CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amra_amethyst

ARIANA AQILLA

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-12-2008 05:54 PM | Show all posts
Huh..Letih btol nk mengedit balik..asyik menjadik je masalah spacing dier...
ader cadangan tak camna nak counter problem nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 06:40 PM | Show all posts

Reply #21 amra_amethyst's post

tak tau lah pulak care nye cane..

wehh..ramai ni ex TS..mesti doh penah bace cite ni..ade smbgn yg baru tak ran??hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:26 PM | Show all posts
besst... best...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 07:47 AM | Show all posts
nak lg...................
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 10:12 AM | Show all posts
best...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 11:18 AM | Show all posts

Reply #15 amra_amethyst's post

ran baru abis SPM rupanya.....moga sukses resultnya nanti.....lepas ni leh la abiskan citer nie terus ekkkk......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2008 12:30 PM | Show all posts
sambung lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 04:26 PM | Show all posts
BAB 4

Ariana masih duduk termenung di balkoni biliknya. Apa sebabnya kakaknya menjadi begitu? Apa kisah silam sebenar yang dirahsiakan mama daripadanya? Kenapa semua orang merahsiakan tragedi itu daripadanya?

Kepala Ariana tiba-tiba terasa sakit. Berdenyut-denyut hingga menyebabkan dahinya berkerut menahan sakit. Sebelum ini ada juga kepalanya saki ttetapi tidaklah sesakit ini. Kebelakangan ini pelbagai persoalan yang tidak pernah berjawab muncul di kepalanya hingga membebankan otaknya.

Bukakanlah pintu hatimu..
Izinkan aku kembali padamu..
Kusesalkan perbuatan ku ini..
Tak akan berulang lagi..
Ku janji..

LaguSofaz berkumandang dari telefon bimbit pemberian mamanya. 慡iapa pulak yang call aku malam-malam ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2008 04:27 PM | Show all posts
Puan Lily dan Ariana berjalan pantas di dalam kesesakan orang ramai di balaimenunggu. Ariana mencari-cari kelibat Hasnita namun hampa, batang hidung pun tak nampak. Tiba-tiba Puan Lily ternampak seseorang melambai ke arahnya. Dia segera menghampiri kea rah wanita yang melambainya itu.Sebaik terlihat wajahnya, spontan Puan Lily memeluk wanita itu erat.

Ariana tercengang. Drama swasta mana pulak ni? Pantas dia menghampiri mamanya.

揗ama, siapa tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 11:05 AM | Show all posts
salam
bg sesiapa yg belum mengikuti cite nie dari awal  (Bab 1 hingga Bab 22)...sila ke Teratak Santai..

page 1

http://teratakian.clicdev.com/f/index.php?trk=teratakian&showtopic=3781

page 2

http://teratakian.clicdev.com/f/index.php?trk=teratakian&showtopic=3781&st=15


atau korang boleh terus baca kat blog saya.. http://arianaaqilla.blogspot.com/

lps nie saya terus smbung dr bab 23 kat cni...

[ Last edited by  amra_amethyst at 5-12-2008 11:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 03:53 PM | Show all posts
Salam amra_amethyst
You lock your blogspot site, so I guess only selected few could view the rest of your story lah nampak gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 03:18 AM | Show all posts
invite saya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 09:18 PM | Show all posts
sblm ni buka blog leh bc tp td dah x leh..
xleh dh nk tau kesudahan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 08:57 PM | Show all posts
mmg saya privatekan untuk invited readers sje..
sapa nak masuk sila bagikan e-mail penuh...
nanti sy invite....
tapi maximum readers cuma 100 orang...
spe x dapat sila ke TS saja..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 12:10 PM | Show all posts
masukan nama saya zai1958@yaho.com. TQ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2008 01:30 PM | Show all posts

Reply #35 zakim08's post

okey zakim, saya dah invite awak...
slamat datang ke dunia Ariana!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2008 02:05 PM | Show all posts

Balas #36 amra_amethyst\ catat

invite jaza...

jaza6008@gmail.com...

kata nak update kat sini?.... bila?..... dah lama nunggu sambgan kat TS...tapi hampeh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2008 02:48 PM | Show all posts

Reply #37 Jaza2008's post

ok jaza..dh invite dah..

satgi sy update kat sini bab yg baru...haritu bz skit..x sempat nk post sbb banyak yg nk kene edit..ni pun baru je balik dari kg...

tunggu k bab seterusnye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2008 02:50 PM | Show all posts
BAB 23

Liyana meraba dahinya. Masih berbalut kemas. Dia tidak tahu apa reaksinya nanti apabila balutan itu dibuka doktor tidak lama lagi.Lukanya sudah sembuh walaupun terkdang dirasakan dahinya sedikit berdenyut. Kata doktor, itu kesan sampingan biasa akibat pembedahan kecil tempoh hari. Dia cuma perlu berehat secukupnya.

Ariana! Dia teringat adiknya itu tiba-tiba. Entah apa khabar adiknya itu sekarang?Dan bagaimana pula dengan Dania? Liyana terasa betapa dayus dirinya sebagai seorang ibu. Dania itu memang anak kandungnya tapi hingga detik ini dia belum punya kekuatan untuk bersua muka dengan anaknya itu.

‘Mungkin aku boleh tanyakan Ariana hal Dania’putusnya dalam hati.

Serentakitu Liyana mencapai handphonenya di meja sisi. Didailnya nombor telefonAriana. Harap-harap dia angkat,pohonnya dalam hati.

‘Tuut…Tuuut…’

Hampa.Hanya itu yang menerobos pendengarannya. Dia cuba mendail beberapa kalilagi selepas itu tetapi hanya berjaya menembusi voice mail sahaja.Kecewa, dia terus mematikan panggilan. Hatinya sudah mula dipanjatsebak. Mungkin memang benar Ariana maish marahkannya. Memang wajarnyapun dia didendami adiknya sebegitu. Kesalahannya pada Ariana tidakterhitung. Dia masih berdoa agar Ariana berlembut hati, hanya keranaDania. Ya Dania. Anak itu tidak berdosa, masih tidak mengetahui apa-apa.

Dan untuk kesekian kalinya, dia mengeluh lagi.

Briefcase hitam berkilat itu dijinjitnya kemas. Ariana mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Telefon bimbit itu sejak sejam yang lalu dimatikan kerana berada dalam bilik mesyuarat. Satu jam itu diapula yang mempengerusikan mesyuarat itu kerana ketiadaan ayahnya.Ayahnya sudah bertolak ke Kedah semalam untuk berjumpa dengan seorang klien syarikat mereka di sana. Alih-alih Ariana diamanahkan untuk mengambil alih tugas ayahnya buat sementara waktu. Tapi syukur sahaja,dia dapat mengendalikan mesyuarat tadi dengan baik. Portfolio yang disiapkan ayahnya, tinggal dibentangkan dan diterangkan serba-sedikit.Selepas itu sesi perbincangan dan soal-jawab.

‘5 missed calls’

Terbeliak mata Ariana merenung paparan skrin handphonenya. Segera dia memeriksa nombor yang tertera. Hatinya tiba-tiba menjerit riang. Kak Yana!

Ariana menghampiri keretanya sambil mendail semula nombor kakaknya. Hatinya sudah berlagu senang. Dia ingin bertanyakan khabar kakaknya. Dia ingin menceritakan pengalaman barunya bekerja di pejabat ayah. Dia ingin menyampaikan berita Dania yang kini sudah petah bercakap dan manja. Dia ingin berkisah segalanya dengan kakak!

“Assalamualaikum…Kak Yana! Ari ni!” Riang nada Ariana.

“Ari,”suara Kak Yana kedengaran lain pada pendengaran Ariana. Macam lemah sahaja suaranya. Kak Yana sakit ke? “Waalaikumsalam..”sambung Kak Yana kemudiannya.

“Kak..Kak sihat ke? Ari dengar suara kakak macam….”Ariana terdiam sebentar, tidak tahu apakah benar perkara yang bermain di fikirannya sebentar tadi.

Pintu kereta yang berkunci dibuka. Ariana baru hendak melabuhkan punggungnya ke kerusi pemandu itu apabila matanya menangkap sekeping kertas di atasnya.

“Ari? Ari?”

Suara Kak Yana di telefon bimbitnya sudah tidak kedengaran. Terlepas telefon bimbitnya ke tanah. Ariana terkaku. Tangannya sudah mula menggigil. Dia beristighfar perlahan. Ditambah mengucap berkali-kali sambil mengurut dadanya.

Perlahan-lahan Ariana mencapai kertas yang tidak diketahui siapa penulisnya dan bagaimana ia boleh dimasukkan ke keretanya yang berkunci itu. Dia membaca mesej di atas kertas itu lagi.Lagi sekali. Untuk kali yang ketiga barulah dia rasakan matanya tidakmenipu.

Dan akhirnya dia terduduk di birai jalan itu!


[ Last edited by  amra_amethyst at 10-12-2008 02:54 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2008 02:55 PM | Show all posts
BAB 24

“Ha ha ha ha…”

Tawa yang kuat itu mengilai lagi. Membingitkan.nyaring menusuk telinga si pembantu. Sedangkan wanita bersut hitamkemas itu masih memanjangkan ketawa enggan berhenti lagi.

Fasa pertama berjaya! Selepas ini kau akan tahu nasib yang bakal kauhadapi….Terasa segala yang dirancangnya akan tercapai. Satu-satu bayangan reaksi mangsanya terlayar di mindanya. Dia sudah tidak peduli apa lagi. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan!

Dia berselubung kejap dalam comforter tebalnya. Sejuk yang amat terasa meskipun penghawa dingin mahupun kipas tidak dipasang. Selimut itu ditarik sehingga ke dada.Matanya sedari tadi terkelip-kelip enggan terpejam. Dia merenung kosong siling biliknya. Dia nekad. Kali ini dia tak mahu menempah maut lagi.
Lebih tepat, dia tidak akan berjumpa, berhubung dengan apa cara sekalipun dengan lelaki itu. Biarlah..yang penting keselamatannya terjamin.

‘Jumpa , berhubung dengan Adham atau nyawa kau  di hujung tanduk!Dan jangan cuba-cuba report pada polis, nasib kau sama’

Ariana tidak sanggup untuk menatap lagi kertas mesej entah siapa punya itu.Yang lebih menakutkannya tulisan itu ditulis dengan calitan darah.Entahlah darah manusia atau binatang tidak Ariana ketahui, tetapi kali pertama dia menjumpainya, tulisan itu masih segar dengan darah yang masih basah, baunya pula hanyir menusuk hidung.

Entah kenapa dia jadi begitu penakut sejak menerima surat ancaman itu. Apa-apa akibanyadia akan tanggung sendiri. Sebab itulah dia akur pada syarat si pemberi surat itu, tidak melaporkannya pada pihak polis. Entah-entah nanti kalau dia mungkir keluarganya turut diheret sama ke permainan ini.Lebih-lebih lagi si kecil Dania itu.

Dia membulatkan azam. Esok atau secepat mungkin dia akan menukar nombor telefon. Itu tindakannya yangpertama. Menjauhkan diri dari Adham. Hatinya terasa bagai dicarik-carik. Selepas ini Adham tidak akan dapat menghubunginya lagi.Puas hati kau, Ariana? Suara hati Ariana berbisik. Tapi ini untuk kebaikan semua jugak, hatinya membidas balik.

Dia pejamkan mata rapat-rapat. Air mata yang ditahan-tahan mengalir juga. ‘Tuhan, berikan  aku kekuatan.’

Ariana baru selesai mandi dan berpakaian. Dilihat jam di tangannya sekilas.Pukul tujuh lima belas pagi. Aku kena segera. Nanti lewat pula kepejabat.
Setibanya dia di anak tangga yang terakhir, dia terkejut besar. Papa!

“Papa!”sebutAriana separuh menjerit. Dia meluru turun ke arah papanya yang sedang berdiri di hadapan meja makan sambil menjinjit beg kerjanya.

“Assalamualaikum…anak papa ni. Kenapa kabut semacam ni sampai tak sempat nak bagi salam?” usik papa nakal. Ariana pula yang tersenyum malu. Papa, memang pandani mengenakannya. Sebenarnya, Ari rindu sangat papa!

“Waalaikusalam, papa,” ujar Ari sambil bersalam dan mencium tangan papanya.

“Kalau ikut jadual, papa balik lusa, kan? Kenapa awal pulak ni?” Tanya Ariana lurus.

“Hai anak papa ni, macam tak suka je papa nak balik awal?”usik papa lagi.

“Takdelah…Cuma klien tu dah setuju. Sebab semua hal dah setel papa check out awallah..” suara papa serius balik. “Papa tiba-tiba rasa macam kena balik cepat. Rasa macam Ari ada masalah. Ari okey? Sihat?” Tanya papa kemudiannya.

“Papa..Alhamdulullah..Ari sihat aje. Tapi bagus jugak papa pulang cepat ni. Ari pun dah tak cukup tangan nak uruskan hal pejabat tu. Susah betul kalau papa takde,”rungut Ariana.

“Ari…Ari masa nilah Ari kena belajar buat semua tu. Tambah pengalaman sebnayak yang boleh. Ari masih muda, banyak yang perlu dipelajari. Nanti kalau satu hari papa dah tiada…”papa terhenti. Ada air mata yang bergenang dikelopak matanya. Ariana nampak mata papa yang bening itu mula berkaca dengan air jernih.

“Papa..jangan cakap macam tu,”Ariana rasa sebakbila dengar papa berbicara begitu. Cepat dia pun mula terasa nak menangis sama. Ariana memeluk papanya erat-erat. Isy, apa ni? Pagi-pagi macam ni mood aku dah rosak nak ke pejabat. Papa ni la..

“Eh, apa ni? Ariana? Abang ?dah siap, meh kita sarapan.”tiba-tiba mama mematikan suasana hiba itu. Ariana mengesat airmatanya perlahan. Papa pun begitu.Melihatkan bihun goreng kegemarannya masakan mama, mood Ariana mula ceria berdikit-dikit. Terliur pula seleranya.

Dan mereka bertiga mula menikmati sarapan pagi itu dengan berselera. Ariana memandangmama. Wanita berumur hampir setengah abad itu kelihatan ceria sahaja,Cuma matanya bengkak sedikit.mungkin kerana banyak mengangis atau mungkin juga ada sebab-sebab lain. Ariana sedar sejak pemergian Liyana,orang-orang dalam rumah ini sedang bersedih. Tapi tidak bagi mama.Seolah-olah dia cuba merahsiakan kesedihan hatinya dengan keceriaan yang pura-pura ditunjukkan di luar.

Aku pun sedang cuba belajar untuk terima semua ni. Jadi kuat macam mama, desis hati Ariana sewaktu menghabiskan suapan terakhirnya.

“Macam mana Cik Ariana? Terima tawaran saya? Atau mungkin saya harus kurangkan jumlah tiga puluhperatus saham tu sehingga lima belas peratus sahaja,”

Ariana merenung kertas proposal Syarikat Bumi Emas yang dihulurkan Dato’ Idris kepadanya. Syarikat perhotelan bumiputra itu sedang cuba ‘mencucuk’jarumnya untuk mengaut keuntungan Crescent Holdings. Ialah, bagi Ariana mungkin untuk permulaan tiga puluh peratus sahaja saham milik Crescent yang dilaburkan, tapi esok lusa, jumlah itu pasti bertambah lebih tinggi. Pemegang saham Bumi Emas ada beberapa orang yang sudah bertapak di syarikatnya.

Ariana mengalihkan pandangannya dari fail proposalitu. Dia menghalakan pandangannya pada lelaki yang sedang meneguk freshorange di hadapannya pula. Suasana di restoran Hotel Hilton ini memang romantic. Ditemani pula dengan cahaya lampu yang suram. Ariana hairan,entah mengapa klien di hadapannya ini mengajaknya berunding di tempat seperti ini. Walhal mereka jelasnya Cuma mahu membincangkan tawaran saham itu sahaja.

“Beginilah sahaja Dato’. Kalau lima belas peratus,that would be the right amount to bid for. Tapi, saya perlu berbincang dahulu hal ini dengan papa saya. Saya Cuma CEO baru di Crescent, segala keputusan berkaitan saham syarikat masih dipegang papa saya sebagai pengerusi tertinggi,”ulas Ariana panjang lebar.

Dato’ Idris masih tidak mahu melepaskan matanya dari wajah gadis di hadapannya.Fikirannya melayang sebentar entah ke mana. ‘Cantik, cekap pulak tu diahandle hal syarikat. Kalaulah aku dapat….’

“Dato.”panggil Ariana perlahan. Dia tersenyum kecil. Boleh termenung lagi dia ni.. Dia mahu beredar segera. Perbincangan ini berakhir di sini sahaja. Tangannya menggenggam kejap fail biru muda proposal Dato’ Idris.

Dato’ Idris masih tidak bereaksi. Hanya matanya yang terpaku tepat ke wajah Ariana.

“Dato’. Dato’ Idris!”suara Ariana naik seoktaf. Hanya kali ini baru Dato’ Idris tersedar.

“Ah..Ya, Cik Ariana?

Macam malu sahaja nadanya,getus hati Ariana. Dia tidak dapat menahan untuk ketawa melihatkan tingkah Dato’ yang semacam bingung sahaja itu.

“I think our discussion ends here,” ujar Ariana sambil bingkas bangun dari duduknya. Sekali lagi seperti dulu, lelaki itu terlebih dahulu menghulurkan tangan dan menggenggam kemas tangan kecil Ariana. Lamasehingga naik lemas pula gadis itu.

Cepat-cepat Ariana menghayunkan langkah keluar dari restoran mewah itu. Bil minuman mereka awal-awal lagi sudah dibayar depositnya oleh Dato’ Idris.


[ Last edited by  amra_amethyst at 10-12-2008 03:15 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060234 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list