CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hidden_fear

TRIUMPH IN THE SKIES starting 29 march @ TV3

[Copy link]
Post time 3-5-2006 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by penglipur at 3-5-2006 01:55 AM
benci donaldddddddd!!!!!!!!!!
suka kt isaac ngan zita lagik!!!



jgn ah menci donald...aku suka dia..isaac pun aku suka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 09:23 AM | Show all posts

episod 23 - selasa

kat bilik isaac, chris & roy dok tanya2 lagi isaac ni pasal zita. tanya isaac pun betul2 ke sukakan zita. kat bawah, tgh donald borak2 dgn zita, tiba2 tina call. zita kena balik. donald pun pegi la naik bilik isaac. budak2 tu pun mcm kelam kabut la nak cover.

donald tanya pendapat kawan2 dia.. donald kata dia ada barang utk zita. gelang tangan. satu utk zita satu utk donald. dia beli masa diorg cuti ke jepun dulu. & chris, roy & isaac mcm nak tolong donald utk dptkan zita. isaac kata, donald tak patut mengalah. kena cuba lagi. & donald kata, 1 hari nanti bila zita pakai gelang tu, tau la diorg yg zita dah terima dia.

diorg kena pegi australia lagi utk training. zita duduk dgn taylor. si roy, chris, donald & isaac duduk sekali. donald asyik pusing belakang je nak tengok zita. & tanya agak2 nak tak taylor tu tukar tmpt duduk dgn dia. chris jawab, kalau donald buat mcm tu, karang zita yg tukar tempat ke diorg.

taylor nak pegi toilet. sblm tu zita keluarkan music box yg isaac kasi. taylor kata, zita suka lagi dengar lagu tu. sbb dulu masa zita kecik2, taylor sll mainkan lagu tu utk zita. zita kata.. mcm lagu & music box tu bermakna sgt utk dia. kebetulan si isaac bangun nak pegi toilet gak. dia pun terkejut bila nampak zita mcm leka dok dgr music box tu.

kat australia, ada sekali tu zita pesan kat isaac, nak jumpa isaac lepas habis kelas. petang tu zita nak ke library. tengok2 donald dah tunggu. donald kata nak jumpa zita. suruh zita datang tepi pantai. waktu tu isaac lalu. & isaac dgr apa yg donald kata. bila donald dah pegi, zita carik isaac. tapi tak jumpa. zita pun masuk library. rupanya isaac pun kat library. tapi zita tak nampak. isaac mcm terkejut sbb zita sepatutnya pegi jumpa donald. sampai sudah zita tak pegi.

esoknya pun mcm tu jugak. donald pesan kat zita nak jumpa. zita tak pegi. then budak2 tu buat plan nak ajak zita keluar makan. donald je yg ada. isaac, chris & roy main bola keranjang. tiba2 zita call. isaac kata diorg tak boleh pegi sbb roy sakit perut. & diorg ada kat hospital skrg. zita dah risau. tapi dia tunggu jugak makan dgn donald. dia pun dah dpt agak budak2 tu kenakan dia. donald cuba kiss zita. terus zita marah & keluar.

donald tunggu lagi zita kat tepi pantai. zita mcm termenung. isaac datang & kata nak mintak zita temankan dia. zita pun laju je ikut. naik basikal. tapi bila dah sekerat jalan, zita baru perasan jalan tu bukan mcm ke tmpt yg isaac kata nak pegi. tapi mcm menghala ke pantai. zita kata kalau isaac nak bawk dia jumpa donald, dia tak nak. masa kat sini lah zita tanya isaac.. isaac pun suka kat dia tak. isaac jawab tak rasanya. isaac kata mungkin cara dia yg buat zita salah faham. masa ni nampak zita frust sgt.

si donald lak.. nak melintas jalan. sambil pegang gelang. tak perasan ada kereta lalu. kena langgar. tapi tak la teruk. dia tunggu jugak zita. tak lama zita sampai. zita marah la. kenapa bodoh tunggu dia? donald kata sbb dia tau zita akan datang jugak. tgh cakap2 tu kaki donald mcm terhencut2. & tiba2 hidung donald keluar darah. donald cakap la dia takde apa2. cuma accident sikit. terus zita tarik dia pegi hospital.

donald mintak tolong zita carik gelang yg tercampak waktu dia accident. zita pegi dgn isaac. & waktu nak carik tu..diorg ternampak kat pasir2 tepi pantai tu.. donald susun batu2.. bentuk tulisan.. donald love zita kalau tak salah. zita mcm sikit terharu.

esoknya donald boleh keluar hospital dah. zita datang awal. dia tunjuk, dia dah jumpa gelang tu. & dah pakai pun. donald happy sgt. & zita pakaikan donald 1 lagi. zita kata dia dah nampak batu2 tu. donald kata, dia buat waktu tunggu zita. zita kata... nanti lepas ni, biar dia pun sama2 karang kata2 seterusnya. bila roy, chris & isaac datang, diorg usik donald & zita.

diorg balik ke hong kong. dlm flight.. tertanya apasal la lama sgt donald pegi toilet. tak lama tu taylor datang & kata  dia dah tukar tmpt duduk dgn zita. tina pun usik donald & zita.

zoe, sam, bell & vincent plan pegi berkhemah. sblm tu paul perasan yg zoe demam. zoe kata takde apa. diorg berkhemah kat tepi pantai. malam tu dlm khemah.. vincent kata kat bell.. esok2 mesti lagi best kalau diorg pegi dgn anak2. sam pulak.. masa tgh susun2 barang2 dlm khemah tu, sam pegang tangan zoe ke & baru sedar yg badan zoe panas. sam suruh zoe tidur & dia ambik air nak basahkan tuala nak letak kat kepala zoe.

zoe mintak sam kejutkan sbb dia nak tengok matahari terbit dgn sam. sam tak tidur. duduk je tepi zoe tengok zoe. sampai zoe dah terjaga balik. & lama2 sam ajak zoe keluar. sam dukung zoe sambil jalan2 tepi pantai.. sampai la matahari terbit. zoe kata.. mcm bermakna la tengok tu. sam kata, tiap2 hari pun boleh tengok.. kalau bangun awal. zoe tanya.. bagi sam tak bermakna ke? mcm tak kira ke tengok dgn sapa2 pun? sam betulkan ayat.. kata.. sbnrnya buat apa2 pun.. lebih bermakna kalau buat sama2 dgn org yg disayang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 09:24 AM | Show all posts
betul ke isaac mmg tak suka kat zita ek? ke sbb dia lebih pentingkan frenship dgn donald?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 3-5-2006 09:24 AM
betul ke isaac mmg tak suka kat zita ek? ke sbb dia lebih pentingkan frenship dgn donald?

rasenyer kan isaac ske ngan zita, tapi sebab dia tgk donald lebih ske zita & sanggup buat aper utk zita 2 yg dia sacrifice tuh. mungkin dia rase donald lebih berhak kot. chewah jiwang lak. sebab bagi mulan pun, mulan akan buat cam isaac gak.

lagipun rasenyer isaac ngan zita tak berapa sesuai ler.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 11:42 AM | Show all posts

Reply #364 miss_mulan77's post

mulan. camtu.. abang & adik sama je la ek? dua2 sanggup korban utk kawan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 3-5-2006 11:42 AM
mulan. camtu.. abang & adik sama je la ek? dua2 sanggup korban utk kawan.

hehehe dah ader dalam gen diorg kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2006 07:35 PM | Show all posts
ari ni bnyk psl vincent,bell,sam,zoe jer...
boring sket...
tp still tak suka donald ngan zita
zita langsung tak couple ngan isaac ke dlm citer ni??huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 08:19 AM | Show all posts
smlm...  sam susah payah gak nak dptkan sign, padahal sblm tu cover malu konon nak gi toilet...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2006 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 4-5-2006 08:19 AM
smlm...  sam susah payah gak nak dptkan sign, padahal sblm tu cover malu konon nak gi toilet...   


hehehehe...kalau t-qah jadi sam pun t-qah malu nak pi ambik sign tu...yer la, semuanya budak2 muda...eason tu siap panggil sam pakcik lagi... :-) :-)
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by atiqah_bea at 4-5-2006 08:29 AM


hehehehe...kalau t-qah jadi sam pun t-qah malu nak pi ambik sign tu...yer la, semuanya budak2 muda...eason tu siap panggil sam pakcik lagi... :-) :-)

hehehe time nih klaka betul sebab sam siap jerit nama eason lagi. terus org bagi laluan. eason siap tanyer lagi nak bagi saper anak ker adik. sam selamber jer cakap utk awek dia. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 09:37 AM | Show all posts

episiod 24 - rabu

bell rasa mcm dia pregnant. tapi dia takut nak check. bell & zoe ada jumpa anak angkat diorg tu.. si san yi ke. masa budak tu tgh main, mak budak tu kata.. mcm beban la jugak waktu nak pregnant dulu. macam ada tekanan. & skrg bila si san yi tu tak cakap2, dia risau sgt. bell pun dah mcm takut. bell ada beli pregnancy test. tapi tgh teragak2 kat toilet nak test, vincent dah ketuk pintu.. sbb bell lama sgt kat dlm toilet. tak lama tu hp bell bunyi.

waktu bell jawab hp, vincent masuk bilik air. vincent terjumpa alat utk pregnancy test yg bell sorokkan kat bawah2 towel. vincent dah dpt agak. bila bell masuk bilik tengok vincent ada kat katil. si bell mcm kelam kabut sikit. tak nak cakap dgn vincent. mcm a bit stress.

bell cerita kat ruby. ruby la yg suggest dia beli pregnancy test tu. waktu tgh break ke.. ruby, zoe & sorang lagi housemate tgh makan. paul datang bawakkan makanan utk ruby. waktu tu diorg tgh cakap pasal baby, barang baby yg mahal. bila dok cakap2 pasal baby mcm tu, paul ingatkan ruby dah pregnant.

malam tu paul belek je buku bank. zoe masuk bilik paul & tegur byknya duit paul. paul kata, duit tu tak cukup lagi. skrg semua barang dah mahal. & dia nak main saham. zoe kata kawan sam ada yg keje bab2 saham tu. paul suruh zoe tolong laburkan semua duit tu.  esoknya diorg pegi shopping. paul belek2 makanan bayi.. sambil merungut mahalnya.

balik tu diorg lalu satu tmpt & ramai org kerumun. & masing2 mengeluh kata harga saham jatuh teruk. paul terdengar dia dah kelam kabut & suruh zoe call cepat2 kawan yg uruskan saham yg paul dah beli. zoe kata, dia tak laburkan pun saving paul tu.. sbb duit paul byk sgt & dia takut.    zoe desak2 kenapa paul nak sgt duit.

malam tu ruby kat bilik tgh buat keje sambil minum teh. tengah nak minum zoe masuk bilik & cepat2 tegah ruby minum air tu. zoe kata la air tu tak elok utk baby bla bla bla. & kata yg paul sampai buat byk keje lain semata nak carik duit lebih.

ruby turun bawah & jumpa paul. ruby kata, dia cuma nak anak. tapi tak nak suami. paul pujuk la mcm2 kata dia sanggup nak jaga dua2.. lama2 ruby kata, mungkin kalau paul hensem sikit & kaya sikit.. dia akan pertimbangkan. tapi hensem pun, lama2 tua jugak. duit boleh dicari. maknanya ruby dah terima paul. tapi ada probation period 3 bln lagi hhehe. takde sapa boleh tau kecuali zoe.

bell jumpa mak san yi. mak san yi kata.. mmg la mula2 dia rasa tertekan. tapi bila dah lama2 dia happy. & lepas dia lahirkan san yi.. dia nangis. bukan sbb sakit tapi sbb dia happy sgt. & kalaupun anak dia tak boleh cakap, dia tetap akan jaga sbb tu anak dia. & tiba2 mcm anak dia jatuh kot masa main2. & masa tu tiba2 san yi panggil `mama'. mak san yi happy sgt.

balik tu bell terus cakap kat vincent yg dia rasa dia pregnnt. & vincent kata dia dah dpt agak. tapi sbb dulu bell penah kata tak sedia lagi, tu yg vincent pun tak nak tanya sgt. & diorg pegi jumpa doktor buat check up.

sam & zoe pulak.

sam baru parking kereta. nak masuk ofis. tiba2 ada call. kat area situ jugak, ada sorang penyanyi ni. ramai peminat dok kerumun & mintak autograph. waktu dah sampai dekat kereta sam, kebetulan sam tgh cakap kat phone, `tolong sign utk sam'. si penyanyi tu, eason.. sign la autograph kat cermin kereta sam. sam dah pepelik. eason tanya sam.. apa pendapat sam tentang lagu dia  tajuk lebih kurang `hari ini di tahun depan' ke.  sam jawab, dia bukan ahli nujum & dia tak tau apa akan jadi tahun depan. & dia tak kenal pun eason tu sapa.

kat airport, department zoe kena kawal peminat eason ni. waktu eason dah sampai2, diorg tolak2.. zoe pun tertolak. eason kata, jgn tolak gadis tu (zoe). zoe dah suka. eason tanya zoe, nak autograph dia tak? zoe kata dia tgh keje. eason jemput zoe datang ke majlis pelancaran album esoknya.

zoe mintak tolong sam ambikkan autograph eason sbb esok si zoe keje & sam lak tak keje. sam angguk je. esoknya sam pegi shopping complex. nak cuba mintak tolong yg beratur tu, masing2 tak nak. siap panggil sam pakcik lagi. & sorang tu kata.. kalau dah rabun tu tak payah pakai spek hitam. cuba tengok kat belakang sana tu.. beratur kat sana.

masa sam tgh nak beratur, sambil bawak cd, tiba2 henry lalu & panggil sam. tanya nak mintak autograph ke? sam kata.. tak.. nak carik toilet. henry ajak sam minum.

kat rumah bell, zoe kata yg sam tolong dia ambikkan autograph. coco kata dia pun nak. zoe cuba call sam dah tak dpt. rupanya masa tu sam dah kat lif nak ke rumah vincent. sam mintak maaf kat zoe sbb dia tak dpt autograph eason. zoe kata takpe. tapi nampak dia mcm frust. sam kata.. tapi dia ada belikan hadiah utk zoe. coco kata.. dia lagi suka dpt hadiah dari dpt autograph.

diorg tanya apa yg sam kasi. sam sebut. diorg semua dah kata.. romantiknya. sbb yg sam sebut tu.. 1 nama perfume. zoe pun dah happy sgt. coco tanya.. kenapa balut tu mcm buku je. sam kata, mmg la buku. muka masing2 dah berubah. tapi zoe cepat2 kata.. dia suka. masa zoe pegi toilet, baru sam tau.. bila dia sebut nama buku tu.. dia tak tau pun sama nama dgn perfume. sblm tu vincent tanya sam.. tau tak apa yg zoe suka. sam jwb, zoe mestilah suka apa yg sam suka.

esoknya sam & zoe makan kat 1 cafe. zoe kata, teh kat gerai lagi sedap dari kat cafe tu. sam tanya apa yg zoe suka. zoe kata.. apa yg dia suka dah ada kat depan. sam tanya dah baca ke novel tu? zoe kata dah. bila sam cerita2.. lama2 zoe mengaku dia tak mula baca lagi. tapi dia bawak kemana2 je buku tu. & zoe keluarkan buku tu.

kebetulan tiba2 dgr org riuh sgt. rupanya eason lalu. zoe tengok je. sam tanya nak keluar ke? zoe kata tak. tiba2 terus sam ambik novel tu & lari keluar. rupanya sam nak dptkan autograph eason. tapi org ramai sgt kerumun. zoe kat atas dah kata kat sam tak payah. dia tak mau. sam tak dgr. sbb sam tak dpt jugak pegi kat eason lama2 dia jerit nama eason. semua org tengok sam. & waktu tu la sam pegi kat eason & kata dia nak kan autograph eason.

eason tanya.. utk isteri ke utk anak. sam kata utk gf. & sam kata.. lepas ni dia akan beli album eason & tengok konset eason. bila sam kasi balik buku tu kat zoe.. zoe happy & peluk sam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 09:39 AM | Show all posts

Reply #370 miss_mulan77's post

dlm dia tak romantik.. sekali buat camtu utk zoe.. ishh ehhehe. terharu seh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 11:40 PM | Show all posts

khamis

doktor sahkan yg bell sbnrnya tak pregnant. bell mcm frust. vincent usik, kata hari tu mcm risau bila tau pregnant. tapi bila takde.. mcm sedih pulak.

ruby & paul duduk kat sofa. paul nak pegang tangan ruby. tapi tiba2 si zoe turun. cepat2 paul tarik tangan dia. zoe ada date dgn sam. bila zoe dah keluar, diorg duduk rapat.. kata malam tu cuma diorg je ada. tiba2 si zita lak turun. kelam kabut lagi diorg. si zita nak pegi rumah budak2 tu. elok je zita keluar, paul & ruby senyum lebar sbb dah takde sapa lagi dah. baru diorg nak duduk rapat, tiba2 ada org masuk. rupanya si bell datang. si paul cepat2 kekonon tgh cakap kat phone. si ruby lak betul2kan sofa. muka masing2 dah berubah bila bell kata nak makan kat situ. sbb vincent takde.

roy makan dgn keluarga & sedara mara. mak si roy mcm bangga. & siap dah buat plan nak pegi bercuti dgn sedara mara semua dgn naik pesawat yg roy bawak. mak roy kata, dlm masa 5 thn lagi roy akan jadi kepten.

budak2 pelatih tu ada test. waktu nak test tu, roy dok teringat2 kata2 mak dia. sampai dia sikit stress & tak boleh tumpukan perhatian. lama2 dlm test tu, kapal terbang terhempas. dia orang fail. chris, donald & isaac janji nak tolong pulihkan semangat roy. 1 hari tu diorg janji nak jumpa kat kawasan latihan kapal terbang. waktu donald nak pegi, tiba2 zita call. kata tina sakit & mintak donald datang waktu tu jugak.

isaac & chris dah sampai. & bila roy sampai, donald tak sampai lagi. isaac dah mcm bengang sbb dia cuba contact donald, tapi donald off hp. roy mcm frust. & kata, kalau salah sorang takde, tak payahlah buat latihan.

kat hospital, tina dah sedar. tina ada apendiks & kena buat pembedahan. donald temankan zita sepanjang2 tu. taylor pun ada. waktu zita & donald keluar belikan barang utk tina.. taylor temankan tina. tina kata, walau setabah mana perempuan tu, tapi ada masa2 mcm perlukan orang lain. tina kata nak lupakan semua yg dah lepas & nak mulakan keadaan baru. taylor kata, mungkin tina yg masih tak faham keadaan tina sendiri. taylor tak nak tina nakkan dia sbb tina rasa perlukan org utk temankan tina. tapi dia nak tina tau, kalau ada apa2 masalah, taylor sedia tolong.

bila donald balik je dari hospital, isaac dah masam je. tapi donald tak sempat terangkan pun sbb isaac tak kasi peluang donald cakap. bila donald baru sebut nama zita, isaac dah marah. mcm kata donald lebih pentingkan kekasih dari kawan. isaac keluar rumah, roy pulak masuk. donald terangkan yg dia pegi hospital. bila donald pun keluar, chris suruh roy  pujuk isaac. tapi lama2 diorg decide kata, cuma sorang je yg boleh pujuk isaac --> zita.

malam tu zita jumpa isaac. mula2 isaac mcm tak nak dgr. tapi bila zita dah terangkan kenapa donald tak datang utk latihan dgn diorg, baru isaac rasa bersalah. & esoknya berkali2 isaac mintak maaf kat donald. isaac & donald jumpa mak roy & terangkan keadaan roy. sbb bagi diorg cuma mak roy yg boleh tolong. & bila roy jumpa mak dia, mak roy kata, dia tak kisah dah asal roy ada keje tetap. & mak roy tipu kata yg dia dah cancel plan nak bercuti ramai2 sbb sepupu roy tak habis lagi study.

roy lulus test kali kedua. & mlm tu diorg celebrate kat rumah sam. coco, sepupu roy pun ada jugak. waktu sam datang, sepupu roy kata, haa ni mesti ayah isaac. semua dah terdiam. kebetulan ayah sam datang & kata dia la ayah isaac. sam sampuk kata dia abang isaac. zoe lak kata dia gf sam. roy dah marah sepupu dia. sepupu roy sempat kata.. o inilah yg dikatakan lelaki tua & pasangan muda lebih kurang mcm tu. chris usik sam panggil sam pakcik.

waktu semua kat bawah isaac naik bilik. & tak lama zoe datang bawakkan manisan. zoe tanya kenapa tak join? isaac usik kat geli tengok zoe asyik dgn sam. ntah mcmn manisan yg zoe letak kat meja, mcm tertumpah. zoe tolong lap. tgh lap2 tu terjumpa kertas roket yg zita lukis. zoe desak2 isaac nak tau pasal benda tu. zoe tanya zita lukis tu sblm dgn donald ke atau waktu dgn donald?

sam ada date dgn zoe. dia dah siap pakai kemeja bagai. isaac masuk bilik. tegur sam, kata.. jgn la pakai mcm tu. nanti memalukan zoe je. sbb mcm formal sgt. kat pusat permainan tu, bell & vincent dah tunggu diorg. tak lama tu zoe & sam sampai. bell dah tergelak. sbbnya sam pakai jeans koyak2 lagi dgn t-shirt. si zoe lak pakai suit mcm nak pi ofis. zoe pakai mcm tu sbb sll si sam pakai kemeja.. tak sangka pulak yg sam nak pakai mcm tu.

tgh si sam cuba nak dapatkan patung utk zoe, bell datang dgn vincent. & bell tunjukkan bear yg dia dapat. lepas je bell & vincent pegi tmpt lain, sam kata dia nak dptkan jugak utk zoe. tapi zoe kata dia tak nak sgt pun bear tu. saja je. zoe ajak pegi tmpt lain. sam sebut aquarium, zoe lak sebut roller coaster. sama kata pegi la roller coster. lama2 diorg decide main game dulu dah tu baru ke aquarium. tapi bila dah main game mcm tak sempat nak ke aquarium.

tgh jalan2 tiba2 nampak bell & vincent dgn makan aiskrim  . sam tanya zoe nak tak? zoe terus kata nak. masa sam pegi beli aiskrim, bell & vincent, kadang2 diorg share aiskrim. zoe dah senyum sorang2. tapi muka berubah bila tengok sam cuma bawak 1 aiskrim. sam kata dia belikan utk zoe. zoe tanya kenapa sam tak makan aiskrim? sam jawab dia tak suka sgt benda2 sejuk ni. zoe mcm merajuk. ye la kot.. sbb dia tengok bell & vincent mcm romantik je makan aiskrim sama2. alih2 sam tak suka.

zoe duduk termenung. paul datang. zoe kata, mcm dia dgn sam, ada yg tak kena. mcm sam terlalu beralah sgt. & kadang2 dia teringin nak bergaduh dgn sam.. mcm paul dgn ruby. @ mcm bell dgn vincent. paul cadangkan dia pegi ajak sam bercuti.

kat rumah sam, ayah sam buat kek & suruh diorg rasa. & mak sam kata kalau pegi bercuti bagus jugak sambil cuba macam2 makanan utk bisnes diorg. zoe pun setuju. isaac usik, boleh la sam & zoe berbulan madu sekali. zoe mcm dah excited nak pegi bercuti. tapi sam kata tak tau lagi. mak sam suggest nak pegi jepun. tapi zoe nak pegi eropah. bila zoe tanya sam, sam kata dia tak rasa nak pegi mana2. muka zoe dah berubah. sam kata dia baru tukar department & apa2 hal kena tanya dulu. tapi gaya cakap tu mcm nak tak nak je.

bell & vincent dpt keje utk pesawat yg sama. ada sorang perempuan mcm blur je. bell tanya nak ke mana? perempuan tu kata nak ke toilet. bell tunjuk arah nak ke toilet. tak lama tu bell carik perempuan tu & bawakkan air teh ginseng. perempuan tu sambil tercarik2 terjenguk2 husband dia. dia kata kat bell.. husband dia mesti ada kat sini. bell nak tolong panggilkan tapi perempuan tu kta tak payah. perempuan tu kata, sll husband dia sll orderkan air teh ginseng tu utk dia. ni bila bell bawak air tu, mesti husband dia yg suruh. rupa2nya husband perempuan tu dah mati. tu yg perempuan tu mcm sedih sgt. bell kata anggaplah husband dia yg suruh bell kasi air tu.

bell cerita kat vincent. vincent kata nanti kalau dia mati, dia akan suruh org buat mcm tu kat bell. bell hantar vincent pegi keje ke. waktu bell drive balik nampak ada kereta accident. kat belakang ada baby. ayah budak tu kat depan mintak bell tolong selamatkan anak dia.

diorg dah dibawak ke hospital. tangan bell luka masa selamatkan budak tu. nurse kata diorg tu cuma cedera ringan. tgh bell duduk kat hospital tu tiba2 nurse kelam kabut panggil bell kata doc nak jumpa. doc kata dia kena buat rawatan lanjut kat bell sbb mak baby tu mengaku dia ada aids.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2006 07:51 AM | Show all posts
menyampah ngan zoe semalam sam macam tu punya baik pun dia nak merajuk:jeler::jeler:
aku perasan kan sam ni banyak mengalah je ngan zoe tu
apa yang zoe nak dia ikut je
pasal aiskrim pun nak marah,zoe cakap nak makan aiskrim sam belikanlah takkan sam nak makan jugak aiskrim tu walaupun dia tak suka
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 07:57 AM | Show all posts

Reply #374 hidden_fear's post

haha hidden. sama la. tak sukanya dgn zoe smlm. tengok si bell & vincent makan sama2.. dia pun nak buat camtu gak. org tu sampai dah lari2 pi beli aiskrim.

betul ke sampai akhir cerita karang sam mmg dgn zoe? kot2 la diorg putus sbb dah zoe baru rasa diorg tak serasi? :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 08:13 AM | Show all posts
sam tu keje org panggil dia pakcik je.. sian lak heheheh.......   

ala, bell kena HIV ke...??  x kan kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2006 08:19 AM | Show all posts

Reply #375 silencez's post

diaorang akan bersama jugak dan bell akan keseorangan sebab vincent mati  
dengar citer TVB nak buat sambungan citer ni harap-harap nanti bell ngan sam   pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 08:34 AM | Show all posts
semalam klaka tgk sam siap pakai ala2 budak remaja lagi tapi tak sepadan lak ngan zoe sbb zoe pakai casual. heheehe saper ler yg jadik fesyen advisor kat si sam nih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 11:16 AM | Show all posts

Reply #378 miss_mulan77's post

mulan, si isaac la tu. kan isaac suruh dia tukar baju, kekonon biar match dgn zoe :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 11:17 AM | Show all posts

Reply #377 hidden_fear's post

hidden :tq: kot la si zoe tu tawar hati lak sbb bila dah couple baru tau byk benda yg tak sependapat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 5669 Replies : 94
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15393 Replies : 41
Misteri suara mengilai atas bumbung masjid terjawab
AbahmungMisteri suara mengilai atas bumbung masj
Views : 12329 Replies : 8
Siapa macam ni cepat mengaku!
SurfnsunSiapa macam ni cepat mengaku!
Views : 16373 Replies : 73
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13342 Replies : 89
Aduhai 6 Jahanam?
piaoAduhai 6 Jahanam?
Views : 14639 Replies : 15
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 118179 Replies : 1565
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 277979 Replies : 6876
Edisi 9 Tahun Kematian Arwah Nurin Jazlin
budakshinchanEdisi 9 Tahun Kematian Arwah Nurin Jazli
Views : 41348 Replies : 253
Edisi tambah tacang: The Black Death
Tinot7Edisi tambah tacang: The Black Death
Views : 4053 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.350795 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list