CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: applegirl

deleted post

  [Copy link]
Post time 27-5-2010 02:13 PM | Show all posts
Produk SS mmg best...baru beli 2 hari lepas..aku teringin sgt cukur bulu ketiak Dato' K sebagai tand ...
itamrazali Post at 27-5-2010 14:04


hahaha...tak tahan tu smpai nak cukur bulu tiak dato K...hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2010 02:18 PM | Show all posts
skrg ni stop dulu guna bb cream elianto dan pakai simply5 new age full time.
so far ada gak hari2 y ...
ajercrazy Post at 27-5-2010 13:26



hye ajercrazy...
kulit u mmg cantik bersih jer......xder sbijik jrawat pon...kalo cam chebot nih kulit berminyak plus ada jerawat agak2 yg mana sesuai yer?chebot baru nak try SS nih..pasal b4 ni baru bertukar pakai olay total effect dt yg prone skin tu ke OTE gentle.Tapi kulit makin berminyak dan naik jerawat,tak suka betul la!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 02:22 PM | Show all posts
hye ajercrazy...
kulit u mmg cantik bersih jer......xder sbijik jrawat pon...kalo cam chebot  ...
chebot81 Post at 27-5-2010 14:18


kulit tu lps dah dilapisi dgn bbrp lapis simply 5 tu..

kita dulu pun pnh pkai olay tu tp mmg x sesuai..berminyak2 muka ni..
klu kulit u berjerawat try set acne laa..get rid of acne dulu then baru
laa try range lain..mcm kt ni dulu muka mmg jerawat teruk gak..
b4 kahwin mmg usaha sungguh2 settlekan mslh tu..alhamdulillah skrg ni
mmg dah ok laa wpun parut jerawat ttp ada..skrg ni mmg dah xde naik
jerawat lg..klu ada pun seketul dua jer..

nak sajes kat awk guna nixoderm tuk jerawat..cpt je kecut tp ada certain org
x sesuai pakai tu..cuba laa kot2 ok dgn awk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 02:26 PM | Show all posts
mmm..kulit ajercrazy nieh normal agaknyer...santek elok ja...klu kulit jenis kombinasi @ minyak..surela terserlah keBENDAan kat muka tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 02:33 PM | Show all posts
twin..x jugak..kulit kt bermasalah gak..
org kata the power of makeup kan..
ni just pakai simply 5 dgn loreal mineral powder jer laa..
alhamdulillah kulit getting better day by day..
klu tgk dulu2 mmg haru sungguh..malu sgt2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 02:35 PM | Show all posts
kulit tu lps dah dilapisi dgn bbrp lapis simply 5 tu..

kita dulu pun pnh pkai olay tu tp mm ...
ajercrazy Post at 27-5-2010 14:22


haah memang plan nak try set acne tu dulu...nak sambar lps balik keje kang...harap2 sesuai la dgn kulit nih..

nixoderm nih yg pek kecik kaler ijau tu kan...klo gitu leh chebot try skali gakla..geram betul bebijik2 kat muker nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2010 02:49 PM | Show all posts
haah memang plan nak try set acne tu dulu...nak sambar lps balik keje kang...harap2 sesuai la dg ...
chebot81 Post at 27-5-2010 14:35



insyaallah hopefully berkesan laa dgn chebot..
aah nixoderm yg bekas hijau kecik tu..
bykkan minum plain water ya..it does make ur skin more healthier..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 11:56 AM | Show all posts
skrg ni stop dulu guna bb cream elianto dan pakai simply5 new age full time.
so far ada gak hari2 y ...
ajercrazy Post at 27-5-2010 13:26





  sy pakai simply 5 acne..memang menjelang tghari muka berkilat..tp sbb masa zohor memang basuh muka so okay lah bg sya..masa pakai foundation dulu kul 10 am pun dh berminyak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2010 02:32 PM | Show all posts
sy pakai simply 5 acne..memang menjelang tghari muka berkilat..tp sbb masa zohor memang  ...
melonmadu Post at 28-5-2010 11:56



   

owh..me xde plak berminyak..mmg maintain smpi ptg..tp me pakai simply 5 new age laa..
berminyak tu ada tp x ketara sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 02:45 PM | Show all posts
owh..me xde plak berminyak..mmg maintain smpi ptg..tp me pakai simply 5 new age laa..
...
ajercrazy Post at 28-5-2010 14:32


muka sy masih ada jerawat yg kuar 2 3 bijik tu sbb sy pakai acne tu..muka sy jadik berkilat je...tp okay lah dr dulu..harap ada perubahan lepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 03:47 PM | Show all posts
Reply 423# ajercrazy


   Nixorderm ni ada kat farmasi ye..nak beli utk anak remaja akk yg asyik naik je jrwat bila msim2 exam tekanan agknye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 10:17 PM | Show all posts
Reply 431# rosseyy


ada..kat kedai ubat cina pun ada rsnya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:28 AM | Show all posts
ajercrazy..nak tanya..SS ni dia nya cream2 n cleanser ni khas untuk pompuan je ke?

kalo laki pakai effect pape x kat muka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 11:54 AM | Show all posts
ajercrazy..nak tanya..SS ni dia nya cream2 n cleanser ni khas untuk pompuan je ke?

kalo laki paka ...
rotibusuk Post at 29-5-2010 07:28



    rs nya bc kat thread ni gak..boleh kot utk lelaki..tp cream tk tau la..cleanser boleh kot..ari tu my asben nak try cleanser tp tkt lak tk serasi dgn muka dia...sy pon tk pakai cleanser dia cuma pakai simply 5 je
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 09:17 PM | Show all posts
SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik


Siti Nurhaliza ketika majlis perasmian Festival Belia Terbesar Malaysia bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. Turut kelihatan Pengarah Urusan Belia Asia, Joel Neoh, Timbalan Presiden Pemasaran Celcom Axiata Berhad Zalman Aefendy Zainal Abidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed. - Foto SIA HONG KIAU


KUALA LUMPUR: Kurang dari dua bulan produk SimplySiti dilancarkan, perkhabaran gembira sudah menjengah ke telinga penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila produk itu menerima anugerah Produk Halal Terbaik yang diberikan oleh Majalah Halal Journal.

Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas sidang media Festival Belia Terbesar Malaysia 'Youth 10' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini melahirkan rasa syukur di atas pengiktirafan itu.
"Pada mulanya Siti dan rakan kongsi agak terkejut dengan berita itu dan ternyata usaha kami terbayar selama ini. Dengan anugerah ini diharap dapat menaikkan lagi semangat Siti untuk memperluaskan empayar produk SimplySiti," katanya.
Menurut Siti lagi, dengan penganugerahan itu dapat menutup mulut sesetengah pihak yang meragui status halal dan kebersihan produk keluaran syarikatnya.

"Apabila mendapat status produk halal terbaik itu diharap produk ini akan lebih diterima ramai kerana ia telah terbukti Halal dan bersih.

"Sudah tentu produk yang dikeluarkan mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dengan anugerah ini diharap dapat meyakinkan lagi orang ramai terhadap produk ini," katanya.

Jelasnya, misinya kini satu, ingin menjadikan produknya sebaris dengan jenama antarabangsa yang lain dan akan melipat gandakan usaha untuk mencapai misinya itu.


Siti bersama produk kosmetik SimplySiti ketika majlis pelancaran di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada Mac lalu. - Foto oleh AZMAN GHANI



Ini dibuktikan apabila Siti memberitahu beliau dan dua rakan kongsinya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Normaziah Sheikh Mohamed akan berangkat ke Korea Ahad ini untuk perbincangan lanjut mengenai produk terbarunya yang dijangka akan berada dipasaran sebelum hujung tahun ini.

"Lawatan kami ke Korea pada Ahad ini adalah untuk melihat teknologi terbaru dan memilih bahan-bahan yang sesuai untuk keluaran akan datang selain perbincangan lanjut mengenai produk SimplySiti," katanya.

Dalam pada itu juga, penyanyi berusia 31 tahun itu memberitahu, satu rangkaian produk edisi khas untuk hari raya dan pewangi akan dilancarkan khas untuk peminatnya.

Sementara itu, Siti memberitahu pada 6 Jun ini beliau akan melakukan lawatan ke Kuching, Sarawak bagi mempromosikan produk SimplySiti.

Pelancaran produk itu yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental Mac lalu menggunakan tagline 'Rahsiaku kini milikmu...',.
Rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan produk seperti SimplySiti C Bright , SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.

Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only.

-mStar-
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 11:45 AM | Show all posts
tahniahhhhh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2010 12:05 PM | Show all posts
syabas! tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 02:24 PM | Show all posts
bagus kan??

x sabar nak tunggu minyak wangi lak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 12:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 10:13 AM | Show all posts
sudah ter bli simply 5 cream acne solution jmaat lpas...
baru try skali pakai sabtu lpas...coverage dia ok2 jer laa
cream ni mcm BB cream gak kan,lpas guna tu kna basuh pakai make up remover gak ker?
sbb BB cuci muka guna sabun muka yg skrg guna ni jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.182631 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list