CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinky_pink

TercipTa UntuKKu...-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 31-5-2011 06:44 PM | Show all posts
suka la cara vampire iskandar ni bg kesedaran n tunjuk ajar pd anum ni...
i like...  i lik ...
merahsilver Post at 30-5-2011 23:36



sesi perkenalan ngn family iskandar? hisy... silap2 Anum kejung satu badan time nk bersalam ngn mak dia... ahaks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2011 06:45 PM | Show all posts
anum dh tangkap cintan ngn iskandar..huhu..best2!!..
mya_kay Post at 31-5-2011 09:23




hahahahhaaaaa... i likeeee 2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 06:46 PM | Show all posts
haiz.... sgtlah x sabarnya nk tau sama ada si Iskandar ni pn ske kt Anum gak ke x... susah nk teka!  ...
gurlgals Post at 31-5-2011 12:15




tunggu.... sabar2.... {:2_76:}{:2_76:}{:2_76:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 06:48 PM | Show all posts
vampire pandai masak,,,masyukk
sejuk Post at 31-5-2011 18:29



heh...heh..heh... chief iskandar tunjuk bakat di dapur... terkebil2 Anum malu umo da tua bangka nk ptog sayur pun x reti... hikhikhik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 06:59 PM | Show all posts
Bab 20
ANUM kesat air mata. Dengan menggunakan belakang tangan dia menyapu pipi yang terasa sedikit melekit. Diselak album ke muka surat yang lain. Lama dia memerhatikan gambar-gambar yang terisi di situ. Entah kenapa, secara tiba-tiba sekali lagi air matanya mengalir keluar dari kelopak mata. Dia mencapai tisu yang berada di meja kaca. Dihembus air hingus yang tersekat di hidung. Sekali lagi menyapu kelopak mata.
      “Kenapa awak nangis?”
      Cepat-cepat dipalingkan wajah ke lain. Disapu seluruh wajah dengan sedikit kelam-kabut. “Mana ada!” Dengan pantas juga dia menafikan.
      “Ye… itu ada air mata tu. Macamlah saya tak tahu macam mana air mata orang menangis. Kenapa? Apa yang sedih sangat tengok gambar-gambar saya ni?” Sambil bertanya, dia mengambil tempat di sebelah. Memandang si gadis dengan wajah yang penuh tanda tanya. Tengok gambar pun boleh nangis? Hairan…
       “Cakaplah… Kenapa awak menangis? Gambar saya masa dulu-dulu terlalu hodoh dan kelakar sangat ke sampai awak sedih nak menatapnya?” Iskandar kerut dahi.
        Anum gelak kecil. Sambil-sambil menyapu muka dia menggeleng.
       Iskandar tak puas hati. Dia beralih sofa yang lebih dekat sedikit dengan Anum. Pelik melihat kenapa tiba-tiba gadis itu mengangis. Kalau ikut rancangan tadi, lepas makan mee goreng mereka nak balik. Tapi tak tahu macam mana tiba-tiba rancangan tu tak berjaya nak dilaksanakan pula. Ini dah masuk tengah hari mereka masih lagi berada di sini. Lepas makan, dia masuk dalam bilik berehat sekejap dan bila keluar aja dia tengok Anum tengah melepak di ruang rehat sambil tengok album. Kalau setakat tengok album tu tak apalah, tapi ini dah sampai mengangis pula. Apa kes?
         “Cepatlah… ceritalah kenapa awak menangis ni… Jangan malu, jangan segan… saya takkan gelakkan awak walau apa pun sebabnya…” Iskandar masih lagi berusaha nak korek rahsia kenapa Anum menangis.
       “Kalau saya cakap pun awak bukannya faham,”
       “Aik? Kenapa tak faham pulak? Awak nak terangkan sebab-musabab dia dalam bahasa Perancis ke? Kalau cakap dalam bahasa melayu tak boleh?” Iskandar cuba berlawak.
       “Awak ni kan…”
       “Dah tu… Awak kata saya takkan faham. Kalau awak cakap melayu, mestilah saya akan faham. Lainlah kalau tiba-tiba cakap Jerman, memang ternganga la saya dengar,”
        Anum menjeling.
      “Anum…” Iskandar memanggil perlahan. Penuh lembut dan bersahaja.
       Anum tarik nafas dalam. Dilepaskan secara perlahan-lahan.
       “Saya sedih tengok kebahagiaan keluarga awak… Macam cemburu sangat bila tengok umi awak peluk awak masa jamuan harijadi awak kecik-kecik dulu dan masa dia cium bila awak dapat ijazah. Ni yang ni…” Anum menunjukkan sekeping foto.
       “Gambar ni masa awak nak pergi luar negara?” Soal Anum.
       Iskandar mengangguk.
       “Tengok umi ni awak bukan main sedih. Siap bengkak mata menangis. Tengok gambar ni, rasa sedih sangat sampai saya pun menangis. Mesti umi awak sayang awak sangat-sangat kan?”
       “Emak mana yang tak sayangkan anak-anak dia…” Iskandar membalas pendek.
       “Saya tahu… itu sebablah saya rasa sedih sangat. Saya rasa macam cemburu, marah dan iri hati tengok semua ni. Kan bagus kalau mama saya masih hidup? Mesti dia pun akan gembira dan cium saya masa dapat ijazah…”
         Iskandar diam.
        “Kalau mama masih hidup, mesti saya takkan rasa sunyi. Mesti saya takkan selalu bergaduh dengan ayah, bertekak dengan dia dan saya takkan rasa terasing dengan keluarga sendiri…” Anum seolah-olah meluahkan isi hati.
         “Kenapalah cepat sangat mama pergi…” Dengan suara yang semakin ke dalam   Anum bersuara.
          “Isy… Tak baik awak cakap macam tu… itu dah macam mempertikaikan qada dan qadar Allah. Dah Tuhan awal-awal lagi tetapkan yang umur mama awak tak panjang, kita kena redha dengan setiap keputusannya.” Iskandar menyampuk.
         “Yelah… tapi kalau mama ada, saya takkan sakit hati dengan ayah. Sepanjang masa nak marah saya aja kerja dia!” Anum membentak.
         “Anum… Orang tua marah kita tandanya dia sayangkan kita,”
         “Sayang? Kalau mak bapak orang lain mungkin marah anak dia sebab sayang. Tapi kalau ayah… rasanya bukan sebab sayang, tapi sebab benci!” Anum membantah cakap Iskandar.
        “Kenapa awak cakap macam tu? Tak baik cakap ayah sendiri macam tu tau…”  Iskandar macam muka tak puas hati bila Anum cakap ayah bencikan dia.
        “Ye… betul… Awak tak kenal ayah saya lagi. Dia memang bencikan saya. Sepanjang saya hidup ni, tak pernah saya rasa dia sayangkan saya. Dengan muka bengis dia, serius aja sepanjang masa. Nak bergurau dengan saya pun tak pernah. Asyik nak marah dan naik angin je keje dia. Sayang apa macam tu?”
          Iskandar geleng kepala tanda tak setuju.
          “Ayah marah dan bencikan saya. Dia tak suka tengok muka saya sebab saya ni…”     Anum telan liur. Menaikkan paras muka memandang Iskandar.
         “Sebab saya punca…” Anum masih lagi tak menghabiskan ayatnya. Iskandar tayang muka penuh minat nak dengar Anum habiskan ayat yang tergantung tu.
        Anum diam untuk beberapa saat. Rasa macam tak boleh nak habiskan ayat yang dia nak cakap tadi. “Ayah selalu marah-marah. Dia memang bencikan saya,” akhirnya ayat lain yang keluar dari mulut Anum.
          Iskandar senyum nipis.
         “Kalau dia marah tu mesti ada sebab… saya tak percaya kalau tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dia nak marah. Macam saya, awak ingat sepanjang hidup saya ni tak pernah kena marah ke? Hisy… rasanya dah tak terlarat dah telinga saya ni dengar umi membebel. Dah tak ada bahagian badan saya ni yang tak pernah kena cubit dan rotan dengan walid. Ni… cuba awak tengok ni…” Iskandar mendekatkan mukanya. Ditunjuk ke bahagian kening. “Nampak tak ada tanda dekat kening ni?”
            Anum memerhati lalu mengangguk. Kelihatan kening sebelah kiri Iskandar terbelah sedikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 07:01 PM | Show all posts
“Ini kesan saya jatuh basikal. Kalau tak silap masa tu darjah dua ke tiga… saya jatuh lepas tu balik rumah sambil nangis-nangis mengadu dekat umi. Tapi awak tahu apa yang saya dapat? Bukannya umi nak pujuk saya, dia bagi cubitan padu sampai lebam peha saya. Tak cukup dengan umi, walid pula tambah sebat kaki saya. Dahlah sakit kening, kena cubit dengan sebat lagi. Semuanya gara-gara saya main basikal tak ingat waktu solat. Dah maghrib pun duduk kayuh basikal lagi. Apa lagi… melalak mintak ampun la…”  Iskandar ketawa kecil. Mungkin terasa lucu apabila mengenangkan zaman kanak-kanaknya.
           “Bila masuk sekolah menengah pulak, saya pernah kena grounded, tak boleh guna telefon, tak boleh lepak rumah kawan, tak boleh keluar mana-mana, even nak pergi tusyen pun walid suruh umi yang hantar dengan ambik. Berbulan-bulan tu… nak tahu kenapa?”
          Anum cepat-cepat mengangguk.
         “Sebab saya tak lulus periksa tengah tahun subjek Fizik, Kimia dengan Biologi. Umi cakap saya banyak buang masa lepak dalam bilik, main gitar. Tak pasal-pasal gitar saya umi patahkan. Keluar air mata saya tengok gitar tu patah dua. Dahlah tiga bulan saya kumpul duit nak beli. Tapi sekelip mata aja umi patahkan depan saya. Gitar patah, kena perintah berkurung pulak. Kawan-kawan pun tak berani nak telefon rumah sebab nanti kena banyak bersoal jawab dengan walid. Semua peraturan kena ikut. Habis sekolah kena terus balik, tak boleh singgah mana-mana. Lepas makan tengah hari terus study, buat homework. Petang kalau tak ada tusyen, lepaklah dekat rumah tolong umi siram pokok bunga ke, siapkan makan malam ke… jangan mimpilah nak keluar pergi main bola dekat padang ke, nak pergi lepak rumah kawan-kawan ke… Kelas silat pun kena hold dulu sampailah saya lulus ujian. No television except for weekends. Dah macam duduk dalam kem askar tau… Nasib baik lepas pada ujian saya lulus, barulah umi dengan walid kasi kelonggaran sikit. Kalau tak, kirim salamlah…”
           Anum menggeleng sedikit. Gila garang mak bapak dia ni. Ayah pun tak pernah marah bila aku tak lulus ujian. Paling kuat, dia diam aja dengan masam muka.
          “Kalau awak nak tahu, umi dengan walid adalah sepasang ibu bapa yang sangat tegas dengan anak-anak. Saya dengan abang-abang tak berani nak melawan atau membantah bila dia orang dah bersuara. Sampai sekarang ni, kalau ada apa-apa yang tak betul di mata dia orang, kami semua tetap akan kena marah. Walaupun dah besar panjang dan abang-abang saya yang dua orang tu pun dah kahwin. Kakak ipar saya kalau buat salah pun tetap akan kena tegur. Benda yang salah, tetap salah. Marah tetap marah. Tapi, dalam pada ketegasan dia orang tu, tak pula kita orang adik-beradik benci pada umi dengan walid. Sebab kita orang tahu, tegas mereka tu semata-mata sebab nak mendidik anak-anak supaya jadi orang yang berdisiplin, berjaya dan cerah masa depan. Tegas-tegas dia orang pun, dia orang sayangkan anak-anak. Contohnya macam kes saya tadi tu. Umi patahkan gitar, tapi bila result SPM saya bagus, umi gantikan dengan gitar baru yang lebih best. Saya pun rasa syukur sebab umi dengan walid buat macam tu. Kalau tak mesti keputusan periksa saya teruk. Itu sebab saya cakap… selalunya orang tua marah tu bersebab. Tak mungkin dia saja-saja nak marahkan anak-anak dia membuta tuli. Kita ni anak dia… bukan orang lain…” Dengan panjang-lebar Iskandar bercerita. Dalam pada cerita, terselit juga sedikit kata-kata berunsur nasihat.
          “Tapi kes awak dengan saya lain… awak kena marah sebab umi dengan walid sayangkan awak, tapi saya pulak kena marah sebab ayah bencikan saya. Ayah tak sayangkan saya,” Anum masih lagi tidak bersetuju dengan Iskandar.
          Iskandar menggeleng. “Anum… Kalau dia tak sayangkan awak, buat apa dia jaga awak sampai besar? Buat apa dia bagi awak makan? Baik dia biarkan awak kebulur aja. Tak belikan kain baju, biarkan awak mengemis, pandai-pandai cari jalan nak hidup sendiri. Tapi ni tak… Dia bagi awak pergi sekolah, biar awak pandai, kasi masuk universiti...” Ujar  Iskandar memberikan beberapa fakta.
          Anum diam. Dia mengetap bibir.
         “Kenapa dia sanggup susah-susah daftarkan awak sekolah, bayarkan yuran, tiap-tiap tahun tukar uniform yang baru, lepas tu tak menghalang bila awak nak sambung belajar tinggi-tinggi, semuanya sebab apa? Bukan sebab dia nak tengok awak berjaya? Dia nak masa depan yang bagus untuk awak. Kalau tak sayang, kenapa dia nak buat tu semua? Baik dia dera awak duduk ceruk dapur siapkan makan minum dia hari-hari. Lepas tu belasah awak cukup-cukup kalau awak tak buat apa yang dia suruh. Itu baru tak sayang anak.” Kali ini seolah-olah ada ketegasan yang dengar dari suara Iskandar.
          Anum diam lagi.
         "Mungkin betul sesekali ayah awak ada marah, ada tengking awak ke… tapi cuba fikir betul-betul, apa sebab dia marah? Mesti awak ada buat kesalahan kan? Dan bila dia marah, itu tandanya dia menegur kesalahan kita. Awak tak boleh nak membenci ayah awak semata-mata dia marah. Itu menderhaka namanya. Walaupun syurga itu di bawah tapak kaki ibu, tapi sebagai anak kita harus menghormati bapa kita. Awak sanggup digelar anak derhaka?” Soal Iskandar. Tegas bunyinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2011 07:03 PM | Show all posts
“Seburuk-buruk dia pun, dia tetap ayah awak. Awak kena ingat, ada manusia lain yang langsung tak dapat tengok dan kenal ayah dia orang. Ada tu, nama ayah sendiri pun tak tahu. Lahir-lahir aja terus kena buang dekat tong sampah. Sampai hati buang anak sendiri macam tu. Dan ada kes lain pulak, bapak sanggup rogol anak sendiri. Itu memang betul-betul tandanya dia tak sayang anak. Tapi awak? Masuk dapur memasak pun tak pernah. Apa lagi nak kena dera kalau tak reti nak buat air… jadi sekurang-kurangnya awak kena bersyukur yang ayah awak tak jahat macam bapak-bapak lain dekat luar tu…”
            Untuk sekian kalinya Anum mendiamkan diri. Satu demi satu kata-kata Iskandar menyusup masuk ke dalam gegendang telinganya. Jika diikutkan, dia mahu melawan setiap apa yang diperkatakan oleh Iskandar itu. Jika boleh, dia mahu mempertikaikan apa yang keluar dari mulut Iskandar itu. Tetapi dia tidak mampu. Dia tidak mampu untuk bertikam lidah mematahkan semula kata-kata tersebut kerana setiap apa yang keluar dari mulutnya ada benar semuanya. Ternyata kebenaran yang dilafazkan oleh Iskandar. Jadi bagaimana harus dia melawan? Sedangkan semuanya itu betul dan benar.
           Sepanjang dia hidup ni, memang ayah tak pernah suruh dia ke dapur untuk siapkan apa-apa makanan. Semuanya ayah buat sendiri. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mesti ayah dah siapkan sarapan. Begitu juga waktu makan malam, mesti ayah akan masak untuk dia dan abang Iqram. Cuma tengah hari aja ayah akan beli makanan dekat luar sebab tak sempat masak, balik mengajar selalunya dah lambat. Dan masa masuk sekolah menengah, bila hujung minggu balik dari asrama, pun ayah akan masak macam-macam. Ayah cakap sebab kesian dia hari-hari kena makan lauk asrama. Jadi itu bukan salah satu perkara yang menunjukkan ayah sayangkan dia ke?
           Kalau ayah tak sayangkan dia, buat apa ayah susah-payah belikan dia kain baju baru setiap kali menjelang hari raya? Ayah lelaki, tapi tak pernah rasa malu keluar shopping bawa dia dan abang Iqram beli baju sekolah, baju dan kasut raya. Bila setiap kali hari ambil kad peperiksaan dekat sekolah pun ayah tak pernah lupa untuk datang. Walaupun ayah tengah mengajar, ayah akan datang sekejap ke sekolahnya. Begitu juga waktu dia tamat belajar, ayah datang dengan abang Iqram masa hari konvokesyen dengan membawa sejambak bunga Lily. Walaupun ayah tak banyak cakap, tapi sekurang-kurangnya dia ucapkan juga tahniah dan yang paling penting ayah ingat yang dia suka bunga Lily…
          Jadi mungkin sebenarnya ayah sayangkan dia, cuma ayah tak pernah cakap. Ayah memang mempunyai raut wajah yang agak bengis. Apa lagi dengan suara keras dia tu. Bila bercakap pun serius aja. Tapi mungkin sebab ayah tu dah biasa cakap macam tu… Kata pengetua sekolah. Mestilah kena selalu nampak tegas dan garang. Baru budak-budak takut. Bukan sebab ayah benci tengok muka dia.
           Dan lagi satu, dulu-dulu dia pernah dengar ayah berbual dengan Makcik Muna, jiran sebelah rumah. Masa tu Makcik Muna tanya kenapa ayah tak kahwin walaupun dah bertahun-tahun menduda? Tapi ayah cakap tak nak kahwin sebab takut tak ada masa nak tumpukan perhatian pada anak-anak kalau dah sibuk dengan bini baru. Tambah ayah lagi tak perlu nak berkahwin lain kalau dia sendiri boleh menguruskan segala hal seorang diri.  Masa tu dia dengar rasa macam menyampah. Cakap dalam hati yang sebenarnya tak ada orang nak dekat ayah, sebab tu tak kahwin-kahwin… tapi sekarang ni bila fikir balik, mungkin betul juga kata-kata ayah tu. Mungkin juga ayah takut kalau tersalah pilih bini. Manalah tahu kalau-kalau isteri baru dia tak boleh anggap anak-anak ayah ni macam anak-anak dia sendiri…
           “Ha… kan dah banyak fakta-fakta yang dah dikeluarkan bagi menunjukkan yang ayah awak tu sayangkan awak. Jadi cik Anum… Saya nak ingatkan awak, janganlah cepat sangat membuat kesimpulan yang awak ni tak disayangi dan dibenci oleh ayah sendiri. Mungkin betul ayah awak tu garang, tegas… tapi itu tak bermakna dia jahat…” Tiba-tiba terdengar Iskandar bersuara semula setelah agak lama dia membiarkan Anum diam dan berfikir sendiri. Seolah-olah tahu apa benda yang sedang bermain-main di fikiran Anum ketika ini.
          “Dan lagi satu… saya nak ingatkan jangan sesekali mengungkit pasal kematian mama awak. Jangan cakap kenapalah cepat sangat dia pergi… Ingat, itu semua ujian dari Allah. Tak baik kita mempertikaikan segala yang dah ditetapkannya. Kalau setiap kali awak nak terfikir macam tu aja, cepat-cepat beristighfar dan sematkan dalam hati, mungkin nyawa dia diambil kerana Allah lebih sayangkan dia daripada kita…”
           Anum menundukkan wajah. Terukir kesedihan di wajahnya ketika ini.
          Iskandar senyum apabila melihat wajah sedih Anum apabila dia menyebut nama mamanya.
         “Baiklah cik Anum… disebabkan muka awak ni dah betul-betul menunjukkan yang awak tengah rindukan mama awak, jadi apa kata kita sama-sama hadiahkan doa untuk dia? Lepas sembahyang zuhur, kita sama-sama sedekahkan alfatihah dan yassin. Semoga roh dia ditempatkan disamping orang yang beriman…”
           Kali ini Anum mengangkat muka. “Sama-sama sedekah alfatihah?”
           Iskandar mengangguk.
         “Waktu Zuhur pun dah nak masuk. Awak pergi ambil air sembahyang, lepas tu kita jemaah sama-sama. Lepas sembahyang, kita baca yassin pula. Untuk mama awak, dan dalam waktu yang sama untuk tenangkan hati awak juga…”
         Iskandar mula angkat punggung. “Kita berdoa semoga hati awak tenang. Tak adalah asyik nak menangis. Nampak aja garang, tapi cengeng. Asyik dok berangan dan menangis aja…”
        “Bila masa saya asyik menangis?” Soal Anum tak puas hati. Baru pertama kali tengok aku menangis, dah cakap macam ni.
         “Buat-buat tak tahu pula? Dulu-dulu yang kita pernah berlanggar bahu bukan sebab awak tengah sedih dan menangis sampai jalan tak nampak orang? Tak pasal-pasal kaki saya kena pijak.”
         Anum kerut dahi. “Bila?”
         “Aik? Dah tak ingat? Dulu kan kita pernah berlanggar… dan berapa hari lepas tu pulak saya kena tengking dengan awak sebab tak kenal tapi cuba-cuba nak bagi nasihat tentang baju…”
         Anum tambah kerut dahi.
        “Bila masa pulak ni? Bukan ke pertama kali kita jumpa masa awak tolong saya kemalangan hari tu?”
         Iskandar senyum lebar. “Kalau tak ingat tak apalah… kita lupakan aja. Sekarang ni pergi ambil air sembahyang. Saya tunggu…”
        Anum tak berganjak. Berkerut-kerut dahinya cuba untuk mengingati apa yang dikatakan oleh Iskandar sebentar tadi. Berlanggar bahu? Kena marah sebab nak nasihatkan pasal baju? Bila masa? Tak ingat apa-apa pun…
        Adakah disebabkan masa kemalangan tu kepalanya terhantuk dengan kuat jadi sebahagian dari memori dia telah hilang? Kalau tak, takkan dia boleh tak ingat langsung yang dia pernah bertembung dengan Iskandar sebelum-sebelum ni?
        “Anum, cepatlah… lepas habis sembahyang nak hantar awak balik terus ni. Kang lagi lambat, lagi lama duduk sini pulak!”
         Terdengar saja jeritan Iskandar sebelum masuk ke bilik air, membuatkan Anum terus terbangun. Kelam-kabut dia masuk ke dalam bilik tamu dan masuk ke dalam bilik air. Sambil mengambil air sembahyang, dia telan liur. Sembahyang berjemaah? Rasanya dah lama tak buat. Sembahyang sorang-sorang pun dah lama tak buat, apa lagi sembahyang berjemaah…
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 10:35 AM | Show all posts
ANUM nie ego dia dah nak mansuh tue...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 09:48 PM | Show all posts
“Buat-buat tak tahu pula? Dulu-dulu yang kita pernah berlanggar bahu bukan sebab awak tengah sedih dan menangis sampai jalan tak nampak orang? Tak pasal-pasal kaki saya kena pijak.”
         Anum kerut dahi. “Bila?”
         “Aik? Dah tak ingat? Dulu kan kita pernah berlanggar… dan berapa hari lepas tu pulak saya kena tengking dengan awak sebab tak kenal tapi cuba-cuba nak bagi nasihat tentang baju…”
         Anum tambah kerut dahi.
        “Bila masa pulak ni? Bukan ke pertama kali kita jumpa masa awak tolong saya kemalangan hari tu?”
         
bukan aja anum yg x ingat, mawar pun x ingat gak....
kena baca dari mulalah nampaknya....
ada ke x ada ye, part tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 09:51 PM | Show all posts
“Buat-buat tak tahu pula? Dulu-dulu yang kita pernah berlanggar bahu bukan sebab awak tengah sedih dan menangis sampai jalan tak nampak orang? Tak pasal-pasal kaki saya kena pijak.”
         Anum kerut dahi. “Bila?”
         “Aik? Dah tak ingat? Dulu kan kita pernah berlanggar… dan berapa hari lepas tu pulak saya kena tengking dengan awak sebab tak kenal tapi cuba-cuba nak bagi nasihat tentang baju…”
         Anum tambah kerut dahi.


bkn anum ja, x ingat, mawar pun x perasan...
kena baca dr mulalah nampaknya...
part tu ada ke x???
ke mawar yg termiss
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:26 AM | Show all posts
Sukalah dgn watak Iskandar ni pandai dia psiko Anum yg degei dan keras kepala
Tak sabar tunggu next entry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 11:12 AM | Show all posts
ANUM nie ego dia dah nak mansuh tue...
shahrinas Post at 1-6-2011 10:35



huhuhuuuu.... kena slow2... kang dia melantun blk kalo x kena gaya erk???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 11:17 AM | Show all posts
bkn anum ja, x ingat, mawar pun x perasan...
kena baca dr mulalah nampaknya...
part tu  ...
mawarbaiduri Post at 1-6-2011 21:51



Part terlanggar bahu masa Anum bru pas gado ngn Melinda y dia terlepas ckp Melinda mcm perempuan simpanan... (Bab 7) n part kena marah kt disko tu time Anum hampir2 accident ngn keta pick up lps dia frust benti keje (bab 10)

cu chek blk... cu chek blk.... hikhikhik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 11:18 AM | Show all posts
Sukalah dgn watak Iskandar ni pandai dia psiko Anum yg degei dan keras kepala
Tak sabar tunggu nex ...
Banana Post at 2-6-2011 02:26



dia kan vampire... mestilah pandai psiko otak orang! ahaks!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 04:08 PM | Show all posts
takde sambungan nye ke...ahaks...

den dah berkobar2 nak baco neh...hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 02:54 PM | Show all posts
Pinky bila nak buh entry baru tak sabar dah Nana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2011 05:09 PM | Show all posts
urff..vampire is pandai bca fikiran org tak??
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 05:34 PM | Show all posts
Hebat menarik...Salam Perkenalan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:10 PM | Show all posts
As salam... sambung lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:17 PM | Show all posts
Anum akan jadi wanita yg lemah lembut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.088436 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list