CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 11-8-2004 08:14 AM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 9-8-2004 17:08:
Kalau betul orang yang berilmu takkan mereka bercerita berkenaan rahsia yang mereka sendiri alami ditempat terbuka seperti diforum yang saudara berikan. Rahsia serta tingkatan ilmu adalah exclusive ...



nf:nf::setuju::setuju::setuju: Selalunya orang yang faham
alam Jin,alam lahut,alam jabarut dan sebagainya tidak di galakkan
bercerita pada orang awam keran ilmu laduni itu hanya untuk
dirinya sahaja.

Pada orang orang yang di beri Kasyaf,jika dia bercerita tentang
rahsia itu,hijab di dalam hatinya akan mula bertambah kian hari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-8-2004 11:55 AM | Show all posts
TOPIK 2

Tarikh: 9/4/2004

ISLAM ITU SELAMAT DAN MENYELAMATKAN

Basmalah

Terimakasih Tuhan krn Engkau selalu memberi rahmat dan nikmat kpd kami. Di antara rahmat dan nikmat itu ialah ilmu. Terutama ilmu yg ada hubungan dgn Engkau. Ilmu yg boleh mengingatkan kami kpd Engkau. Menyelamatkan kami dari neraka. Moga2 rahmat dan nikmat ini Engkau terus anugerahkan kpd kami.

Selawat dan salam kpd Nabi Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. SEorg manusia yg paling dicintai Tuhan. Kerananya dunia akhirat diciptakan. Dan kerananya kita mendpt rahmat dan nikmat. Oleh itu marilah kita banyak2kan syukur kpd Tuhan afar ditambah lagi nijmat-Nya dan marilah kita memperbykkan selawat kpd Rasulullah SAW, moga2 kita mendapat syafaat darinya.

Dalam Al Quran, ada satu ayat yg bermaksud:

揌endakalah kamu masuk ke dalam Islam (keselamatan) secara menyeluruh (global).擺/b]

Di dlm ayat ini Tuhan memerintahkan manusia secara umum & menyeluruh, bukan individu atau perseorangan, iaitu perintah masuk ke dlm keselamatan. Masuk ke dlm keselamatan itu bkn separuh2 atau bkn sesetgh aspek ttp secara keseluruhan iaitu secara global. Dalam ayat ini Allah mengajar kita bahwa hidup itu mestilah bukan secara individu ttp ada hubungkait dgn org lain. Dalam memikirkan diri kita, fikirkan juga orang lain. Kita ada hubungan dgn org lain, org lain juga ada hubungan dgn kita. Jadi manusia tdk boleh memikirkan dirinya shj.

Tuhan mengajak kita masuk kpd keselamatan secara umum dan secara global. Bukan secara individu. Jadi kalau kita ingin selamat, kita harap org lain juga selamat. Agar org lain juga berada dlm keselamatan. Kalau kita ingin masuk dlm keselamatan secara global, kita harap org lain pun demikian juga.

Oleh krn begitu perintah Tuhan kpd manusia, secara jaga-menjaga di mana kita jaga org lain dan org jaga kita. Dlm kita memikirkan diri kita, kita fikirkan juga diri org. Dlm waktu org lain memikirkan dirinya, dia juga memikirkan kita.

Sebab itu Tuhan beri nama agama-Nya Islam. Sesuai dgn ayat tadi. Sebagai perkataan 揂slama Yuslimu Islaaman,
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-8-2004 12:04 PM | Show all posts
Sambungan...

Apa ertinya menyelamatkan?

Ertinya menyelamatkan diri dan menyelamatkan org lain. Orang lain menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan diri kita juga. Sebab itu perkataan 慖slaman
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-8-2004 12:06 PM | Show all posts
Sambungan...

Satu lagi golongan pula mengambil berat Islam dari segi politik dan Negara. Mrk selalu baca ayat ini. Mrk berkata, 揕ihat Tuhan berkata, masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-8-2004 12:11 PM | Show all posts
Sambungan...

Kalau org ada ilmunya boleh hayati, boleh apply dlm kehidupan, barulah dia benar2 hamba Tuhan. Bila kata hamba Tuhan, ertinya dia terhubung dgn Tuhan 24 jam. Kalau begitu mari kita lihat bagaimanakah hendak melaksanakan Islam yg bersifat Kaaffah tadi di dalam setiap aspek kehidupan kita.

Dgn tidak memikirkan atau mempersoalkan apakah itu fardhu ain, sunat, fardhu kifayah dll. Yang penting dia termasuk dlm kawasan 慡ilmi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by hulubelang at 2004-8-11 08:14 AM:



nf:nf::setuju::setuju::setuju: Selalunya orang yang faham
alam Jin,alam lahut,alam jabarut dan sebagainya tidak di galakkan
bercerita pada orang awam keran ilmu laduni itu hanya untuk
...


Leerrr...apa kena laa korang ni, apahal lak melalut ke alam jin lah, alam jabarut laa..kasyaf laa.....apa kena mengena dgn topik ni????

Begitu punya simple ilmu yg ust Ashaari dah beri..apa ke jadah merepek ke lain??? Cari pasal nak memanaskan forum. Korang sendiri kata ilmu2 laduni tak leh citer terbuka...abihh sapa yg melalut pasal ilmu2 ni semua? Akasyah beri sumber ilmu korang kacau lak dgn benda2 tak pekdah cam ni.

Ada ke dlm mana ilmu yg ditaip dek Akasyah yg menyebut us. Ashaari dia ngaku sufi ke, kasyaf ke...korang memandai ni apa hal?? Weh confuse lak aku???:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2004 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 2004-8-10 11:54 PM:
Bukan awak sorang saja yang merasakan dirinya berguru dengan seorang yang mursyid, ramai lagi yang ada tetapi takdalah mereka ini taksub sangat dengan guru mereka ni. Bila dah taksub sangat apa dik ...


:hmm::hmm::hmm:

Ko tak dapat terima itu ko nya hal....jangan ingat ko dah cukup terer ko nak nafikan ilmu org lain.  Jangan ingat kefahaman kita tu dah melangit luas hingga bila ada ilmu lain dr apa yg kita tahu kita anggap semua ilmu org lain tu ianya tak betul, ianya salah, tak ada dlm Islam. Itu takbur namanya.

Aku terima apa yg ko cakap tapi aku jugak tak nafikan kebenaran tulisan akasyah. Ilmu Islam itu global. Mungkin di satu sudut kita tahu sekian2 tapi ada org lain pula tahu sekian2 mengenai sesuatu itu. Jadi respek ilmu org ok, barulah Allah beri kita lebih byk ilmu kerana adanya sifat tawaduk.

Weh, bila lak yg us Ashaari tu sorang jer guru mursyid. Ramai lagi. ..... Ada ker akasyah declare us ashaari tu je guru mursyid dlm dunia ni, tak pernah lak aku jumpa. Yg aku tgk rata2 tulisan akasyah cuma berkisar soal ilmu dr guru dia tu saja. Yg ko buat kesimpulan sendiri2 yg akasyah mcm tu utk memanaskan forum ni aper hal?.

Kalau akasyah dah jumpa guru mursyid dia ko sapa lak? Tak kan tak nak kongsi kot kat forum ni. Biar kami semua tgk lak apa kata guru mursyid ko tu...jgn tahu nak tibai guru mursyid org lain jer.

Haa sapa2 yg ada guru mursyid tu sila perturunkan ilmu guru dia kat sini boleh kita sama2 dpt kongsi. Baru meriah forum, satu perbahasan yg sihat. Ini tak, asyik nak marahkan org lain yg buat cam tu.

P/S ....aku perasan si akasyah dah malas nak layan korang semua sebab tu dia sambung terus dgn kuliah guru dia tu. Bagi aku...Sapa nak baca silakan, sapa malas tak nak baca, jawabnya ilmu tu bukan rezeki korang...hehehe
Reply

Use magic Report

Adecco This user has been deleted
Post time 11-8-2004 01:29 PM | Show all posts
hulubalang...janganlah tahu memfotostat istilah2 tu tanpa mengetahui maknanya.
Cuba beri definasi ilmu ladunii tu aper?
kasyaf tu aper?
Apa kepentingannya pada masyarakat Islam jika ia dikurniakan pada orang soleh tu?
Ilmu Allah tu luas, terimalah ilmu itu walaupun jika ia datang dari seorang budak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2004 01:41 PM | Show all posts
nf:nf: Bole tak buat rumusan akasya....senang nak paham sket
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 05:25 PM | Show all posts


aduiii...aduiiii....aduusss....aku terima private msg dr Akasyah yg 'sound' kat aku bila aku hentam ko jukebox guna istilah takbur....uuwaaaaaaaa.....

so kat sini aku susun sepuluh jari minta ampun dan maaf dr hujung rambut hingga hujung kaki ko...:pray::pray::pray: jgn simpan kat hati yerk...nanti tak pasal2 aku kena dakwa kat akhirat.....:lebai::lebai:

to akasyah thanks for your nasihat...aku tak sabo mcm ko...

aku dah berjangkit penyakit rabun harry porter terpaksa gak guna font besar....lol
Reply

Use magic Report

Adecco This user has been deleted
Post time 12-8-2004 02:29 AM | Show all posts
Originally posted by hulubelang at 11-8-2004 01:41 PM:
nf:nf: Bole tak buat rumusan akasya....senang nak paham sket


Hmm..hulubelang, sempat lagi bubuh mata merah berapi tu lagik..he he he
memang lah kiter yang tak tau sangat bebenda ni confuse seket

Macam saya....benda2 luar biasa yang berlaku pada orang2 yang dekat pada Allah nih agak biasa dengar..

Kenal takArwah Kiayi Husin yang pernah duduk di Sijangkang, Klang..
Hikmah ilmu2 tu banyak ..orang2 yang rendah imannya pun boleh terima..takde paper masaalah...kerana kekuasaan Allah tu terlalu Agung.
perkara2 macam ni akal biasa orang islam awam boleh terima selagi dia mempercayai semua tu datang dari Allah

Cuma yang dengki giler kat orang extra soleh ni selalu orang2 yang ader kepentingan lain..eg bela jin ke/pada masa tu ler

Allah tu kan Maha Pengasih..bab2 gini bukan nya pasal syirik ke, khurafat pun nak gado-gado

Lagi satu, kalau Ustaz Ashaari tu tak risaukan masyarakat, buat aper penat2 dia bagi kuliah..baik duk rumah diam2 beribadat..jaga anak isteri.
Sekarang. lepas2 dia kena ISA ni pun, badan dok sakit2 kesan kena belasah sampai berdarah2 mulut pun masih juga teringat nak mendidik orang....

Dulu bapak aku cerita masa tu pun aku takdek lagik, golongan dialah yang dok kempen tutup aurat sampai timbul kes hantu kom2 dan hantu stokin.
Pasal asyik bagi salam je jumpa orang, pastu pakai stokin panjang...
masa tu budak sekolah tingakatan 5 pun pakai seluar pendek..orang pakai tudung sikt sangat ler.

Aku sejak besarkan View font ke largest..ni OK gak sikit:cool:
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 12-8-2004 12:18 PM | Show all posts
Wokeh kita sambung kuliah lagi dan saya cuba habiskan hari ni juga supaya tak tergantung ilmu yg nak disampaikan Abuya ni. Kuliah ni sekali pandang memang panjang sebab Abuya syarah tu secara lisan. Jika kita dgr tak ada lah sampai berjam. Ianya jadi panjang sebab dah dialih dlm bentuk tulisan. Dah tu kami memang saling bulat2 dari bahasa lisan Abuya.

FYI cara kuliah Abuya memang macam ni. Dia suka ulang2 sesuatu 'point' dan kemudian buat kesimpulan setelah byk beri contoh2 iaitu sampailah org benar2 faham dgn bahasa yg paling simple menggunakan contoh menyentuh kehidupan hari2. Jadi kena rajin skit dan sabar membacanya...

Dia paling bimbang kalau org tak faham lantas tak amalkan. Dahlah gitu, sapa2 yg ada semasa dgr kuliah dia....wajib kena bagi ulasan (nak test pendgr dpt tangkap ke tak dan melatih mempertajamkan minda sipengulas agar ilmu tu dpt diperpanjangkan pada org lain bukannya tinggal 'berketul' tak berkembang).

Abuya juga sgt2 mengalu2kan pertanyaan. Dia akan jawab semacam org tak tahu letih sampai org2 yg bertanya betul2 faham. Jika selagi ada org tak faham biar pun seorang selagi itulah dia akan ulas.Sebab itulah kuliah Abuya menjurus ke hati dan org mudah ingat lalu boleh buat perubahan dlm pengamalan.

Ini terkecuali bagi org2 yg tak dapat terima gagasan minda beliau, biar diulas macam mana sekalipun. Contoh spt kuliah Tuhan Penghibur Agung. Salah satu sebab mungkin tahap kefahaman kita belum sampai ke situ atau kita berkeras dgn kefahaman Islam yg ada pada kita selama ini, jadi mana mungkin kita terima sesuatu yg luarbiasa dari apa yg kita faham dan dijadikan pegangan. Padahal bukan bermakna ilmu sebegitu tidak ada dlm Islam. Terpulanglah, itu kan rezeki masing2 dari Tuhan.

Sambungan...

4) Selepas itu kita naik kereta dan membaca doa naik kenderaan. Itu paling tidak. Abuya sudah kata tadi, Islam itu bukan kita saja selamat bahkan ia selamat dan menyelamatkan. Yang lebih baik waktu itu, kita ingat tentang berapa ramai org yg campur tangan utk menghasilkan kereta kita itu. Dari bahan mentah, siap menjadi kereta hingga sampai ke tangan kita, berapa ribu manusia yg terlibat. Doakan dlm hati,
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 12-8-2004 12:29 PM | Show all posts
Sambungan...

Benda2 tersirat mcm ini,  tdk pernah digambarkan atau difikirkan org. Padahal Islam itu selamat dan menyelamatkan. Sekarang kita sudah selamatkan org yakni org yg ada hubungan dgn kereta kita. Drpd yg menyiapkan bahan mentah, yg proses, yg buat, yg tukang jual, sampai ke tangan kita berapa ribu org yg terlibat.

Kalau doa kita makbul, berapa ribu org yg akan selamat. Islam itu agama yg selamat dan menyelamatkan.

Seterusnya, kereta pun meluncur. Waktu baru naik kereta, hdk start engine, ada bacaan doanya. Waktu kereta berjalan juga ada bacaannya. Mengapa kita baca doa2 itu? Moga2 Tuhan selamatkan kita. Sebab ajaran Islam itu selamat dan menyelamatkan. Setidak2 kita dulu yg selamat. Bila masuk ke simpang, walaupun jalan kita, jika ada kereta hendak lalu, kita beri laluan. Menyelamatkan.

Itulah yg dimaksudkan Islam selamat dan menyelamatkan. Bagi peluang org lain jalan dahulu. Kalau kita cakap, 揗ana boleh! Ini jalan aku.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 12-8-2004 12:34 PM | Show all posts
Sambungan...

Begitulah pula kita jalan jauh. Bila menuruni jalan yg tinggi atau bukit, ada pula ayatnya. Selagi menurun, kita baca, 揝ubhanallah卪aha suci Tuhan, maha suci Tuhan.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 12-8-2004 12:38 PM | Show all posts
Sambungan...

Itulah yg dimaksudkan Islam itu selamat menyelamatkan yakni ia merupakan amalan harian. Sedangkan ada org anggap masuk kepada keselamatan secara keseluruhan atau global itu, hanya di sudut ibadah sahaja atau sembahyang sahaja. Yang minat politik nampak itu disudut Negara atau perjuangan. Ibadah pun sudah jadi kecil baginya. Apa yg Abuya ceritakan ini lagilah dia tidak nampak. Mana org pernah syarahkan. Seolah2 ini bukan agama. Agama itu ialah jadual harian. Walaupun satu detik, tdk lepas dgn Tuhan dan tidak lepas dgn manusia. Tidak vacuum. Tidak ada kekosongan.

Jadi itulah perintah Tuhan tadi, 揌endaklah kamu masuk Islam (keselamatan) itu secara menyeluruh (global).擺/i] Dan sebab itu Tuhan bagi nama agamanya, Islam, sesuai dgn arahan dlm ayat tadi. Islam bukan ertinya selamat. Islam ertinya selamat dan menyelamatkan. Menyelamatkan diri dan menyelamatkan org lain. Kalau ini dpt difahami, dihayati dan diamalkan dlm kehidupan harian, maka dgn Tuhan terhubung dan dgn manusia terhibur. Kita selamat dan org lain pun selamat. Kalau begitu, di mana ada ruang hendak bergaduh atau berkrisis. Tidak ada.

Bersambung...

[ Last edited by Akasyah on 12-8-2004 at 12:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 12-8-2004 12:44 PM | Show all posts
Sambungan yg penghabisan...

Tetapi oleh kerana kita tidak faham Islam secara benar dan kita hanya faham spt mana yg kita faham selama ini, sebab itu Islam yg kita bawa tdk selamat dan menyelamatkan. Kadang2 kita bawa Islam, di situ boleh bergaduh. Ini sudah tdk betul. Menyalahi ayat tadi. Iaitu tindakan dlm kehidupan kita. Jadi cantik sekalilah ajaran yg selamat dan meyelamatkan ini.

Begitulah seterusnya, apabila kita balik ke rumah utk berehat, ada disiplin2 tertentu dan ada bacaan2 tertentu. Kalau tidak faham bacaan, pasanglah niat2 baik kita dgn Tuhan, supaya sentiasa terhubung dgn Tuhan. Itu paling tidak, boleh jadi menyelamatkan org lain.

Abuya rasa cukup setakat itu. Memang tajuk mcm ini kurang diminati kerana bab ini susah hendak diamalkan setiap hari. Cukup dahulu setakat itu. Setidak2nya kita sudah faham prinsip Islam yakni selamat dan menyelamatkan. Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2004 01:08 AM | Show all posts
Biarkan sahaja hulubalang.....sudah dia dan dia macam itu nak buat camana. Semuanya ada ketentuan tersendiri dan seelok-eloknya janganlah kita memulakan sesuatu tanpa perlu dipermulakan apabila kenyataan sebegitu belum lagi perlu ditentukan. Biarlah takdir jalankan kerjanya....

Saya bermula dengan teguran perkataan yang digunakan, malangnya sudah meleret kearah yang tak sepatutnya. Tanpa perlu nafsu ini menguasai tindakan seterusnya dan sesudah perkataan yang ditegur ditinggalkan saya akhirkan teguran itu setakat disini sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 10:21 AM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 2004-8-13 01:08 AM:
Biarkan sahaja hulubalang.....sudah dia dan dia macam itu nak buat camana. Semuanya ada ketentuan tersendiri dan seelok-eloknya janganlah kita memulakan sesuatu tanpa perlu dipermulakan apabila ken ...


Aku rasa akasyah tak tinggalkan ko macam tu jer. Kan dia dah cuba terangkan maksud hiburan tu sebenarnya dr kacamata Islam yg selama ini mungkin kita tak nampak, tak didedahkan, tak dihuraikan, tak pernah jumpa dan mcm2 tak lagi. Tu yg ko rasa dia meleret ke lain dan tinggalkan ko sudahnya...

Cubalah minda kita buat anjakan paradigma sikit iaitu kita terima sesuatu istilah baru yg mendefinasikan sesuatu itu dr sudut pandangan yg berbeza.

Kita akan rasa sampai bila2 pun tak tepat selagi kita tak cuba anjakkan minda kita.  

Aku pun mula2 rasa mcm ko jugak tapi bila baca2 balik memang betul pun, lg lak aku teringat hadis Rasul yg bermaksud lbh krg: "Sesungguhnya solat itu penyejuk mataku."

Kat hadis ini 'penyejuk' tapi bukankah itu same thing dgn meaning of hiburan bagi baginda. kita yg dah akhir zaman solat pun tak khusyuk mcm mana nak rasa terhibur mcm baginda, para sahabat dan org soleh. Tentu laagila tak rasa 'sejuk' kat benda2 lain. Tu yg kita rasa apa ke pelik bebenor nak guna istilah hiburan lak.

Weh, aku naik takut gak aiih bila ko kata kat dunia tak terhibur bila ikut Islam. Kat syurga je baru terhibur. Org bkn Islam mcm na lak...lagi takut kot.
Pada aku memanglah kat syurga tu terhibur tapi itu terhibur yg hakiki tak sama ngan terhibur kat dunia ni. Abiih tu bila tenang dan gembira amal Islam tu kira tak terhibur jugak la kot kalo ikut ko punya pemahaman.

ermm...terasa gak aku kita ni masih jauh dgn apa yg baginda dan para sahabat rasa dlm hakikat beragama ni.

Lagi satu hal lak....kalo la kita rasa para remaja tak leh terima istilah ni...haaa jadi peranan kitalah yg cuba anjakkan minda kita agar terima ni, bagi 'clear' kat mrk, bukan pertahankan ketidakfahaman mrk tu. Takkan bila budak2 remaja yg msh gila hiburan nafsu ni rasa depa tak leh terima, kita ikut tak nak terima gak. Kalo cam tu sampai bila2 pun kefahaman Islam kita tak meningkat mcm depa jugak.

p/s aku rasalah ko ni duduk atas gerabak lain tentu sudut panorama ko lain. Yg akasyah lak duduk kat gerabak lain yg tentunya sudut panorama dia lain lak tapi the whole scene is the same.

[ Last edited by Mawar Merah on 14-8-2004 at 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report

shah This user has been deleted
Post time 13-8-2004 03:52 PM | Show all posts

Terima kasih..

Terima kasih  akasyah & Mawar merah sbb byk menjelaskan kekeliruan.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by shah at 2004-8-13 03:52 PM:
Terima kasih  akasyah & Mawar merah sbb byk menjelaskan kekeliruan.....


Selamat datang wahai shah....ermmm newbie pun leh faham ilmu yg ditaip akasyah dan terima hujah2 yg diberi, cam na forumner lama tak leh...hehhehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.202238 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list