tp xder maknenyer dia merayu..last2 dua2 kena kebas duit ngan hp skali.. pakwe roomate aku tu army ok..badan tough pon still dia xleh nak wat apa jg.. seb baek la roomate aku x kena kidnep..dah la cantik orgnya.

skarang ni kat mana2 pun x selamat lg.. kalau nak g jenjalan, g ngan kawan ramai2..sentiasa peratikan org sekeliling..kalau ada yg mencurigakan, cepat2 beredar dr tempat tu..g tempat yg rasa selamat ckit..contohnya dlm bank ker..kat situ ada guard kn..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:36 AM | Show all posts
Kalau ikut CSI, tunang dia adalah main suspect.

Akak pun musykil dia kata dia gi office.  Rasanya tak kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2010 05:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by KakFie at 19-10-2010 05:41

Kalau ikut CSI, tunang dia adalah main suspect.

Akak pun musykil dia kata dia gi office.  Rasanya tak kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 06:20 AM | Show all posts
Aku rasa tunang dia tak bawak pun awek ni ke kuantan tu..
tah2 dibawa ketempat lain atas sbb bergaduh atau apa2 ... lelast lost gitu aja..

2 lelaki yg kunun cuba ikut awek tu tah2 tak wujud pun

Tunang dah gelabah lelast reka2 cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 06:33 AM | Show all posts
macam2 kan..
satu lg ceta ni time aku study gak..roomate aku tengah dating ngan pakwe kat ...
medd Post at 19-10-2010 01:58



    berlaku kat mana nih? dah report polis?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 07:51 AM | Show all posts
Aku rasa tunang dia tak bawak pun awek ni ke kuantan tu..
tah2 dibawa ketempat lain atas sbb berga ...
almari_buruk Post at 19-10-2010 06:20 AM


petikan berita hari ni. lepas baca berita, aku  rasa memang tunang dia terlibat dlm kehilangan gadis ni. nak menipu tp kantoi

Keluarga percaya tunang sembunyikan Rozaliya
Oleh Suhaidi Mohamed Amin
bhkt@bharian.com.my
2010/10/19
Rozaliya

Tindakan suspek cuba larikan diri curigakan bakal mentua

BANDAR CHENEH BARU: Keluarga Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan kini bingung apabila tunang mangsa dikatakan cuba melarikan diri dan sukar dihubungi sejak semalam.
   Ibu mangsa, Sabariah Mansor, 42, berkata dia sekeluarga cuba menghubungi tunang anaknya berkali-kali sejak pagi semalam, namun gagal sehinggalah bakal menantunya itu menjawab panggilan jam 5.30 petang, menyatakan dia berada di Johor Bahru.
“Apabila dihubungi semula adik saya selepas itu, dia mendakwa berada di Melaka pula. Saya bingung dengan jawapan diberikan dan kini  mula mengesyaki dia cuba menipu kami kerana keretanya masih berada di rumahnya di sini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

   Sabariah berkata, dia mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena mengenai hubungan pasangan itu kerana Rozaliya pernah mengadu dia tawar hati berkahwin pada 12 November depan, serta pernah meminta diputuskan pertunangan.

   “Saya juga ada menghubungi rakan tunang anak untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar pulang ke pejabat seperti dikatakannya ketika meninggalkan Rozaliya di Kuantan. Saya terkejut kerana ternyata semua yang dikatakannya meleset dan tidak benar,” katanya.

   Sabariah berkata, Rozaliya yang bekerja sebagai pembantu kedai pernah mengadu kepada seorang bapa saudaranya yang mereka sering bergaduh, malah tunangnya pernah melakukan perkara yang tidak baik terhadapnya.
   Dalam pada itu, Sabariah berkata, beliau menerima panggilan daripada seorang lelaki yang kemudian datang ke rumahnya petang semalam, memaklumkan ternampak anak gadisnya sedang makan bersama seorang lelaki di gerai makan berhampiran Pasar Besar Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

   “Menurut lelaki itu, dia terpandang gadis seperti Rozaliya yang dilihatnya di televisyen ketika siaran berita di TV1 malam kelmarin. Malah, dia yakin tidak tersilap orang selepas membaca dan melihat gambar Rozaliya di akhbar hari ini (semalam),” katanya.

   Sabariah berkata, lelaki terbabit meminta supaya dia ke Kuantan malam ini untuk mencari di sekitar kawasan berkenaan dan mengecam sendiri gadis itu.

  Di KUANTAN: Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, siasatan terperinci dalam semua aspek sedang dilakukan pihaknya bagi mengenal pasti kehilangan gadis berkenaan.

  “Pasukan penyiasat kita turut menemu bual rakan dan kenalannya sebelum dapat mengesahkan gadis itu diculik atau kemungkinan menghilang diri dengan alasan tertentu,” katanya.

  Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Shamsul Sazali Md Shah, 37, berkata pihaknya sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan anak saudaranya itu.

  “Kami sendiri sudah buntu dan tidak tahu sama ada dia benar-benar diculik, atau sesuatu yang buruk menimpanya atau kemungkinan melarikan diri.

  “Saya bersama bapanya serta seorang jiran baru pulang dari Kuala Lumpur selepas mencarinya di sekitar Chow Kit, Puchong dan beberapa tempat lain.

  “Kami berdoa dan berharap dia akan pulang dengan selamat,” katanya ketika dihubungi semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 07:57 AM | Show all posts
tiba-tiba aku teringat kisah aku 15 tahun yg lalu di bandar kuantan..masa tu aku budak-budak lagi...aku leka duk kat kedai majalah biasa la budak-budak kan duk belek komik doraemon.....mak aku ader kat kedai sebelah..tiba-tiba ada sorg lelaki dlm umo 20-30an tegur..'adik, sorg jer ker?'..aku terkujat..pastu aku jawab..'tak..dgn mak.tu mak kita..' pastu terus aku lari pegi ke kedai sebelah dan terus pegang tangan mak....
aku tak citer pun pasal ni pada family aku..


kalau la diculik aku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 07:58 AM | Show all posts
ya hampunnnnn..tunangnye punye kerjakah? sian dia ni..muda lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 08:00 AM | Show all posts
ya hampunnnnn..tunangnye punye kerjakah? sian dia ni..muda lagi...
siputsedut Post at 19-10-2010 07:58 AM


mungkin la kalau tengok dari apa yang diberitau oleh keluarag gadis tu..mungkin la. taktau betul ke tak..mungkin polis tgh cari kot laki tu...tunggu je polis umum..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 08:06 AM | Show all posts
cuba kua kan muka tunang dia yg lelaki tuh...ada muka ala2 penjahat tak? mungkin ye jugak dia terbabit sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 08:07 AM | Show all posts
haa...dh kantul dh tunang dia..
kan betul team CSI bilang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 08:08 AM | Show all posts
mcm mana le lelaki yg tak tentu keturunan diterima menjadi bakal menantu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 08:11 AM | Show all posts
memang patut keluarga tu putuskan je pertunangan dengn laki tu....ada peluang untuk aku...heheheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 08:14 AM | Show all posts
ne kes cinta x berbalas !! ku pinang2 x dapat ku culik ku bawa lari..
tokey.tin Post at 19-10-2010 00:02



    dah tunang sendiri.. nak culik wat pe..
tapi Roza ada cerita kat uncle dia.. tunang dia ada buat benda tak baik kat dia....:re: dah terlanjur ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 08:16 AM | Show all posts
memang patut keluarga tu putuskan je pertunangan dengn laki tu....ada peluang untuk aku...heheheheh: ...
akuz Post at 19-10-2010 08:11


ni nak amik kesempatan le ye!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 08:19 AM | Show all posts
dah tunang sendiri.. nak culik wat pe..
tapi Roza ada cerita kat uncle dia.. tunang dia a ...
mysara Post at 19-10-2010 08:14


terlanjur saje yg di ingat nye...kekekeee mana tau, jantan tuh kaki pow duit ka, pastu tgn asik nk melibas jer kat pompuan, kemungkinan jugak.... :re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.080571 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list