CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 18-12-2010 10:57 AM | Show all posts
Fizz bila nak sambung ini
qimi08 Post at 17-12-2010 23:33



    ye la....ttungu2 jgk ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2010 11:13 AM | Show all posts
Memintak senang jodoh diorg nie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:58 AM | Show all posts
fizz....hilang mana?? huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 12:00 PM | Show all posts
fizzy hilang balik....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:31 PM | Show all posts
perlu ke kita report polis ni.. dah hilang lebih dari 24 jam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:45 AM | Show all posts
salam semua... tuan rumah hilang lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2010 08:45 PM | Show all posts
Tuan rumah ni hilang time waktu kerja office dia banyak.............
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 09:11 AM | Show all posts
di mana lah dia ni hilang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2011 01:24 PM | Show all posts
x de n3 lagi ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 09:57 PM | Show all posts
minta maaf sbb hilang...saya telah ditimbus oleh kerja2 opis yg berlambak ntah bila nak habis...:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 10:17 PM | Show all posts
Pagi2 lagi, Diana sudah bangun. Usai Subuh, dia tidak terus tidur, sebaliknya terus turun ke dapur membantu kakak2 Farid menyiapkan  sarapan.

“ Nak saya tolong buat apa ni?” soal Diana menawarkan diri. Tak sedaplah jika hanya melihat saja, padahal nanti, dia yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk melahap semua makanan yang kelihatan sangat enak.

“Kukur kelapa? Pandai?” soal Farisya. Diana melihat kelapa yang dipegang oleh Farisya.

“Alah…tak payahlah. Saja je nak mengacah. Tolong buatkan kopi dan teh ‘o’. Jag ada kat sebelah sana,” melihat wajah Diana yang kaget, cepat2 Farisya menambah sambil tersenyum. Pagi ini, kuih keria, lepat pisang dan nasi goreng bakal dijadikan sarapan.

Pantas Diana mengangguk. Tangannya ligat mencapai 2 jag yang agak besar lalu mencari2 lokasi kopi dan teh. Puas ditinjau, barulah ditemui. Sambil dia menyudahkah air, matanya terarah ke meja makan.

“Banyaknya lepat pisang..” ujarnya perlahan. Cukup untuk didengari oleh Farisya di sebelahnya. Fatin ketika itu baru keluar dari bilik air.
“ Nak buat bekal untuk kak long. Dia nak balik hari ni. Anak2 dia suka lepat pisang. Itu yang buat lebih sikit..” jawab Farisya sambil tersenyum. Diana menaggguk faham.

“Family ni…kalau dah berkumpul ramai2..macam nilah. Kitorang memang suka masak macam2. Dok kat kampong ni, rasa nak memasak je memanjang. Sebab, semua bahan mudah dapat dan fresh. Tak macam kat bandar, nak pakai serai dan cili pun, terpaksa beli. Kat kampung, cakap je nak apa….serai, cili, lengkuas, santan, semua ada…itu yang seronok memasak tu…” becok mulut Farisya bercerita.

Diana hanya mengangguk. Sesekali dia hanya tersenyum. Kata2 Farisya itu betul. Belum pun sempat makanan tengahari yantg sedap itu dicerna oleh perutnya, petang semalam mereka bergotong royong memasak untuk makan malam pula. Lauk pauknya tak payahlah diceritakan.

Dari kari, masak lemak, sambal tumis, ulam2an dan sambal belacan yang cukup enak tersedia. Tak cukup dengan itu, lepas solat Isyak berjemaah, mereka dihidangkan pula dengan kopi panas dan ubi kayu rebus yang dicicah bersama kelapa dan gula.

Baru sehari di rumah kampung itu, Diana sudah dapat mengagak, memang hobi kaum perempuan keluarga ini, adalah memasak. Yang seronoknya, kaum lelakilah. Suami2 mereka, terlentang kekenyangan di depan TV malam tadi. Sampai anak melompat di kiri kanan pun sudah tak kuasa nak ditegur. Itu semua akibat kekenyangan.

Diana kembali mengacau kopi. Hmm..apalah khabar ibu dan ayah? Sejak sampai ke sini semalam, dia masih belum sempat bertanya khabar mereka. Semalam, dia sudah terlena keletihan dan kekenyangan.

“Selamat pagi!” entah dari mana, tiba2 suara Farid menyergah. Pantas Diana menoleh ke belekang. Hampir2 saja tersentuh wajah Farid tatkala dia memusingkan wajahnya ke belakang. Nasib baik Farid pantas mengundur langkahnya ke belakang sedikit.

“Kau ni!!” datang tak bagi salam, terus sergah. Diana sudah memasamkan mukanya tanda protes dengan tindakan Farid.

“Terkejut betul kau! Kau berangan ya..” Farid masih tersenyum simpul memandang kopi yang dibuat oleh Diana.

“Aku simbah air kopi panas ni kalau kau buat macam ni lagi lain kali!” sambil mengangkat jag ke meja makan, Diana meyeranah. Farid membuntuti Diana ke meja makan lalu duduk.

“Hai orang bujang..awal bangun! Selalu, time2 cuti camni, pukul 11 baru nampak batang hidung..” Fatin yang dari bahagian atas rumah tiba2 datang menegur.  Kerusi meja makan ditarik lalu dia duduk bersama suaminya.

“Saja bangun awal..nak tengok Diana ni tolong kak ngah  buat sarapan ke tak. Kalau dia malas, saya nak report kat abang dia…” jawab Farid sambil tersengih. Fatin dan Farisya yang mendengar mencebik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 10:18 PM | Show all posts
“Iyalah tu….sebab ada si cantik manis yang buat kopi, so dia bangun awal la..kalau tak, puas mak nak mengejut!” sindir Fatin lagi. Diana diam saja sambil senyum sinis kepada Farid. Pagi2 lagi dia sudah diusik oleh kakak2 Farid.

Bunyi bising anak2 mereka yang baru bangun membuatkan Farisya dan Fatin segera bangun mendapatkan anak masing2. Farihah turun ke dapur bersama anak2nya. Mereka sudah bersiap2 untuk pulang ke Pulau Pinang.

Diana turut melayan anak2 Farihah makan sambil diperhatikan oleh Farihah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 10:18 PM | Show all posts
Farihah bersalaman dengan semua orang. Keluarganya akan pulang ke Pulau Pinang. Semua barang sudah dimasukkan ke dalam kereta. Suaminya juga sudah menunggu di dalam kereta, hanya untuk bergerak meninggalkan rumah kampong itu sahaja.

Farihah menghampiri Farid. Ditarik bahu Farid menjauhi keriuhan adik2nya yang lain yang sedang bergurau senda dengan anak2nya. Wajah Farid dipandang.

“Bawak Diana jumpa mak lang dulu sebelum jumpa mak sedara kita yang lain. Kalau dia dapat tahu dulu yang Diana ada kat sini, bising satu kampong pulak…” pesan Farihah dalam nada serius. Farid memandang kak longnya, kemudian angguk faham.

“Hati-hati bila bawak jumpa Suraya. Pandai2lah adik cakap dengan Su. ..” tambah Farihah lagi disambut dengan anggukan dari Farid.

Farihah menepuk bahu Farid, kemudian memandang Diana yang agak jauh dari mereka.

“Betul ini pilihan adik?” soal Farihah lagi.

“Ada yang tak kena dengan dia ke?” soal Farid kembali. Riak wajah Farihah dapat dibaca sejak semalam lagi.

“Dia okay. Tapi kalau betul this is your choice, along memang tabik spring dengan kau dik. Along tak pernah terfikir kau nak kahwin dengan orang yang berstatus macam dia,” kata Farihah berterus terang.

“Maksud akak? Sebab dia dah pernah kahwin sebelum ni?” soal Farid kembali. Hatinya agak dengkel dengan pernyataan Farihah. Farihah terdiam tidak menjawab.

“ Janda atau anak dara..semua sama kak. Yang penting, hati masing2…” bagai dapat meneka telahan kakaknya, Farid cuba membetulkan tanggapan kakaknya. Dia tidak mahu, hubungannya kelak dikeruhkan dengan hanya perkara sekecil itu.

Farihah terdiam. Bahu Farid dilurut lagi.

“Akak minta maaf ..” lirih suara Farihah namun masih didengari Farid. Sebetulnya, dia agak terkilan, mengapa kakaknya yang seorang perempuan perlu memandang rendah pada seorang perempuan yang lain. Doanya agar semuanya dipermudahkan Tuhan untuk masa yang mendatang.

Farihah menapak meninggalkan Farid. Keretanya dihampiri lalu dia masuk ke perut kereta selepas bersalaman dengan ibunya. Akhirnya keretanya meninggalkan semua yang ada di depan halaman rumah Mak Kiah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 10:19 PM | Show all posts
Setelah semua kakak2nya pulang, rumah Mak Kiah bertukar menjadi sunyi sepi serta merta. Tiada lagi bunyi kuali periuk berdentang diruang dapur. Tiada lagi suara kanak2 menangis dan merengek. Farid dan Diana merenung jalan masuk ke rumah kampong itu di tangga. Bagaikan melepaskan penat setelah puas melayan kerenah keluarga yang besar itu.

Farid tersenyum sambil merenung Diana di sebelahnya. Menyedari Farid yang asyik merenungnya, Diana menoleh.

“Kenapa kau tersengih macam kerang busuk ni?” soalnya tegas dan serius.

“Kau la..” Farid menyeringai. Diana mengerutkan dahinya tanda kurang faham.

“Terima kasih sebab sudi bersabar dengan kerenah family aku. I appreciate it so much,” senyuman Farid kian lebar lagi. Diana menjuihkan bibirnya. Pandangannya kembali terarah ke depan.

“Adik..jangan lupa, petang ni, bawak Diana ke rumah Mak Lang..” Mak Kiah tiba2 muncul dari dapur sambil menatang sepiring jemput2 pisang. Cepat Diana mencapai piring di tangan Mak Kiah dan membantu Mak Kiah duduk di anak tangga batu di depan rumah. Mak Kiah senyum senang.

“Mak ikut sekali ka?” soal Farid. Takut juga dia nak mengadap Yang Mulia ke bawah duli mak saudaranya tu. Mulut Mak Langnya, memang dah terkenal satu kampong, si Radio Klasik Nasional tak bertauliah.

“Ikutlah. Lepas Asar nanti kita pi..” angguk Mak Kiah. Piring kuih dihulur kea rah Diana. Diana mencapai sebiji kuih lalu mengunyah saja. Farid senyum lalu turut menjamah kuih yang baru dibuat oleh ibunya. Saat itu, rasa bahagia mula berputik dihatinya melihat Diana dan ibunya yang saling tersenyum bercerita tentang resepi jemput2 itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 10:35 PM | Show all posts
Diana duduk bersebelahan dengan Mak Kiah. Melihat rupa ibu saudara Farid yang dikenali sebagai ‘Mak Lang’ itu, agak menakutkannya. Pandangan matanya begitu tajam merenung Diana sejak mereka sampai tadi. Duduknya di sebelah Mak Kiah sengaja dirapatkan. Seorang gadis manis berambut panjang yang bersanggul siput menatang dulang berisi minuman petang dan sedikit kuih. Lemah lembut, si gadis manis tadi menyusun makanan dan minuman di atas meja kopi.

“Bila abang Farid balik? Susah betul nak jumpa abang Farid ni..” gadis yang membahasakan dirinya Su itu duduk di sebelah Mak Lang yang masam mencuka. Diana melirik kea rah Farid yang terkulat2 merenung meja. Kemudian pandangannya bersatu dengan pandangan Diana.

Diana senyum simpul memandang Farid. Abang Farid…oh abang Farid…adik Su Tanya, silalah jawab bang…Senyuman Diana kian lebar dipanjangkan kea rah Farid. Farid menjungkit keningnya sambil senyuman tak putus2 terukir di bibirnya. Suraya di depannya dipandang. Tak pernah berubah kelembutan dan kemesraan Suraya padanya sejak kecil.

“Mmm…actually, abang pun baru ja sampai 2 hari lepas..” balas Farid sopan. Tangannya terasa gatal hendak menggaru belakang kepalanya.

“Mhh..dah 2 hari…baru nak menjenguk ke sini! Minumlah…karang air tu sejuk pulak,” sampuk Mak Lang.

“Tak sempat nak bagitahu. Semua anak beranak balik ke rumah 2 hari lepas…itu yang sibuk benar..” Mak Kiah menjawab bagi pihak Farid. Farid di hujung dijeling. Diana tersenyum bila mata Mak Kiah memandangnya.

Mak Kiah mengambil minuman lalu diserahkan kepada Diana. Serba salah Diana menerima. Malu pun ada. Lebih2 lagi, dia menjadi perhatian 2 perempuan di depannya. Dengan ucapa terima kasih, cawan itu ditatangnya juga.

“Diana ni umur berapa?” soal Suraya tiba2. Ibunya disebelah sudah terdiam lama sejak Mak Kiah memperkenalkan Diana sebagai bakal isteri Farid. Mulutnya yang becok dan ramah tamahnya hilang serta merta. Cuma Suraya masih bermanis muka.

“27..’ balas Diana pendek seraya meletakkan minuman yang sudah tinggal separuh di meja.

“Ooo..lagi tua dari abang Faridlah ya?” soalnya yang agak terkejut. Diana dan Farid berpandangan, kemudian Diana cuma mengangguk.

“Hmm..tak apalah. Orang tua2 kata..kalau lelaki kahwin perempuan tua, murah rezeki,” becok sahaja mulut Suraya menuturkannya. Telinga Farid terasa berdesing bila Suraya menyebut perkataan ‘tua’. Riak wajahnya berubah.

“Pak lang kemana? Dari tadi tak nampak?” soal Farid memintas. Padahal, ketika mereka sampai tadi, soalan itu sudah ditanya oleh ibunya.

“Pak Lang kau ke tanah baruh. Pergi tengok orang ukur tanah. Tanah kat hujung kampung tu terkena dengan projek perumahan kerajaan negeri. Tanah kau tak kena Kiah? Katanya, banyak kerajaan negeri bayar pada orang kampung yang tanahnya termasuk dalam projek,” barulah Mak Lang bersuara panjang. Hmm…kalau bab duit, laju saja dia bercerita. Farid sudah maklum benar feel ibu saudaranya itu.

“Tak. Jauh dari tanah kebun arwah…” balas Mak Kiah perlahan. Akhirnya, perbualan mereka beralih jua dari membincangkan hal Diana kepada soal tanah kampung yang akan dibangunkan projek perumahan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 10:40 PM | Show all posts
sambung lagi fizz lama ko gi petapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2011 11:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 11-1-2011 23:07

Angin malam menerpa masuk melalui pintu depan yang masih dibuka. Sejuk!! Diana merapatkan kaki ke dadanya. Mak Kiah sudah tidur, pening katanya tadi. Enggan menerima tawaran Diana untuk memicit kepalanya, Mak Kiah tidur sahaja. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

“Sejuk ke?” soal Farid yang baru keluar dari bilik tidurnya yang bersebelahan dengan bilik tidur Diana. Diana angguk saja.

Farid terus menuju ke pintu utama. Pintu dikunci terus dari dalam. Walaupun kipas tidak dipasang, tetapi suasana sejuk malam itu benar2 menusuk hingga ketulang kering Diana.

“Sunyinya…padahal baru pukul 10..” Diana bersuara sebaik Farid duduk berhadapannya. Mereka sama2 menonton televisyen.

“Biasalah. Kampung. Pukul 9 saja, semua orang dah tidur. Kedai runcit pun dah tutup,” balas Farid. Wajah Diana yang berselendang menutup kepalanya direnung. Cantik sungguh Diana malam itu. Sejak kedatangan Diana ke rumah kampungnya 3 hari lalu, malam itulah pertama kali dia dapat merasa kedamaian menatap wajah Diana.

Jika sebelum ini, jangankan hendak menatap wajah itu, hendak bercakap pun susah! Ada saja yang masuk daun. Lebih2 lagi, anak buahnya yang manja minta itu ini darinya. Malam ini, suasana malam yang sejuk dan sunyi, membuahkan satu perasaan aneh dalam dirinya.

“Kalau kat KL, waktu macam ni, terang benderang lagi kan?” ujar Diana sambil tersenyum. Dia memandang Farid. Melihat Farid yang ralit merenungnya, Diana membulatkan pandangannya kea rah Farid.

“Kenapa?” soalnya hairan. Farid senyum lagi. Senyum manis! Hingga membuatkan Diana terpana dengan senyumannya. Aduh!!Apa ni…hati Diana tiba2 bedebar. Pandangan difokuskan kearah TV.

“Kenapa kau takut tengok aku?” soal Farid sambil tersenyum sumbing. Riak wajah Diana tadi amat mencuit hatinya. Diana mendengus. Soalan yang tidak perlu dijawab rasanya.  Farid turut merenung televisyen. Matanya masih belum mengantuk.

“Kenapa tak kahwin dengan Suraya? Dia kan cantik..lemah lembut…muda…” sengaja ditekankan perkataan ‘muda’ kea rah Farid. Farid membalas pandangan Diana.

“Kenapa tanya soalan tu? Kau cemburu ya?” terbit rasa bahagia dihati Farid bila tiba2 dilontarkan soalan itu oleh Diana.

“Cemburu?” Diana mendengus.

“Mallllam sikit!!!” sambung Diana lagi menangkis kata2 Farid. Walhal, dari lubuk hatinya, sejak pulang petang tadi, kemesraan yang ditunjukkan oleh Suraya kepada Farid terbayang2 diruang matanya.

“Memanglah sekarang dah malam!!!” Farid ketawa kecil. Lucu dengan jenaka tak jadi Diana.

“Soalan aku kau tak jawab..” marah Diana sambil menjegilkan matanya kea rah Farid.

“Dia sepupu akulah! Dari kecil dia dah biasa main dengan aku. Dah biasa tidur rumah aku…Pada aku, dia tak ubah macam seorang adik. Kenapa aku kena kahwin dengan dia pulak…”tangkis Farid. Matanya tak lepas memandang Diana. Suaranya diperlahankan sedikit agar tidak mengganggu ibunya yang sedang tidur.

“Dah biasa tidur dengan kau jugak?” sengaja Diana menduga. Farid terdiam lalu memandang Diana.

“Memang!” jawab Farid pendek. Jawapan yang cukup memeritkan Diana hingga membuatkan dia kehilangan kata2.

“ Tapi waktu tu, umur kami baru 5 tahun. Tidur dengan mak aku sekali..” sambung Farid. Diana terdiam.

“Korang pernah bercinta?” soal Diana lagi. Api cemburunya masih belum padam dan cuba diselindungkan dari Farid.

Farid geleng perlahan. Buat seketika, mereka terdiam. Suasana malam disulam dengan bunyi cengkerik.

“Hal yang lepas…tak usahlah kita ungkit2 lagi Di.Siapa jua yang pernah ada dalam hidup kita sebelum ni, tak usahlah kita sebut2 lagi. Aku hanya mahukan kau sorang saat ni. Bila aku bawak kau jumpa family aku, maknanya aku benar2 serius mahu memperisterikan kau. Aku mahukan seluruh jiwa raga kau. Aku benar2 cintakan kau Diana,” Farid menuturkan kata2 itu perlahan2, tetapi serius. Dari duduk bersandar, dia menegak merenung Diana di depannya. Saat itu, Diana seakan tersedar, mengapa perlu dia mempersoalkan masa silam Farid, sedangkan Farid tidak pernah mengungkit masa silamnya.

Diana terkesima. Pandangannya dan Farid bersatu. Lama. Melihat Diana yang terdiam, Farid mengukir senyum walaupun saat itu, dadanya sendiri berombak. Diana terpana. Kelu lidahnya untuk berkata2. Pelbagai perasaan menyerangnya hingga dia sendiri merasakan nafasnya sempit. Farid masih memandangnya.

“Aku masuk tidur dulu..” pantas, Diana bingkas bangun meninggalkan Farid diruang tamu rumah. Farid hanya menghantar Diana dengan pandangan matanya hingga pintu bilik Diana ditutup. Farid tarik nafas panjang2. Perlahan2, nafas itu dilepaskan payah. Diana cemburu? Dia sayang aku? Perlahan Farid mengukir senyuman lalu terus menutup televisyen. Setelah memastikan seluruh pintu dan tingkap berkunci, barulah Farid masuk ke biliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 11:16 PM | Show all posts
sambung lagi fizz lama ko gi petapa
qimi08 Post at 11-1-2011 22:40



    tuhla pasal...bertapa dlm gua plak tu..takde air cond..takde kipas...macam panas!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 11:41 PM | Show all posts
Mak Kiah demam! Tapi enggan ke klinik pula! Diana dan Farid garu kepala. Bekali2 diajak, Mak Kiah menolak. Katanya sikit saja. Tak teruk pun…Sudahnya, usai mandi, Mak Kiah kembali baring di bilik bawah yang bersebelahan dengan dapur. Tak larat hendak memanjat tangga untuk kebiliknya.

Itulah yang seronoknya bila ada banyak bilik di rumah. Sesuka hati boleh tidur di mana2 saja. Kata Farid, itu biliknya waktu kecil dahulu. Farid menghampiri Diana yang sedang bertinggung di muka pintu dapur. Dia turut bertunggung sama.

“Hah..apa kau nak masak hari ni?” soal Farid. Pagi tadi, bubur nasi menjadi sarapan mereka bertiga atas permintaan Mak Kiah. Farid, bantai makan saja tanpa sebarang komen.

“Entahlah….takde idea la,” Diana menggaru kepalanya. Serentak dengan itu, seekor ayam lalu di hadapan mereka berdua. Diana dan Farid sama2 memandang ayam jantan yang gah berjalan di hadapan mereka. Serentak dengan itu, Farid dan Diana berpandangan.

“Ayam masak merah nak? “ soal Farid. Berkerut dahi Diana.

“Mak aku suka makan ayam masak merah! Untung2, dia ada selera nak makan,” tambah Farid lagi. Bersungguh2 dia mengusulkan cadangan itu. Diana terdiam sambil menguis jari telunjuk ke bibirnya.

“Siapa nak sembelih ayam tu?” soal Diana sekali lagi.

“La! Siapa kata nak sembelih ayam tu….” Tukas Farid pula.

“Habis? Macam mana kita nak masak tu?” Diana menuding jari telunjuknya kea rah ayam yang sudah berada jauh dari mereka.

“Aku pergi kedai la. Beli ayam! Takkan nak sembelih ayam mak aku. Tak pasal2, kita pulak yang kena sembelih nanti…” balas Farid. Diana tersengih lalu angguk tanda setuju dengan idea Farid. Serentak dengan itu Farid keluar menyarung seliparnya. Kocek seluarnya diseluk, memastikan dompet dan kunci kereta tersedia di dalamnya.

“Okay! Kau jangan pergi mana2 tau! Tengok mak aku! Aku pergi kedai sekejap aja…bye sayang!!” kelam kabut Farid menghidupkan enjin keretanya. Diana Cuma tersenyum dan melambai dari muka pintu. Bye sayang? Diana terkedu mengingati kembali ayat terakhir Farid. Buang tebiat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 10:20 AM | Show all posts
Reply 459# fizziany


    tak sia2 tunggu.. hehehe... next2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.067779 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list