CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yayayiyiyuyu

PERLA [EONARDO GARCIA y SILVIA NAVARRO]

[Copy link]
Post time 4-5-2005 04:16 PM | Show all posts
kadang2 kan kesian aku nengok perla ni.
mcm2 je tragedi terjadi kat dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2005 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by adheq at 4-5-2005 14:47:


kalau tak nanti dia nampak muda sgt bila bersama roberto.:bgrin:


lagipun neh kan cite lame.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2005 12:47 AM | Show all posts

salam..

apa ada pada TONA>?
kesian nyer dier tetiba jer kener...

well it';s getting complicated  i dah mula missed
so well
junior ni dulu tak suka perla ek?
sbb tadi Junior cakap - aku minta maaf atas apa yg i buat dulu..anyway
otilia mesti buat sesautu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2005 02:07 PM | Show all posts
Khamis 5 May 2005 [05/05/05]..

Junior beritahu Perla dia yakin Octavia ada kaitan dalam kes pembunuhan Bernado.
Perla berjanji pada Junior akan memerhatikan gerak geri Octavia.

Octavia mendapat suratugut dari sesaorang.Dia begitu takut.
Perla erjumpa Mercedes dan beritahu dia perlu menguruskan kes penahanan Roberto dan hal ehwal syarikat dan dia perlukan pembantu.
Perla bercadang mahu melantik Alexis sebagai Presiden Juvenile.
Mercedes tidak berap setuju tetapi Perla bertegas juga dan Mercedes beritahu dia akan fikirkan. Perla gembira.
Maria memberitahu Octavia dia tahu Octavia telah bunuh Bernado. Octavia marah dan mengasari Maria.
Josefiba berjumpa Perla di rumahnya.
Josifina memberitahu Perla bahawa Jazmin dan Felife membuat tawaran produk Juvenile padanya dengan harga yg lebih murah.
Perla terkejut kerana Jazmin dan Felipe mengkhianati dia.

Perla nampak Maria luka dan bertanya apdanya tetapi Maria tidak mahu bercakap mengenainya.
Otalia masih bersedih lagi.
Maria membawakan baju dan makanan pada Pablo yg sedang bersembunyi.
Perla berbincang dengan peguam yg mewakili Roberto.
Pablo mengaku pada Maria dia telah bunuh Eugina.
Otalia berbual dengan Mercedes.
Junior cuba meujuk Gina yg resah kerana tidak dipedulikan oleh keluarganya yg sibuk.
Alexis bekerja dengan tekun diejabat. Jazmin dan Felipe masuk tanpa menyedari Alexis disitu.
Bila ditegur oleh Alexis mereka berdua kelihatan saperti ketakutan dan mereka segera keluar dari bilik itu.
Banduan dii penjara membelasah Roberto dengan teruknya.
Perla berasa saperti bermimpi ngeri pada masa yg sama.
Esok paginya Perla mahu ke penjara untuk melihat Roberto.  

Otalia berbincang dengan Mercedes mengenai anaknya dan juga sikap Mercedes.
Perla sedih melihat Roberto dibelasah oleh banduan lain.Pablo mencadangkan teman wanitanya bekerja dirumah Santiago.
Peguam Roberto mencadangkan Perla berjumpa doktor kerana dia nampak Perla saperti keletihan sangat..

Perla memberitahu Alexis Jazmin dan Felipe telah mencuri wang syarikat Juvenile dengan banyaknya tanpa mereka sedari.
Perla juga mahukan Alexis meneriam jawatan Presiden Juvenile kerana hanay Alexis saja yg layak.
Walaupun pada mulanya alexis menolak tetapi Perla terus mendesak dan akhirnya Alexis bersetuju.
Perla juga menasihatkan Alexis supaya berhati2 dengan Jazmin dan Felipe.

sambung esokkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2005 09:58 PM | Show all posts
jazmin ngan felipe pun jahat...?! teruknya!!

benci octavio!!!nf::blah:

yeye.. esok bleh tgk:bgrin:...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2005 10:36 PM | Show all posts
org yg sepatutnya kena belasah dlm penjara hidup bebas kat luar
yg tak bersalah plak yg kena....
:geram::geram::geram:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2005 02:02 PM | Show all posts
Jumaat 6 May 2005

Polis datang berjumpa Tona bertanyakan mengenai Pablo sekiranya ada mengugut Tona lagi.
Tona memberikan surat yg diterima pada polis.
Alexis memberitahu Gina, Patrica dan Junior dia akan menjdai Presiden Juvenila tidak lama lagi tetapi Gina tidak suka.
Junior menyuruh dia memujuk Gina.
Jazmin dan Felipe merancangkan untuk memngambil lagi wang syarikat Juvenile.
Perla menalipon Josafian meminta kerjasama Josafina untuk menangkap Jazmin dan Felipe.
Junior berjumpa peguam yg mewakili Roberto dan mencadangkan supaaya mereka menyiasat Octavia.
Tona menyediakan sarapan untuk Mecedes tetapi Mercedes masih ebrsikap kasar padanya.
Rosenda memberitahu ibunya dia tahu niat buruk ibunya dan dia mulai mengungkit mengenai ibunya. Bagi Rosenda ibunya telah mati.
Roberto memberitahu kawan banduannya bukan dia yg bunuh Bernado.
Perla dan Alexis bersetuju untuk menjadikan Alexis sebagai Presiden Juvenile.
Jazmin dan Felipe membincangkan rancangan buruk mereka.
Patrica cuba menggembirakan Gina yg kesunyian.
Teman lelaki Tona [profesor] mengajak dia berkahwin dan Tona bersetuju,

Felipe berbincang dengan HJosafina emnganai rundingan jualbeli mereka.
Gina mulai berbaik dengan Alexis.
Peguam Roberto mahu Roberto bekerjasamna dengannya memberikan keterangan yg sebenarnya,
Pablo mencadangkan teman wanitanya bekerja di rumah Santiago.
Octavia mrah bila Martha menghina Otalia [ibunya]
Tona beritahu Perla dia akan berkahwin dan tidak boleh menjaga Enrique lagi.
Bila Perla keluar di halaman ada perempuan datang meminta pekerjaan.
Perla berjumpa Jazmin dan Felipe dan beritahu dia [Perla] nampak mereka resah tidak menentu sekarang.
Bila Perla keluar bilik itu Felipe agak marah.

Rosenda meminta duit dari Mercedes tetapi Mercedes tidak mahu memberikannya.
Roberto mulai berbaik dengan banduan didalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 02:16 PM | Show all posts
kak liza, saper yg ngan pablo yg rambut kaler merah tuh?? matilde lak saper??
aii.. sian lak duit roberto kene curik. hampeh tol... anibal tuh musti watak baik.hehe...~peace~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2005 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by adheq at 6-5-2005 02:16 PM:
kak liza, saper yg ngan pablo yg rambut kaler merah tuh?? matilde lak saper??
aii.. sian lak duit roberto kene curik. hampeh tol... anibal tuh musti watak baik.hehe...~peace~

yang rambut merah pendek bergincu biru ngan Pablo tu rasanya geng jahat dialah..

dialah matilde yg menyamat untuk bekerja di rumah Perla nanti..

rasanya anibal tulah banyak bagi semangat pada Roberto dalam penjara kot...

adusss..panjang lagi ker citer ni.. betui2 meleret2..sampai jemu laaaa...
tapi sebab nak tahu keduahan tu..tunggu jugaklah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 06:36 PM | Show all posts
apa dah jadi ngan c'rita ni eks... dah lama tak nengok..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 6-5-2005 06:22 PM:

yang rambut merah pendek bergincu biru ngan Pablo tu rasanya geng jahat dialah..

dialah matilde yg menyamat untuk bekerja di rumah Perla nanti..

rasanya ani ...


kak liza! sama2 la kita sabar menunggu kesudahan perla ni yer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by shanew3stgalz at 6-5-2005 06:36 PM:
apa dah jadi ngan c'rita ni eks... dah lama tak nengok..


kalau nak tahu..nampaknya kena baca sinopsis yg kak liza tuliskan setiap pari yg ditayangkan di TV2..

tapi jenuh lah baca....:lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by michily at 6-5-2005 07:40 PM:


kak liza! sama2 la kita sabar menunggu kesudahan perla ni yer...

memang sabo jelaaaaa...:gila:
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 6-5-2005 09:01 PM:

memang sabo jelaaaaa...:gila:


:lol sian... sampai camtuh ye mata sbb tgk citer nih je.lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by adheq at 7-5-2005 10:38 AM:


:lol sian... sampai camtuh ye mata sbb tgk citer nih je.lol

lol
mana tidaknya...
tak abis2 ada jer halangan percintaaan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 03:36 PM | Show all posts
cite neh bile abis..apsal la rtm ske amik cite tv azteca neh. da la panjang2 sme..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2005 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 7-5-2005 10:53 AM:

lol
mana tidaknya...
tak abis2 ada jer halangan percintaaan mereka...

lol kalau tak pendek je la citer nih. pastuh tak besh la kalau hubungan flat jer..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 02:05 PM | Show all posts
Isnin 9 May 2005

Perla memberitahu semua ahli keluarganya Matilde adalah pengasuh baru anaknya.
Otalia dan Tona tidak begitu gembira berita ini.
Perla bermimpi Mercedes sudah berbaik dan menrrima dia sebagai anaknya.
Perla melawat Roberto dalam penjara.
Otalia kesedihan dan berdoa digereja.

Mercedes jatuh dan berdarah dikepala.
Tona menalipon Perla.
Josefina memberikan Perla pita rakaman perbulan antara dia dan Jazmin dan Felipe mengenai jual beli produk Juvenile.
Perla mendapat berita mengenai kematian ayahnya kerana kemalangan jalanraya.
Perla sungguh sedih.Mercedes hanya ceder dan dinasihatkan berehat.
Perla balik kerumaah dan memberitahu Tona bahawa ayahnya telah mati.
Perla berjumpa Mercedes.
Tona memberitahu Perla supaya jangan beritahu Mercedes mengenai kematian Dr Ceaser tetapi Mercedes terdengar dan dia menasihatkan Perla supaya tidak sedih krana ayahnay bukanlah bertanggungjawab sangat.
Perla sedih dan marahkan ibunya.

Alexis memberitahu Patricia Dr Ceaser telah meninggal dunia.
Patricia sangat terkejut sangat.
Matilde measuk kebilik Octavia dan meletakakn surat ugutan pada Octavia.
Octavia menyangkakan Maria yg memberikan surat2 ugutan itu,.
Maria memberitahu Perla dia mahu keluar dari rumah itu dan mahu meinjam duit dari Perla.

Junior dan peguam Roberto berbual mengenai Octavia dan peguanm tu beritahu Junior kemungkinan besar Octavia terlibat dalam kes bunuh Bernado.
Tona masih dingin dengan pengasuh baru dirumah Santiago tu.

Roberto meminta peguamnya tidak beritahu Perla tarih bicara kerana tidak mahu Perla susahhati dan merasa tertekan.
Peerla menghadiri majlis pengkebumian ayahnya.
Dia minta pada Junior supaya tidak beritahu Roberto mengenai itu kerana tidak mahu Roberto susah hati.

sambung esok...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 05:36 PM | Show all posts
dr cesar dah mati..??: wahh... tak sangka lak. ingatkan dia akan hepi ending ngan perla nanti. sian lak perla.... apsal lak mercedes kata dr cesar tak bertanggungjawab?? dia tuh yg hampehss...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 05:49 PM | Show all posts
cian kat perla...
laki kena penjara, bapa plak mati, mak pula sakit & buta, kawan2 curi wang syarikat...
bila la nak abis yer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.250449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list