CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PakMalau

BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA

 Close [Copy link]
Post time 4-9-2005 02:10 PM | Show all posts
Assalamu醠aikum,

saudara2ku yang dikasihi,

Jangan menghina kami sedemikian rupa.. Hanya Allah SWT yang mengetahui kedudukan kami yang sebenarnya..

Aku mencintai Imam Ali kw tidak melebehi aku mencintai Rasulullah saaw. Aku patuh kepada Allah SWT melebehi segala2nya. Dunia sementara tuan....

Mengapa kalian tidak berhujah secara ilmiah di bilik ini? Kami sedia berhujah dan hujah2 sedang berlansung...

Jangan butakan mata melihat kebenaran.... Kebenaran yang sebenarnya....


Wassalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2005 08:17 AM | Show all posts
Mgkin sy skit nak komen ttg novel PM
Sy mmg x de authority nak komen, tak de qualification pun
Nevertheless, sy mg minat dunia sastera dn penulisan ni

Ttg novel Faisal Tehrani yg boleh dibeli di Ujana Ilmu
Bg sy kekuatan Faisal hanyalah terletak kpd kekuatan bahan cerita yg diangkat dan gagasan yg mahu di tonjolkan oleh FT sendiri
Dan biasanya gagasan itu besar
Dsmping itu ada falsafah yg tersendiri yg mbuatkan setiap penulisan beliau berisi, ada value utk dibaca dn punya platform utk disadarkn kepada (lantas mbuatkn karyanya begitu mantap)
Yg memberi added value kpd FT adalah keupayaannya membawa wadah atau dimensi cerita biasa kpd pengalaman membaca bukan biasa (1515 (perjuanagan), 1511-Kombat (perjuangan), Tunggu Teduh Dulu (remaja, cita2 & pjuangan), Detektif Indigo (remaja dn kekuatan intelek), dsb)
Dan idea2nya selalu segar dan bahasa yg outstanding
namun pembaca spt sy juga punya komen tersendiri kpd FT
Sy juga x byk baca novel FT, tp sy ada baca
Aliran FT dlm satu2 novel garapannya mantap, tp satu2 ketika FT tinggalkan elemen kejiwaan (emosi) pd pembaca (1511-Kombat~remaja Futuwwah)
Dn pmbaca novel yg terbiasa dgn genre yg biasa tercari2 elemen ni (hehehe, sy le tu)
Membuatkn novel spt itu cepat dilupakan org (bg saya)


Sy rasa PM x payah terlalu terbeban dgn kehendak pembaca
Sbb perkara satisfaction ni terlalu subjektif
Bergantung kpd bnyk perkara
Kadangkala kita rasa dah buat yg terbaik dn beri tumpuan kpd penulisan kita, tp bila kita minta komen dn ada komen yg negative mungkin serba sedikit akan buat kita down juga
Tp tulisan yg sama bila kita tunjukkan kpd org lain yg celik sastera skit, kita akan dpt komen positive pula

Pendek kata, sasaran pembaca ni pelbagai
Yg minat fact, akn cari cerita yg bagi pengetahuan baru bg si pmbaca
Yg minat jiwang2, cuba gak cari cerita cinta dua insan dlm siap tulisan yg dibaca
Yg x suka baca benda berat2 sgt, suka nak cari bahan bacaan yg fun dn tidk membebankan minda
Tp yg pnting adlh kpd penulis sendiri
Apakah yg ingin dibawanya?
Sukar, amat sukar utk mengimbangi setiap elemen dlm satu2 novel
Tp bg sy, penulis ttp berjaya jika elemen yg diketengahkan meninggalkan ingatan kpd pembaca despite beberapa kelemahan yg sentiasa mengiringi (ni mmg x leh nak elak)

Kdg2 novel terbaik FT (spt 1511-Kombat) tdk semua org pun akn minat mbacanya
Ada yg tengok front page dn tgk bhs yg diaorg x leh nak grasp dn faham
Terus diaorg reject dn x nak baca (ni jd kat ahli2 akademik juga, sy tgk sendiri)
Bukan sbb novel tu x bagus, tp kurang dekat dgn khalayak umum atau golongan marhain sastera
Bg sy itu satu kerugian, krn falsafah dlm novel2 FT sarat, dn boleh buka mata ramai
Sindirin pd masyarakat patut sgt pedas dn terkesan, tp khalayak pembaca novel2 FT tdk meluas
Sy rasa akn ada banyak bantahan bila sy bicara ttg FT yg x bias kpd FT sendiri
Mcm sorang artist tu usik Mawi, terus kena hentam teruk
Agak2 nasib sy sama x? Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 08:19 AM | Show all posts
Sbb FT ni dah ada ciri2 glamour dlm dunia sastera, apa yg ada trademark FT akan ramai yg akan baca, tgk, beli dn simpan (mmg FT deserve to have all that credit pun)
Tp x delah sy kata perkembangan ni x baik, bahkan sgt baik
Malah actually sy juga pengkagum FT
Namun sbgai pengkagum, kita pun kena bersikap adil juga supaya tidk merosakkan ikon tersebut bahkan meningkatkan lagi dan memajukan lagi ikon tersebut, dan lagi, dan lagi, dan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 06:23 PM | Show all posts
waaahhh rajin betul PM mengolah cerita. sampai tak terbaca buat masa ni. insya Allah akan dibaca nanti.selamat menulis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 10:47 PM | Show all posts
assalamu'alaikum... pak malau.. pipi lom baca lagi... almaklumlah.. masih pening menguruskan kedai nie. jadi, jarang-jarang nak berforum.... cuma nak tanya je... ada copyright tak... kekekeke.. mana lar tau.. ada penulis2 tangan panjang.. cilok plak (copy paste) pastu publish.. kata dia yg tulis.. hehehehehe...

lagi satu... leh tak kalau pipi amik copy paste dlm word. then bila ada masa lapang.. pipi baca.. sebab pening ler baca depan monitor... mata sensitif, tak leh kena cahaya (matahari, lampu, monitor dan lelain). Mana lar tau.. kalau tak de permission, mau tak berkat baca... :|

sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 11:31 PM | Show all posts
makasih.... makasih manyak2... mmm.... harap2 lepas nie insya'allah kepada sesiapa yang membaca sambil2 keterbukaan hatinya ada  (kalau dok baca tapi hati tutup; tak best gak) dapatlah juga berfikir utk mencari penyatuaan ummah.

off topic : kedai dah tutup.. sambung kat umah sat lagi.. hehehehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 15-9-2005 08:37 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by PakMalau at 14-9-2005 03:25 PM
..Aku tidak tahu sangat tentang Arqam yang telah diharamkan tu, tapi mereka pengamal ilmu tasauf. Lain sikit pendidikan diorang. Lebih tekankan kebersihan hati dan cinta pada Allah. Mereka meletakkan kecintaan pada Allah lebih dari kecintaan pada makhluk. Mereka cintakan suami kerana Allah, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Mereka patuh pada suami dalam semua hal. Derhaka pada suami seperti derhaka pada Allah. Menyakitkan hati suami seperti menyakitkan hati Allah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 10:58 PM | Show all posts
Sesekali masuk meninjau dalam forum cari ni seronok gak baca novel Pak Malau ni. Ini pengalaman sebenar ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 17-9-2005 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 15-9-2005 09:26 PM


WMS hafizi,

IngatkanG nak komenG pjg lebar, senyum jer ke...   PM saja nak tekankanG fahamanG tasauf sket.. kalau selalu ditekankanG baru senang orang faham. taklah macam bawa kenaikanG jat ...


Cukuplah senyum sahaja PM...senyum itu tandanya setuju dengan pendapat PM itu...bukan pendapat mengenai Syiah tetapi pendapat mengenai apa yang saya quote itu.

Kalau diizinkan Tuhan insyaAllah PM akan temui jalan kebenaran yg PM cari selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 10:08 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum,


hehee... Pak Malau, aku pun ada sekali kat dalam cerita ni.... ?

Apa sajalah PM, asalkan bahagia.....


janji siap novel yang menarik ni....




Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 11:25 PM | Show all posts
Dari kitab ASWJ, Aqaid Nasafiyah ( menjawb tulisan Syeikh Sulaiman ulamak Syiah)  pendapatnya berbunyi begini :

Selepas para nabi, yg paling afdal di kalangan manusia ialah Abu Bakar As Siddik, kemudian Umar ar Faruq, kemudian Usman Zunnurain, kerana dia berkahwin dgn 2 org puteri baginda RASW, kemudian Ali RA.

Khalifah mereka mengikut tertib ini dan khalifah berlangsung selama 30 tahun selepas itu timbul raja-raja dan amir-amir.

Hendaklah imam muslimin itu zahir, bukan ghaib dinanti-nantikan akan muncul, dan dia hendaklah dari kalangan org-org Quraisy dan dia bukan hanya dtg dari keturunan bani hasyim dan bukan hanya dari anak cucu Ali.

Dan tidaklah syarat imam itu seseorang yg maksum dan tidak disyaratkan dia itu merupakan peribadi terbaik pd sesuatu zaman itu.



Huraian : Yang dimaksudkan dengan angka dua belas itu, memang bukan daripada Khulafa ar rasyidin. Sĕbabnya mereka hanyalah berempat sahaja. Tetapi mereka tidaklah boleh ditolak begitu sahaja  kerana mereka memang orang pilihan Allah.

Juga bukan dari kalangan Bani Umaiyah  kerana jumlahnya lebih dari dua belas. Bukan juga dari kalangan Bani Abbasiyah.kerana jumlah mereka adalah jauh lebih banyak. Bukan juga dari kalangan Imam-imam Syiah kerana mereka yang disebutkan itu tidak pernah menjadi Khalifah atau memegang tampuk pemerintahari seperti yang dikehendaki oleh hadis di atas.

Jadi, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan itu?


Sebenarnya, yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu adalah kalangan pemerintah yang adil, yang naik secara hak dan sepenuhnya memerintah berdasarkan Sunnah Nabi SAW. Mereka mestilah khalifah atau amir yang mendapat petunjuk dalam pemerintahannya. Mereka tidak semestinya dari satu turutan sahaja dan pada satu-satu zaman sahaja. Boleh jadi, mereka itu berjauh-jauh zaman antara seorang dengan ya;ng lain, berbeza-beza keturunan Quraisynya dan berlain-lain dinasti pemerintahannya.

Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahawa mereka mestilah datang dari satu-satu kelompok sahaja atau dari satu keturunan sahaja seperti yang lazim kita fahami. Quraisy yang dimaksudkan itu adalah umum, bukan semata-mata milik Bani Hasyim, atau milik Bani Abbas sahaja, atau milik Bani Umaiyah sahaja, atau milik puak Alawiyin sahaja, atau milik Bani Tamim sahaja, atau milik Bani 'Adi sahaja.

bersambung..

(sori PM, panjang ler pulak, jgn marah yer..)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 09:29 AM | Show all posts
Kesilapan ahli sejarah Islam ialah mereka terlalu dikongkong oleh pemerintah yang berdasarkan urutan naiknya, juga dikongkong oleh pemerintahan bani-bani, sehingga kerana itu, para Khulafa yang nyata-nyata amat adil itupun, turut terkeluar senarai daripada pemerintah yang disebutkan oleh baginda SAW. Akhirnya mereka menyerahkannya kepada Allah kerana mereka tidak mendapat petunjuk dari Allah dalam menentukan peribadi yang dimaksudkan oleh hadis itu. Kalau taraf hadis itu dijadikan ukuran, hadisnya memang sahih. Jadi, "tiada siapa yang berani mendhaifkan hadis berkenaan.

Pemerintahan mereka adalah pemerintahan yang adil, kerana.jika mereka itu tidak adil, mustahillah Nabi SAW akan menyebut atau memasukkan mereka ke dalam jumiah yang amat sedikit itu. Jika berdasarkan demikian, marilah kita nilai semula pemerintah-pemerintah berikut, yang dirasakan dapat memenuhi kriteria adil seperti yang dikehendaki.


Penulis memasukkan semua nama itu, kerana yang demikian itu ada disebutkan oleh hadis-hadis, atau sekurang-kurangnya oleh para sahabat RA, bukan sekadar andaian semata-mata. Maknanya, nama mereka dan naiknya sebagai pemerintah telah disebutkan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA dalam keadaan tercerai-cerai, satu persatu dan hakikat inilah yang gagal ditangkap maksudnya oleh para ulama dan sejarawan Islam itu.

1. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA. Baginda adalah khalifah yang pertama ; dan ditunjuk oleh baginda SAW secara tersirat. Beliau adalah sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman. Datang dari keturunan Bani Tamim, iaitu dari kaum Quraisy. Naiknya sebagai pemerintah telah disebutkan oleh Nabi SAW secara umum, dan secara tersirat juga. Umurnya sama panjang dengan umur Nabi SAW.

2.   Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Orang yang paling tinggi ilmu
ketuhanannya dikalagan umat Islam dan merupakan Sahibul Zaman untuk
zamannya. Datang dari,Bani Adi, iaitu salatt satu puak dari kaum Quraisy.
Pelantikannya sebagai khalifah dibuat oleh sebaift-baik umat Muhammad SAW
dan sudah dibayangkan oleh bebeu~apa buah hadis. Umurnya juga sama panjang
dengan umur Rasulullah SAW.

3.   Khalifah Osman bin Affan RA. Paling dermawan dan lembut hati kerana Allah. Datang dari Bani Umaiyah yang terkenal sebagai golongan pentadbir di kalangan puak Quraisy. Juga telah disebutkan naiknya sebagai pemerintah dan matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan. Beliau adalah salah seorang yang dijamin syurga.

4.   Kbalifah Ali bin Abi Talib KMW. Paling alim di kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Sepupu Nabi SAW. Semestinyalah dari kaum Quraisy juga. Naiknya sebagai pemerintah memang sudah masyhur seantero alam, walaupun tanpa bantuan dari puak Syiall Dari keturunan beliaulah lahirnya Imam Mahdi yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai itu.

5.   Sayidina Hasan bin Ali RA. Amat minoriti sejarawan Islam yang memasukkan nanjanya sebagai Khulafa ur-Rasyidin kelima, selepas Sayidina Ali KMW. Tempoh pemerintahannyja yang amat pendek itu menyebabkan namanya 'terkeluar' daripada senarai Khulafa ur-Rasyidin. Jika dimasukkan juga, masih tidak bercanggah dengan tempoh yang ditetapkan oleh hadis sahih yang menyatakan tempoh pemerintahan Khulafa ur-Rasyidin yang selama 30 tahun itu.


6.   Sayidina Muawiyah bin Abu Sufian. Merupakan sahabat Nabi SAW, walaupun
lambat Islamnya. Diangkat sebagai salah seorang penulis wahyu. Datang dari
Bani Umaiyah. Dan Bani Umaiyah itu memang salah satu suku yang terkenal di
kalangan kaum JQuraisy. Naiknya sebagai khalifah sudah disebutkan oleh Nabi
SAW secara tersurat di hadapannya sendiri dengan disaksikan oleh Ummu
Habibah RA. Beliau adalah tokoh sejarah yang amat kontroversi dan ramai ahli
sejarah yang 'terluncur pena' lalu mengutuknya dari segenap penjuru,
sedangkan beliau adalah sahabat Nabi SAW juga. 'Perangainya' yang kurang
dipersemjui oleh ahli sejarah sebenarnya adalah dari segi ijtihad politik sahaja,
bukan dari segi agama. Ini perlu dibezakan dan diketahui baik-baik. Sayangnya,
perkara inilah yang gagal diperhatikan dan gagal pula difahami oleh sejarawan
sehingga mereka menerima sahaja riwayat-riwayat Syiah yang memburuk-buruk
dan mengutuknya sehabis-habis hati.

       
7.   Sayidina Abduttab bin az-Zubair RA. Anak kepada Zubair bin Al-Awwam RA. Anak angkac kepada Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah RA. Pemerintahannya cuma di Makkah tetapi naiknya sebagai pemerintah sudah disebutkan oleh para sahablat RA. Matinya sebagai syahid juga"sudah disebutkan oleh mereka. Disayangkan, ramai ahli sejarah Islam dan pengkaji yang turut 'terluncur pena' dengan menyatakannya sebagai pemberontak kepada kerajaan Bani Umaiyah. Maka banyaklah riwayat batil mengenai dirinya diambil oleh para sarjana tanpa memeriksa betul tidaknya riwayat itu, dan tanpa mengira siapa peribadi yang mereka kutuk itu. Juga datar.g dari kalangan kaum Quraisy yang terkenal.

Bersambung lagik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 09:01 AM | Show all posts

bersambung ......

Originally posted by serihartatie at 3-10-2005 09:29 AM
Kesilapan ahli sejarah Islam ialah mereka terlalu dikongkong oleh pemerintah yang berdasarkan urutan naiknya, juga dikongkong oleh pemerintahan bani-bani, sehingga kerana itu, para Khulafa yang nya ...


8.   Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Lahir dari pertemuan dua khalifah berketururuin Quraish  iaitu dari keturunan Sayidina Umar ai-Khattab RA yang datang dari  suku. Bani Adi' dan. dari keturunan Bani 'Umaiyahi yang sedang memerintah ketika itu. Merupakan mujaddid kurun pertama, sekali gus yang memerintah. Ituiah yang dikatakan sebagai Sahibul Zaman. Peinerintahannya memang adil walaupun hanya sekejap sahaja dan ini sudah tidak perlu dihuraikan lagi. Kealiman dan kewarakannya amat menakjubkan hati seluruh umat Islam, sejak dahulu hinggalah ke hari ini. Banyak jasanya yang masih diamalkan oleh seluruh umat Islam di serata dunia hingga ke hari ini, dan ini menjadikan beliau seorang khalifah dan ilmuwan sejati yang mengagumkan. Ahli-ahli sejarah tidak jemu-jemu mengorek rahsia hidupnya, dan rahsia kejayaannya, tetapi mereka masih tidak menemui apa-apa.

9.   Sultan Muhammad al-Fateh. Walaupun bangsa Turkinya tebal, namanya sudah dinyatakan oleh hadis-hadis yang menyebutkan pembuka Kota Konstantinopel adalah oleh sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Dikatakan bahawa ibunya adalah datang dari keturunan Quraisy walaupun sudah agak jauh Quraisynya. Beliau adalah raja yang berjiwa sufi, amat taatkan perintah Allah dan amat tawakal kepada Allah, dari segi zahir dan batinnya.

10. ?uaib bin Saleh at-Tamimi. Beliau adalah Pemuda dari Bani Tamim yang terkenal itu. Tidak syak lagi beliau adalah dari keturunan Quraisy kerana demikianlah yang disebutkan oleh hadis-hadis. Malah dikatakan beliau adalah datang dari keturunan Sayidina al-Hasan RA. Pemerintahannya adalah adil kerana beliau adalah pembuka jalan bagi naiknya pemerintahan Imam Mahdi. Beliau adalah Sahibul Zaman yang bongsu, iaitu penutup bagi sekalian Sahibul Zaman.

11. Imam Mahdi, Muhammad bin Abdullah. Sebaik-baik manusia pada zamannya dan salah seorang yang dijamin syurga. Memang dari keturunan Ahlulbait kerana telah disahkan oleh hadis-hadis. Naiknya sebagai pemerintah sudah sah, tidak syak lagi, dan beliau amat berhak ke atas jawatan itu atas banyak sebab.

12. Al-Qahtani, pengganti Imam Mahdi selepas kewafatan Imam Mahdi kelak. Pelantikannya sebagai Khalifah sudah disebutkan di dalam hadis-hadis dan disebutkan juga bahawa pemerintahannya tidak jauh berbeza daripada-pemerintahan Imam Mahdi. Pembantu kanannya adalah al-Makhzumi, dari keturunan Bani Tamim juga, sama seperti Imam Mahdi yang pembantu kanarmya adalah Syuaib bin Saleh, Pemuda Bani Tamim.

Perlu diingat, Nabi Isa AS tidak boleh dimasukkan di sini kerana beliau bukan dari keturunan Arab, apatah lagi  Quraisy. Nabi Isa AS adalah dari keturunan Bani Israel. Namun pemerintahannya memang adil, dan ini sudah dijamin oleh Allah dan baginda SAW sendiri. Sebabnya, Nabi Isa AS adalah seorang yang bertaraf rasul, bukan manusia, biasa, malah adalah salah seorang Ulul Azmi, yang nyata amat tinggi tarafnya berbanding rasul-rasul biasa yang lain.


sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 10:17 PM | Show all posts
Iftaar dengan syiah... teringat dulu selalu iftaar dengan billionaire... mesti dia suruh tunggu sampai betul-betul gelap
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 6-10-2005 05:06 PM
Kepada pecinta ahlul-bait terutama yang lone-ranger di Malaysia dan cari masjid syiah tak jumpa (hehehe kesian dekat korang), elok kalau mempunyai kitab ini sebagai panduan harian di rumah. Terd ...



>>info tentang amalan dalam bulan ramadhan:
      http://free.hostdepartment.com/a/almawaddah/ramadhan1.htm

Pada waktu buka puasa,

1) Baca doa:

allahumma laka sumtu wa ala rizkiqa aftartu wa alaika tawakkaltu
(oh Allah! keranaMu aku berpuasa, dan dengan makanan yang Engkau beri aku berbuka dan aku bergantung denganMu)

2) Baca surah al-Qadar


dan seterusnya.............




Asssalamualaikum,


Alhamdulillah.... Syukran ya maulana....

Aku sungguh2 beruntung ada saudara seperti Pak Malau ni, ingat juga PM  pada aku yang lone-ranger, dan juga pada saudara2 kita di Perlis, Kelantan, Johor tidak termasuk di K.Lumpur kerana di sana tentunya saudara kita tidak keseorangan seperti aku ni... betul ke billionaire?...

Terima kasih banyak atas segala info dari PM tu.. Aku sebenarnya banyak lupa, maklumlah tak sempat habis menuntut dari arwah ayah aku tu... TApi beliau telah berpesan, ingatkan Allah SWT selalu, banyakkan amal di bulan Ramadhan, jangan sekali-kali kau meremeh-remahkan kecintaan kau pada keluarga yang mulia dari Rasulullah saaw, dan yang istimewanya, pohonkan keampunan dari Allah SWT buat diri sendiri, buat ayahandaku yang tercinta, buat mereka2 yang terlanjur lidahnya dan perbuatannya menghina dan berlaku zalim terhadap keluarga Rasulullah saaw yang mulia dan akhir sekali buat seluruh kaum muslimin dan muslimat.....

Dalam tulisan ini juga aku mengambil kesempatan untuk mohon ampun dan maaf kepada ustaz Zul, hari tu aku janji nak tulis 'fadhilat ramadhan' dalam treand 'puasa' tu, tapi nampaknya aku tak dapat menunaikan permintaan tu. Dan juga kepada semua saudara2ku di sini juga aku mohon maaf kerana tak dapat teruskan tulisanku dalam treand 'nasihat untuk anak' dan 'kisah Nabi Musa as.'. InsyaAllah, habis Ramadhan nanti, kalau di izinkan Allah dan kalau masih panjang umurku, akan aku sambung kembali....






Ramadhan yang datang tahun ini, belum tentu akan aku sambut lagi pada tahun hadapan, kerana aku tidak tahu apakah aku masih di izinkan Allah untuk berjalan di muka bumi ini lagi, atau akan di jemputNya ke alam yang lain pula... Kerana itu aku tidak seharusnya melepaskan peluang buat beramal semampuku di Ramadhan ini.....



Akhir sekali, maaflah PM kalau ada tulisan aku yang mengganggu emosi PM..



Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2005 05:00 PM | Show all posts
salam
kalau dapat dibukukan bagus novel ni. Kategori pengalaman orang awam dalam perjalanan mencari kebenaran, sehingga dapat pula pembaca awam mendapat info berguna dengan susunan cerita yang bersifat sederhana dan santai. Seri hartatie nampaknya sering respon di sini, pasti SeriHartatie dapat tahu sedikit sebanyak hujah Syiah. bill kalau berkesempatan-one of these days- ingin berbincang dengan seriHartatie kerana begitu tertarik dengan pegangan beliau yang begitu utuh kepada Ustaz Ash'ari. Judging from my observation, pegangan beliau yang sebegitu jitu pasti mempunyai back up Quran dan hadis yang jelas terang menyokong kepercayaannya itu. bill nak tambah pengetahuan.bill harap beliau tidak keberatan berbincang dengan bill.  mungkin inilah pemula one of these days tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2005 11:04 AM | Show all posts
Teruskanlah menulis Pak Malau kerana saya salah seorang lone ranger yang ingin mencintai ahlul-bait dengan sepenuh jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 01:49 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum,


hehehe... Tatie menulis novel pulak? Bagus juga nii..

Sebenarnya novel PM tu baru tiga perempat habis dibaca, lambat sikit aku ni, maklumla sibuk... hehe..
Apalagi la kalau di suruh menulis novel langsung tiada berkesempatan.
Nanti dah habis baca novel PM aku sambung baca novel Tatie lak...

Tapi kalau Tatie dapat simpan dalam pdf fail, lagi bagus, senang sikit aku nak cari dan baca tanpa gangguan....



Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 06:52 PM | Show all posts
Kenapa tak sambung lagi citer ni? Best la.:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 20-5-2006 04:03 PM
Malam itu Seri membuka e-mel yang sampai kepadanya,  dia kembali membaca e-mel yang dihantar oleh Yazid kepadanya beberapa hari yang lalu. Dia tidak tahu apakah perlu dijawab atau tidak e-mel terse ...



lama  gak cerita ni nak habis :nerd:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058499 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list