CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 13-6-2011 01:51 PM | Show all posts
Faris terdiam. Dia menarik nafas dalam2. Payahnya hendak menjawab soalan Aishah.

“Tengku Kamil sampai nak bunuh kau…aku rasa patut bagitau pihak polis…”kata Aishah lagi. Faris diam lagi. Wajah Tengku Kamil menerpa ruang matanya. Tengku Kamil tak ubah seperti abang kandungnya. Mereka membesar seiring lantaran jarak umur yang tidak jauh berbeza.

Meskipun begitu, sebaik mama berpindah ke London, hubungan mereka dingin. Cuma berjumpa sekali sekala dalam setahun. Itupun jika tiba hari raya atau keluarga Tengku Khursiah berkunjung ke London bersama Tengku Fatimah sekeluarga.

Jadi, sampai hatikah dia hendak menarik Tengku Kamil ke pihak polis? Tapi, mengapa Tengku Kamil sampai hati hendak membunuhnya? Adakah semua ini hanya kerana harta? Mengapa Tengku Kamil sebodoh itu? Tanpa sedar, Faris tergeleng2 kesal.

“Aku pun tak tahulah Aishah…aku cuma mahu semua perkara kembali berjalan seperti biasa…” keluh Faris lagi. Aishah mengukir senyum pahit mendengar jawapan Faris.

“Aku pun….Harap2, kes ni selesai secepat mungkin..” ujar Aishah perlahan. Rambutnya yang menari2 di tepi dahi, diseka ke belakang. Faris terdiam sebaik mendengar kata2 Aishah.

“Kalau kes ni selesai, aku harap kita masih boleh berkawan…” tutur Faris ikhlas, lalu memandang Aishah ditepinya. Aishah terdiam, merenung Faris.

“Penculik macam kami ni, layakkah jadi kawan kau?” terpacul soalan itu dari bibir Aishah. Faris terkesima. Dia mengetap bibirnya. Daerah Subang Jaya sudah dimasuki. KIra2 15 minit lagi, mereka akan tiba di hotel.

Faris memandang Aishah. Wajahnya serius, tegang. Aishah turut terdiam melihat riak wajah tegang di muka Faris.

“Aku tak pernah anggap korang penculik! Jangan sebut lagi perkataan tu…” kata Faris tegas, merenung jalan dihadapannya. Aishah terdiam. Pandangannya dikalih, merenung tingkap dengan pandangan kosong. Lampu2 neon yang memagari jalan dipandang silih berganti tanpa jemu.

Faris…hakikatnya, kami memang penculik! Di mata orang lain yang memandang kes ini, kami memang penculik! Penculik kepada kau! Dan kenyataan itu takkan pernah padam dan tak akan padam sampai  bila2….

Aishah tarik nafas dalam2. Ada getaran di dada yang perlu ditahan. Matanya terasa panas. Fikirannya menjadi tidak menentu. Keliru. Ada rasa aneh yang sukar diungkap dalam dada. Sedihkah aku kerana kes ini bakal berakhir tidak lama lagi? Tapi kenapa???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 02:01 PM | Show all posts
nak lagi...nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 04:10 PM | Show all posts
nak lagi...nak lagi...
shahrinas Post at 13-6-2011 14:01



    betul betul nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:53 PM | Show all posts
bila nk dpt mastermind ni?
nk lg.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 09:04 PM | Show all posts
sambung lg...pjg2.
budak88, bila awak nak smbg novel awak tu.lama dah tggu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 07:53 AM | Show all posts
bestnyer dlm hati masing2 dah 'ade taman'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2011 11:28 AM | Show all posts
tak sabar menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 12:42 PM | Show all posts
Dol ngan Abu ni buat aku teringat kumpulan Sepah dalam Maharaja Lawak minggu yg dia org buat kisah culik tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2011 09:40 PM | Show all posts
memandangkan Hazama menang AF9...aku sambung byk2.....hihihi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:42 PM | Show all posts
Sebaik masuk ke bilik hotel, jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Suasana sunyi sepi, namun lampu kuning masih lagi terbuka. Faris dan Aishah memerhati seluruh ruang bilik hotel. Botol2 air tin bersepah dimeja kopi di ruang tamu.


Dol tidur terkangkang di sofa ruang tamu dengan TV yang masih terpasang. Enak betul dia tidur. Aishah menghampiri Dol, kemudian terintai2 wajah Dol. Wahh….orang tua ni siap berdengkur lagi! Lantas TV ditutup.


Faris pula masuk ke dalam bilik. Katil masih kemas, tidak terusik. Faris memandang ke hujung sudut. Rupanya Abu sedang tidur didepan pintu bilik pakaian. Lantas Faris membuka selak pintu bilik pakaian. Faris mengukir senyum bila melihat Mail juga masih di bilik itu. Mail juga tidur nyenyak meskipun dengan tangan yang terikat.


Barangkali perjalanan yang jauh siang tadi memenatkan mereka, ditambah pula suasana dingin bilik hotel itu menjadikan mereka tidur mati. Faris kembali ke ruang tamu, namun dia bertembung dengan Aishah di muka pintu bilik tidur.


“Mana abang Abu?” soal Aishah separuh berbisik. Dia menanggalkan jaket luar yang dipakainya sejak tadi.


“Syyhh…dia tidur,”  balas Faris separuh berbisik. Aishah menjengah ruang bilik pakaian, di mana Abu sedang nyenyak tidur di depan pintu bilik. Pistol masih erat ditangannya. Aishah mengukir senyum merenung Abu. Rasa bahagia melihat wajah abangnya yang sedang nyenyak tidur.


“Kau tak nak tidur?” soal Faris memandang Aishah tepat.


“Aku nak mandi dulu…nak salin baju. Kalau abang aku tengok aku pakai macam ni, tak pasal2 dia kata aku nak mati….” kata Aishah lalu masuk ke bilik air. Faris tersenyum lucu. Melihat Aishah yang hilang ke bilik mandi, Faris menanggalkan bajunya lalu menyalin dengan baju t-shirt yang baru dibeli tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:44 PM | Show all posts
Badannya dihempas ke katil empuk. Ahhhhh….nikmatnya baring atas tilam empuk macam ni….Faris merenung siling bilik itu. Satu keluhan dilepaskan. Dipejamkan matanya buat seketika. Cuba melelapkan mata, namun otaknya yang tidak berhenti2 berfikir, enggan membenarkan dia terlelap.


Bunyi pintu bilik air yang dibuka oleh Aishah membuatkan mata Faris kembali terbuka. Pantas dia membuang pandang kea rah Aishah yang baru selesai mandi. Aishah kini kembali memakai t-shirt dan jeans. Rambutnya yang basah dilap2 dengan tuala.


Aishah menghampiri Faris lalu duduk dibirai katil. Di pandang Abu yang sedang nyenyak tidur di depan pintu bilik pakaian dan di pandang Dol pula yang tidur terkangkang di ruang tamu. Aishah menggeleng2kan kepalanya. Badannya disandarkan ke kepala katil. Dari sisi ekor matanya, dia tahu Faris sedang memerhatikannya.


“Kenapa kau pandang aku?” soal Aishah. Tuala yang dikepalkan dirambutnya tadi dirungkai. Rambutnya yang lembab kini berselerak. Sesekali, Aishah cuba merapikan rambutnya yang tidak bersikat itu.


“First time aku nampak kau bersih….”kata Faris jujur. Wajah Aishah dipandang lagi. Wajah putih kuning itu kini sungguh ayu dan segar dimatanya.


“Hoho…terima kasih kepada sabun cap Holiday Villa Subang,” selamba jawapan Aishah, membuatkan Faris  tersenyum simpul. Faris menyilangkan  tangannya, lantas memandang ke depan.


“Tidurlah…” kata Aishah perlahan. Faris menggeleng perlahan.


“Aku tak boleh tidur…”


“Kenapa?”


“Entahlah..macam2 perkara yang aku fikirkan sekarang…”


“Perkara apa?” Aishah menarik selimut ke badannya, manakala Faris dibiarkan tidak berselimut .


“Family aku…Orang2 sekeliling aku….kawan2 aku….” balas Faris lemah. Wajahnya kusut merenung dinding dengan pandangan kosong. Aishah mengerutkan dahinya.


“Apa yang tak kena dengan semua tu?” soal Aishah. Faris diam sejenak. Nafasnya dihela berat.


“Kalau kau tak nak cerita tak apa….” Aishah menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. Hanya tinggal kepalanya saja yang tidak diselubung.


“Bila kau marah aku tadi, kau buatkan aku teringat seseorang…” tiba2 Faris bersuara perlahan. Aishah mengamati kata2 Faris. Dahinya berkerut.


“Siapa?” soal Aishah dalam suara separuh berbisik.


“Tengku Alyah…” jawab Faris perlahan. Aishah terdiam sebaik mendengar nama itu. Dia bungkam, tidak langsung bertanya lanjut. Kalau Faris hendak bercerita, cerita sajalah…dia tidak mahu mengambil tahu tentang perempuan yang bernama ‘Tengku Alyah’ itu.


“Dulu….dia pernah luahkan cintanya pada aku….tapi…” fikiran Faris menerawang mengingati kisah yang hampir dilupakannya kira2 4 tahun lalu. Kisah dia dan Tengku Alyah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:45 PM | Show all posts
“Turun,” Faris membukakan pintu kereta Porshe berwarna hitam metalik miliknya. Tengku Alyah yang manis bergaun pendek berwarna biru gelap, menghulurkan kakinya keluar dari perut kereta. Sebaik Tengku Alyah keluar, Faris terus menutup pintu kereta Porschenya.


Tanpa menunggu Tengku Alyah, terus Faris mengatur langkah menuju ke sebuah rumah banglo tidak berpagar. Dari luar, jelas kedengaran bunyi bising dan bunyi gelas berlaga.


“Faris! Why we are here?” lengan Faris dipaut erat oleh Tengku Alyah sebaik melihat situasi dihadapannya. Terpinga2 dia memandang banglo yang dipenuhi dengan anak muda yang sedang berparti liar.


“Party…” Faris tergelak kecil, seraya membuka butang baju kemejanya agar tidak nampak terlalu formal. Sewaktu keluar dari rumah tadi, dia lengkap berpakaian formal.


“But, we shouldn’t be here! You told your mother we are going to have candle light dinner tonight!” Tengku Alyah menarik lengan Faris agar lelaki itu berhenti dari memasuki banglo itu. Faris berpusing, memandang Tengku Alyah dengan riak wajah tegang.


“But I’m not promise her anything! Plus, how come you took their words seriously? Arranged marriage? You must be kidding if you’re agree to it! What world you’re living in now? We ain’t in the 60’s where we have to marry someone whose arranged by family for us!”  bentak Faris seraya melarikan lengannya dari terus digenggam oleh Tengku Alyah.


Tengku Alyah terdiam, merenung mata Faris. Bibirnya yang berkilat sedikit terbuka, barangkali terpana dengan kata2 Faris.


“So, you’re pretending for all these while? Pura2 depan semua family kita?” Tengku Alyah bersuara dalam nada suara yang tenggelam timbul. Faris meraup rambut depannya. Satu keluhan dilepaskan. Bahu Tengku Alyah diraih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:46 PM | Show all posts
“Alyah, kita membesar sama2. Family kita terlalu rapat. We’ve became best friend since our childhood. I thought that you could understand me that this marriage won’t take place. Kau gadis moden. Takkanlah kau pun masih nak terikut2 cara family kita dulu2? This marriage won’t take place if both of us agreed to ignore the arrangement. Our family will understand it. Please…. don’t get things complicated,” pujuk Faris.


Tengku Alyah tunduk, menjeruk rasa.  Faris masih membelai rambutnya, memujuknya agar mengikutinya ke parti itu.


“But, I love you Faris…” Tengku Alyah mengangkat wajahnya memandang Faris. Ada titis airmata yang perlahan2 mengalir dari tubir matanya. Faris terkesima memandang Tengku Alyah. Dia mengetap bibirnya. Antara rasa terjerat dan marah.


“Come on Alyah…don’t mess up your life with silly love. Life is short, we should enjoy every moment of it! Come! Aku yakin, kat dalam nanti…kau akan lupa semua benda2 ni….come!” bahu Tengku Alyah segera diraih, memaksa Tengku Alyah turut mengikut sama langkah Faris.


“Faris!” Tengku Alyah menolak tubuh Faris yang memeluk bahunya. Faris terdiam.


“Kau tak pernah cintakan aku? Walau sesaat dalam hidup kau?” soal Tengku Alyah sayu. Pedih hatinya melihat sikap endah tak endah Faris. Setelah sekian lama, dia benar2 menunggu saat2 untuk keluar berdua dengan Faris. Selama ini, mereka sering keluar ditemani Tengku Kamil, atau Tengku Ratna. Paling tidak pun, Puan Emily pasti ikut serta.


Tapi, malam ini, Puan Emily yang menyuruhnya agar keluar berdua bersama Faris. Pelawaan itu diterima dengan senang hati. Sangkanya, mereka akan ke tempat yang lebih formal dan romantic memandangkan Faris berpakaian formal, namun, semua angan2nya musnah sekelip mata sebaik terlihat banglo di depan mereka.


Dan Faris, kot luarnya kini sudah ditanggalkan dan dibiar di dalam kereta.  Dan dia pula, dengan gaun seperti ini, hendak melangkah masuk ke parti liar di banglo itu yang dipenuhi oleh orang2 Inggeris yang merupakan kawan2 Faris?


“Alyah…apa kau merepek ni….aku bawak kau datang sini bukan nak berbincang pasal ni…” rungut Faris. Sebal dengan sikap Tengku Alyah yang beremosi tak kena tempat.


“Aku tak merepek! We need to talk about this Faris! Answer me, have you ever love me all these while?” soal Tengku Alyah. Linangan airmatanya kini sudah makin bertambah pula. Faris garu kepala. Rimas!


“Apasal kau buat perangai macam drama swasta ni? Sekarang, baik kau ikut aku saja masuk dalam. Kalau kau tak nak, kau tunggu saja aku dalam kereta. Jangan nak memandai2 nak balik sendiri. Nanti apa pula mama cakap…” cuak dengan sikap Tengku Alyah, Faris terus saja menuturkan ayat itu. Tengku Alyah dipandang sinis.


“Kau memang tak pernah serius kan Faris….kau memang tak pernah peduli pun apa yang terjadi sekeliling kau! Pada kau….semuanya hanya tentang kau! “ hati Tengku Alyah kian membengkak. Airmatanya dikesat lagi.


“Suka hati kau! Malas aku nak bertekak dengan kau kat sini. You’ve spoilt my mood…” Faris terus melangkah menuju ke banglo itu. Tengku Alyah terus ditinggalkan. Tengku Alyah menarik nafas geram. Airmatanya dikesat. Faris sudahpun masuk ke banglo itu, disambut oleh kawan2nya yang berbangsa Inggeris.


Tengku Alyah menoleh ke kiri kanannya, mencari kelibat teksi. Sisa airmata dipipinya diseka cepat2. Hatinya dicarik luka yang benar2 dalam. Namun, langkahnya yang kelam kabut mencari teksi tiba2 mati. Tengku Alyah menarik nafas dalam2. Dipejamkan matanya sejenak.


Kalau aku pulang begini sahaja, bermakna aku kalah dengan Faris! Dia belum lihat sejauh mana aku mampu pergi tanpa dia! Tengku Alyah membuka matanya kembali. Air yang mengalir dari hidungnya diseka. Nafasnya ditarik dalam2. Watch me Tengku Faris! Dendamnya menyala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:47 PM | Show all posts
Suasana banglo dua tingkat itu hiruk pikuk dengan muzik yang begitu kuat. Gelas berisi air syaitan berlaga sesama sendiri, tanda benar2 diraih. Pasangan bercinta, mencari setiap sudut bagi melampiaskan nafsu tanpa mengira malu yang tidak pernah wujud dalam kamus hidup.


Faris menolak lengan Catherine yang melingkari lehernya. Gadis Inggeris yang merupakan teman sekelasnya itu, sejak tadi sudah mabuk benar.


“She’s drunk! Get her upstair… “ Anand, kawan sekelasnya yang berbangsa India menghampiri Catherine lalu ditepuk2nya pipi gadis itu. Anand tersenyum lebar melihat Catherine tidak memberi sebarang reaksi.


“Alex will  handle her tonight. He told me yesterday that he wants Cat,” kata Faris, merujuk kepada Catherine yang dipanggil ‘Cat’. Anand segera menggeleng. Faris yang masih mengunyah  dipandang.


“Nope! He’s having fun with a new babe already! You should see her new girl…she’s kind of you,’ bahu Faris dirangkul.  Mata Faris terbelalak mendengar kata2 Anand. Kemudian mereka sama2 ketawa sambil menyambung perbualan tanpa menghiraukan orang lain.


Namun, sedang Faris sibuk berbual dengan Anand, Alex tiba2 datang melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan mereka. Seorang gadis seksi dengan dress biru tua turut berada di dalam pelukannya. Mata  Faris sekali lagi terbeliak melihat gadis yang berada di dalam pelukan Alex. Tengku Alyah! Itukah gadis ‘baru’ Alex yang dimaksudkan oleh Anand sebentar tadi?


“Baby, meet my friends…Anand and Faris..” Alex memperkenalkan Tengku Alyah kepada Anand dan Faris.


“Hi..pleasure to meet ‘ya, “ Anand sekadar melambai, manakala Faris diam tak berkutik memerhatikan lagak Tengku Alyah yang sedang memandangnya tajam. Segelas arak begitu pantas berada di tangannya apabila Alex menghulurkannya. Lagak mereka yang sedang ketawa amat menjelekkan pandangan Faris.


“Kau kata nak balik tadi?” soal Faris kepada Tengku Alyah dalam Bahasa Melayu agar tidak difahami oleh Anand dan Alex. Tengku Alyah memandang Faris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:48 PM | Show all posts
“Kau ingat kau sorang pandai berparti? Enjoy lah…” kata2 Tengku Alyah disusuli dengan gelak gatalnya. Faris diam. Sesekali, Alex yang sedang bersembang dengan Anand dalam separuh mabuk dipandang dengan lirik matanya.


“Kalau lelaki ni bagi kau minum, jangan minum…” pesan Faris. Alex bukanlah lelaki yang boleh dipercayai sangat bila berjumpa perempuan. Lantaran itu, Faris tidak mahu Tengku Alyah menjadi sia-sia di tangan Alex.


“Sukahati akulah…” tawa sinis menghiasi bibir Tengku Alyah. Wajahnya seolah2 mengeji kata2 Faris. Faris mengeluh perlahan, kemudian meneguk Coke yang berada di tangannya.


“Kalau jadi apa2, jangan kata aku tak warning awal2…” balas Faris geram. Dia sudah malas hendak mengambil peduli tentang Tengku Alyah yang sememangnya degil. Meskipun dari luaran Tengku Alyah kelihatan seperti gadis yang manis dan lemah lembut, namun dia juga seorang yang sangat degil memandangkan dia merupakan anak tunggal Tengku Fatimah.


Dia dan Tengku Alyah sama sahaja. Mereka sama2 anak tunggal dalam keluarga yang kaya. Di hadapan keluarga, mereka begitu menghormati kehendak keluarga dan segala  protocol istana. Tetapi, di belakang keluarga mereka, mereka tak ubah bagai merpati liar yang menikmati setiap detik masa muda mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:49 PM | Show all posts
Hampir jam 2 pagi, Faris sudah mahu pulang. Dia tidak mahu lama2 di parti itu. Setelah memberitahu Anand akan niatnya untuk pulang, Faris bangun dari sofa, mencari Tengku Alyah untuk pulang. Puas ditinjau seluruh sudut dari dapur hinggalah ke balkoni rumah, menjengah kelibat Tengku Alyah di celah2 tetamu2 yang lain. Namun Tengku Alyah gagal ditemui.


Mana pulak perempuan ni! Getus Faris. Dia kembali ke ruang tamu rumah. Seluruh ruang di tingkat bawah sudah dicari, namun Tengku Alyah tidak ditemui. Bunyi muzik grunge memenuhi ruang rumah, masih belum surut bunyinya meski sudah jauh malam. Sudah pagi pun sebenarnya!


Faris mendongak ke tingkat atas. Jangan2 Alex sudah ‘menyapu bersih’ Tengku Alyah? Persoalan itu bergelodak di benaknya. Pantas tangga dipanjat secepat mungkin. Beberapa bilik yang terdapat di tingkat atas banglo itu menyukarkan Faris untuk membuat pilihan.


Pintu bilik mana yang harus diketuknya? Tak pasal2 bergaduh pula nanti jika salah ketuk. Faris berlegar2 di ruang tamu tingkat atas. Faris mengetap bibir. Dikeluarkan telefon bimbitnya lalu nombor telefon Tengku Alyah didail. Hatinya cuba disabarkan menunggu panggilannya bersambut.


“Hello, kau kat mana?” soal Faris sebaik panggilannya disambut oleh Tengku Alyah.


“Kenapa?” soal Tengku Alyah. Suaranya begitu longlai kedengaran. Hati Faris mula tidak enak mendengar nada suara itu.


“Aku dah nak balik ni. ..Aku tunggu kau kat kereta,” kata Faris. Talian diputuskan. Baru sahaja Faris mahu melangkah untuk turun dari tangga, tiba2 salah satu pintu bilik dibuka. Lantas mata Faris menoleh.


Tengku Alyah keluar dari bilik itu dengan dressnya yang tidak berzip. Terhuyung hayang dia cuba mengenakan zip dressnya sehingga menampakkan separuh tubuhnya yang terdedah. Faris terkedu. Sebaik terlihat Faris di tangga , Tengku Alyah senyum. Dia mabuk nampaknya.


Tengku Alyah memaut bahu Faris. Kelam kabut Faris memapah Tengku Alyah yang tidak dapat berjalan dengan betul.


“Kau minum?” soal Faris dengan suara kasar, tetapi perlahan. Tengku Alyah tersengih. Bau arak dari mulutnya benar2 memualkan Faris. Mereka terus berjalan meninggalkan rumah itu menuju ke kereta.


“Suka hati akulah…” balas Tengku Alyah. Faris menggeleng2 sambil memapah Tengku Alyah menuju ke kereta.


“Dengan siapa tadi? Alex? ” soal Faris. Nampaknya Tengku Alyah sudah ‘bersih’!  Tengku Alyah menggeleng sambil tersenyum. Berkerut dahi Faris melihat gelengan itu.


“Habis?” soal Faris lagi. Tengku Alyah ketawa kecil. Macam orang gila!


“Entah.…2 orang…” balas Tengku Alyah sambil menayangkan 2 jarinya di hadapan Faris.. Dia tersedak kemudiannya, lalu terbatuk2. Faris terpana mendengar kata2 Tengku Alyah.  2 orang? Faris terdiam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2011 09:50 PM | Show all posts
Faris menarik nafas lemah. Deruan nafasnya jelas kedengaran di telinga Aishah.


“Kalau aku dapat jumpa Tengku Alyah selepas ni, aku nak minta maaf dengan dia. Aku punca dia berubah sikap..”kata Faris lemah. Aishah diam lagi. Selepas itu, Faris terus diam, langsung tidak bersuara. Barangkali ada kekecewaan yang masih bersarang dihatinya sebaik cerita itu diluahkan kepada Aishah tadi.


Aishah diam, cuba mengatur nafasnya kembali. Selimut ditarik menyelubungi kepalanya. Badannya dikalih membelakangi Faris. Tidak tahu mengapa, ada rasa kurang enak di hatinya bila Faris bercerita tentang kisah lampaunya. Terasa dirinya terlalu jauh dengan Faris saat itu.


Aishah memejamkan matanya rapat2. Dia tahu, Faris masih belum tidur. Menanti hari siang, Faris kelihatan tidak sabar nampaknya. Ya, tidak sabar mahu keluar dari keadaan ini. Tidak sabar hendak pulang ke tempat sepatutnya dia berada. Tidak sabar kembali bertemu keluarganya. TIdak sabar bertemu Tengku Alyah. Paling penting, barangkali, tidak sabar hendak meninggalkan kami.


Membiarkan detik2 yang berlalu, Aishah terasa masa berlalu begitu cepat. Dia tahu, sebaik Mail terjaga, sebaik hari siang, seribu kemungkinan bakal terjadi. Jika benar Tengku Kamil puncanya, maka nampaknya saat ini adalah saat2 terakhir dia bersama Faris.


Aishah menghela nafas berat. Mengapa berat sungguh hatinya hendak melepaskan Faris pergi?  Aishah menghitung perasaan sendiri. Bukankah jika pemergian Faris bermakna aku akan memperolehi RM3 Juta?


Ya…RM3 Juta! RM3 Juta….dengan wang sebanyak itu, aku boleh pergi sejauh mungkin! Pergi meninggalkan seluruh yang aku ada sekarang. Sejujurnya, aku tak punya apa2 pun sekarang melainkan abang Abu dan Dol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:51 PM | Show all posts
Tapi, aku boleh pergi jauh, bina hidup baru. Hidup tanpa Faris di dalamnya. Lagipun, apa maknanya lelaki ini dalam hidup aku? Dia sama saja seperti mangsa2 culik yang lain. Hadir sekejap cuma, pasti akan dikembalikan ke tempat asalnya sesudah habuan diterima.


Yang membezakan dia dengan mangsa lain, hanyalah kerana dia lebih besar dari mangsa lain…dan tempoh dia berada bersama aku lebih lama. Itu saja. Jadi, biarkan dia pergi Aishah. Biarkan dia pergi. Pergi jauh-jauh.


Aishah menghela nafas lagi. Susahnya menjadi perempuan! Emosi dan perasaan acapkali menjadi peneman hati. Alangkah baiknya jika aku tidak menemui jiwa keperempuananku selama ini. Alangkah baiknya!


Matanya dipejam lebih rapat. Ada air panas yang meleleh dari celah kelopak matanya. Dibiarkan saja air itu mengalir perlahan. Jika bergerak, bimbang  Faris akan sedar bahawa dia masih belum tidur. Jiwa yang  terseksa tak seharusnya dilayan sangat. Biarkan saja ia begitu. Lambat laun ia pasti akan pulih dengan sendirinya. Aishah  benar2 pasti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:53 PM | Show all posts
Tengku Alyah yang baru pulang entah dari mana dipandang dari jauh melalui balkoni tingkat atas villa itu. Langkah Tengku Alyah diperhatikan sahaja hingga kelibatnya menghilang ke dalam rumah. Puan Emily menarik nafas lemah. Ada rasa serba salah setiap kali memandang wajah manis itu.


4 tahun lalu, dia dan Tengku Fatimah pernah menyuarakan hasrat hati mereka kepada Tengku Faris dan Tengku Alyah agar mereka berdua dapat disatukan dengan ikatan perkahwinan memandangkan hubungan akrab mereka. Tengku Faris dan Tengku Alyah menerima berita itu dengan riak wajah yang bercampur baur.


Mungkin agak sukar menerima berita itu, hubungan mereka agak renggang selepas itu. Namun Puan Emily tidak berputus asa. Lalu disuruhnya Tengku Faris mengajak Tengku Alyah keluar berdua bagi membincangkan perkara itu. Mudah-mudahan jika mereka berdua bertemu, hubungan akrab mereka dahulu akan pulih kembali.


Tetapi, sejak pulang dari malam pertemuan pertama mereka , hubungan itu kian dingin. Setelah disoal, akhirnya Tengku Faris telah memberi kata putus. Katanya mereka berdua tidak akan bersetuju dengan perkahwinan yang bakal diatur itu. Alasannya, masing2 ada kehidupanan pilihan sendiri.


Tengku Alyah juga menyatakan hal yang sama. Puan Emily dan Tengku Fatimah akur sahaja pada kehendak anak2 mereka meskipun terbit sedikit rasa kecewa terhadap keputusan yang diambil oleh Tengku Faris dan Tengku Alyah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 09:54 PM | Show all posts
Perkahwinan sesama keluarga terdekat di dalam keluarga itu sudah tidak asing lagi. Semua itu dibuat demi menjaga hubungan baik sesama pihak  istana dan menjaga pertalian darah.  Namun, dari mata kasar Puan Emily, dia tahu….dalam hal penolakan perkahwinan itu, Tengku Faris tampak lebih  bertegas dalam keputusannya. Tengku Faris nampaknya tidak boleh menerima perkahwinan itu langsung.


Tetapi, pada matanya, Tengku Alyah memang sukakan Tengku Faris sejak zaman remaja lagi.  Dari pandangan mata Tengku Alyah, jelas memberitahu orang sekelilingnya bahawa gadis manis itu memang menaruh hati terhadap Tengku Faris.


Namun sikap Tengku Faris yang suka berpeleseran dan tidak menghiraukan orang sekelilingnya, sedikit sebanyak mencalarkan harapan Tengku Alyah. Juga harapan Puan Emily sendiri.


“Auntie Emy..tak tidur lagi? It’s getting late already ” sapa Tengku Alyah tiba2 memecahkan lamunan Puan Emily sebaik dia melalui balkoni yang terletak di tingkat atas villa itu. Jam ditangan ditelek sepintas lalu.  Segera Puan Emily tersedar.


“Ahh..belum…” kelam kabut Puan Emily menjawab. Tengku Alyah menghampiri Puan Emily sambil tersenyum. Bahu Puan Emily diraih lalu dipicit2 lembut.


“Auntie risaukan Tengku Faris ya?” duga Tengku Alyah. Puan Emily hanya tersenyum kecil tanpa menjawab soalan itu. Tengku Alyah tersenyum. Tangannya masih meramas2 lembut bahu Puan Emily.


“Janganlah bimbang. Pihak polis masih meneruskan siasatan. Lambat laun, Tengku Faris akan pulang juga. Alyah yakin, dia selamat sekarang…” pujuk Tengku Alyah. Puan Emily tersenyum, kemudian memegang tangan Tengku Alyah dibahunya lembut.


Tengku Alyah dan Puan Emily saling berpandangan.


“Alyah….auntie nak minta maaf…” perlahan suara Puan Emily, memandang Tengku Alyah.


“Kenapa ?” gusar Tengku Alyah dengar perilaku Puan Emily.


“Pasal Faris….Kalau Faris ada menyakitkan hati Alyah sebelum ni, auntie nak minta maaf bagi pihak dia untuk kamu. You’re such a sweet girl. Namun, malangnya  jodoh kamu bukan dengan dia…,”  bicara Puan Emily seakan mengeluh. Tangan Tengku Alyah diusap2 lembut.


Tengku Alyah tersenyum, kemudian memegang bahu Puan Emily.


“Sudahlah auntie. Hal lama. Tak payah diungkit lagi. We ‘re having our own life now…” balas Tengku Alyah tersenyum lalu merangkul leher Puan Emily. Puan Emily senyum pahit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Update :Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan.Bersemadilah semoga keadilan dapat ditebus
YgBenarUpdate :Jenazah Nur Farah Kartini selama
Views : 215803 Replies : 3871
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92188 Replies : 867
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 20446 Replies : 334
“Saya menceraikan anda, saya menceraikan anda, dan saya menceraikan anda,”  Puteri Kerajaan Dubai Tenang Umum Ceraikan Suami Melalui Instagram
YgBenar“Saya menceraikan anda, saya menceraika
Views : 46118 Replies : 46
[JTBC/Netflix 2024] MISS NIGHT & DAY - Jung Eun Ji, Lee Jung Eun, Choi Jin Hyuk
Rahah[JTBC/Netflix 2024] MISS NIGHT & DAY - J
Views : 3764 Replies : 30
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31641 Replies : 213
Kena lagi episod 3:Netizen terkesima grafik atlet Malaysia yang akan ke Olimpik Paris seolah muka 'wanted'
YgBenarKena lagi episod 3:Netizen terkesima gra
Views : 11305 Replies : 13
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 29759 Replies : 236
Lagi kejam dari Ifan. Lelaki Gen Z kata perempuan 24 tahun ke atas sudah dikategorikan sebagai Andartu
mojarean_XLagi kejam dari Ifan. Lelaki Gen Z kata
Views : 4110 Replies : 1
Aishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebumbung?
mojarean_XAishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebum
Views : 29088 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067203 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list