CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
Post time 13-10-2010 12:47 PM | Show all posts
tq detox...
i liiikkkeeee....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 01:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by Jaza2008 at 13-10-2010 13:34

Reply 314# detox


    detox...ZAFIRA...satu brand kereta OPEL - ZAFIRA











hehehehe...patutla aku cam familiar je dgn nama ZAFIRA ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 07:36 AM | Show all posts
ye tak ye..zafira nama kereta ! ha ha ha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 07:36 AM | Show all posts
ok kita sambung sikit.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 07:39 AM | Show all posts
“Husinnnnnn….” Suara gedik beriringan dengan bunyi wind chime membuatkan bulu roma Husin berdiri. Adam melangut juga.

“Hai Jess….” Husin rasa tercekik, dan suaranya terkeluar macam tersepit.

Husin senyum sedikit dan meneliti cara pakaian Jeslina yang rasanya tidak sesuai untuk tontonan umum lebih-lebih lagi si kecil Adam. Sempat juga dia mengerling Adam yang terkebil-kebil, tangannya menekup mulut dan Husin terdengar keluhan ‘WOW!’ , perlahan tapi cukup membuatkan dia teringatkan Anuar.

Jeslina bagaikan seorang model (memang dia seorang model) berjalan cat-walk ke arah Husin. Senyuman meleret bukan membuat Husin senang hati tapi rasa gundah gulana pula. Dia terlupa. Mampus !

Jeslina berdiri sangat hampir, sampaikan Husin terasa berada di kilang minyak wangi lantaran wangian yang disembur ke seluruh inci badannya. Gayanya manja melintuk liuk membuatkan Adam menutup mata tak sanggup hendak melihat. Jeslina merenung wajah Husin dengan seribu macam perasaan sebelum memulakan bicara.

“Husin, you lupa ke ?” tanyanya gatal dan gedik.  

Husin buat-buat angkat kening, kemudian dua-dua anak matanya diteleng ke tepi seolah dia memang tidak pernah berjanji, dan nafasnya henti-henti disebabkan ingatannya masih kukuh akan keterpaksaan yang memetrai sebuah janji. Petang dua hari lepas, setelah Jeslina datang membeli semua jenis coklat yang di pamerkan, mereka duduk di hujung kedai itu menikmati kopi sambil melihat titisan hujan yang semakin mereda. Dalam suram-suram cahaya oren yang terpasang dalam kedai itu beserta dingin petang, Jeslina telah menggoda Husin untuk keluar dengannya. Entah mengapa, bagaikan kena pukau, Husin mengangguk saja. Senyuman Jeslina lebar, manakan tidak dia memang mendambakan perhatian chocolatier yang semanis coklat itu. Sebaik sahaja Husin setuju dia telah membeli lagi dua tin coklat dan terus angkat kaki dengan gerak geri sangat gembira. Husin pula setelah menghabiskan kopi yang semakin sejuk, wajahnya tongong seakan baru terjaga dari pukau. Dia tidak percaya akan apa yang terjadi, terasa kalau Jeslina sudah sembur-sembur dengan jampi serapah menjadikan dia dungu sekejap.

Jeslina asyik memandang ke arah Husin yang mengerut-ngerut hidung.  Jenuh menanti
jawapan Husin, mata Jeslina terarah pula pada Adam. Dia mencebik. Siapa pula ni ?

“Kan kita ada date ?” Jeslina mengingatkan Husin. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Enam bulan dia ulang alik ke kedai itu, sudah berkilo-kilo coklat di beli, peti ais di rumah sudah penuh dengan coklat (dia sendiri tidak makan coklat, takut tak muat bajunya yang bersaiz anak kecil darjah 2).

Oh Tidak ! A date with Jeslina ! Mampus….. Ternyata Jeslina bukanlah type gadis yang menjadi pilihan Husin. Macam mana agaknya pilihan chocolatier itu, adakah dia mahu seperti Chocolate Pearl yang tidak cair di tangan, atau seperti Truffles yang lembut, gebu, atau Dark Bittersweet Chocolate yang keras, kasar tetapi tetap ada daya tarikannya ? Hmmm..si Bunga Tahi Ayam tiba-tiba menjengah otaknya. HAH ! Husin mengeleng-geleng kasar.

“Date ?” Husin buat-buat tanya.

Jeslina menjeling sedikit dan menampar manja lengan Husin.

“Ala….you ni, selalu tau gurau-gurau dengan I…..kan you cakap nak bawak I kat restoran Italy yang baru buka tu…” alahai mengadanya bunyi si Jeslina ni.

“Italian restaurant ??” Husin menyapu muka dengan tapak tangan.

Dia hanya akan menjejakkan kaki ke restaurant yang digembur-gemburkan untuk pasangan romantik dengan someone yang dia berkenan di hati. TIDAK Jeslina.

“Em…I ada alergic dengan Italian food, kalau nak keluar kita gi Mamak , tempat I selalu lepak.” Husin senyum saja melihat reaksi Jeslina. “JOM Adam, kita makan roti canai…”

Adam sudah lompat-lompat suka. “Bawak Dengut ?” tanyanya dan Husin terus angguk laju.

Mata Jeslina lagi la terbeliak. Dating apa kat Mamak dan bawak Adam Badam ni ! Dengut siapa pula ? Sebal hatinya. Rasa hendak menjerit pun ada apabila melihat kucing hitam legam di elus-elus tangan halus Adam.

“Takan nak ke kedai Mamak pakai macam ni … kita pergi Italian Restaurant tu la…..kesian I dah siap-siap cantik untuk you.”  Rasa macam nak bagi pelempang pula kat Jeslina yang mengada-ngada tu.

“Ok apa…..you bayangkan kedai Mamak yang kita nak pergi ni kat Kashmir yang indah tu….it’s all in here…” sengih Husin sambil menunjuk ke arah kepalanya.

“Emm..Kashmir….romantic juga !” Jeslina yang cepat terpedaya ! Jelas di wajahnya dia sedang berangan berada di Kashmir bersama Husin. Jaiho ! Entah kenapa lagu itu pula terus berkumandang dan Jeslina rasa hendak menari. Keseronokan sesaat di rentap apabila Dengut menggeselkan badan berbulu ke kaki putih gebu Jeslina.

“Husin, takan nak bawak Adam , whoever he is, dan kucing tu. Date is for couple saja !” bisiknya sambil mengoyang-goyangkan kakinya, tidak suka kucing hitam itu menggeselkan badannya. Kalau Husin tak apalah. Amboi ! Birah betul model keding sorang ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 07:53 AM | Show all posts
“Apa salahnya. Adam and Dengut are part of me…so kalau tak nak then you kena keluar dengan Mojo, he’s single…”

Mojo yang baru masuk terus tersentak. Apahal pulak AKU ! Dia mengangkat dagu dan mencebik bersama dengan itu dikepalnya penumbuk membuatkan Husin ketawa tersekat-sekat.

Kenapa mereka tak suka pada Jeslina ? Selalunya lah lelaki pantang saja kalau ada yang tergeliat-geliat macam ulat nangka. Tapi pelik. Jeslina kalau dilihat dari rupa paras memang cantik, tubuhnya juga memang menjadi igauan Datuk Datuk untuk buat stok geli-geli, manja pula tu orangnya. Cuma Husin dan Mojo tidak tahan akan sikap mengada-ngadanya, itu saja. Kalau di kurangkan sikap ala-diva mungkin boleh diterima lagi. Dan yang paling utama mengapa mereka tidak mahu ada hubungan dengan Jeslina adalah, abangnya.

Siapa tak kenal  Murad, kepala gangster di kawasan itu. Murad makhluk yang paling jahat, kerjanya pun yang jahat-jahat sahaja. Walaupun badannya macam pokok bongsai, renek dan rendang tapi silap langkah mahu kena sembelih. Taiko besar  tu.

“MOJO ? Tak mahulah….” Katanya menjeling tajam Mojo yang tiba-tiba buat muka cute.

“Hmm, kalau camtu, jomlah ….” Suara Husin perlahan. Dia menarik tangan Adam dan membiarkan Jeslina terkedek-kedek mengikut. Dengut pula mengiau tidak tahu, hendak ikut atau kena tinggal.

Adam mengambil Dengut dan mencium sedikit kepalanya. Dia masuk ke dalam kereta mini Uncle Husin dan duduk di belakang bersama Dengut. Sempat dia melihat wajah Jeslina yang mencebik ketika menarik seat yang terlipat. Sempat juga dia ternampak mata Jeslina yang menjeling tidak puas hati sebelum membaling badannya ke seat kulit berwarna coklat muda. Sempat juga Adam melihat Jeslina menarik bajunya yang singkat cuba menutup peha yang terdedah tapi tentulah tidak boleh, dah memang singkat kenapa hendak tarik-tarik lagi. Dan Adam sengaja membiarkan Dengut melompat ke arah Jeslina. Husin baru sahaja hendak hidupkan enjin bila terdengar jeritan Jeslina. Dengut suka bau Jeslina. Dia gesel-gesel kepala pada perut Jeslina. Hidung kecilnya yang berwarna pink menguit-nguit menghidu haruman jasmin yang terpalit pada kulit Jeslina.

“Husin !!!!!!!! I tak suka kucing !” katanya mengada. Husin hanya angkat kening dan tersengih sedikit.

“But the cat likes you…..” itu sahaja balasan Husin dan dia terus masuk gear satu.

Jeslina susah payah menarik si Dengut dari terus melekat pada badannya. Dia baling Dengut ke belakang dan cepat Adam sambar, Dengut pula mengiau lebih kuat. Adam mengelus-ngelus cuba mententeramkan Dengut yang mahu duduk dengan Jeslina. Di dalam kereta itu hanya Dengut yang sukakan Jeslina. Husin terpaksa. Adam tidak berapa suka.

Tingkap yang terbuka membuatkan angin petang menderu masuk. Husin menjeling dengan ekor mata. Dia rasa hendak ketawa pun ada. Melihat Jeslina yang beria-ia memasang badan. Dress yang membalut tubuhnya itu memang tidak sesuai langsung di pakai ke Mamak. Designer dress berwarna putih dan kelabu dengan riben hitam di pinggang memang nampak cantik di tubuh ala model Jeslina. Sesuai untuk makan malam. Memang nampak anggun kalau di simbah cahaya lilin. Husin pasti kalau dia melangkah ke restaurant Itali, Jeslina akan menjadi tumpuan. Hakikatnya dia tidak mahu bawa Jeslina ke sana.

Jeslina pula sebenarnya tercepat dua jam. Dia fikir sebelum dinner mereka akan berjalan di sekitar lake yang terletak tidak jauh dari kedai Husin. Jeslina mahu menyusur jalan tepi tasik itu sambil menyeluk tangannya dalam tangan Husin. Melentukkan kepalanya pada lengan Husin. Mendengar bicara Husin, apa saja bicara Husin pasti akan menjadi seperti musik di telinganya. Biarpun Husin belum lagi hendak mengatakan I LOVE YOU Jess, tapi Jeslina mahu berangan-angan dengan Husin. Indahnya mimpi si Jeslina. Satu malam dia mengatur semuanya di dalam minda. Tetapi satu pun tidak menjadi. Sekarang dia terperangkap dalam kereta mini Husin, bersama Adam Badam dan Dengut yang mengiau mahukannya. Jeslina juga tidak bersedia untuk pandangan-pandangan sinis dari mata pelanggan-pelanggan di kedai Mamak yang hanya berpakaian biasa. Dia mahu menangis tapi dia tahan sahaja. Paling dia masih bersama Husin. Duduk dekat-dekat dengan Husin. Menyedut bau wangian Husin yang maskular di celah-celah manis bau coklat. Sedap !



MEMANG betul, semua mata memandang ke arahnya yang berpakaian LUAR BIASA. Jeslina menarik nafas dan susah payah cuba berjalan penuh confident (nasib baik dia sudah belajar untuk membuat poker face dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti petang itu). Dia cuba meraih tangan Husin mahu menyeluk tangannya tapi Husin berjalan duluan di hadapannya memegang Adam. Dia di belakang bersama si Dengut melangkah hati-hati dengan kasut tumit tinggi yang layak di atas pentas peragaan.



MULUT Zoe tidak boleh katup. Dia terkejut dan terpegun sekaligus. Matanya melirik dari saat perempuan berbaju putih kelabu singkat paras peha berjalan di belakang Husin. Maggi sup yang baru diletak di hadapannya tidak di hiraukan. Dia menyiku Zafira yang baru hendak menyudu mee goreng Mamak. Tersentak tangannya, lantas mee yang baru hendak masuk ke dalam mulut tersasar dan terkena pipinya.

“Apa hal !” marah Zafira tangannya menarik tisu dan melap pipi, matanya hendak menerkam Zoe tapi teralih pula pada si baju putih kelabu singkat paras peha.  “Emmm !” itu yang terkeluar dari mulutnya. Tak sangka, Husin Lempoyang, si Bitter Gondol keluar dengan someone HOT. Zafira terhenti makan. Dia juga asyik melihat. Dari Husin pilih meja, duduk membelakangkan dia, perempuan baju putih tukar kerusi, Mamak menukarkan kerusi plastik hijau dengan kerusi plastik merah dari meja sebelah, Adam yang sedang bercakap dengan Mamak yang mengambil pesanan. Matanya terfokus ke arah perempuan baju putih kelabu singkat paras peha. Cantik, menawan dan anggun. Betul-betul dia tak percaya begitu high tastenya si Bitter Gondol ! Perempuan baju singkat menarik kerusi duduk lebih rapat dengan Husin, terlintuk liuk, mengeliat-ngeliat. Manja saja nampaknya. Dia tidak nampak ekspresi Husin, tapi Zafira boleh agak, pasti si Bitter Gondol sedang tersenyum selebar-lebarnya. Konon dialah jejaka paling bertuah di kawasan parkir depan restauran Mamak. Duduk rapat-rapat dengan perempuan baju putih kelabu singkat paras peha yang HOT. Eleh !

“Sexy gila girlfriend mamat tu…cantik, ala model gitu…” bisik Zoe kemudian menghirup sup.

“Ada juga orang nakkan dia kan….” Balas Zafira, suaranya rendah.

“Mamat tu pun ok juga….” Bisik Zoe dan dia nampak mata Zafira teralih memandang Husin. Dari mata itu dia nampak Zafira ‘setuju’.

“Hmm….” Zafira mencebik dan dari tone suaranya dia buat-buat tidak setuju dengan kenyataan Zoe itu. Zafira terus makan mee goreng Mamak yang sudah suam dan tidak lagi menghiraukan Husin, perempuan baju putih kelabu singkat paras peha, Adam dan Dengut. Ada yang bermain di mindanya. Mee goreng Mamak yang dia dambakan dari pagi tadi terus jadi tak sedap !

Aku pun HOT juga !!! Zafira mengunyah dengan lebih laju. Zoe hanya merenung. Ada yang tak beres dalam kepala otak kawan aku ni !
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2010 07:53 AM | Show all posts
itu saja yang dapat di tepek...nanti kita sambung lagi ye......

take care all....and have a good day !
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 08:17 AM | Show all posts
oh yeah.. Zafira sudah terjatuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2010 08:17 AM | Show all posts
nak lagi!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 08:20 AM | Show all posts
tq la detoxxx.... detox pandai la wat cite komedi romantik nih...best sangat2...cara detox cite pasal coklat tu pun betul2 melelehkan air liur... nanti2 sambung lagi yer...

Aku pun HOT juga !!! Zafira mengunyah dengan lebih laju   zafira macam jeles jek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 08:27 AM | Show all posts
Reply 328# Kia_picanto


   sib baik tak jatuh kerusi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 08:27 AM | Show all posts
Reply 329# midar


   ada LAGI...tapi TUNGO !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 08:28 AM | Show all posts
Reply 330# asyriqa


   saja nak hiburan ringan2 .... nanti pi cari cekelat eh !
   Zafira jeles ? OPS !

  
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 08:33 AM | Show all posts
detox... sebab cite detox ni la ari2 ahkak balun cokolate... anak nye choki2 n koko mas  pun abis kena bedal gak... ....
detox sambil2 tu letak la pic imran hat terbaru nye...suka la tengok mata dia yg bulat tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 08:37 AM | Show all posts
asyriqa...loh.....abis nanti cekelat anak...sian dia....he he he.....

choki - i like !

berbuka nanti nak makan choki lah !!! hah hah hah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 08:46 AM | Show all posts
macam mane la nak gambarkan kehenseman husin ni...agak2nye macam sapa ekk...
detox ni pandai wat cokolat yer...bestnye kalo duk berjiran ngan detox ari2 ahkak tadah tangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2010 08:54 AM | Show all posts
Reply  Kia_picanto


   sib baik tak jatuh kerusi
detox Post at 14-10-2010 08:27



    citer detox wat aku addicted balik kat cekelat
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 09:26 AM | Show all posts
ada cemburu di hati zafira ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 09:58 AM | Show all posts
Reply 332# detox

ok.. kiter tungoooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 10:07 AM | Show all posts
makin mendebarkan cite nie...tapi reesya x bape suke lelaki botak..even husin encem tapi kalo botak...sori 2 say..reesya terpaksa reject...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.142778 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list