CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: novelloverzz

Peristiwa Dunia, Mitos & Sejarah

  [Copy link]
Post time 6-8-2013 08:55 AM | Show all posts
cikatilia posted on 6-8-2013 08:20 AM
Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning men ...

teringat time balajar sejarah kat skolah dulu pasal Dol Said ni

nice info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2013 09:43 AM | Show all posts
anmz76 posted on 6-8-2013 08:55 AM
teringat time balajar sejarah kat skolah dulu pasal Dol Said ni

nice info.

kan??
dulu kami adik beradik mak  belikan buku2 sejarah pahlwan2 melayu

so byk belajar
tp.. dah lupa la kot

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 11:33 PM | Show all posts
@cikatilia @novellover @bianglala
SELAMAT HARI RAYA UOLS..
DAN SEMUA GENG THREAD PD..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
KALAU ADA TERSILAP BAHASA, TERGURIS PERASAAN MAAFKAN IOLS..

Comments

selamat hari raya jarikuku...  Post time 7-8-2013 02:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 11:41 PM | Show all posts
jarikuku posted on 6-8-2013 11:33 PM
@cikatilia @novellover @bianglala
SELAMAT HARI RAYA UOLS..
DAN SEMUA GENG THREAD PD..

selamat hari raya.. psstttt uols, buatlah uacapan kat sini.

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 05:13 AM | Show all posts
bianglala posted on 6-8-2013 11:41 PM
selamat hari raya.. psstttt uols, buatlah uacapan kat sini.

http://mforum.cari.com.my/fo ...

Kita ni Pemalu orgnya.. Hehehehe
Xpe la iols wish kat thread ni je la..
Ala2 private and confidential gituw..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 10:01 AM | Show all posts
7 Ogos 1965
SINGAPURA DIKELUARKAN DARIPADA MALAYSIA.


Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia.


Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep Malaysian Malaysia.


Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa 13 Mei.’


Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama.


Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.


Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.


Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.

Sumber: http://mymassa.blogspot.com/2013/05/presiden-melayu-pertama-singapura.html

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemisahan_Singapura_daripada_Malaysia






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2013 11:11 AM | Show all posts
jarikuku posted on 6-8-2013 11:33 PM
@cikatilia @novellover @bianglala
SELAMAT HARI RAYA UOLS..
DAN SEMUA GENG THREAD PD..


selamat hari raya tu yu all noks
maaf jika sebarang posting mengganggu perasaan serta mengguris jiwa raga


nak duit raya pliss
wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 11:18 AM | Show all posts
anmz76 posted on 7-8-2013 10:01 AM
7 Ogos 1965
SINGAPURA DIKELUARKAN DARIPADA MALAYSIA.

macam mana agaknya kan if spore masih dlm msia sampai skarang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2013 11:25 AM | Show all posts
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_runtuh_Cameron_Highland_2011

Tanah runtuh Cameron Highland 2011 berlaku pada jam 5.45 petang, hari Ahad, 7 Ogos 2011 di Perkampungan Orang Asli , Sungai Ruil, Brinchang, Cameron Highland, Pahang, Malaysia.Puncanya kerana hujan lebat selama satu jam tanpa henti. Tanah runtuh berlaku ketika mereka sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa dan menunggu waktu berbuka.
Enam buah rumah Orang Asli suku Semai tertimbus dan tiga rumah lagi terbenam terus. Tujuh mangsa maut termasuk empat wanita dan 3 parah (2 lelaki dan 1 wanita ).Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.
Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 rumah yang didiami kira-kira 1,300 penghuni dan juga perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini.Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia pada 8 Ogos 2011.
[1]





al-fatihah kepada mangsa2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 12:22 PM | Show all posts
cikatilia posted on 7-8-2013 11:25 AM
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_runtuh_Cameron_Highland_2011

Tanah runtuh Cameron Highland 201 ...

ni ada tambahan beberapa artikel dari paper pasal tanah runtuh ni

TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS: KEMENTERIAN TUNGGU LAPORAN PENUH - DOUGLAS UGGAH
SRI AMAN, 8 Ogos (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
akan mendapatkan laporan lengkap mengenai kejadian tanah runtuh di Cameron
Highlands sebelum mengambil tindakan lanjut.
    Menterinya Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata beliau sudah mengarahkan
pegawainya membuat siasatan penuh secepat mungkin.
    "...ia berlaku semalam dan bila ada maklumat lanjut baru kita tahu apa
sebenarnya berlaku," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
    Beliau diminta mengulas mengenai tragedi tanah runtuh yang mengorbankan
tujuh nyawa di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang, Cameron
Highlands petang semalam.
    Kejadian 5.45 petang itu yang menyaksikan tiga rumah ditimbus tanah dan
lumpur susulan hujan lebat turut menyebabkan dua lagi cedera parah.
    --BERNAMA

NAJIB UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di perkampungan
Orang Asli Sungai Ruil di Cameron Highlands semalam.
    Beliau urut menzahirkan rasa sedih dengan tragedi yang telah meragut tujuh
nyawa termasuk empat wanita, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Perdana
Menteri hari ini.
    Dua lagi mangsa mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan lanjut di
Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
    Najib turut memuji kecekapan pasukan operasi mencari dan menyelamat yang
mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan mangsa.
    -- BERNAMA

SEORANG TERKORBAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita terkorban manakala seorang
lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam satu kejadian tanah runtuh di
perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, lewat petang
tadi.
    Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata kejadian yang
berlaku pada pukul 5.45 petang tersebut melibatkan lima buah rumah penduduk
kampung.
    "Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital
Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di
sini malam ini.
    Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri
tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan
Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
    -- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 12:29 PM | Show all posts
cikatilia posted on 7-8-2013 11:18 AM
macam mana agaknya kan if spore masih dlm msia sampai skarang..

kalau S'pore ada lagi dalam Mesia, rasanya sure Alvin ngan Vivian tak kena masuk jail
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 12:37 PM | Show all posts
anmz76 posted on 7-8-2013 12:29 PM
kalau S'pore ada lagi dalam Mesia, rasanya sure Alvin ngan Vivian tak kena masuk jail


hahaha

alvivi gak penyambung hubungan temasek dgn malaya
by the way selamat hari raya anmz76


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2013 02:37 PM | Show all posts
anmz76 posted on 7-8-2013 10:01 AM
7 Ogos 1965
SINGAPURA DIKELUARKAN DARIPADA MALAYSIA.

mmg patut pun singapore OUT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2013 02:39 PM | Show all posts
cikatilia posted on 7-8-2013 11:25 AM
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_runtuh_Cameron_Highland_2011

Tanah runtuh Cameron Highland 201 ...

al-fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 10:56 PM | Show all posts
cikatilia posted on 7-8-2013 12:37 PM
hahaha

alvivi gak penyambung hubungan temasek dgn malaya

selamat hari raya tuk ko gak cikatilia and semua forumer yng follow thread HARI INI DALAM SEJARAH.
tak lupa juga pada momod novell yang senantiasa bermurah hari memberi tacang

maaf zahir batin
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 08:13 AM | Show all posts
Selamat hari raya...

Comments

selamat hari raya...  Post time 10-8-2013 07:04 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2013 11:00 PM | Show all posts
8 OGOS 1967

ASEAN DITUBUHKAN SECARA RASMI

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Sumber: wikipedia

Negara-negara Pengasas ASEAN
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Negara Anggota ASEAN Dan Tarikh Kemasukan

Malaysia                        8 Ogos 1967
Indonesia                       8 Ogos 1967
Filipina                           8 Ogos 1967
Singapura                      8 Ogos 1967
Thailand                         8 Ogos 1967
Brunei Darussalam       7 Januari 1984
Vietnam                         28 Julai 1995
Laos                                23 Julai 1997
Myanmar                       23 Julai 1997
Kemboja                         30 April 1999

Sejarah

ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara  ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan  Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.  Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi  Bangkok.  Deklarasi  ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN.  Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).

Rantau ASEAN  mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.

Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura.  Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto.  Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam menentukan kewujudan ASEAN.  Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama di kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar  (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.

Matlamat Penubuhan ASEAN

Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.
Kerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan

Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan ialah:

ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.
Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.
Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi

Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:

Projek Industri ASEAN 1976.
Skim Pelengkap INdustri ASEAN 1981.
Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983.
Kawasan PErdagangan Bebas Asean (afta) 1992.
Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT) 1993.

Sidang Kemuncak ASEAN dan Negara Tuan Rumah

Sidang Kemuncak Pertama – Bali, Indonesia (1976)
Sidang Kemuncak Kedua  - Kuala Lumpur, Malaysia (1977).
Sidang Kemuncak Ketiga – Manila, Filipina (1987).
Sidang Kemuncak Keempat – Singapura (1992).
Sidang Kemuncak Kelima – Bangkok, Thailand (1995).
Sidang Kemuncak Keenam – Hanoi, Vietnam (1998).
Sidang Kemuncak Ketujuh – Bandar Seri Bagawan, Brunei (2001)
Sidang Kemuncak Kelapan – Phnom Penh, Kemboja (2002).

Sidang Kemuncak ASEAN Dengan Rakan Dialog

Sidang Kemuncak ASEAN+3 Pertama – Kuala Lumpur, Malaysia (1997).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kedua – Bangkok, Thailand (1998).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ketiga – Manila, Filipina (1999).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keempat – Singapura (2000)
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kelima – Bandar Seri Begawan, Brunei (2001).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keenam – Phnom Penh, Kemboja (2002).

Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1060-pengenalan.html


Asean Anthem
aku pun baru tahu ASEAN ada lagu tema


Asean Wiki Articles

Last edited by anmz76 on 8-8-2013 11:01 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2013 11:08 AM | Show all posts
10 OGOS 1511
JATUHNYA KERAJAAN MELAKA KEPADA PORTUGIS


Setelah menakluki Goa, Portugis mendapati bukan India tetapi sebaliknya Asia Tenggara yang boleh memberi kekayaan kepada mereka. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice.

Bagi mengukur kekuatan Melaka, Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan. Penduduk Melaka tidak pernah melihat orang Eropah sebelum ini dan apabila kelasi-kelasi Portugis itu medarat, orang-orang Melayu mula mengerumuni mereka. Mereka amat terpegun dengan paras rupa serta warna kulit orang-orang Portugis ini. Mereka mula menyentuh janggut perang orang Portugis, mengusap kepala dan memegang tangan mereka dan menggelar mereka sebagai Benggali Putih.

Setibanya angkatan Portugis, Bendahara Melaka telah menerima kiriman warkah dan hadiah yang dibawa untuk dipersembahkan kepada Sultan. Pada mulanya, tetamu ini dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab Muslim mendesak Sultan dan Bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Portugis dan menyerang angkatan laut mereka. Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan mereka. Setelah mendapati rancangan mereka telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.

Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka. Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru. Setelah mendapat berita yang D’ Albuquerque dan angkatannya telah melepaskan tembakan meriam ke atas Melaka, Sultan Mahmud Syah menuntut penjelasan tentang tindakan Portugis ini. D’ Albuquerque menuntut pembebasan orang-orangnya yang ditawan dan bayaran pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung. Sultan Mahmud Syah menggunakan pelbagai helah dan melengah-lengahkan masa bagi memperkukuhkan lagi kubu pertahanan serta mempersiapkan segala bekalan di kedua belah bahagian Melaka yang dipisahkan oleh sungai. Pihak Portugis hilang sabar dan mengambil keputusan untuk membakar sebahagian rumah yang terletak di persisiran pantai serta kapal-kapal perdagangan yang sedang berlabuh kecuali tongkang-tongkang China dan kapal-kapal India dari Tanjung Kormorin.

Justeru, Melaka membebaskan semua tawanan akan tetapi D’ Albuquerque masih belum berpuas hati. Dia mengarahkan satu serangan dilakukan ke atas kota Melaka. Kota Melaka terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian utama kota dan bahagian pinggir kota di seberang sungai di mana para pedagang menetap. D’ Albuquerque merancang untuk menguasai jambatan yang menghubungkan kedua bahagian kota ini bagi menghalang mereka daripada saling bantu membantu di antara satu sama lain. Serangan tersebut dilancarkan pada 25 Julai 1511. Beliau sendiri mengetuai sepasukan beberapa ratus anggota tentera ke bahagian utara kota manakala sepasukan lagi bertindak menyerang jambatan. Maka berlakulah pertempuran sengit di antara tentera Portugis dengan tentera Melayu dan Jawa, yang mengakibatkan ramai yang cedera parah atau terbunuh. Pihak Portugis akhirnya terpaksa mengundurkan diri kembali ke kapal mereka dengan membawa askar yang tercedera. Serangan pertama mereka gagal.

Selang beberapa hari kemudian, D’ Albuquerque menyerang Melaka sekali lagi dan akhirnya Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511. Justeru, Sultan Mahmud Syah dan keluarganya berundur ke Ulu Bertam, Pahang. Pengunduran Sultan ke Ulu Bertam membolehkan pihak Portugis melenyapkan saki-baki tentangan dari tentera diraja yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Gujerat dan India. Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota serta membunuh sesiapa sahaja yang disyaki menentang mereka, tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Orang-orang dari Pegu, Burma dan orang-orang Hindu dari Tanjung Kormorin dibenarkan meninggalkan Melaka tetapi terpaksa menyerahkan segala harta benda mereka kepada Portugis.
Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.

Bagi mempertahankan dan memperkuatkan lagi pengkalan Portugis, Alburquerque telah membina sebuah kubu yang terletak di antara kawasan tanah tinggi dan Sungai Melaka. Kubu tersebut dikenali sebagai A Farmosa. Beratus-ratus pekerja, hamba dan tawanan perang telah dikerah untuk membina kubu tersebut. Batu-batu daripada masjid-masjid yang telah musnah dan makam-makam diraja telah digunakan untuk membina tembok tebal kubu ini. Di dalam kubu tersebut dibangunkan pula Istana Gabenor dan istana Paderi Besar, kamar Dewan Kerajaan, beberapa gereja, berek-berek, dua buah hospital, biara dan sebuah penjara.
Alburquerque juga telah berjaya menghapuskan tentangan dari Utimutiraja, Sultan Ahmad dan orang-orang Jawa yang ingin merampas Melaka kembali dari tangan Portugis. Beliau telah melantik Rui de Brito sebagai Gabenor dan Nina Chattu sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudiannya memastikan keamanan serta aktiviti perdagangan dipulihkan dengan menggalakkan pedagang-pedagang membuka kembali perniagaan mereka. Selain itu, beliau juga telah menghantar beberapa misi persahabatan ke Siam, Jawa, China dan Kepulauan Maluku. Magellan, yang merupakan orang pertama belayar ke seluruh dunia dari tahun 1519 hingga ke tahun 1522, adalah salah seorang pegawai Albuquerque ketika penawanan Melaka.

Bagi memastikan perdagangan berjalan lancar, Albuquerque telah memperkenalkan mata wang yang baru di Melaka. Walaupun aktiviti perdagangan secara amnya dijalankan secara barter, terdapat juga beberapa urus niaga yang dijalankan dengan menggunakan wang timah Melayu. Wang baru yang diperkenalkan oleh Portugis adalah dalam bentuk timah atau tembaga, perak dan emas.
Apabila beliau telah berpuas hati dengan keadaan di Melaka, Albuquerque pun kembali ke markasnya di Goa. Beliau meninggalkan Melaka pada Januari 1512, membawa bersamanya kesemua khazanah Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja dan Permaisuri Portugal. Walau bagaimanapun, kapalnya, Flora de la Mar, telah dilanda badai di perairan barat Sumatra. Hampir kesemua barang-barang yang dibawanya hilang, namun beliau bernasib baik kerana terselamat dari bencana tersebut.


Sumber:  http://hi-storyonline.blogspot.com/2011/06/kedatangan-orang-orang-portugis-1511.html











Last edited by anmz76 on 10-8-2013 11:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2013 11:13 AM | Show all posts
sambungan posting kat atas. Youtube mengenai Melaka





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2013 07:04 PM | Show all posts
anmz76 posted on 7-8-2013 10:56 PM
selamat hari raya tuk ko gak cikatilia and semua forumer yng follow thread HARI INI DALAM SEJARAH. ...

selamat hari raya..terima kasih sebab sudi memeriahkan thread HARI INI DALAM SEJARAH.. x lupa juga pada @cikatilia dan @jarikuku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.281691 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list