CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naen

SUKMA 2010 - Melaka

[Copy link]
Post time 21-2-2009 02:04 PM | Show all posts
Saturday February 21, 2009
Mousedeer the mascot for Sukma


MALACCA: Malacca抯 beloved historical animal hero Kancil or mousedeer is the mascot for the Sukma XIII to held here from May 28 until June 6 in 2010.

The adorable mascot was unveiled at the Dataran Pahlawan megamall recently together with the event抯 website, logo, song and theme.

President of Sukma XIII secretariat committee, Datuk Ab. Karim Sulaiman, said the Kancil was chosen for the logo and mascot because it is a popular animal synonymous with the the founding of Malacca.


Adorable: The kancil dressed as a malay warrior.

The state Sukma mascot comes all dressed up in a traditional Malay warrior抯 costume and is aptly named Tuah after the legendary 15th century warrior Hang Tuah.

The word tuah in Malay also means good luck, said Ab Karim.

Meanwhile, he said that work was ongoing to complete the six new venues to be used for the 25 sporting events held during the games.

Besides the athletes hostel, the new arenas for squash, equestrian, aquatic meet and lawn bowl are under construction next to the Hang Jebat Stadium in Krubong.

He said that 7,000 athletes nationwide were expected to take part in the games.
Ab Karim said Malacca would be fielding athletes in 18 events.




kancil jadik hang tuah ler nih....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 08:49 AM | Show all posts
Berkayuh sejauh 120km sehari

Oleh WAN FAKHRUL WAN BAKAR



BARISAN pelumba skuad projek Sukma Selangor yang terus gigih
menjalani latihan bagi memantapkan gaya kayuhan mereka.


MENGAYUH basikal sehingga mencecah jarak sejauh 120 kilometer (km) sehari.

Itulah yang perlu dilakukan atlet lumba basikal remaja Selangor di bawah Projek Sukan Malaysia (Sukma) bagi memastikan sasaran pingat emas pada Sukma 2010 di Melaka tercapai.


Seramai 11 pelumba lelaki dan tiga pelumba wanita berada di bawah projek tersebut dan mereka juga sebenarnya diletakkan di bawah Program Pusat Latihan Negeri yang dikelolakan Majlis Sukan Negara (MSN).

Selepas menghadiri sesi persekolahan di sekolah sukan negeri iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11, Shah Alam pada sebelah pagi, mereka hanya sempat melelapkan mata kurang sejam sebelum turun menjalani latihan setiap hari bermula pukul 4 petang.

Jurulatih skuad lumba basikal Projek Sukma Selangor, Mohd. Yafiz Jamaludin berkata, program latihan harian yang dikendalikannya itu adalah berasaskan sains sukan.

Menurut Yafiz, 28, sesi latihan harian mereka diadakan selama dua jam dan pada hari Isnin, pelumba akan berendam di kolam renang manakala Selasa hingga Ahad, mereka meneruskan kayuhan antara 50 hingga 120 kilometer sehari di sekitar Shah Alam.

"Sistem latihan yang saya gunakan adalah mengikut kaedah sains sukan. Jika dua atau tiga bulan sebelum kejohanan, kita akan menggandakan latihan dengan kayuhan sejauh 350 hingga 450km seminggu dengan kelajuan sederhana.

"Apabila kejohanan semakin dekat, kita mula berlatih secara spesifik iaitu kayuhan sejauh 300 hingga 400km seminggu tetapi dengan pada tahap kayuhan yang lebih pantas.

"Untuk prakejohanan iaitu seminggu sebelum kejohanan, latihan selama seminggu akan merangkumi jarak kayuhan antara 250 hingga 300km tetapi dengan kekuatan kayuhan sangat tinggi," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.



LATIHAN kecergasan turut diberi keutamaan kepada semua pelatih bagi
meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk mengharungi sebarang cabaran.


Yafiz memberitahu, sepanjang tahun ini, anak-anak buahnya itu akan menyertai sebanyak 21 kejohanan dengan lapan daripadanya merupakan kejohanan trek.

"Jumlah kejohanan yang banyak itu bermakna secara purata mereka akan menyertai satu kejohanan setiap dua minggu," katanya.

Namun Yafiz berkata, mereka tidak memberi fokus terhadap semua 21 kejohanan tersebut, sebaliknya memilih hanya beberapa kejohanan untuk dijadikan sasaran utama mereka mendapat kedudukan terbaik.

"Untuk 2009 ini, skuad kami ada tiga kejohanan utama untuk disasarkan. Pertama pada April depan iaitu Karnival Pelapis Kebangsaan Sirkit 1 di Velodrom Rakyat di Ipoh.

"Yang kedua pada Jun depan iaitu Kejohanan Kebangsaan di Cheras manakala ketiga pula Disember depan iaitu Karnival Pelapis Kebangsaan Sirkit Akhir di Ipoh," jelasnya.


YAFIZ JAMALUDIN

Menurut Yafiz, biarpun mereka berlatih di jalan raya, seminggu menjelang sesatu kejohanan trek, mereka akan secara selang- seli menjalani latihan di Velodrom Cheras.

"Pelumba kami akan menyertai kejohanan lebuh raya dan juga kejohanan trek. Bagaimanapun, menerusi kejohanan trek, kita akan lebih mudah untuk melihat perkembangan seseorang pelumba itu menerusi catatan masa," ujarnya.

Bercerita mengenai kejayaan yang dikecapi anak-anak buahnya sepanjang tahun ini, Yafiz berkata, mereka telah menunjukkan satu pencapaian yang baik dalam dua kejohanan yang disertai sepanjang dua bulan pertama ini.

"Pada Kejohanan SportExcel Sirkit Akhir 2008 yang diadakan di Putra- jaya Januari lalu, kami memenangi satu emas menerusi Nur Farah Ain Amran dan tiga gangsa menerusi Nursyamira Saidi, Mohd. Faiz Izuddin Omar dan Nur Farah Ain.

"Baru-baru ini pada Kejohanan Trek SportExcel Sirkit 1/2009 di Ipoh, kami menang dua emas menerusi Nur Farah Ain, dua perak menerusi Faiz Izuddin dan enam gangsa," katanya.

Lantas Yafiz mahu mengembalikan semula kegemilangan pasukan lumba basikal Selangor yang dahulu pernah gah pada tahun 1998 sebelum menempuh zaman kejatuhan bermula tahun 2000.

"Jika kebelakangan ini kita lihat pelumba yang hebat kebanyakannya hadir dari pasukan Terengganu, saya mahu tahun 2009 ini Selangor kembali berkuasa," tegasnya.


KAYUHAN sejauh 120km sehari adalah wajib bagi semua pelatih.

Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk memasukkan acara lumba basikal ke dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), beliau berkata, ia sesuatu yang dialu-alukannya.

"Saya rasa langkah itu penting kerana pihak sekolah selalunya akan mengiktiraf atlet mereka yang meraih kejayaan dalam Kejohanan MSSM berbanding kejohanan anjuran luar.

"Cadangan untuk meletakkan sekurang-kurangnya satu sekolah projek lumba basikal di setiap negeri adalah langkah yang baik untuk pembangunan sukan ini pada peringkat akar umbi.

"Rasanya, hanya Selangor saja buat masa ini yang ada sekolah projek lumba basikal seperti di SMK Seksyen 11, Shah Alam ini selain Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 08:36 PM | Show all posts
Utara: Perak buat persiapan awal hadapi Sukma

IPOH: Perak membuat persiapan awal dalam usaha mencatat kejayaan memberangsangkan pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka tahun depan, termasuk mengikat kontrak 55 atlit berpotensi menyumbang pingat serta 43 jurulatih termasuk dua dari luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Zainol Fadzi Paharuddin, berkata kontrak itu untuk memastikan tiada atlit negeri ini dipancing negeri lain selepas segala persiapan serta perbelanjaan dikeluarkan.

揔ita tidak mahu atlit yang kita lahirkan tidak mewakili Perak sebaliknya pasukan lain kerana tawaran lumayan. Ia tidak adil bagi Perak dan juga mana-mana negeri," katanya selepas melawat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri, di sini.

Tanpa mendedahkan sasaran pingat pada temasya dwitahunan itu, Zainol yakin Perak mampu mencapai kejayaan lebih memberangsangkan berbanding 29 emas, 27 perak dan 37 gangsa yang diperoleh di Terengganu pada 2008.

Katanya, olahraga, menembak dan memanah yang selama ini menjadi penyumbang besar pingat emas, terus menjadi sandaran Perak selain renang terutama melalui perenang muda, Cheng Karmen yang meraih dua perak dan enam gangsa di Terengganu.

Pada masa sama, katanya, Perak sedang membuat persiapan untuk penganjuran Sukan Perak (Super) Ke-V yang dijadualkan berlangsung Jun ini sebagai pentas awal pemilihan pasukan ke Sukma selain medan menguji kemampuan pelatih sedia ada.

揝etiap daerah dikehendaki menganjurkan dua acara manakala bakinya di Ipoh. Langkah membawa acara ke setiap daerah bagi menggerakkan majlis sukan daerah,
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 02:44 PM | Show all posts
Waa,sukma melake u-23 ek..
aku bleh maen lg la..hahaha...
besnyer!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by aidil at 29-3-2009 14:44
Waa,sukma melake u-23 ek..
aku bleh maen lg la..hahaha...
besnyer!!!




ko maen aper????   kalu layang layang dgn teng teng  tak ader wokeyyyyy     
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 07:07 PM | Show all posts
April 01, 2009

Terengganu Guna Khidmat Jurulatih Thailand Untuk Sukma 2010


KUALA TERENGGANU, 1 April (Bernama) -- Terengganu akan menggunakan khidmat jurulatih dari Thailand bagi membimbing pasukan sepak takraw negeri dalam menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata langkah tersebut selaras dengan matlamat pasukan berkenaan untuk membawa pulang pingat emas pada temasya sukan dwi-tahunan itu.

"Kali pertama kita menggunakan khidmat jurulatih Thailand ialah pada Sukma di Terengganu tahun lepas dan berjaya meraih pingat gangsa. Matlamat kita tahun depan ialah untuk memenangi pingat emas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya memilih jurulatih dari Thailand bagi mempersiapkan pasukan Terengganu kerana negara berkenaan mempunyai ramai jurulatih berkualiti serta berwibawa.

" Tambahan pula, mereka berminat untuk datang dan melatih pasukan Terengganu," katanya.

Mohd Shapian berkata Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) turut memberikan kerjasama dalam mengenalpasti jurulatih tersebut serta membiayai segala perbelanjaannya.

Mengikut perancangan, beliau berkata jurulatih berkenaan akan melatih pasukan Terengganu mulai Julai ini, sehingga berakhirnya Sukma tahun depan.

Katanya pegawai MSNT dan PSTNT akan berlepas ke Bangkok, Thailand dalam tempoh terdekat bagi mengenalpasti jurulatih tersebut.

"Kita turut mendapat kerjasama yang baik daripada pegawai-pegawai persatuan sepak takraw Thailand dalam mencari jurulatih yang diperlukan itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata PSTNT akan menganjurkan Kejohanan Bawah 21 tahun, bulan depan bagi mencungkil bakat baru untuk mewakili Terengganu pada Sukma 2010.

"Walaupun kita sudah mempunyai barisan pemain Sukma lepas, kita perlu mencari beberapa pemain baru untuk memantapkan pasukan Terengganu bagi menghadapi temasya tersebut," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2009 10:53 AM | Show all posts

Balas #25 amazed\ catat

eh,sory ckit ek..aku maen hoki la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by aidil at 3-4-2009 10:53
eh,sory ckit ek..aku maen hoki la..



ohhhh ko maen hoki ghopernyer.... hah!!  main tak sukma nanti nih.....  tu ada tred hoki kat bod sport tu.... citer ler sket pasai hoki tu... nak gak aku skodeng nanti  ekkkkkkk  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2009 08:34 PM | Show all posts
April 04, 2009

Terengganu Dapat Jurulatih Renang Dari China

KUALA TERENGGANU, 4 April (Bernama) -- Terengganu yakin mampu untuk muncul sebagai kuasa baru dalam acara renang pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) apabila pasukan itu mendapat khidmat jurulatih China, Wang Li Gen.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Rosdi Awang berkata Terengganu telah mendapat khidmat jurulatih berusia 46 tahun itu yang sebelum ini pernah berkhidmat di kapit, Sarawak, sejak lima tahun lepas.

Wang akan melaksanakan program pembangunan sukan renang serta penasihat skuad Sukma Terengganu 2010 di Melaka, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya pihaknya juga sedang berusaha mendapatkan seorang jurulatih asing bagi acara terjun bagi melengkapkan sukan aquatik negeri.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 10:16 AM | Show all posts
kt melake nnt selangor menang punyer la..comfirm!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 06:58 PM | Show all posts
ishk..bestnye sukma mlake

da mhon jadik volunteer..
ntah dpt ke tak

kalo ad acara yg besh + venue dkat2 kampus
bley la gi
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:02 AM | Show all posts
KBS setuju senarai semula tae kwan do
arkib utusan malaysia

KUALA LUMPUR - Tae kwan do kembali disenaraikan sebagai acara yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka tahun depan selepas digugurkan sebelum ini.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan menjadikan 26 acara bakal dipertandingkan pada temasya dwi-tahunan itu kelak.

Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan berbincang dengan Melaka mengenai penambahan itu berikutan permintaan menteri terbabit.

"Saya rasa tidak ada masalah untuk memasukkan tae kwan do kerana kita masih mempunyai masa setahun sebelum berlangsungnya Sukma.

"Mungkin kalau tinggal tiga bulan, baru hendak senaraikan acara baru memang susahlah sikit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kejohanan Tae kwan do Junior Nestle Koko Crunch Ke-4 di Bukit Jalil dekat sini, semalam.

Menurutnya, tae kwan do perlu dipertandingkan di Sukma kerana acara itu adalah antara 18 sukan teras yang dibangunkan MSN di samping prospek besarnya untuk menyumbang pingat pada Sukan Olimpik.

Malah katanya, atlet tae kwan do negara telah membuktikan keupayaan mereka dengan melayakkan diri secara merit ke temasya sukan terbesar itu.

"Jadi adalah penting tae kwan do disenaraikan dalam Sukma kerana kelebihanya ialah ia mempunyai banyak kategori berat yang mudah dicungkil bakat baru untuk diketengahkan," tegasnya.

Beliau turut menjelaskan, kemelut yang melanda persatuan tae kwan do juga sudah hampir mencapai titik penyelesaian bagi membolehkan program pembangunan dijalankan dengan lebih aktif lagi selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:03 AM | Show all posts
macam banyak pulak 'masalah' SUKMA kali ni..

la ni tgh masalah pasal kontraktor & persiapan venue pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 11:11 AM | Show all posts
03 Jun, 2009
Edisi Kedua SWIP Medan Pilih Atlet Ke Sukma 2010



KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Edisi kedua temasya Sukan Wilayah Persekutuan (SWIP) akan digunakan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) bagi mencungkil bakat atlet yang berpotensi untuk mewakili Wilayah Persekutuan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka, tahun depan.

Edisi kedua SWIP yang bermula hari ini sehingga 14 Jun menampilkan semua acara-acara sukan yang akan dipertandingkan di Sukma Melaka.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Wilayah Persekutuan Ali Zulfakar Zainal Abidin SWIP adalah medan terbaik memilih atlet berpontensi bagi mewakili Wilayah Persekutuan ke Sukma.

"SWIP bertujuan membentuk atlet yang berkarisme, dedikasi dan berdisiplin melalui program-program kesukanan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya kejohanan dwi tahunan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan MSWP itu melibatkan penyertaan atlet dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Seramai 3,000 atlet dan pegawai dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengambil bahagian dalam 24 acara sukan yang dipertandingkan. Setakat ini dua acara sukan sudah pun berlangsung sejak Isnin lepas iaitu badminton dan boling padang walaupun tarikh rasminya adalah hari ini," katanya.

Bagaimanapun menurutnya acara pelayaran dan ekuestrian tidak dapat dijalankan kerana kekurangan penyertaan.

Acara sukan yang dipertandingkan pada temasya sukan ini ialah angkat berat, badminton, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, gimnastik, hoki, karate-do, boling padang, memanah, berbasikal, menembak, olahraga, petanque, ping-pong, renang, sepak takraw, silambam, pencak silat, skuasy, taekwondo, boling, wushu dan tinju.

Upacara perasmian akan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 6 Jun ini di Stadium Badminton Cheras.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 04:38 PM | Show all posts
KBS puas hati persiapan Melaka sebagai tuan rumah Sukma ke-13
MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh Melaka sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung pada pertengahan tahun depan.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan Melaka menunjukkan kesungguhan dalam membuat persiapaan termasuk pembinaan gelanggang baru dan penyediaan pegawai kejohanan.

"Melaka juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan secara terbuka menerima apa juga jenis sukan yang diminta oleh persatuan sukan atau negeri-negeri untuk dipertandingkan pada Sukma ini," katanya selepas melawat


Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) di Ayer Keroh di sini, malam tadi.

MIBC, adalah gelanggang boling terbesar di Asia Tenggara dengan 52 lorong, kini menjadi tempat Kejohanan Boling Piala Dunia QubicaAMF dari 13 hingga 20 November ini.

Sukma ke-13, mempertandingkan sembilan acara baru iaitu perlumbaan formula future, kanu, golf, ragbi 7-sebelah, bola tampar (pantai dan dewan), kabaddi, judo, lawan pedang dan akuatik (renang berirama dan polo air), bersama-sama 18 acara sukan wajib dan tujuh acara pilihan.

Acara sukan wajib ialah angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimnastik, hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, perahu layar, akuatik (renang dan terjun), sepak takraw, pencak silat, skuasy, boling dan wushu.

Mengulas acara baru yang dipertandingkan itu, Ahmad Shabery berkata, kementeriannya sedang menunggu pengesahan terakhir daripada pasukan atau negeri yang ingin bertanding kerana acara itu memerlukan sekurang-kurangnya lapan penyertaan.

Ditanya peluang pasukan Malaysia pada kejohanan boling itu, beliau berkata, pemain negara mempunyai peluang baik memandangkan boling adalah sukan utama di mana Malaysia menunjukkan prestasi baik di peringkat dunia.

Malaysia diwakili juara terbuka Malaysia dan Indonesia 2009, Zulmazran Zulkifli, 26, dan juara Kejohanan Ranking Masters Dunia di Naples, Itali pada Mei lalu, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, 19. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 12:45 PM | Show all posts
SALAM SUKMA 2010 DI MELAKA DARI SAYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 03:12 PM | Show all posts
2# naen

logo dye cam x bape nk menarik..x melambangkan kseluruhan sukan..skali imbas mcm logo utk kejohanan sukan berkuda..mcm kuda kepang pon ada gak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:16 PM | Show all posts
Facebook Fan Pages Rasmi SUKAN MALAYSIA XIII MELAKA 2010

http://www.facebook.com/pages/Me ... A-2010/308722352783

Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.

SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan. - http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 04:32 PM | Show all posts
On Job Training: We are interested in applicants with the following qualifications -

a)Programmers
b)Web programmers
c)Graphic designers
d)Electrical and Engineering
e)Networking

A monthly allowance of RM800 will be paid by the State Government. This
is to cover your logistic expenses.
Details: - http://www.sukma2010.com.my/job.aspx
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 12:15 PM | Show all posts
ok..................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065912 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list