CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homer_simpson

[MERGED] Sejarah Muzik Rock Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 23-5-2014 04:29 PM | Show all posts












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
rock on arghh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 10:50 PM | Show all posts
list kan favourte lagu lu orang?
gua punya lisy

little wing - jimi hendrix ( skid row cover feel gak)
kashmir - led zed
november rain - gun n roses (scene slash goreng masa kuar church tu lejen)
i'm the man - antrax (rapcore?)
paranoid - black sabbath ( aku tak suka ozzy, tp lagu ni best)
midnight express - Nuno (aku suka music ni) and few dr band dia mcm interface
dream on - aerosmith (masa ni aku tgh keje part time anta bunga kat sheiffield.. wkwkwkwk)
love hurts - nazareth (lagu paling mellow aku penah layan kot)
pour some sugar on me _ defleppard
black hole sun - soundgarden

up list korang plak!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:12 PM | Show all posts
totokreturn posted on 10-11-2008 12:59 AM
aku puas gak carik siapa yg sebenarnya kuarkan kasut akiph neh... tapi byk info aku dapat yg k ...

aliph nih bawah sime darby bro. company under sime latex tak silap aku. la nih takdak dah company tuh. tapi kepopuleran nama tuh mendorang depa adopt mana tuh ke minyak masak depa, Alif.


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 01:30 AM | Show all posts
aku penah pakai kasut skolah brand Aliph ni.. zaman skolah rendah.. aku suka pasal ada pantulan cahaya kat logo dia tu.. hahaha.. good old days

btw rock dedulu byk masukkan unsur keagamaan dlm lirik lagu dorang, bagi pendengar yg sahaja mendengar tapi tak fahami mmg akan igt lagu tu lagu jiwang.. maka bersiul lah si pendengar sambil lagu tu di nyanyikan di radio..  

list lagu aku dulu:

Rainbow - temple of the king
Metallica - One
Pearl Jam - Jeremy
Collective Soul - lupe tah lagu tu
etc..

byk lagi lah.. tau nyanyi,, tapi lupe tajuk lagu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2014 11:23 AM | Show all posts
lagu febret wa sampai skang


penunggu - sweet charity (walaupun byk bunyi2an dari black sabbath)

heaven n hell - black sabbath

gates of babylon - rainbow

sails of charon - skopion

the 4 horsemen - metalika

destiny of war - attack

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 11:34 AM | Show all posts
Iklim boleh dikira sebagai kumpulan rock tak?
Suka dengan lagu-lagu dorg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2015 12:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 03:31 PM | Show all posts
Suatu petang di pejabat Finas



NASIR JANI
23 Mac 2014



FESTIVAL Filem Malaysia ke-6 berlangsung pada 14 Disember 1986 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Salah satu dari filem-filem yang dipertandingkan ialah filem arahan aku, Kembara Seniman Jalanan (KSJ) terbitan ZSA Film Production Sdn Bhd.

Kalau tidak silap aku filem KSJ dicalonkan untuk kesemua kategori. Filem yang dinobatkan filem terbaik tahun itu ialah filem Tsu Feh Sofiah arahan Rahim Razali.

Ketika festival itu berlangsung, aku sedang mengarah filem kedua Rozana Cinta 87. Filem ini terbitan syarikat Amir Communication Sdn Bhd. Syarikat ini dipunyai oleh Allahyarham Harun Hassan (lebih mesra dengan panggilan Pak Harun), bekas wartawan dan penulis novel.

Novel beliau berjudul Bukan Salah Ibu Mengandung pernah diadaptasikan oleh Jins Shamsuddin untuk filem arahan pertamanya tahun 1969.

Pada malam penyampaian anugerah festival filem itu, ketua juri membuat pengumuman pada saat-saat akhir di atas pentas yang mengejutkan aku dan semua yang terlibat dalam filem KSJ.

Semua pencalonan filem KSJ ditolak atas sebab pelakon utama filem arahan aku itu, M Nasir bukan rakyat negara ini. Ketika itu, M Nasir belum memohon kerakyatan untuk menjadi rakyat Malaysia.

Reaksi pertama dan spontan aku adalah marah. Kenapa pengumuman dibuat pada saat-saat akhir? Kenapa kami tidak diberitahu awal-awal lagi. Lagipun syarat berkenaan tidak pernah dimaklumkan dari awal kepada aku dan produser KSJ, Zarul AlBakri.

Kenapa syarat ini tidak dimaklumkan kepada semua produser yang ada filem mereka dipertandingkan?

Aku menganggap ini satu tindakan yang tidak adil. Semua yang terlibat dalam produksi KSJ berasa dianiaya oleh penganjur dan pihak yang bertanggungjawab dalam penjurian festival filem itu.

Terlalu banyak persoalan yang menghantui minda aku ketika itu. Aku boleh terima tindakan panel juri itu jika pencalonan untuk M Nasir sahaja dibatalkan kerana dia bukan rakyat negara ini ketika itu. M Nasir dicalonkan untuk anugerah pelakon lelaki terbaik, penataan muzik dan kalau tidak silap aku pencalonan untuk skrip asal terbaik.

Kenapa pencalonan-pencalonan lain yang tidak melibatkan M Nasir turut dibatalkan? Kenapa aku dan tenaga produksi yang lain menjadi mangsa?

Pencalonan untuk pengarah terbaik, fotografi terbaik, suntingan terbaik, penataan seni terbaik, screenplay terbaik dan pencalonan pelakon wanita terbaik serta pelakon pembantu wanita terbaik menjadi mangsa. Begitu juga pencalonan pelakon pembantu lelaki terbaik yang mencalonkan Pyan Habib turut dibatalkan.

Ironinya, Pyan Habib diumumkan pemenang anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik melalui filem Tsu Feh Sofia. Pyan naik ke pentas bukan untuk menerima tetapi untuk menolak award itu.

Menurut Pyan watak yang diperankannya dalam Tsu Feh Sofia terlalu kecil untuk membolehkannya memenangi award tersebut berbanding dengan watak Osman Tikus yang diperankannya dalam KSJ.

Pada keesokan harinya, tersiar dalam akhbar-akhbar berita jemaah juri mengatakan filem KSJ adalah karya plagiat dan bukan karya asli. Aku dituduh menciplak cerita KSJ pula!

Aku mengesyaki wujud satu usaha untuk sabotaj filem arahan aku itu. Apatah lagi ketika itu aku sedang sibuk dengan penggambaran Rozana Cinta 87. Penumpuan kerja mengarah aku terganggu dengan tidak cukup tidur dan ditambah dengan tekanan mengejar masa untuk menyudahkan penggambaran.

Aku berpendirian jemaah juri tidak konsisten dalam menjalankan pengadilan. Mereka membatalkan semua pencalonan KSJ kerana isu M Nasir bukan warga Malaysia, tetapi filem Suara Kekasih terbitan Amir Communication yang turut sama dipertandingkan tidak pula dibatalkan penyertaan, sedangkan pengarahnya Ida Farida, warganegara Indonesia! Kenapa juri bersikap double standard?

Mengenai isu ciplak yang dibangkitkan sehari selepas malam anugerah itu menambahkan lagi kecelaruan juri-juri untuk menjustifikasikan tindakan mereka membatalkan pencalonan KSJ.

Untuk mendapat kepastian tuduhan ciplak itu, aku bertanya M Nasir apa yang terjadi sebelum dia berjumpa dan meminta aku menulis screenplay dan mengarah KSJ.

Menurut M Nasir, dia ada meminta Hamzah Hussain untuk menulis screenplay filem KSJ berdasarkan skrip dan idea asalnya sebelum berjumpa dengan aku. Hamzah ialah penulis veteran - skrip filem, novel, cerpen dan juga seorang penyelidik filem yang
berpengetahuan luas tentang sejarah dan perkembangan filem Melayu dari zaman Shaw Brothers dan Cathay Keris.

Mengikut M Nasir, dia tidak berpuas hati dan menolak screenplay yang dihasilkan oleh Hamzah. Aku rasa ini terjadi kerana ketiadaan keserasian idea orang lama dengan idea generasi muda. Kebanyakan kami ketika itu rata-ratanya berusia lewat dua puluhan dan awal tiga puluhan.

Cerita asal KSJ mengisahkan perjuangan seorang anak muda dari kampung datang ke bandar untuk menjadi penyanyi. Selepas mengharungi berbagai kesulitan dan dugaan, akhirnya dia berjaya mencapai impiannya.  

Aku menghasilkan screenplay KSJ berdasarkan skrip asal M Nasir yang tidak ada langsung menyentuh tentang isu cetak rompak.

Isu cetak rompak menjadi sebahagian dari naratif KSJ setelah aku, M Nasir, Ito dan Zarul Albakri berbincang dan setuju untuk isu itu dijadikan subplot filem KSJ.

Jadi di mana logiknya yang pihak juri mengatakan aku menciplak? Kami tidak memandang rendah ketokohan Hamzah. Tapi kami yakin dan pasti Hamzah tidak berupaya untuk membawa isu cetak rompak dalam screenplay yang dihasilkannya itu.

Aku tidak pernah meminta daripada M Nasir untuk membaca screenplay tulisan Hamzah itu. M Nasir juga tidak pernah menunjukkan kepada aku screenplay tersebut. Kami juga mendapat maklumat Hamzah merupakan salah seorang juri Festival Filem Malaysia ke-6 pada tahun itu.

Untuk pengetahuan - Hamzah Hussain meninggal dunia pada 21 April 2007 ketika berusia 80 tahun. Al-fatihah untuk rohnya.

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk bertemu dan meminta penjelasan daripada Ketua Pengarah Finas ketika itu, Zain Hamzah (Datuk). Ditemani pengurus produksi Rozana Cinta 87, aku ke pejabat Finas yang ketika itu terletak di Jalan Ampang bersebelahan bangunan kedutaan Perancis sekarang.

Kami tiba lebih kurang jam 2.30 petang. Aku mahukan penjelasan kenapa KSJ dibatalkan kesemua pencalonannya pada saat akhir dan kenapa aku dituduh menciplak cerita KSJ. Mana bukti KSJ adalah hasil karya plagiat atau ciplak.

Aku kecewa apabila Finas ketika itu gagal memberi penjelasan dengan alasan tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Aku akui perasaan ketika itu bercampur baur antara marah, sakit hati dan geram. Aku memaki hamun, meluru keluar dan ketika itu seorang pegawai cuba masuk campur, dia cuba memukul aku dengan sebuah fail berkulit keras. Aku berjaya menepis dan menolaknya ke dinding. Kemarahan aku telah sampai peringkat maksimum.

Aku terus keluar untuk bertemu dengan pengurus produksi aku yang menunggu di luar pintu masuk utama. Aku ternampak batu-bata di atas rumput di depan pintu utama. Aku terfikir lebih baik aku pecahkan pintu kaca utama Finas itu daripada aku pecahkan muka-muka mereka. Aku ambil sebiji batu, tetapi pengurus produksi menghalang dengan memegang dan memeluk aku dari belakang. Kami terjatuh tetapi aku berjaya lepaskan diri. Dengan sebiji batu di tangan kanan aku terus melontar ke pintu
kaca itu, prang... berderai dan berkecai serpihan ke lantai.

Pengurus produksi menarik aku masuk ke dalam kereta. Kami balik ke pejabat Pak Harun meneruskan penggambaran Rozana Cinta 87 untuk hari itu.

Keesokan harinya tersiar di akhbar kejadian itu. Finas buat laporan polis. Maka bermulalah sejarah pertembungan antara aku dengan Finas.



- Sinar Harian -






Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 12:48 AM | Show all posts
KISAH PYANHABIB MENOLAK ANUGERAH FFM-6 (1986) DI DEPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI.







Tan Sri SM Salem yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam APBH semalam telah berkata “ penyanyi baru jangan rasa hebat hanya dengan 2 atau 3 lagu popular, yang kamu menyanyi itu bukan lagu melayu kerana lagu melayu itu lembut bukan menyerit nyerit macam kamu ”

Selain dari Shaheizy Sam yang betul betul layak menerima anugerah boleh di katakan kesemua yang menerima anugerah pada malam semalah adalah semata mata popular di kalangan peminta mereka sendiri dan bukan kerana nilai seni yang ada pada mereka.

Adalah amat malang di Malaysia ini apabila istilah “artis” di salahgunakan dengan sewenang wenangnya kerana pengertian artis bagi rakyat Malaysia ialah penyanyi, pelakon walaupun mereka bukan di kalangan orang seni asalkan boleh menyanyi dan masuk TV terus mendapatkan gelaran artis.

Lalu mereka merasakan merekalah seninam walaupun semua lagu yang mereka nyanyikan bukan kata lagu malah lirik pun orang yang tuliskan dan lebih celaka lagi ada juga di kalangan mereka yang mengelar diri mereka ini seniman sanggup mencuri hasil ciptaan orang lain lalu di masukkan nama mereka.

Lalu aku teringat aku tentang bagaimana Pyanhabib Rahman seorang penyajak, pelakon, penulis lirik, pelukis pada satu ketika dulu pernah menolak anugerah yang di terimanya di hadapan Timbalan Perdana Menteri kerana prinsip seorang seniman walaupun beliau sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.

Kejadian yang berlaku pada tahun 1986 dalam Festival Filem Malaysia ke 6 di mana beliau telah di calonkan sebagai penerima anugerah “pelakon Pembantu Lelaki Terbaik” dalam filem Kembara Seniman Jalanan.

Sebenarnya aku sendiri pun Cuma hanya pernah mendengar cerita tapi tidak tahu akan cerita sebenar kerana masa ni aku baru darjah 6 sekolah atap maka aku telah bertanya terus dengannya dan di bawah adalah kisah sebenar apa yang telah berlaku.

Dalam Festival Filem Malaysia ke-6, tahun 1986, satu Malaya sudah tahu gua dicalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kembara Seniman Jalanan. Gua tak ambil tahu pun hinggalah beberapa jam sebelum majlis berlangsung di PWTC, dia dinasihatkan kawan wartawan supaya hadir tanda hormati majlis (hingga sekarang gua tidak tahu gua dijemput atau tidak).

Sekitar satu jam sebelum majlis, gua putuskan hadir. Gua naik teksi dari CM ke `Pusat Dagangan Dunia Putra' kata gua kepada driver teksi dengan was-was sebab gua pun tidak tahu di mana `Pusat Dagangan Dunia Putra'. Keh keh keh!

Majlis sudah bermula masa gua sampai tetapi gua masih terpimga-pinga sebab gua jenis tak reti masuk majlis yang berlampu lip-lap. Dengan berseluar jeans dan jaket askar ...

Gua tercengang-cengang duduk di satu meja bersama Uji Rashid (yang kebetulan gua sudah kenal sebelum itu). Belum lama gua tarik nafas, gua dikejutkan oleh Uji Rashid dan orang sebelah meja minta gua naik pentas.

Panik gua tak habis, gua hendak tidak hendak terus ke pentas di mana Jins Shamsudin menunggu. Gua naik dan memberi salam pada semua. Gua ambil kertas keputusan dari Jins untuk tahu keputusan sebenar.

Gua lagi terpinga-pinga bila keputusan pada kertas yang gua baca menunjukkan gua diberi award pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah (dua filem gua lakon masuk final festival sebenarnya) tentulah gua panik tak habis sebab gua dicalon untuk filem KSJ dan bukan untuk Tsu Feh-Sofiah. Gua berpegang dengan apa yang telah dicalonkan iaitu untuknfilem KSJ.

Jins mendesak gua terima tetapi gua tetap menolak hinggalah gua ambil award dan bercakap di microfon begini: “Terima kasih untuk award ini, sebagai pelakon saya terima tetapi sebagai peribadi, saya tolak.

Ok, saya pegang award ini untuk.bergambar. Selepas itu.gua letak award di rostrum, Jins tak terkata bila tengok gua tinggalkan award.

Hadirin apatah lagi, panik tengok gua atau tidak gua tak tahu.

Yang gua tahu, sebaik turun pentas gua diserbu Nasir Jani dan gengan KSJ, gua dipeluk dan diangkat lonjak mereka.

Hadirin terus tertumpu kepada kami, gua syak mereka mencemuh. Kenapa gua dipeluk diangkat lonjak kawan-kawan secara beramai-ramai di depan majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba ?

Rupanya, Nasir Jani dan kawan-kawan meraikan gua bukan kerana gua menang award tetapi kerana tolak award, sebab?

Sebab filem KSJ rupanya ditolak saat akhir dan ia diumumkam di atas pentas. Patutlah gua ditunjuk menang award untuk Tsu Feh-Sofiah rupanya filem KSJ ditendang oleh panel saat akhir.

Gua yang tidak tahu apa-apa, panik tak sudah. Dan dua tiga hari hingga minggu.berikutnya gua kena bantai dek paper.

Mereka berkata, gua bikin antiklimak, gua bikin sabotaj, gua tak hormati majlis Melayu, tak hormati majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba dan bla bla bla ..

Kesah selanjutnya berlarutan hingga Nasir Jani mengamuk di Finas di tv, bertshirt fuck Mahathir malah hingga masuk penjara. Huhu!

Begitulah berprinsipnya perjuangan anak seni terdahulu kerana pada diri mereka ada nilai seorang seniman berbanding pada hari ini lawak tak berapa lawak macam Abam pun dan boleh dapat anugerah....


Sumber Cerita : Rosly Yusof & Pyanhabib


https://www.facebook.com/wargamiskinkotaII

https://www.facebook.com/pyanhabib.rahman







Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 11:20 AM | Show all posts
c===8 posted on 8-12-2014 11:23 AM
lagu febret wa sampai skang

Respek ... baru sorang aku jumpa suka lagu Sails of Charon ... Uli Roth rocks.
Jom jamming lagu ni .
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 12:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 02:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rock kapak rules
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 09:48 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 12-5-2016 09:57 AM

SOGO, SULAIMAN COURT DAN BUMIPUTRA ROCKERS !












Setiap kali aku aku lalu depan SOGO, aku sering terkenang kenangan aku tengok konsert rock masa sekolah rendah dulu, pergh! Actually pertengahan tahun 80'an dulu dikenali sebagai zaman kebangkitan muzik rock kat Malaysia terutama bila ex-husband Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Ali Bakar, buat konsert Battle of The Band (gabung rockers terkenal macam Rahim Maarof, Ella and The Band etc) pusing satu Malaysia.

Aku dulu masa kecik cukup minat dengan Bumiputra Rockers (BPR). Masa tu lagu diaorang yang gila babi famous adalah Seribu Tahun Takkan Mungkin. Satu hari famili aku datang bercuti di Kuala Lumpur. Masa tu kami tinggal di Kerteh, Terengganu. Aku baru darjah 6 time tu. Aku dengar BPR dengan Ramli Sarip akan nyanyi kat Sulaiman Court. Mesti korang tak pernah dengar nama Sulaiman Court di KL ni kan?

Kalau korang nak tahu, Sulaiman Court tulah shopping complex SOGO sekarang ni! Dulu tempat tu adalah sebuah kawasan flat. Orang KL panggil flat Mido (sebab ada iklan jam Mido atas bangunan tu). Untuk pengetahuan korang, Sulaiman Court lah flat pertama dibina di Malaysia! 11 tingkat u olls. Masa mula-mula siap tahun 1958, hanya 13 famili yang sanggup pindah dari kawasan setinggan ke flat tersebut sebab masa tu manalah orang kita pernah duduk rumah tinggi-tinggi ni. Bila SOGO nak dibina, pada tahun 1988 flat tu pun dirobohkan.

Berbalik cerita pasal BPR ni, bila aku sampai KL, aku dengar kat radio diaorang nak buat konsert kat tapak Sulaiman Court tu. Bila flat di situ dah dirobohkan, tapak tu selalu dibuat konsert rock. Apalagi dalam diam-diam, aku keluar dari rumah sedara aku kat KL (tempat kami bermalam), naik bas mini sorang-sorang, terus pergi sana. Orang punyalah ramai tetapi sebab minat punya pasal, aku selit juga. Bayangkan punya seronok aku masa tu dapat tengok Joey (penyanyi BPR) nyanyi live lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin. Nak dijadikan cerita, Ramli Sarip pun perform. Kenikmatan berganda! Nasib baik bas mini ada masa nak balik.

Sebab tu kalau bebudak sekarang dok cerita pasal rock, gua tak heran beb. Gua sekolah rendah lagi dah naik bas mini sorang-sorang gi tengok konsert rock hahahah. Sampai sekarang bila lalu SOGO...ingatan gua pasti mengimbau kenangan Sulaiman Court dan Bumiputra Rockers. Lu ada ?



Nukilan : Syahril A. Kadir

https://www.facebook.com/syahrilkadir




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2016 12:26 AM | Show all posts
Band Metal sebenar tak suka Band GLAM ROCK @ HAIR METAL
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 07:24 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 7-2-2017 07:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 05:55 PM | Show all posts
KSJ 'meriah' kontroversi





NASIR bersama jurukamera ketika penggambaran KSJ di sekitar Pudu, Kuala Lumpur.




NASIR (tiga dari kanan) berbincang dengan kru serta Pyanhabib (kanan) dan M Nasir (kiri).


Bagi sesetengah orang, filem Kembara Seniman Jalanan (KSJ) yang diterbitkan pada 1986 ini mungkin sekadar filem biasa.

Namun tidak bagi peminat muzik rock. Dari tahun itu hingga hari ini, filem arahan pengarah kontroversi Nasir Jani dan terbitan ZSA Holdings Sdn Bhd milik Zarul Al-Bakri dilabelkan sebagai filem pertama yang mengangkat budaya dan muzik rock tempatan pada waktu itu.

Nasir yang sempat penulis temui, baru-baru ini, berkongsi pengalamannya ketika mengarahkan filem yang tidak kurang hebat kontroversinya itu.

“Saya boleh anggap KSJ sebagai ‘bapa kemodenan’ filem Melayu. Ini kerana apa yang kami ketengahkan ketika itu sangat berbeza berbanding filem Melayu sebelumnya,” katanya.

Menurut Nasir, filem lakonan Datuk M Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Seri Shah Rezza, Pyanhabib, Imuda, dR Sam, Neeruam dan Majid Salleh itu juga adalah filem Melayu pertama mengetengahkan isu cetak rompak walaupun masalah itu sudah wujud sejak era Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“KSJ juga filem Melayu pertama yang disertakan dengan program The Making Of... dan juga yang pertama menampilkan babak konsert berskala besar. Ia juga menjadi titik tolak dalam ‘pop culture’ (budaya popular) ketika itu.

“Jika kita memperkatakan mengenai filem muzik rock di sini, KSJ ialah ‘ibu’nya,” katanya.

Sebagai peminat rock dan penggemar filem, KSJ antara filem Melayu terbaik, unik dan berbeza yang penulis pernah tonton.

Selain isu diketengahkan, cara pembikinan, pendekatan, lontaran dialog dan arahan seni filem ini cukup berbeza berbanding filem tempatan lain ketika itu.

KSJ juga boleh dilabelkan sebagai filem ‘rebel’. Mungkin kerana kebanyakan individu yang terbabit dengan filem ini ‘rebel’ terhadap pihak tertentu ketika itu yang kerap memandang serong terhadap muzik rock.

“KSJ sebenarnya sangat ‘raw’ atau mentah. Saya belasah saja asalkan mesej yang nak diketengahkan sampai. Dalam bidang filem, saya dididik supaya ketengahkan sesuatu isu dalam filem. Dalam KSJ memang ada banyak isu,” katanya.

Nasir berkata, selain mengetengahkan isu cetak rompak, KSJ adalah filem Melayu pertama menampilkan aktiviti ‘busking’.

“Dulu dalam filem tak ada ‘busking’. Orang yang buat aktiviti ‘busking’ pun tidak ada lagi ketika itu seperti sekarang,” katanya.


Ito Blues Gang beri idea ketengah isu cetak rompak


Bercerita mengenai pembikinan filem berkenaan, Nasir berkata, idea asal KSJ datang daripada M Nasir.

Menurutnya, pada hari pertama Ramadan pada 1983, M Nasir dan dR Sam datang ke rumahnya di Gombak, Selangor menyatakan hasrat menghasilkan filem itu.

“Ketika itu saya baru selesai penggambaran filem Matinya Seorang Patriot arahan Rahim Razali (Datuk) dan Mekanik arahan Othman Hafsham sebagai penolong pengarah dan pengarah seni.

“Saya tertarik dengan idea M Nasir dan memang berhasrat mengarahkan filem itu. Bagaimanapun, penggambaran yang sepatutnya bermula pada 1984 ditangguhkan apabila saya bersama Zarul dihantar oleh Finas ke London untuk mengikuti kursus filem jangka pendek,” katanya.

Nasir berkata, penggambaran hanya bermula pada awal 1985 dan mengambil masa kira-kira dua bulan.

Pada mulanya, KSJ hanyalah filem yang ringkas dan idea untuk mengetengahkan isu cetak rompak tidak timbul.

Bagaimanapun, apabila penyanyi Blues Gang, Ito Mohd berkunjung ke lokasi penggambaran, dia memberikan idea supaya mereka mengetengahkan isu cetak rompak.

Difahamkan, idea itu tercetus apabila Ito berang selepas album Blues Gang, Apo Nak Dikato menjadi mangsa cetak rompak.

Menurut Nasir, mereka bersetuju dengan idea Ito dan terus menukar temanya walaupun ketika itu penggambaran sudah dilakukan sebanyak 30 peratus.

“Kami juga beruntung kerana semua yang terbabit dalam filem itu ‘satu kepala’. Sebagai penerbit, Zarul juga tak cakap banyak apabila idea itu diberikan kepadanya.

“Semuanya dilakukan secara spontan asalkan jalan ceritanya tidak lari. Dialog membabitkan isu cetak rompak kami hasilkan secara spontan di lokasi penggambaran berdasarkan pengalaman masing-masing,” katanya.


Kontroversi berterusan


Sebaik ditayangkan, KSJ tidak sunyi daripada kontroversi.

Nasir berkata, selepas majlis tayangan perdana filem itu, dia diserbu wartawan yang tidak berpuas hati dengan babak wartawan ‘dirasuah’ syarikat rakaman.

Bukan itu saja, KSJ turut dipersoalkan apabila kos pembikinannya meningkat daripada RM100,000 kepada RM300,000 yang dikatakan cukup tinggi ketika itu.

Apa yang menarik, walaupun menampilkan isu agak sensitif serta dialog selamba dan kasar, tiada satu pun babak dalam KSJ dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Menurut Nasir, KSJ yang turut menyertai festival filem di London, Tokyo dan Filipina sepatutnya menjadi filem ‘box office’, tetapi gagal apabila ia disabotaj.

“LPF tak potong, tetapi pihak panggung wayang sendiri yang potong beberapa babak kononnya mendapat arahan daripada pihak tertentu,” katanya.

Katanya, dia dihubungi seorang rakan yang menonton filem berkenaan di Pulau Pinang mendakwa beberapa babak dalam filem itu dipotong.

“Saya ke Pulau Pinang dan memang betul pihak panggung wayang itu memotong beberapa babak dalam KSJ. Saya mengamuk di bilik projektor hingga keadaan menjadi kecoh. Perkara sama juga berlaku di beberapa panggung wayang di Alor Setar dan Kuantan,” katanya yang turut membuat laporan polis berikutan insiden itu.

Bukan itu saja, KSJ turut mencetuskan kontroversi di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-6 pada 1986.

Nasir berkata, ketika tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis itu, dia terkejut apabila ketua juri memaklumkan semua pencalonan untuk KSJ di FFM6 dibatalkan.

“Alasan mereka kerana M Nasir rakyat Singapura,” katanya.

Perkara itu juga mendorong Pyanhabib yang dipilih sebagai pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM6 menolak anugerah yang diterimanya.

Pyanhabib yang pada mulanya dicalonkan menerusi KSJ dikatakan tidak berpuas hati apabila pencalonannya ditukar kepada filem Tsu Feh Sofiah yang turut dilakonkannya.

“Saya datang ke FFM6 untuk filem KSJ, tetapi keputusan itu untuk filem Tsu Feh Sofiah. Saya agak kecewa kerana KSJ ‘ditolak’ dari pentas FFM6.

“Esoknya saya kena ‘bantai’ di surat khabar. Mereka kata saya sabotaj FFM6 dan tak hormat majlis,” kata Pyanhabib.



Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 11:19 AM

- Harian Metro -



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 10:25 AM | Show all posts
best info....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.077749 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list