CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 29-6-2011 09:56 AM | Show all posts
agak2 hari ni ade n3 tak fizzi..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 05:10 PM | Show all posts
ari ni tak dok n3 la pulok...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 05:27 PM | Show all posts
takde n3 ke..dah rindu ar kat faris...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 09:13 PM | Show all posts
Reply 381# juliet80


    ada2...giat menaip la ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 09:15 PM | Show all posts
Faris merenung telefon bimbitnya. Malam yang kelam tanpa bintang kian malap dipandangan matanya. Langsir biliknya dibiarkan terbuka, sementara Faris masih memandang ke luar jendela dari katilnya. Bagaimana dia boleh terlupa untuk mendapatkan nombor telefon bimbit Dol? Bagaimana dia boleh terlepas pandang akan hal itu dahulu?


Dia tidak pernah nampak Abu memegang telefon bimbit.  Aishah pula, seperti yang pernah diberitahu oleh Abu dan Dol sewaktu mereka berada di kedai di Pekan Kuala Pilah dahulu memang tidak pernah mempunyai telefon bimbit.


Huh….zaman macam ni, masih ada manusia yang tidak mempunyai telefon bimbit? Macam tak percaya…Faris menggeleng2 . Rasa kesalnya menggunung. Sekarang, bagaimana harus dia menghubungi mereka bertiga?


Aishah pun satu, kan aku dah cakap awal2, walau apa pun yang terjadi, mereka harus kekal berkawan. Tapi, mengapa selepas menerima cek dari Tengku Kamil, mereka terus lesap entah kemana? Agak2nya, kemana mereka pergi?


Faris berteleku dengan ibu jarinya yang bertenggek dibibirnya. Nafas payah ditarik sedalam2nya. Apa harus aku buat sekarang?


Tok! Tok! Pintu biliknya tiba2 diketuk dari luar. Pantas Faris bangun dan membuka pintu biliknya. Wajah Tengku Kamil tersembul dimuka pintu dengan senyuman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 09:16 PM | Show all posts
“Kau tak keluar ke?” soal Tengku Kamil hairan. Dia masih berkemeja, tanda baru pulang dari kerja. Faris membiarkan Tengku Kamil menutup pintu bilik lalu mereka berdua duduk di sofa di hujung bilik Faris.


“Emm..tak,” Faris menggeleng sebaik dia duduk.


“Aku saja ketuk tadi, ingatkan kau tak ada..alih2..rupanya terperap dalam bilik. Clubbing, nak?” soal Tengku Kamil. Kasihan pula melihat Faris yang tak ubah bagai harimau kehilangan taring.


“Tak ada mood nak keluar…” balas Faris lemah lalu bersandar ke sofa.


“Kau masih trauma ke lepas kejadian hari tu?” soal Tengku Kamil hairan.


“Kenapa abang tanya macam tu?”wajah Tengku Kamil dipandang tak berkedip.


“Terperap di rumah bukan sifat kau. Unless, kau takut nak keluar rumah…takut kena culik lagi…” ujar Tengku Kamil. Faris tergelak kecil dengan telahan Tengku Kamil. Sama saja macam telahan Tengku Alyah dan Tengku Khursiah.


“Saya tak mengalami sebarang trauma. Just…” kata2 Faris tergantung disitu. Dia memegang kepalanya sambil merenung karpet di lantai. Tengku Kamil memandang wajah resah Faris.


“Err..bang, macammana nak cari orang dalam masa yang singkat?” pantas Faris mengajukan soalan itu kepada Tengku Kamil. Dari berteleku tadi, kini tubuhnya menegak memandang Tengku Kamil.


“Facebook…twitter…” balas Tengku Kamil sambil menjungkit bahu. Itu yang dia tahu dari Tengku Ratna.


“Let say the person doesn’t has those accounts?” soal Faris kalut. Tengku Kamil mencongak sendirian.


“Upah P.I cari…”


Tapp!!! Faris memetik jarinya. Tapi….dia tak punya gambar Aishah….lemah semangat Faris bila memikirkan hal itu.


“Kenapa ni?” soal Tengku Kamil hairan. Faris tidak tentu arah dilihatnya.


“Kau nak cari siapa?” soal Tengku Kamil lagi.


Faris terdiam. Tapi….bukankah Mail ada nombor telefon Dol? Ya!! Mail!!! Aku harus mencari Mail yang masih berada di penjara esok hari!!! Serta merta Faris merenung Tengku Kamil didepannya yang terpinga2 melihat telatahnya. Senyuman Faris kian lebar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-6-2011 09:17 PM | Show all posts
“Kita mesti ada pelaburan untuk masa hadapan. Duit ni…banyak mana pun akan habis jugak kalau tak top-up…” kata Abu sungguh2. Mereka bertiga2 sama2 duduk dikerusi malas yang terletak di hadapan rumah. Jalanraya yang agak lengang dipandang. Sesekali, beberapa buah motorsikal yang melewati jalan didepan rumah mereka dipandang.


“Aku sokong. Tapi kita nak buat apa?” soal Dol pula. Air sirap limau yang dibuat oleh Aishah diteguk perlahan2, laksana sedang berpiknik dibawah cahaya matahari di tepi pantai.


“Kita bukak rumah urut nak tak? “ cadang Abu.


“Kau nak mengurut?” soal Dol pula. Aishah ditengah2 mereka, hanya mendiamkan diri. Malas hendak mencampuri perbualan Abu dan Dol.


“Bukan aku yang mengurut. Kita upahla perempuan2 cantik yang macam Erra Fazira mengurut kat kedai kita. Aku yakin, tak sampai sebulan, bisnes kita meletup punya…” kata Abu lagi.


“Aku tak maulah! Aku nak bukak satu bisnes yang brutal sikit….bila orang dengar bisnes kita, orang akan tabik spring kat kita..” tingkah Dol pula. Aishah mendengus, Abu dan Dol….memang tak pernah habis2 berangan. Sejak memperolehi wang 2 minggu dulu, sepanjang 2 minggu itulah mereka tak habis2 berangan. Hendak buat itu ini. Hakikatnya, sampai sekarang apa pelan pun tak jalan…


“Bisnes apa?” soal Abu berminat.


“Aku nak buat bisnes membekalkan senjata api…” balas Dol.


“Kau nak kena tangkap dengan polis sekali lagi Dol? ” soal Abu.


“Ala…kau ni, semua yang aku nak buat, semua tak boleh….” Dol menarik muka.


“Apa kata kau Ecah?” soal Abu tiba2 memandang Aishah ditengah2 mereka.


“ Bukak restoran mamak!” balas Aishah lalu bangun. Selipar Jepun disarungkannya cepat2 lalu dia menapak ke benteng pemecah ombak di belakang rumah. Abu dan Dol saling berpandangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 09:18 PM | Show all posts
Faris keluar dari Penjara Kajang dengan senyuman yang lebar. Nombor telefon Dol yang baru saja diperolehi dari Mail direnung tanpa puas. Mujurlah Mail masih ingat akan nombor Dol. Sebaik masuk ke dalam kereta Lotusnya, terus Faris mendail nombor itu. Perasaan terujanya sudah tidak dapat dibendung lagi.


“Hello! “ Mata Faris bersinar sebaik terdengar suara Dol dihujung talian.


“Doll!!!!”  Faris menjerit kegembiraan. Suara Dol dihujung talian diam sejenak.


“Dol!! Ni akulah!!! Faris!!!” bimbang Dol sudah lupa akan dirinya, Faris cepat2 memperkenal kan  dirinya kepada Dol.


“Faris? Faris mana?” soal Dol. Bingai si Dol nih! Faris menepuk dahi.


“Faris yang bagi kau RM3 Juta tuh!” balas Faris kelam kabut.


“Haaa??????” Dol nyata terkejut dengan panggilan itu. Faris ketawa semahu2nya. Terasa seakan mahu menangis kegembiraan bila mendengar suara Dol. Pastinya Dol dan Abu saling kehairanan sekarang. Bagaimana pula dengan Aishah?


“Bos??? Aku tak percaya…” Dol bersuara di hujung talian. Faris tersenyum lebar.


“Tak apa! Dol, dengar sini. Dengar baik2…aku nak minta tolong kau ni…” kata Faris dalam nafas yang tertahan2. Sungguh, dia sangat gembira. Senyuman dibibirnya tidak putus2 diukir.


“Ada pelan lagi ke bos?” soal Dol dihujung talian.


“Umm…” Faris mengangguk, biarpun dia tahu Dol tidak dapat melihat anggukannya. Hati Faris benar2 gembira setelah hampir 2 minggu dia kebuntuan. Wajah Aishah menari2 dihadapannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2011 09:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 29-6-2011 21:30

“Abu….” Dol mematikan talian telefon. Mukanya serius memandang Abu yang sedang memasak di dapur menggantikan Aishah yang masih tidur. Anak dara itu, pemalas sungguh! Meski hari sudah tegak meninggi ke jam 12 tengahari, dia masih belum mahu bangun dari katilnya.


“Apa?” soal Abu sambil mengacau kari ayamnya yang sedang menggelegak. Sesekali, kuah kari itu dirasanya. Uhhh..sedap sungguh masakan aku…kalah Iron Chef kat Astro. Getus hati Abu.


“Aku nak tanya sikit boleh?” soal Dol serius. Dia menarik kerusi makan lalu duduk.


“Sejak bila kau jadi tertib dengan aku ni? “ bidas Abu pula.


“Yelah..ini hal hidup mati Ecah ni…” kata Dol. Abu berhenti mengacau kari.


“Apa yang serius sangat? “ soal Abu.


“Kau suka ke kalau Ecah couple dengan Faris?” soal Dol berterus terang. Abu mengerutkan dahinya.


“Faris mana?” soal Abu.


“Faris mana lagi….Faris RM3 Juta tulah..” balas Dol cuak. Mereka cuma kenal seorang sahaja manusia bernama Faris. Mengapa perlu Abu menyoal sebegitu… Abu terdiam merenung karinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 09:20 PM | Show all posts
“Entahlah Dol. Aku pun susah nak cakap. Memanglah aku suka kalau Ecah couple dengan Faris tu.  Tapi, aku takut kalau satu hari nanti, Ecah sorang yang terluka kalau si Faris tu tinggalkan dia. Kau pun pernah kata kat aku…kita ni, orang biasa…bekas penjenayah…takkan nak ada hubungan dengan kerabat diraja. Dengar pun tak logic!” ujar Abu perlahan.


Dol terangguk2. Benar…dia juga berpendapat sedemikian. Kalau setakat mahu berkawan bolehlah…tapi bila melihatkan Aishah yang memang mula menaruh hati pada lelaki itu, memang menakutkan mereka. Berulang kali mereka berdua menasihati Aishah agar melupakan saja kenangan bersama lelaki itu, tetapi Aishah nampaknya tegar dengan pendiriannya.


“Kenapa kau tiba2 tanya aku macam ni? Bukanke, lelaki tu pun dah jauh dari kita sekarang? Sekurang2nya, bila Faris dan Ecah jauh2 macam ni, takkan ada sebarang masalah lagi,” soal Abu.


Dol menarik nafas lemah. Dipandang telefon bimbitnya. Haii…dari manalah dia dapat nombor telefon aku?  Kenapalah aku tak tukar saja nombor telefon lepas kejadian tempohari…


“Masalahnya sekarang…si Faris tu baru saja call aku tadi. Dia kata nak datang sini…” hela Dol.


“Aahhh??!” Abu nyata terkejut. Api di dapur lantas dimatikan lalu dia duduk bersebelahan Dol di kerusi makan.


“Mana dia dapat nombor telefon kau? Habis macammana ni? Kita nak lari dari sini? Takkan nak bagi Ecah jumpa dengan si Faris tu? Kau dah bagitau Faris alamat rumah kita ke?” soal Abu bertalu2. Wajahnya merona pucat.


“Masalahnya..aku dah terrrrrcakap alamat rumah ni kat dia….” Dol menggaru2 kepalanya yang gatal.


“Allah!!!!!” Abu menekup mukanya. Punah…..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 09:20 PM | Show all posts
cukuplah utk malam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 09:28 PM | Show all posts
cpt2 nak jpe ecah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 09:33 PM | Show all posts
Reply 392# nanopiko


    tak yahla cepat sgt....bagi ecah merana skit....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 09:42 PM | Show all posts
Reply 393# fizziany


    klau ecah merana kami pun merana jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:17 PM | Show all posts
Reply 393# fizziany

tak baik tau, :cry: kita kena bagi moral support kepada
Aishah dan Faris
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 11:29 PM | Show all posts
Reply 395# mertua


kenala tunggu abu & dol approve dulu..baru leh bagi moral support....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 07:27 AM | Show all posts
samblah panjang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:45 AM | Show all posts
ye...ye...
FARIS nak jumpa ECAH...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:06 AM | Show all posts
yeay...cptlah faris jumpa aisyah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:53 AM | Show all posts
x sabar nak tunggu Faris  jumpa Ecah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.214500 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list