CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-2-2005 10:49 AM | Show all posts
Sambungan...

Yang kedua, yang berbentuk ilmu juga iaitu bila sebenarnya berlaku waktu dhuha. Waktu dhuha itu 15 minit  selepas Isyrak. Beberapa minit selepas Isyrak sehingga matahari tepat dan tegak. Di sini sudah berapa banyak ilmu. Yang pertama, ilmunya besar. Yang kedua, perhatikan kedudukan matahari. Yang ketiga ialah kepentingan waktu dhuha atau faedahnya kepada manusia.

Waktu dhuha adalah waktu orang hendak bekerja, hendak mengaji, hendak berniaga, bertani, hendak ke pejabat, hendak belajar, hendak mengajar dan sebagainya. Semua itu bermula dari awal waktu dhuha. Mengapa? Kerana waktu dhuha ini bagi kebanyakan negeri2 terutama di timur tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Tempat yang tidak terlau panas dan tidak tenlalu sejuk membuatkan kita seronok bekrja dan tidak cepat letih. Kebetulan pula kita baru bangun dari tidur, otak masih segar, tenaga masih segar dan masih baru.

Bertemu akal dengan tenaga  atau fizikal yang segar, waktu dan suasana yg segar walaupun masa yg pendek akan dapat banyak hasil. Kalau bertani akan mendapat hasil yang banyak. Kalau hendak dapat ilmu pun di waktu itulah banyak ilmu yang kita dapat terima. Kerana waktu itu fresh dan segar. Kita dapat kerehatan daripada kerehatan malam, sesuai dengan keadaan suasana yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-2-2005 10:54 AM | Show all posts
Sambungan..

Walaupun boleh bekerja hanya untuk 3 atau 4 jam tetapi hasilnya lebih banyak daripada 10 jam. Sebab itu Tuhan bersumpah dengan waktu dhuha, jadi kena jaga waktu itu. Sebab itu, oleh kerana Tuhan tahu yg masa itu paling sesuai melakukan pekerjaan (prime time) bertemu pula dgn akal dan tenaga yg segar walaupun 3 atau 4 jam ttp hasilnya banyak. Sebab itu Tuhan suruh selepas waktu dhuha itu kalau tidak bekerja tidak mengapa kerana hasil sudah banyak. Malah disuruh tidur selepas waktu dhuha. Sunat tidur 憅ailullah
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-2-2005 11:22 AM | Show all posts
Sambungan...

Ayat kedua ialah 慏emi malam yang ia berlabuh
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 19-2-2005 08:53 AM | Show all posts
1.HASAD DENGKI

Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad deng Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak Hatta ulama'-ulama' pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi.

Hadis ada mendedahkan tentang enam golongan manusia yang akan tercampak ke dalam neraka dengan enam sebab. Salah satu dari mereka ialah ulama' kerana hasadnya.
Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad ayat 29-30:


揫color=Blue]Apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka pada mu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu."

Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan bila orang   lain dapat bencana kita senang hati. Jiwanya sentiasa menderita  dan terseksa.

Bahayanya    hasad   dengki    ialah    seperti    apa   yang disabdakan o!eh Rasulullah SAW:
"Hasad memakan amalan seperti api memakan kayu."

Bila kita berhasad dengki, kita akan hina menghina, fitnah memfitnah, benci membenci, dendam mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan menghapuskan kebaikan lainnya.

Seorang yang melayan hasad dengkinya adalah seorang penjahat dan perosak serta pemecah-belah persaudaraan antara manusia. Juga seorang yang paling biadab dengan Allah SWT sama ada dia sedar atau tidak dia benci dengan Allah.


Orang ini walau banyak sembahyang, puasa, hajinya hebat perjuangannya tetapi tetaplah ahli neraka.

Sahabat-sahabat bertanya Rasulullah SAW tentang seorang wanita yang setiap malam sembahyang tahajud manakala siangnya ia berpuasa tetapi selalu menyakiti jirannya dengan lidahnya. Jawab baginda Rasulullah:
"Tidak ada kebaikan lagi padanya dan la adalah ahli neraka."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 21-2-2005 12:09 PM | Show all posts


Kaki tahajud dan puasa sunat pun masuk neraka kerana hasad dengki apalagi kita yang tidak bertahajud, puasa sunat pun tidak, masih lemak dengan hasad dengki dan umpat mengumpat ini.

Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takutkan neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu .dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi.


Allah berfirman:


"Hai orang yang 'beriman, janganlah satu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah pula wanita-wanita menghina wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman (seperti hai fasik, kafir dan lain-lain) dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

(Al Hujurat:11)


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Begitulah pujukan-pujukan Allah pada kita supaya kital tidak lagi berhasad dengki, umpat mengumpat dan buruk  sangka.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 12:19 PM | Show all posts
Mana saudara Akasyah ni cepat la sambung kuliah ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 22-2-2005 10:00 PM | Show all posts
Di antara langkah-langkah yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad ialah:

Setiap kali orang yang kita dengki itu beroleh kejayaan kita kunjungi dia untuk mengucapkan tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersamanya.

Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya rahsiakan.

Selalu-selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu.


Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (syaitan) yang hendak merosakkan mujahadah kita.

Berdoalah pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang ada dalam diri kita itu. ingatlah selalu firman-Nya yang bermaksud:

"Barang siapa   yang   bermujahadah   pada  jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu. "

Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita. Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan atau perlumbaan maka datanglah dengki itu.

Sepatutnya tidak begitu. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian pada hamba-hamba-Nya. kita tidak akan berdengki-dengkian lagi.


Firman-Nya:

"Janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih  banyak dari sebahagian yang lain."
(An Nisaa:32)

Allah yang melebih dan mengurangkan pemberiannya pada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar diri sebagai hamba-Nya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang  diperolehi,   redha dengan takdir dan sabar menanggung ujian.

Dalam hadis qudsi Allah berfirman:

"Barang siapa tidak rela terhadap takdir-Ku dan tidak sabar terhadap cubaan daripada-Ku dan tidak bersyukur terhadap nikmat yang Aku berikan, carilah Tuhan selain Aku."


Dalam Al Quran Allah berfirman:

"Dialah yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya." (Al Mulk:2)


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 23-2-2005 at 12:00 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 23-2-2005 11:58 AM | Show all posts
Itulah maksud Allah menjadikan hidup yang sementara  Firman-Nya lagi:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"
(Al Insaan:2)

Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sabar redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya, sombong bongkak lupa diri sebagai hamba Allah.


Kalau begitu apa perlu hasad dengki? Kalau hasad dengki juga ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak: senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak terima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan sahaja bermusuh dengan orang yang di hasadkan itu tetapi juga bermusuh dengan Allah Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaknya menjadi ahli neraka.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 23-2-2005 03:40 PM | Show all posts
Maaf lambat sambung...busy skit utk program di Pwtc.

Sambungan...

Malam juga banyak yg positif termasuk rahmat Tuhan sedangkan waktu siang iaitu waktu dhuha, kita  sudah menggunakan banyak akal dan tenaga. Jadi Tuhan berikan malam untuk berehat, tidak sesuai utk bekerja. Supaya kecergasan akal dan fizikal dapat dipulihkan. Malam adalah masa untuk memulihkan tenaga kerana waktu siang, tenaga telah digunakan.

Satu perkara lagi, kalau kita kuat berdisiplin, pada waktu malam boleh mengerjakan sembahyang tahajud. Waktu malam memberikan kekuatan jiwa iaitu Tuhan menguatkan akal fikiran kita utk bekerja pada siang esok iaitu pada waktu dhuha. Waktu malam juga memberi kekuatan di mana Tuhan menyuruh kita bangun utk menyembah Tuhan, bermunajat dan merintih2 dgn Tuhan. Supaya mendapat kekuatan dan ketahanan jiwa. Dan supaya dgn kekuatan itu kita dapat bekerja pada esok hari walau macam mana cabaran, ujian atau masalah yg datang. Kita sudah ada kekuatan jiwa. Ini di antara yg positif iaitu tahan dgn cabaran pada esok hari.

Sebab itu Tuhan bersumpah, menyuruh kita menjaga waktu malam utk kekuatan di siang hari. Jadi yg positif kena diambil perhatian betul2. Kalau begitulah keadaan waktu dhuha dan malam, munasabahlah Tuhan bersumpah dgn waktu dhuha dan malam. Dua waktu ini kena dijaga betul2 utk kesihatan, kekuatan dan kemajuan. Itulah maksud 慸emi waktu dhuha dan waktu malam
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 24-2-2005 09:03 AM | Show all posts
2.PEMARAH

Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego) Lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah pemarahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang.

Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya ramai pengikutnya maka tinggilah egonya dan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya seseorang yang  rendah   taraf  kedudukannya   kuranglah   rasa   ego   maka kuranglah sifat pemarahnya.



ini dapat kita lihat pada seseorang ayah dengan anaknya. Jarang kita dengar si anak memarahi ayah. Yang selalu berlaku ialah ayah memarahi anak atau tuan rumah dengan orang gajinya. Tidak pernah orang gaji marahkan tuanya tetapi tuan selalu marahkan tukang gaji itu atau seperti murid dengan guru. Murid tidak pernah marah gurunya tetapi guru selalu marahkan muridnya.

Sebagai misalan yang lain ketua pejabat dengan pekerjanya. Jarang kerani marahkan "bossnya" tetapi boss selalu marahkan keraninya. Begitulah seterusnya. Jarang kita temui seorang ayah, guru suami, ketua pejabat, tuan rumah dan seorang pemimpin yang tidak bersifat pemarah terhadap orang-orang di bawah mereka.



Pendeknya sifat pemarah ini ada pada setiap orang dari kita seperti hasad dengki, pemarah juga adalah sitat mazmumah yakni sifat terkeji. la boleh memecahbelahkan hati-hati manusia. Sebab itu seorang yang pemarah adalah seorang yang biadab terhadap Allah SWT.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 24-2-2005 09:23 AM | Show all posts


Kenapa mesti marah? Cuba kita renung sebuah bait gubahan seorang mujahid:

"Takdir Allah sudah putus dan putusan Allah sudah terjadi istirehatkan hati dari kata-kata "barangkali" dan "kalau".

Setiap kesilapan dan kelemahan manusia kepada kita adalah ujian Allah untuk kita. Allah mahu lihat siapa yang mampu menahan rasanya kerana malu pada Allah sambil mengucapkan"



Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang menimpa hidupnya:

Ahnat bin Qais adalah seorang yang lemah lembut. Beliau ditanya orang dengan siapa dia belajar berlemah lembut itu?

Ahnat menjawab, "Dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari ketika
Qais bin Asim sedang berehat-rehat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang yang masih panas.



Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa anak kecil Qais Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia. Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat mukanya,"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu, tetapi mulai hari ini kamu aku merdekakan."

"Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim," kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2005 12:18 PM | Show all posts
Topik : ISTIQOMAH

27.07.03Pagi


Bismillah....

Alhamdulilah Tuhanlah yang telah menjaga kita dan memberi rahmat pada kita. Samada kita taat pada Nya atau tidak. Tuhan tetap akan melimpahkan nikmatnya. Semoga nikmat itu disertakan rahmat Nya. Rahmat yang paling besar, yang tidak ada taranya adalah RasuluIlah. Kalau dia tidak wujud, dunia dan akhirat pun tiada.

Kerananya lah dunia dan akhirat diwujudkan. Rasulullah adalah orang yang paling banyak jasanya kepada manusia. Kerananya lah Tuhan datangkan rahmat dan nikmat Nya. Jadi kalau Tuhan patut diingat maka Rasulullah juga patut diingati dengan rnemperbanyakkan selawat ke atas baginda dan keluarganya.

Alhamdulillah pagi ini kita bersyukur kerana kita dapat terus berkursus lagi. Dengan kursus ini telah banyak perkara yang kita kesan. Yang mana kurang dan cacat, kira sedang usaha untuk baikinya. Mana yang baik, kita sempurnakan lagi. Sebuah hadith Rasulullah menyebut,

揝ebaik-baik amal itu ialah sentiasa dilakukan walaupun sedikit.擺/b]

Rasulullah suruh kita istiqomah dalam melihat kecacatan dan membaikinya juga dalam membuat kebaikan. Istiqomah sangat penting dalam semua hal.

揓anganlah engkau meminta untuk jadi wali tetapi mintalah untuk istiqomah.擺/b]

Mengapa? Kerana istiqomah itu ciri seorang wali. Kalau istiqomah, automatik jadi wali. Kalau kita minta jadi wali tetapi tidak boleh istiqomah, maka kita tidak akan jadi wali. Jadi kita mesti minta pada Allah agar kita boleh istiqomah dalam hal membuat kebaikan dan menjauhi maksiat supaya ciri wali itu ada pada kita.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2005 12:22 PM | Show all posts
Sambungan..

Mengapa istiqomah itu mudah menyebutnya tetapi susah mengamalkan nya?
Sebab Rasulullah sudah sebut bahawa istiqomah itu ciri wali. Senang ke hendak jadi wali? Tentu susah. Maka susahlah hendak istiqomah kerana ia adalah ciri wali. Rasulullah berkata sebaik-baik amalan ialah yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.

Kalau kita kaji mungkin ada 2 hikmahnya:

1. Kita hendak tunjuk pada Tuhan, kita suka amalan itu. Sedangkan kalau kita tidak istqomah, seolah-olah kita benci atau jemu dengan amalan itu. Tuhan tidak jemu beri pahala. Mengapa kita jemu beramal?

2. Amalan walaupun sedikit tetapi ia beri kesan pada roh kita.


Istiqomah tentang perintah suruh, ada yang lahir dan ada yang batin. Ada yang fardhu dan ada yg sunat. Begitu juga perintah meninggalkan maksiat Ada maksiat batin dan ada maksiat lahir.

Abuya hendak perkatakan dulu tentang perintah suruh yang lahir. Yang utama tentulah perkara-perkara fardhu seperti sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, berzakat dan naik haji. Kita ambil contoh sembahyang sebab ia ibu ibadah yang lahir.

Sembahyang itu bukan sahaja disuruh istiqomah mel鄈ukannya yakni kalau sudah sembahyang maka teruskan sembahyang, bahkan istiqomah di sudut sembahyang meliputi pelbagai aspek. Tidak bolehlah kita istiqomah dalam aspek-aspek tertentu sahaja sedangkan kesempurnaan istiqomah itu dalam semua aspek. Kita tidak bol閔 kata kita sudah istiqomah sembahyang pada hal ada aspek berkaitan sembahyang yang kita tidak istiqomahkan.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2005 12:24 PM | Show all posts
sambungan...

Di antara istiqomah dalam mengerjakan sembahyang ialah:

1. Sembahyang di atas waktunya (awal waktu). Kalau kita boleh sembahyang di awal waktu, teruskan di atas waktu. Jangan sekejap awal waktu, sekejap lewat.

2. Berjemaah. Jangan sekejap berjemaah, sekejap tidak.

3. Ketertiban dalam sembahyang. Kalau kita memang jenis sembahyang yang tertib, slow and steady, teruskan. Jangan sekali sekala tertib, sekali sekala laju.

4. Menghayatinya. Kadang-kadang kita hayati, mendalam rasa, masa sembahyang tetapi kadang-kadang sembahyang yang lahir sahaja. Istiqomahkanlah menghayati sembahyang itu.

5. Kalau kita istiqomah sembahyang sunat rawatib, teruskanlah kerana ia menampal kecacatan sembahyang fardhu.


Beristiqomah dalam sembahyang sunat sama juga seperti sembahyang fardhu. Sedangkan istiqomah itu antara ciri kewalian. Itulah jenis-jenis istiqomah dalam sembahyang. Jadi kalau kita faham konsep istiqomah pada sembahyang ini maka kiaskan lah juga pada puasa dan zakat kecuali naik haji. Haji tidak perlu istiqomah sebab sekali cukup. Kiaslah dengan ibadah yang lain.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2005 12:30 PM | Show all posts
Sambungan...

Abuya akan huraikan pula tuntutan istiqomah terhadap perkara rohaniah. Ini susah kerana yang lahir pun susah. Senang ke kita hendak istiqomah untuk kekalkan rasa berTuhan? Kalau waktu di rumah, kita ada rasa bertuhan tetapi waktu berjalan hilang rasa itu. Begitu juga rasa kehambaan. Perasaan kita terhadap Tuhan seperti rasa takut, rasa lemah, rasa hina, itu mesti berterusan. Itu lagi susah. Katalah rasa itu ada tetapi bila disoal polis, bertukar rasa itu dari Tuhan kepada polis. Kita ini jenis mudah bertukar tukar rasa. Kadang takut dengan Tuhan, kadang dengan Polis.

Begitu juga malu. Kadang malu dengan Tuhan, kadang malu dengan menteri. Begitu juga dengan sabar. Kadang sabar, kadang tidak sabar. Dengan kawan boleh sabar tetapi dengan anak isteri tidak boleh sabar. Dengan orang lain boleh sabar tetapi dengan anak murid, asyik hendak tampar. Begitu juga dengan redho dan lain-lain sifat rohaniah itu.

Memang susah hendak istiqomah dengan amalan batin. Rasulullah ada berkata,

揂llah tidak memandang lahir kamu tetapi memandang batin kamu.擺/b]

Sudahkah istiqomah dengan yang batin, yang Allah lihat (nilai) itu? Kalau tidak ada rasa berTuhan, susah hendak buat. Sebab itu Rasulullah hanya minta 500 ikhwan (menurut hadis tentang akhir zaman) tetapi untuk itupun terpaksa mendidik berpuluh tahun sebab terpaksa didik yang dalam yakni yang batin. Kalau baginda minta 5000 orang lagi panjang masanya untuk dipersiapkan.

Yang lahir agak mudah untuk diistiqomahkan. Contohnya kalau kita seorang guru, kita mengajar d鄋 akan terus mengajar. Bagi yang berdakwah, terus berdakwah dan yang bejuang terus berjuang. Itu yang lahir.

Bersambung...

[ Last edited by Akasyah on 25-2-2005 at 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 25-2-2005 12:35 PM | Show all posts


Bukan Qais tidak sayangkan anaknya tetapi hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah, redha dengan Allah serta rasa kehambaannya pada Allah, rasa malu, hina dan takut dengan kekuasaan Allah membuatkan Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya.

Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atasnya barangkali untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Kerana itu hatinya tenang.



Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu Qais rasa mendapat peiuang untuk mendekatkan lagi hatinya dengan Allah SWT sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan jariahnya.

Bukan sahaja dia tidak marah maiah rasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu memaksa Oais membebaskan hambanya itu. Dia hanya nampak pentadbiran Allah yang wajib diterima tanpa soal jawab dan tanpa "kalau" lagi.


Demikian rasa kehambaan yang menghiasi hati dan roh Qais, seorang yang cukup berakhlak terhadap Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya).

Demikianlah rasa marah lahir dari perasaan "ketuanan" yang ada dalam hati kita. Kita rasa kita yang lebih besar, kita lebih mulia, lebih hebat dari orang lain.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2005 04:00 PM | Show all posts
Sambungan...

Kita ada usaha lahir dan usaha batin. Inilah usaha batin kita. Inilah yang sangat sulit. Sila ambil ingatan. Kadang-kadang ilmu macam ini kita tidak sedar. Kalau kita buat sungguh-sungguh perintah Tuhan tetapi kadang-kadang tidak jadi, mungkin Allah maafkan. Tetapi kalau kita terasa susah hingga kita rasa tidak mahu masuk calon jadi wali, sehingga putus asa dengan Tuhan itu dosa besar. Ini adalah termasuk kesalahan yang tersirat, yang ramai orang tidak faham.

Melakukan perkara yang dilarang oleh Allah adalah dosa. Dosa ada 2 yakni dosa lahir dan dosa batin. Perlu istiqomah dalam meninggalkan maksiat lahir dan batin ini.

Kalau kita tidak menipu teruskan. Istiqomahkan tidak menipu itu. Begitu juga dgn mencuri dan mengumpat. Istiqomahlah meninggalkannya.Yang lahir mudah untuk kita tinggalkan tetapi yang batin lebih susah.

Rasa tidak sabar,itu dosa batin. Syirik khafi itu dosa batin. Setelah banyak kali gagal dlm  usaha kita, kita pun mula persoalkan Tuhan. Ini juga dosa batin iaitu syirik khafi.

Demikian juga bila dapat kejayaan, rosak hati. Terasa itu kemampuan kita, bukan dari Tuhan. Jadi syirik khafi itu kalau kita mula tinggalkannya maka tinggalkan terus kerana ia adalah salah satu maksiat batin. Istiqomahlah meninggalkannya.

Begitu juga kalau kita tidak ada prejudis dgn orang, teruskan, pertahankan sifat itu. Kalau kita sudah dapat kawal hasad dengki, teruskan mengawalnya. Begitu juga dgn berdendam.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2005 04:03 PM | Show all posts
Sambungan...

Jadi kalau menunaikan perintah suruh yg bersifat batin itu susah utk istiqomah maka sama halnya dgn hendak istiqomah meninggalkan maksiat batin. Kalau kita rajin baca kitab, orang yg banyak ibadah dia dikategorikan abid bukan wali. Sebab abid adalah seorang yang istiqomah dalam ibadah lahir. Ini dapat dibuktikan dengan sejarah Balsisa, seorg abid yang mati kafir sedangkan kadar ibadah lahirnya, malaikat pun terkejut. Tetapi ibadah batinnya tidak boleh dikawal sehingga dia mati kafir. Begitu juga seorang abid lagi iaitu Bal抋m. Akhirnya dia mati setelah berbuat maksiat.

Kalau kita lihat seseorang itu kuat beramal lahir, jangan kata dia wali. Katalah dia abid sebab belum tentu dia istiqomah dengan amalan batinnya. Wali itu diukur istiqomah pada amalan batinnya. Membahaskan istiqomah dlm hal batin ini sangat sulit. Untuk kekalkan yg lahir spt sembahyang berjemaah pun susah apatah lagi yg batin.

Katalah dalam hal hendak istiqomah berjemaah itu, dia boleh straight berjemaah dalam 4 bulan, tetapi dia tidak boleh kawal yang batin. Kalau ada di dunia ini orang yang boleh istiqomah terhadap hal-hal lahir dan batin, maka sahlah dia wali.

Ikhwan itu adalah seorang yang istiqomah batinnya. Maka ikhwan ini taraf wali. Cuma peringkatnya tidak sama. Ada wali yang tinggi dan ada yang rendah. Tetapi tarafnya semua high class.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2005 04:20 PM | Show all posts
Bersambung...

Sepanjang masa ada orang soleh dan bertaqwa. Jadi orang bertaqwa ada di setiap zaman. Cuma sedikit atau banyak saja bezanya. Orang2 soleh dan bertaqwa ini di zaman Rasulullah dinamakan sahabat. Selepas itu tabiin, tabit tabiin dan sekarang ada ikhwan dan asoib. Masa zaman sahabat, istilah sahabat itu hanya di waktu itu sahaja. Padahal semuanya orang soleh dan bertaqwa tetapi yang hidup di zaman Rasulullah itu namanya sahabat. Nama itu special case kerana hanya orang soleh yg hidup di zaman itu dinamakan sahabat. Ianya tidak samalah dgn orang soleh di zaman lain. Sebab orang soleh di zaman Rasulullah, dia dapat subsidi lebih dari golongan soleh di zaman lain.

Selepas zaman mereka tidak ada lagi golongan bertaqwa yang dapat gelaran itu. Yang ada hanya gelaran orang soleh dan bertaqwa. Tamsilannya spt cikgu. Walaupun semuanya cikgu tetapi ada cikgu kaunseling dan cikgu disiplin. Yang lain cuma cikgu biasa.

Sampai pula akhir zaman, berlaku lagi special case. Kerana faktor dapat bertemu dengan mujadid, orang soleh itu dapat gelaran ikhwan dan asoib. Mereka akan dapat subsidi. Kalau orang soleh lain dapat 80 markah, mereka dapat subsidi 20 markah, maka mereka dapat 100 markah.

Oleh kerana ikhwan hanya 500 orang, usah putus asa sebab jumlah Asoib ribuan. Asoib ini mendekati ikhwan sebab ia bertemu dengan mujadid. Untuk mudah difahami, dua-duanya pengikut Imam Mahdi. Kalau nisbah tentera, yang 500 itu tentera elit, yang lain itu tentera biasa. Tetapi tentera juga. Jadi kalau tidak jadi ikhwan pun, sekurang-kurangnya dapat jadi asoib. Asoib tidak sama dengan orang soleh biasa. Asoib ini tidak ada di zaman lain kecuali untuk akhir zaman ini sahaja.

Sekian.

[ Last edited by Akasyah on 25-2-2005 at 04:22 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 26-2-2005 09:11 AM | Show all posts
Jadi, tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita jadi pemarah. Kita akan berlemah lembut, memaafkan kesalahan orang dan bertolak ansur dengan sesama manusia. Sebab kita manusia sama sahaja yang datang ke dunia melalui jalan yang   gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikit pun harta, dalam keadaan busuk hanyir, bodoh dungu, pekak, bisu, buta, capek dan hodoh sekali. Firman Allah dalam surah An Nahl:78.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur. "


Allahlah yang mencantikkan kita kemudiannya dan diberi sedikit kelebihan. Kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sekejap sahaja. Tujuannya supaya kita dapat beribadah dan berbakti menurut kehendak-Nya (bersyukur).

Bukan untuk kita rasa kita lebih mulia, kita hebat hingga datang pula perasaan-perasaan sombong, riak, bengis dan pemarah kepada manusia yang agak kurang dari kita.

Patutnya bila kita rasa ada kelebihan pada kita, kita jadi takut pada Allah. Takut kalau-kalau nikmat itu tersalah guna hingga menderhakai Allah Taala dan berdosa pada manusia.


Takut kalau-kalau nikmat itu menjadikan hati rasa "tuan" maka timbullah sitat ego yang besar yang membiakkan macam-macam mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah. Firman-Nya:

"Dalam   hati  mereka   ada  penyakit  lalu   Allah tambahkan penyakit mereka. "

(Al Baqarah :1 0)


Kita mesti ubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti buang rasa "ketuanan" kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065093 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list