CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nuoii

Jawapan dari belah family wife Jimmy Shanley di FB

  [Copy link]
Post time 18-7-2011 02:17 PM | Show all posts
pakcik die mmg suke cite2 dalam kain..tu yg sume bende nak dikoreknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 03:04 PM | Show all posts
mmg tragis sungguh pergolakan masalh umahtangga jimmy ni,trnnti2 kesudahn episod duka n luka ni akhirnya camna ek endingnya...happy or sedey...ksian zahrah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2011 12:26 AM | Show all posts
tak ke kesian budak tu..kes camana mak pak main pon jadi cita...cita ni takkan habis sampai dia besar panjang..malu jahh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:58 AM | Show all posts
adik comel....meh cek nak habaq sat....suhaila ni anak tunggal perempuan...dia ada abg sora ...
demmit Post at 15-7-2011 17:51



Noks..mak cuma quote stetment yg lepas noks..katanya suhaila anak tunggal..sole heir katanya gitu..tuh yg mak tnya balik noks,
sbb cousin my fren kawin dgn anak laki produk Natasya tuh..SEKIAN.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 12:03 PM | Show all posts
moral of the story...toksah la merenyam nak kahwin sama artis....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 12:13 PM | Show all posts
Noks..mak cuma quote stetment yg lepas noks..katanya suhaila anak tunggal..sole heir katanya g ...
adieqchomelz Post at 22-7-2011 10:58



   dah betol la tu noks.....cousin kwn uols mesti tau cite depa...tapi iols tau uols bkn jenis jage tepi kain org khenn??....so ape kate kite jage tepi seluar pakcik die ni noks......pakcik die nie lg dasyat..luar dlm cite die tau....daaasssyyyaaaatttt!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2011 02:42 PM | Show all posts
bila sekali teraib maka berkali-kali la keaiban akan keluar...
ngeri ak dah akhir zaman nih....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 02:50 PM | Show all posts
tak kisah sape yang betul atau sape yang salah akhirnya anak juga jadi mangsa isk2 baby tu dah la tak tau pape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 03:57 PM | Show all posts
kn dh maluu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:23 PM | Show all posts
mana la tau kan,kot dah kecoh camnih,family suhaila tu tanya ttg kebenaran ke.tu yg dia cite kt sedara mara/pakcik dia nih...pakcik pon ada dlm list wali kan...
sebab kes ni da jd besar.mesti sedara pakat ambush nk tau apa sebenarnya terjd.biar jela depa ni.hal kuarga depa.jgn kita jd mcm depa sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:01 PM | Show all posts
Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley
Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya. Foto NORAFIFI EHSAN
PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.


Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.


Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.

Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:15 PM | Show all posts
hurm...macam2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:19 PM | Show all posts
ahhhh sudahhh....suhaila dh kuar stetmen dah.... abis laaa JS
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:26 PM | Show all posts
akhirnya teh membuka mulut setelah sekian lama mendiamkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 12:38 AM | Show all posts
anda pilih sapa? Jimmy vs Suhaila?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:29 AM | Show all posts
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa...
...Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu...


mereka sepakat kata kejadian mamukul 2 kali.

tapi suhaila kata 1. sebelum akad nikah 2. bulan madu
dan jimmy kata 1. selepas perkahwinan 2. bulan madu

so kat sini nampak dah.. salah sorang mesti tak btol ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 01:30 AM | Show all posts
mamukul=memukul
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 02:25 AM | Show all posts
lerrrr jimmy ni kaki pukul ker..nowonder la bini tak suka...
sengal arrrr kalo dah naik tgn kat bini...

tapikan..naper bini dia mcm question je..tak ramai kwn artis dtg masa wedding?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 03:36 AM | Show all posts
lerrrr jimmy ni kaki pukul ker..nowonder la bini tak suka...
sengal arrrr kalo dah naik tgn kat bin ...
SiMontel Post at 26-7-2011 02:25



    dia nak glamer kot.. ingat kawin ngan jimi ramai artis2 datang so that dia boleh msk dlm kategori artis jgk.... heeeee
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 05:52 AM | Show all posts
tapi...
salah ke kalau pukul untuk menegur isteri yang nak gi clubbbing..nak perasan anak dara walau dah kawen? nak bersosial ngan kawan2? huhuhu..ntahlah..susah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.249839 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list