CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellyahmad_1983

Adik aku nak tinggal dengan aku lepas aku kahwin, nak bagi ker?

[Copy link]
Post time 15-4-2008 12:44 AM | Show all posts

Reply #20 JAY-Z's post

aweks seme da tido la tu kan :re: klu x jgn harap nk msk bod ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 15-4-2008 12:44 AM
aweks seme da tido la tu kan :re: klu x jgn harap nk msk bod ni




ish odio nie...Abg jay baling pantis saida baru tauwwww

mana ada awekssss punnnn..hanya odio di hati abg :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by ellyahmad_1983 at 14-4-2008 08:18 PM


Adik saya lelaki.  Tulah memang kesian kat dia. sEBAB PALING BONGSU. Tapi rase tak adil pulak kat tunang. Terpaksa bertanggungjawab kat adik saye pulak. Tak tahu nak explain cam mana kat tuna ...



bgtau  dia yang ko kena biasakan diri idup ngan husband dulu.nanti bila dah biasa bleh la adik ko tinggal sekali ngan ko...tak gitu? tulun ajar laki ko nanti camana nak layan adik ipar dgn baik :victory: :victory:

btw adik ipar abg jay seorang popuan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 08:37 AM | Show all posts

Reply #13 ellyahmad_1983's post

adik ko tu kecik lagi, jadi aku rasa memang tanggungjawab ko dan kakak/abang yang lain ke atas dia, sampaila umo dia 21 nanti

entahlah, kalau aku lah, dah kuarga sendiri, aku akan dahulukan dorang kot. kalau misal kata tunang or boipren aku tak boleh nak terima kalau aku nak jaga adik aku lepas kawen, aku patut fikir semula kot idea nak sehidup semati dengan dia. sebab kalau dah kawen, kena kawen dengan kuarga sekali. tambahan pulak korang ni anak yatim piatu yang masih beradik kecik.

aku bukan nak cakap tunang ko baik ke tak baik kan, tapi yang aku selalu percaya, kalau dengan keluarga ni karma always happen. kalau aku betray keluarga aku, nescaya one day orang betray aku pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 08:39 AM | Show all posts

Reply #14 audioslavefan's post

haku pinjam kejap   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #24 artgeex's post

Tulah pasal. Aku ni sebenarnya sayang kat adik aku ni. Tapi aku dalam dilema nak cakap ngan tunang aku. Tunang aku tak cakap dia tak suka atau suka. Aku tahu kitorang kena jaga amanah arwah mak ayah kitorang (adik aku dua rang ni).

Tah la, aku rase macam aku mals nak rumitkan perasaan tunang aku. Aku pun tanak sedih kan adik aku.

Korang ade tak cara aku nak bagi tahu adik aku yang dia tak sepatutnya tinggal dengan aku tanpa kecikkan hati dia. cuba korang bagi alasan yang paling dia tak leh sangkal. yang pentig tak kecikkan hati dia. sebab aku tak nak dia merajuk dengan aku. kesian dia. dia ade kami jer.

aku macam kakak yang pentingkan diri kan. tapi inilah perasaan aku sekarang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2008 08:53 AM | Show all posts

Reply #24 artgeex's post

Tulah pasal. Aku ni sebenarnya sayang kat adik aku ni. Tapi aku dalam dilema nak cakap ngan tunang aku. Tunang aku tak cakap dia tak suka atau suka. Aku tahu kitorang kena jaga amanah arwah mak ayah kitorang (adik aku dua rang ni).

Tah la, aku rase macam aku mals nak rumitkan perasaan tunang aku. Aku pun tanak sedih kan adik aku.

Korang ade tak cara aku nak bagi tahu adik aku yang dia tak sepatutnya tinggal dengan aku tanpa kecikkan hati dia. cuba korang bagi alasan yang paling dia tak leh sangkal. yang pentig tak kecikkan hati dia. sebab aku tak nak dia merajuk dengan aku. kesian dia. dia ade kami jer.

aku macam kakak yang pentingkan diri kan. tapi inilah perasaan aku sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by artgeex at 15-4-2008 08:37 AM
adik ko tu kecik lagi, jadi aku rasa memang tanggungjawab ko dan kakak/abang yang lain ke atas dia, sampaila umo dia 21 nanti

entahlah, kalau aku lah, dah kuarga sendiri, aku akan dahulukan do ...


aku sokong 100% pendapat artgeex nih....

kalau aku jd adik dia lah.... dan aku terbaca posting akak aku mcm nih.....
luluh hati aku.... dh la mak pak x der.... ada darah daging sendiri pun mcm x nk amik peduli...
dah la bungsu pulak tu....

___________________________

bg aku la.... family come 1st. selagi tidak ada alasan kukuh tuk aku lepas tgn..... aku akan sentiasa amik tahu...

dan bg aku... perkahwinan tu... kita nk menyatukan dua keluarga yg besar. so kalau lah.... ada pihak2 yg x dpt terima pihak yg lain..... so matlamat perkahwinan tuk menyambung silaturrahim tu sesama insan tu.... kira mcm gagal lah...

apa kata bincang dgn tunang awak.... beritahu keadaan family awak tu...
dan tgk response dia mcmana...

hmm.. nk tanya sikit, sapa tgg persekolahan adik2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 09:23 AM | Show all posts

Reply #26 ellyahmad_1983's post

aku rasa, ni aku rasa la, tu sepatutnya jadi option kedua.

option pertama, ko tanya dulu tunang ko camne, dia suka ke tak.

kalau dia tak suka, then ko cakap je kat adik ko, rumah korang tu nanti takde bilik yang cukup. tunggu lepas ko beli rumah yang besau sikit, ko bawak dia sekali

aku pun sedih dengan adik ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2008 09:26 AM | Show all posts
bila ade masalah macam ini. Tetiba aku rase tabik kat abang aku. Dia bela adik aku lelaki dua orang ni tanpa banyak songeh. Dengan kerelaan hati dia. walau aku duk rumah ni. Tapi aku dah keje. So tak de la nak jaga cam mana pun. DIa jaga adik aku dua ni, bagi makan, pakai, anta tution, duit poket. Memang dasyat la. Bab duit mmg banyak sumbangan arwah bapak aku punya EPF la. Sebab arwah dah siap bahagikan2 sebelum dia pergi. Maksud aku, dia korban kan masa dia banyak kat budak dua orang ni.

Selama ni aku tak terpikir pun semua ni.

Ape pendapat korang kalau aku buat macam ni.

Aku ingat nak bagi tahu abang aku pasal ni. Aku yakin 90% abang aku tak setuju. So suruh abang aku jer cakap ngan adik aku. So takde la nampak sangat aku tak nak adik aku duduk ngan aku. So dia tak merajuk la ngan aku. Kira ok ke camni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:32 AM | Show all posts
Aku nampak, masalah besar kalau adik ko nak dok dengan ko adalah problem family ko akan 'berpecah'...

Kalau aku di tempat abang ko, aku akan kecik hati sebab adik-adik nak lari dari aku...
Dari segi perangai, aku jenis yang garang dengan adik, so aku tau la sedikit sebanyak hati abang ko camne..

So, masalah ko yang paling besar sekarang ni bukan soal jaga hati adik ko, tapi soal jaga hati abang ko.

Kalau aku dah banyak korban untuk adik-adik, aku sedikit sebanyak akan terkilan gak kalau depa lari dari aku..

So, solution terbaik pada aku adalah bincang dengan abang ko..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 15-4-2008 09:32 AM
Aku nampak, masalah besar kalau adik ko nak dok dengan ko adalah problem family ko akan 'berpecah'...

Kalau aku di tempat abang ko, aku akan kecik hati sebab adik-adik nak lari dari aku... 牋...

yup..1st bincang ngan abg ko dulu..kalo abg ko leh accept duk la nagn ko...sian la kat dia..dah la takde tempat bergantung..ko bincang ngan tunang ko psl ni..suh dia berfikir...takkan ko nak biarkan adik ko tu..sian..isk..kakak lak nak privacy...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:58 AM | Show all posts
kesiannye sapa2 jadi anak bongsu yg yatim piatu..


adik ko nie lelaki.. takder hal laa nak kasi duk sekali. lain laa adik ko nie perempuan. itu org2 tua2 ckp tak brp manis.

aku rasa..nak tolak secara halus..ko kena sewa umah kecik..yg mana..ada 1 bilik shj. cukup utk korang berdua. jadi..ko leh ckp kt adik ko ,'tunang kakak sewa umah kecik. takder bilik lebih."
tu ajek la..

tapi..ala..kesiannye..sapa2 jadi adik ko nie..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 10:01 AM | Show all posts
cadangan aku la kan...minta adik ko tinggal kat hostel sekolah. then hujung minggu ko ambil la dia balik tinggal ngan ko. byk kebaikannya:

1: masa belajar teratur
2: lebih berdikari
3: displin tinggi
4: kurang masa dia nak terlibat ngan budak2 merapu

tapi keburukan nya plak mungkin

1: dah pandai hisap rokok ( better then dia merapu n tak blajar kan)

tapi ko kena explain secara bijak kat dia...nape dia perlu tinggal kat hostel. based on my experience, 5 thn tinggal kat hostel masa sek men, dikalangan kwn kwn aku, yg berjaya kebanyakannya budak hostel, baik dari segi pelajaran mau pon sukan seterusnya masuk zaman berkerjaya nie...aku tgk byk budak budak yg pernah tingggal hostel lebih berdikari..

pandangan aku je la
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by zerocredit at 15-4-2008 10:01 AM
cadangan aku la kan...minta adik ko tinggal kat hostel sekolah. then hujung minggu ko ambil la dia balik tinggal ngan ko. byk kebaikannya:

1: masa belajar teratur
2: lebih berdikari
3: displ ...


nk dok hostel pun.... tinggal berapa thn je tu...
umur dia pun dh 16thn x.... eh ye ke?

tp ok la tuk.... settle sekejab la kalau dok hostel... thn dpn pun spm kan... haa molek la tu....
leh la kakak dia tu honeymoon mood kat umah dia....

settle....
bijaknya zero ni....anak siapa la yer?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by afja at 15-4-2008 10:08


nk dok hostel pun.... tinggal berapa thn je tu...
umur dia pun dh 16thn x.... eh ye ke?

tp ok la tuk.... settle sekejab la kalau dok hostel... thn dpn pun spm kan... haa molek la tu.. ...



lepas SPM dah kalu nak masuk IPT...dah confirm tinggal kat kolej lg 3 ke 4 thn...kuar je IPT...dia pon dah takde minat nak duduk ngan kakak dia...baik dia tinggal kat umah sewa ngan kenkawan...tp kakaknya tu kena la ambil tanggungjawab gak..tgk dgn siapa dia berkawan...kat mana umah sewa dia...

pengalaman aku la...adik aku tinggal kat umah sewa ngan kenkawan dia...tp aku ambil tau sampai kawan2 dia pon jadi kwn kwn aku...caranya mudah saja...seminggu sekali ke dua minggu sekali ke..aku suruh dia dtg umah aku bawa sorang dua kwn2 dia..aku blanaja la  makan bagai...dr situ aku dah kenal kwn kwn dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 11:15 AM | Show all posts

Reply #1 ellyahmad_1983's post

aku nyer nasihat, baik tak yah lagi la.... byk nnt masalah... antaranya nny ko takde privacy ngan laki ko kalu adik ko ada.... trust me...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 12:22 PM | Show all posts
bagi masa tuk diri sendiri sesuaikan ngan keadaan pas kawen dulu...
byk benda kena pk... then pastu pk la nak bwk org luar masuk dlm umah.. even adik sendiri...
mmg rasa pelik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2008 01:41 PM | Show all posts

Reply #28 afja's post

tulah, saye memang fikir dah. Kalau boleh memang tak nak adik saye ni luluh hatinya. Sebab tu la saye tak bagi jawapan lagi. Saye mmg tak nak dia sedih.

Banyak rakan kat sini sarankan saye bincang ngan tunang. Akan difikirkan. Mungkin hujung minggu ni sebab kami dating weekend jer. Mungkin dia tak kisah.


Bagi mejawab persoalan, belanja sekolah adik2, arwah ayah dah settle kan dedulu. Duit EPF ayah kuarkan untuk bayar separuh finance rumah. So bulan2 rumah abang sy bayar, tapi sikit jer (tak sebanyak dulu). So rumah ni atas nama abang. Duit EPF selebihnya, arwah dah letak dalam ASB kami 5 beradik. Kami memang tak leh kuarkan duit tu semasa ayah ade. Rumah arwah lagi satu kami sewakan. Duit tu bayar cukai pintu. Selebihnya duit tu kami setuju banking tuk budak dua orang ni masuk U nanti.

Jumlah duit ASB saya, kakak, adik2 sama banyak, Manakala abang punya lebih sikit. Duit ASB abang lebih sikit. Arwah kata abang harus gunakan RM600 sebulan tuk kegunaan adik2 kami sampai masing2 abis degree.

Rasanya abang tambah duit poket sendiri tiap2 bulan. Biasala, bil, makan, pakai 4 orang banyak gak pakai duit. Selain dari tu kakak yang sulung kadang2 hulur kat adik kami dua orang gak. Selain pada tu saya sendiri bai duit tiap2 bulan kat abang untuk tambah mana2 yang patut. So macamtu lah kami uruskan kewangan. Selain pada tu abang punya kewangan paling kukuh antara kami. Dia gaji besar berbanding saye yang baru keje and kakak yang suri rumah tangga. So kin dia tak kisah kot top up sikit2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #29 artgeex's post

lepas baca komen2 korang. Sy ambik keputusan takkan jawab permintaan dia sebelum consult ngan tunang. mungkin tunang tak kisah seperti yang korang pikirkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.073462 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list