CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kelisa

CATS BOARDING

  [Copy link]
Post time 20-9-2010 11:53 AM | Show all posts
ish kesiannye...moi Alhamdulillah puas ati sgt balik umah tgk my anak2 bulu sihat walafiat tambah2 s ...
moimed Post at 20/9/2010 11:49


memang kena ada la pet-sitting servis camni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 12:00 PM | Show all posts
tuh la kak B...nasib je ada kwn mcm nih huhuhuu...kalo kat boarding kadang kesian gak tgk kucing trauma kan ngan tak biasa nye, ngan sempit, sangkar kecik situlah makan berak mana tak trauma huhuhu...kucing moi lak jenis jakun tambah2 sinki ngan pak itam nampak org tak kenai mcm hantu nyorok bwh katil....melainkan si zorro je yg friendly hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 12:06 PM | Show all posts
tuh la kak B...nasib je ada kwn mcm nih huhuhuu...kalo kat boarding kadang kesian gak tgk kucing tra ...
moimed Post at 21/9/2010 12:00


kalau akak tak balik kampung masa raya mau offer diri jadi pet-sitter...
tengoklah... dah tua2 nanti bila mak mertua dah takde, boleh la agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:53 PM | Show all posts
hehehe best kan...yg paling penting kucing selesa n tak stress....kucing pas boarding kalo nyorok2 takmau makan minum tuh musti dia stress n trauma kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 07:25 AM | Show all posts
salam.

last year, ainul hantar kucing ainul boarding kat mesra petshop. rm12 sehari. hasilnya tidaklah terlalu bagus, maklumlah harga pun murah. kebanyakkan petshop yang caj murah mesti akan jaga dengan kuantiti yang banyak dan ada pula minimum hari perlu ditinggalkan untuk memaksimumkan jualan.

tahun ni, ada keluar kat suratkhabar kosmo. nanti ainul cuba cari link pada keratan akhbar tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 07:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by ainulhasanah at 28-9-2010 07:47







BANGI – Siapa sangka, permintaan untuk menjaga haiwan peliharaan seperti kucing sepanjang musim perayaan sangat tinggi dan pengusaha kedai haiwan mampu meraih pendapatan lumayan atas perkhidmatan tersebut.

Ini terbukti apabila, pemilik Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, Dr. Wan Ahmad Kusairy Wan Sulaiman mendedahkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kliniknya menjaga hampir 500 ekor kucing.

Jumlah itu meningkat berbanding 400 ekor pada tahun lalu selain beberapa jenis haiwan lain seperti iguana, arnab, kura-kura dan hamster.

Menariknya, semua haiwan yang ditempatkan klinik berkenaan akan mendapat kemudahan serta layanan seperti menginap di sebuah hotel.

“Permintaan untuk menjaga haiwan peliharaan ini semakin meningkat, tiap tahun kapasiti untuk empat buah klinik yang ada penuh dengan haiwan-haiwan tersebut.

“Malah ada pelanggan yang memarahi kami apabila permintaan mereka untuk menjaga peliharaan mereka ditolak kerana sudah penuh,” katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang veterinar.

Pemegang Ijazah Kedoktoran Perubatan Veterinar daripada Universiti Putra Malaysia itu menubuhkan kliniknya sendiri pada 2004 di Bangi dan kini mempunyai cawangan di Presint 15, Putrajaya; Saujana Impian, Kajang dan Taman Seri Serdang, Seri Kembangan.

Beliau kini mempunyai tiga orang doktor veterinar dan seramai 10 orang pembantu bagi melancarkan operasi klinik tersebut yang turut menjalankan perkhidmatan rawatan, suntikan vaksin, dandanan haiwan dan khidmat nasihat.

Wan Ahmad memberitahu, sambutan yang semakin tinggi mendorong beliau meneruskan perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan bukan sahaja musim perayaan tetapi musim haji atau cuti sekolah yang panjang.

“Untuk hari raya, kita menetapkan tempoh meletakkan kucing mereka sekurang-kurangnya empat hari namun ada yang meminta kami menjaga selama tiga minggu,” jelasnya.

Melihatkan kepada permintaan yang tinggi, beliau kini merancang untuk menambah bilangan cawangan dengan membuka rantaian klinik di Temerloh, Pahang yang juga tempat lahirnya.

Kata Wan Ahmad, kelebihan meletakkan haiwan peliharaan di kliniknya adalah kerana pusat itu memberikan khidmat rawatan kesihatan kepada haiwan tersebut di mana doktor akan memantau tahap kesihatan setiap haiwan yang diletakkan di bawah jagaan mereka.

Bukan itu sahaja, haiwan peliharaan yang dihantar dan diambil setelah tamat tempoh jagaan juga akan dipastikan sihat serta tidak menghidapi sebarang penyakit biasa seperti demam dan sebagainya.

Jelasnya, beliau juga menetapkan beberapa syarat bagi pemilik haiwan peliharaan mematuhinya iaitu kucing tersebut perlu mendapat suntikan imunisasi, ubat cacing dan ubat kutu bagi memastikan haiwan itu tidak mudah dijangkiti penyakit apabila tinggal dalam komuniti yang banyak.

Bayaran yang dikenakan kepada pemilik haiwan serendah RM12 sehingga RM15 sehari bergantung kepada jenis sangkar yang digunakan. Harga tersebut termasuk pakej makanan sepanjang berada di klinik.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan boleh menghubungi 03-89250121.

http://kosmo.com.my/kosmo/arkib. ... Negara&pg=ne_08.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2010 02:20 AM | Show all posts
dulu kucen seko dua mampu lagi nak anta boarding. skrg dah ada empat mcm semput. last time pengalaman dok kuantan ni tinggalkan kat boarding sangat menyedihkan. berguguran bulu2 kucen saya sbb stress sgt2 diorg dok kat situ. nasib baik 2 hari je. masa tu baru mula2 nak pindah kuantan ni ha. tobat dah xmo anta situ lagi.

masa anta tu my hubby yg anta ke tempat tu. saya dah pesan suruh kedai tu asingkan sangkar sbb kami cuma ade dua sangkar je. so 2 kucing satu sangkar. request kat kedai tu sangkar lain so that 1 kucen 1 sangkar. kucen2 tu dahla sehat belaka badannya. masa saya amek diorg, sian sgt diorg crammed dua eko satu sangkar. pastu bebau badan diorg usah cakapla. bulu2 diorg gugur punyala banyak bole buat feather duster baru. org kedai tu cakap kucen2 tu duduk je x mo bangun2. saya dtg, panggil2 diorg baru dia nak bangun. sayu je hati. balik rumah, diorg mcm kucen x brapa betol. tu baru tinggal dua hari tu. after that stp kali kitorg balik kg ke, kene pg kursus ke memang tinggalkan kat umah je. cuma make sure makanan tinggalkan banyak2. air minum kene sediakn kat beberapa tempat sbb takot diorg tumpahkan kalo tinggal satu bekas je. toilet diorg kitorg sediakan dalam besen besar dlm 2 bekas. n pasirnya kene banyak. so far paling lama tinggal 5 hari. xde masalah la. diorg pon happy je. slalunya jadi makin gemuk sbb asyik makan kot. dia tgk makanan banyak. rumah xdela bau sangat pon. slalunya bau makanan dia lagi kuat. sepah pon sket2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 01:19 PM | Show all posts
ye la mucheng, moi pon skrg dh ada kwn nih senang sket nk tinggal, cuma ye lah kene kwn yg betul2 kita percaya kuar masuk umah kita n sanggup buat keje tuk kucing kita heheheh...moi pon blk umah rituh ok je xde sepah2 derang pon hepi je, cuma cadar katil berbulu habis depa wat cam katil depa sdri...heheheh xpa moi cuci je ngan dettol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2010 01:28 AM | Show all posts

HOTEL KHAS BUAT SI COMEL..

KUCING-KUCING yang menginap di hotel haiwan di Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, Bandar Baru Bangi akan dikenakan caj RM12 hingga RM15 sehari.



SAAT melangkah masuk ke dalam Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, kelihatan Gugu, Linux, Pipi, Lalita, Chelsea, Dina, Hana, Fiona, Oga, Bob, Beany, Finas dan Yona sedang berehat di dalam sangkar masing-masing.
Ada yang bergurau senda, tidur, menjamu selera dan tidak kurang juga yang sedang bermalas-malas membersihkan diri sementara menunggu tuan masing-masing menjemput mereka pulang ke rumah.
Kesemua kucing tersebut didaftar masuk di situ kerana pemiliknya mempunyai urusan kerja atau bercuti panjang.
Menariknya, semua haiwan di klinik berkenaan akan mendapat kemudahan serta layanan yang sangat istimewa.
Malah, melengkapkan layanan kelas pertama tersebut, haiwan di situ diberikan khidmat rawatan kesihatan kerana doktor bertugas akan memantau tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

Seorang pengaturcara komputer di sebuah syarikat swasta, Nuraini Ibrahim, 23, mula menghantar kucing kesayangannya Ricky Bobo ke klinik haiwan yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor itu, sejak Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
“Saya akan menghantar Ricky Bobo yang berusia setahun setengah apabila ada tugasan luar dan ketika balik ke kampung beraya. Biasanya paling singkat Bobo menginap di sini selama dua hari dan paling lama dua minggu.
“Sebelum ini saya menghantar Bobo di tempat lain tetapi memandangkan pelbagai perkhidmatan ditawarkan di sini selain dikenakan caj yang berpatutan, saya lebih selesa di sini,” katanya sambil mendukung Bobo seberat 5.2 kilogram (kg) itu.
Tambahnya, klinik tersebut bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan tetapi turut menyediakan perkhidmatan rawatan, grooming dan barang-barang keperluan haiwan. Pendek kata, segala-galanya ada di situ.
“Kos penginapan di sini RM12 sehari lengkap dengan penyediaan makanan selain ia dijaga oleh veterinar yang bertauliah,” ujarnya.
Sementara itu, pemilik kucing jantan jenis Mancoon Mix, Mohd. Azhar Abdul Aziz, 29, sependapat mengenai caj yang dikenakan terhadap setiap pelanggan.


     

Pegawai Eksekutif yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran itu akan menghantar kucingnya bernama Ronaldo ‘bercuti’ ke situ apabila dia mempunyai tugasan di luar daerah mahupun bercuti.
“Paling lama pernah saya tinggalkan Ronaldo selama lima hari. Keadaan di sini selesa, jadi saya tidak risau jika tinggalkan Ronaldo lama di sini.
“Selain menggunakan perkhidmatan ‘hotel haiwan’. saya juga membawa kucing ke sini untuk menjalankan rawatan rutin, suntikan vaksin, mendapatkan ubat cacing dan sebagainya,” katanya.
Mohd. Azhar berpendapat pemilik kucing dulu dan kini sangat berbeza.
“Kini, mereka lebih mampu membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan memandangkan klinik-klinik haiwan sudah banyak dibuka,” ujarnya.


Empat cawangan hotel kucing
Pemilik Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, Dr. Wan Ahmad Kusairy Wan Sulaiman, 45, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang veterinar memberitahu, sebelum haiwan didaftar masuk, keadaan mereka diperiksa dan diberikan suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum diberikan lampu hijau untuk menginap di ‘hotel’nya.
“Pemeriksaan awal perlu bagi mengelakkan penyakit berjangkit dengan kucing-kucing lain yang menginap di tempat yang sama. Jika didapati kucing itu tidak sihat, ia akan dikuarantin di bilik khas.

“Jika kucing tersebut sakit selepas pulang dari tempat ini, pemilik mereka boleh mendapatkan rawatan tanpa dikenakan sebarang caj,” katanya yang sebelum ini berkhidmat dengan Institut Haiwan Kluang, Johor.
Wan Ahmad merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran Perubatan Veterinar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) menubuhkan kliniknya sendiri pada tahun 2008 di Bangi turut menyediakan asrama untuk haiwan lain seperti arnab, hamster, iguana dan kura-kura.

Caj yang dikenakan ialah RM12 untuk sangkar standard dan RM15 untuk sangkar yang lebih besar. Caj tersebut merangkumi kos penginapan dan makanan sahaja.


Permintaan tambahan daripada pemilik kucing untuk mandi dan grooming akan dikenakan caj tambahan.
Menurutnya, kebiasaannya ‘bilik’ kucing di kliniknya habis ditempah pada musim perayaan terutamanya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Baru-baru ini, kliniknya menjaga lebih kurang 500 ekor kucing di empat buah cawangan kliniknya iaitu di Seksyen 7, Bangi; Presint 15, Putrajaya; Saujana Impian, Kajang dan Taman Seri Serdang, Seri Kembangan.
Angka tersebut meningkat sebanyak 100 ekor berbanding 400 ekor tahun lalu dan setiap kali raya, Wan Ahmad menghabiskan hampir RM15,000 untuk membeli sangkar-sangkar baru untuk keselesaan ‘tetamunya', malah sangkar-sangkar lama pula akan dijual pada harga istimewa.

“Paling singkat pemilik haiwan menghantar haiwan kesayangan mereka ke sini adalah empat hari dan paling lama pula lebih dua minggu. Sambutan yang menggalakkan menyebabkan saya tidak hanya membuka perkhidmatan penginapan pada musim perayaan sahaja, malah turut membukanya untuk musim haji dan cuti sekolah yang panjang.
“Bagi mereka yang bakal menunaikan umrah atau haji, kami akan memberikan diskaun sebanyak 30 hingga 50 peratus,” ujarnya yang mempunyai pelanggan daripada segenap golongan.

Semua di bawah satu bumbung
Para pemilik haiwan yang meninggalkan haiwan kesayangan mereka di klinik tersebut tidak perlu gusar kerana haiwan dijaga dan dipantau oleh kakitangan bertugas yang terdiri daripada tiga orang doktor veterinar dan 10 orang pembantu 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di semua cawangan klinik.
Selain menawarkan khidmat penginapan, klinik haiwan milik Wan Ahmad juga menjalankan perkhidmatan pembiakan baka kucing.
“Pelanggan hanya dikenakan caj sebanyak RM200 sekali masuk dan andai kata proses tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil, kami akan memberikan peluang kedua kepada kucing mereka secara percuma.

“Kami juga membuat program khidmat masyarakat istimewa buat pemilik-pemilik haiwan. Pada bulan April lalu kami mengadakan program ultra bunyi percuma untuk kucing dan arnab,” katanya yang merancang untuk membuka cawangan di Temerloh, Pahang tahun depan.
Wan Ahmad memberitahu, bermula 8 November ini, dia bercadang untuk memberikan suntikan vaksin penyakit kurap bagi kucing dan arnab secara percuma sehingga 30 November.
Dalam pada itu, Wan Ahmad juga mahu memberi peluang kepada pelajar veterinar lepasan universiti untuk membuat latihan praktikal sekali gus menyediakan peluang pekerjaan buat mereka.

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 01:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by clarizsa at 31-10-2010 01:34

saja nak berkongsi info ttg hotel ni... senangla wat pencinta haiwan... sblum ni i igt kt oversea je ada.. and ada pembetulan sket.. ada tulis situ
kucing jantan jenis Mancoon Mix,
, ejaan sebenar ialah Maine Coon.. author tu silap sket..
k enjoy...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 01:58 AM | Show all posts
bestnyer.....kalau la tempat aku ada hotel nie....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 02:01 PM | Show all posts
bkn kat obersi je ada..kat msia ni pun dah berpuluh tahun ada..
1st kuceng aku (8thn lps dah meninggal) slalu anta kat vet kat shah alam..10thn lps dia caj rm10/day..skrg ni xtau la sbb last aku anta kuceng kat vet 3thn lps kat setiawangsa rm9/day..pastu aku angkut kuceng aku naik keta bila balik kg..
kat seremban lg murah..rm8/day..
haa..aaku dulu2 mmg rajin letak kuceng kat hotel..tp x dpt menanggung rindu lor..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:47 PM | Show all posts
near my place ada vet & boarding sekali.. tapi charge RM25/day with food... Damansara area

mana nak cari yang murah PJ area?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 11:39 AM | Show all posts
mmm..choc pun bercadang nak anta kucing kat vet ujung minggu ni, tapi bile baca pengalaman2 korang...rase takut lak nak anta...

in fact, adik choc penah anta kucing boarding..pastu selang seminggu lepas amik tu, kucing tu mati...lepas amik tu, kucing jadik murung, cirit birit...pastu terus mati...mm..tu yg jadik lg fobia...

so kami decide,ujung minggu ni, kami biarkan je kucing kat umah, pastu beli food feeder, nanti pandai2 la die makan sdiri...kucing choc ni jenis outdoor...takut die lemas plak asyik berkurung je...

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 12:31 PM | Show all posts
tuh la choclate..biar la umah kita cam tongkang pecah asalkan anak2 bulu hepi n selamat di umah derang sdri...mmg byk kali moi dgr pas boarding kucing murung, stress, cirit birit, sakit n mati...kita yg sgt sagt kat derang pon sgt sedih...tak sama kita jaga ngan tmpt boarding jaga,...mmg derang janji mcm2 tapi dlm masa sama untung lebih penting kan...so selagi ada permintaan derang akan terima tanpa pikirkan keselsaaan kucing
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:45 PM | Show all posts
KUCING-KUCING yang menginap di hotel haiwan di Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, Bandar Baru Bangi  ...
clarizsa Post at 31-10-2010 01:28


dekat dgn rumah nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 01:06 PM | Show all posts
alhamdulillah...kucing choc survive duduk kat umah 4 hari kitorang pegi jalan2..hehe..
tglkan makanan byk2, lepas kan kat luar je..

time kitorang sampai umah dah mlm, die takde..sedih giler...sampai termimpi2 kucing kurus kering & comot...bgn pagi esok nye, nampak die kat atas washing machine kat blkg umah..hihih..seronok giler..peluk die kuat2...pastu 2 hari choc dok umah, die bantai tido atas katil kitorang, tak keluar2 umah...mane kitorang pegi die ikut..hihih..rindu sgt kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:09 PM | Show all posts
jhehehehe rindu sgt la tuh heheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:43 PM | Show all posts
alhamdulillah...kucing choc survive duduk kat umah 4 hari kitorang pegi jalan2..hehe..
tglkan makan ...
choclate_mocca Post at 23-12-2010 13:06

dia rindu tu.. jgn tak tau kucing pon ada perasaan jugak tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 12:04 PM | Show all posts
alangkan moi pi o/station 2 hari pon bila bukak pintu mcm setahun lagaknya rindu derang kat kita heheheh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.077862 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list