CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 1-7-2011 01:19 PM | Show all posts

aduh... baru nak meluahkan perasaan, x kesampaian pulak....
takut nti dol n abu xbg dah faris jumpa echah...
diorg ingat faris nAK main-mainkan echah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 05:43 PM | Show all posts
eeeeeeeeeiiiiiiiiiiiii...streeessssss
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:01 PM | Show all posts
Harap-harap didalam teksi tu ada Tengku Faris
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 12:40 AM | Show all posts
mai kita kurangkan stress....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 12:42 AM | Show all posts
Faris menoleh kea rah jam tangannya. Kereta Lotusnya terus ditinggalkan sahaja ditempat tadi. Teksi yang dinaiki pula, terasa bergerak terlalu perlahan. Hati Faris dipagut resah.


“Bang, boleh cepat sikit bang? Saya dah lambat sangat ni…” pinta Faris. Jambangan bunga masih erat didalam pelukannya. Bimbang dia, jika dia terlewat, Aishah akan beredar. Faris segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Segera didail nombor telefon Dol.


Tuuut…Tut….Tuuut…Tuuut….lama. Tidak berjawab.  Didail sekali lagi nombor telefon itu. Namun masih sama jua. Panggilannya tidak bersambut. Kemana pula si Dol ni pergi…. Hii…


“Bang,  cepat sikit bang..” pinta Faris lagi. Kali ini pemandu teksi itu mengangguk. Kita2 10 minit kemudian, mereka tiba di restoran tersebut. Terkocoh2 Faris membayar tambang teksi lalu dia segera berlari masuk ke restoran tanpa sempat mengambil baki tambang.


Pintu restoran segera ditolak. 2 orang pelayan restoran menyambutnya.


“Where’s my guest?” soal Faris sebaik saja masuk ke restoran. Dia merenung segenap ruang restoran yang berhias indah, namun lengang.


“Err…yang lelaki dah balik sejam yang lalu. Yang perempuan, baru 5 minit lepas balik tuan,” kata pelayan restoran itu dengan serba salah. Faris tergamam. Pelannya kali ini tidak menjadi. Nafasnya ditarik payah perlahan2. Jambangan bunga ditangan diangkat lalu direnung. Satu keluhan dilepaskan.


Pelayan itu dipandangnya. Jelas riak bersalah terpancar pada wajah pelayan restoran itu. Faris mengukir senyum kelat, lantas menepuk bahu pelayan itu.


“It’s okay. My fault…” Faris mengeluh kecil. Jambangan bunga masih erat digenggaman tangannya. Perlahan2, dia melangkah keluar dengan langkah yang longlai.


Aishah…..kenapa kau tak tunggu sekejap saja lagi…..Faris duduk di bangku berhampiran tempat menunggu bas.


Dia memejamkan matanya sambil menghela nafas berat. Dikeluarkan telefon bimbitnya lalu didail nombor telefon Dol. Namun, masih sama. Panggilannya masih tidak dijawab. Mengapa? Tidak sudikah menjawab panggilannya? Atau Dol sedang sibuk? Sibuk dengan hal apa?


Faris mengetap bibir. Nampaknya kali ini dia tidak harus bergantung kepada pertolongan Abu dan Dol. Faris bangun, lalu meninjau keadaan jalan. Saat2 itu, kehadiran teksi benar2 diharapkannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 12:43 AM | Show all posts
Sebaik turun dari teksi, Aishah pantas menapak ke dalam kawasan rumahnya. Aneh, pagar rumahnya  tidak diselak dan ditutup. Terbiar dibuka begitu sahaja. Aishah memandang perkarangan rumah. Van mereka masih tersadai di tepi rumah, tanda Dol dan Abu tidak kemana2.


Cepat2 Aishah menghampiri pintu masuk rumah. Niat dihati hendak mengetuk pintu, tetapi tangannya terlebih dahulu memulas tombol pintu rumah. Aik? Tak berkunci? Hati Aishah tiba2 dilanda debaran yang hebat. Tidak tahu mengapa, hati Aishah tiba2 terasa kurang enak.


Ruang tamu rumahnya kelihatan sedikit berselerak dengan kusyen yang berterabur dilantai. Aishah mengutip kusyen yang terbiar ditengah2 lantai lalu meletakkan kembali ke tempat asal.


“Abang Abu! Abang Dol!” laung Aishah sambil memetik suis lampu. Sebaik suis lampu dibuka, mata Aishah terbeliak melihat keadaan rumah yang lintang pukang. Susunan di dalam rumahnya agak berselerak. Mereka bergaduhkah? Tak mungkin! Tapi…


Perlahan2 Aishah menapak menuju ke ruang dapur.  Namun, malang bagi Aishah kerana tiba2 dia terpijak sesuatu yang melekit  di lantai lalu terus dia jatuh terlentang.


“Ouchh!!!!” Aishah menggosok2 belakangnya yang sakit. Pantas dia memandang ruang lantai yang menghala ke dapur. Mata Aishah terbelalak sebaik melihat beberapa tompokan darah yang berjujuran di lantai. Tangannya segera dipandang. Merah!


Hahh??? Jadi, dia terpijak darah? Aishah segera memandang ke hujung kakinya. Benar, kakinya sudah kemerahan kerana terpijak darah. Tak mungkin! Tak mungkin ini darah!


“Abang Abu!!!!” Aishah menjerit bagai orang gila. Saat itu dia diserbu ketakutan yang amat dahsyat. Namun suasana rumah itu senyap sunyi.


Pantas Aishah bangun lalu terus masuk ke ruang dapur, mengekori jejak darah yang berselirat dilantai. Seluruh tubuhnya kini sudah menggigil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2011 12:44 AM | Show all posts
“Abang Dol….” laung Aishah lagi dalam ketakutan.


“Abbb…” bibir Aishah terus beku sebaik sampai ke ruang dapur. Nafasnya yang menggila tadi, serta merta terhenti. Matanya seakan mahu terkeluar  apabila melihat 2 tubuh yang kaku berdarah di hadapannya.


Abu dan Dol terbaring kaku di lantai dapur. Ruang dapur pula berselerak dengan periuk dan perkakas lain yang berterabur dilantai. Pinggan mangkuk pecah berderai di lantai.


“Abang Abuu!!!! Abang Dolll!!!!” Aishah sudah menjerit bagai orang gila. Kedua tubuh yang sudah tidak bergerak itu segera diterpa. Aishah terus memeluk leher Abu. Tangannya terasa menggelenyar. Dalam keadaan menggigil dan ketakutan yang teramat sangat, Aishah mengangkat tangannya ke atas, melihat seluruh tangannya yang bersalut darah.


Ya Allah…..abang Abu…..tanpa memperdulikan luka yang terdapat dileher Abu, Aishah terus memeluk Abu. Kini seluruh tubuh dan mukanya sudah berlumuran darah. Abu dikelar di lehernya.


Airmata membanjiri kolam mata Aishah lalu mengalir tanpa henti. Seluruh urat nadinya terasa keras dan menggigil. Aishah menghampiri mayat Dol pula dalam keadaan terketar2.


“Abang Dol…..” Aishah merintih dengan juraian air mata. Dol ditembak dikepala. Abang Dol…..abang Dol…..bangun……Aishah menggagahi dirinya untuk mengangkat Dol, namun dia hilang upaya. Yang mampu dilakukannya kini hanya menangis dan terus menangis dalam keadaan menggigil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 12:45 AM | Show all posts
“Siapa punya kerja ni? Siapa punya kerja ni? Siapa punya kerja ni!!!!!!!!!!” Aishah menjerit nyaring sambil merentap rambutnya bagai orang gila.


“Aku bunuh orang ni!!! Aku bunuh orang ni!!!!!!!!!!!” Aishah menjerit lagi. Namun, pandangan Aishah tertancap pada satu kertas di celah tangan Dol. Kertas itu turut bersalut darah. Lantas, Aishah terus menghampiri tangan Dol yang tergenggam. Dibuka genggaman itu lalu kertas tersebut diambil.


‘JAUHI TENGKU FARIS JIKA KAU TAK MAHU MATI SEPERTI MEREKA! TENTU SAKIT BILA MELIHAT ORANG YANG KAU SAYANG MATI..’


Mata Aishah terbeliak. Kertas yang berlumuran darah itu dibaca berulang kali. Tangisnya serta merta mati. Aishah merenung ke depannya dengan pandangan tajam. Seolah2 harimau yang sedang merenung mangsanya. Kertas itu digenggam erat2 ke dalam tangannya. Aishah merenung wajah Abu yang sudah tidak bernyawa.


Jadi…ini kerja orang yang rapat dengan Faris? Faris….mengapa sejak dia hadir dalam hidup aku, jiwa aku tak pernah berasa aman dengan kehadirannya?!! Faris!!! Siapa punya kerja ni?!!


Api kebencian meluap2 dimata Aishah. Dia bangun dalam kepayahan meski seluruh tubuhnya terasa longlai. Darah yang terpalit di seluruh tubuhnya tidak dipedulikan. Dia perlu berbuat sesuatu. Ada kerja yang bakal menantinya dan dia perlu bereskan hal itu seorang diri kali ini. Tanpa Abu. Tanpa Dol.


Aishah lantas berlalu masuk ke bilik Dol. Laci yang menempatkan pistol yang disimpan oleh Dol segera diambil lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.  Diperiksa paras peluru didalam pistol itu. Cukup! Cukup untuk membenamkan nyawa orang. Hatinya kini kaku dan beku bagai sekeping kaca yang telah pecah berserakan. Dendamnya menggunung. Wajah mayat Abu dan Dol berlegar di ruang matanya setiap masa.


Namun, sebelum itu, ada perkara yang lebih penting perlu dibereskan. Segera Aishah mencapai telefon Dol yang terletak dihujung katil lalu didail satu nombor.


“Hello polis, saya nak buat aduan…” Aishah terus bersuara terketar2 sebaik taliannya bersambut. Malam itu, seluruh  jiwa Aishah mati bersama mayat Abu dan Dol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 12:52 AM | Show all posts
yeassss!!
ada n3 dr fizzi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 01:01 AM | Show all posts
abu dan dol mati ka????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 01:03 AM | Show all posts
Reply 429# adalia

adalia tak tidur lagi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 01:05 AM | Show all posts
Reply  adalia

adalia tak tidur lagi ka?
fizziany Post at 2-7-2011 01:03



    dak lg..terkujat dol ngan abu mati nih...
    sambung la sikit lg fizzi....sentappp la pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 01:14 AM | Show all posts
Reply 432# adalia


kalau sambung...takut lagi sentapp...
tunggu la esok2 lak ya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 01:19 AM | Show all posts
lambat lg laaa....
kesiannya ecahhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 06:33 AM | Show all posts
lambat lg laaa....
kesiannya ecahhh
adalia Post at 2-7-2011 01:19


ada....smlm tidur...sambil nangis ker? kesian kat ecah...sebatang kara.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 09:43 AM | Show all posts
sedihnya....
Ecah dah x ada sesiape dah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 12:22 PM | Show all posts
ada....smlm tidur...sambil nangis ker? kesian kat ecah...sebatang kara.....
ciksurie Post at 2-7-2011 06:33



    mmg nangis laa


   faris pon x jumpa ecah lg....ntah2 ecah lari lg jauh dr dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 10:05 PM | Show all posts
huwaaaa.... abuuu...dolllll.... zalimnya sapa yang bunuh dorang....  aku syak tengku kamil ngan tengku aliyah komplot nak bunuh faris...syaitonnnn punya orang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 10:57 PM | Show all posts
abu ngan dol mati ke?
tak sangka lak bling matikan watak diorg..... sian aisyah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 10:58 PM | Show all posts
ehh..bling plak...sorry fizzii...silap plak...maaf dipinta...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.066090 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list