CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PrinceOfNorth

[Tempatan] Ada apa di palekbang kelantan??? Terowong bawah tanah sejauh 100 batu..??

  [Copy link]
Post time 2-12-2012 07:23 PM | Show all posts
hzln posted on 2-12-2012 07:21 PM
betui ka versi pencuri lembu kena kejar ngan org kampung gi naik atas semejid gi bang sebut "hayya ...

....apa maksud tu? paloh tu hape?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 07:27 PM | Show all posts
noor2 posted on 2-12-2012 07:23 PM
....apa maksud tu? paloh tu hape?

paloh tu nama tempat kat kelantan....jaman dulu mana ada henpon nak kontek kawan sepencurian..."mung gi bawok lembu tu gi ko paloh nun...kawe dah kena perambat dgn oghe kapung doh nih"
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 07:30 PM | Show all posts
hzln posted on 2-12-2012 07:27 PM
paloh tu nama tempat kat kelantan....jaman dulu mana ada henpon nak kontek kawan sepencurian..."mu ...

hahaha....gelak guling....dia bang tu betul2 ke masuk waktunyo mek?...ke ikut dan dia jah,.....senang ja la org kg pi perambat n tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 07:44 PM | Show all posts
Misteri terjawab: 'Itu bukan terowong, tetapi hanya telaga'
ROHANA ISMAIL
2 Disember 2012

Telaga Palekbang

Kesan-kesan peninggalan Stesen Keretapi Palekbang masih ada di Palekbang.

Ini antara telaga yang bersambung ke Sungai Kelantan yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai laluan ke terowong di bawah tanah.

Wan Jaafar Wan Abdullah


Penduduk, Jali Mustapha menunjukkan telaga sedalam 70 kaki yang diceritakan oleh Wan Jaffar.

TUMPAT – “Itu bukan lubang ke terowong tetapi telaga dan di bawahnya ada saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan,” kata Wan Jafar Wan Abdullah, 92, menjelaskan misteri terowong peninggalan Jepun ketika perang dunia kedua yang kecoh diperkatakan ditemui di Kampung Palekbang berdekatan Pangkalan Pasir Haji Manaf, di sini.

Di dalam blog, di laman sosial dan di kedai kopi tersebar cerita mengatakan terowong bawah tanah itu panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi.

Beberapa buah telaga yang dijumpai di kawasan tersebut didakwa lubang untuk turun ke terowong panjang terbabit.

Wan Jaffar berkata, mustahil ada terowong bawah tanah kerana dia adalah salah seorang pekerja yang terlibat mengali telaga di lokasi tersebut sebelum penjajahan Jepun iaitu ketika usianya awal 20an.

Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan bagaimanapun kewujudan kampung ini mula tercatat setelah Inggeris membina landasan kereta api di pertengahan tahun 1920-an.

Menurutnya, pada masa itu bekalan air untuk kegunaan keret api yang berulang-alik memunggah biji besi dari Temangan, Machang- Tumpat tidak mencukupi kerana di Stesen keretapi Tumpat tiada bekalan air kerana masalah air masin.

“Pihak Inggeris kerahkan gali telaga di kawasan Stesen Keretapi Palekbang untuk mendapatkan bekalan air tersebut.

“Telaga pertama digali sedalam 70 kaki, kerana memerlukan air yang banyak beberapa buah telaga berhampiran sungai digali lagi, kalau tak silap pakcik lima buah telaga kesemuanya,” katanya yang berasal dari Kampung Laut, kini menetap di Kampung Semat Jal.

Wan Jaffar berkata, kesemua telaga ini bersambung kerana di bawah tanah dibuat lubang pada setiap perigi untuk dipasang saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan.

“Air sungai ini boleh masuk ke dalam telaga dan punca air telaga ini disedut dari sungai tersebut.

“Perigi besar yang pertama dipasang pam air dan pam inilah berfungsi menyedut air dari Sungai Kelantan, sehingga ke hari ini perigi itu masih ada di Palekbang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal.

Tinjauan Sinar Harian ke Pangkalan Pasir Haji Manaf, Palekbang mendapati kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dan dikawal rapi.

Sinar Harian semalam melaporkan Kampung Palekbang tiba-tiba menjadi tersohor apabila tersebar cerita penemuan terowong panjang peninggalan Jepun di bawah tanah di laman sosial, di blog dan juga cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu lalu.

Kewujudannya terus menjadi teka teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi yang kini dalam kajian pembangunan eko sejarah seliaan Kerajaan Negeri yang sedang giat dilaksanakan di lokasi tersebut.

Beberapa hari lalu kelihatan pihak polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.

Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih terus menjadi persoalan sehingga kini.

Sementara itu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan tidak menolak wujudnya terowong di Kampung Palekbang sebagaimana didakwa pihak tertentu sebelum ini.

Pengarahnya, Abdul Rahman Abdullah berkata, bagaimanapun statusnya masih dalam siasatan Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan yang dipengerusikan, Datuk Husam Musa.

“Setakat ini ia masih di peringkat cari gali. Perbadanan Muzium Negeri sendiri belum menerima maklumat secara rasmi, walaupun saya sudah beberapa kali meninjau lokasi tersebut setelah mendapat arahan pihak atasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Rahman yang berasal dari kawasan tersebut turut menjelaskan daripada maklumat awal dan apa yang diketahui sebagai penduduk di kawasan tersebut, kewujudan kawasan yang didakwa mempunyai terowong itu sebenarnya adalah telaga untuk mengisi air bagi kegunaan keretapi.

“Sebab suatu ketika dahulu kereta api menggunakan tenaga wap yang terhasil daripada air untuk bergerak, dan selepas minyak digunakan ia ditinggalkan begitu sahaja,” katanya.

misteri-terjawab-itu-bukan-terowong-tetapi-hanya-telaga
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 07:45 PM | Show all posts
hzln posted on 1-12-2012 09:35 PM
alien bunyi merepek sangat....amareka/isroel/temasek lebih mampu memberi kesan kpd hati nurani pua ...

illuminati, new world order pun sedap jugak kalo d tambah secukup rasa.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:58 PM | Show all posts
guano cerito terbaru ?  tok dapat kesudahe lagi ko..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2012 11:00 PM | Show all posts
hzln posted on 1-12-2012 09:25 PM
semua sudah okay, cuma kurang sikiiiiiiiiiittttttttttt paranoia peringkat melampau....cth:

men ...

woit...!! apsal ko citer suma kat sini?? aku neh salah sorang ahli penyimpan rahsia negara tuh tau..mana leh citer perkara sebenar..cover la sikitt...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:05 PM | Show all posts
pakar konspirasi mana? senyap sudah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 11:43 PM | Show all posts
berita surat kbahar macam nak cover sesuatu je.

kalau betul telaga kenapa sampai polis/tentera jaga tempat tu? sampai nak ambik gambo pun tak boleh? takan ambik gambo boleh menjejaskan struktur telaga tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:57 PM | Show all posts
rupanya hanya telaga satu stesen keretapi dan juga kawasan bekalan keretapi satu ketika dulu, atuk tu yg berumur 92 tahun dah ceritakan semuanya
-sia sia je laa guna agensi awam pegi buat kerja ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:59 PM | Show all posts
hzln posted on 2-12-2012 07:21 PM
betui ka versi pencuri lembu kena kejar ngan org kampung gi naik atas semejid gi bang sebut "hayya ...

hahah... kurang periksa le plak pasal tu heheheh ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 12:02 AM | Show all posts
sekngucing posted on 2-12-2012 11:57 PM
rupanya hanya telaga satu stesen keretapi dan juga kawasan bekalan keretapi satu ketika dulu, atuk t ...

kalau saja2 telag buruk, watpe segala agensi dtg ke situ dan kenapa org yg nak masuk nak tahu disekat ats isu 'keselamatn negara'..?
kat kg saya pun byk telaga buruk..tanak sita gak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 12:05 AM | Show all posts
lah, tak jadi sembah telaga suci tu? Nyaris-nyaris nak eksport air penuh belerang tu macam air zamzam, bagi nama air pelir be.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 12:09 AM | Show all posts
dulu di bachok sekitar 1995 ada kecoh pasal satu telaga dekat kubur ni yg ajaib,sampai habis satu kelantan dtg nak minum air dia
-smpai kawan2 aku, tok imam kg aku, bapak aku, atuk aku minum siap bawak balik lg
-bapak aku kasi aku, aku tgok air tu dahla keruh, mcm air karat, aku tak minum
-lepas tu tv3 buat pendedahan pasal tok imam yg menipu  kata air telaga tu ajaib, kena tangkap dgn jabatan agama, habis la semua melayu kena tipu, ajaib kunun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 12:14 AM | Show all posts
sekngucing posted on 3-12-2012 12:09 AM
dulu di bachok sekitar 1995 ada kecoh pasal satu telaga dekat kubur ni yg ajaib,sampai habis satu ke ...

telaga plekbe ni takdop sapo oyak ajaib/mukjizat gapo2 pung..
semo ore tahu telago bekas jepun dulu...in fact takdok ore berani dekat sbb ore tuo kato tempat tu ngusik...doh tepat Jepun pacung pallo ore kapung...

Last edited by peachRose on 3-12-2012 12:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 12:18 AM | Show all posts

something is fishy...or maybe fool's gold
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2012 12:58 AM | Show all posts
fishy fishy sekngucing
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 02:02 AM | Show all posts
Misteri terjawab: 'Itu bukan terowong, tetapi hanya telaga'
ROHANA ISMAIL
2 Disember 2012

Kesan-kesan peninggalan Stesen Keretapi Palekbang masih ada di Palekbang.
Ini antara telaga yang bersambung ke Sungai Kelantan yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai laluan ke terowong di bawah tanah.
Wan Jaafar Wan Abdullah
Penduduk, Jali Mustapha menunjukkan telaga sedalam 70 kaki yang diceritakan oleh Wan Jaffar.
TUMPAT – “Itu bukan lubang ke terowong tetapi telaga dan di bawahnya ada saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan,” kata Wan Jafar Wan Abdullah, 92, menjelaskan misteri terowong peninggalan Jepun ketika perang dunia kedua yang kecoh diperkatakan ditemui di Kampung Palekbang berdekatan Pangkalan Pasir Haji Manaf, di sini.

Di dalam blog, di laman sosial dan di kedai kopi tersebar cerita mengatakan terowong bawah tanah itu panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi.

Beberapa buah telaga yang dijumpai di kawasan tersebut didakwa lubang untuk turun ke terowong panjang terbabit.

Wan Jaffar berkata, mustahil ada terowong bawah tanah kerana dia adalah salah seorang pekerja yang terlibat mengali telaga di lokasi tersebut sebelum penjajahan Jepun iaitu ketika usianya awal 20an.

Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan bagaimanapun kewujudan kampung ini mula tercatat setelah Inggeris membina landasan kereta api di pertengahan tahun 1920-an.

Menurutnya, pada masa itu bekalan air untuk kegunaan keret api yang berulang-alik memunggah biji besi dari Temangan, Machang- Tumpat tidak mencukupi kerana di Stesen keretapi Tumpat tiada bekalan air kerana masalah air masin.

“Pihak Inggeris kerahkan gali telaga di kawasan Stesen Keretapi Palekbang untuk mendapatkan bekalan air tersebut.

“Telaga pertama digali sedalam 70 kaki, kerana memerlukan air yang banyak beberapa buah telaga berhampiran sungai digali lagi, kalau tak silap pakcik lima buah telaga kesemuanya,” katanya yang berasal dari Kampung Laut, kini menetap di Kampung Semat Jal.

Wan Jaffar berkata, kesemua telaga ini bersambung kerana di bawah tanah dibuat lubang pada setiap perigi untuk dipasang saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan.

“Air sungai ini boleh masuk ke dalam telaga dan punca air telaga ini disedut dari sungai tersebut.

“Perigi besar yang pertama dipasang pam air dan pam inilah berfungsi menyedut air dari Sungai Kelantan, sehingga ke hari ini perigi itu masih ada di Palekbang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal.

Tinjauan Sinar Harian ke Pangkalan Pasir Haji Manaf, Palekbang mendapati kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dan dikawal rapi.

Sinar Harian semalam melaporkan Kampung Palekbang tiba-tiba menjadi tersohor apabila tersebar cerita penemuan terowong panjang peninggalan Jepun di bawah tanah di laman sosial, di blog dan juga cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu lalu.

Kewujudannya terus menjadi teka teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi yang kini dalam kajian pembangunan eko sejarah seliaan Kerajaan Negeri yang sedang giat dilaksanakan di lokasi tersebut.

Beberapa hari lalu kelihatan pihak polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.

Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih terus menjadi persoalan sehingga kini.

Sementara itu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan tidak menolak wujudnya terowong di Kampung Palekbang sebagaimana didakwa pihak tertentu sebelum ini.

Pengarahnya, Abdul Rahman Abdullah berkata, bagaimanapun statusnya masih dalam siasatan Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan yang dipengerusikan, Datuk Husam Musa.

“Setakat ini ia masih di peringkat cari gali. Perbadanan Muzium Negeri sendiri belum menerima maklumat secara rasmi, walaupun saya sudah beberapa kali meninjau lokasi tersebut setelah mendapat arahan pihak atasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Rahman yang berasal dari kawasan tersebut turut menjelaskan daripada maklumat awal dan apa yang diketahui sebagai penduduk di kawasan tersebut, kewujudan kawasan yang didakwa mempunyai terowong itu sebenarnya adalah telaga untuk mengisi air bagi kegunaan keretapi.

“Sebab suatu ketika dahulu kereta api menggunakan tenaga wap yang terhasil daripada air untuk bergerak, dan selepas minyak digunakan ia ditinggalkan begitu sahaja,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:38 AM | Show all posts
shayjr posted on 2-12-2012 11:00 PM
woit...!! apsal ko citer suma kat sini?? aku neh salah sorang ahli penyimpan rahsia negara tuh tau ...

abiss la aku...hilang secara misteri nanti....






p/s: mmg aku bakal hilang dr forum buat bbrp ketika pun mulai ari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:43 AM | Show all posts
5229 posted on 2-12-2012 11:05 PM
pakar konspirasi mana? senyap sudah?

kan dah speku awal2 dah...yg fakta sebenar akan disembunyikan dan versi rasmi yg diumumkan adalah satu cover-up atas dasar KESELAMATAN NEGARA?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.107229 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list