CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katana83

~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 21-10-2008 02:24 PM | Show all posts
Dah banyak nama..... ada gak gambar Chow Chee Keong... penjaga gol utama Malaysia masa kempen kelayakan Piala Dunia 1981 di Kuwati dan Pestabola Merdeka 1981 dimana Malaysia tewas 1-2 kepada Maghribi.

Allahyarham Jalil Che Din.... Sharudin Abdullah.... dan banyak nama lagi.....

Allahyarham Mokthar kali terakhir mewakili negara pada kelayakan Piala Dunia 1985.... lawan Korea... Malaysia tewas 0-2 perlawanan di Seoul ketika itu. Kemenangan itu membawa Korea ke pusingan kedua dan akhirnya ke Piala Dunia 1986 buat kali pertama. Malaysia menang 1-0 di KL hasil jaringan Dollah Salleh. Sebelum perlawanan di Korea itu, ramai pemain yang cedera, termasuk mendiang R. Arumugam yang kemalangan. Malaysia tidak ada pilihan lain kecuali memanggil semula Allahyarham Mokthar yang sudah bersara 2 tahun dari arena antarabangsa kalu tidak salah.

Perlawanan itu disiarkan secara langsung..... waktu tengahari. Malaysia terpaksa bertahan sepanjang perlawanan..... sepatah kata Prof. Khoo Khay Kim.... kalau Korea ada penyerang sebagus Mokthar dalam perlawanan itu.... Korea pasti menang 8-0.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 18-10-2008 04:36 PM
Ikut Cover dalam buku tuh

Gambar Jersi Warna Merah, Arwah Mokhtar Mewakili Selangor tahun 1982,

Gambar Jersi Biru Merah Kuning, Kelab Sultan Selangor

Gambar Jersi Kuning Hitam, Kelab ?


Jersi Kuning Hitam tu jersi kelab Talasco Diadora. Masa arwah dah dekat2 penhujung kareer dia main dengan pasukan Talasco Diadora ni untuk Piala FAM. Ramai jugak pemain negeri Selangor yang main dalam team tu at the time.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 06:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:07 PM | Show all posts
wira bola yang masih tiada penggantinya
sebagai peminat bola, aku salute....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:48 PM | Show all posts

Balas #344 anakomar\ catat

Yea..... wira bolasepak Malaysia........ i dream so much about the good old days......

Macam yang pernah saya katakan sebelum ini..... bolasepak Malaysia dulu..... satu pasukan penuh dengan 'warna' Malaysia... ada bangsa melayu...cina...india....bahkan singh..... semuanya membarisi pasukan yang sebenar-benarnya Malaysia.... dulu ada Piala Emas Raja-Raja... ada Piala Bardhan untuk pemain bangsa india dan satu piala khas untuk pemain bangsa cina... dari situ... banyak pemain dari pelbagai bangsa boleh bermain.....

Mungkin dah tak ramai yang main bola kot sekarang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 03:54 PM | Show all posts
Arwah Mokhtar antara pemain paling aku BENCI.....masa dia main Selangor (asyik Selangor aje masuk final Piala Malaysia!)

Tapi bila menyarung jersi kuning/hitm-kuning Malaysia dialah hero #1!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 05:32 PM | Show all posts

Reply #346 alphawolf's post

pergh macam tuh sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:19 AM | Show all posts
bangga aku dengan supermokh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 23-10-2008 03:54 PM
Arwah Mokhtar antara pemain paling aku BENCI.....masa dia main Selangor (asyik Selangor aje masuk final Piala Malaysia!)

Tapi bila menyarung jersi kuning/hitm-kuning Malaysia dialah hero #1!!



yang bukan orang selangor mesti la tak suka dia -
tapi bila dia main untuk malaysia - ha - baru la dia
jadi hero -
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 09:09 AM | Show all posts

piala malaysia - kenangan yg sukar dilupakan...




[ Last edited by  amazed at 25-10-2008 07:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:12 PM | Show all posts
lupa lah sapa player kedah yang julang piala malaysia nih....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 07:16 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 25-10-2008 11:12 PM
lupa lah sapa player kedah yang julang piala malaysia nih....


itu lee kin hong..
selepas menang ke atas singapura 3-1 (1990)
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 02:17 AM | Show all posts
Jersi Arwah Mokhtar Dahari dalam kenangan,

Selangor 1984 Away Jersi (Diadora)





Selangor 1986 Home Jersi (Puma)





*info= Perlawanan Pesta Bola Merdeka di antara pilihan Malaysia dgn kelab Boca Juniors di bwh maradona adalah berkesudahan kelab Boca Juniors mengalahkan pilihan Malaysia. Kemunculan Maradona di tgh padang saja, sudah dibayar USD 1 000....tu belum ketika beliau bermain untuk Pesta Bola Merdeka..

[ Last edited by  aizusan at 27-10-2008 09:37 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 09:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 07:14 PM | Show all posts
aizusan tak der ke koleksi jersi Selangor 70an Keatas ? macam saudara adamiqbal punyer koleksi .....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 12:53 PM | Show all posts

Reply #349 dexa's post

Biasa la kan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2008 08:14 AM | Show all posts

jersi no 10 dlm kenangan






[ Last edited by  amazed at 1-11-2008 09:01 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 10:39 AM | Show all posts
jadi betul Syed Ahmad tak dapat beraksi di Olimpik Munich 72 sebab kecerdaan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 10:44 AM | Show all posts
Era kegemilangan bola sepak Malaysia




Bermula 1960an hingga awal 80an, skuad kebangsaan disegani, digeruni di pelusuk dunia



SEJAK bola sepak diperkenalkan oleh British sukan pada awal kurun ke-19, sukan ini sudah meresapi dalam jiwa setiap masyarakat Tanah Melayu dan menjadi begitu popular.

Sedikit demi sedikit sukan ini sudah menular di segenap pelusuk dengan kelab-kelab yang ditubuhkan bertunjangkan kepada sukan bola sepak sehinggalah lahirnya liga kebangsaan seawal 1921 membabitkan semua negeri Tanah Melayu beraksi untuk merebut Piala Malaya yang kemudian ditukar kepada Piala Malaysia.

Pada tahun 1926, persatuan bola sepak negeri Perak, Selangor, Negri Sembilan, Melaka dan Singapura bergabung untuk membentuk Persatuan Bola Sepak Tanah Melayu (MFA) sebagai usaha untuk menurunkan pasukan bola sepak Tanah Melayu menentang barisan Australia yang berkunjung ke Singapore tahun itu.

Pada 1933, dihidupkan semula dengan pembentukan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM dengan presiden pertamanya ialah Sir Andrew Caldecott, disusuli M B Shelley, Dr J S Webster, S D Scott, R Williamson dan Adrian Clark, yang berkhidmat sehingga 1940.

Selepas perang Dunia Kedua menyaksikan peningkatan mendadak dalam bola sepak negara dan di bawah teraju Perdana Menteri pertama Tuanku Abdul Rahman, bola sepak Malaysia mula menuju kepada zaman kegemilangannya.

Pengenalan kejohanan Pestabola Merdeka pada 1957 membantu meningkatkan lagi bola sepak Malaysia yang menyaksikan nama-nama tersohor mula menyinar di persada antarabangsa untuk menyaingi pasukan ternama Asia ketika itu.

Pada awal 1960an hinggalah awal 1980an, bola sepak Malaysia amat disegani. Dalam tempoh tiga dekad itu Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow dengan barisan pemain seperti M Chandran, Syed Ahmad, Namat Abdullah, Soh Chin Aun, R Arumugam, James Wong dan Hassan Sani.

Dua kali Malaysia berjaya menampilkan diri dalam Piala Asia secara merit iaitu 1976 dan 1980 serta meraih pingat gangsa Sukan Asia pada 197 di Teheran.

Kenapakah pada zaman ini Malaysia mencapai kejayaan yang membanggakan dalam bola sepak dan siapakah yang membentuk pemain seperti Ghani Minhat, Chandran, Namat, Syed Ahmad, Chin Aun dan sebagainya.

Persoalannya mungkin dapat dijawab dengan struktur sukan ketika itu yang kebanyakannya dengan perhatian kepada kelab-kelab sukan yang mencungkil bakat pemain dengan mengenali mereka di peringkat sekolah yang turut terbabit secara aktif dalam sukan.

Daripada peringkat sekolah kemudian beraksi di peringkat kelab yang mengasuh, mengasah dan menggilap bakat mereka hingga seterusnya beraksi untuk negeri masing-masing sebelum terpilih mewakili pasukan kebangsaan yang tugasnya terletak kepada bahu FAM.

Apakah struktur ini masih terpakai sekarang ataupun sudah diketepikan dengan pengenalan liga semi-perofesional dan profesional yang sama sekali mengenepikan peranan dan kepentingan kelab serta juga sekolah tidak lagi mementingkan sukan.

Mungkin kajian perlu dilakukan untuk melihat struktur tahun 1960an hingga 1980an yang membantu menjulang bola sepak negara disegani di rantau ini.


FAKTA


Pestabola Merdeka


1957 - Hongkong
1958 - Malaya
1959 - Malaya
1960 - Malaya dan Korea Selatan
1961 - Indonesia
1962 - Indonesia
1963 - Taiwan
1964 - Burma
1965 - Korea Selatan dan Taiwan
1966 - Vietnam Selatan
1967 - Korea Selatan dan Burma
1968 - Malaysia
1969 - Indonesia
1970 - Korea Selatan
1971 - Burma
1972 - Korea Selatan
1973 - Malaysia
1974 - Malaysia
1975 - Korea Selatan
1976 - Malaysia
1977 - Korea Selatan
1978 - Korea Selatan
1979 - Korea Selatan dan Malaysia
1980 - Maghribi
1981 - Iraq
1982 - Santa Catarina
1983 - Buenos Aires XI
1984 - Korea Selatan


Rekod Bola Sepak Malaysia 1930-1984


Piala Dunia

1930-1970: Tidak sertai
1974-1984: Tidak layak

Sukan Olimpik

1972: Layak (Pusingan Pertama)
1980: Layak (Tidak ambil bahagian)

Piala Asia

1956: Tidak layak
1960: Tidak layak
1964: Tidak layak
1968: Tidak layak
1972: Tidak layak
1976: Pusingan pertama
1980: Pusingan pertama

Sukan Sea
1959: Gangsa
1961: Emas
1965: Pusingan pertama
1967: Pusingan pertama
1969: Gangsa
1971: Perak
1973: Gangsa
1975: Perak
1977: Emas
1979: Emas
1981: Perak
1983: Gangsa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 31-10-2008 10:39 AM
jadi betul Syed Ahmad tak dapat beraksi di Olimpik Munich 72 sebab kecerdaan....


Syed Ahmad digugurkan oleh Jalil Che Din.  Disebabkan terlalu kecewa beliau telah mengeluarkan perkataan
" lebih baik jadi serani ..." . Tunku Abdul Rahman terpaksa memujuk Syed Ahmad dan mengajak beliau mengucap kembali
kerana kata kata beliau telah menyebabkan beliau murtad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.085800 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list