CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 21-6-2011 10:41 PM | Show all posts
cian ecah.... tapi apesal faris tak sedar2 lagi... kan kena tangan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 08:02 AM | Show all posts
adakah ecah akan 'pergi jauh-jauh' membawa hati yang kecewa kerana sadar diri tak setarap ngan faris ...
asyriqa Post at 21-6-2011 17:06



    kan ecah dpt 1juta dah tu...campur ngn abu & dol 3juta....agaknye dorg akan starafkan diri dorg dgn tengku faris nanti kot....akan majukan diri dorg nanti ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:33 PM | Show all posts
love konpius...kalu faris belum sedar...camna t.kamil tahu yg faris janji ngan dol n the geng nak bagi 1 mil sorang..ada part love tertinggal ke.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 09:29 PM | Show all posts
haah la love...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2011 11:42 AM | Show all posts
Reply 343# loveanis02

sblm faris gi sentul...kan dia call tengku Kamil...bagitau dia nak gi mana....so dia buat wasiat sekalilah kat tengku kamil in case kalau jadi apa2 pd dia nanti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2011 11:46 AM | Show all posts
“Kenapa perlu berhutang dengan along sedangkan kau tahu kau tak boleh bayar?” Faris menyoal Aishah di sisinya. Burung2 berkicauan di dahan pohok yang menghijau rendangnya. Ais sungai mengalir  deras di hadapan mereka. Jernih. Sejuk mata memandang.


“Sebab kami perlukan duit,” balas Aishah tersenyum manis. Cantik sungguh gadis itu mengenakan baju kurung berwarna putih. Rambutnya yang panjang dan lurus dibiar lepas.


“Untuk apa?”


“Dol kata, nak berniaga..”


“Habis tu, kenapa tak berniaga?”


“Berniaga..tapi bankrupt selepas tu. Bisnes tu tak menjadi..”


“Kenapa tak buat pinjaman bank atau pihak lain?”


“Ada ke pihak yang nak bagi pinjam dengan keadaan kami yang langsung tak bekerja dan berpelajaran?” soalan Aishah ada benarnya juga.


“Habis tu, kenapa menculik untuk bayar balik duit along tu?” soal Faris.


“Itu cara paling cepat dapat duit..”


“Tapi, itu cara yang tak baik..”


“Ada cara lain lagikah?”


“Jual harta yang ada..”


“Apa harta yang kami ada selain pakaian di badan?” terkedu Faris dengan jawapan Aishah. Wajah gadis manis itu ditatap lama.


“Kalau diberi pilihan…kami pun tak mahu menculik….Kami tak mahu jadi jahat. Tak ada orang yang dilahirkan, terus menjadi jahat. Semuanya pasti ada sebab mengapa setiap orang jahat jadi jahat..” ujar Aishah perlahan. Faris terdiam.


“Ada orang jahat, terpaksa menjadi jahat. Ada orang pula, sengaja memilih untuk menjadi jahat…sedangkan mereka boleh menjadi baik. Kau rasa kau orang jahat atau kau orang baik?” soal Aishah pula.


“Mestilah aku orang baik…” pantas Faris menjawab.


“Kau yakinkah kau orang baik?” soal Aishah pula.


“Mestilah! Aku tak mencuri, tak merompak, tak membunuh…tak menculik macam kau..” kali ini Aishah tersenyum sinis. Menambahkan tanda tanya dihati Faris.


“Jahat bukan hanya terletak pada perbuatan yang boleh dilihat…tapi jahat yang paling banyak orang tak sedar adalah…di sini! Di hati!” Aishah menunjal dada Faris. Faris terkebil2.


“ Hati kita. Hati dan niat kita yang akan tentukan sama ada kita orang baik atau orang jahat…” kata Aishah sambil tersenyum.


“Aku tak faham…” Faris memandang Aishah terpinga2. Aishah senyum. Dia bangun lalu berdiri tegak.Perlahan2, dia mengatur langkah menuju ke tebing sungai  yang tinggi.


“Aishah…” Faris memanggil Aishah yang dilihatnya berdiri tegak merenung sungai di hadapannya. Faris bingkas bangun, mahu mendapatkan Aishah yang membelakanginya.


Tiba2, Aishah terjun ke dalam sungai yang dalam. Faris tersentak. Bibirnya ternganga melihat tindakan Aishah yang secara tiba2.


“Aishah! Aishah!!!” Faris terus menjerit kuat. Namun pandangannya kelam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2011 11:47 AM | Show all posts
“Aishah!!!” suara Faris bergema kuat di dalam bilik wad itu. Puan Emily lantas menekan butang untuk memanggil jururawat. Kemudian dia terus mendapatkan Faris yang meracau2.


“Faris! Faris!!! Mama ni!!” Puan Emily berhempas pulas menenangkan keadaan Faris yang meronta2. Faris lantas membuka matanya perlahan2. Peluh merenik di dahi dan lehernya. Matanya meliar memandang segenap ruang wad itu. Nafasnya tercungap2 , tak ubah bagai orang yang baru saja berlumba lari 4x100 meter.


“Aishah?” Faris menelan air liur pekat seraya mencari kelibat Aishah yang baru dibawa arus sungai tadi. Dipandang sekelilingnya yang nyata begitu aneh.


“Aishah?” Puan Emily kehairanan. Wajah Faris dipandang tepat. Faris memandang Puan Emily dihadapannya. Seakan baru tersedar dari mimpi yang panjang, Faris memaut pipi Puan Emily.


“Mama?” seakan tidak percaya, Faris bersyukur diberi peluang oleh Tuhan untuk dia bertemu mamanya. Lantas Puan Emily terus dipeluknya. Puan Emily turut membalas pelukan Faris yang tak ubah bagai anak kecil.


“Mama…Faris minta ampun mama…Faris selalu tipu mama dulu..Faris minta ampun mama…” Faris memeluk erat Puan Emily. Puan Emily terdiam dalam kehairanan. Perlahan2, kepala Faris diusap2 lembut penuh kasih. Puan Emily mengukir senyum. Bahagia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2011 11:47 AM | Show all posts
Van berhenti perlahan2 dihadapan Hospital Gleanegles. Aishah merenung hospital dengan sejuta rasa yang sukar diungkap. Melihat bangunan yang megah berdiri itu, terasa dirinya benar2 kerdil. Abu menoleh ke belakang memandang Aishah.


“Pergilah cepat. Untung2 dia masih belum keluar,” kata Abu. Mereka akan meninggalkan  Kuala Lumpur  hari ini. Kemana hala tuju mereka selepas ini, masih dalam perbincangan. Yang nyata, mereka mahu pergi jauh dari bandaraya itu.


Bibir Aishah bagaikan terkunci. Dia memandang Abu. Abu senyum kepadanya, tanda memberi sokongan kepadanya. Perlahan2, Aishah membuka pintu van. Setelah pintu van ditutup, dia tegak berdiri memandang bangunan hospital itu.


Nak masuk atau tidak? Nak masuk atau tidak? Tapi…aku nak jumpa dia buat kali terakhir. Aku nak ucapkan terima kasih pada dia. Terima kasih atas usahanya untuk menolong aku dan abang Abu dan abang Dol selama ini. Terima kasih kerana sudi mempertaruhkan nyawanya kerana aku.


Tapi…Aishah tunduk merenung penampilannya dari hujung kaki ke bajunya. Dengan jeans lusuh dan kemeja berwarna kelabu, dia kelihatan selekeh. Tak ubah macam budak sekolah tingkatan 5 yang lari dari rumah tanpa membawa bekalan pakaian.


Tapi…dalam rasa gugup, Aishah memberanikan dirinya untuk masuk jua ke perkarangan hospital. Melewati pintu pengawal, pandangan mata pengawal terhadapnya terasa menjengkelkan. Aishah menyeka rambutnya yang berselerak ke telinga. Dia tercari2 kaunter pertanyaan, tempat agar dia boleh meminta bantuan dan membuat pertanyaan.


Lagaknya yang tak ubah seperti rusa masuk kampong, menarik perhatian salah seorang pekerja di situ. Segera pekerja hospital di bahagian dapur yang sedang menyurung troli makanan menghampirinya. Bahu Aishah disentuh lembut.


“Adik cari apa?” soal pekerja perempuan bertudung itu. Pantas Aishah menoleh. Senyuman manis dihadiahkan buat pekerja hospital yang barangkali sudah berusia 30-an.


“Err..kak, saya nak tumpang tanya. Kat mana letaknya wad diraja? Saya….saya…nak lawat kawan saya….” Pastinya pelik bunyi soalan Aishah. Aku yang selekeh macam ni, nak berjumpa kawan yang sedang berada di wad diraja??? Kalau aku jadi kakak ni, mati pecah perut aku menahan gelak.


Telahan Aishah benar. Terkebil2 kakak itu memandangnya atas bawah.


“Betul ke kawan adik kat wad diraja?” soal pekerja hospital itu kurang percaya. Aishah terdiam. Hatinya nekad. Dia mahu juga bertemu dengan Faris buat kali terakhir. Biarpun terpaksa melihat dari jauh!


“Ye! Betul!” Aishah angguk dengan bersungguh2. Berkerut dahi pekerja hospital itu.


“Hmmm…adik ikut akak, kita jumpa petugas wad dulu. Nanti dia akan tanya adik beberapa soalan. Kalau jawapan adik lulus, dia akan bawakan adik ke wad tersebut. Jom,” bahu Aishah di gamit mengekori langkahnya menghampiri lif. Aishah bagai orang dungu, ikut sahaja. Ada orang yang sudi menolongnya di saat2 seperti itu, sudah benar2 cukup buatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2011 11:48 AM | Show all posts
Puan Emily dan Tengku Fatimah keluar dari wad Faris kerana mahu menguruskan dokumen2 hospital. Faris sudah dibenarkan pulang hari ini. Tengku Khursiah dan Tengku Kamil pula membantu Tengku Alyah mengemaskan barang2   yang dibawa ke hospital tersebut sejak 4 hari lalu. Manakala Faris pula, sekadar menjadi pemerhati.


“Mak Engku tunggu kat luar ya Faris, Alyah…Jom Kamil,” usai membantu apa yang patut, Tengku Khursiah dan Tengku Kamil keluar dari wad itu sambil menjinjing satu beg.


“Baik Mak Engku,” Tengku Alyah menghantar pemergian  mereka dengan senyuman hingga ke muka pintu wad. Pintu wad dibiarkan terbuka, memandangkan mereka juga bakal menyusul selepas itu. Faris yang duduk dibirai katil, memerhatikan sahaja tindak tanduk Tengku Alyah yang sedang mengemaskan barang2nya.


“Alyah..” tajam mata Faris memandang Tengku Alyah. Tengku Alyah pantas menoleh. Pandangan mata Faris terasa sukar untuk diungkap. Pandangan matanya kini, benar2 berubah sejak dia tersedar dari kecederaannya tempohari. Tiada pandangan benci atau mengejek lagi.


“Alyah…aku…aku..nak minta maaf pada kau…” Tengku Alyah tercengang melihat Faris yang menuturkan kata maaf. Tengku Alyah terdiam melopong. Benarkah Faris yang berada dihadapannya kini, adalah Faris yang sama dahulu? Faris yang dikenalinya dahulu, tidak mepunyai perkataan ‘MAAF’ di dalam kamus hidupnya.


“Say it again…” pinta Tengku Alyah bagaikan kurang jelas. Faris tunduk, kemudian kembali menatap wajah Tengku Alyah.


“I’m sorry….for being rude to you before…I’m really sorry ..” keruh wajah Faris merenung wajah Tengku Alyah. Perlahan2, Tengku Alyah menghampiri Faris. Di pandang Faris antara rasa percaya dan tidak. Bibirnya mengukir senyuman yang tidak putus2.


“You’re different Faris….it’s hard to believe,” ujar Tengku Alyah separuh berbisik. Wajah Faris dipandang lagi. Faris mengukir senyum kelat.


“Aku tahu, aku tak pernah melayan kau dengan baik selama ni,” tutur Faris lagi. Tengku Alyah memegang pipi Faris. Senyuman dibibirnya tak putus2 diukir. Perasaan gembira dan tidak percaya bercampur menjadi satu.


“Faris…” tangan Faris segera diraih lalu dicium. Faris yang terkesima, hanya diam tidak bersuara. Bibirnya kelu. Dia hanya mampu memandang Tengku Alyah yang menangis di depannya dengan tangannya yang digenggam erat oleh Tengku Alyah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 12:33 PM | Show all posts
aiyooo..jgn la aishah nmpk pulak adegan pegang2, nangis2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 02:40 PM | Show all posts
kenapa tiba-tiba brek mengejut :cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 09:08 PM | Show all posts
Reply 351# mertua

emergency....nak gi toilet!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 09:09 PM | Show all posts
kenapa lagu "ku bermohon kasih" ni sedap sangat?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 09:11 PM | Show all posts
Aishah kelam kabut menghampiri van mereka. Pintu terus dibuka dan cepat2 Aishah menyusup ke dalamnya. Pintu van terus ditutup semula kasar.  Abu dan Dol pantas menoleh ke belakang dengan senyuman yang terkulat2.


“Dah jumpa? Ada dia pesan apa2 pada kitorang?” soal Abu gopoh. Aishah diam tidak menjawab. Wajahnya merona pucat. Melihat wajah pudar Aishah, Abu bagaikan dapat meneka.


“Tak jumpa wad dia ke? Kenapa tak tanya orang?” soal Abu. Aishah diam lagi.


“Macammana ni Ecah? Nak kami tolong pergi tanya orang kat mana wad dia?” soal Dol pula. Pantas Aishah menggeleng. Abu dan Dol dipandang.


“Kita pergi dari sini cepat!” itu pula yang keluar dari mulut Aishah. Wajah Faris bersama seorang gadis di bilik wad tadi terbayang2 dimatanya.


“Kau dah jumpa Faris ke belum?” soal Abu tidak puas hati. Pagi tadi, dia juga yang beria-ia mahu datang ke sini.


“Dah. .” balas Aishah perlahan. Badannya disandarkan ke kerusi van. Dilempar pandangannya kea rah hospital yang berdiri megah.


“Tapi..dari jauh saja…” sambung Aishah lemah. Di matanya, terbayang2 wajah perempuan cantik berambut ikal yang berada bersama Faris di dalam wad. Itulah Tengku Alyah yang pernah Faris ceritakan dahulu. Aishah menghela nafas lemah.


Abu dan Dol berpandangan. Melihat Aishah yang sunyi menyepi, mereka hanya mampu mengeluh. Budak itu bukannya senang untuk dipujuk. Mahu tak mahu, Dol menghidupkan enjin vannya. Destinasi mereka harus dituju. Apa yang sudah berlaku, harus dikuburkan dalam kotak kenangan. Yang berlalu, biarkan saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 09:12 PM | Show all posts
“Cantik ke perempuan tu?” soal Abu. Melihat si adik yang bermuram durja sejak tadi, membuatkan hatinya resah. Lalu diajak Aishah untuk berbual dengannya. Mahu mencungkil isi hati Aishah akan punca dia bermuram sebegitu. Mujurlah Aishah mahu bercerita. Barangkali tidak tertahan menanggung siksa dihati.


“Cantik,” balas Aishah pendek. Dia masih merenung pemandangan luar.


“Cantik macam siapa?” soal Abu pula.


“Macam Erra Fazira,” balas Aishah perlahan. Abu melopong. Erra Fazira?? Wooo….cantik tu…..


“Alah….Ecah pun lawa jugak. Kalau Ecah pergi salun, belajar mekap sikit2, Ecah boleh jadi lawa dari Erra Fazira tu..” kata Abu cuba mengambil hati Aishah. Aishah mencebik.


“Ecah, abang cakap sikit boleh? Tapi Ecah jangan marah…” Dol tiba2 mencelah. Dipandangnya Abu disebelahnya. Aishah menanti kata2 Dol.


“Ecah, abang bukan nak mengutuk atau memperlekehkan perasaan Ecah. Tapi, secara jujur abang cakap, baik lupakan saja semua ni Ecah. Dia siapa…kita siapa…kalau kita berusaha macam mana pun, kita takkan dapat menjadi setanding dengan dia. Kalau Ecah cuma mahu bermimpi dengan kenangan ni, memang boleh. Tapi, abang harap, agar Ecah jangan simpan sebarang harapan sebab cinta ni takkan kemana Ecah.  Abang cakap macam ni sebab abang tak nak tengok Ecah buat muka masam macam tempoyak busuk lagi. Abang kesiankan Ecah. Kalau Ecah kesian kan abang Abu, Ecah janganlah bersedih macam ni lagi…Susah hati kami tengok…” Dol berucap panjang.


“Biarlah dia! Itu hak dia…perasaan dia! Biarlah dia nak buat apa dengan perasaan dia…” bentak Abu tidak berpuas hati dengan kata2 Dol. Aishah diam sahaja. Jika difikirkan, kata2 Dol ada benarnya juga.


“Aku tahu itu perasaan dia. Hak dia. Tapi, kau mahu benamkan dia terus dalam mimpi yang takkan ada penghujung? Kau mahu dia terus hilang dalam khayalan dia selama hidup dia? Dia ni, masih terlalu muda Abu! Dia baru saja nak hidup. Dia belum kenal pun susah senang hidup. Selama ni, kau selalu ada menjaga dia, merawat hati dia bila dia sedih. Tapi, kita ni nak hidup sampai bila Abu? Sampai bila kita nak kaburkan mata dia dengan benda2 mengarut macam ni? Aku cuma mahu dia buka mata luas2 dan lihat kenyataan yang terbentang depan dia….Selebihnya, dia fikirlah sendiri,” bentak Dol pula.


Aishah diam, memandang Abu dan Dol yang sudah mula bertekak. Abu menunjal pipi Dol yang sedang memandu van.


“Haa..tunjallah pipi aku lagi! Eksiden nanti, baru kau tahu!” Dol masih marah. Abu mendengus lalu memalingkan mukanya kea rah lain. Aishah tunduk diam. Dia menghela nafas berat. Masing2 terdiam di dalam van itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 09:13 PM | Show all posts
Faris bangun menghormati tetamunya yang berjaket hitam. Pulang dari saja hospital, dia dan Puan Emily terus menuju ke banglonya yang terletak di Petaling Jaya. Banglo itu sudah lama terbiar sepi.


Pelawaan Tengku Khursiah untuk menginap di villanya terpaksa ditolak dengan baik kerana Puan Emily sendiri mahu mendiami banglo yang penuh kenangan dengan arwah suaminya dahulu.


“Ini Inspektor Amir. Dia yang bertanggungjawab menguruskan kes Faris dahulu,” kata Puan Emily memperkenalkan Inspektor Amir kepada Faris. Mereka saling berjabat tangan dan tersenyum.


“Jemput duduk Inspektor. Saya ke dapur sekejap. Maklumlah, rumah ni, tak ada orang gaji,” tutur Puan Emily sopan.


“Ehh..tak perlu susah2 Puan. Saya tak mengharapkan apa2…” Inspektor Amir pantas menegah Puan Emily yang tersenyum manis.


“Eh, tak apa.  Tetamu harus diberi layanan sewajarnya. Have a seat please. I’ll be back very soon,” Puan Emily masih bertegas. Dia berlalu dengan senyuman manis yang masih dipandang oleh Inspektor Amir. Ayu wanita inggeris ini!


“Jadi, hal apa yang Inspektor mahu bincangkan dengan saya?” soal Faris, sekaligus mengembalikan lamunan Inspektor Amir ke alam nyata. Inspektor  Amir berdehem sejenak, lalu menghulurkan sekeping fail yang berada di genggamannya sejak tadi kepada Faris.


Fail tersebut diambil dan dibuka. Faris meneliti isi kandungan fail itu. Di dalamnya terdapat butir2 peribadi lelaki yang mengetuai kes penculikan Tengku Faris. Berkerut dahi Faris membaca butir2 berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2011 09:14 PM | Show all posts
“Namanya  Hazriq Iqbal bin Dato’ Sulaiman. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Sulaiman, pemilik rangkaian Hotel Sri Timur di Malaysia. Berumur 34 tahun. Menurut kaji selidik, beliau mempunyai hubungan dengan beberapa ahli kongsi gelap dari selatan Thailand yang menjalankan operasi membekalkan senjata api ke negara ini. Setakat ini, ini adalah kes jenayah pertamanya yang direkod. .” Inspektor Amir mengulang beberapa fakta penting untuk pengetahuan Faris.


Faris menutup fail itu, kemudian memandang Inspektor Amir.


“Tengku kenal lelaki ini?” soal Inspektor Amir.


“Panggil saya Faris,” tegas Faris. Tidak mahu dipanggil dengan pangkal namanya. Jika nama itu dipanggil di dalam majlis keramaian diraja, ramai pula yang akan menoleh nanti.


“Minta maaf,” Inspektor Amir tersenyum kecil. Faris meneliti gambar lelaki itu lagi. Puas otaknya diperah untuk mengingati wajah lelaki itu, namun usahanya seakan sia-sia. Perlahan2, Faris menggeleng.


“Minta maaf Inspektor. Jujur, saya tidak kenal lelaki ni,” kata Faris. Kalau lelaki ini anak Dato’, datang dari keluarga yang kaya raya, mengapa pula hendak menculik dia? Nyata, wang bukan motif dalam kes ini.


“Hmmhh…sukar untuk saya tafsirkan kes ni. Walaubagaimana pun, kami akan terus menyiasat apa motif lelaki ini. Pasti ada sesuatu yang tertinggal, ” kata Inspektor Amir lalu menutup fail itu.


“Macammana dengan keluarganya?” soal  Faris pula.


“Keluarganya nyata terkejut dengan berita ini. Mereka langsung tidak boleh menerima berita bahawa anak mereka terlibat dalam kes penculikan ini. Namun, berdasarkan bukti, mereka terpaksa akur dengan kenyataan. Mereka akan membayar gantirugi diatas kejaidan ini, jika pihak Faris mahu memfailkan sebarang tuntutan ke atas anak mereka,” ujar Inspektor Amir.


“Anak mereka pun dah meninggal. Saya rasa, saya takkan buat apa2 tuntutan kepada pihak mereka. Kalau Inspektor jumpa keluarga mereka, sampaikan rasa simpati dan kesal saya atas apa yang berlaku pada keluarganya,” pinta Faris. Inspektor Amir senyum, kemudian angguk.


Puan Emily kembali ke ruang tamu utama dengan sedulang hidangan. Dengan senyuman manis, dia menyurung secawan teh kepada Inspektor Amir.


“Jemput minum Inspektor,” pelawanya lalu duduk di sebelah Faris. Inspektor Amir angguk, senang hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 09:15 PM | Show all posts
Seluruh ahli keluarga Tengku Khursiah, Puan Emily dan Faris menghantar pemergian Dr. Jagjit Singh sebaik upacara pembacaan wasiat dilakukan baru sebentar tadi. Rata2, semuanya berpuashati dengan pembahagian yang telah dilakukan oleh arwah Tengku Mansor.


“Okey, now, let’s join us for a tea. Lama betul kita tak berkumpul satu keluarga macam ni..” Tengku Khursiah tersenyum lebar, sambil menarik lengan Puan Emily menuju ke dapur. Hidangan minum petang telah disediakan. Tengku Ratna membuntuti langkah ibu dan ibu tirinya.


Tengku Kamil dan Faris berpandangan. Masing2 tersenyum kemas.Faris menyeluk tangannya ke dalam saku seluar jeansnya. Tengku Kamil dipandang.


“Thanks…and…sorry…” Faris menarik senyum kelat. Tengku Kamil senyum kembali, lalu bahu Faris ditepuk.


“It’s okay,” Tengku Kamil menepuk2 bahu Faris lagi.


“I shouldn’t suspect you in the first place. I’m really sorry…” sungguh2 Faris menyatakan maafnya. Nafas kesal dihela berat.


“Kalau aku ditempat kau pun, aku akan fikir perkara yang sama..” kata Tengku Kamil.


“Tapi..yang hairannya, kemana orang suruhan mummy menghilang? Kau tak dengar apa2 berita?” soal Faris pula. Tengku Kamil menggeleng.


“Kami pun malas nak ambil tahu pasal diorang berdua. Bukan tak ada orang lain yang mahu bekerja di sini lagi,” jawab Tengku Kamil acuh tak acuh. Langkah mereka kini diatur menuju ke dapur.


“Aku pun kena minta maaf dengan mummy sebab pernah syak dia yang menjadi dalang. Agak2 kau, mummy nak maafkan aku tak?” soal Faris dengan wajah kelat. Terasa bersalah kerana menuduh ibu tirinya tanpa usul periksa.


“Err…yang tu, aku tak tahu. Kau kena cuba nasib kau dulu..” Tengku Kamil ketawa kecil. Lama tidak berbual dengan Faris yang pada pandangannya sudah berubah berbanding Faris yang dulu. Faris kini lebih merendah diri. Tahu menuturkan kata ‘MAAF’ bila perlu. Tidak seperti dahulu, asyik dia sahaja yang menang, dia sahaja yang betul!


“Emm..one more thing, pasal cek tu…” langkah mereka mati di pintu ruang tamu kedua sebelum menuju ke dapur. Masing2 berpandangan serius.


“Thanks…” ucap Faris. Di matanya, terbayang wajah Dol, Abu dan Aishah.


“The money is yours. Aku cuma jalankan amanah kau,” kata Tengku Kamil lagi. Faris senyum lagi. Ada sedikit rasa kesal kerana gagal menemui mereka bertiga selepas dia tersedar dari  kecederaannya. Tapi, niat hatinya tetap mahu mencari mereka bertiga selepas semuanya selesai nanti.


“Tapi….kenapa kau bagi banyak sangat? RM1 Juta sorang. Total is RM3 million! Have you lost your mind? Bagi duit sebanyak tu pada orang yang tak ada kena mengena langsung dengan kita!” kata Tengku Kamil lagi.


Faris senyum kelat, memandang wajah Tengku Kamil. Kocek seluar belakangnya kini diseluk pula. Satu keluhan berat cuba dilepaskan.


“They meant so much for me, my big brother,” ujar Faris perlahan, penuh makna. Mata Tengku Kamil pula yang tidak berkedip kini. Di renung mata Faris. Besar sangatkah erti mereka bertiga kepada Tengku Faris? Tengku Kamil kurang mengerti. Faris senyum kelat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 09:22 PM | Show all posts
Faris merenung jauh ke seluruh pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari balkoni rumahnya. Menara berkembar KLCC menjadi lilin menerangi seluruh kawasan sekitarnya. Banglo Faris yang terletak kira2 di lereng tanah tinggi, membolehkan isi rumah itu menikmati satu pemandangan yang indah dari celah kesibukan kotaraya itu.


Malam yang kian larut tidak memberi impak kepada Faris. Dia masih berdiri di balkoni biliknya merenung alam dengan mata yang masih segar. Jiwanya terasa begitu kosong. Selepas maghrib tadi, Puan Emily sudah menyatakan bahawa mereka akan pulang ke London dengan menaiki kapal terbang esok pagi.


Begitu cepat tindakan mama tanpa memberitahunya. Belum sempat pun dia hendak bernafas tenang di bumi kelahirannya itu. Faris diam membisu bila mama memberitahunya akan penerbangan mereka esok hari.


Jika dia pulang ke London, kesnya pasti akan terus ditutup. Meskipun hatinya bergelodak mahu mengetahui siapa sebenarnya si Hazriq Iqbal, tetapi, separuh hatinya lagi menyatakan bahawa semuanya sudah tamat dengan kematian Hazriq Iqbal. Faris terasa berat hati mahu meninggalkan bumi Malaysia yang terasa sudah sebati dengan jiwanya.


Tapi, mama pula bagaimana nanti? Haruskah dia membiarkan mama pulang seorang diri ke London? Membiarkan mama menguruskan sendiri perniagaan mama dan perniagaan yang telah ditinggalkan oleh arwah papa kepadanya di London?


Aishah? Hatinya serta merta dipagut pilu sebaik terkenangkan nama itu. Wajah manis itu serta merta muncul diingatannya. Gelak tawa, gurau kasar dan  kata cerca gadis itu terhadapnya menjengah ruang minda satu persatu. Tanpa sedar, Faris mengukir senyum bahagia.


Mengingati wajah manis itu, membuatkan hatinya yang berkecamuk menjadi tenang. Aishah! Gadis muda yang baru meningkat usia itu terus memenuhi kotak kenangannya. Di mana dia sekarang? Masih makan mee meggi besama Abu dan Dolkah? Senyuman Faris kian lebar.


Atau sedang membasuh kemeja kelabu kesayangannya setelah kemeja biru gelapnya aku jadikan sauk ikan? Atau mungkin sedang mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala yang dikongsi bersama Abu? Atau mungkin juga sedang membelek telefon Dol mahu mencari nombor telefon untuk dihubungi?


Aishah…mengapa kau tak datang menjengah aku  waktu aku sakit dahulu? Pasti hati kau yang degil tu takkan pernah sedar tentang persahabatan kita. Hati kau tu hati batu. Hati kering. Langsung tak mahu mengerti betapa sayangnya aku pada kau…


Aishah…kau tetap akan berada di dalam sudut hati aku sampai bila2. Faris terdiam sejenak. Langit kelam suram direnung lagi. Perlukah aku mencarinya? Hati Faris berdetak2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 08:18 AM | Show all posts
yess faris...faris mesti cari aisyah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.122505 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list