CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 30-3-2005 04:15 PM | Show all posts
Sambungan...

Biasanya bila di kemuncak kejahatan, maka pemimpin yang Tuhan lahirkan itu, kalau waktu ada Rasul, maka Rasul lah, Kalau waktu itu sudah tidak ada Rasul, maka pemimpin yang Tuhan lahirkan itu ialah mujadid. Mujadid datang 100 tahun sekali yakni di setiap awal kurun hijrah.

Bila satu generasi itu melihat gambaran hidup yang abuya telah katakan tadi, mereka yang sedar dan insaf, yang hendak membaik pulih semula masyarakat Islam yang telah rosak, dia mesti mengkaji, dari mana sumbernya penyakit ini, bila bermulanya dan siapa pencetusnya. Jadi pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, pasti Tuhan beri dia faham. Di antara yang Tuhan fahamkan, ada 2 sebab terbesar mengapa masyarakat itu jadi begitu, sudah begitu dirosakkan.

Kebanyakan orang tidak tahu sumbernya. Pemimpin yang ditunjuk Tuhan itu, dia dapat melihat mengapa masyarakat itu jadi sampai begitu rupa. Pemimpin yang dipimpin oleh Tuhan, dia sempat melihat apa yang disebut oleh hadis yakni bila masyarakat itu sudah begitu rosak, ada 2 sebab terbesar yakni ada 2 golongan penting dan berpengaruh di tengah masyarakat sudah rosak iaitu ulama dan pemimpin. Ini memang dijelaskan oleh hadis. Ada 2 golongan manusia yang apabila mereka baik, maka baiklah masyarakat. Tetapi apabila 2 golongan ini rosak, maka rosaklah masyarakat. Mereka ialah ulama dan pemimpin.


Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 30-3-2005 04:19 PM | Show all posts
Sambungan...

Golongan yang pertama adalah ulama. Bila ulama sudah rosak, oleh kerana dia adalah contoh maka rosaklah rakyat. Ulama ibarat benteng masyarakat. Bila benteng rebah, masyarakat ikut rebah. Yang kedua adalah pemimpin. Pemimpin itu ada berbagai-bagai peringkat. Samada bertaraf negara, bertaraf bangsa, bertaraf etnik, bertaraf jemaah atau bertaraf puak, pokoknya dia pemimpin. Pemimpin itu adalah bayangan masyarakat. Pemimpin adalah orang yang disegani dan berpengaruh di kalangan masyarakat. Apabila dia r魋ak, mudah sahaja masyarakat rosak. Bila pemimpin semua peringkat sudah rosak, maka rosaklah masyarakat.

Dan sini baru kita faham, bila masyarakat itu rosak, puncanya bukan dari masyarakat tetapi ia adalah berpunca dari 2 golongan ini iaitu ulama dan para-para pemimpin. Ini diberitahu oleh Tuhan melalui lidah Rasulullah SAW.

Hadis juga beritahu, sebab yang kedua mengapa berlakunya kerosakan masyarakat adalah kerana umat Islam ini sudah cinta dunia dan takut mati untuk Tuhan. Untuk dunia, umat Islam sanggup mati. Untuk pangkat, sanggup mati. Untuk duit dan untuk perempuan, sanggup mati. Tetapi untuk Tuhan, tidak. Jadi faktor kedua ialah cinta dunia dan takut mati. Bila cinta dunia, ertinya tidak cinta Tuhan. Bila cinta dunia, ertinya tidak takut Tuhan. Bila tidak takut dan tidak cinta Tuhan, ertinya jati diri umat Islam sudah roboh. Rohnya sudah kiamat. Sudah terdedah kepada segala maksiat.

Bila tidak takut dan cinta Tuhan, seolah-olah hati itu sudah terganga untuk menerima berbagai-bagai kejahatan. Bila begitu keadaannya, musuh ambil peluang. Yahudi ambil peluang setelah mereka faham jati diri umat Islam sudah tumbang. Maka Yahudi masukkan berbagai perkara negatif seperti bahan-bahan lucah, bahan-bahan yang boleh merosakkan akhlak, perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu jahat, sesuai dengan hati umat Islam yang sudah terdedah kepada kejahatan kerana tidak takut dan tidak cinta Tuhan lagi.


Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 30-3-2005 04:29 PM | Show all posts
Sambungan...

Orang Yahudi ambil perhatian. Orang Islam tidak ambil perhatian. Termasuklah para ulama. Orang yahudi menunggu. Dari masa ke masa dia baca umat Islam. Bila dia lihat umat Islam sudah cinta dunia dan takut mati kerana Tuhan, dari situlah dia masukkan berbagai perkara negatif untuk rosakkan iman, rosakkan akhlak, rosakkan nafsu dan perpaduan umat Islam.

Akhirnya makan masa beratus tahun, maka terjadilah masyarakat sebagai mana yang abuya gambarkan tadi. Bila satu generasi itu lahir-lahir sahaja sudah berada dalam masyarakat yang tidak sihat itu, mereka tidak tahu apakah puncanya.

Dengan kasih sayang Tuhan, Dia tidak biarkan keadaan itu berlama-lama. Maka Tuhan lahirkan seorang pemimpin. Maka waktu ini, kita sudah sampai di hujung awal kurun. Kemuncak kejahatan telah berlaku. Apabila tiba awal kurun, ertinya waktu ini Tuhan telah utuskan mujadid itu. Mujadid waktu ini adalah Pemuda Bani Tamim, Dia adalah pemimpin yang membangunkan tapak ummah sebelum kedatangan Imam Mahdi.

Kalau umat Islam faham, lebih-lebih lagi kalau ulama faham, waktu ini dia akan kempen kepada umat Islam untuk mencari Pemuda Bani Tamim itu. Bila bertemu PBT itu, wajib dia ditaati, wajib ikut berjuang bersamanya membaiki masyarakat yang sudah rosak. Tetapi nampaknya ia tidak berlaku. Padahal hadis mengatakan PBT itu wajib dicari kalau pun terpaksa merangkak di atas salji.

Ertinya kalau terpaksa tempuh hutan dan tempuh laut, tempuh lah. Kalau terpaksa seberang sungai, seberanglah. Kalau terpaksa berjalan ke tempat yang jauh, kenalah lakukan sebab PBT itu adalah pemimpin yang dilahirkan sebelum IM. Dia adalah sangat mahal di waktu itu. Tiada siapa yang boleh hidupkan Islam melainkan PBT. Tiada siapa yang boleh lahirkan ikhwan dan asoib melainkan PBT.


Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 31-3-2005 09:57 AM | Show all posts
Sambungan...

Begitulah yg disebut oleh Rasulullah saw. Sebab itu PBT itu sangat mahal. Sebab itu Rasulullah saw pesan, waktu ini kena cari walaupun terpaksa susah payah dan berkorban. Bila jumpa, wajib ditaati. Begitulah anjuran Allah swt melalui lidah Rasulullah saw.

Malangnya umat Islam lupakan pesanan hadith. Dia terpengaruh dgn pejuang2 yg ada. Terpengaruh dgn politik, dengan militan, terpengaruh dengan ajaran2 ekonomi yg ada hingga terlupa pesanan Allah melalui lidah RasulNya. Sebab itu walaupun Islam itu dijanjikan kebangkitannya kali kedua di akhir zaman tetapi jadi lambat. Akan jadi juga sebab ia adalah jadual tetapi lambat. Patutnya waktu ini, yang mengetuai promosi kepada umat Islam supaya mencari PBT adalah para ulama tetapi ulama ada jalan tersendiri. Mereka tutup hadis. Buat2 tidak tahu. Buat kaedah sendiri. Bukan kaedah dari Tuhan. Bukan ikut jadual Tuhan. Dia ikut jadual sendiri. Hasilnya bukan sahaja tidak berjaya bahkan makin berjuang, makin hina dan makin parah umat Islam.

Jadi bagi orang yg sedar hakikat ini, yg faham kebankitan Islam akhir zaman yang faham perlunya mencari PBT, yg faham bila bertemu PBT, kena taat, maka bagi mereka yg sedar dan insaf ini, yang berada di jadual Tuhan, besar tanggungjawabnya. Sebab hanya mereka sahaja yang sedar sedangkan yang sedar itu tidak ramai, maka tanggungjawab mereka sangat berat. Tetapi kalau mereka benar2 bertanggungjawab, di sinilah keredhoan Tuhan. Di sinilah keampunan Tuhan dan di sinilah keselamatan mereka dunia dan akhirat.

Rupanya kita sedang berhadapan dgn masyarakat seperti yang abuya gambarkan tadi. Tanggungjawab kita besar. Moga2 perasan ini boleh kita terus jadikan tindakan. Moga2 janji Tuhan itu berlaku iaitu berlakunya kedatangan Imam Mahdi dan teruslah Imam Mahdi memimpin kita.


Sekian kuliah abuya untuk dijadikan pemangkin untuk kita bergerak di tempat masing2.

[ Last edited by Akasyah on 31-3-2005 at 10:00 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 1-4-2005 09:30 AM | Show all posts
Ibadah-ibadahnya yang lahir (buat fardhu dan sunat dan tinggalkan yang haram, syubahat dan makruh) dan ibadah batin itu betul-betul dilakukan sebagai satu persembahan yang sepatutnya dari seorang hamba kepada Tuhannya.

Dia tidak mengharap apa-apa balasan di dunia dan di akhirat. Inilah sebenar-benar nya hamba Allah yang menjadi kecintaan Allah dan akhirat nanti.



27:Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. 28:Berada di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. 29:Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya). 30:Dan naungan yang terbentang luas. 31:Dan air yang tercurah, 32:Dan buah-buahan yang banyak. 33:Yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang me-ngambilnya. 34:Dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk. 35 : Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari)dengan langsung. 36 : Dan Kamijadikan mereka gadis-gadis perawan. 37: Penuh kecintaan mereka dan sebaya umurnya. 38  : (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan. 39 : (Iaitu) segolongan besar dari orang-orang besar dari orang-orang  yang  terdahulu.   40:Dan   segolongan besar dari orang-orang yang kemudian.


Ada pula segolongan manusia yang taat dalam derhaka. Ini ialah orang yang tidak kuat beramal dengan syariat lahir disebabkan tidak kuatnya melawan hawa nafsu dan syaitan.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 1-4-2005 at 09:33 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 1-4-2005 09:35 AM | Show all posts
Mereka hanya dapat membuat yang fardhu dan meninggalkan yang haram tetapi sunat-sunat fadhoiiulamal sangat-lah kurang. Dan kerana kekurangan ini mereka sentiasa merasa kekurangan diri, hina diri dan rasa bersalah, berdosa, harap amal yang sedikit itu diterima Allah, malu dan takut dengan Allah.

Mereka selalu menyesali diri yang tidak kuat melawan hawa nafsu dan rasa berdosa, rasa tidak sempurna khidmat sentiasa ada di hati mereka dan minta dikasihani oleh Allah. Sebab itu mereka selalu beristightar.



Golongan ini sebenarnya golongan yang taat. Mereka taat dalam derhaka. Mereka akan selamat di dunia dan di akhirat. Bandingan mereka ialah seperti pekerja istana raja yang tidak begitu rajin kerjanya setakat cukup, tidak lebih, kadang-kadang tersilap pula, cuai, sepatutnya dua jam, buat satu jam sahaja kerananya mereka rasa bersalah, rasa kurang, tidak besar diri, tidak fikir lagi kesalahan orang, takut dengan sesama kawan apalagi raja.



Dia bimbang kalau-kalau kekurangannya mendatangkan kemurkaan pada raja. Sebab itu bukan sahaja dengan raja dia sangat sopan tetapi dia tidak berani pandai-pandai dalam istana, gerak-gerinya dijaga dalam bimbang dan harapkan keampunan raja.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 2-4-2005 09:24 PM | Show all posts
Raja menyedari keadaan ini sebab itu raja memaafkan kekurangan hambanya itu dan hamba itu akan tetap diterima sebagai hamba di dalam istana itu.

Begitulah kalau hamba Allah yang sentiasa sedar diri dan insaf kelemahannya, sentiasa taubat, takut, malu dan rasa hina diri pada Allah dan berakhlak pula sesama manusia dia akan mendapat keampunan dan syurga Allah di akhirat nanti.


Firman Allah:

"Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh maka mereka akan masuk syurga dan tidak dianiaya sedikitpun."

(Mariam : 60)

"Tidak Aku jadikan jin dan untuk beribadah kepada-Ku. "

(Adz Dzaariyat:56)


Hidup kita ialah untuk menghambakan diri pada Alla Itulah jalan keselamatan seorang manusia. Dua puluh empat jam kita mesti beribadah pada Allah, lahir dan batin.

Mungkin ibadah lahir ada juga rehatnya tetapi hati kita mesti    beramal   terus    menerus    yakni    mesti   sentiasa mengekalkan rasa kehambaan pada   Allah, rasa hina, rasa malu, rendah diri, takut, bimbang, ingin berkhidmat, rasa berdosa, rasa lemah dan rasa kurang.



Perasaan-perasaan   (zauk)   ini   hendaklah   kita   adakan dalam   hati   sepanjang   masa. Bagi   kita   orang   awam mungkin rasa itu belum ada di hati maka hendaklah kita usaha   adakan   yakni   dengan   memikirkan      Kebesaran,  kehebatan dan keagungan Allah.

BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 2-4-2005 at 09:25 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 4-4-2005 01:02 PM | Show all posts
Lihatlah dan fikirkan tanda-tanda kebesaran Allah pada alam, Dari situ datanglah perasaan kehambaan kita itu. Pada peringkat awal perlu dipaksa-paksa supaya perasaan itu ada.


Bagi orang yang telah bersih hatinya mereka tidak payah memikirkannya lagi. Perasaan itu sedia ada dan sentiasa ada dalam hati mereka. Bukan sahaja waktu sembahyang baca Quran, puasa, zikir dan lain-lain tetapi di waktu di luar ibadah (khidmat) pada Allah SWT.


Pendek kata perasaan kehambaan itu telah benar-benar dihayati oleh lahir dan batin mereka sepanjang masa. Macamlah seorang pekerja istana hatinya sentiasa terhibur dengan perasaan kehambaan sama ada ketika dia bekerja atau ketika dia berehat-rehat, makan, minum dan tadi Bukan waktu kerja dia rasa dia "kuli" tetapi waktu rehat dia rasa dia tuan dan berlagak macam tuan.


Orang yang kenal Allah akan benar-benar merasa dia hamba Allah. Hatinya tidak merasa dia lebih, dia pandai, dia hebat, dia besar, dia kuat, dia segala-galanya. Sebab kalau dia pandai pun dia hamba, dia rasa dia hamba, ingin berkhidmat sebagai hamba, hidup seperti hamba dan bergaya sebagai hamba. Hamba kepada Allah, bekerja untuk Allah, mengabdikan diri kepada Allah, berjuang membela agama Allah, berkorban untuk Allah dan berperang kerana  Allah dan rela mati kerana Allah.



Sesiapa sahaja musuh Allah adalah musuhnya, akan ditentang sehebat-hebatnya. Dan sesiapa sahaja orang Allah" adalah orang-orangnya maka digauli penuh mesra kasih sayang.


Inilah jiwa yang merdeka bebas dari ikatan dunia. Jiwa yang tidak akan diperhambakan oleh dunia kerana jiwanya diserah bulat-bulat pada Allah.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 5-4-2005 08:25 AM | Show all posts
Banyak berlaku di kalangan kita orang yang merasa hanya Allah ketika waktu berkhidmat, sembahyang, puasa, haji, baca Quran dan zikir sahaja. Di luar dari waktu khidmat, waktu  makan, waktu tidur, waktu membasuh, waktu menyapu halaman dan lain-lain tidak rasa hamba.

Kita rasa urusan kita, kejayaan kita untuk kita dan kera kita. Kita perturutkan selera kita dan pendapat kita dan kita dalam melaksanakannya.



Kita tidak rasa kita berkhidmat untuk dan kerana Allah lagi. Kita tidak terasa hubungan dengan Allah lagi, kita tidak rasa malu dan hina diri lagi. Mungkin kalau ditanya orang akan menjawab, kita bekerja untuk Allah. Tetapi itu akal, hati tidak merasa begitu.



Perasaan kita bukan begitu (zauk tidak begitu). Hati rasa tuan, rasa kita punya, kuasa kita, kejayaan kita, kelebihan kita dan kerana kita. Sebab itu kita ikut selera kita dalam tindakan hingga membelakangkan peraturan hidup Tuhan.

Orang begini sebenarnya bukan menghambakan diri pada Allah, dia tidak bertuhankan Allah. Dia bertuhankan hawa nafsu dan menghambakan diri untuk nafsu.


firman Allah yang bermaksud:

"Tidakkah kamu melihat orang yang mengambil hawa nafsu sebagai Tuhan."
(Al Jaatsiyah:23)

Mereka menganggap mereka bijak dan merdeka, tetapi sebenarnya merekalah orang yang lemah, bodoh dan terkongkong dalam kesempitan nafsu sendiri.



Kerana menurutkan nafsu itulah manusia menjadi orang-orang yang derhaka pada Allah dalam ketaatannya menunaikan sebahagian dari perintah Allah (derhaka dalam taat).

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 03:37 PM | Show all posts
Topik : Iktibar Dari Bumi Palestin

31.3.2004 Petang

Basmallah. Kalau kita hendak menceritakan tentang Palestin, ia menjadi satu kuliah dan bukan berbentuk satu jawapan. Kalau satu jawapan, tentulah kita akan menyentuh sudut-sudut tertentu sahaja, tentulah tidak sempurna dan tidak bersifat global. Sebab kalau hendak menjawab, ianya bukan khusus kepada hal pembunuhan itu saja. Sebab pembunuhan itu ada hubungan dengan satu perjuangan yang besar.

Perjuangan Palestin ini pula sudah lama. Bermula sejak sebelum kelahiran kita lagi. Lebih tua daripada umur-umur kita semua. Hinggalah ke hari ini, ia bertambah kusut dan semakin bertambah kusut. Cuma kita sebagai orang Islam, tidak boleh kalau tidak bersimpati sebab dia seagama dengan kita. Kena simpati sebab seagama dengan kita. Itu perkara yang pertama.

Perkara yang kedua, kalau kita lupakan tentang simpati itu dan melihat perjuangannya, banyak yang kita tidak boleh setuju. Rugi lebih banyak daripada untung. Kerosakan lebih banyak daripada kebaikan. Di sini, apa yang kita faham, orang-orang Palestin sudah tersilap sejak mula-mula mereka berjuang. Sejak awal-awal lagi mereka sudah membuat kesilapan. Sebab bagi satu perjuangan yang besar, ia ada hubungan dengan sistem pendidikan. Kalau perjuangan itu tersilap, ertinya didikan dalam perjuangan itu tersilap.

Bagi satu bangsa, apabila pendidikannya sudah tersilap, bangsa itu akan cacat dalam semua hal. Kerana bagi satu bangsa dan satu negara, pendidikan adalah nyawa. Ertinya dalam semua aspek yang wujud di dalam bangsa itu ditentukan oleh sistem pendidikan.


Bersambung.....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 03:42 PM | Show all posts
Sambungan...

Samada jangka pend雓, lebih-lebih lagi jangka panjang. Samada dari segi perpaduan, akhlak, ekonomi, pentadbiran dan kekuatan, semua itu ditentukan oleh sistem pendidikan. Padahal kesilapan itu melibatkan satu aspek iaitu sistem pendidikan. Bila aspek ini tersilap, tersilap semuanya. Ia akan menyebabkan berlakunya satu kesilapan yang global. Sebab itu untuk melagangkan satu sistem pendidikan bukan perkara main-main.

Hendak melantik seorang menteri pendidikan bukan perkara main-main. Kalau dia orang Islam, menteri pendidikan adalah bayangan rasul. Kalau pun bukan bayangan Rasul, bayangan Khulafa
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 03:46 PM | Show all posts
Sambungan...

Kalau kita mengkaji sejarah, sejak 3000-4000 tahun yang sudah, mereka sentiasa dijajah. Kadang-kadang Rome yang menjajah mereka dan kadang-kadang Parsi. Waktu di zaman Firaun maka Firaun yang menjajah. Tetapi yang istimewanya, mereka pernah mendapat pimpinan Rasul. Oleh kerana Rasul yang memimpin, jadi Tuhan marah dengan kedegilan dan kejahatan mereka sehingga Tuhan biarkan mereka tidak ada negara. Sehingga mereka bertebaran di sana-sini.
       
Waktu kedatangan Islam, mereka dijajah oleh Rome dan Parsi bersilih-ganti. Waktu Rasulullah datang, selain daripada Israel di Palestin dan di Mesir, ramai yang tinggal di Madinah. Walaupun dengan kedatangan Rasulullah, mereka tetap berdegil dan jahat juga. Kerana itu mereka dihukum. Akhirnya mereka terpaksa berpindah dari Madinah, lari ke Palestin. Mengapa? Mereka menganggap Palestin itu negeri mereka sejak dulu. Dalam sejarah, negeri Israel itu memang di Palestin dan sekitarnya seperti Mesir.

Waktu kedatangan Rasulullah dan Islam, mereka dihukum lagi dan berpindah lagi, keluar dari Madinah. Akhirnya di zaman Saiyidina Omar, orang Islam dapat menawan Palestin. Teruji lagi orang Yahudi. Selepas beberapa tahun, tidak tahu di mana silapnya, mereka dapat ditawan pula oleh Kristian selama 200 tahun. Sekali lagi Yahudi dijajah. Kristian di Palestin itu memang bangsa Arab sampai sekarang. Mereka mendapat kekuatan dari luar, dari barat dan dari negara Kristian. Tetapi dengan takdir Tuhan, dizaman Salehuddin
Al Ayubi, mereka ditawan semula ertinya mereka dijajah lagi.

Selepas umat Islam lemah, dan dipendekkan cerita, Timur Tengah turut dijajah semuanya. Ada yang dijajah oleh British, Itali dan Perancis. ini termasuk Palestin. Waktu itu, orang Yahudi dijajah lagi. Waktu orang barat menjajah, orang Yahudi mendapat kekuatan sebab orang barat dan Yahudi dapat membaca yang Islam akan bangun sekali lagi di akhir zaman. Ini menyebabkan orang Yahudi bekerjasama dengan penjajah.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 03:51 PM | Show all posts
Sambungan....

Oleh kerana Hadis yang menyebut tentang kebangkitan Islam di Timur itu secara umum, mereka tidak pasti Timur yang dimaksudkan samada Timur Tengah atau Timur jauh. Jadi penjajah (orang barat) takut. Mereka sangka, tentulah orang Arab akan bangun sekali lagi. Sebab memang negeri-negeri orang Arab itu dipanggil Timur iaitu Timur Tengah. Waktu orang barat menjajah, mereka pun mengutip orang-orang Yahudi di merata-rata tempat dan dipindahkan ke Palestin. Itulah yang dikatakan ada persamaan dengan kedatangan Cina ke Malaysia oleh British. Waktu dijajah oleh orang barat, orang India dan Cina dapat memasuki Malaysia.

Selain daripada berkaitan dengan ekonomi dan lain-lain, sebenarnya kedatangan mereka adalah untuk menyusahkan anak tempatan. Memang dasar penjajah itu ialah 憄ecah dan perintah
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 03:57 PM | Show all posts
Sambungan....

Yang kedua, orang Yahudi menubuhkan tentera bawah tanah dan itu dibiarkan oleh kerajaan British. Tindakan itu sebagai satu persiapan kerana apabila negeri itu merdeka nanti, mereka hendak mengambil alih pemerintahan. Tanpa disedari oleh orang Arab, mereka membeli senjata dan lain- lain alat. Tetapi Cina tidak buat begitu. Mereka tersilap. Sebaliknya mereka mengangkat senjata melawan orang barat. Kita bernasib baik. Melalui ajaran komunis, orang cina ikut menumpaskan penjajah. Manakala orang Yahudi, mereka tidak melawan orang barat tetapi menunggu sehingga orang barat membebaskan Palestin dalam perjanjian Bellfour yang dibuat pada tahun 1948.

Kalau Yahudi tidak memberi kerjasama, bila diisytiharkan merdeka, mereka semua akan di 慳mbush
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 04:02 PM | Show all posts
Sambungan...

Oleh kerana orang Arab sudah rosak dari awal dan dalam kerosakan itu, musuh semakin kuat, maka mereka tersilap sampai sekarang. Orang Arab tidak sempat hendak baiki diri malah mereka tidak tahu hendak berbuat demikian. Kalau sudah sibuk berperang, bila hendak baiki diri? Bahkan semakin ke hujung semakin tidak ada yang tahu bagaimana hendak baiki diri. Munasabahkah melawan musuh dengan lastik? Kalau pemimpin biarkan rakyat berbuat begitu, lagilah tidak patut. Mana boleh pemimpin biarkan orang melastik melulu.

Itu yang kita anggap mereka biarkan. Kalau mereka tidak biarkan, ertinya orang Arab dengan pemimpin mereka tidak boleh didisiplinkan. Bertindak mengikut cara masing-masing. Bila disebut nama Arafat sahaja, kita tahu bahawa kalau hendak dididik tidak boleh dan kalau disuruh sembahyang pun tidak mahu. Hendak membina kekuatan ekonomi pula, orang Yahudi sudah berkuasa.

Inilah yang kita lihat hari ini, semakin mereka berkasar dengan Yahudi, Yahudi menjadi semakin kuat. Jadi, bagi menjawab tentang pembunuhan ini atas dasar Islam, kita simpati. Atas dasar perjuangan, kita anggap pemimpin itu juga banyak melakukan kesilapan. Kita berbaik sangka dan menganggap dia mati syahid. Namun kerana semuanya bertolak dari kesalahan, asalnya sudah salah maka kematian itu pun sebenarnya berpunca dari kesalahan mereka sendiri.

Mungkin dengan cara itu juga orang barat menganggap tidak mungkin orang Arab akan bangkit kali kedua. Dan Timur Tengah yang mereka anggap Timur, itulah tempat kebangkitan maka mereka relaks kerana Timur Tengah itu sudah lemah. Bila Saddam cuba bangun, habis dilanyak.

Bersambung...

[ Last edited by Akasyah on 8-4-2005 at 11:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 04:08 PM | Show all posts
Sambungan....

Sebenarnya, kalau kita pernah ikut duduk-duduk dengan masyarakat Palestin di Jordan, kita akan tahu bahawa orang Arab sangat membawa semangat Palestin. Kalau bercakap tentang Islam, mereka sangat tidak bersetuju dengan apa yang Abuya bawa. Kalau kita hendak mula membantu mendidik mereka dengan bercakap tentang sembahyang misalnya, mereka akan katakan. Kalau asyik hendak fikir tentang sembahyang saja, bila hendak menang. Maknanya mereka anggap itu isu remeh. Sedangkan kita tengok Thaharah mereka pun tidak selesai. Jadi kalau berlaku begini, kita tidak hairan mengapa mereka tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Seperti yang telah berlaku di Rusia yang berlawan dengan Afghanistan, akhirnya orang Rusia cabut balik. Dalam peperangan Iraq pun banyak berlaku yang pelik kerana terlalu menentang Sunni. Sebenarnya negara itu akan menjadi senasib dengan Palestin.

Mereka ini sebenarnya bertuhankan Amerika. Mereka telah ditawan secara kasih sayang.

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-4-2005 11:20 AM | Show all posts
Topik : MENGAPA WUJUDNYA MAZHAB DALAM ISLAM

10.4.04
Pagi

Sunnah (hadis) sebagaimana yg kita faham, ia tidak datang sekaligus. Quran turun mengambil masa 20 tahun 2 bulan 20 hari. Ia tidak seperti mana wahyu yg turun kepada Rasul2, yang turun serentak, sekaligus habis. Tetapi kepada Rasullah tidak, Semua orang sudah tahu hal ini.Kemudian kerana waktu itu tidak ada tempat hendak ditulis, maka para sahabat terus menghafal. Apabila dia takut kurang hafal, dia cari apa2 benda seperti kulit2 kayu atau pelepah untuk ditulis.

Pada masa yg sama, hadis pun berlaku bahkan lebih banyak daripada ayat Al Quran. Tetapi Rasulullah tidak benarkan tulis sebab Rasulullah takut tercampur Al Quran dan hadis itu. Nanti tidak tahu yang mana satu hadis dan yang mana satu Al Quran. Jadi diperingkat awal, para sahabat menghafal. Tuhan beri para sahabat akal yang tajam hingga boleh hafal Al Quran dan hadis.

Hadis2 yang sampai kepada para sahabat iut, tidaklah setiap sahabat dapat kesemuanya. Sebab tidak semua sahabat berada bersama dengan Rasulullah sepanjang masa. Ada yang sekejap, ada yang lama. Ada yang berjumpa, ada yang terpisah. Ada yang sibuk atau pergi jauh2, kurang dapat hadis. Mereka yang duduk selalu dengan Rasulullah, banyaklah dapat hadis.

Jadi sahabat2 dapat hadis dari Rasulullah itu tidak sama. Ada yang sedikit, ada yang banyak. Yang dapat paling banyak ialah Abu Hurairah ra. Sebab dia bukan pemimpin dan bukan pejuang yang sibuk tetapi seorang ahli abid. Dia seorang yang dhaif dan miskin. Banyak di mesjid dan selalu bertemu Rasulullah maka banyaklah dia dapat hadis. Macam Sayidina Abu Bakar pula, mungkin dapat puluhan hadis sahaja.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-4-2005 11:23 AM | Show all posts
Sambungan....

Jadi hadis di zaman Rasulullah tidak dibenarkan dicatit, takut terkeliru sehingga tidak dapat bezakan mana satu ayat Al Quran mana satu hadis. Itu sebagai sebablah supaya Al Quran terpelihara. Sebab Allah beritahu dalam satu ayat, bahwa Al Quran itu terjamin kebenarannya. Tidak ada siapa boleh menokok dan menambah. Terpelihara bukan sahaja ayat2nya, bahkan huruf2nya sekali. Ia memang terbukti betul. Cuma ada sedikit masalah berkaitan hadis.

Kemudian Al Quran dibukukan menjadi mushaf, menjadi kitab. Dengan 14 surah dan 6666 ayat dan 30 juz. Al Quran dibukukan di zaman S. Osman menjadi khalifah. Sebab itu ia terkenal sebagai mushaf Osmani. Kemudian di zaman S. Umar Abul Aziz, diarahkan oleh Umar Ibnu Aziz waktu itu untuk buat 5 salinan. Dihantar ke bandar2 besar di dunia iaitu di Madinah sendiri, di Iraq, Mesir dan lain2. Kemudian sesudah lebih 1000 tahun, barulah Al Quran dicetak. Cetakan pertama di Jerman. Pelik juga di Negara orang kafir. Al Quran mula2 di cetak di Jerman, sekitar 200 tahun yang lalu.

Tentang hadis pula, ia mula dibukukan secara serius, 300 tahun selepas zaman Rasulullah. Ertinya bukan di zaman sahabat, bukan di zaman tabiin tetapi di zaman tabiut tabiin. Ada satu kitab hadis yg awal sekali, yg ditulis oleh seorang ulama besar iaitu Imam Malik iaitu Muwattho
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-4-2005 11:26 AM | Show all posts
Sambungan...

Hadis berjuta banyaknya. Mana cukup. Sebab itu, selepas 300 tahun, dikaji lagi. Itupun yang ditulis oleh Imam Malik, belum disaring. Hanya ditulis sahaja tetapi belum dikaji. Mungkin bercampur dengan kata2 sahabat. Oleh itu selepas 300 tahun, ia dikaji balik.

Datanglah Imam2 yg terkenal spt Imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu An-nasa扞 dan lain2. Ada 6 kitab hadis yg terkenal. Yang paling popular hadis Bukhari. Selepas itu hadis Muslim. Kemudian barulah diikuti oleh Ibnu Majah dan Ibnu An-Nasa抜. kebanyakan mereka ini orang Uzbekistan. Tidak ada seorang pun orang Arab. Pembuku2 hadis tidak ada seorang pun dari kalangan orang Arab. Kebanyakan orang Uzbekistan. Imam Bukhari sahaja telah mencatit tidak kurang 600,000 hadis. Sebenarnya banyak lagi. Daripada 600,000 itu, hanya 7000 yang sahih. Waktu itu perhubungan sangat susah. Imam Bukhari naik unta jelajah seluruh Arab.

Sesudah 700 tahun hadis dibukukan, tentulah keadaannya membimbangkan. Mungkin ada yang hadis dan yang bukan hadis. Oleh kerana sudah 700 tahun hadis dibukukan dan sudah banyak perkara yang begitu lama, maka orang2 jahat dan orang2 yang hendak sesatkan Islam ada peluang untuk masukkan yang bukan2. Banyak pula yang tukang reka hadis lalu dicampur aduk. Jadi Imam Bukhari sangat ketat syaratnya dalam menerima hadis. Syaratnya sangat ketat. Dia pernah menemui seseorang untuk mendapatkan hadis tetapi dia mendapati orang itu telah berpura-pura menabur makanan untuk memanggil binatang ternakannya. Hanya kerana berbohong dengan binatang, dia cancel hadis itu. Dia tidak terima hadis dari orang itu.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-4-2005 11:29 AM | Show all posts
Sambungan...

Daripada 600,000 hadis yang dihafal, yang dianggap sahih hanya 7000. kalau seseorang itu dilihat seperti tidak boleh dipercayai walaupun sedikit, hadis itu tidak akan diterima. Tapi Imam2 lain agak longgar sedikit. Sebab itu sampai beratus-ratus ribu hadis disahkan.

Hadis ada bermacam2 darjat. Ada hadis Sahih, hadis Mutawatir (ramai perawi yg menyatakan tentang hadis tersebut), hadis hasan, hadis dhaif, hadis maudhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 103776 Replies : 5674
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127986 Replies : 1781
Podcast Neelofa Dan PU Riz Raih Pujian
YgBenarPodcast Neelofa Dan PU Riz Raih Pujian
Views : 7202 Replies : 22
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 429646 Replies : 9138
Pembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghujung, Najib ada kepentingan peribadi
maklukpenggodaPembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghuj
Views : 26144 Replies : 27
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105156 Replies : 1650
Memeningkan kepala, pasport Malaysia tidak ikut format antarabangsa?
maklukpenggodaMemeningkan kepala, pasport Malaysia tid
Views : 11392 Replies : 16
1MDB: Nasib Najib diketahui 30 Oktober ini
maklukpenggoda1MDB: Nasib Najib diketahui 30 Oktober i
Views : 7454 Replies : 1
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 64645 Replies : 561
Penjawat awam berisko alami tekanan jiwa
maklukpenggodaPenjawat awam berisko alami tekanan jiwa
Views : 11236 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050684 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list