CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tragedi hidup Sufiah

[Copy link]
 Author| Post time 2-4-2008 09:44 AM | Show all posts
Sufiah keliru -- Bekas suami

LONDON 1 April
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 05:22 PM | Show all posts

Reply #21 Syd's post

tak terkata dengan nasib gadis ini..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by zarul427 at 2-4-2008 03:23 AM
buang masa je duit kerajaan taja manusia mcm ni
dia iq je tinggi tp eq rendah
apa nk heran
dia mmg nk hancur
let it be.........

regards


Nampak sangat yang kau ni tak tau apa-apa tentang Sufiah...
Kerajaaan tak pernah taja dia pun...
Universiti Oxford sendiri yang tawar dia belajar kat situ...

Walaupun Sufiah bersalah, tapi aku lebih salahkan mak dan ayah dia...
Ingat tak dulu, pernah keluar dalam berita... Sufiah larikan diri dari rumah sebab tak tahan dengan ajaran ayah dia...
Dia kata kehidupan di rumah sendiri ibarat neraka... sebab ayah dia kongkong dia gila2 punya...

Bayangkan, umur 13 tahun dah masuk universiti...
Langsung tak ada peluang nak berkawan dengan rakan2 sebaya...
Tambah lagi, dikongkong oleh ayah dia...

Aku rasa perkara yang sama akan terjadi pada Adik Adiputera kalau dia masuk universiti terus...
sebab tu kerajaan tak kasi Adiputera terus masuk universiti.... tapi ayah dan mak dia masih berdegil nak Adiputera dimasukkan ke universiti...

Itulah akibatnya bila kita paksa anak belajar sampai jadi genius, akhirnya pasti ada sesuatu yang buruk terjadi...
Nak anak pandai pun, janganlah terlalu memaksa mereka belajar hingga mengongkong kebebasan mereka...
Aku rasa Sufiah buat begitu sebagai tanda protes dan memberontak atas tindakan ayah dan mak dia dulu...

Aku bukan nak menafikan segala kesalahan yang Sufiah lakukan tapi sebagai seorang remaja, aku faham perasaan Sufiah...
Ada hikmah disebalik kejadian ni... dan golongan ibubapa khususnya perlu mengambil pengajaran disebalik peristiwa yang berlaku ni...
Jangan meletakkan harapan yang tinggi menggunung kepada anak sendiri secara paksa...
Biar mereka lakukannya dengan rela hati dan bukannya dipaksa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:48 PM | Show all posts
mana tumpahnyer kuah kalau tak ke nasik....naperlah muka dia cam melayu..buat malu org melayu jerks :@
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 09:33 PM | Show all posts
lawa gak dak sufiah nie..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 2-4-2008 08:25 PM


Nampak sangat yang kau ni tak tau apa-apa tentang Sufiah...
Kerajaaan tak pernah taja dia pun...
Universiti Oxford sendiri yang tawar dia belajar kat situ...

Walaupun Sufiah bersalah, ta ...

kalau tak silap.................sime darby pernah taja dia time belajar kat oxford tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2008 11:47 PM | Show all posts
aku rasa aper yang sufiah dapat nih... sebab dia membelakangkan mak ayah dia.....nak kan kebebasan sangat.......sekali terbabas ......nauzubillah..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 01:30 AM | Show all posts
Kesian Sufiah...rasanya dia jadi camni sbb bapak dia gak...mesti warga London akan memperlekehkan org2 Asia ttg isu Sufiah nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 11:45 AM | Show all posts
http://www.newsoftheworld.co.uk/3003_hooker.shtml

dlm artikel ni..ayah dia cakap ada organisasi yang kidnap dia untuk cari punca kepandaian dia..

"Sufiah was missing for two weeks before being found in an internet caf
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 07:42 PM | Show all posts
x taula.. tp ajaran islam msh dipraktikkan... kalau nak kata bapak dia jahat...gmbr kawen dia pun dia pki tudung lg....maybe jd tekanan sbb diaorg nie duk tgk remaja2 barat tuh bebas sgt kut....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 10:03 PM | Show all posts
SUMBANGAN BAGI MEMBANTU SUFIAH KEMBALI KE PANGKAL JALAN..

Sila klik

http://www.melayu.org.uk/index.php?q=node/453

Terima Kasih


Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom
Malay Community Association of United Kingdom


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 01:38 AM | Show all posts
senyuman ayah dia tu mcm senyuman orang baik2..redup dan tenang...
-takkan lah dia nak bwt serangan seks kat 2 pelajar bawah umur...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 06:46 PM | Show all posts
aku tak paham kenapa kena kesian kat dia. she chose tht kinda life.. just my 2 cent
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 10:04 PM | Show all posts
mari tengok gambo eksklusif pelacur genius melayu malaysia.

-CENSORED-

[ Last edited by  Sasha at 28-4-2008 03:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 11:08 AM | Show all posts
慡aya fikir dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 10:19 AM | Show all posts
Misi Selamatkan Sufiah sudah dihenti
16-06-2008 09:16:42 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menghentikan misi "Selamatkan Sufiah", gadis pintar yang dilaporkan menjadi pelacur di London, yang dilancarkan April lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Ma#ah Ibrahim.

Beliau berkata, usaha membantu Sufiah kini diserahkan kepada Persatuan Melayu United Kingdom (PMUK) kerana wujud beberapa kekangan bagi kerajaan meneruskannya.

"Kekangan paling besar ialah kita tidak dapat mengakses datanya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ensiklopedia Jejak Rasul di sini hari ini.

Ma#ah berkata, rintangan lain termasuk Sufiah, 23, sudah menukar status kerakyatannya serta keluarganya sendiri sukar menghubunginya.

Sufiah, yang ibunya Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, pernah dikagumi dunia kerana berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Mengenai pelancaran Ensiklopedia Jejak Rasul yang berbentuk cakera padat (CD) interaktif itu, Ma#ah berkata medium itu dapat membantu kerajaan dalam mengembangkan Islam Hadhari dan tamadun Islam kepada golongan muda.

"Biasanya sejarah tamadun dalam buku saja, tetapi saya lihat CD yang disasarkan kepada golongan pelajar ini bersifat interaktif, mesra pengguna dan mudah," katanya.

Ensiklopedia yang diterbitkan Islamic IT Centre itu mengandungi tiga keping CD Siri 1 Jejak Rasul dan dijual pada harga RM260 dengan 70 peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada rumah kebajikan, warga emas dan orang kurang upaya. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 04:09 AM | Show all posts
die sendiri yg nak jd pelacur, bukan org suruh pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 09:20 AM | Show all posts
apa dah jadi dgn dia sekarang? masih bergelar pelacur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 12:27 PM | Show all posts
sorrylah .. aku tak kesian kat dia sbb dia sendiri pilih jalan hidup  mcm tu .. bukannya tak de pilihan lain .. otak dah bagus .. nak seribu daya tak nak seribu dalih ... menyampah aku baca psl dia ni .. xlaki dia 10000x lbh sedar dari dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 02:29 PM | Show all posts
Sufiah kini buat kerja amal


KUALA LUMPUR: “Dia ingin tebus dosa silam,” kata Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek mengenai perkembangan terbaru wanita genius matematik, Sufiah Yusof yang kini aktif melakukan kerja amal di London.

Katanya, perkembangan terbaru itu diketahuinya melalui seorang rakan yang secara kebetulan terserempak dan sempat bertanya khabar dengan bekas pelajar Universiti Oxford berkenaan minggu lalu.

“Rakan saya itu yang juga anggota Pisang, memberitahu Sufiah kini insaf dan dengan membantu golongan kanak-kanak kurang upaya di sana (London), dia harap dapat menebus kembali dosa yang pernah dilakukannya.

“Berita ini sesuatu yang amat menggembirakan dan secara tidak langsung membuktikan kesungguhannya untuk berubah. Bagaimanapun, rakan saya itu cuma dapat berbual sebentar saja dengan Sufiah dan tidak sempat bertanya sama ada dia menyambut Aidilfitri, baru-baru ini bersama keluarganya atau tidak,” katanya yang menghubungi Harian Metro, semalam.


Pada 23 September lalu akhbar ini melaporkan mengenai hasrat Sufiah menyambut Aidilfitri bersama keluarga selepas beberapa tahun tidak bersua muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.514583 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list