CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-2-2005 09:24 AM | Show all posts
Topik : MILITAN ( Takrif,Sebab-sebabnya dan Jalan Penyelesaian)

Basmalah.

Buat kali ini mari kita berbincang topik Militan dari segi Islam. Istilah militan selalunya tidak digunakan terhadap individu walaupun individu itu bersikap ganas atau militan... seorang ibu, ayah yang bengis kita tak panggil dia militan begitu juga pada suami atau isteri yang bengis.

Militan lebih ditujukan kpd kelompok yang bertindak terhadap musuhnya secara ganas yang boleh menyebabkan kecederaan, kematian dan kemusnahan harta benda dan yang menimbulkan kebimbangan dan ketakutan dikalangan musuhnya.

Takrif (Pengertian) Militan

Sesuatu kelompok yg dikatakan militan itu ialah yang membawa sesuatu ajaran, sama ada yg berdasarkan agama atau ideologi, yang ada pemimpin dan yg dasar perjuangannya ialah untuk mengajak atau menyuruh pengikut-pengikutnya bertindak terhadap musuh-musuhnya bila ada peluang sama ada secara fizikal atau dengan senjata.

Kalau sesuatu kelompok itu, ajaran dan kepimpinannya tidak mengajak atau tidak mendorong pengikutnya berlaku kasar pada musuhnya dan kalau berlaku pun hanya secara individu yg bukan diarah dan yg bertindak secara bersendirian tanpa diketahui oleh pemimpin atau kelompoknya, maka kelompok itu tidak boleh dikatakan militan.

Juga kalau satu-satu kelompok itu menyerang dan menentang musuhnya tidak secara fizikal atau tidak dengan menggunakan senjata tetapi hanya dengan membuat komen, kritikan dan teguran melalui kata-kata kesat, maka itu hanya boleh dikatakan kasar, bukan militan.

Bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-2-2005 09:28 AM | Show all posts
Sambungan...

Militan dan sebab-sebabnya

Sebelum kita memperkatakan tentang militan dan sebab-sebabnya, mari kita terlebih dahulu bincang tentang manusia dan tabiat-tabiat semulajadinya iaitu sifat-sifat positif dan negatif yg lahir secara semulajadi drp manusia itu sendiri.

Manusia secara seorang atau berkelompok (berdasarkan bangsa, etnik, agama atau mempunyai satu cita-cita) dapat melahirkan sifat baik atau jahat (positif atau negatif) hasil dari kepimpinan, pendidikan, pelajaran yg diajar atau keyakinan dan pegangannya atau hasil dari pengaruh suasana dan alam sekeliling sama ada tempat tinggal atau suasana masyarakatnya.

Sedangkan benih-benih semulajadi yg Tuhan jadikan pada manusia itu seperti sifat-sifat malaikat, haiwan dan syaitan akan hidup subur dan akan bertindak dalam kehidupan masyarakat hasil kepimpinan, pendidikan, pelajaran, keyakinan dan pegangan masyarakat itu atau akan disuburkan oleh suasana alam sekeliling.

Contoh: Orang yg duduk digunung, padang pasir atau hutan mempunyai sifat tangkas, lasak dan berani.

Orang yg lahir di kampung berwatak sederhana dan agak lembut. Yang duduk di bandar pula tidak tahan diuji dan tidak tahan susah sebab dilahirkan dalam suasana mewah dan selesa. Bahkan beraninya pun tidak sama.

Inilah perbezaan sifat yg abuya maksudkan yg disebabkan oleh pengaruh suasana alam sekeliling.  Walaupun begitu, manusia yg lahir drp kepimpinan, pendidikan, pelajaran dan yg mempunyai keyakinan dan pegangan mempunyai sifat-sifat yg lebih kuat dan teguh sama ada positif atau negatifnya. Sifat-sifat ini sukar unutk diubah.

Berbeza dengan manusia yg dibentuk oleh suasana dan alam sekeliling, sifat-sifat mereka tidak teguh dan tidak kuat mengcengkam...tukar tempat pun sudah berubah.

Begitulah gambaran semulajadi manusia yg melahirkan sifat negatif atau positif.Perkara baik dan buruk sudah ada. Cuma hasil didikan dan pengaruh alam sekeliling akan menyuburkan sifat-sifat sama ada yg baik atau buruk.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-2-2005 09:32 AM | Show all posts
Sambungan...

Kalau sesuatu kelompok atau orang yang duduk di padang pasir atau di gunung-gunung melahirkan sifat kasar dan keras hati, ini berlaku bukan dengan niat. Dia tidak berniat unutk berlaku kasar. Apabila bertemu dengan orang bandar, agak susah untuk bergaul kerana dia kasar. Ini tidak boleh dikatakan militan.

Kelompok yang duduk di kampung yg dipenuhi dgn pokok-pokok yg menghijau, berwatak lembut, tenang dan tingkah laku mereka sederhana. Tentu agak senang sedikit bergaul dgn orang bandar sebab dia tidak merempuh. Kelompok ini tidak pula boleh dikatakan baik. Alam sekitar yg membuatnya jadi begitu. Baik yg macam ini tidak tahan diuji. Bila dicabar, kebaikan ini akan hilang dalam sekelip mata. Kelompok ini hanya dididik oleh alam sekitar dan bukan melalui kepimpinan.

Ada setengah kelompok, oleh kerana suasana yg mendidiknya, dia menjadi lembut. Akan tetapi dia tetap tabah dan tahan uji apabila dicabar macam orang-orang Asli. Mereka ini tahan lasak, tabah dan cergas.

Biasanya orang atau kelompok yg jadi militan ialah yg ada cita-cita, yg ada ideologi, yg ada pimpinan, ajaran, keyakinan dan pegangan sama ada ianya berdasarkan agama, ideologi atau rasa sakit hati kpd sesuatu golongan yg lain.

Kelompok yg tidak ada pimpinan, yg hanya didik oleh suasana dan alam sekitar, biasanya tidak akan menjadi militan. Mereka hanya akan menjadi kasar dan keras hati.Kalau berlaku pun, bukan secara jemaah atau kelompok tetapi secara individu.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-2-2005 09:35 AM | Show all posts
Sambungan..

Sebab-sebab sesuatu kelompok menjadi militan.

1. Kelompok atau puak yg mempunyai ajaran yg mengajar dia menjadi militan seperti ajaran komunis. Ajaran itulah yg menjadikan kelompok itu militan atau komunis.

2. Ada kalanya satu kelompok itu, ajarannya tidak militan.Tetapi oleh kerana dia berhadapan dengan musuh yg dia sangat marah, maka dia jadi militan. Militan ini tidak sekuat militan hasil dari ajaran.

3. Ada kelompok yg asalnya tidak militan tetapi terpaksa berhadapan dgn musuh yg militan. Maka dia pun jadi militan.

4. Ada kelompok yg asalnya tidak militan tetapi sengaja musuh hantar orang-orangnya ke dalam kelompok itu untuk menghasut mereka menjadi militan supaya boleh dituduh sebagai militan dan ada sebab untuk ditekan.

5. Sesuatu kelompok itu akan menjadi lebih militan lagi apabila:

a) didorong oleh ajarannya
b) didorong oleh pengaruh alam sekitar

Bila asalnya sudah kasar dan ajarannya pula kasar, maka kelompok seperti ini akan menjadi lebih kasar dan militan.

6. Ada kelompok di dalam sesebuah negara yg menentang negaranya tetapi asalnya tidak militan. Mereka hanya memberi nasihat dan pandangan pada kerajaan negaranya. Tetapi disebabkan kerajaan berkasar kpd mereka atau ada negara luar yg membekalkan senjata kpd mereka, maka mereka terus menjadi militan.

7. Sesetengah negara yg kuat, kerana ada kepentingan yg tertentu, mempengaruhi kelompok atau kumpulan di negara lain untuk menentang kerajaannya secara militan supaya dia boleh campur tangan.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-2-2005 09:37 AM | Show all posts
Sambungan...

Biasanya tuduhan militan itu ditujukan kpd kelompok atau puak yg belum mendapat kuasa. Mereka itu mungkin ada cita-cita untuk menumbangkan kerajaannya. Sekiranya kerajaan tersebut berlaku kasar terhadap mereka dgn menggunakan kuasa polis dan tentera, ini tidak boleh dikatakan militan terutama kalau tujuannya ialah menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Tetapi bila sesuatu kerajaan itu menggunakan kuasa polis dan tentera lebih dari hadnya atau bertindak kerana tidak suka kpd sesuatu kelompok itu walaupun mereka tidak militan, ataupun mereka sengaja dituduh militan supaya boleh ditindak dan ditekan, ini juga tidak boleh dikatakan militan tetapi zalim atau menyalahguna kuasa.

Militan tidak semestinya salah, jahat atau negatif. Kalau sesuatu puak itu diserang dan dizalimi dan puak tersebut bertindak balas secara bersenjata untuk mempertahankan diri dan haknya, itu adalah tindakan militan yg dibolehkan.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 15-2-2005 08:32 AM | Show all posts
Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sumaah, riak, ujub.cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak cakap, banyak makan dan mengumpat.

Sifat-sifat ini melekat pada hati sepertilah daki melekat di badan. Kalau kita maias menggosok akan tambah menebal dan kuatlah ia bertapak. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa.



Bagaimanapun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah sesenang membuang daki di badan. la memerlukan latihan jiwa yang sungguh- sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari guru yang mursyid yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati murid-muridnya hingga ia tahu apakah kekurangan dan kelebihan murid itu. Malangnya di akhir zaman ini, kita ketiadaan guru yang mursyid.


Nasib kita hari ini umpamanya nasib anak ayam yang kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya.

la akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri.


bersambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 15-2-2005 08:34 AM | Show all posts
2.TAHALLI

Tahalli bererti menghiasi yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat terkeji atau mazmumah segera pula kita menghias) hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah.
Untuk mudah difahami cuba kita gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah. Setelah kita mujahadah maka sifat itu keluar meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita  masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah.



Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghiasi ha kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah, taubat, sangka baik, takutkan Allah, pemaaf, pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar, rajin, berani, lapang dada, lemal lembut, kasih sayang sesama mukmin, selalu ingatkan mati  dan tawakal.


Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudah kita perlu sekali mujahadah. Saya tegaskan di sekali lagi bahawa dalam peringkat mujahadah kita masih terasa berat dan susah. Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang sebenarnya. Insya-Allah kalau kita sungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati dengan hati akan terasalah lazatnya.


bersambung
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 15-2-2005 03:38 PM | Show all posts
Sambungan...

Jalan Penyelesaian

Dunia hari ini sibuk memperkatakan tentang militan. Di sesetengah negara pemimpin-pemimpin mereka sampai pening-pening kepala memikirkan tentang militan ini. Lebih-lebih lagi setelah berlakunya peristiwa 11 September yg lalu, soal militan ini dipandang serius oleh dunia, tidak kira dunia Islam mahupun dunia bukan Islam. Hingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun turut membincangkannya.

Yang sebenarnya, bukan hanya isu militan ini sahaja yg dihadapi oleh dunia pada waktu ini. Berbagai-bagai isu lain turut mengancam dunia. Tetapi oleh sebab isu militan ini lebih bahaya dan lebih menakutkan, itu sebab ia diberi lebih perhatian oleh dunia.

Tambahan pada itu, masalah militan ini membawa satu dimensi baru yg sangat mencabar para pemimpin dunia. Disamping ianya bahaya dan menakutkan, ianya juga rumit dan berat untuk diselesaikan. Kerana para militan ini ialah orang-orang yg berani mati. Orang-orang yg memang hendak mati. Mereka ini rela membunuh diri. Kalau diri sendiri pun sanggup dibunuh, membunuh orang lain senang sahaja.

Kalau para militan ini tak berani mati, lebih-lebih lagi kalau mereka takut mati, tak apa juga. Banyak perkara boleh diusahakan untuk mencegah kegiatan mereka, untuk menghalang, mengancam dan menakutkan mereka. Tapi kalau mati pun mereka sudah tidak takut, apa benda lagi dalam dunia ini yg boleh menakutkan mereka?

Bukankan mati itu perkara yg paling dibenci dan ditakuti oleh manusia. Oleh itu para militan ini tidak makan saman. Tidak takut diugut. Tidak takut diancam. Tidak takut dihukum. Tidak takut dibunuh dan tidak makan suap. dalam ertikata lain, mereka ini tidak mudah hendak dibendung. Bagaimana hendak menghadapi manusia yg berani mati ini? Inilah perkara yg merisaukan dan memeningkan kepala para pemimpin dunia.

Bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 15-2-2005 03:47 PM | Show all posts
Sambungan...

Dunia hari ini hendak mengugut manusia dengan undang-undang dan hukuman. Tetapi kalau sudah berani mati, diugut dgn hukuman apa pun tidak ada makna. Kalau hukuman pun sudah tidak memberi apa-apa makna, apa ertinya undang-undang. Bukankah kekuatan undang-undang terletak pada hukumannya?

Nyatalah bahawa hendak membaiki, mengawal dan membendung manusia termasuk golongan militan dgn undang-undang dan hukuman sudah tidak berkesan. Kalau begitu apakah kaedah yg terbaik untuk membaiki golongan militan ini? Mesti ada kaedah. Mesti ada ubat. Mesti ada jalan penyelesaian.

Apakah jalan keluar?

Jalan ahli fikir dan ahli filasuf yg digunakan selama ini sudah menemui jalan buntu. Ia jelas tidak mampu lagi menangani masalah ini. Malahan bukan sahaja ia tidak mampu, bahkan semakin lama ia semakin memburukkan keadaan dan membuatkan masalah ini bertambah serius dan rumit. Tidak ada jalan lain, melainkan kembali kpd jalan dan cara yg telah ditunjukkan oleh para Rasul.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 15-2-2005 04:36 PM | Show all posts
sambungan...

Manusia perlu diajak mengenali Tuhan, Bukan sekadar percaya sahaja tetapi MENGENALI Tuhan. Ramai manusia tidak kira apa bangsa percaya Tuhan itu ada tetapi mereka tidak merasakan begitu. Mereka tidak rasa dan tidak perasan Tuhan itu ada. Mereka tidak merasakan bahawa Tuhan itu ada peranan dalam hidup mereka. Mereka hanya tahu dan percaya. Manusia sudah tidak pedulikan Tuhan lagi. Mereka rasakan Tuhan sudah tidak relevan lagi dalam hidup mereka. Mereka sudah lupa Tuhan. Mereka sudah kehilangan Tuhan. Hakikatnya, ada atau tidak Tuhan itu, sama sahaja kesannya pada mereka.

Bila kenal Tuhan barulah jiwa hidup. Barulah hati dapat merasakan Tuhan itu berkuasa, menghidupkan, mematikan, memghukum, memerhati, melihat, menjaga, melindung, memelihara, memberi nikmat, memberi rahmat dan mendatangkan nikmah(bala). Barulah hati dapat merasakan Tuhanlah yg mewujudkan dunia ini. Tidak ada satu habuk pun yg tidak ada campur tangan Tuhan.

Kuasa Tuhan, bila Dia kata jadi - maka jadilah. Bila Dia kata hidup - hiduplah. Bila Dia kata mati-matilah. Bila Dia kata sihat - sihatlah. Bila Dia kata sakit - sakitlah. Itulah Dia, Tuhan yg mencipta langit dan bumi dan juga manusia. Bila rasa-rasa ini dihayati, manusia akan cinta dan takut kepadaNya.

Itu baru sedikit sifat-sifat yg ada pada Tuhan. Padahal sifat-sifat kesempurnaan Tuhan itu tidak terhingga banyaknya. Kalau hati-hati manusia sudah begitu sekali dapat merasakan kehebatan Tuhan, baru akan datang rasa cinta dan takut. Hendak buat sekecil-kecil perkara pun , dia akan tanya Tuhan. Inilah ubat pertama dan utama kpd penyakit-penyakit yg dihadapi oleh manusia. Soal undang-undang, peraturan dan hukuman jatuh nombor dua.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 15-2-2005 06:17 PM | Show all posts
Cara-cara mujahadah dalam "tahalli" samalah seperti kita mujahadah untuk "takhalli". Misalnya kita mahu menghiasi diri  dengan sifat pemurah, maka kita. mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita terutama yang kita suka dan sayang untuk diberi pada yang memerlukan.

Mulanya tentu terasa berat dan payah tetapi janganlah menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapat pahala sedekah.



Sayidatina Aishah r.a di waktu tiada apa-apa untuk dimakan beliau cuba juga untuk mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu inginnya mereka pada pahala dan rindunya pada syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT:

"Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik maka Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman Itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak."

(AI Hadid:11)

Setiap kali kita rasa sayang pada harta kita setiap kali itu pula kita keluarkannya. Insya-Allah lama kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah.

Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk, pemaaf, zuhud dan semua sifat-sifat mahmudah yang !ain perlulah kita miliki dan untuk itu kenalah mujahadah. Jika tidak iman juga turut tiada sebab iman berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 16-2-2005 01:17 PM | Show all posts
Sambungan...

Kalau manusia sudah cinta dan takutkan Tuhan, manusia tidak akan berani lagi melakukan perkara-perkara negatif dan menyusahkan. Kalau ada Tuhan, orang bukan Islam pun akan jadi baik. Setidak-tidaknya di dunia. Orang yg berani mati yg sudah tidak takut dgn ancaman dunia pun akan berubah bila berhadapan dgn rasa takut dgn Tuhan dan ancaman Akhirat. Undang-undang  dan peraturan bukan tidak perlu. Itu jalan terakhir. Ia hanya sesuai unutk mengawal manusia yg sudah rosak fitrah mereka dan sudah terlalu jahat hingga tidak terkesan lagi dgn Tuhan.

Oleh itu, salah sekalilah konsep mendidik dan membaiki manusia hanya dgn undang-undang dan peraturan. Undang-undang dan peraturan manusia sendiri yg buat. Orang yg membuat undang-undang itu pun banyak kesalahan. Yg mempunyai kuasa pun jahat. Mana boleh orang jahat mendidik orang lain jadi baik! Mana boleh orang sesat jalan menunjukkan jalan yg betul pada orang lain.

Kalau rujuk dgn Tuhan, Tuhan akan bersama kita. Rakyat dan orang-orang besar, Tuhan yg jadikan. Kalau rakyat takut, orang-orang besar juga akan takut. Akhirnya orang kecil dan orang besar sama-sama takutkan Tuhan. Inilah jalan kesalamatan, kedamaian dan keharmonian buat manusia.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 16-2-2005 01:21 PM | Show all posts
Sambungan...

Kalau begitu, dunia ini perlu mempromosikan Tuhan. Supaya manusia cinta dan takut padaNya. Inilah formula yg paling berkesan yg boleh menyelesaikan segala masalah manusia dan masyarakat.

Siapakah yang akan mempromosikan Tuhan?

Tentulah orang Tuhan. Tentulah orang yg kenal Tuhan, yg ada rasa bertuhan dan yg cinta dan takut dgn Tuhan. Kerana manusia ini, sama ada baik atau jahat adalah hasil dari didikan, ilmu dan pimpinan. Manusia tidak akan menghayati sesuatu perkara kecuali melalui pendidikan. Memperbaiki manusia mesti melalui pendidikan.

Siapakah yang akan mendidik?

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia, kalau orang yg mendidik tidak ada wibawa, pendidikannya tidak akan efektif dan tidak akan memberi kesan. Orang akan ambil ilmunya tetapi ilmu itu tidak akan dihayati. Orang boleh belajar darinya tapi dia tidak dihormati. Dia tidak dicontohi. Mendidik orang mesti ada wibawa. Pemimpin yg hendak mengajak manusia supaya cinta dan takut dgn Tuhan mesti terlebih dahulu cinta dan takut dgn Tuhan. Dia mesti mempunyai wibawa yg tinggi. Barulah ilmu yg diajarnya boleh dihayati.

Orang yg hendak memimpin manusia mesti ada wibawa. Dalam ertikata yg lain dia mesti ada akhlak. Dia mesti bersifat adil, berkasih sayang, pemurah, mengutamakan orang lain, tidak mementingkan diri, tidak memikirkan kroni dan tidak zalim. Kalau ciri-ciri ini tidak ada, dia tidak ada wibawa.

Pimpinannya tidak akan berkesan. Cakapnya tidak akan didengar orang. Dia tidak dihormati. Orang dengar tapi tak ikut. Pemimpin yg tidak ada wibawa, ajarannya, walupun baik tidak memberi kesan apa-apa. Kalau mereka memimpin golongan yg militan,l agi-lagilah golongan ini akan dengki, benci dan sakit hati pada mereka. Mereka akan ditolak. Kalau golongan militan sudah rasa begitu, siapa lagi yg akan mendidik dan memperbaiki mereka?

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 16-2-2005 01:25 PM | Show all posts
Sambungan...

Dalam dunia ini para pemimpin jangan fikir hendak memperbaiki rakyat sahaja. Jangan fikir masalah militan sahaja. Mereka mesti perbaiki diri. Kadang-kadang sedar atau tidak, pemimpin yg jahatlah yg menyumbang kpd manusia menjadi jahat. Sebab itu kalau rakyat sudah jadi jahat, para pemimpin mesti muhasabah diri masing-masing. Rakyat itu adalah bayangan pemimpin.

Kalau pemimpin sudah jahat, macam mana hendak didik rakyat. Mana mungkin orang jahat boleh mendidik orang lain jadi baik. Tambahan lagi siapa pula nanti yg akan mendidik para pemimpin yg jahat ini.

Dunia, tidak kira apa bangsa, mesti berdoa banyak-banyak pada Tuhan, supaya Tuhan tunjukkan kita pemimpin yg ada rasa berTuhan, yg cinta dan takut dgn Tuhan, yg ada wibawa, yg orang ramai hormati, bahkan yg para pemimpin pun hormati. Pemimpin seperti inilah sebenarnya yg layak memimpin rakyat dan para pemimpin. Ketika itu barulah masalah dunia akan selesai.

Seperti apa yg berlaku kpd kaum Yahudi di zaman Nabi Allah Samuel. Mereka ditekan dan dizalimi penguasa Rom. Dikala itu mereka tidak mempunyai seorang pemimpin yg layak dan cukup berwibawa untuk memimpin dan meyelamatkan mereka. Maka pembesar-pembesar kaum Yahudi tersebut bersepakat berjumpa Nabi Samuel dan meminta beliau mendoakan supaya Tuhan menunjukkan seorang pemimpin dikalangan mereka. Nabi Samuel pun mendoakan.

Tuhan melantik Tholut. Tholut bukan seorang bangsawan. Dia bukan seorang pembesar. Dia bukan seorang pendita atau seorang terpelajar. Dia juga tidak kaya. Dia hanya seorang petani yg bertani dihujung kampung yg terpencil dan tidak dikenali orang. Dialah pilihan Tuhan. Ini mengejut dan mengecewakan golongan bangsawan dan pembesar kaum Yahudi tersebut.

Mereka sangka Tuhan akan pilih seorang pemimpin dari kalangan mereka.Tetapi bagi Tuhan, kriteria seorang pemimpin bukan darjat, bukan status, bukan kekayaan, bukan semata-mata ilmu, bukan pengaruh dan bukan kedudukan. Tholut dipilih kerana dia seorang yg bertaqwa, yg kenal Tuhan dan yg cinta dan takut dgn Tuhan. Dia berwibawa dan berakhlak tinggi. Dia mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat kepimpinan yg tidak ada dikalangan para pembesar dan para bangsawan kaum Yahudi berkenaan. Allah ceritakan ini semua di dalam AlQuran untuk kita hayati.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-2-2005 11:59 AM | Show all posts
Topik : Kenapa Kini Al-Quran Seolah2 Tidak Menjadi Khazanah Ilmu

Tarikh kuliah : 31-3-2004


Basmallah.

Al Quran itu sebenarnya khazanah ilmu. Khazanah ilmu dunia dan ilmu akhirat. Siapa yang faham tentang Al Quraan, ertinya orang itu memiliki ilmu dunia dan akhirat. Bila dapat di fahami, dihayati dan di applykan, maka orang itu akan maju di dunia dan akhirat. Itulah Al Quran.

Jadi Al Quran itu mengandungi ilmu yang sangat luas iaitu ilmu dunia dan akhirat. Oleh kerana Al Quran itu merupakan khazanah dan bila dikatakan khazanah maka ia adalah bahan mentah yang belum diproses dan dicaing-caing lagi. Bila hendak diproses, ia memerlukan kepakaran. Sebab itu, pakar yang pertama dan utama ialah Rasulullah SAW. ltulah yang dikatakan Hadis dan Sunnah. Seolah-olah Hadis dan Sunnah itu satu alat. Kalau ia diibaratkan suatu alat yang fizikal maka ia adalah satu mesin yang sangat canggih untuk memproses Al Quran. Sehingga terkeluarlah isi Al Quran itu dalam berbagai aspek dan bidang.

Oleh kerana Al Quran itu khazanah iaitu ilmu dunia dan akhirat, ilmunya berlapjs-lapis. Di dalam ilmu ada ilmu, di dalam ilmu ada ilmu lagi. lanya berkembang. Sebab itu tidak cukup Hadis yang memproses maka datang pakar2 dari golongan ulama untuk memproses lagi. Setelah diproses, ianya diproses lagi sebab ilmu itu berkembang. Kalau proses ini dapat dilakukan, berbagai-bagai ilmu lagi yang akan keluar, sesuai dengan kemajuan. Begitulah kedudukan Al Quran.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-2-2005 12:01 PM | Show all posts
Sambungan...

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, nampaknya tidak jadi seperti apa yang dikatakan. Ia tidak terproses. Apa buktinya tidak terproses? Mohon maaaf  kerana bukan bermaksud hendak menyinggung mana2 pihak tetapi hendak mengkaji di mana salah dan silap. Tempat memproses Al Quran ialah di sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah arab, universiti-universiti Islam, pondok-pondok, pesantren-pesantren tetapi nampaknya ia tidak terproses.

Kalau ibarat mendapat emas seketul, apa yang hendak dibuat dengan emas seketul itu? Tidak mungkin hendak digantung emas seketul. Ia mesti dibuat cincin, kalung, gelang dan sebagainya. Memanglah emas yang seketul itu berharga. Tetapi macam mana hendak di letakkan? Hendak dijadikan cincin bukan senang.

Nampaknya ulama-ulama tidak mampu hendak menjadikannya cincin. Ertinya di pondok-pondok, pesantren, di pusat pengajian Islam atau di universiti Islam, kita mengharapkan Al Quran dan Hadis dapat di proses di sana tetapi ternyata tidak boleh diproses. Sangat malang.

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-2-2005 12:05 PM | Show all posts
Sambungan...

Sebab itu, ampun maaf, kalau ditanya kepada pelajar yang telah mengaji di universiti lslam, samada mereka dapat sebutkan ilmu psikologii dalam Al Quran, mereka tidak akan dapat menjawab. Begitu juga kalau di minta mereka cuba menceritakan tentang ilmu masyarakat dalam Islam atau ilmu falsafah dalam Al Quran, mereka tidak boleh menjawab.

Yang boleh mereka jawab adalah tentang ilmu halal haram. Dalam hal itu mereka adalah pakar. Tapi bila diminta untuk cuba menceritakan ilmu sejarah atau ilmu ekonomi atau ilmu politik dalam Al Quran, mereka tidak boleh jawab. Sebab itu ampun maaf, orang yg belajar ilmu agama beku. Tetapi matannya hebat. Dalam percakapan mereka, sekejap-sekejap 憅aalallah (Allah berfirman) atau 憅aalannabi
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-2-2005 12:10 PM | Show all posts
Sambungan...

Katalah kita hendak memberi kuliah selama 2 jam. Bagi orang yg tidak boleh memproses Al Quran, dapat keluarkan banyak ayat. Bagi orang yg boleh memproses, mungkin satu perkataan sahaja atau satu ayat sahaja dikeluarkan. Tetapi ilmu dari satu perkataan itu boleh disyarahkan selama 2 jam. Tetapi kalau banyak sangat ayat yg dikeluarkan, itu menunjukkan dia tidak boleh memproses.

Mari kita berfikir untuk melihat bagaimana Al Quran itu adalah khazanah yg merupakan mukjizat Rasulullah saw. Kalamullah yg menjadi kepunyaan Allah, bukan sesuatu yg dicipta oleh manusia. Tentulah ilmunya luar biasa. Kalau orang boleh proses satu perkataan dari Al Quran mengikut istilah biasa, di sinilah ada kelebihan ilmu Tuhan iaitu mukjizat Rasulullah saw (sengaja tidak disebut huraian atau tafsiran ayat tetapi ditukar kepada istilah proses). Kalau diproses atau ditafsir satu perkataan ayat, masya Allah, ianya merupakan satu ilmu. Jadi, di sini kita hendak memperlihatkan dan mengajak kita berfikir untuk melihat besarnya Al Quran dan bagaimana ilmu yang boleh kita dapat dari satu perkataan sahaja.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 17-2-2005 07:01 PM | Show all posts
3.TAJALLI

Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperolehi tajalli iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.

Agak sukar untuk dituliskan apa itu tajalli sebenarnya sebab ia hanyalah sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang merasainya seperti kemanisan gula sahaja tidak dapat digambarkan dengan tepat.

Tajalli secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang bahagia. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan tera kebesaran Allah.



Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Harapan pergantungan tiada pada yang lain lagi selain daripada Allah. Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk Alla semata-mata. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi denga| tenang dan bahagia. Tiada apa pun kesusahan dala hidupnya sebab semua itu dirasakan pemberian dal kekasihnya Allah SWT.

Kalau begitu bagi orang-orang yang beriman dunia sudah terasa sebagai syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati.


Hasad dengki menjadikan jiwanya menderita, kecewa dan sakit jiwa. Hatinya tidak selamat di dunia maka tidak mung dia boleh selamat di akhirat. Firman Allah:

"Hari kiamat iaitu hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang-orang yang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera."
(Asy  Syuaraa: 88-89)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-2-2005 10:41 AM | Show all posts
Sekarang mari kita lihat contoh atau maksud kuliah abuya di atas ok...

Sambungan....


Topik : Surah biasa iaitu Surah Dhuha.

Bismillahirahmanirrahim. "Wadhuha wallaili izasaja"

Daripada dua perkataan sahaja iaitu wadhuha dan wallaili. Di situ tidak dibacakan dan tidak dihuraikan keseluruhan ayat. Hanya dari dua perkataan ini sahaja untuk membuktikan betapa luas ilmunya kalau boleh diproses. Sebelum dihuraikan ilmunya, kita lihat terjemahan dua perkataan itu :

Wadhuha ertinya 慸emi waktu dhuha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 300024 Replies : 7427
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8547 Replies : 40
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78932 Replies : 3297
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13682 Replies : 117
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20325 Replies : 98
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 17174 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 17174 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10942 Replies : 86
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051270 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list