CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hidden_fear

TRIUMPH IN THE SKIES starting 29 march @ TV3

[Copy link]
Post time 29-4-2006 11:07 AM | Show all posts

episod 21 - jumaat

sam dah mula keje kat bahagian customer service, jadi penolong pengurus. ada sorang makcik ni.. mmg cerewet. & episod sblm ni pun dah tunjuk yg dia ni mmg kuat komplen.. sampai ada sorang staff tu nangis.

makcik tu datang lagi. staff2 lain mcm berat nak pegi layan. lama2 sam kata.. biar dia yg handle. sempat sorang staff kasi sam segelas air utk makcik tu. hari ni makcik tu komplen, sbb flight yg dia naik terlewat sampai 2 jam. kesian kat cucu2 dia yg dah penat tunggu. sam terangkan, mmg pilot dah buat flight schedule. tapi kalau cuaca tak elok, tu yg jadi lambat. makcik tu pulak yg kata, sam ni kuat berleter. waktu cakap2 tu tangan makcik tu terkena gelas yg sam pegang. air terkena kat baju sam. & makcik tu bising2 kata sam nak simbah dia dgn air.

isaac datang rumah sewa zita kot. masa tu zita kat dapur nak ambik makanan. ntah mcmn belakang baju zita tercarik paku. koyak. masa tu isaac pulak nak pegi dapur. ternampak. zita dah malu. isaac tolong dia ambikkan baju lain. masa isaac tgh tunggang basikal, terserempak dgn zita. zita mcm malu2 lagi. zita kata dia nak keluar sbb nak belikan makanan utk ruby. & isaac tumpangkan zita dgn basikal.

beberapa hari lepas tu kat rumah donald. zita pun ada. bila isaac masuk, zita kata kat isaac yg pakcik kam cha (apa ntah nama omputeh dia.. lupa).. hantar email kat zita kata nak datang hong kong. zita happy sgt. donald kata, boleh la diorg sama2 temankan. isaac kata biarlah zita habiskan masa dgn pakcik tu je. kiranya tak payah ada budak2 lain.

isaac dgn zita jalan keluar. waktu tu zita asyik ulang2 kata dia happy sgt. dah lama dia nak rasa mcm tu.. mak ayah dia kat depan mata dia. zita peluk isaac ucap terima kasih. waktu zita peluk tu, si chris & roy ternampak. & diorg sangka ada apa2 btw zita dgn isaac. isaac kata kat zita sbnrnya ada benda dia nak kasi tau kat zita. tapi dia mintak zita janji tak marah dia.

isaac terus terang kata.. sbnrnya masa minum kat jepun dulu tu, pakcik tu dah terus terang yg dia takde anak. jadi zita bukan lah anak dia. dia tak sampai hati nak cakap dgn zita waktu tu sbb nampak zita happy sgt. zita marah.. & tanya isaac tau tak mcmn dia frust sgt2 bila tau. & dia rasa malunya sbb selama ni sangka yg kam cha tu ayah dia.

balik bilik, zita dah sedih. zoe lalu bilik zita & perasan mcm zita ada masalah. & zita tanya pendapat zoe. zoe kata.. mungkin kalau dia pun, dia akan buat benda yg sama. sbb nak tengok orang lain happy. marah zita dah surut sikit & dah mcm boleh terima kenyataan.

zita jumpa isaac kat tepi pantai. diorg duduk2 kat tepi tu. chris & roy intai. & sangka diorg ni ada apa2. tiba2 ternampak donald. chris & roy kelam kabut, kekonon nak tolong isaac kot.. panggil la donald. donald usik la.. keluar ramai2 tak nak panggil dia. zita kata dia nak jelaskan salah faham. & dia cerita mcmn isaac tipu kata pakcik kam cha tu ayah dia. budak2 tu semua mcm pandang marah kat isaac. dah tu zita ke isaac tanya si chris & roy.. apa pulak diorg buat kat situ? chris & roy dah terdiam sbb diorg cuma nak intak isaac & zita.

waktu kat kelas, tgh diorg buat discussion, tiba2 zita dpt call.. rupanya pakcik tu dah ada kat hong kong. & nak ajak zita makan. zita dah kelam kabut. waktu zita sampai, tak lama tu tina pulak sampai. terkejut la zita. baru la tina bukak cerita.. sbnrnya pakcik kam cha tu kawan baik ayah zita. waktu tina mengandungkan zita, ayah zita pegi.. & kam cha la yg banyak tolong. & waktu zita lahir pun kam cha ada.

bila zita balik ke kelas, diorg semua tgh makan. donald tanya zita, mcmn? zita kata dia happy. tapi dlm masa yg sama, dia sedih. bila sedih je semu tengok isaac. buatkan isaac rasa bersalah. & diorg tgh tunggu ada pegawai baru yg akan ajar diorg.

malam tu kam cha datang makan kat rumah tina. & kam cha kasi tau dia, dia dah letak jawatan kat jepun. & akan tinggal lama kat hong kong. rupanya kam cha la pegawai yg akan ajar pelatih2 pilot tu.

sejak bercouple dgn zoe.. tiap2 hari zoe bawakkan bekal utk sam. sampai isaac usik sam.

satu hari kat dlm pesawat.. bell & coco bertugas. bell tgh bawak troli makanan tu.. layan penumpang. kebetulan salah sorang penumpang tu, makcik yg cerewet. makcik tu kata nak ikan. bell kata ikan dah habis. & mintak makcik tu cuba 1 menu baru. apa ntah nama nasi tu.. tapi belakang tu.. ada la  macam masakan kampung. makcik tu sempat komplen bell kata bell ni tak ok. sbb tak senyum. & makcik tu mcm membebel kata.. walau penat mcmn bell kena sll senyum sbb tu akan bawak kesan kat penumpang. & makcik tu kata, cuba tengok sorang lagi tu.. senyum je.

bila bell dah masuk kat kawasan mcm pantry tu.. coco tanya ok ke. bell kata, mmg salah dia pun. dia intai makcik tu, & tiba2 makcik tu mcm jerit sbb menu baru tu tak sedap.

makcik tu datang jumpa sam nak komplen pasal menu. makcik tu kata.. nama je ada rasa kampung. tapi bila makan tak rasa mcm suasana kampung pun. makcik tu suruh letak udang kering. dia komplen, abalon tu pun tak potong betul. sam tak byk cakap cuma mengiyakan je kata2 makcik tu & ucap terima kasih kat makcik tu. makcik tu dah mcm pelik sbb kali ni mcm diorg tk bantah apa yg dia komplen. makcik tu komplen jugak pasal bell.

sam lalu mcm kat lobi tu & ternampak bell. sam tanya pasal makcik tu. bell dah tergelak & tanya, makcik tu komplen pasal bell kat sam? tapi bell cakap apa yg makcik tu kata mmg betul. & sam kata.. bell la org pertama yg pertahankan makcik tu.

sam jumpa ayah dia & sampaikan apa yg makcik tu komplen. tapi ayah dia mcm tak nak terima.

sam & zoe keluar jalan2. sam cerita pasal makcik tu. sam kata sblm ni dia ingatkan keje pilot la paling mencabar. tapi rupanya keje yg dia buat sekarang pun mencabar jugak. zoe kata.. pilot & customer service tu mcm roda dgn skru. pilot tu yg gerakkan flight.. mcm roda tu. tapi customer service tu mcm skru kt roda. kiranya bahagian yg penting jugak.

waktu tgh cakap2, ternampak makcik tu duduk kat 1 bangku. diorg pi tegur makcik tu. makcik tu kata, dia rindu kat cucu2 dia. sbb tu dia ulang alik jenguk cucu2 dia.. & disbbkan tu jugak dia kena sll naik solar airways. kalau bkn dia yg komplen, sapa lagi. dia dah mintak nak mohon tinggal kat tmpt cucu dia tapi imigresen tak kasi. ada la alasan. .tak ingat lak. makcik tu puji sam sbb pandai pilih gf. mula2 tu makcik tu komen kata..  zoe ceria sgt2.. beza sungguh dgn sam yg mcm takde ekspresi muka langsung. & makcik tu kata.. kalau nanti dia tak komplen, dia tak boleh nak jumpa sam lagi. sam kata makcik tu boleh datang jumpa dia bila2 masa je.

bila sam & zoe balik rumah sam, ayah sam tgh masak. bau sedap sgt. rupa2nya ayah sam ikut mcm apa yg makcik tu cakap. letak udang kering. & sempat ayah sam kata.. kan elok kalau makcik tu ada.. boleh dia rasa sekali. & zoe cakap diorg baru je jumpa makcik tu.

1 mlm ruby balik lewat & mabuk. paul yg bukak pintu. paul letakkan ruby kat sofa. ruby lak mabuk2 & mintak arak. lama2 si ruby & paul dua2 minum.. & sedar2 esoknya diorg dah baring kat katil.. kat bilik paul. paul terjaga pun sbb dgr suara zoe suruh bangun. zoe kata kalau tak nak bukak, dia nak pecahkan pintu. waktu tu ruby pun terjaga & masing2 terkejut. sbb dua2 tak pakai baju.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2006 11:08 AM | Show all posts

Reply #339 penglipur's post

betul penglipur. dah rasa yg zoe tu kurang mengada2 :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 11:10 AM | Show all posts

Reply #337 emiko's post

emi.. thanks terangkan pasal yg vincent tu. betul gak kan. cuma masa tu tgh kesian kat sam kot. tu yg over angin kat vincent :bgrin:

tu la nya.. pasal si paul tu. tapi paul tu.. kira lepas utk beberapa stage la gak kan? patutnya awal2 lagi dah tak lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 03:43 PM | Show all posts
o_k rasa zoe tuh tx sesuai laa dgn sam
tp sbb zoe tuh yg sll nk disisi sam and sam pun selesa dgn dia....sbb tu la depa bersama
tp tx suka zita
o_k suka isaac tp watak zita tuh kalu tuko awek lain maybe aku restu dia dgn isaac
zita tuh pendek
camner lps utk jd pilot??
hmmmmm......
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 04:09 PM | Show all posts

Reply #344 oghang_kedah's post

o_k.. mmg la rasa sam tu tak padan dgn zoe... tapi nak buat camana ehhe. amboii.. dah tu kalau zita tu tiggi sket.. baru restu ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2006 09:21 PM | Show all posts
but i still don`t like zoe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2006 12:06 PM | Show all posts
donald tu poyo betull...mcm la zita tu suka kt dia..isaac la best:love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2006 09:13 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2006 09:14 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2006 09:15 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2006 09:16 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2006 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 09:39 AM | Show all posts
semalam aper citer ek? ader sinopsis tak sebab tak dapat tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 09:48 AM | Show all posts

episod 22 - isnin

kat ofis, mood ruby mcm tak ok je bila nampak paul. 1 hari, diorg nak meeting. tapi sblm tu, diorg tengok gambar leslie keluar kat magazine. leslie berlakon sbg perempuan dlm teater. paul usik leslie, kata bila siang bukan main serius. tapi bila malamm.... masa tu si ruby nak masuk bilik meeting tu & terdengar. dia ingatkan yg paul ni mengata dia. terus dia mintak paul masuk bilik lepas habis meeting.

kat bilik, ruby ingatkan paul.. yg antara diorg tak pernah jadi apa2 & jgn bawak mulut.. camtu la. paul tak sempat nak terangkan pun sbb si ruby mcm tak nak dgr. leslie pulak, time keje ngantuk sbb malam sibuk teater. paul tawarkan diri nak tolong leslie buat keje.

bahagian customer service lak. hari ni jabatan sam terima byk surat aduan, kata toilet kotor. & toilet tu cuma kotor waktu kak kam (mak chris) keje. sam siasat. sam pegi toilet & tengok toilet tu bersih. & sam keluar. waktu tu ada 3-4 org masuk & sepahkan semua sampah & buat toilet tu kotor semula. bila sam masuk balik toilet tu, sam terkejut & syak ada org saja nak buat kacau.

sam panggil kak kam & cuba tanya. kak kam dah siap dgn surat nak resign. kak kam kata, mungkin anak dia tak suka. sam pegi rumah sewa chris. waktu tu isaac takde beli air. sam nasihatkan chris suruh fikir perasaan mak dia. masa sam nak keluar, isaac balik. isaac jumpa sam & terangkan, chris buat mcm tu sbb sayangkan mak dia. bukan sbb malu dgn keje mak dia. isaac tanya sam, waktu sam dekat dgn kak kam, bau apa? ada tak bau minyak angin? rupanya kak kam ada sakit sendi. tu yg chris risau.

zita masuk bilik donald. & ternampak kristal kecik, sama bentuk mcm yg donald penah kasi dia. donald masuk bilik. zita kata, donald pun ada rupanya bena tu. donald kata.. dia sll bawak benda tu dlm poket. tapi sbb tak selesa, tu yg dia keluarkan. zita kata.. yg zita punya tu dah lama hilang sbb tercicir. terus donald kata.. dia beli tu pun sbb nampak comel. nak cover kot. tak nak tunjuk sgt dia suka kat zita.

sam tau dia dah salah faham & tak tanya betul2 pada chris. & chris kasi mak dia keje tapi dgn syarat mak dia  jaga kesihatan. sam akan cuba tengokkan kat jabatan lain yg mana kosong utk kak kam.

ada sorang pakcik nak naik flight. tapi beg tu mcm dah tak elok sgt. diorg takut tak tahan lama je. mintak pakcik tu beli @ tukar beg lain. tapi pakcik tu kata dia takde duit nak beli beg lain. zoe tengok je sam cuba handle pakcik tu. tak lama tu zoe datang dgn 1 beg plastik yg cantik.. tapi besar & tahan. zoe kasi kat pakcik tu. tapi pakcik tu tak nak. zoe kata, mcm tu dia jual beg kat pakcik tu dgn harga 10 ringgit. baru pakcik tu setuju.

taylor masuk kelas & mula ajar budak2 tu. diorg dah diingatkan yg taylor ni mmg tegas dlm bab2 exam. isaac kena buat latihan dgn zita. zita mcm tak fokus. mcm asyik pandang isaac je. lepas je habis, zita jumpa taylor. taylor kata, sblm ni rekod zita bagus. nampaknya dia kena buat penilaian semula.

ada 1 group nak ke taiwan tergendala disbbkan ada staff yg tersalah key in. ruby panggil paul masuk bilik & mcm suruh paul pegi. paul tak cakap apa2. & mlm tu paul kemas barang2 dia kat rumah ruby. zoe jumpa ruby & terangkan, sbnrnya tu bukan salah paul. sbb leslie yg buat salah tu. tapi paul tak bela diri sbb dia mmg pentingkan kawan. ruby kata yg paul tu suka bawak mulut. zoe terangkan yg hari tu diorg ejek si leslie. & takde sapa yg mengata ruby. ruby baru tersedar dia salah faham. ruby naik bilik paul & kata tak payah la pindah sbb dia dah tau.

chris, donald, roy & isaac tgh nak makan. tiba2 chris dpt phone call dari ayah dia. katanya ayah donald pecat dia. chris balik rumah. chris mintak ayah dia jumpa ayah donald. & kata takkan ayah donald tak timbang rasa sbb ayah chris dah lama keje dgn ayah donald.

balik je rumah sewa.. chris gaduh dgn donald. kata orang kaya ni mmg mcm tu. donald pegi jumpa ayah dia. waktu tu ayah dia tgh buat call. ayah donald kata, dia tak nak cakap dah pasal ayah chris. & tak pasal2 donald kena marah.

bila donald balik rumah sewa, chris mcm perli2. isaac & roy pun mcm jadi batu api. chris & donald masing2 keluar. tak lama tu pakcik tat, staff ayah donald datang. pakcik tat cerita kat zita & budak2 tu.. sbnrnya ayah donald pecat ayah chris sbb ayah chris terlambat & buatkan syarikat rugi besar. & tu bukan pertama kali. pakcik tat cerita jugak, donald dtg pejabat tapi kena marah. baru la diorg semua faham.

isaac keluar. zita mcm tak kasi. isaac ada usik zita kata, betul ke zita risaukan donald? kalau zita halang2 isaac, karang isaac perasan yg zita prihatin sgt kat isaac pulak.

zita marah & balik bilik. dia conteng2 kertas. ada gambar katun  isaac dgn dia. siap ada nama lagi. & gambar love. then kertas2 tu zita buat bentuk roket & baling2 kat bilik. ntah mcmn 1 kertas tu terbang keluar tingkap. waktu zita tgh kelam kabut turun, roy lalu & kutip kertas tu. terkejut roy bila bukak.

waktu zita tgh carik, donald call. zita kata diorg dah tau hal sebenar. donald serba salah. dia cuba nak tolong chris tapi tak mampu. sedangkan chris tu kawan baik dia sejak kecik. zita kata, tapi skrg donald dah ada zita, roy & isaac jugak. donald peluk zita & kata, cukup zita ada dgn dia. zita tolak. chris mcm terkejut. diorg balik rumah.

chris & donald dah ok. waktu tu zita tgh siapkan makanan. roy datang kat chris & tunjuk kertas roket yg dia jumpa. roy kata, dia pasti sgt kertas tu datang dari bilik zita. chris & roy masuk bilik isaac. isaac tanya diorg, chris & donald dah takde masalah kan? roy kata.. a'a. takde. tapi isaac yg akan ada masalah dgn donald.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 10:30 AM | Show all posts
nampaknya zita suka kat si cute tu.. hahaa..
nanti mesti gaduh punya dengan donald.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 12:36 PM | Show all posts
limau.. saat yg ditunggu2 ek? :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2006 02:51 PM | Show all posts
Thanks silencez for the sinopsis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 04:24 PM | Show all posts

Reply #357 miss_mulan77's post

sama2 mulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2006 09:54 PM | Show all posts
apa jadi hari ni aku tak dapat tengoklah hujan kat rumah aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 01:55 AM | Show all posts
benci donaldddddddd!!!!!!!!!!
suka kt isaac ngan zita lagik!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.085030 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list