CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 30-6-2011 12:27 PM | Show all posts
sib baik mail ingat lagi no phone abu...
jgn diaorg lari, dahlah....
sian kat faris...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 03:22 PM | Show all posts
cepat faris... nanti aisyah lari....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:41 PM | Show all posts
cukuplah utk malam ni....
fizziany Post at 29-6-2011 21:20


malam nie dah kira hari lain

mintak sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:27 PM | Show all posts
kejor yeop kejor...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:30 PM | Show all posts
mai nak sambung skit lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2011 10:33 PM | Show all posts
Tengku Alyah masuk ke bilik Faris. Seperti biasa, dia mahu mengajak Faris keluar menemaninya bersiar2 atau membeli belah di sekitar Kuala Lumpur, namun hari ini Faris menolak. Kata Faris, dia perlu berkemas kerana mahu pergi jauh.


Tidak menunggu lama, Tengku Alyah terus sahaja ke rumah Tengku Khursiah. Kini, Tengku Alyah dapat melihat kata2 Faris benar. Sibuk sungguh dia berkemas.


“You tak takut kena culik lagi?” soal Tengku Alyah dibirai katil.


“Penculik I kan dah tak ada. Lagipun, 2 minggu ni, I feel better,” balas Faris. Dia sudah memberitahu Tengku Khursiah akan pemergiannya kali ini. Puan Emily turut diberitahu hal itu. Namun, katanya kepada mereka, dia mahu pergi melawat kawan2nya di Johor Bharu.


“Berapa lama you nak pergi ni?” soal Tengku Alyah. Mukanya masam mencuka.


“Hmm..tak tahu lagi. Kenapa? “ soal Faris sambil memasukkan beberapa helai baju ke dalam bagasi.


“Bila you akan balik? I tak mahu tunggu you lama2…” ujar Tengku Alyah perlahan. Faris terkedu mendengar kata2 itu. Wajah Tengku Alyah dipandang.


“You tak perlu tunggu I…” tuturnya pelahan. Mata keduanya saling berpandangan.


“You nak jumpa siapa kat JB?” soal Tengku Alyah curiga. Faris diam. Bagasi yang sudah penuh, ditutup. Faris duduk di birai katil juga. Nafasnya dihela lemah.


“Kawan I…” balas Faris perlahan.


“Kawan atau…someone special?” Faris terkesima memandang Tengku Alyah. Pandangan matanya yang tajam benar2 melemaskan Faris.


“I ingat you dah boleh terima I semula…” ujar Tengku Alyah separuh berbisik.


“Terima you? Maksud you?” Faris memandang Tengku Alyah kehairanan. Wajahnya sangat serius. Langsung tiada riak tenang.


“Kahwin…” balas Tengku Alyah perlahan dan tegas. Faris terkedu. Dipandangnya Tengku Alyah tidak berkedip. Adakah Tengku Alyah sudah tersalah sangka akan layanan baiknya selama 2 minggu ini?


“Jangan salah anggap Alyah. We’re friend,” Faris bersuara perlahan. Tengku Alyah terdiam. Rupa2nya Faris masih sama seperti dahulu. Masih tidak mahu menerima dirinya. Mengapa?


“You dah ada kekasih?” soal Tengku Alyah perlahan. Dia tunduk merenung cadar katil. Faris diam. Dia memandang Tengku Alyah. Haruskah dia bercerita tentang hatinya kepada Tengku Alyah yang saban hari menemani harinya selama ini? Faris menghela nafas berat. Seakan payah mahu menuturkan niat hatinya.


“Itulah yang I mahu cari di JB nanti…Hopefully…” balas Faris serius. Mereka berdua saling berpandangan tajam. Masing2 terdiam.

“Well…good luck,” tutur Tengku Alyah separuh berbisik. Dia merenung sinis ke wajah Faris. Faris senyum kelat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:36 PM | Show all posts
“Ini alamat hotel saya menginap nanti. Kalau senang, abang datanglah nanti. But, call first before you come,” kata Faris sambil menghulurkan sebuah buku kecil. Butir2 mengenai kemana hala tujunya telah diberitahu kepada Tengku Kamil agar ahli keluarganya yang lain turut tahu kemana dia pergi.


“Kenapa dengan Alyah tadi? Muka monyok saja. Lalu sebelah aku pun tak tegur macam selalu…” soal Tengku Kamil. Faris sudah memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta.


“Oh…itu…” segera Faris teringatkan Tengku Alyah yang terburu2 pulang tadi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Tengku Khursiah. Barangkali dia berselisih dengan Tengku Kamil sewaktu mahu pulang tadi.


“Dia marahkan saya..” balas Faris lalu senyum.


“Marah pasal apa?”


“Biasa. Tak dapat terima bila saya cakap mahu mencari seorang kekasih di JB nanti…” balas Faris.


“Of course. She’s madly in love with you. Kalau kau tak mahu balas cinta dia, jangan rapat sangat dengan dia lain kali. Dia tu lain sikit. Manjanya terlebih…” kata Tengku Kamil yang memerhatikan Faris yang sudah pun siap memasukkan barang2 ke dalam bonet kereta.


“She has my decision already. Sepatutnya dia tak boleh terus berharap macam tu. Kalau saya tahu dia masih berharap macam ni, saya pun takkan berani rapat sangat dia 2 minggu ni…” keluh Faris kesal. Tengku Kamil menarik nafas dalam2.


“Nak buat macam mana…” itu sahaja yang mampu dituturkan Tengku Kamil seraya menjungkit bahunya.


“ I got to go now…” kata Faris yang sudah siap sedia untuk masuk ke perut kereta. Tengku Kamil angguk.


“Bang..” tiba2 Faris menghulur tangan, tanda mahu berjabat tangan dengan Tengku Kamil. Tengku Kamil terpana. Namun, tangannya dihulur jua. Lantas Faris terus memaut kedua belah tangan Tengku Kamil dan mencium tangan itu tertib. Perlakuan Faris membuatkan Tengku Kamil terkedu.


Sepanjang hidupnya, itulah kali pertama Faris menyalaminya tanpa arahan sesiapa. Sedikit sebanyak, hati lelakinya tersentuh. Faris senyum, kemudian terus menghilang disebalik kereta. Tengku Kamil terdiam. Namun, bibirnya perlahan2 mengukir senyum penuh makna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2011 10:37 PM | Show all posts
Tengku Fatimah terus mengetuk pintu bilik Tengku Alyah sekuat hati. Pintu bilik itu memang sentiasa dikunci. Tidak kira sama ada berpenghuni atau tidak, Tengku Alyah memang tidak suka biliknya di ceroboh oleh orang lain hatta ibunya sekalipun.


“Alyah! Buka pintu ni!!” laung Tengku Fatimah. Beberapa helai kertas dari pihak bank yang diterimanya masih digenggam erat ditangannya.


Pintu dibuka. Pantas Tengku Fatimah membuntuti langkah Tengku Alyah yang terus menuju ke meja solek.


“What the hell is this?!!” bentak Tengku Fatimah berang. Beberapa keeping surat dari bank dicampakkan ke meja solek Tengku Alyah. Tengku Alyah menjeling kea rah surat2 itu, kemudian dia bangun menghumban dirinya ke katil.


“Alyah! Apa yang Alyah dah buat dengan semua duit ni? All your credit cards have exceeded credit limit! Alyah buat apa?” soal Tengku Fatimah. Kalau setakat 1 atau 2 kredit kad, dia boleh pejam mata. Tapi, ini melibatkan 6 keping kredit kad termasuk satu kadnya. Dan setiap satu kredit kad pula, jumlah hadnya bukan sedikit. Malah ada yang mencecah puluhan ribu.


Tengku Alyah tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri sambil memeluk bantal.


“Apa yang Alyah beli? Mama tak nampak sebarang benda mahal pun Alyah beli?” soal Tengku Fatimah lagi. Tengku Alyah diam lagi, kemudian dia memandang Tengku Fatimah.


“Alyah sedekah pada orang..” balas Tengku Alyah perlahan. Tengku Fatimah terdiam pula. Tengku Alyah dipandang lama2. Sedekah? Tengku Alyah pula terus diam. Tengku Fatimah menghela nafas payah.


Tengku Alyah memang begini sejak kecil. Setiap kali dia membuat salah, dia akan terus senyap sahaja bila dimarahi. Dia tidak pernah menjawab walau sepatah pun. Hal itulah yang membuatkan Tengku Fatimah sendiri kadang2 menjadi keliru dengan sikap diam Tengku Alyah. Keliru samaada Tengku Alyah benar atau salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:39 PM | Show all posts
“Barang apa yang penting sangat sampai kena balik rumah sekarang jugak? ” soal Aishah. Dia memandang ruang restoran mewah yang lengang di sekelilingnya. Agak janggal melihat restoran itu tiada pelanggan lain melainkan dirinya sahaja.


Tetapi, lebih menghairankannya, seluruh restoran itu dihias cantik dengan mawar merah dan mawar putih di setiap meja. Meja yang didudukinya pula, siap ada lilin yang tegak meninggi.


“Woo…barang ni penting. Ecah duduk sini dulu, nanti kami datang  balik..” kata Dol lagi. Aishah memandang 2 saudaranya curiga. Abu dan Dol selalu berkelakuan ganjil sejak akhir2 ini.


“Kalau abang Dol balik sorang tak boleh? Abang Abu tinggallah dengan Ecah,” kata Aishah curiga.


“Haihh…tak boleh. Barang ni berat. Nak kena angkat 2 orang. Takpa, kami janji, kami datang balik nanti…” pujuk Abu pula.


Aishah terdiam sambil merenung keduanya silih berganti. Muka Abu dan Dol yang resah sejak tadi mencurigakannya.


“Sekejap saja tau…Kalau lebih dari satu jam…Ecah balik naik teksi!”  ugut Aishah. Abu dan Dol pantas mengangguk.


“No hal…sekejap saja…” Dol pantas menolak Abu agar mereka segera meninggalkan restoran mewah yang terletak kira2 15 kilometer dari rumah mereka.


Abu tiba2 berpusing kembali lalu menghampiri Aishah. Abu merenung Aishah sambil tersenyum penuh makna. Aishah memandang Abu yang merenungnya tak berkedip. Apahal pulak abang Abu ni? Buang tebiat?


Abu senyum, kemudian meletakkan tapak tangannya ke atas kepala Aishah. Dol pula datang berdiri disebelah Abu. Dia juga turut senyum memandang Aishah.



“Ecah dah besar rupanya…..Abang harap, kau akan temui kegembiraan dalam hidup kau. ..” perlahan kata Abu. Dipeluknya Aishah dari belakang. Aishah terkesima.


Abu melepaskan pelukannya. Aishah melihat wajah Abu yang tiba2 berubah keruh. Masing2 terdiam. Namun, Abu dan Dol cepat2 berlalu selepas itu meninggalkan Aishah sendirian di dalam restoran mewah itu. Aishah terus meneguk minuman yang terhidang dihadapannya sambil meneliti satu persatu pelayan2  di restoran itu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:39 PM | Show all posts
uh-oh... mcm saspen saja senyuman Tg Kamil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:41 PM | Show all posts
Faris terkocoh2 memasukkan sejambak bunga mawar merah ke dalam keretanya. Ditatangnya bunga itu dengan hati2. 50 kuntum mawar merah akan dihadiahkan kepada Aishah malam ini .Dia tidak mahu jambangan bunga itu rosak walau sedikit pun.


Enjin keretanya dihidupkan segera. Seberapa pantas, dia mengundurkan keretanya, tidak mahu terlambat ke restoran yang telah ditempahnya khas untuk dirinya dan Aishah.


Dia mahu melihat reaksi Aishah bila dihadiahi sejambak bunga sebegitu. Dia mahu melihat wajah lucu Aishah. Sudah lama dia rindukan wajah itu. Barangkali, kata2 keji akan dilemparkan kepadanya sebaik Aishah mengetahui pelan rahsia antara dia bersama Abu dan Dol. Barangkali, dia mungkin dilepuk Aishah malam ini. Hati Faris girang. Tidak sabar menantikan reaksi Aishah bila bertemu nanti.


Faris lengkap bertuxedo hitam malam ini . Rambutnya disisir rapi. Wangian haruman disembur secukupnya ke seluruh tubuh buat menambah daya penariknya yang sedia ada.


Yalah, sekian lama tidak berjumpa, kali ini biarlah Aishah nampak dirinya yang sebenar! Bukan Faris yang selekeh dan perengus. Kali ini dia mahu Aishah kenal siapa Tengku Faris sebenarnya. Dia kata aku tak macam kerabat diraja kan dulu? Haa..malam ni, dia akan tahu.


Faris senyum sumbing. Wajah Aishah masih berlegar dikotak fikirannya. Keretanya terus diundur.


Pannggg!!!!! Kereta Faris terdorong kedepan. Enjin keretanya mati tiba2.


Gosshhhh!!!! Faris ternganga sambil memandang ke cermin sisi keretanya. Dia baru saja dilanggar dari belakang. Sebuah kereta Waja berwarna perak turut terhenti dibelakangnya. Arhhhh…orang nak cepat, jadi lambat pula!!! Berang hati Faris tidak terkira.


Enjin keretanya cuba dihidupkan kembali. Tetapi, kali ini, keretanya tidak dapat dihidupkan. Berkali2 dia mencuba, namun gagal.


“Arrggghhhh “ dihentak stereng keretanya. Faris bingkas keluar dari keretanya lalu menghampiri kereta Waja di belakangnya. Pemandunya yang merupakan pasangan suami isteri barangkali keluar dari perut kereta. Wajah keduanya merona pucat bila melihat Faris.


“Err…saya minta maaf Encik. Saya tak nampak kereta encik sedang undur tadi…” senang saja si suami menuturkan maaf. Faris bercekak pinggang sambil meneliti jam tangannya. Digeleng2kan kepalanya tanda kesal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:42 PM | Show all posts
Masuk kali ini, sudah 10 gelas air kosong diteguknya.Perut sudah naik kembung,  namun, kelibat Abu dan Dol masih tidak muncul jua. Aishah menarik nafas geram.


Gelisah dan marah bercampur aduk. Sudu dimeja makan diketuk2 berlagu geram. Nantilah, kalau diorang sampai saja, aku nak lagakan kepala kedua2nya!


Hampir satu jam menunggu, Aishah sudah tidak dapat bertahan lagi. Ini macam tak boleh jadi! Sah diorang ni dah kenakan aku walaupun hari ni bukan April Fool day!! Hati Aishah membengkak, lalu dia terus bangun dan beredar.


“Cik..cik nak kemana?” salah seorang pelayan menyapanya tatkala dia mahu keluar dari pintu utama restoran itu.


“Balik!” pendek jawapan Aishah lalu dia terus keluar. Pandangan pelayan itu begitu resah padanya tadi. Dia tidak peduli. Aishah menapak ke jalan besar, meninjau keadaan jalanraya. Dalam hatinya, tak sudah2 menyumpah Dol dan Abu.


Mengapa perlu berbohong sedemikian kepadanya? Bukankah selama ini, kemana saja atau apa jua yang mereka buat mereka akan sentiasa bersama?


Hiiiii!!!!! Aishah membentak geram. Terasa kesal kerana mempercayai Abu dan Dol tadi. Sebuah teksi yang kebetulan lalu disitu, cepat2 ditahannya. Tanpa menunggu walau sesaat, Aishah terus menyusup masuk ke perut teksi sebaik teksi itu berhenti. Nantilah diorang!!! Dendam Aishah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:49 PM | Show all posts
Ada je halangan faris nak jumpa ecah

Tengku Kamil terdiam. Namun, bibirnya perlahan2 mengukir senyum penuh makna. ini buat suspen dan tanda soal adakah dia ni yg nak bunuh faris
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:52 AM | Show all posts
adakah alyah yg mengupah psgn somi isteri berkereta waja itu? sampai buat cash advance kt credit card? atau duit tu guna nk byr upah penculik faris dlu? jeng..jeng..jeng..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:01 AM | Show all posts
hish! rasa xsedap hati aje la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 11:19 AM | Show all posts
nanti sambung panjang sikit fizz
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:40 AM | Show all posts
hish! rasa xsedap hati aje la.....
uda08_za Post at 1-7-2011 11:01



    itu la rasa tak sesdap hati sungguh la
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:46 AM | Show all posts
baru nak romantik ada gangguanlah pula....
sapalah dalangnya...
tengku alyah atau tengku kamil???
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:02 PM | Show all posts
mesti alyah yang culik faris dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.288741 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list