CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Rasulullah saw telah mentafsir Keseluruhan Kandungan Al Quran

[Copy link]
Post time 8-11-2006 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 3-11-2006 11:31 PM
Marilah kita hentikan serta merta, lagi pula apalah sangat otak manusia zaman ini....................setakat tahu cipta komputer sahaja.

Aqal yang dianugerahkan kepada umat akhir zaman adalah satu anugerah yang teramat-amat bernilai, Namun yang melihat dan menilai potensi aqal sambil merujuk kepada Al-Quraan siapa?


Boleh elaborate lagi terhadap dua statement yang contradict ini??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


fazilogic This user has been deleted
Post time 8-11-2006 07:53 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-11-2006 10:59 AM


Saya setuju dengan anda dan justeru perlulah ada seorang Imam yang masih hidup untuk mentafsirkan semula mengikut konteks semasa. Imam tersebut juga perlulah seorang yang boleh dipercayai dan t ...

Imam?  Boleh tak quote Ayat Quran yang spesifik mengenai autenthicity Imam pentafsir Quran ini?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 01:13 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-11-2006 11:12 AM




Boleh elaborate lagi terhadap dua statement yang contradict ini??


Salam grave dan semua..............

Quote tu dalam post yang berbeza, jadi tentulah berbeza environmentnya.
Kalau dilaihat sekali lalu memang nampak contra, namun jika anda mengikut bentangan saya keseluruhan mungkin anda nampak keserasiannya........ Sayang  tulisan itu tidak dapat dikuti dengan sound effect, Kalau saya boleh tonekan tulisan tu seperti orang bercakap secara berhadapan mungkin anda faham maksud saya, tetapi diminta Tuan Grave ignor the first quote(its address to personel). Take my second quote as a valid statement.

Diharap penjelasan saya jelas.
Reply

Use magic Report

jubahkuhitam This user has been deleted
Post time 9-11-2006 09:59 PM | Show all posts
salam....pada kita org awam dan ummat, fungsi akal yg anugerah oleh tuhan pada kita adalah utk mengolah dan menimbang apa yg diterangkan dan ditafsirkan oleh rasul...iaitu org yg mau berfikir dan mempunyai akal.samada membenarkan atau tidak....disitulah pemisah antara iman dan kufur.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 11:59 PM | Show all posts
Panjangnyer perbahasan...:jeling:
Yang pasti "Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya". (Mustadrak ALhakim jil 3 halm 127 dan Tarikh ibnu Kathir jil 7 hlm 358) :ting:
Yang paling layak menafsir dengan ilmu yang tercerahkan padanya oleh Allah SWT :tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by jubahkuhitam at 9-11-2006 08:59 PM
salam....pada kita org awam dan ummat, fungsi akal yg anugerah oleh tuhan pada kita adalah utk mengolah dan menimbang apa yg diterangkan dan ditafsirkan oleh rasul...iaitu org yg mau berfikir dan m ...


Well...:setuju:
Dengan akal kita timbangkan pembuktian yang telah jelas dan terang benderang. Menyangkal benda yang jelas adalah penolakan yang fatal terhadap iman.:lebai:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2006 10:10 AM | Show all posts
salam

NABI diutus kepada dirinya
RASUL pula diutus kepada MANUSIA?????

dan adakah WAHYU sudah TERHENTI
atau MANUSIA  aje yg TIDAK MENGENDAHKANNYA????
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by fazilogic at 8-11-2006 07:53 PM

Imam?  Boleh tak quote Ayat Quran yang spesifik mengenai autenthicity Imam pentafsir Quran ini?


Terlebih dahulu perkataan Imam itu perlu dibincangkan. Konsep imam membawa pengertian yang berbeza menerusi pelbagai aliran mazhab yang ada, namun secara umumnya Imam itu adalah orang yang layak memimpin jemaah dalam urusan solat-menyolat serta pengurusan sosial yang lain. Secara akalnya jemaah-jemaah yang berakal akan pasti melantik imam-imam yang sempurna akalnya yang boleh di ikuti. Hanya makmum yang tidak siuman akan mengikuti pula imam-imam yang tidak siuman ataupun tertipu dengan kehebatan luaran imam tersebut. Ataupun juga seseorang itu tidak mahu mengikut imam kerana dia juga merasa hebat dan mempunyai sama taraf dengan imam tersebut.

Untuk menjadi seorang imam itu perlulah telah terbukti kemampuan mereka walaupun hanya nak jadi Imam masjid saja. Segala pengetahuan keagamaan perlu mereka perolehi untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat yang ada di sekitar masjid tersebut. Jika diperluaskan lagi konsep Imam dan justeru sebagai pemimpin ummah maka segala cabang-cabang ilmu yang bersangkutan dengan kehidupan mereka perlulah dikuasai oleh sang Imam tersebut. Nah..bukankah secara akalnya sang Imam tersebutlah yang selayaknya mentafsirkan al-quran apatah lagi pastinya imam tersebut seorang yang berkebolehan melihat al-quran dari segala sudut melalui ilmunya yang telah terbukti dan teruji.

Bukankah di dalam al-quran sendiri terlalu banyak ayat-ayat yang bersangkutan dengan akal yang saya rasa tak perlu lagi diulang-ulangin lagi sebutannya. Hanya manusia yang bijak dan berakal akan memilih sesuatu yang terbaik untuknya apatah lagi memilih orang-orang yang berakal untuk membimbing mereka dalam persoalan keagamaan yang tak terjangkau oleh mereka.

Sekadar renungan dari al-quran....(pinjam dari pos Vato)

dengan penambahan dan pernyataan ayat dr surah Ali Imran 3:7.
"....dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal"

Dan ayat dr surah al Waqi'ah 56: 77-79 ".....tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan."

Siapakah hamba-hamba yang disucikan ini?? Apakah cukup mengambil wudhu maka sucilah seseorang itu dan boleh menyentuh al-quran. Hehehe...maaf kerana saya tidak dapat menerima tafsirannya begini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2006 05:03 PM | Show all posts
Salam semua..................
Sekadar renungan dari al-quran....(pinjam dari pos Vato)

dengan penambahan dan pernyataan ayat dr surah Ali Imran 3:7.
"....dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal"

Dan ayat dr surah al Waqi'ah 56: 77-79 ".....tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan."

Siapakah hamba-hamba yang disucikan ini?? Apakah cukup mengambil wudhu maka sucilah seseorang itu dan boleh menyentuh al-quran. Hehehe...maaf kerana saya tidak dapat menerima tafsirannya begini.


Mohon sdr grave sahkan dengan penambahan dan pernyataan ayat dr surah Ali Imran 3:7.
"....dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal"


Adakah tambahan itu ada dihadapan atau ditengah atau dipenghujung ayat? Saya tidak menemuinya, mohon dibantu.
Atau mungkin saya salah faham?

Dan untuk terjemahan yang saya ambil dari islam.city begini pada Al-Waqiah:79       

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

Bagaimana kalau saya katakan bila disebut makhluk-makhluk tentulah Ia membabitkan ciptaanNya yang lain yang perlu kita lihat semula sebelum memuktamadkan pendapat Tuan.  Sila semak Tuan Grave.
Reply

Use magic Report

fazilogic This user has been deleted
Post time 13-11-2006 07:08 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2006 11:32 AM


Terlebih dahulu perkataan Imam itu perlu dibincangkan. Konsep imam membawa pengertian yang berbeza menerusi pelbagai aliran mazhab yang ada, namun secara umumnya Imam itu adalah orang yang laya ...

Saudara Gravedigger, soalan saya di atas cukup simple.  Saya meminta saudara memberikan Ayat Al Quran yang spesifik mengatakan bahawa kita memerlukan Imam untuk mentafsirkan Al Quran.

Barangkali usaha saudara untuk membawa dalil Al Quran itu akan menjadi lebih mudah dengan mencari perkataan indeks Imam di dalam surah-surah Al Quran.

Sekian dan terima kasih.

[ Last edited by  fazilogic at 13-11-2006 07:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 12-11-2006 05:03 PM
Mohon sdr grave sahkan dengan penambahan dan pernyataan ayat dr surah Ali Imran 3:7.
"....dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal"

Adakah tambahan itu ada dihadapan atau ditengah atau dipenghujung ayat? Saya tidak menemuinya, mohon dibantu.
Atau mungkin saya salah faham?

Dan untuk terjemahan yang saya ambil dari islam.city begini pada Al-Waqiah:79        

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;


Silalah sdr semak kembali terjemahan al-quran dan pastinya ayat tersebut terdapat di penghujung surah Ali Imran 3:7.

1. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal. (QS. 3:7)

http://members.tripod.com/~soni69/quran.htm

2. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
http://www30.brinkster.com/belatuk/QDisplay.asp?chpt=3

3.Those who are well-grounded in knowledge say: "We believe in it: it is all from our Lord. But only the wise take heed".
(Terjemahan Dar Al-Choura, yang diiktiraf oleh supreme Sunni and Shii Councils of The Republic of Lebanon)


Bagaimana kalau saya katakan bila disebut makhluk-makhluk tentulah Ia membabitkan ciptaanNya yang lain yang perlu kita lihat semula sebelum memuktamadkan pendapat Tuan.  Sila semak Tuan Grave.


Saya tertarik pada kenyataan ini. Ya...silakan tuan pula memberikan pandangan siapakah pula makhluk-makhluk lain tersebut yang Allah maksudkan lebih suci dari manusia suci yang Allah sendiri telah sucikan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by fazilogic at 13-11-2006 07:08 AM

Saudara Gravedigger, soalan saya di atas cukup simple.  Saya meminta saudara memberikan Ayat Al Quran yang spesifik mengatakan bahawa kita memerlukan Imam untuk mentafsirkan Al Quran.

Barangka ...


Sila rujuk jawapan saya sebelum ini di pos#28 dan ia telah pun dijawab secara akal fikiran saya. Apakah saudara menolak saya menggunakan akal untuk memahami al-quran???
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 13-11-2006 11:10 AM


Silalah sdr semak kembali terjemahan al-quran dan pastinya ayat tersebut terdapat di penghujung surah Ali Imran 3:7.

1. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-oran ...


Salam grave dan semua..............
Mohon ma'af, setelah merujuk memang diakhir ayat itu terdapat ayat yang tuan tambah, iaitu maksudnya disini, lengkaplah ayat itu.  Itulah yang sepatutnya dilakukan bila merujuk ayat-ayat ALLAH, biarlah diambil secaramenyeluruh dan jangan hanya berpilih-pilih.  Ampunkan aku ya ALLAH............

Mengenai terjemahan yang menggunakan makhluk menggantikan hamba, saya dapati bila anda menisbahkan hamba hanya mewakili manusia(kerana anda menyebut mengenai wudhu'), bagaimana pula dengan jin, tidakkah golongan ini ada yang kotor dan ada yang suci?  Dan bagaimana pula malaikat yang sentiasa didalam keadaan suci dan diakui oleh ALLAH?

Al-Waqi'ah

[77] Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia,

[78] Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

[79] Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

[80] Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Allahul'AlimulHakim.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 13-11-2006 11:10 AM
Saya tertarik pada kenyataan ini. Ya...silakan tuan pula memberikan pandangan siapakah pula makhluk-makhluk lain tersebut yang Allah maksudkan lebih suci dari manusia suci yang Allah sendiri telah sucikan mereka.


Salam sejahtera Gravedigger, semua.

Konsep mahkluk2 suci as de facto untuk menerangkan panduan2 didlm al Qur'an telah sekian lama menjadikan umat Islam malas dalam membaca dan memahami kandungan2 al Qur'an itu sendiri.

Saya sedar yg Gravedigger berniat baik dgn memuliakan mahkluk2 suci ini.  Ini antara lain untuk memastikan dengan berpegang pada mereka2 ini, sekurang2 kemungkinan yg saudara berada dipihak yg benar akan lebih besar berbanding dgn umum yg berpegang pada akal masing2 atau yg berpegang pada makhluk2 lain yg kurang suci as per your standard.

Samada Nabi telah menafsirkan sepenuhnya panduan al Qur'an atau tidak, pada saya bukanlah isu yg utama kerana ayat2 Tuhan itu merupakan panduan2 yg jelas dan mudah untuk difahami.  Konsep Deen-illah adalah bersifat lurus dan jelas sehinggakan panduan yg diturunkan adalah ditujukan terus kepada setiap manusia didunia ini tanpa memerlukan sistem authoriti didlm mempraktiskannya.

Jika konsep mempraktiskan Deen-illah memerlukan autoriti2 mahupun mahkluk2 suci untuk menjaga kandungan dan interpretasi al Qur'an, sudah tentu ini telah diperincikan didlm al Qur'an itu sendiri.

Dengan meletakkan peranan mahkluk2 suci yg tidak ada sandarannya didlm al Qur'an, disebabkan oleh mis-fokus, masyarakat kurang penghayatannya terhadap al Qur'an, dan yg lebih malangya kita akan lebih tertumpu kpd usaha mencari salasiah manusia2 yg kononnya disucikan oleh Tuhan untuk menjadi "caretaker/guardiance/pengawal" kepada kebenenaran.

Salam Sejahtera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:54 AM | Show all posts
Saje nak tambah...ayat dr surah al Waqi'ah 56: 77-79 ".....tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan."

Memang jelas..manusia yang menyucikan diri berbeza dengan manusia yang disucikan. Manusia Yang disucikan telah diperbahaskan sebelumnya yang terdiri dari ahlul bait dalam surah alAhzab 33:33 "....Sesungguhnya Allah bermaksud menbersihkan kamu ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.". :tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 13-11-2006 11:51 PM

[77] Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia,

[78] Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

[79] Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;


Salam Sejahtera ayyohpeen, semua

Penghayatan kandungan al Qur'an memerlukan kita sebagai pembacanya membersihkan diri dari dogma dan sandaran yg tidak ada kaitan dgn al Qur'an.  Ini banyak kali dikaitkan dengan suruhan zakka/keep it pure yg malang sekali telah diertikan sebagai amalan membayar zakat.

Secara ringkasnya, bila kita mencampur adukkan al Qur'an dengan sumber2 luaran sebagai panduan hidup, ini akan menjejaskan keupayaan kita untuk menyentuh/mendekati panduan yg diberi didlm al Qur'an.  Maka untuk jadi "suci", kenalah kita kuatkan usaha untuk melihat dan menghayati kembali penerangan2 didlm al Qur'an tanpa sikap prejudice.

Pattern yg sama dapat kita lihat seawal kita diceritakan kisah2 kaum terdahulu yg juga diberi Kitab sebagai panduan.  Masing2 meletakkan fokus kepada faktor manusia ketiga untuk mencari kebenaran, walhal kebenaran itu berada didepan mata mereka sendiri.

Salam sejahtera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by vato at 14-11-2006 12:54 AM
Memang jelas..manusia yang menyucikan diri berbeza dengan manusia yang disucikan. Manusia Yang disucikan telah diperbahaskan sebelumnya yang terdiri dari ahlul bait dalam surah alAhzab 33:33 "....Sesungguhnya Allah bermaksud menbersihkan kamu ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.".


Salam sejahtera vato,

Gravedigger semestinya berbesar hati untuk menjelaskan lagi kisah ahlul bait.  Saya perhatikan kat luar sana punyalah banyak thread pasal ni, sampai tak tahu kat mana nak komen.

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 01:02 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 13-11-2006 11:35 PM


Salam sejahtera Gravedigger, semua.

Konsep mahkluk2 suci as de facto untuk menerangkan panduan2 didlm al Qur'an telah sekian lama menjadikan umat Islam malas dalam membaca dan memahami kandu ...


Penambahan untuk kenyataan tu...jika sekiranya tidak ada satu authority yang membimbing kearah kesempurnaan kemanakah panutan manusia selepas kewafatan Rasulullah SAW?:hmm:
Jika sekiranya pemimpin yang dituruti tidak terlepas dari kesilapan dan penafsiran, bagaimanakah manusia harus mempercayai kepimpinan tersebut???
Dengan logik yang sebegitu, kepimpinan yang disucikan adalah perlu untuk merealisasikan tujuan penciptaan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 01:44 AM | Show all posts
Benarkan saya mengupas sedikit logik pandangan vato.

Bagaimana kita hendak memastikan jalan yg dilalui itu adalah jalan yg benar?  Vato:  Ikut pemimpin yg suci.  

Bagaimana untuk memastikan yg memimpin didepan itu adalah suci?  Vato: Kaji asal usul keturunan pemimpin.  magic word: ahlul-bait

Jalan ini telah diambil selama lebih dari 1000 tahun.  Hasilnya?  Sebagai contoh lihat apa yg jadi sekarang di Iraq.  Ini saya namakan sebagai "Lurah Dendam".  Tempat lain mungkin tunggu masa sahaja.  Ingredient tak cukup lengkap lagi.

Konsep agama yg meletakkan "aku lebih dari engkau, engkau tidak sesuci aku" secara hakikatnya tidak membawa kepada konsep peace/islam seperti yg diajar didlm al Qur'an.

In fact, konsep ini telah dipelopori terlebih dahulu oleh puak Yahudi yg  kemudian diadaptasi dengan begitu cemerlang oleh puak2 Arab.

Salam Sejahtera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 02:40 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 14-11-2006 12:44 AM
Benarkan saya mengupas sedikit logik pandangan vato.

Bagaimana kita hendak memastikan jalan yg dilalui itu adalah jalan yg benar?  Vato:  Ikut pemimpin yg suci.  

Bagaimana untuk memastikan y ...


Sedikit pandangan...manusia yang disucikani tidak ujub dan takbur, malah mendekatkan diri dengan Allah SWT..cth; Rasulullah SAW.

Manusia yang suci bermula dari Islam...bukan dipelopori oleh Yahudi.:pmuka:

Siapa kah manusia yang disucikan di Iraq...:hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.081843 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list