CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 29-11-2013 10:04 AM | Show all posts
Apabila daun pintu Ballroom ditolak, berkumandang lagu Hindustan menyapa gegendang telinga. Beberapa orang pekerja Hotel Mayang Sari sedang menjalani uji bakat dengan menari tarian Bollywood. Lagu apa yang dimainkan, Zack tak berapa tahu. Dia tak meminati cerita-cerita ataupun lagu-lagu Hindustan. Tapi, walaupun tak minat, pernah juga Zack ‘ter’ menonton filem Mohabbatein.

Separuh Ballroom Tun Teja dipenuhi dengan para Pekerja Hotel Mayang Sari. Ada yang datang untuk menjalani ujibakat, ada yang datang untuk melihat saja.

Yang menjadi juri pada hari itu ialah Chef Joe, wakil komiti dari Kitchen Department. Linda atau nama glamernya Auntie Linda, pengurus Restoran Jepun, Restoran Bushido dan Ronald Liew, wakil dari department Front Office.

Zack tersengih sendiri melihat kegigihan dan gelagat peserta. Mahu tidak gigih? Wang sepuluh ribu yang menjadi taruhan. Itu untuk tempat pertama. Tempat kedua dan ketiga, masing-masing bakal menerima tujuh ribu dan lima ribu.

“Joe, theme tahun ni dah confirm ke?” Soal Zack.

“Dah.” Jawab Joe Zulkifli. Zack perasan, mata Joe Zulkifli bukanlah kepada para peserta yang membuat persembahan, tetapi kepada Mastura, kerani di bahagian sumber manusia yang baru masuk kerja minggu lepas.

“Apa theme tahun ni?” Zack bertanya lagi.

“Celebrity-Me.”

“Selebet…apa?” Lagu yang kuat, membuatkan Zack sukar menangkap apa yang dituturkan oleh Joe Zulkifli.  

“Celebrity-Me. Tiru Gaya Artis.” Joe Zulkifli menguatkan suaranya. Matanya masih memandang Mastura. Melihatkan Joe Zulkifli yang seperti gila-bayang, Zack tidak bertanya lagi.

“What a nice show. Alright, thank you.” Jessy bertindak sebagai pengacara majlis pada hari ini.

“Next performance will be a stand-up comedy from Amir and Shukri.”

Amir dan Shukri muncul di atas pentas. Kelihatan takut-takut dan malu. Setelah memperkenalkan diri-sendiri serba sedikit, mereka mula membuat persembahan.

Zack menarik nafas panjang. Berharap masa lima minit yang diberikan kepada mereka segera berlalu. Nak gelak pun ada. Tapi bukan gelak kerana lawak mereka kelakar tetapi gelak kerana lawak mereka memang tak kelakar langsung. Bukan menghina, tetapi Zack benar-benar tak memahami apa yang dipersembahkan oleh Amir dan Shukri.

Terdengar bunyi ‘Boo’ dan ‘Turunlah Woi!’ dari mereka yang menonton. Chef Joe sudah mula menguap. Mulut Ronald Liew terkumat-kamit. Zack mengagak, Ronald mesti sedang menyumpah perlahan sepuas hati. Hanya Auntie Linda yang tersenyum seolah-olah memberi galakan.

“Okay. Thanks Amir and Shukri.” Jessy bersuara setelah persembahan mereka tamat. Amir dan Shukri terkulat-kulat turun dari pentas.

“Now, let's enjoy an acoustic performance from Taufan Band.”

“Taufan? Nak lawan Hujan le ni…” Zack berkata lantas menoleh ke kiri. Hampeh!Dia bercakap seorang diri rupanya. Joe Zulkifli  tak ada disebelah. Dia kini sedang berbual-bual dengan Mastura.

Cekap sungguh Joe Zulkifli bertindak. Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 06:14 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2013 11:01 AM | Show all posts
Mata Zack kembali ke arah pentas. Ahli-ahli Taufan Band mula mengambil tempat masing-masing. Nizam, Qayyum, Amin dan Rashidi, kesemuanya dari Kitchen Department. Masing-masing sudah bersedia untuk membuat persembahan.




“They are quite good.”

Zack disapa seseorang. Pantas Zack menoleh ke sebelah. Zareen tersenyum manis ke arahnya.

Alamak…kantoi.

“Not bad.” Balas Zack, tersenyum sumbing.

“Awak tak nak masuk ke?” Soal Zareen. Melihat Zareen yang senyum saja dari tadi, Zack rasa agak lega. Sekurang-kurangnya dia tahu, Zareen tak marah dia curi tulang di sini.

“Taklah Cik Reen.”

“Kenapa?”

“Entah.” Jawab Zack sambil tersengih. Zareen senyum lagi.

“Cik Reen tak nak masuk ke?”

“Isk…taknaklah. Kalau saya nyanyi, takut banjir kilat pulak KL ni…” Balas Zareen.  

Zack ketawa walaupun kata-kata Zareen tadi bukanlah lawak sangat. Dia ketawa kerana hendak menutup perasaan gugup dalam diri.

“Siapa yang jadi penyanyi utama tu?” Soal Zareen lagi.

“Nama dia Nizam. Budak kitchen. Kenapa tanya?” Lain macam pula bunyi nada suara Zack.

Zareen menoleh ke arah arah Zack sambil mengangkat kening.

“Ehemm. Yalah….Cik Reen mestilah tak kenal sebab Cik Reen baru kerja kat sini…sebab tu Cik Reen tanya…saya pun bukanlah…nak sibuk…saya…tanya je....”  

BAIK KAU DIAM SEKARANG! Otak Zack memberi arahan.

Zareen hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum nipis. Zack mengurut tengkuknya sendiri.

Zack memerhatikan Zareen disebelahnya secara curi-curi. Dia tak pernah berada sedekat ini dengan Zareen, maka jarak lima jengkal ini adalah jarak paling hampir setakat ini. Tinggi lebih kurang sama. Zack berketinggian 170cm dan Zareen kelihatan tinggi lebih tiga inci dari Zack. Mungkin Zareen memang lebih tinggi dari Zack atau mungkin, ketinggian itu disebabkan kasut yang dipakai oleh Zareen.

Orang-orang tua cakap, kalau isteri lebih tinggi dari suami, bahagia rumahtangga…

Orang tua mana yang cakap macam tu?

“Thanks Taufan Band! Good job!” Suara Jessy kembali memenuhi ruang Ballroom. Ramai yang bertepuk tangan.

“Let’s now give a big shout to...the one and only…JAY!”

“Jay?” Zack dan Zareen berkata serentak lantas mereka ketawa.

“Rasa-rasa Cik Reen, Jay nak buat show apa?” Soal Zack sambil tersengih.

“Entah. Macam nak menyanyi pun iya. Nyanyi kot? Ke nak menari?” Balas Zareen sambil memandang ke pentas.

Lagu Sayang dendangan Shae berkumandang.





Zack dan Zareen saling berpandangan. Ketawa mereka terburai lagi.

“I nak balik officelah.” Kata Zareen apabila ketawanya reda.

“Okay. Jomlah.” Balas Zack.

Mereka beriringan meninggalkan Ballroom Tun Teja. Last edited by Nicki_Meow on 17-12-2013 01:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 01:02 PM | Show all posts
alamak...boleh bayangkan jay yang lembut tu nyanyi lagu tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 02:04 PM | Show all posts
sapp73 posted on 29-11-2013 01:02 PM
alamak...boleh bayangkan jay yang lembut tu nyanyi lagu tu



Salam Sapp, thanks for reading.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 02:06 PM | Show all posts
Waktu bekerja sudah tamat. Zack mengemas mejanya yang berterabur, penuh dengan kertas. Mengemas sekadarnya saja.

Joe Zulkifli sudah hilang seawal 10 minit yang lepas. Rasa Zack, Joe Zulkifli nak singgah ke pejabat sumber manusia yang terletak di tingkat dua.

Sempat Zack jeling ke bilik Pengurus Marcom, mencari kelibat Zareen. Mana tau, boleh jalan sama-sama macam tadi.

“Nak balik dah?”

Zack nyaris melatah. Tiba-tiba saja Zareen muncul di depannya.

“Err…ya. Nak balik dah…” Jawab Zack, tergagap sedikit. Niat nak usha orang tu, orang tu yang usha dulu.

“Cik Reen nak balik jugak ke?” Soal Zack. Zareen hanya mengangguk perlahan. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

“Kalau macam tu…” Ayat Zack termati di situ. Dia menelan air liur. Jomlah jalan sekali…

“Apa yang kalau macam tu?”

“Kalau macam tu…” Ulang Zack.

Saya nak ajak awak jalan sekali. Lepas tu...mana tau, kita boleh pergi makan-makan ke…   

“Zack…” Panggil Zareen apabila Zack terdiam lagi.

“Kalau macam tu, see you tomorrowlah Cik Reen.” Mulut dan otak Zack tak selari. Lain yang difikir, lain yang keluar.

Zareen mengangkat kening, memandang pelik ke arah Zack.

“Okay. See you tomorrow.” Zareen menganggukan sedikit kepalanya kepada Zack dan terus berlalu. Zack hanya mampu melihat Zareen sehingga hilang dari pandangan.

Kalau macam ni, sampai tua pun aku tak berbini….

Zack menggelengkan kepalanya sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 02:10 PM | Show all posts
Apabila sampai di lobi, Zack ternampak Kate di sebelah kedai bunga. Sebelah tangannya memegang sebotol air mineral manakala sebelah lagi terkial-kial mencari sesuatu di dalam beg tangan.

Lain macam gaya si Kate. Macam kucing hilang anak.

Zack berjalan perlahan-lahan ke arah Kate, memastikan kehadirannya tidak disedari.

“BOO!” Zack bersuara kuat, betul-betul di belakang Kate.

“Shoot!” Kate terjerit. Beg tangannya terus jatuh ke bawah.

Zack memandang Kate sambil tersengih.

“Damn you, idiot!” Marah Kate sambil mengutip kembali beg tangannya. Seperti tadi, Zack masih tersengih tanpa rasa bersalah. Kata-kata Kate tidak dibalas. Zack sudah terbiasa dengan Kate yang suka cakap lepas seperti itu.

“Here, hold this for me.” Kate menghulurkan botol air mineral kepada Zack.

“You cari apa?” Soal Zack.

“My kunci kereta.” Jawab Kate tanpa memandang Zack. Mukanya berkerut-kerut.

“Shit! Where did I put it?” Sambil membebel, Kate mengorek beg tangannya lagi.

Zack hanya membatu di tepi.

“Found it!” Kate menjerit, lega. Zack menggelengkan kepala. Botol air mineral dihulurkan kembali kepada Kate.

“Thanks.” Ucap Kate, tidak lagi menyinga.

“What?” Soal Kate apabila Zack melihatnya dengan muka tanda tanya.

“Are you okay?”

“Yeah. Why?” Kate bertanya kembali.

“You look pale.”

“Am I?”

Zack mengangguk.

“Must be tired…” Balas Kate.  “Ada rokok?” Tanya Kate lagi.

Kening Zack terangkat. Amboih. Kau nak pow rokok aku pulak?

Zack mengangguk. Kate senyum.

“Let’s go…” Kata Kate. Mengajak Zack untuk merokok bersama-sama di tempat biasa. Nak merokok di Lobi, pasti akan dimarahi pengawal keselamatan.

“I didn’t see you for the past few days…”  Sambil berjalan Zack berkata. Kate diam, wajahnya mendung.

“Hey…I’m talking to you.”

“You miss me isn't it?” Kate membalas dengan soalan.

“Yes, miss you so much.” Zack menjolok anak tekak lalu pura-pura hendak muntah.

"Idiot." Ujar Kate lalu ketawa. Wajahnya kembali ceria.

Sekali lagi, Zack memandang dengan kening berkerut. Mood Kate senantiasa berubah-ubah. Seperti ada butang di badan Kate yang boleh mengawal mood sesuka hati. Tekan butang satu – mood sedih. Tekan butang dua – mood ceria. Tekan tiga – mood maki hamun.

“I cuti. Ada hal sikit…” Jawab Kate.

Zack mengangguk.

“Hi Kate….” Last edited by Nicki_Meow on 1-12-2013 07:30 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2013 02:15 PM | Show all posts
Muncul Zareen entah dari mana. Langkah Zack dan Kate terhenti.

"Hey...Reen." Kate menyapa kembali.  

“Zack…” Zareen menyapa Zack pula. Zack senyum sumbing sambil mengurut tengkuknya. Dalam hati, Zack menuduh Zareen bela hantu raya, sebab sudah beberapa kali, Zareen muncul secara tiba-tiba.

Kate dan Zareen berbual-bual ringan sebentar. Sesekali, mata Zareen mereling kepada Zack membuatkan Zack jadi tak tentu arah.

“Okaylah Kate. See you next time.” Zareen meminta diri. Dia melihat pula ke arah Zack.

“Zack…”

“Cik Reen…”

Zareen tersenyum tawar kepada Zack sebelum berlalu pergi.

Isk…marah ke?

Zack hanya memandang Zareen yang kini sedang menuju ke arah sebuah kereta Vios berwarna putih, yang sudah sedia menunggu di luar lobi. Zack memanjangkan leher, cuba untuk melihat pemandunya tetapi tak berjaya. Terlalu jauh.

Kereta Vios putih meninggalkan kawasan itu.

Kate memerhatikan tindak-tanduk Zack dengan senyum sinis.  

“Hey!” Kate menampar lengan Zack sekuat hati.

“Sakitlah!” Suara Zack meninggi sambil menggosok lengannya yang ditampar Kate tadi.

Kate ketawa.

“You tengok Zareen macam nak makan saja." Kate memberikan komen.

Zack diam dan melihat jam tangannya. Komen Kate tidak dibalas.

“La…la…la…somebody is falling in love…” Kate menyanyi-nyanyi dengan lirik dan nada yang dicipta sendiri.

“Shut up, idiot...”

Kate tergelak lagi. Last edited by Nicki_Meow on 1-12-2013 03:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 02:15 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-11-2013 02:04 PM
Salam Sapp, thanks for reading.

salam....nicki...

ni tengah seronok membaca ni...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 03:12 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-11-2013 04:12 PM
Ladyyyyy........

(eksaited nmpk lady sampai tak terkata...)

Usu...
sorry pulut kuning terlewat sampai. Jemput semua!





Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 03:21 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-11-2013 09:47 AM
Yang terluka dan dilukai pasti ada...siapa pula yang melukakan?

Kena menuntut dgn Sumayyah nihh!



psstt.... iols punya candycrush level 162. Tapi bukan iols yg main, anak2 yg sambung. iols dah hilang mood main sejak stuck kat level 149.
Zack dah level berapa?

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2013 05:36 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-11-2013 03:12 PM
Usu...
sorry pulut kuning terlewat sampai. Jemput semua!

yyoohhh....takpe..

better late than neber, bak kata org jowo.....






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 09:35 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-11-2013 03:21 PM
Kena menuntut dgn Sumayyah nihh!

Yo gepren.... apa habaq? MSMN dah siap?

Sumayyah sibuk dengan Rafiki...malas nak kacau.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 09:41 AM | Show all posts
Episode 11

Air Nescafe 3 dalam 1 sudah larut sepenuhnya dalam air. Tapi, jari Zack masih tidak berhenti mengacau kerana fokusnya bukan kepada air itu. Mesej Whatsap yang baru diterima dari Farizah mengganggu sedikit tumpuannya.

Farizah Sidek
Zack memang tak sudi nak berkawan dengan Izah kan? Sampai sekarang, Zack tak pernah call Izah lagi…


Dengan jari tangan kanan masih mengacau air, Zack menaip menggunakan tangan kiri.

Sorry. Zack busy..bukan taknak

Zack memadamkan semula ayat yang baru ditaip. Alasan busy ternyata sangat cliché.

Bukan taknak call, tapi Zack banyak kerja…

Ayat dipadamkan lagi. Sama je maksud dengan ayat pertama yang dikarang tadi.

Sorry Izah. Bila free, Zack call Izah yek

"Bolehlah ni..."

Jari Zack menekan butang send.

Farizah Sidek
Busy sangat ke sampai tak boleh call Izah?

Zack Iskandar
Busy jugaklah. Sejak dua menjak ni, banyak kerja.

Farizah Sidek
Okaylah kalau macam tu. Sorry sebab kacau Zack.

Zack Iskandar
Okay


Zack membalas pendek saja. Sebelum ini, dia telah berjanji dua, tiga kali untuk menghubungi Farizah. Hingga ke hari ini, janji tinggal janji. Bukan tidak pernah terfikir untuk menghubungi Farizah tetapi, bagai ada sesuatu yang menghalang. Hatinya terasa berat.

Zack Iskandar
Izah, Zack betul-betul minta maaf. Bukan tak sudi nak call Izah. Zack memang banyak kerja…

Zack menghantar satu lagi mesej kepada Farizah. Entah kenapa, hatinya terasa bersalah pula. Risau pula jika Farizah terasa hati.

Perlukah dia risau?

Bila teringatkan Farizah, fikirannya bercelaru. Sikap Farizah yang kadang-kadang terlebih manja, menyesakkan nafasnya. Farizah seolah-olah sengaja menguji imannya yang hanya tebal sedikit dari kulit bawang itu. Jadi, sebelum dia terbabas, lebih baik dia menjarakkan diri.

Menjarakkan diri dan menjauhkan diri, ada perbezaan di situ. Bukanlah tak mahu berkawan langsung. Nasihat Amy juga memainkan peranan sebanyak  1% walaupun dia bukanlah peduli sangat pun dengan Amy.

Kadang-kala, terdetik di hati Zack yang dia telah tersalah tafsir dengan sikap Farizah. Mungkin, Farizah hanya menganggap dia sebagai kawan.

Tapi, kalau kawan, takkan manja sehingga begitu sekali…kan?

Farizah Sidek
It’s okay, Zack. Izah faham. Call me when you’re free. Boleh lepak sama-sama lagi…


Balasan dari Farizah diterima hampir seminit kemudian. Zack terasa sedikit lega. Farizah tidak berkecil hati dengan sikapnya. Mungkin benar, Farizah hanya menganggap dia sebagai kawan.

Apa-apa sajalah, malas hendak fikir panjang pasal itu. Kalau ada jodohnya, adalah..ya tak?

Telefon bimbit diletakkan atas meja kecil di dalam pantry itu. Air Nescafe 3 dalam 1 dihirup seteguk besar.

“Ggghhhhpphhh…”  Terasa panas dan kebas seluruh mulut sehingga ke anak tekak. Terlupa yang air itu masih panas.

Hampeh!

Silap sendiri. Tetapi air Nescafe 3 dalam 1 yang tak berdosa itu pula yang disalahkan.

Mata Zack mula berair. Tangan kanannya tergenggam lalu ditekup ke mulut menahan sakit. Last edited by Nicki_Meow on 2-12-2013 12:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 10:02 AM | Show all posts
“Zack…”

Namanya dipanggil dari pintu masuk pantry. Dalam menahan sakit, Zack mengangkat muka.  

Alah…time ni lah kau muncul...

Zareen melihat Zack dengan penuh tanda tanya.

Zareen ini pun, salah satu penyumbang kepada kecelaruan fikiran Zack juga. Suka benar si Zareen muncul secara tiba-tiba depan dia.

“Zack...are you okay?” Soal Zareen. Ada bimbang dalam suaranya. Zack pula, belum mampu bersuara lagi, hanya menarik nafas panjang.

“Zack…” Panggil Zareen lagi. Dia begerak ke depan lalu berdiri di hadapan Zack.

“Zack, kenapa awak menangis?”

Nangis? Cisss! Zack terasa meter ‘macho’nya  jatuh ke paras sifar kerana ‘menangis’ depan Zareen.

Zack mengangkat tangan kiri, memberi isyarat yang dia memerlukan sedikit masa.

“Zack, if there is anything you want to tell, I’m all ears. I mean…you can share with me. Nampak macam teruk sangat je, masalah awak…” Kata Zareen lagi.

Apsal dia concern gila kat aku ni? Zack memandang Zareen lagi.

Melihat muka Zareen yang bimbang, hati Zack dicuit rasa lucu. Rasa berbunga pun ada, bila Zareen mengambil berat begitu. Terasa diri disayangi. Hoh, perasan!

“Zack…” Nada risau masih kedengaran dalam suara Zareen.

“Cik Reen…” Zack mula bersuara apabila kebas dalam mulutnya hilang sedikit demi sedikit.

“Cik Reen, janganlah risau sangat pasal saya. Saya okay…” Sambung Zack.

“Betul?” Soal Zareen. Zack mendiamkan diri sambil berusaha menahan sengih. Rasa ingin menggedik timbul serta-merta.

“Sebenarnya Cik Reen…” Zack pura-pura sedih, macamlah masalah yang dihadapi itu besar sangat.

“Cakaplah Zack. Kalau saya boleh tolong, saya tolong….”

“Saya malulah nak cakap, Cik Reen…”

“Cakaplah…” Zareen seperti memujuk.

“Hhhmm….Kalau saya cakap, Cik Reen jangan marah….ya…”

Zareen mengangguk.

“Janji?”

Zareen mengangguk lagi dengan kening berkerut.

“Sebenarnya Cik Reen…saya…” Zack menarik nafas. Sedihnya kau Zack….

Zareen masih menunggu dengan penuh perhatian.

“Saya bukan nangis. Saya terminum air panas ni, mulut saya melecur. Sebab itu mata saya berair…”

Zareen terdiam serta-merta, berubah mukanya. Last edited by Nicki_Meow on 2-12-2013 12:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 10:05 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-11-2013 09:50 AM
Mungkin itu bermaksud - ramai je awek kat Mesia ni pakai vios dan ada tudung warna ungu. Tak semes ...

oop's pecah rahsia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 11:00 AM | Show all posts
hahahha lawakla zack ni....next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2013 12:06 PM | Show all posts
“Cik Reeeennnn…” Panggil Zack. Masih berusaha menahan sengih.

Zareen membuat muka ketat tanpa memberi sebarang respon kepada panggilan Zack. Dia berjalan ke arah sinki lalu terus membasuh mug yang dipegangnya tadi.

Matilah…matilah…dia marah dah. Zack buat muka minta belas kasihan. Macam muka minta penampar pun ada juga.

“Ala Cik Reen, janganlah marah. Bukan ke Cik Reen dah janji taknak marah tadi?” Zack cuba menggunakan kepakarannya yang tak seberapa itu untuk memujuk Zareen.

“Rileklah Cik Reen. Saya gurau je…” Sambung Zack apabila Zareen tetap mendiamkan diri.

“Cik Reen….”

“Saya tak marah pun…” Balas Zareen, mendatar sambil mengelap tangannya dengan tisu.

“Ya ke? Macam marah je…”

“Tak marah. Terasa je…”

“Terasa ke? Sorry…” Ujar Zack.

“Iya…terasa. Terasa menyesal pulak tanya awak soalan tu…”

Zack terkedu sebentar. Boleh tahan juga si Zareen ni.

“Saya pun, terasa jugak ni Cik Reen.”

“Terasa apa? Suka sebab dapat kenakan saya?”

“Tak. Terasa bersalah pulak…”

Zareen memandang Zack. Dia juga sebenarnya, cuba menahan ketawa dari tadi tapi sudah tak mampu. Tawanya berderai juga.

“Awak ni…teruklah Zack…”

Zack sengih kerang. Rasa bahagia dapat bergurau begitu dengan Zareen.

Ceh! Poyo!

“Anyway, photo shoot nanti…pukul 10:30 kan?” Soal Zareen. Mengubah tajuk.

Zack tak menjawab. Dia cuma mengangkat dua jari telunjuk lalu dilagakan antara satu sama lain.

Zareen mengangkat kening dengan muka tanda soal.

“Pukul sebelas.” Kata Zack dengan senyuman.

Zareen menggelengkan kepala.

“Let me know kalau awak nak pergi nanti. Kita pergi sekali…”

“Okay…” Jawab Zack.

Zareen tersenyum lagi lalu berjalan meninggalkan pantri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 12:15 PM | Show all posts
Sonotnya zack dpt g sm2 ngan cik zareen
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 12:29 PM | Show all posts
Fuyoo! Ramainya colan2 si Zack tp satu pun tak lekat kalau berdasarkan tajuknya.


MSMN almost done!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 01:15 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-11-2013 09:47 AM
Yang terluka dan dilukai pasti ada...siapa pula yang melukakan?

andai rasa nak berpuitis silakan aje walau bunyi cam yea x yea

btw buh entry banyak2 yea
sempat nnt akak baca
cuma akak lbh tertarik antara cik Reen dan si aweks vios jer
dr awal kemoncolan izah x mendapat tempat di hati akak
(mohtepppp kan akak lak nak bg kata gitu )

andai ditakdirkan cik Reen adalah tunang badli harap zack jgn berpaling pd izah
dan cam ada yg x kena dgn kate ms dia kelam kabut cari something tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.232439 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list