CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: crystal_grey

Abdul Latip bin Talib

[Copy link]
Post time 17-8-2009 03:34 PM | Show all posts


published
March 2nd 2009 by PTS Litera

binding
Paperback, 328 pages

isbn13
9789833892303

description
Kisah Khalifah Islam keempat sejak kecil hingga kewafatan beliau.

review:            Kisah Ali bin Abi Talib yang dibesarkan oleh Rasulullah s.a.w. semenjak kecil. Benarlah Ali menjadi kanak-kanak pertama yang memeluk Islam di usia 9 tahun kerana tarbiyyah berterusan dari Nabi Muhammad s.a.w. Ali berusia 9 tahun ketika Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mendoakan Ali agar terang hatinya, dan menganggap Ali sebagai pintu ilmu. Pernah Ali ditanya soalan yang sama daripada 10 orang lelaki, dan dia berjaya menjawab segala persoalan itu dengan 1...more Kisah Ali bin Abi Talib yang dibesarkan oleh Rasulullah s.a.w. semenjak kecil. Benarlah Ali menjadi kanak-kanak pertama yang memeluk Islam di usia 9 tahun kerana tarbiyyah berterusan dari Nabi Muhammad s.a.w. Ali berusia 9 tahun ketika Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mendoakan Ali agar terang hatinya, dan menganggap Ali sebagai pintu ilmu. Pernah Ali ditanya soalan yang sama daripada 10 orang lelaki, dan dia berjaya menjawab segala persoalan itu dengan 10 jawapan berbeza. Hati saya sayu membaca kisah Ali di saat beliau dilantik khalifah kerana di saat itu umat Islam sudah berpecah belah. a tragic ending indeed
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2009 03:35 PM | Show all posts


published
2009 (first published 2007) by PTS Litera Utama

binding
Paperback, 400 pages

description
Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.

review:            Selalunya tulisan Abdul Latip bermula dari saat kelahiran seseorang tokoh sejarah Islami, tetapi di dalam kisah Khalid, Abdul Latip memulakan kisah Khalid dari saat Khalid memeluk agama Islam. Khalid hanya memeluk agama Islam selepas pembebasan kota Mekah. Tautan hatinya tertarik dengan Islam setelah beliau menebus adiknya yang kalah dalam perang menentangi golongan Muslim dengan bayaran sebanyak 4000 dinar. Ketika dalam perjalanan kembali ke Mekah dari Madinah, mereka berhenti berehat, dan Khal...more Selalunya tulisan Abdul Latip bermula dari saat kelahiran seseorang tokoh sejarah Islami, tetapi di dalam kisah Khalid, Abdul Latip memulakan kisah Khalid dari saat Khalid memeluk agama Islam. Khalid hanya memeluk agama Islam selepas pembebasan kota Mekah. Tautan hatinya tertarik dengan Islam setelah beliau menebus adiknya yang kalah dalam perang menentangi golongan Muslim dengan bayaran sebanyak 4000 dinar. Ketika dalam perjalanan kembali ke Mekah dari Madinah, mereka berhenti berehat, dan Khalid menyedari adiknya melarikan diri semula ke Madinah untuk memeluk Islam. Ini disebabkan adik Khalid tertawan hati dengan akhlak yang ditunjukkan dan layanan baik yang diberi oleh orang Islam semasa beliau menjadi tawanan. Hidayah Allah bermula dari situ. Khalid bertolak ke Madinah sebaik sahaja memberitahu kaum Musyrikin beliau akan berhijrah ke Madinah dan memeluk Islam. Khalid yang digelar pedang Allah, adalah seorang yang keras terhadap musuh tetapi baik layannannya terhadap org Islam. Saidina abu Bakar r.a. sendiri pernah menyatakan Khalid tidak menunggu lama untuk membahagikan harta rampasan perang kepada tenteranya, supaya mereka bersemangat untuk berjihad ke jalan Allah. Khalid didoakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk memenangi segala peperangan yang disertainya. Bukan sedikit perang yang disertai Khalid al Walid, malahan di saat-saat akhirnya, dia merasa terkilan kerana tidak mati syahid ketika berjihad di jalan Allah. Di badannya sahaja penuh dengan kesan-kesan parut tusukan pedang, tidak kurang dari 80 parut tusukan pedang. Apabila para sahabat mengingatkan Khalid tentang doa Rasulullah s.a.w. barulah Khalid reda dengan takdirnya untuk meninggal akibat diserang penyakit.

Khalid sendiri berjaya meng Islamkan seorang panglima Rom yang ingin berperang dengannya. Panglima tersebut memeluk islam setelah mendengar kisah Khalid.

Rasa berkobar-kobar untuk berjihad di jalan Allah setelah membaca buku seperti ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 03:35 PM | Show all posts
sekali review banyak daaa...hehehehe..dah sam[ai 10 biji dah kut buku pak latip, saya baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2009 04:53 PM | Show all posts
23# mardhiah12


yes..dulu tertanyer-tanyer bagus tak buku ni..sekarang peminat fanatik...sentiasa nak pastikan ader buku terbaru dari Pak Latip...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 03:52 PM | Show all posts
novel abdul latip talib yang pertama aku beli adalah "BEJAT". Personally aku memang kenal ngan pak latip ni. kenal sangat2. tapi dah lama tak g rmh dia skrg. igtkan dia dah tak aktif lg, tp skali aku g MPH ari tu aku tgk banyak sgt novel2 pahlawan islam yang dia dah tulis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2009 05:51 PM | Show all posts
skang tengah baca HALAGU KHAN... IT GOOD... banyak info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2009 06:27 PM | Show all posts
latest dari pak latip

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 05:13 PM | Show all posts

Novel sejarah Abdul Latip

Novel sejarah Abdul Latip Oleh DR.TALIB  SAMAT
([email protected])
KEUNGGULAN Abdul Latip Talib dalam penulisan novel sejarah Islammahupun novel sejarah tokoh tanah air memang tidak boleh dinafikanbegitu sahaja. Ini disebabkan kemunculan dan keunggulannya sebagainovelis sejarah Islam telah memberi kesan yang tersendiri kepadaperkembangan penulisan novel sejarah Islam yang selama ini lesu dankurang diperhatikan oleh para penerbit.
Abdul Latip Talib menerusi penerbitan PTS Publications andDistributors Sdn.Bhd. akan menghasilkan setiap dua bulansekurang-kurangnya sebuah novel sejarah Islam mahupun sejarah tokohtanah air di pasaran buku negara ini. Abdul Latip Talib sebenarnyasangat beruntung, bertuah dan serius dalam penulisan novel sejarahIslam kerana ketiadaan saingan dan penerbit menaruh kepercayaankepadanya untuk menghasilkan novel sejarah Islam sekali gusmenguntungkan penerbit itu sendiri dan penulisnya juga.
Hal ini diperkukuhkan lagi oleh pasaran buku dalam bahasa Melayuyang semakin berkembang berbanding buku bahasa Inggeris yang perlahan.Kini kedai- kedai buku terbesar tanah air seperti MPH, Popular,Kunikuniya dan sebagainya meletakkan buku-buku Melayu di ruang danrak-rak depan kedai buku tersebut agar mudah dilihat.
Novel-novel sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talib seperti novel Salahudin Penakluk Jerusalem, Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel dan sebagainya tergolong sebagai novel best seller dan dicetak ulang beberapa kali dalam masa setahun untuk memenuhi pasaran dan permintaan pembaca yang terus bertambah.
Disiplin
Keunggulan Abdul Latip Talib dalam penulisan novel sejarah Islamterletak kepada disiplin kuat dan staminanya yang mantap menulissekurang-kurangnya sepuluh halaman pada setiap hari secara konsistendan serius. Keseriusannya berkarya ini dipermudahkan lagi denganperjuangannya menjadikan bidang penulisan sepenuh masa sebagai kerjayahidupnya sesudah bersara dari Felcra.
Kekreatifan dan kelajuannya berkarya dalam menghasilkan novel sejarah Islam ada kaitannya dengan penggunaan teknik penulisan Surah Yusuf yang terdapat dalam al-Quran dan teknik penulisan tulang ikan yang dipraktikkan oleh penulis-penulis PTS.
Menulis novel sejarah Islam bukanlah suatu kerja mudah keranamemerlukan pembacaan buku-buku sejarah Islam daripada pelbagai sumbertimur dan barat, sebelum ia diproses menjadi sebuah novel sejarah yangberbeza daripada buku sejarah yang mementingkan fakta. Manakala novelsejarah Islam menggabungkan unsur- unsur fakta, fiksyen dan nilai-nilaimurni Islam itu sendiri untuk diteladani oleh pembaca yang mendambakankelainan daripada novel yang terdapat di pasaran.
Novel-novel sejarah Islam yang memfokuskan tokoh-tokoh besar dalamsejarah Islam yang ditulis dengan gaya bahasa yang mudah, berseni dankomunikatif tetapi tetap ada unsur-unsur sasteranya memudahkan pembacamasa kini memahaminya dan mengenalinya menerusi karya sastera yanglebih hidup, berkesan, menusuk ke dalam jiwa dan hati pembaca. Hal initentunya amat berbeza sekiranya kita membaca buku- buku sejarah yangkaku dan beku yang kurang memanusiakan jiwa manusia. Di sinilahterletaknya kepentingan dan keperluan novel- novel sejarah Islam dannovel- novel sejarah tanah air yang digarap dengan tekun, serius danperkasa oleh Abdul Latip Talib, sasterawan dari Jelebu, Negeri Sembilanyang kini berusia 55 tahun.
Sehingga kini Abdul Latip Talib telah menghasilkan berpuluhnovel-novel sejarah Islam yang berkait dengan pahlawan Islam seperti SalahudinPenakluk Jerusalem, Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel,Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, Tariq Ziad, Abu Bakar As-Siddiq, Umaral-Khattab, Usman Affan, Ali Abi Talib, Bilal bin Rabah, Hulagu Khan,Amir Hamzah dan sebagainya.
Di samping itu, beliau juga menghasilkan novel- novel sejarah yang memfokuskan tokoh pahlawan dan sejarah tanah air seperti Si Bongkok Tanjung Puteri, Leftenan Adnan Saidi, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Datuk Onn Jaafar,dan sebagainya yang penting dibaca oleh masyarakat pembaca untukmenyelami perjuangan hebat pahlawan tanah air yang berkorban apa sahajauntuk kesenangan dan kemerdekaan generasi hari ini.
Abdul Latip Talib juga menghasilkan novel-novel remaja dan masyarakat seperti IstanaMenanti, Randau Ruai, Beraraklah Awan Kelabu, Siamang Gagap, MerentasRanjau, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Perang Jementah, Moyang Salleh dan sebagainya yang memperlihatkan keseriusan beliau dalam berkarya.
Malah tuahnya menyebelahinya kali ini bila novelnya Istana Menantiterbitan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. digunakansebagai teks sastera Komsas Tingkatan Satu mulai tahun depan yangtentunya memperluaskan lagi khalayak pembaca karya-karya Abdul LatipTalib. Sehingga kini beliau telah menghasilkan 21 buah novel sejarah,lapan buah novel remaja, enam buah novel kanak-kanak, satu buah noveldewasa, 100 buah cerpen dan 20 buah sajak. Beliau juga sering memenangipelbagai sayembara sastera di negara ini dan merupakan sasterawan dariNegeri Sembilan yang paling produktif masa kini yang hidup sepenuh masadengan menulis.
utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2009 05:24 PM | Show all posts
I have semua buku Beliau...it's good
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 05:30 PM | Show all posts

BUKU YANG TERBARU IMAN SYAFIE

"maaf saya tak pandai paste gambar.."
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:58 AM | Show all posts
baru je habis membaca novel SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH: PENAKLUK CONSTANTINOPLE & SI BONGKOK TANJUNG PUTERI...
~ rindu pade pemimpin Islam macam Sultan Muhammad al-Fateh ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:19 PM | Show all posts
dah baca khalid al walid punye tajuk memang best...laani tgh kumpul dan baca yg lain jugak beli online jek
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.072178 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list