CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Oh Juwita (Lagu Dendangan Nubhan)

[Copy link]
Post time 8-7-2010 02:43 PM | Show all posts
intro yg best ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 02:56 PM | Show all posts
hi best2 saya sokong and tolong baca teruskan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 04:05 PM | Show all posts
amboi baby ligat menulis...go baby go
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 08:13 PM | Show all posts
lagi baby
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:37 AM | Show all posts
aha....best citer ni.......
sambung...sambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:47 AM | Show all posts
nak lagi baby...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2010 10:50 AM | Show all posts
salam TT
baca intro pun da best..
nk n3 lagik
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 11:13 AM | Show all posts
best gak intro citer ni baby
nak lg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 12:01 PM | Show all posts
ari ni xde n3 ke baby?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 04:15 PM | Show all posts
Reply 29# asnita


    terima kasih all of you...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 04:16 PM | Show all posts
Tapi daripada dia duduk merewang jer, bagus juga terima tawaran ini lepas itu layan drama-drama sebabak yang bakal pecah panggung realiti. Kay gelak dalam hati. Bukankah tindakan aku ini seperti menempah bala jer, buatnya aku terjebak masalah yang sukar untuk diselesaikan bagaimana? Fikir Kay. Hmm…. bukankah hidup aku memang hidup yang penuh dengan risiko? Akulah risiko, risiko itulah aku. Jadi, apa salahnya menambahkan satu lagi risiko ke dalam hidup aku?      
Kay meneliti empunya diri yang diberi nama Azryn Zafira itu. Hendak digelar wanita, nampak muda sangat, hendak digelar gadis, tak sesuai dengan usia pula. Perempuan, dara, si genit, perawan, si jelita, si manis? Hmm…
“Kay?”
“Juwita…” Itu yang terpacul keluar dari bibir Kay.

p/s: sorry...skit jer hari nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 02:04 AM | Show all posts
Bab 2
Tatkala mendengar ura-ura dia hendak disatukan dengan Tengku Izuddin semalam, Azryn Zafira diserbu rasa marah. Bukanlah dia hendak mengenepikan hak kedua-dua orang tuanya tapi kenapa Tengku Izuddin? Mendengar nama itu pun sudah cukup untuk membuahkan rasa benci apatah lagi untuk hidup sebumbung dengannya?

Dia bukan tidak kenal siapa Tengku Izuddin yang pernah suatu ketika dulu bertakhta dihatinya. Tapi itu sejarah silam, sejarah yang dia tidak ingin mengulangi walau diberi peluang seribu kali. Cukuplah hanya sekali itu, kalau boleh dia mahu kisah itu terus berkubur.

Tapi untuk mengelak dan membuang Tengku Izuddin terus dari hidupnya, itu sesuatu yang mustahil. Tambahan pula ayahnya Datuk Ma’asud dan ayahnya Tengku Izuddin, Tengku Iksham itu sudah lama bersahabat baik.

Semalaman dia berfikir, berusaha mencari ikhtiar dan jalan agar usul jodoh itu dapat dielakkan. Seboleh-bolehnya dapat dihalang daripada terus menjadi kenyataan. Peluang yang di cari-cari akhirnya tiba ketika sesusuk tubuh yang menarik perhatiannya pagi itu, mengingatkan dia pada jalan keluar untuk masalah jodoh yang mengganggu benaknya dari semalam. Tiba-tiba idea drastik yang logiknya tidak ada menerpa menguasai akal fikiran.

Mungkin dia orang yang sesuai untuk peranan tersebut. Tubuh badan agak sasa dengan ketinggian yang sesuai serta rupa paras yang agak menarik. Cuma perlu memperbaiki penampilannya sedikit. Ah! Masa sudah suntuk untuk dia mencari idea yang lebih bernas, buat masa ini itu sahaja yang terbaik boleh difikirkannya. Tawaran RM dua ribu itu untuk ujian pertama. Pada mulanya dia agak cuak jika lelaki tersebut menolak tawaran tersebut. Jika dia menolak hancur punahlah segala rancangan yang dibina. Dia bernasib baik kerana lelaki itu bersetuju untuk menerima tawaran tersebut sekaligus melegakan hatinya yang gundah sejak semalam lagi. Dia ingin dan perlu bertindak lebih pantas mendahului rancangan orang tuanya dan keluarga Tengku Izuddin.

Seandainya lelaki itu berjaya melepasi ujian tersebut, dia sudah berkira-kira untuk menawarkan kontrak dengan upah yang lebih lumayan. Menurut firasatnya, kisah itu tidak akan berakhir di bilik conference sahaja dan dia mahu bersedia untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 02:24 AM | Show all posts
ni mesti na upah mamat tu jd suami kontrak lah..
ada je akai
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 12:55 PM | Show all posts
best ceta nie..smbg lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 06:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 14-7-2010 02:41

“Maaf, cik Zafira…saya ingatkan setakat ini saja urusan kita. Bukankah ini cuma one time offer sahaja?” Kay sedikit bimbang setelah mengetahui perempuan itu sebenarnya merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan agak terkenal di kota metropolitan itu. Bukannya bimbang akan status perempuan tersebut tapi bimbangkan penglibatannya itu bakal mendedahkannya kepada umum yang secara tidak langsung membawanya kepada perkara yang selama ini cuba dielakkan.

Terkejut juga Kay ketika diperkenalkan kepada lelaki yang digelar Babah oleh Azryn Zafira tadi itu rupa-rupanya seseorang yang amat dikenali dalam bidang perniagaan. Sangkanya, Azryn Zafira cuma ingin menggunakannya untuk mengusir lelaki hidung belang yang mengganggu hidup cik puan kecil molek tapi agak tegas itu.

“Kontrak?”  Terangkat kening Kay ketika ditujukan tawaran kedua sebaik sahaja mendapat imbuhan daripada tawaran yang pertama.
“Enam bulan sebagai kekasih awak?” Dari sehari dipanjangkan menjadi enam bulan pula. Masalah apalah yang sedang kau jebakkan diri kau, Kay?
“Awak percaya dengan kontrak ini, awak boleh selesaikan masalah awak?” Dia bertanya kepada Azryn Zafira yang sedang menyisip air mineral setelah menuangkannya ke dalam gelas kaca.
“Sekurang-kurangnya saya mencuba.” Balas Azryn Zafira.

“Sebelum saya bersetuju, saya rasa saya berhak untuk mengetahui sebab dan puncanya awak perlu melakukan semua ini. Selain daripada jawapan yang ini semua ada kaitan dengan hidup dan mati awak.” Pelbagai soalan yang perlukan penjelasan sedang berlumba-lumba mencari tempat di mindanya. Pada hemat Kay, sekiranya dia mahu turut serta dalam permainan yang dicipta Azryn Zafira itu sekurang-kurangnya sedikit info perlu untuk dia mendapat sedikit gambaran akan hala tuju dan arah permainan tersebut.  

“Sekiranya saya membuka rahsia itu, adakah awak akan bersetuju?”
“Hmmm….saya akan fikirkan itu kemudian.” Kay menarik nafas perlahan. Akhirnya Azryn Zafira menceritakan segala kemushykilan yang bermain diminda secara ringkas. Dia tidak mahu terlalu transparent kepada Kay yang baru dikenali tidak sampai sehari itu.
“Kenapa tidak awak berterus terang kepada ayah awak, bukankah itu lebih mudah?” Azryn Zafira menggeleng-gelengkan kepala.
“Awak belum kenal ayah saya lagi. Dia seorang yang amat komited dengan perniagaannya dan sangat mementingkan tali persahabatan. Lagipun ayah tak tahu yang saya sudah terlebih dahulu mengesan rancangan mereka untuk menjodohkan saya dengan Izuddin.”  

“Apa masalah awak dengan Tengku Izuddin sebenarnya?” Terbayangkan kembali wajah berang Tengku Izuddin ketika dia diperkenalkan kepada mereka tadi. Tengku Izuddin tidak kurang segaknya, ada rupa ada gaya mungkin sikap dan attitude yang agak menjengkelkan itulah kelemahan utamanya.

Azryn Zafira agak keberatan untuk membicarakan isu tersebut kepada Kay.
“Cukuplah kalau saya katakan yang dia adalah manusia yang paling jijik yang pernah saya kenal.”
“Cuma saya tidak mahu dia jadi jodoh saya walaupun dalam dunia ini sudah tidak ada lelaki lain selain dari dia. Tidak dalam sejuta tahun pun.” Huh?! Nampaknya ada sejarah di antara mereka berdua, fikir Kay.
“Baiklah, tapi bagi saya masa sehari untuk memikirkan tawaran awak.” Ujar Kay sambil melurut rambutnya ke belakang. Segera dia bangun dari duduk. Sudah tiba masa untuk dia beredar.

“Saya hantar awak balik.”

“Tak apalah cik Zafira, saya datang naik motor.”

“Ooh!”

“Kalau ada apa-apa, cik Zafira boleh hubungi saya. Ini nombor telefon saya.” Kay menulis nombor telefon bimbitnya pada sehelai kertas kecil sebelum menyerahkannya kepada Azryn Zafira.

“Kalau tidak apa-apa lagi, biarlah saya beransur dulu.” Azryn Zafira terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Kay.

Nice knowing you, saya harap lepas ini hubungan kita tidak terputus begitu sahaja.” Azryn Zafira berkata sambil mengukir senyuman manis.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 07:40 PM | Show all posts
thanks baby for de n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 10:48 PM | Show all posts
baby kat umah satu lagi xde entry ehhh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:34 AM | Show all posts
best..best baby...teruskan n3
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:40 AM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi kat sini erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 12:21 PM | Show all posts
baby
citer ni pun best gak
nanti byk2 n3 k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119346 Replies : 3084
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 8141 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 3133 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 8434 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.160587 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list