CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chaupa

Cerita Baru Nabila Huda

[Copy link]
Post time 4-6-2012 09:30 AM | Show all posts
selamat berjaya abil!
teruskan lakonan mantap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 09:38 AM | Show all posts
hot mama
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:41 AM | Show all posts
Iols x blh lupa drama pertama Nabila, Blok 101 ke 202 ke 303 ke aku dah lupa. cerita seram/thriler.  ...
kirana_22 Post at 4-6-2012 08:39



   Blok 404 la. Yang dia kena rape tu kan. Aku ingat ..... (betapa kertunya haku)
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 10:12 AM | Show all posts
tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 10:20 AM | Show all posts
selamat maju jaya abi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 10:28 AM | Show all posts
dia ni memang berlakon menghayati watak..cuma harapnya dalam personal life pun berjaya la hendaknya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2012 10:34 AM | Show all posts
aku suka ngan lakonan dia. tapi tulah, org2 kita nak yg putih melepak je jadi heroin.
AnakJantan1987 Post at 3-6-2012 22:34



   btol...balik2 muka pan asian yg kuar tv....yg jd heroin....walaupon bakat hazabb.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:43 AM | Show all posts
memang boleh bawak sumer watak dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 12:12 PM | Show all posts
lakonan yg brkesan...
mninggalkan kesan yg mndalam bagi yg menonton nye...
muahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:31 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu bohsia 2 keluar!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:33 PM | Show all posts
dia ni natural...berbakat orgnya.
gud luck abil!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:33 PM | Show all posts
alamak bohsia 1 pon x tgk.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:09 PM | Show all posts
dia ni memang berlakon menghayati watak..cuma harapnya dalam personal life pun berjaya la hendaknya. ...
beatgirlX Post at 4-6-2012 10:28


tul...nabila nih...aku harap dia dpt ga menang award spt pelakon utama ker apa ker coz dia berlakon memang menjadi
cuma life sebenarnya dia jer lah still terumbang ambing lg....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:29 PM | Show all posts
ada kt metro ahad smlm kisah dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 4-6-2012 13:36

Reply 34# mixed


    Risau dianggap Over?

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN





SEKIAN lama tidak menghidupkan watak gadis liar, pelakon serba boleh, Nabila Huda Suhaimi me ngaku segan apabila menonton lakonannya dalam filem Jalan Kembali... Bohsia 2 yang akan menemui penonton, Khamis depan.

Karya sentuhan Syamsul Yusof itu menyaksikan Tasya lakonan Nabila yang semakin jauh hanyut apabila bergantung hidup dengan samseng jalanan, Keting (Sofi Jikan). Bukan saja menjadi pemuas nafsu Keting, bahkan Tasha taksub dengan dadah dan terbabit dengan jenayah rompakan.
   



Ketika ditemui sejurus selepas prebiu filem itu baru-baru ini, Nabila menjelaskan, dia berdebar dan risau dengan reaksi penonton. Antara persoalan bermain di mindanya, adakah penonton dapat menerima persembahannya sementelah sudah lama dia tidak melakonkan watak sebegitu.

Sejak tahun lalu, saya banyak melakonkan watak positif dan wanita berkerjaya. Kali terakhir saya jayakan watak gelap adalah menerusi filem ini dan kalau ikutkan, penggambaran dilakukan selepas saya melahirkan anak dan baru sekarang ditayangkan.



Sejujurnya, saya risau dengan penerimaan penonton. Yelah, takut pula ada yang anggap persembahan saya nampak 憃ver? Lagipun dengan peningkatan usia, rasa tak sesuai pula bawa karakter remaja liar,?katanya yang menyifatkan sekuel Bohsia... Jangan Pilih Jalan Hitam ini antara sentuhan terbaik Syamsul apabila ada elemen aksi, komedi, drama dan sentuhan kerohanian.


Berbual lanjut perkembangan terbaru selain filem terbitan Skop Productions yang turut dibintangi Syamsul sendiri, Salina Saibi, Zizan Raja Lawak dan Serena Redzuawan itu, ibu kepada si comel, Kheisya Laila ini baru saja tamat penggambaran drama Nikallaya untuk TV AlHijrah yang menuntutnya bertutur dalam bahasa Thai dan dialek Kelantan.

Selama 35 hari berkampung di Jitra, Kedah, Hatyai dan Songkla, Thailand, Nabila berdepan pengalaman yang sungguh memenatkan, malah baginya, inilah produksi paling mencabar setakat ini.

Selain terpaksa berjauhan dengan puteri tunggal kesayangan, bukan mudah menggunakan bahasa yang asing dalam hidup sehariannya. Bahkan, berkomunikasi dengan pelakon dari negara gajah putih umpama itik dan ayam bercakap.

Terus-terang, saya tidak tahu bercakap dialek Kelantan dan bahasa Siam. Di situ juga saya belajar dan bagi mengelakkan salah dialog, saya terpaksa berpandukan kepada kad disediakan kru.

Boleh dikatakan semua sudut ada kad yang tulis dialog. Nak bercakap dengan rakan pelakon dari Thailand pun susah sebab mereka tidak tahu bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Karakter saya sebagai gadis Siam bernama Nikallaya yang mukanya buruk sebelah banyak bermain dengan emosi. Memang tertekan di lokasi, bahkan saya tidak pernah rasa sepenat ini,?katanya yang berlakon di samping Iqram Dinzly, Shah Iskandar dan Normah Damanhuri.

Tambahnya, dia tidak betah berjauhan dengan Kheisya terlalu lama, oleh itu apabila penggambaran dilakukan di Hatyai, puteri sulungnya turut dibawa bersama.

Sepanjang 10 hari, dia terasa sangat bahagia apabila Kheisya ada di sampingnya, bahkan lebih bermakna apabila berkesempatan meraikan Hari Ibu dan ulang tahun kedua si kecil.

Saat diusik sudahkah ada pengganti, pantas Nabila menggelengkan kepala. Seraya tersenyum dia berkata, misinya kini bukan mencari cinta, sebaliknya masih banyak perkara lebih penting perlu diutamakan, lebih-lebih lagi perihal Kheisya.

Sebagai ibu tunggal, dia sedar tanggungjawab digalas bukan mudah. Justeru, ada baiknya dia melupakan soal cinta buat sementara waktu.

Saya bukan jenis yang mudah jatuh cinta, malah saya tahu dengan status ibu tunggal, bukan senang orang dapat menerima saya. Bohonglah kalau saya kata tak pernah fikir soal hati, tetapi saya tidak terbawa-bawa. Mungkin kerana saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang.

Tidak dinafikan, sesekali sedih juga mengenangkan perjalanan hidup ini tetapi sebagai manusia, saya kena terima. Sudah tertulis jodoh saya tidak panjang dan saya kena teruskan hidup demi Kheisya.

Walaupun ada jodoh selepas ini, biar orangnya luar daripada industri seni. Rasanya lebih selesa begitu. Pun begitu, siapalah saya untuk menolak takdir, andai tertulis orangnya di kalangan penggiat seni, saya reda,?katanya tenang.

Puteri kesayangan rocker legenda, Amy Search ini turut meluahkan rasa kurang senang apabila ada suara mempertikai siapa akan menguruskan Kheisya memandangkan dia sibuk bekerja.

Sebagai ibu, dia bertanggungjawab memberikan kehidupan terbaik buat puteri kesayangannya, bahkan dia perlu mencari rezeki demi menanggung hidup mereka anak beranak.

Hanya Tuhan mengerti betapa rindunya saya pada Kheisya bila terpaksa berada lama di lokasi penggambaran. Mungkin luaran saya nampak riang, dalam hati saya sebenarnya fikir dan risaukan Kheisya.

Mana-mana ibu pun kalau boleh mahu anak ada di depan mata, tapi apakan daya ada yang kena bekerja demi kelangsungan hidup.

Saya kena bekerja untuk mencari rezeki buat kami berdua. Saya tidak boleh bergantung harap dengan orang lain dan kena bekerja keras,?katanya.


Usah rosakkan hubungan saya dan papa

NAMANYA tidak pernah sepi kontroversi. Sebelum menempuh alam perkahwinan, dia dilabel gadis liar dan keputusannya untuk bercerai turut mendapat perhatian ramai, disusuli insiden hangat di sebuah pulau. Begitu juga hubu ngan baiknya dengan Johan Ariff Asari yang sering disalah erti.

Nabila mengakui timbul rasa terkilan dan kecil hati dengan anggapan segelintir masyarakat. Hakikatnya, mereka yang mengenalinya pasti nampak perubahan diri seiring kematangan usia. Banyak perubahan dapat dilihat, bahkan rentak hidupnya yang dulunya rancak kini bergerak perlahan.

Tiada lagi istilah bersosial dalam diari hariannya kerana fokus lebih kepada cahaya mata serta karier. Andai tidak terikat dengan komitmen kerja, masa banyak dihabiskan di rumah dan kalaupun mahu keluar membeli-belah dan menonton wayang, biasanya de ngan teman rapat atau bersendirian.

Bahkan kata Nabila, telefonnya jarang berdering, malah sengaja meletakkan nada panggilan kepada mode senyap. Kadangkala dia hanya melihat senarai panggilan atau membaca kiriman SMS lewat malam selepas penggambaran selesai. Barangkali kerana itu, ramai beranggapan dia mahu melarikan diri daripada menjawab panggilan media.

Orang yang kenal saya tahu saya bukan jenis hipokrit. Seperti insan lain, saya mahu mencari kebahagiaan, namun apa yang diharapkan tidak mampu saya gapai dan berakhir sebagai ibu tunggal.

Kisah cerai saya tidak sepatutnya dijadikan isu, malah selama ini saya tidak pernah berniat menimbulkan kontroversi. Saya bukan baru dalam industri dan sudah penat dikaitkan dengan kontroversi.

Kebelakangan ini apabila timbul cerita panas, saya tidak larikan diri, cuma mahu fokuskan perhatian terhadap karier. Saya berlakon bukan kerana mahu jadi popular atau sebab duit, tetapi kerana minat mendalam disertakan dengan kejujuran,?katanya.

Yang lebih dikesalkan Nabila, setiap kali media bangkitkan cerita mengenai dirinya, nama bapanya turut dikaitkan. Nabila mengakui faham dengan kerja wartawan, apatah lagi ada antara mereka kawan baiknya, tetapi terpaksa tulis atas arahan majikan.

Cuma saya kecewa apabila tidak berjaya mendapatkan kenyataan daripada saya, mereka menghubungi papa (Amy). Lebih menyedihkan, apabila perkara diperkatakan itu tidak betul, ada pihak tergamak memburukkan namanya.

Kenapa perlu bertanya kepadanya walhal belum keluar sebarang kenyataan daripada bibir saya. Tindakan itu membuatkan hati papa terguris dan menimbulkan ketegangan dalam hubungan kami.

Saya bukan budak-budak lagi, malah pernah berkahwin dan bergelar ibu. Semua orang tahu sejak dulu saya berdikari, tidak pernah bergantung dengan papa.

Kenapa bila ada perkara babitkan saya, mesti cari papa? Padahal saya tidak pernah bercerita apa-apa dengan papa, waima keputusan untuk berpisah dengan bekas suami, kerana tidak mahu susahkan dia.

Papa tidak bersalah atas apa yang saya buat. Kasihan dia. Kalau mahu dapatkan kepastian, cari saya sampai dapat, tak perlu cari papa. Selepas dapat kenyataan daripada saya, baru tanya papa.

Ini tidak, kenyataan yang keluar kebanyakannya daripada mulut papa. Sebagai bapa, sudah tentu papa kecewa dan bising, apatah lagi dia tidak tahu menahu perkara yang dipersoal kan,?katanya memohon pengertian.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 02:14 PM | Show all posts
dier berlakon mmg best.. kontrobasi camne pun,dier tetap berbakat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 02:28 PM | Show all posts
suka tengok hidung dia...sama mcm bapa dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 03:04 PM | Show all posts
suka tengok hidung dia...sama mcm bapa dia..
zulka Post at 4-6-2012 14:28


usah kata dung.aku rasa abil ni memang photostate bapak dia..cuma gelap ikut mak..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 04:43 PM | Show all posts
i loikeee nabilaaa hehee
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 05:10 PM | Show all posts
abil sepatutnya menang pelakon wanita terbaik...Lakoanan dia tak pernah menghampakan..
semua watak dia boleh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061808 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list