CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-3-2005 10:23 AM | Show all posts
Sambungan....

Rupanya kejayaan kita dapat bangunkan bandar, buat kebudayaan Islam, itu tidak jamin kita masuk syurga. Hanya orang yang disenaraikan dalam ayat akhir itu yang dijamin masuk syurga iaitu, 揝esunggguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman iaitu mereka yang 1) kusyuk dalam sembahyang, dan 2) mereka berpaling daripada perkara yang sia-sia, dan 3) mereka yang mengeluarkan zakat, dan 4) mereka yang menjaga maruah, dan 5) mereka yang memelihara amanah, 6) menunaikan janji dan 7) mereka yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah yang mewarisi syurga FirdausNya sedang mereka kekal di dalamnya.擺/b]

7 inilah yang dijamin masuk syurga Firdaus. Saya rasa siapa yang mendengar kuliah ni mengalami peningkatan ilmu iaitu walaupun menjadi orang bertaqwa dan dia boleh dapat berkat, selagi dia tidak boleh kusyuk sembahyang, dia belum mendapat kejayaan.

Sebelum Abuya cerita hal ini saya anggap harapan kita cerah bila kita boleh ikut Abuya, boleh dapat mujahadah, dapat bangunkan bandar, dapat berkat tetapi rupanya itu tidak menjamin. Entah-entah kerana itulah kita tergelincir masuk neraka yakni apabila sembahyang tidak kusyuk, tidak amanah, zalim dan lain-lain.

Abuya mahu kita berfikir untuk menjadi orang yang lebih serius dengan Allah. Ertinya kita perlu meletakkan 7 ciri dalam hidup kita untuk mendapat hakikat kejayaan. Mungkin tak larat jadi buatlah yang pertama dulu iaitu kusyuk dalam sembahyang dulu. Mudahan bila kita dengar laungan azan, 搈arilah menuju kemenangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-3-2005 04:10 PM | Show all posts
Topik : FAKTOR-FAKTOR SESUATU BANGSA ITU TIDAK MAJU

Jemaah perjuangan adalah penyelamat. Tidak cukup kalau penyelamat itu hanya memiliki ilmu akhirat semata-mata. Seorang penyelamat tidak cukup hanya tahu ilmu tentang hukum hakam sahaja. Memiliki ilmu dunia, sangat membantu dalam memperjuangkan akhirat. Bahkan ilmu dunia itu boleh diakhiratkan atau boleh dijadikan ibadah.

Kegagalan pejuang-pejuang Islam sebelum ini adalah kerana mereka hanya memiliki ilmu sekitar ilmu agama semata-mata. Hanya memiliki ilmu tentang hukum hakam. Ilmu dunia mereka tidak berapa faham. Bahkan tidak minat. Ini adalah satu kesalahan. Jadi orang yang perjuangkan kebenaran, yang hendak jadi penyelamat kepada manusia, perlu kuasai kedua-dua ilmu itu yakni ilmu akhirat dan ilmu dunia.

Keselamatan kita di akhirat ditentukan oleh bagaimana kehidupan kita di dunia. Apabila memperkatakan hal ini maka ia ditentukan oleh kehidupan kita di dunia dan tentulah ilmu dunia itu perlu kita miliki. Kalau tidak bagaimana kita hendak bertindak kalau ilmu dunia tidak kita miliki. Kedua ilmu ini yakni ilmu dunia dan ilmu akhirat kenalah digabungkan.

Bersambung...

[ Last edited by Akasyah on 21-3-2005 at 11:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-3-2005 04:13 PM | Show all posts
Sambungan...

Barulah perjuangan kita tepat maka layaklah digelar penyelamat. Mari kita lihat kata-kata hukama atau kata-kata ahli falsafah, yang berbunyi  揗anusia itu tabiat semulajadi nya adalah makhluk yang maju.擺/b]

Apa maksud makhluk yang maju? Tuhan siapkan kekuatan-kekuatan dalam diri manusia membolehkan manusia itu maju dan hendak maju. Jadi kalau manusia itu menggunakan alat-alat yang ada dalam dirinya, dorongan, kehendak-kehendak, rangsangan-rangsangan untuk maju, kemudian menggunakan alat-alat yang ada pada dirinya juga, seperti kekuatan akal fikirannya misalnya, maka manusia boleh maju.

Berbeza dengan haiwan. Dari mula-mula dijadikan sampailah beranak cucu, budaya hidupnya tidak berubah, Mana yang makan rumput, daripada awal sampai sekarang makan rumput. Kalau rumput itu tidak pernah dimasak, sampai kiamat pun 韆 tidak dimasak. Begitulah yang makan daging. Haiwan makan daging yang mentah. Sampailah mati dan ke akhir zaman, 韆 tetap makan daging mentah. Begitulah kalau asalnya mereka tidak berpakaian, sampai hari kiamat tidak berpakaian. Haiwan tidak ada alat dalam dirinya, tidak ada rangsangan dan tidak ada dorongan untuk 韆 berubah atau bertamadun. Hidup macam itu memang senang. Hendak tidur, ia tidak fikir tilam, tidak fikir alas. Kalau hendak rnakan rumput, makan sahajalah. Kalau makan daging, ia terkam haiwan lain dan makan sahajalah. Tidak perlu hendak cincang, hendak masak atau hendak cari rencah-rencahnya.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-3-2005 04:16 PM | Show all posts
Sambungan...

Sebab jtu manusa awal dahulu, di zaman batu, keupayaannya lebih sedikit sahaja daripada haiwan. Ada yang duduk atas pokok, gunakan sumber air semulajadi, ada yang makan daging mentah. Lama-lama manusia berubah sebab ada rangsangan dalam dirinya. Ada kehendak, kemahuan dan akal pun memikirkan bagaimana hendak buat pembaharuan. Akal pun gunakan alat-alat yang ada dalam dirinya untuk mendapat satu kemajuan.

Mula-mula makan ikan mentah. Bila sudah jemu, ada rangsangan, fikir-fikir, buat api, maka bakarlah ikan itu. Fikir-fikir lagi, rebus. Begitu juga dalam hal-hal pembangunan dan jalan raya. Dahulu, jalan raya hanyalah laut dan sungai. Sebab itu, masa itu orang berkampung di tepi sungai dan laut. T韉ak duduk di tengah hutan. Kalau duduk di tengah hutan pun, yang ada sungai. Kalau tidak, tidak boleh hidup.

Tabiat yg ada pada diri manusia inilah yg merangsang dan mendorong utk dia bertindak. Bila dia sudah terdorong, dia berkehendak maka dia merangsang otaknya utk berfikir. Maka otak pun fikir bagaimana hendak berbuat. Kemudian dia arahkan anggota fizikal utk membangun. Akhirnya bersambung-sambunglah ilmu itu hinggalah dunia jadi macam sekarang.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-3-2005 04:20 PM | Show all posts
Sambungan...

Yang jadi masalah, walaupun ahli hikmah itu berkata, manusia itu tabiat semulajadinya boleh maju, tidak ada perbezaan apa bangsa atau etnik, tetapi kita lihat ada bangsa yg maju sangat, ada yang sederhana dan ada yang seolah-olahnya hidup seperti 700-800 tahun lalu.

Antaranya, penduduk Afrika. Rangsangan yg sama, dorongan yg sama, rasa hendak berubah sama, cara berfikir sama, kemampuan mengggunakan tenaga lahir pun sama tetapi hasilnya tidak sama.

Kalau ada orang tanya kita, mangapa ada bangsa yg maju sangat dan sebaliknya ada yg mundur? Kalau yg bertanya itu bangsa asing, orang bukan Islam, takkan kita hendak jawab secara hukum-hakam. Maka bagaimana hendak jawab?

Inilah ilmu dunia yg sangat perlu. Di sinilah pejuang2 Islam gagal. Mereka hanya boleh jawab dengan hukum-hakam sahaja. Bila ditanya tentang ilmu dunia, mereka tidak boleh jawab.

Jika nak tahu jawapan abuya tunggu sambung esok ye .. dulu
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 14-3-2005 09:40 PM | Show all posts
Itulah   bukti-bukti   menunjukkan  tindakan   lahir,   pendengaran dan penglihatan kepada yang haram akan membuat-kan hati kita buta kepada kebenaran. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat. "

(Al insaan:2)


Tujuan Allah memberi kita mata dan telinga ialah untuk mencari dengan .mengenal pencipta kita iaitu Allah SWT. Kemudian supaya kita sedar diri untuk berbakti dan menurut kata-Nya.

Firman-Nya:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusla   melainkan untuk menyembah Aku. "
(Adz Dzaariyat:56)



Kita mesti merasa hamba iaitu melalui perintah suruh dan larang yang lebih penting ialah rasa kehambaan itu. lbadah sebenarnya berpunca dari rasa kehambaan. Kalau masa ibadah itu kita tidak rasa hina dan tidak rasa hamba, tetapi rasa besar diri, sombong, marah, dengki, maka amalan lahir itu bukan lagi ibadah. Misalnya: Seorang kuli menghadap tuannya dengan rasa besar diri, cekak pinggang, bukankah lebih baik tidak mengadap, sebab dia akan menimbulkan kemarahan tuannya.


Hidup bukan untuk dunia tetapi hidup untuk A!!ah dan untuk mencari bekal kembali ke akhirat. Untuk tujuan ini kita diberi pendengaran dan penglihatan. Gunakanlah kedua-duanya sebagai alat untuk sampai ke matlamat yang diredhai-Nya.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 15-3-2005 12:59 PM | Show all posts
Mari kita ubati hati kita dengan membataskan pandangan dan    pendengaran    hanya    kepada    apa    yang   bole mengingatkan kita kepada Allah. Takut pada-Nya dan untuk berbakti pada-Nya.

Antara langkah-langkah yang patut diambil ialah:


1. Banyakkan membaca Al Ouran dan terjemahan, hadis dan kitab- kitab serta buku-buku agama termasuk majalah dan risalah yang berunsur dakwah. Dalam masa yang sama elakkan   dari   buku-buku   khayal,   majalah   hiburan dan akhbar-akhbar yang kosong dari kebenaran.



2.Selalu mengunjungi masjid, tempat pengajian agama majlis dakwah, tahlil dan zikrullah dan elakkan di tempat-tempat maksiat, majlis-majlis sosial liar (percampuran bebas) dan keluar rumah tanpa tujuan. Sebab di luar banyak pandangan dan pendengaran lucah serta elakkan dari bergaul dengan kawan yang mengajak kita kepada maksiat.


3.Menziarahi orang-orang soleh sebab melihat mereka memberi kekuatan.

4.Ingat mati kerana selalu mengingati mati akan melembutkan hati.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 15-3-2005 01:08 PM | Show all posts
5.Elakkan dari menonton program TV yang tidak berfaedah. Sekali kita relakan mata dan telinga memandang dan mendengar perkara yang dikutuk Allah, maka selama itu kita relakan nafsu kita merajai hati kita untuk lalai dan tidak takut pada penglihatan Allah.

Lebih baik kita tidur dari menonton TV. Nanti kita boleh bangun dengan segar untuk menyembah Allah dan mendekatkan hati pada-Nya.

Kalau kita rasa melihat maksiat dengan tidak lihat sama sahaja pada hati kita, itu tandanya hati kita sudah rosak sangat dan jauh dari Allah.
Itulah antara-antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjernihkan batin kita. Perlu diingat langkah-langkah ini mesti diperjuangkan sungguh-sungguh dan berterusan.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 15-3-2005 at 01:38 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 15-3-2005 04:27 PM | Show all posts
Sambungan...

Jawapan abuya...

1. Malas

Bagi sesetengah bangsa, rangsangan ada, kemahuan ada tetapi bila hendak berbuat, terasa malas, Bila fikir bagaimana hendak buat, perlu minta bantuan Allah, banyak cabaran, terasa malas, 揗akan sahajalah apa yang ada. Biar sajalah. Hiduplah dengan apa yang ada.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 15-3-2005 04:43 PM | Show all posts
Bersambung...

3. Faktor ilmu

Walaupun sebuah negara itu sudah merdeka tetapi ia tidak boleh maju kerana faktor ilmu. Hendak maju, hendak adakan bangunan pencakar langit, nak jalan raya yang moden, tidak boleh kerana tidak ada ilmu. Faktornya tidak cukup ilmu.

4. Faktor anak-anak didik penjajah

Kebanyakan negara-negara yang baru merdeka, sebelum itu penjajah menjadi pemimpinnya. Mungkin Amerika, Perancis, Sepanyol, Portugis, Itali dan Eropah. Waktu pemimpinnya adalah penjajah, ada anak-anak tempatan yang dapat sedikit ilmu hasil dididik oleh penjajah. Bila negara dimerdekakan, maka kepada merekalah negara ini diserahkan. Takkan hendak serah pada orang yang tidak ada ilmu. Penjajah menyerahkan negara itu pada orang-orangnya juga. laitu pada orang Melayu yang otaknya, otak penjajah, orang Indonesia yang berotak penjajah atau orang Arab yang juga sudah berotak penjajah.

Dulu penjajah yang tadbir negara. Sekarang otak penjajah yang ambil alih kuasa. Rupa tidak sama tetapi perasaan dan otaknya sama dengan penjajah. Hendak tukar rupa susah. Kalau hidungnya pesek, sampai tualah pesek. Tetapi otak dan jiwanya, penjajah. Bila penjajah balik kampung, kepada mereka itulah diserahkan negara..

Bila diserahkan negara kepada orang yang berjiwa penjajah, yang masih berhubung dengan penjajah, maka mereka bukan hendak bangunkan rakyatnya tetapi semua kekayaan masuk poketnya. Sesetengah negara, bahan mentah dan hasil negara banyak tetapi tidak maju.

Macam Indonesia. Orangnya Indonesia tetapi berotak dan berjiwa Belanda. Buat sedikit untuk negara, yang banyak masuk poketnya. Padahal kalaulah yang ganti Belanda itu otaknya orang islam, jiwa Islam, Indonesia sudah membangun. Kalau yang ambil alih itu berjiwa Islam, Indonesia sudah jadi syurga. Harta negara banyak. Khazanah negara banyak tetapi tidak dapat dimanfaatkan. Kenapa? Orang yang pandai-pandai yang menggantikan penjajajah itu, otaknya otak Belanda, perasaannya Belanda.

Yang masuk poketnya banyak. Sebab itu berebut hendak jadi pemimpin. Bila negara demokrasi siapapun boleh jadi pemimpin. Masing-masing hendak rebut kerusi. Kenapa? Dia suka duit. Jadi wakil rakyat pun cukup untuk kaya. Kalau jadi presiden lagi lah.

Jadi sebab yang keempat mengapa sesuatu bangsa itu tidak maju ialah kerana kepentingan-kepentingan pemimpin yang otaknya otak penjajah dan jiwanya jiwa penjajah, memerah basil negara itu. Kalau maju pun hanya untuk beberapa kelompok manusia saja, tapi rakyat lain terbiar.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 15-3-2005 04:47 PM | Show all posts
Sambungan...

5. Ideologi

Kita boleh lihat, mana-mana negara yang menganut ideologi komunis, negaranya tidak maju. Bukan mereka tidak boleh berbuat tetapi itu disengajakan. Buktinya Rusia yang kekuatannya boleh cabar Amerika. Mereka hebat dibidang senjata tetapi kemajuan yang ada hubungan dengan rakyat, tidak ada. Rakyatnya hidup susah.

Itu ertinya bukan mereka tidak boleh buat sebab terbukti disudut senjata, dia boleh cabar Amerika. Begitu juga kapal perangnya. Kemampuan sains dan technologynya boleh cabar Amerika tetapi untuk rakyat, tidak ada kemajuan. Kerana begitu kehendak ajaran Komunis. Kerajaan tidak mahu rakyatnya itu bermewah-mewahan. Jadi sebab kelima mundurnya satu bangsa adalah ditentukan oleh ajaran ideologi.

Begitu juga dengan China Komunis. Sangat mundur. Sedangkan di bidang senjata boleh lawan Amerika tetapi rakyat masih pakai cangkul di bendang. Cuba ke negara China. Bendangnya melaut luasnya tetapi mereka masih pakai cangkul. Bukan mereka tidak pandai tetapi kerana dasar negaranya berfahaman komunis. Jadi ideologi juga boleh menghalang kemajuan sesuatu bangsa.

6. Kerana sentiasa berperang

Apabila satu negara itu tidak habis-hais berperang maka ia tidak boleh membangun. Contohnya seperti Afghanistan dan Iraq. Akibat perang, hendak membangun pun tidak boleh. Takkan boleh buat pembangunan dan kemajuan yang baru.

7. Kerana tidak ada perpaduan

Walaupun sesebuah negara itu tidak berperang tetapi kerana tidak ada perpaduan maka tidak boleh membuat kemajuan. Rakyatnya hidup sendiri-sendiri. Sedangkan kemajuan bangsa tidak boleh dibangunkan kecuali kalau ada kerjasama. Mesti ada rasa bersama. Bertolong bantu. Kalau bangsa itu hidup nafsi-nafsi, tidak boleh maju. Kemajuan yang canggih tidak boleh dibuat. Hanya ala kadar sahaja.

8. Kerana terlalu banyak jenayah di dalam negara

Walaupun tidak berperang tetapi apabila jenayah terlalu banyak dalam negara maka susah untuk maju. Ramai orang jahat. Sekejap merompak, sekejap membunuh, sekejap kidnap. Ini juga mengganggu untuk membangun. Penjenayah-penjenayah ini mencari makan di projek-projek pembangunan itu. Kadang-kadang dia ambil pekerjanya. Kadang-kadang dia kidnap taukenya. Padahal tidak perang tetapi jenayah menjadi penghalang satu bangsa untuk maju.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 15-3-2005 04:50 PM | Show all posts
Sambungan...

Itulah 8 sebab terbesar mengapa manusia tidak boleh maju sedangkan fitrah manusia sama. Kalau fitrah itu tidak disekat, tidak ada halangan dan tidak ada cabaran, maka semua manusia boleh membangun. Tetapi 8 halangan ini membuatkan semua bangsa-bangsa di dunia tidak seimbang. Ada yang maju dan ada yg mundur. Yang lain-lain itu hanya tambahan. 8 perkara ini sangat menghalang.

Sebagai pejuang Islam (penyelamat), kalau orang bukan Islam tanya mengapa bangsa tertentu tidak maju? Takkan hendak jawab dengan hukum halal haram. Takkan hendak jawab dengan Quran hadis. Perlu dijawab dengan ilmu dunia. Supaya keyakinan orang tebal. Bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam pun yakin. Kalau orang Islam tidak yakin, ia mengganggu juga perjuangan kita. Perjuangan yang dilagangkan secara politik atau militan sangat lemah terutama dalam hal-hal ilmu dunia. Setiap pejuang kebenaran, semestinya memiliki ilmu dunia dan akhirat.

Cuba imbas kembali sejarah orang yang terdahulu dari kita disekitar tahun 5Oan dan 6Oan, guru-guru agamanya sangat alim. Bukan macam sekarang. Ketika itu, walau pun jika ditanya hal-hal dunia, mereka tidak boleh jawab. Begitu juga bila mereka berhadapan dengan orang besar, tidak boleh bercakap kecuali tentang halal haram. Ketika itu tidak semua orang berfikiran begini. Kebanyakan orang seronok dengan cara itu. Ketika itu ada sesetengah orang alim bercakap, 揟engok Tuhan tipu orang bukan Islam. Kita hendak makan sayur, Cina tanamkan. Kita hendak naik kapalterbang, Amerika buatkan.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 17-3-2005 09:54 AM | Show all posts
Kita jangan mudah jemu atau mudah terpengaruh dengan bujukan nafsu liar kita. Dan janganlah kita harap untuk memperolehi hasil dalam jangka masa yang singkat. Sebab dalam pengalaman orang- orang yang telah menempuh jalan ini, masa paling singkat untuk memperolehi hati yang bersih (karat kerohanian yang linggi) melalui "mujahadatunnafsi" ialah 20-30 tahun ke atas. Masa ini sesuailah dengan lama masa kita terbiar dalam maksiat.

Sejak dalam perut ibu lagi kita sudah menerima makanan yang tidak jelas halalnya. Bila lahir pula terdedah di tengah-tengah maksiat dan mungkar yang berbagai-bagai.


Hati kita sudah gelap pekat dengan karat-karat dosa yang kita sedar atau tidak. Jadi patutlah kalau kita korbankan 20-30 tahun umur kita akan datang untuk pembersihan pada hati nurani kita. Mudah-mudahan penghujung umur kita dapat kita rasa kebersihan hati dan keselamatannya dari mazmumah. Mudah-mudahan kita dapat mengadap Allah membawa hati yang selamat.

Firman Allah yang bermaksud:

"Di hari itu (hari kita menlnggal dunia) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat."

(Asy Syuaraa:88-89)


bersambung
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 17-3-2005 09:58 AM | Show all posts
Apabila roh sudah bersih, sudah kembali pada asalnya (waktu di alam roh) kita akan merasai berbagai-bagai pengalaman batin yang luar biasa.

Ini bergantung pula pada taraf kebersihan roh yang dapa kita capai. Ada dua peringkat roh yang bersih iaitu:



1 .ROH YANG TERLALU BERSIH (ORANG YANG MUKASYAFAH).

Ini biasanya dicapai oleh muqarrobin. Roh ini dapa menembus hijab antara alam dunia dengan malakut. Mereka nampak segala rahsia-rahsia batin manusia.


Apa yang orang biasa nampak dalam mimpi maka mereka nampak di waktu sedar. Contohnya: Kalau sifat batin seseorang itu seperti anjing maka mereka nampaklah sebagai anjing. Kalau orang biasa mendapat ilmu dengan belajar maka mereka perolehi melalui ilham.[/b]

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 18-3-2005 11:00 AM | Show all posts
2. ROH YANG  BERSIH.

Ini dapat dicapai oleh orang-orang soleh. Roh mereka boleh mengesan rahsia-rahsia batin hanya melalui mimpi-mimpi yang benar dan rasa hati yang benar tepat dengan kehendak Allah. Tetapi tidaklah nampak nyata sebab hijab mereka tidak terangkat betul. Allah menceritakan perihal ini dalam hadis Qudsi, Firman-Nya:



"Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia pada-Ku) maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada amal seorang hamba-Ku yang bertaqwa (beramal) pada-Ku dengan sesuatu yang lebih Kucintai daripada dia menunaikan semua yang Ku fardhukan ke atasnya. Dan hamba-Ku yang sentiasa bertaqarub kepada-Ku dengan nawafil (ibadah sukarela) sehingga Aku mencintainya, maka jadilah Aku seolah-olah sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan andaikata ia memohon pasti akan Ku berinya. Dan andaikata ia berlindung kepada-Ku pasti akan Aku lindunginya."


Rasulullah SAW bersabda:

"Takutilah olehmu firasat (pandangan tembus) orang- orang mukmin kerana la memandang dengan pandangan Allah."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 19-3-2005 11:16 AM | Show all posts

BAB 6 DERHAKA DALAM TAAT

BAB 6   DERHAKA DALAM TAAT


Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 142:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal kamu belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. "


BERJIHAD MENURUT  TAFSIR  IALAH:

1.Berperang  dengan  orang  kafir dan   munafik  untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam.

2.Memerangi hawa nafsu dan syaitan.

3.Mendermakan harta benda untuk kebaikan islam dan umat Islam.

4.Membenteras yang batil dan menegakkan yang hak.


Allah SWT menimbulkan persoalan (tanda tanya) pada kita umat Islam, sudahkah kita berjihad dan bersabar? Kalau belum kamu lakukan itu maka jangan kamu fikir bahawa kamu akan dapat masuk syurga Allah di akhirat kelak.


Jika sudah maka kamu sebenarnya sedang fisabilillah. Berperang melawan kafir dan munafik adalah mudah. Yang susah ialah berperang dengan hawa nafsu dan syaitan. Kalau kita berjaya terhadap orang kafir tetapi tidak dengan nafsu, itu belum menjamin kita benar- benar bertaqwa.



Rasulullah SAW bersabda:

"Kita baru balik dari peperangan kecil untuk masuk ke satu peperangan yang lebih besar." Sahabat bertanya, "Peperangan apa itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Peperangan hati yakni untuk melawan hawa nafsu. "



Rasulullah SAW bersabda:

"Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Jika baik daging maka baiklah seluruh jasad. Bila busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah itulah hati."

Marilah kita tanyai diri kita sendiri:"Sudahkah aku melakukan jihad yang besar itu? Atau sudahkah aku perangi hawa nafsuku?"


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2005 06:05 PM | Show all posts
Berapa ringgit nak bayar ni??
:gantuk::gantuk::gantuk::gantuk::gantuk::gantuk::gantuk::gantuk:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-3-2005 11:22 PM | Show all posts
Untuk menjawabnya tiliklah ke dalam hati kita apakah sentiasa ingat Allah atau selalu lalai? Apa sudah cinta Allah atau cinta dunia? Apakah sudah sabar atas ujian Allah atau masih memberontak terhadapnya? Apakah sudah bersih dari mazmumah-mazmumah lainnya atau masih lagi hasad dengki, benci membenci, minta puji, gila nama, tamak dan mementingkan diri sendiri?


Kalau hati masih berisi daki-daki dunia yang kotor itu, janganlah mimpi amalan-amalan lahir seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, sedekah, berdakwah, menuntut ilmu, menutup aurat, baca quran, zikrullah dan lain-lain itu dapat menebus kita dari kebencian Allah dan api neraka. Cuba kita lihat firman Allah yang bermaksud:


"Hari itu (hari ketika meninggal dunia) harta dan anak tidak berguna lagi kecuali orang yang mengadap Allah membawa hati yang selamat (hati yang  bersih   dari  segala  kejahatannya  dari  sifat mazmumah).   "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang    yang    beriman    yang    khusyuk    dalam sembahyangnya. " (Asy-Syuaraa:88-89)



Ertinya kalau sembahyang tidak khusyuk tiada rasa hamba, itu tanda masih menderhaka. Bukan amalan lahir sahaja yang dapat membawa seseorang kepada keredhaan Allah dan syurga-Nya, tetapi yang lebih penting ialah amalan hati.



Sabda Rasulullah SAW:

"Allah tidak memandang rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu. "


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 21-3-2005 11:00 AM | Show all posts
Topik: Tidak Takut Tuhan Punca Masalah

28.3.04


Di dunia hari ini, orang yg menilai masalah tidak sama. Kebanyakan masalah tidak disukai orang. Masalah yg dimaksudkan ialah sesuatu yg orang tidak suka. Jadi, masalah yg tidak disukai oleh manusia dinilai tidak sama. Kadang2 masalah tidak dikatakan masalah. Kadang2 bukan masalah dikatakan masalah.

Pandangan orang secara umum hari ini, di antara masalah itu sangat ditakuti orang bahkan hendak dibanteras. Di antaranya masalah kemiskinan, sakit atau kemunduran. Pada Tuhan dan pada orang bertaqwa, sakit, miskin dan kemunduran bukan masalah. Tuhan tidak kata siapa mundur berdosa atau masuk neraka. Adakah hadis atau al-Quran yg mengatakan demikian? Siapa sakit masuk neraka? Siapa sakit Tuhan benci? Adakah berlaku sedemikian. Kalau tidak ada, maknanya itu menunjukkan ianya bukan masalah.

Kenapa kalau Tuhan katakan itu bukan masalah, itulah yg dianggap masalah. Samada pemimpin, ulama atau rakyat, itulah yg dianggap masalah. Sebenarnya apakah masalah yg paling besar? Masalah yg paling besar ialah dari masalah itulah yg bukan menjadi masalah, yg masalah pula menjadi masalah yg lebih besar. Siapakah yg boleh menjawab persoalan ini?

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 21-3-2005 11:03 AM | Show all posts
Sambungan...

Masalah yg paling besar ialah tidak takut Tuhan. Tetapi tidak pernah orang sebut, masalah tidak takut Tuhan itu masalah yg paling besar. Jadi masalah yg paling besar di dunia hari ini ialah orang tidak kenal dan tidak takut Tuhan. Bila orang tidak kenal dan tidak takut Tuhan , yg bukan masalah menjadi masalah, orang susah hati, menderita, menjadi risau dan resah, maka ia menjadi masalah. Akan lebih lagi menjadi masalah kalau mereka tidak sabar. Akhirnya mereka mencuri, menipu, merompak dan mungkin bunuh orang. Bila masalah yg pertama itu wujud, iaitu tidak takut Tuhan, yg tidak menjadi masalah akhirnya menjadi masalah.

Apakah yg bukan masalah menjadi masalah? Pandai. Pandai bukan masalah. Kaya bukan masalah kerana semua orang suka. Berjawatan tinggi bukan masalah sebab semua orang suka. Jadi pemimpin bukan masalah. Tetapi bila masalah yg satu itu wujud iaitu tidak takut Tuhan, yg bukan masalah menjadi masalah. Ini ramai manusia yg tidak faham.

Tanyalah sesesiapapun. Tidak ada siapa pun yg katakan tidak mahu menjadi pandai kerana ianya menjadi masalah. Tidak ada yg mengatakan yg pandai itu akan menjadi penyakit masyarakat.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063053 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list