CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

AFF Suzuki Cup 2008

[Copy link]
Post time 3-12-2008 07:47 PM | Show all posts
Last game dengan Thailand

[table=98%,none][tr][td=1,3,15%]January 16, 2007
20:00[/td][td=1,1,24%]Thailand
[/td][td=1,1,13%]1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 08:37 PM | Show all posts
mybe team malaysia bley pegi jaoh dlm cup nieyh kalau die men cam friendly singapore aritu..
permainan aritu da nmpak keserasian antara pemain. assist and passing smua da on target.
hope malaysia kekalkan la permainan camtu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 11:34 AM | Show all posts

'Kena menang jumpa Laos'

Oleh FERZALFIE FAUZI PETALING JAYA - Mahu menang tapi tidak memandang rendah kemampuan pasukan Laos merupakan sasaran jurulatih skuad bola sepak negara, B. Sathianathan dalam perlawanan pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF, di Phuket, Thailand, Sabtu ini.

Menurutnya, pasukan lawan (Laos) mungkin sudah bersedia awal terutama untuk membentuk pasukan bola sepak menjelang Sukan SEA di negara tersebut tahun depan.

''Tiada pasukan yang mahu kalah dalam perlawanan pertama setiap kejohanan, oleh itu pertembungan dengan Laos nanti perlu dilihat secara serius tanpa memperkecilkan kemampuan pasukan tersebut,'' katanya dalam sidang akhbar Piala Suzuki AFF di sini, semalam.

Jelas Sathia, pemain perlu menghormati Laos yang dilatih oleh jurulatih Rusia, Veleriy Dvovin dan berhati-hati dengan corak permainan mereka terutama sekali dari segi serangan balas yang dilakukan.

''Kita pernah tewas dengan Laos jadi saya mahu pemain ambil iktibar dari perlawanan yang lalu, bagaimanapun pemain saya sudah bersedia untuk kejohanan ini. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dan ia memudahkan kami untuk meletakkan sasaran jika keyakinan sudah terbentuk,'' katanya.

Sathia juga mempertahankan pasukan yang dibawanya ke Phuket, kerana pemain yang disenaraikan ialah mereka yang betul-betul mahu bermain untuk pasukan kebangsaan bukan dipilih berdasarkan prestasi domestik.

''Ini bukan pasukan tua, purata umur pemain yang disenaraikan ialah 24.7 tahun, pemain seperti Shukor Adan berusia 29 tahun, Indra Putra Mayahuddin, 28, mereka masih belum melepasi had umur 30 tahun ke atas.

''Tidak ada apa yang boleh digantikan dengan pengalaman yang dimiliki oleh pemain senior... mereka mampu menyerap tekanan berbanding pemain muda yang mudah hilang keyakinan,'' kata Sathia.

Sathia memberi contoh Indra Putra yang kurang beraksi dengan baik bersama pasukan Selangor musim ini tetapi mampu beraksi cemerlang bersama pasukan kebangsaan.

''Saya tidak kisah sama ada pemain itu beraksi kurang baik bersama pasukan negeri atau kelab asalkan dia mampu memberikan prestasi terbaik untuk pasukan kebangsaan, tetapi kalau mampu beraksi dengan baik dalam kedua-dua pasukan ia lagi bagus.

''Saya juga yakin dengan pemain yang ada sekarang kerana mereka rajin, dalam bola sepak moden pemain perlu berkerja keras di dalam padang, sebagai contoh, lihat Cristiano Ronaldo. Dia akan mengejar semula bola yang dirampas pasukan lawan,'' katanya.

Tambah Sathia, pemain yang ada sekarang mengikut apa arahan yang diberikan, bukannya melakukan tindakan sesuka hati di atas padang.

''Ada pemain yang menyinar di dalam liga tempatan datang berjumpa saya berkata mereka tidak mampu untuk bermain dengan pasukan kebangsaan.

''Ada juga yang memberi alasan isteri tidak membenarkan mereka bermain untuk Malaysia, malah ada yang mengaku cedera tiba-tiba beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, saya tidak mahu pemain seperti ini,'' katanya.

Skuad bola sepak negara akan berlepas ke Phuket menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C130 pada pukul 11 pagi hari ini di Lapangan Terbang TUDM Subang.

-utusan malaysia-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 11:36 AM | Show all posts
kalau kalah dgn Laos dlm 1st game nih, kira leh pack brg dah......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 11:39 AM | Show all posts

Aksi pembukaan mudah

Oleh DRAHMAN BAHARUN
drahman@kosmo.com.my

BERDASARKAN prestasi semasa tiada sebab kenapa skuad bola sepak negara tidak boleh mengatasi Laos.

Skuad bimbingan B. Sathianathan itu akan memulakan kempen Piala Suzuki AFF dengan menentang Laos, Sabtu ini pada perlawanan peringkat Kumpulan B di Phuket.

Inilah kesempatan untuk memulakan cabaran dengan keputusan positif bagi merealisasikan sasaran melangkah ke pusingan separuh akhir.

Atas kertas ia laluan mudah dan kesebelasan negara perlu mempergunakan sepenuhnya kelemahan lawan untuk melakar kemenangan.

Bola sepak di Laos tidak sehebat di negara ini dan faktor ini sudah memberi kelebihan kepada pemain negara.

Begitupun Sathianathan tetap ada perasaan hormat terhadap pasukan lawan mereka itu.

"Memandang rendah tidak sama sekali. Kami tetap menghormati mereka (Laos). Walaupun mereka sering dilabel sebagai pasukan 'kerdil' tetapi tetap memiliki kemampuan untuk melontarkan saingan," kata Sathianathan semalam.

Menurutnya, siapa pun lawan mereka pada perlawanan pembukaan, sasaran hanyalah untuk menang kerana ia akan membantu menaikkan moral dan semangat pemain.

"Kami tidak boleh memandang mudah kemampuan lawan. Kami perlu mempamerkan gaya permainan bertenaga pada setiap perlawanan.

"Kelebihan yang ada pada pasukan Laos ialah mereka pantas melakukan serangan balas dan kami perlu sentiasa waspada.

"Semua pasukan yang beraksi pada kejohanan ini memiliki kelebihan masing-masing. Jika kami mampu mempergunakan kelebihan yang ada pada kami ini sepenuhnya, kami akan melangkah jauh," katanya.

Selepas membuat perhitungan dengan Laos, Malaysia akan berdepan Vietnam pada 8 Disember sebelum menutup kempen peringkat kumpulan dengan menentang Thailand pada 10 Disember.

Skuad negara yang akan berlepas ke Phuket hari ini terpaksa mengetepikan tiga pemain iaitu Badrul Zaman Halim (penjaga gol), Irwan Fadzli (pertahanan kiri) dan Ashaari Samsudin (sayap kiri) kerana mengalami kecederaan.

Begitupun mereka akan dipanggil semula sekiranya sudah pulih sepenuhnya daripada.

Itupun dengan syarat jika skuad Sathianathan itu berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir.

"Penolong jurulatih, Ismail Ibrahim akan memantau perkembangan ketiga-tiga pemain ini. Jika keadaan mereka memuaskan, mereka akan dipanggil semula," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 04:30 PM | Show all posts

piala yg menjadi rebutan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2008 05:32 PM | Show all posts

Reply #26 jofizo's post

xsabar btul ko ek...kakakaka....excited terlebih plak...sabo laaaaa....nanti malaysia kene belasah , mesti kecewa gler ko....agak2 kecewa smpai nak pecahkan tv x????
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 05:37 PM | Show all posts

Reply #27 orangtengah's post

  kalu klh ngan loas, rasa raya aji cam x bermakna je.. tp ptg raya tu vs vietnam lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2008 08:33 AM | Show all posts

Balas #27 orangtengah\ catat

tak der la kecewanya.......... lagi suka......

takkan ko tgk 1 post ja...........?

[ Last edited by  jofizo at 5-12-2008 08:37 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 09:04 AM | Show all posts

Masa untuk Sathia tuai hasil

Daripada Ahmad Khawari Isa di Phuket
ahmadkhawari@bharian.com.my



SATHIA memberi arahan kepada pemainnya sebelum memulakan sesi latihan pertama di Phuket, petang semalam.


Jurulatih mula selesa pemain muda matang tepat pada waktunya

DALAM tempoh sembilan aksi persiapan sebelum tiba di Phuket buat menghadapi Kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), B Sathianathan sudah mula melihat kematangan menjelma di kalangan pemain muda kepercayaannya.

Mengetuai senarai kematangan itu ialah pemain sayap lincah, Amirulhadi Zainal dan tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Radzak yang diyakini pengendali itu bakal menyerlah apabila tiba sepak mula saingan di Stadium Surakul, petang esok.

"Daripada semua perlawanan persiapan sebelum ini, saya rasa Amirulhadi memang sudah semakin matang. Dia mula lebih kerap menjaringkan gol dan juga tidak takut untuk memberikan yang terbaik dalam setiap sesi latihan.

"Aidil juga memuaskan. Mungkin hanya perlawanan menentang Singapura, apabila dia gagal mempamer persembahan baik. Tetapi dalam lapan daripada sembilan perlawanan, dia memuaskan hati saya," katanya, petang semalam.

Malah Sathianathan juga mahu percaya bahawa dua lagi tonggak muda - Khyril Muhymeen Zambri dan Zaquan Adha Radzak - juga akan mampu membalas kepercayaannya dengan sumbangan bermakna dalam saingan awal Kumpulan B kali ini.

Sementara itu, skuad negara menjadi tumpuan lebih 30 wartawan dan jurugambar stesen televisyen Vietnam - pesaing dianggap seteru utama untuk merebut tempat ke separuh akhir daripada Kumpulan B - selain Thailand yang juga tuan rumah selaku pilihan utama.

Malah sesi latihan skuad negara petang semalam turut dihadiri beberapa wartawan negara berkenaan yang tidak melepaskan peluang untuk menguji kesabaran Sathianathan dengan beberapa soalan khusus menyentuh aksi kedua negara pada Isnin nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:43 AM | Show all posts

Reply #30 jofizo's post

Wah, kit training baru ke. Mudah2an lebih semangat time lawan nnti.

Rasa2 masih ingt smpi skrg masa kalah 1-0 dg laos dulu.

Time tu khairul azman rambut ekor kuda tangkap bola terlepas ke blkg..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:50 AM | Show all posts
malaysia bole kot menang....kalo diorg maen betul2 lah....bukan diorg xbagus...pengalaman pun ada...strategic jurulatih....team work pasukan tu lemah kurang ciket kot....moral diorg sblm maen mmg xbole nafi kan..bile dah abes nanti..tgk lah macam2 alasan diorg bg....pape gud luck utk malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 02:38 PM | Show all posts
aku ska tgk daudsu men...  slalu wat overlapping....
arap2 mesia bley mng bsar ngan laos nanti..
jgn lupe ada live kt astro ptg ni..
tp team kita main besok...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:01 PM | Show all posts

Reply #29 jofizo's post

haku maas la nak baca bebanyak...keje pun byk xwat lg......tp aku pun xsabar nak tgk bola ptg sok........wife ajak p shopping barang2 anak pun dah bg syarat kene balik awal........klo kalah, maunyer aku maki smpai subuh tuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:26 PM | Show all posts
Beza nye sokongan tv tempatan terhadap bola sepak negara dgn s'pore.

Tiap2 game diorang akn siarkn live kt tv diorang.

Bukan mcm kt m'sia yg kna tgk kt astro ataupun yg delayed telecast pukul 12 mlm nun.

Kt s'pore ni tv diorang siap iklankn lg ttg suzuki cup nih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 05:19 PM | Show all posts
2la spal...pastuh dok marah2 kat peminat sebab xbg sokongan.....camna nak bg support, ada yg xtau pun psal tournament nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 10:12 PM | Show all posts
weh cambest jer.....

alamak, pemain senior geng2 tu pun ada.....haiiiii.............

aku tak tau laa.................

aku suka Malaysia nie, tapi bila depa bubuh 'LAGI' geng seniour tu ,

Allah, lemah lutut aku rasa......
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 10:47 PM | Show all posts
Singapore 5 - 0   Cambodia
Agu Casmir 45', 73',Fahrudin Mustafic (pen) 60', Indra Sahdan Daud 70', Noh Alam Shah 90'   


  Indonesia 3 - 0   Myanmar
Budi Su**ono 26', Firman Utina 29', Bambang Pamungkas 65'
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 12:42 AM | Show all posts

Balas #38 mirage_46\ catat

nice result......

nampaknya pasukan utama asia tenggara menang, dan tak da kejutan dari team biasa.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 02:11 AM | Show all posts
masalahnye mesia bleh ke blasah laos tu... team2 smua menang besar tu...
bdw.. singapore tu harapkan import je... kalau xde import tu hampeh jugak.. ntah2 lagi truk dr cambodia kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.399875 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list