CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahnafnia

FILEM CINDERELLA [FIZO OMAR-NELYDIA SENROSE]

[Copy link]
Post time 23-12-2013 09:12 PM | Show all posts
ahnafnia posted on 23-12-2013 08:46 PM
kalau ada link jgn luper sharing2 k..

nak download gak...

heeeppp!!!! biasa nie....
kaka...gi lah tgk wayang.....
berilah sokongan utk filem tempatan....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 03:57 PM | Show all posts
hans78 posted on 23-12-2013 09:09 PM
kan....mungkin sbb xbyk adegan daring kot...itu yg buat cite nie xlaku....
Amboi !!! tingginya ha ...

cpr? ... seb baik abg jebat xblakon sekali....

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 04:00 PM | Show all posts
hans78 posted on 23-12-2013 09:09 PM
kan....mungkin sbb xbyk adegan daring kot...itu yg buat cite nie xlaku....
Amboi !!! tingginya ha ...

nad ada blakon filem ke tahun ni?... minta2 nad blakon filem tahun depan la ek.. tahun nie bagi nely dulu... tetap gak nak ek...
yep btul tu... nely kena polish lagi..kena rajin2 wat research... tak pa bagi nely time ... setahun dua nanti upgrade la tu lakonan dia.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 06:50 PM | Show all posts
charlizetheron posted on 24-12-2013 04:00 PM
nad ada blakon filem ke tahun ni?... minta2 nad blakon filem tahun depan la ek.. tahun nie bagi ne ...

Yup ade...Nad ade berlakon filem tahun nie...kami histeria..dlm movie tu ade fazura,sara ali n diana farid kamil...
kalau ade rezeki nely tahun depan...ade lah nnt...
cpr ngan dato aje...tapi bukan dari mulut ke mulut...cuma tekan2 dada aje....
cpr yg sebenarnya hanya abg jebat  yg punya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 08:05 PM | Show all posts
pengkritik pun puji lakonan nely..


[quote]Pendekatan Baharu Dalam 'Cinderella'
Oleh KEMALIA OTHMAN



FILEM: Cinderella

PENGARAH: Ahmad Idham

PELAKON: Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Azlan Komeng

DURASI: 1 Jam 30 Minit

GENRE: Romantik

TERBITAN: Exellent Picture Sdn Bhd

TARIKH TAYANGAN: 19 Disember 2013

FILEM berkonsepkan kisah 'Cinderella' telah difilemkan dalam pelbagai bentuk dengan menceritakan tentang cinta antara dua darjat yang sudah begitu popular dan diketahui umum.


Fizo Omar (kiri) dan kamal Adli.
Filem Cinderella hasil karya pengarah Ahmad Idham turut dilihat memodenkan cerita klasik ke dalam sebuah kisah dengan pendekatan baharu yang lebih kontemporari.

Tidak lari dengan jalan cerita asal, Ahmad Idham membina struktur naratif filem ini dengan memaparkan seorang gadis teraniaya iaitu lakonan Nelydia Senrose sebagai Nurul dan Fizo Omar sebagai anak orang kaya bernama Salman.

Filem genre romantik ringan ini juga diambil daripada naskhah drama bersiri popular sekitar 90-an yang dibintangi sendiri oleh Ahmad Idham dan Haliza Misbun.

Mengambil jalan cerita yang sudah sedia ada merupakan pendekatan yang mudah bagi penulis skrip atau penerbit, namun jika tiada tafsiran yang berbeza dan olahan yang segar ia hanya sebuah cerita yang membosankan dan sudah dapat dijangka penonton.

Bagaimanpun kata Ahmad Idham, babak dan plot yang diambil tidak melebihi 30 peratus daripada drama asal terbitan Kuasatek Picture itu.

Bagi penonton yang pernah menonton drama bersiri tersebut pasti sudah mengetahui jalan cerita filem ini, cuma apa yang berbeza adalah cara pengakhiran yang sedikit menimbulkan tanda tanya apabila Salman disahkan menghidap HIV positif.

Apa yang cuba disampaikan Ahmad Idham ialah kisah percintaan yang berliku, antara nilai kemanusiaan, kekejaman dan kejujuran serta soal dua darjat keturunan, tetapi akhirnya ditamatkan dengan kegembiraan.


Sementara itu, lakonan daripada pelakon Nelydia Senrose, Fizo Omar dan Kamal Adli berjaya menghayati dan membawa emosi sedih yang cuba disampaikan pengarah.

Biarpun filem pertama lakonan Nelydia, watak air mata yang dibawakannya sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada penonton ketika keluar panggung.

Filem ini berkisarkan 'Cinderella Melayu' yang diwujudkan dari seorang anak tiri di sebuah kampung apabila ditangkap khalwat dengan seorang jejaka yang tidak dikenali dan dibawa balik ke bandar.

Wanita bernama Nurul tinggal bersama ibu tirinya ditangkap khalwat bersama lelaki yang bercuti di pulau tersebut bernama Salman.

Selepas di bawa pulang dan diperkenalkan kepada keluarga, Nurul dianggap sebagai pembantu rumah sehinggalah Salman disahkan membawa virus HIV positif akibat kehidupan sosialnya.

Filem ini berada di pawagam bermula 19 Disember lalu turut bersaing dengan beberapa filem Melayu seperti Paku, Papadom dan Ular.[/quote]


kredit to: http://mstar.com.my/hiburan/teng ... =mstar_tengokwayang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 02:15 AM | Show all posts
citer nih byk positive feed back.....bagus2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2013 09:14 PM | Show all posts
hans78 posted on 23-12-2013 08:12 PM
heeeppp!!!! biasa nie....
kaka...gi lah tgk wayang.....
berilah sokongan utk filem tempata ...

keadaan sekarang x sesuai kot nak masuk wayang...


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 09:25 PM | Show all posts
ahnafnia posted on 27-12-2013 09:14 PM
keadaan sekarang x sesuai kot nak masuk wayang...

Tau...tau....
saja aje bergurau gurau..
Ala tomei2...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 09:08 AM | Show all posts
member aku ajak aku tgk citer ni, dia nak belanja...so kira on la... org nak belanja
dalam pikiran aku dah skeptikal cerita melayu....bla..bla..bla... ahmad idham...bla..bla..bla...

ni komen aku :

1. Jalan cerita yang senang, tak perlu nak berselirat dengan banyak subplot yang tak membantu.
2. Aku suka dengan garapan untuk watak jahat dari mak tiri, adik tiri dan abang tiri si nurul. tak perlu nak jahat melampau ala sinetron. simple tetapi cukup untuk dirasakan kejahatannya

cumanya, watak si nurul tu seorang nurse dan kalau dah jadi nurse dan mesti pernah belajar sekurang2nya 3 tahun untuk dapat diploma, kenapa masih bodoh untuk diperkotak katikkan oleh mak tiri, adik tiri dan abg tiri?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 12:50 PM | Show all posts
dauswq posted on 19-12-2013 11:11 PM
nelydia makin laku skrg + critically acclaimed actress...
calon best actress utk award taun depan n ...

walaupun aku pemenat drama cinderella 98, aku xkan tgk filem baru ni sbb hero nya sendu...ada ke amik fizo omar?? grade C sgt film ni.... nelydia baik fokus drama jah dulu

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xlaku je.... x shoot kt luar negara ke filem ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 11:39 AM | Show all posts
x leh terima fizo jadi hero , entahlah mcm x best aje die berlakon. x kiralah drama ke filem , jadi pengacara pun x best. klau nasi lemak kopi o dia mengacar , iols tutup tv. bosan  baik die jadi hero tuk mawar sorang jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:16 AM | Show all posts
twist sgt versi film nih
suka lagi yg drama
tp nely mmg superb lakonan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2014 11:16 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 11-8-2014 02:16 AM
twist sgt versi film nih
suka lagi yg drama
tp nely mmg superb lakonan

nely cantek kan dalam citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 01:24 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 10-8-2014 06:16 PM
twist sgt versi film nih
suka lagi yg drama
tp nely mmg superb lakonan

twist yg tak terasa sbb dalam iklan da tunjuk fizo main dengan anak dia kat pantai haha

berapa kutipan filem ni? tgk kat tv macam mustahil lepas sejuta
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 01:50 PM | Show all posts
ahnafnia posted on 11-8-2014 11:16 AM
nely cantek kan dalam citer ni

bila2 pun nely nih sentiasa cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2014 01:52 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 11-8-2014 01:24 PM
twist yg tak terasa sbb dalam iklan da tunjuk fizo main dengan anak dia kat pantai haha

berapa  ...

sbb jauh sgt dr versi drama......jln citer last2 lain dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 04:31 PM | Show all posts
alamak tetinggal kapal....tgk sikit jek crite ni ...ade download muvi tak? da cari xjumpe laaa...

ai nk cari ayat2 yg nurul cakap mase kat pantai tu...ape eh dia ckap x bpe dengar time tu anak iols nngs....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 12:24 PM | Show all posts
macam tak best je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 03:05 AM | Show all posts
Terasa seperti menonton siaran ulangan filem 90-an di tahun 2014.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.900371 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list