CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zal_cool

KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]

[Copy link]
Post time 17-9-2009 10:22 AM | Show all posts
Aku yang aku tahu sebab bisnes gagal kerana kita terlalu fokus camner nak buat untung tetapi terlupa nak belajar untuk upgrade diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 03:38 PM | Show all posts
2.Terlalu banyak persaingan.

saatcham Post at 17-9-2009 03:31

ni yang perniagaan aku sedang alami sekarang...

aku buka kat kawasan baru...penduduk masih belum ramai lagi, tapi kedai dobi dah ada 7...

moga2 aku dapat bertahan 5-10 tahun lagi kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 03:50 PM | Show all posts
Aku kerja di Bahagian Usahawan, punca utama gagal ialah PEMASARAN YANG TIDAK CEKAP.
Orang kita mampu mencipta atau membuat produk  yang hebat-hebat, tapi sangkut kerana tidak cekap membuat pemasaran  ...
matabelalang Post at 17-9-2009 09:29


en matabelalang, dalam pengamatan u kan.. aspek pemasaran yg mana agaknya yang kita paling lemah tu...
branding ke?.. advertising ke?.. price positioning ke?.. timing ke?.. packaging ke?.. etc...
bagi lah input sket.. mungkin dapat kita cari jalan utk baiki...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 03:59 PM | Show all posts
5# aarie

apa yang aku perhatikan...kebanyakkan packaging produk bumiputra ni kurang menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:52 AM | Show all posts
Betul semua fakta-fakta di atas. Kesimpulannya mudah sahaja. Gagal sebab anda seorang usahawan yang lemah dan memiliki bisnes yang lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 04:24 PM | Show all posts
100,000 belia bakal muflis - Aidilfitri tidak membawa makna apabila nama disenarai hitam

Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN

Sohaimi menunjukkan statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit mengenai belia yang menghadapi masalah kewangan.



KUALA LUMPUR – Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini mungkin tidak dirasai hampir 100,000 usahawan belia yang gagal meneruskan perniagaan gara-gara disenaraihitamkan oleh pihak bank.

Keuntungan yang sepatutnya dikongsi bersama sanak saudara pada hari raya hasil kontrak yang diperoleh terpaksa diagih dengan pihak lain dengan cara mengalibabakan projek kerajaan yang diterima. Mereka berbuat demikian kerana gagal mendapat pinjaman.

Bukan mereka sengaja mengalibabakan projek yang diterima tetapi mereka tiada pilihan lain untuk melaksanakannya walaupun untungnya tidak seberapa.

Gejala itu tidak sepatutnya berlaku namun itulah masalah besar yang tidak diketahui umum menyebabkan banyak usahawan muda terkandas di tengah jalan.

Peluang telah diberi oleh kerajaan cuma pihak bank tidak ada sedikit pun belas untuk meringankan beban yang ditanggung. Usaha untuk memulihkan nama mereka yang disenaraihitamkan gagal kerana mereka tidak diberi peluang kedua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2009 07:14 PM | Show all posts
tentu ada cara utk keluar dari gejala tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 02:48 AM | Show all posts
Erm..adat bisnes pasti ada masa untung ada masa rugi..yg penting kita kena kuasai satu power produk dan cuba leveragekan dengan produk niaga yg lain sbg backup.

Kengkadang kita rasa mcm kita dah power tp kena lah beringat bisnes ni senang naik kengkadang senang lingkup.usahawan muda ramai yg cepat nak jadi boss..nak jadi boss ni kena rasa jadi kuli dulu..heheh..

Apapun jgn ckp bisnes tu gagal..nak sedapkan ayat ckplah..tersalah strategi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2009 10:51 AM | Show all posts
nak share...

kenapa bisnes aku sakit.... sebab baru 2-3 tahun stabil, tukar keter baru, pergi makan angin...

kenapa bisnes abang aku macam tak pernah sakit .... sebab the 1st 10 years, dia hanya menyimpan, menyimpan, menyimpan..... dlm ASB dsbnya...kalau tengok hidup dia, adoi... kesian, macam org susah, tapi... lepas 15 tahun berniaga, dia cashkan rumah, keter, beli keter yg ke-2, makan angin... aku cuma tau sebab masa dia pegi umrah bulan lepas, terjumpa statement bank dia ada 800k+++ savings! yg dia simpan dari mula berniaga 20tahun dulu..

so lepas ni, bila untung sikit, aku akan memaksa diriku menyimpan.... tapi statement ni dah 5 tahun buat... masih susah nak merealisasikannn... he he he...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 01:54 AM | Show all posts
betoi tu kak..

pada masa akan datang.. kita ni tak bekerja utk duit dah.. tp duit tu bekerja utk kita.. so bila satu tahap.. saving dah beratus2 ribu.. dilaburkan ke dalam unit2 amanah yg beri pulangan yg lumayan.. secara perlahan2.. perniagaan itu adalah sekadar hobi pada masa lapang.. bukan lagi satu pekerjaan dan satu punca rezeki..

ye lah.. kalo saving ada rm800k.. dia masuk asb sikit.. masuk unit trust sikit.. pastu ujung2 tahun dividen saja dah berpuluh2 ribu.. silap2 hampir2 cecah ratusan ribu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 12:58 PM | Show all posts
5# aarie  

apa yang aku perhatikan...kebanyakkan packaging produk bumiputra ni kurang menarik...
zaidi_MZZ Post at 17-9-2009 15:59


betul laa.. kena improve lagi supaya setanding..
first impression mustahak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 01:19 PM | Show all posts
11# hazel23

abg ko meniaga cara org cina.. bagus cmtu..
ada duit sikit simpan
kwn aku melayu 2 3org buat biz, takde la lingkup, tp biasa2 je..
ada kala sesak gak..
sbb nye suka sgt nk beli mende2 turun value cm kete la, hp canggih la, laptop 2 3 biji..

lain ngan sedara aku (cina)
bulan2 untung lebih rm5k tp pakai wira cabuk jer
naik kete dia mcm2 bunyi dgr..
pastuh bila bulan tuh untung kurang rm5k dia ckp rugi..
sebenarnye bukan rugi meniaga, tp rugi untung.. cehhhh...

p/s.. saja cite nih untuk panduan, bukan menjatuhkan org kita...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 02:24 PM | Show all posts
sy xckup modal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 02:57 PM | Show all posts

RE: Punca bisnes gagal

en matabelalang, dalam pengamatan u kan.. aspek pemasaran yg mana agaknya yang kita paling lemah tu...
branding ke?.. advertising ke?.. price positioning ke?.. timing ke?.. packaging ke?.. etc... ...
aarie Post at 17-9-2009 15:50


Terima kasih atas pertanyaan saudara aarie.
Kita tidak cekap dalam memasarkan produk kepada pelanggan. Misalnya, barangan kita tidak diketahui oleh pasaran. Aspek seperti branding, advertising, pricing, packaging, displaying, ...memang sangat penting, tapi kalau semua tu dah ok, marketing masih lemah lagi. Sebagai contoh, produk AgroMas yang buat kerepek ala cottage fries, ada branding, advertising, packaging pun mantap, berapa banyak hypermarket yang dijual produk nie? Cuba lihat FAMA, pemasarannya hanya kepada pasar2 tani, jualan pasar malam dll. Sepatutnya agensi seperti ini telah lama bukak hypermarket sendiri, kumpulkan produk2 bumiputera seluruh negeri/negara dan buat jualan. Agensi seperti MARA juga buat Bazar MARA, Kompleks MARA, MARA de' Mall, supaya matlamat pasaran lebih berjaya.  

Apa yang saya amati ialah, produk bumiputera kurang berjaya di negara sendiri....tetapi amat-amat berjaya di luar negeri. Sebab tu ramai orang kita berniaga di overseas. Buka restoran, pasar produk di eropah, timur tengah, china, sebab ada pasaran dan sekaligus ada pelanggan. Cuba selidik syarikat makanan ringan, mereka berjaya di luar negara. Sebagai contoh, produk rempeyek yang dibuat hanya di rumah, boleh memasarkan produk tersebut di Dubai, UAE...tetapi produk rempeyek gagal dijual pasaran tempatan. Ini adalah kerana pasaran yang lemah dan tiada permintaan. Jualan hanya sekadar di kedai2 runcit berdekatan. Nak masuk di hypermarket popular pun susah. Sikap dan persepsi masyarakat kita sendiri yang 'downgraded' produkbumiputera telah lama tertanam di fikiran. Ini perlu diperbetulkan. Kita kata produkmelayu@servis melayu kurang kualiti, lembab, malas dan 'cap ayam'.Sikap begini sukar dibendung. Produk berkualiti seperti Proton pun kitakata tidak berkualiti. Nak repair kereta pun cari makenik cina, kalau melayu, kita kata tak confident.

Pihak Kerajaan juga telah banyak promosi Belilah Barangan Buatan Malaysia...ini salah satu strategi pemasaran. Tapi kalau hanya syarikat gergasi yang ambil peluang, usahawan kita lingkup. Agensi kerajaan yang berkaitan pemasaran juga lemah dan tak banyak. Agensi ini banyak menumpukan peluang pasaran global dan antarabangsa. Kekadang bukannya bantu pasaran, tapi bantu macamana nak banyakkan lagi kualiti produk, akhirnya produk berlambak tetapi tak terjual..., expired begitu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 03:22 PM | Show all posts
TQVM ... best betul thread nie.. byk yg sy belajar selok belok niaga... maklumlah biz kecil2an..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 03:46 PM | Show all posts
aku nak mintak pendapat korang nie. aku skang wat business makeup, kelas makeup, inai, hantaran, n fotografi. aku nak bukak butik. pas2 ade lak sorang akak kira lama dah ler pengalaman dia dlm bidang nie. dia ckp pikir betol2 dlu. sbb aku keja, aku pikir nak upah cousin jaga bagi gaji n bagi komisen kalau dia dapatkan job. tapi akak nie ckp susah skang bayak saingan, cust terlalu cerewet, modal banyak, susah nak dapat cust la itu nie. nakbuat pusingan modal susah. stress la itu ini. aku pon jadik mcm risau dah. sbb skang cust aku kira ok la. aku nak  bukak sebab aku nak buat kelas makeup skali kat situ n nak buat facial skali. sbb rumah aku xmuat dah. satu bilek aku dah wat studio makeup. skang aku ngah tempah baju. tapi aku tempah kat parit buntar n melaka. tu yang murah kalau aku lik kg baru aku amik. tapi manik aku jahit sndrik. so boleh save la kat situ.
skang ade membe aku nak jual butik yang abru dia bukak sebab husband dia nak g abu dhabi . so dia kna ikut.. dia nak jual dlm 45k kat aku. sblm nie mmg aku ingat nak wat pinjaman dlm 50k. tapi bila dengar mcm 2 aku mcm risau lak ak bukak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 04:05 PM | Show all posts
skang ade membe aku nak jual butik yang abru dia bukak sebab husband dia nak g abu dhabi . so dia kna ikut.. dia nak jual dlm 45k kat aku. sblm nie mmg aku ingat nak wat pinjaman dlm 50k. tapi bila dengar mcm 2 aku mcm risau lak ak bukak...
baby77 Post at 30-9-2009 15:46

baby77...

kat mana butik tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:17 PM | Show all posts
kat putra height subang
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:18 PM | Show all posts
ok ker eik kawasan situ. strategik x. baru nak g tengok butik dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 06:41 PM | Show all posts
kat putra height subang
baby77 Post at 30-9-2009 16:17

kalau tak silap, ni berhampiran usj kan...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.074425 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list