CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GRINDSAKHTANIC

Legenda Penjenayah-penjenayah termasyur Malaysia...

[Copy link]
Post time 20-12-2006 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by matjawasp at 19-12-2006 09:49 PM
Sebelum "MAT KOMANDO" pada tahun 80an ada sorang lagi orang Kelantan nama dia
"MOKHTAR KOMANDO".. dia pun  telah di hukum gantung.




wa kira ganaz jugak tak?:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 01:05 PM | Show all posts
geng mamak da berkubur ka blom?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 05:34 PM | Show all posts
apa jadi ngan nasib salah sorg geng mamak tu? dulu masa kecik2 mana sangka dan beso jadi geng mamak. geng sama2 main lumba beskal....
Reply

Use magic Report

komando_cj This user has been deleted
Post time 21-12-2006 02:29 AM | Show all posts
Prebet Adam masuk senarai juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 08:43 AM | Show all posts
samada merompak utk tolong org kampung or merompak utk diri sendiri, penjenayah tetap penjenayah dan mesti terima hukuman setimpal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 05:06 PM | Show all posts
Mail Kerbau - bleh bukak gari sekelip mata je... kalau dia kena gari kurang2 7-8 gari kena pakai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2006 05:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 02:49 PM | Show all posts
Jejak: Raja Laut masih bebas
Oleh Nasron Sira Rahim


Lanun tempatan bergiat di perairan Perak dikatakan miliki 'ilmu' untuk melarikan diri setiap kali polis lancar operasi

LEBIH 20 tahun polis cuba untuk memberkas lelaki itu tetapi bagi setiap operasi serbuan yang diatur rapi, penjenayah digelar 慠aja Laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2007 02:49 PM | Show all posts
Beberapa rentetan serbuan

OGOS 1969 - dua anggota polis yang menyamar memasuki sebuah kawasan perkampungan nelayan di Port Weld dengan menggunakan perahu dan tanpa diduga, perjalanan mereka terserempak dengan Raja Laut dan ahli kumpulannya di sebuah kedai kopi.

Melihat suspek yang dicari bertahun berada di depan mata, polis terbabit segera menghubungi pasukan meminta bantuan tetapi sebaik mereka sampai di tebing, ahli kumpulan itu sudah melarikan diri di kawasan paya berhampiran.

Dalam tergesa-gesa itu, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan 1,485 peluru pelbagai jenis yang akhirnya dirampas polis.

Mei 1970 - maklumat penting yang diterima membawa polis mengepung sebuah rumah di Bagan Siakap pada waktu Subuh. Sasaran mereka kali itu adalah seorang penjenayah yang tersenarai sebagai mereka yang paling dikehendaki polis.

Mereka ingin menahan Phua Ah Soo, 28, iaitu orang kanan kepada Raja Laut, lanun yang kerap mendatangkan masalah kepada keamanan negara khususnya di Perak.

Sepasukan kira-kira 14 anggota polis memulakan operasi dengan bergerak dari Taiping pada jam 3 pagi dan tiba di kawasan sasaran seawal jam 6.30 pagi.

Mereka berpecah kepada dua pasukan kecil, satu pasukan akan menggempur dan memantau dari laut manakala satu lagi menyerbu dan berkawal di daratan.

Ketika pasukan polis yang datang dari arah lautan menghampiri rumah yang dibuat dari atas air itu, seorang lelaki keluar dari kediaman berkenaan bersama selaras senapang berjenis Carbine dan terus melepaskan tembakan.

Keadaan genting itu menyebabkan polis membalas tembakan dan drama tembak-menambak selama 10 minit berakhir apabila lelaki itu terjatuh ke dalam laut.

Pemeriksaan mendapati lelaki itu adalah suspek sasaran iaitu Phua Ah Soo yang dicari polis sejak 1964 yang turut ditawarkan ganjaran RM2,000 bagi penangkapannya sama ada hidup atau mati.

Operasi itu berterusan apabila seorang lagi rakan Phua cuba melarikan diri keluar dari rumah menyebabkan tembakan di laut turut berlaku di daratan. Polis mendapati lelaki yang ditembak di darat dikenali Law Beng Tang.

Pemeriksaan di dalam rumah pula mendapati seorang wanita dipercayai isteri penjenayah itu turut cedera di tangan, kaki dan punggung dalam adegan berbalas tembakan itu. Seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan turut ditemui tetapi tidak mengalami kecederaan membimbangkan.

Pemeriksaan turut menjumpai lima pistol, selaras Carbine dan 452 peluru dalam rumah terbabit.

Kematian Phua dianggap kejayaan terbesar polis lantaran lelaki itu adalah orang kanan yang bertanggungjawab dalam banyak kegiatan jenayah Raja Laut.

Mei 1978 - jam menunjukkan kira-kira 5.30 petang apabila dua daripada lima anggota polis yang menjalankan rondaan sekitar hutan bakau di Pulau Sangga Kecil, berhampiran Port Weld, terserempak dengan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Polis memperkenalkan diri dan mengarahkan kumpulan lelaki menyerah diri sebaliknya arahan pihak berkuasa itu dibalas dengan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka.

Kumpulan lelaki itu melarikan diri dan polis mengejar dua daripada mereka. Tembakan dilepaskan dan seorang daripada ahli kumpulan itu terbunuh.

Seorang lagi yang dipercayai Raja Laut, menyembunyikan diri di kawasan parit sambil membalas tembakan menggunakan senjata automatik sebelum terus melarikan diri.

Drama akhir serbuan dan adegan tembak-menembak itu menyebabkan seorang koperal polis cedera terkena tembakan di leher, dada, lengan dan kaki.

Polis menahan lima lelaki dari sebuah kongsi di kawasan serbuan dan merampas satu bot laju dengan enjin 85 kuasa kuda.

Intipan diteruskan bagi mengesan ahli kumpulan yang berjaya meloloskan diri dengan pembabitan pasukan polis, polis hutan, marin serta unit anjing pengesan.

Pemeriksaan sekitar kawasan kejadian juga menjumpai beberapa senjata milik kumpulan Raja Laut itu antaranya senapang, rifel M-16 dan 70 butir peluru yang dibalut dengan kertas lilin. Turut dijumpai dua bot laju dengan enjin sangkut 50 kuasa kuda.

Beberapa hari selepas itu juga, polis turut menahan seorang pengikut Raja Laut yang dipercayai cuba membawa keluar penjenayah itu dari kawasan serbuan yang sudah dipenuhi polis.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada waktu Subuh dan dipercayai orang kanan Raja Laut yang terbaru selepas orang kanan lamanya, Phua Ah Soo yang mati ditembak polis beberapa tahun sebelum itu.

Lelaki itu dikatakan mewakili Raja Laut memungut wang perlindungan dan wang peras ugut daripada mangsa kumpulan itu.

Lelaki itu terpedaya apabila menyangka kehadiran bot peronda polis adalah bot rakan penjenayah yang ingin dibantu melarikan diri. Tanpa menyangka apa-apa, orang kanan Raja Laut itu terus memberi isyarat pemetik api sehingga menarik perhatian polis yang akhirnya memeriksa dan menahannya.

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu beg plastik yang memiliki wang RM1,700, penyuntik dan satu botol morfin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 11:30 PM | Show all posts
raja laut nih masih idup ker tak???dah kene tangkap ker belum??
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 03:00 PM | Show all posts
tak der ke yang nak bagi info tentang penjenayah2 tersohor ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 15-1-2007 11:30 PM
raja laut nih masih idup ker tak???dah kene tangkap ker belum??


kat salah satu artikel tuh
dia ckp kehilangannya penuh misteri

maksudnya polis lom dpt tangkap dia lagi

now, dah mati lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 05:05 PM | Show all posts
JAlan Raja laut tu di ambil sempena nama dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 09:57 AM | Show all posts
Jejak: Ops Buncit tamatkan riwayat Bentong Kali
Oleh Nasron Sira Rahim

Polis tawar RM100,000 tangkap penjenayah paling dikehendaki sekitar 1990-an kerana 16 pembunuhan

MUDAH saja untuk dia membunuh seseorang. Apabila lelaki itu berang, diasekadar menarik pistolnya dan menembak sesiapa saja yang mencetuskankemarahannya tanpa memikirkan impak perbuatan berkenaan.

Semudah itu saja, dia tidak kisah atau pernah takut memikirkanperbuatannya memiliki senjata api atau menembak seseorang bolehmenyebabkan dia dihukum gantung sampai mati.

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiadaundang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunyatermasuk membunuh seseorang.

Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar 態entongKali
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 10:07 AM | Show all posts
Jejak: Beberapa kes bunuh dilakukan sendiri


KEGEMBIRAAN sambutan hari lahir di Taman Tanming Jaya, Balakong, Selangor tidak berakhir dengan suasana ceria sebaik dua lelaki muncul tanpa diundang pada majlis berkenaan sekitar jam 11 malam 14 Jun 1993.

Kemunculan dua lelaki itu sememangnya memberi sesuatu yang mengejutkan apabila tanpa diduga, mereka melepaskan tembakan di hadapan kira-kira 40 orang yang berada pada majlis itu.

Sebaik melepaskan tembakan, terus dua lelaki itu beredar meninggalkan tetamu majlis itu dalam keadaan ketakutan. Tembakan itu menyebabkan tiga maut di tempat kejadian, seorang lagi mati ketika dikejarkan ke hospital manakala dua lagi cedera parah.

Beberapa ketika kemudian, polis berkejar ke tempat kejadian tetapi gagal mengesan dua lelaki berkenaan sebaliknya mereka menemui sembilan kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer.

Penemuan bukti kelongsong peluru itu menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian pembunuhan berkenaan.

Tambahan pula lokasi kejadian berhampiran dengan tempat seorang penjual roti canai berusia 24 tahun yang ditembak Bentong Kali kira-kira enam hari sebelum kejadian pembunuhan pada majlis hari lahir itu.

Dalam kejadian sebelum itu, tindakan penjual roti canai terbabit menegur tindakan 慿urang ajar
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 03:56 PM | Show all posts
geng mamak...hehe
cukup power dia org nih merompak selalu jer terlepas...
member aku cakap ketua dia org ni siap ada bela rimau dlm rumah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by komando_cj at 21-12-2006 02:29 AM
Prebet Adam masuk senarai juga ke?


aha...Prebet Adam...
kalau x silap aku,dia ni mengamuk nak bunuh Sultan Johor..
apa punca sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 20-12-2006 08:54 AM
mat komando rompak sebab nak tolong orang kampung?

1. Matlamat tak menghalalkan cara
2. Siapa boleh cakap Mat Komando serah semua hasil rompakan dia? Atau dia cuma serah seciput aje....lain d ...



Kalau cam tu aku pun boleh...rompak maybank sebab nak bayar hutang bank rakyat...hahahaha
Reply

Use magic Report

holdfast This user has been deleted
Post time 3-2-2007 11:27 PM | Show all posts
kl derang ni dibrainwash dan dilatih utk kepentingan negara kan ke bagus..ni bunuh..mati sesia ajer..cthnyer mcm Dr azahari pakar bom tu..kan bagus k'jaan simpan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 10:03 AM | Show all posts
btul tu..kepakaran dorg amat bernilai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066515 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list