CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 12-1-2011 11:28 AM | Show all posts
hehehe..puas baca tp kalo blh nak lg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 02:02 PM | Show all posts
Bye sayang? Diana terkedu mengingati kembali ayat terakhir Farid. Buang tebiat!!!

fizz ayat ni buat haku fobia jeeeee...

harap semua okeh lah eeeekkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:23 AM | Show all posts
tuan rumah... nak lagi.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 02:41 PM | Show all posts
nak jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 10:54 AM | Show all posts
Bye sayang? Diana terkedu mengingati kembali ayat terakhir Farid. Buang tebiat!!!

fizz ayat ni bu ...
qimi08 Post at 12-1-2011 14:02



   aduiii suspen suspen dah ni...... lamanye farid g beli ayam
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 12:12 PM | Show all posts
yes. hepinyeeeeeeeeee..............
tak sabar nak tunggu sambungan ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2011 09:10 PM | Show all posts
n3..best2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2011 01:28 AM | Show all posts
Mak Lang Siah menjeling kea rah anak bongsunya di sebelahnya yang sedang khusyuk memandu. Jalan kampung dilalui mereka perlahan2. Suraya membatukan diri sejak tadi, membiarkan ibunya membebel panjang tentang hubungannya dengan Farid.

“Dari dulu lagi mak dah cakap, bagi minyak tu kat Farid. Tapi kau degil. Asyik2 cakap, cinta tak boleh dipaksa. Tak boleh dipaksa. Sekarang, kau sendiri tengok, Farid tu, dah nakkan orang lain. Melopong kau…” bebel Mak Lang Siah lagi.

Suraya mendiamkan diri Cuma. Benar, sejak kecil, Suraya memang sukakan Farid. Siang malam dia mahu Farid berada bersamanya. Bila Farid ke asrama semasa sekolah menengah, selalu dia mengutus surat kepada Farid dengan alasan ibubapanya bertanya khabar.

Bila Farid mahu masuk ke university, Suraya turut sama2 menghantar Farid ke university. Dia berhempas pulas berusaha untuk memasuki university yang sama. Namun dia  kecewa bila permohonannya ditolak. Utusan dihantar lagi kepada Farid menceritakan kekecewaannya ditolak oleh university itu. Atas nasihat Farid, dia memohon KPLI untuk menjadi guru, kerana menurut Farid, perempuan sangat sesuai menjadi guru.

Dia menunggu dan menunggu. Akhirnya Farid pulang bersama seorang perempuan! Sebaik melihat wajah perempuan kesayangan Farid semalam, mahu saja dia mematahkan leher perempuan itu. Namun, wajahnya dimaniskan juga. Bukan itu caranya untuk menyakiti perempuan itu. Itu kata hatinya kelmarin.

“Sampai bila kau nak tunggu Su? Takkan kau nak tunggu sampai Farid tu bernikah dengan budak Diana tu, baru kau nak merayu? “ soal Mak Lang Siah lagi. Nadanya perlahan tetapi sinis.

Suraya menghela nafas geram. Fikirannya serabut. Dia tahu, memang dia sayangkan Farid. Tapi, desakan ibunya yang berkali2 sejak kecil, membuatkan dia lemas.

Mak Lang Siah melemparkan pandangan ke tingkap kereta. Dia takut, jika Farid benar2 berkahwin dengan orang lain, rugilah dia. Sejak dulu, dia memang cemburukan Mak Kiah, adiknya yang berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai banyak harta. Tanahnya saja tak terbilang dikampung itu. Sedangkan dia, suaminya, hanya seorang askar biasa saja. Anak sulungnya, mengikuti jejak langkah suaminya, turut menjadi tentera.

Jadi, satu2nya yang boleh diharapkan untuk membawa kesenangan padanya, adalah anak keduanya itu, Suraya. Harapannya, agar Suraya boleh berkahwin dengan Farid, dan mudah-mudahan semua harta pusaka milik Farid akan mengalir ke tangan anaknya jua satu hari nanti.

Lamunan Mak Lang Siah terhenti bila kereta sudahpun berhenti di depan sebuah rumah kampong. Rumah Mak Kiah.

“Dah sampai pun mak…” Suraya bersuara perlahan sambil memandang ibunya. Mak Lang Siah terdiam. Selendang dikepala dibetulkan, lalu pintu kereta ditolak keluar. Kedua2nya menapak menuju ke rumah belakang yang menempatkan bahagian dapur. Mak Lang Siah yakin, rumah nbahagian hadapan, tidak berpenghuni, melihatkan pintu yang tertutup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2011 01:29 AM | Show all posts
“Assalamualaikum Kiah….Kiah…” laung Mak Lang Siah. Suraya turut terintai2 melalui tingkap yang terbuka. Kereta milik Farid ada di depan rumah.

“Waalaikumsalam..” tersembul wajah Farid dari muka pintu dapur.  Melihat mak lang dan Suraya yang bertandang, Farid pantas membukakan pintu dapur seluas2nya.

“Masuklah mak lang, mak ada kat dalam,” pelawa Farid. Dia tahu, kalau tak dipelawa masuk pun, kedua2nya tetap akan masuk. Mak Lang Siah dan Suraya masuk lalu duduk di kerusi rotan yang terletak diruang tamu dapur. Suraya terus saja ke dapur. Dia sudah faham benar selok belok rumah itu.

Farid kembali semula bersama Mak Kiah. Perlahan2 Mak Kiah mengatur langkah.

“Kau ni kenapa Kiah?” cepat2 Mak lang Siah bangun menyambut Mak Kiah lalu mereka duduk bersebelahan.

“Aku demam sikit,” balas Mak Kiah perlahan.

“La..kenapa tak bagitau yang kau demam? Boleh aku suruh Suraya tu masakkan bubur sup tadi…tapi, tak apalah, aku ada bawak lauk rendang daging dengan pengat ubi. Si Suraya tu yang masak pagi tadi..” kata Mak Lang Siah.

“Tak payah susah kak. Kami dah makan tadi. Mujur ada si Diana tu, kalau tak, nak harapkan si Farid ni, alamat makan megi sajalah,” ujar Mak Kiah tersenyum. Sakit benar hati Mak Lang Siah mendengar pujian kepada Diana.

Sejurus itu, Suraya datang menghampiri mereka dengan menatang sedulang air bersama pengat ubi yang dibuatnya tadi. Senyumannya tak lekang dari bibir. Dengan sopan, dia menghidang minuman kepada semua yang ada.

“Mana Diana? “ sengaja Mak Lang Siah bertanya, dengan erti lain mahu menunjukkan bahawa anaknya itu memang rajin sehingga terpaksa menyediakan minuman petang kepada mereka pula.

“Oo…dia ada kat dapur. Kejap lagi dia datang..” balas Suraya lalu duduk bersebelahan kerusi Farid. Farid memandang Suraya disebelahnya. Senyuman manis Suraya dibalas dengan senyuman pahit darinya.

Sejurus itu, Diana datang dari dapur lalu duduk dikerusi di antara Mak Lang Siah dan Suraya. Senyuman terpaksa diukir jua walau dia agak gementar.Salam dihulur penuh sopan kepada Mak Lang Siah dan Mak Lang Siah menyambut ala kadar saja.



“Mak cik kau ni Su…demam, tapi tak bagitau kita..” rungut Mak Lang Siah pada Suraya sambil menjeling kea rah Diana dan Farid.

“Aku belum sempat bagitau, korang dah datang,” tukas Mak Kiah pula. Mak Lang Siah dan Suraya terkulat2.

“Eh, jemputlah makan. Hmm..ni pengat ubi kayu yang abang Farid suka makan. Abang Farid ingat lagi tak, dulu, tiap2 minggu mesti Su buatkan pengat ni untuk abang Farid?” laju sahaja tangan Suraya mencapai sepotong pengat ubi lalu memasukkan ke dalam piring. Piring tersebut terus dihulur kepada Farid.

Mak Lang Siah tersenyum. Farid yang serba salah, menerima juga sambil ekor matanya menjeling kea rah Diana di hadapannya. Diana tarik nafas payah. Nyata Suraya ini benar2 menyukai Farid sehingga masih tidak berputus asa. Lalu, Diana menuangkan air ke dalam cawan.

Cawan yang penuh itu dihulur kepada Mak Lang Siah.

“Minumlah mak lang. Datang jauh2, mesti penat,” Diana senyum memandang mak Lang Siah. Pandanagan mereka beradu. Sama2 memandang satu sama lain. Tetapi Diana tetap senyum, membuatkan Mak Lang Siah gugup merenung mata Diana. Cawan yang dihulur diambil juga.

“ Hmm..Diana kat sini berapa lama? Tak kerjakah ?” soal Suraya pula. Pandangannya dialih kepada Diana di sebelahnya pula.

“Seminggu. Insya-Allah 2 hari lagi, kami balik KL lah…” jawab Diana tenang. Mukanya sengaja dimaniskan. Kau ingat muka kau je yang manis? Aku pun boleh buat muka manis…gumam Diana di dalam hati.

“Kerja apa?” soal Suraya lagi. Diana dan Farid saling berpandangan.

“ Kerja sendiri saja..” balas Diana merendah diri. Farid di depannya dipandang. Farid senyum simpul dengan jawapan Diana.

“Kerja sendiri? Kerja macam mana?” soal Suraya yang masih belum berpuas hati. Mak Lang Siah turut menanti jawapan Diana. Diana terkedu, tidak tahu hendak menjawab soalan itu. Farid dipandang lagi, memohon bantuan kecemasan.

“Diana ni, ada butik sendiri di KL. Kerja dia …lebih kurang macam pengurus butik,” Farid menjawab bagi pihak Diana. Kedua2nya senyum. Suraya yang menyedari Diana dan Farid sedari tadi asyik berpandangan dan tersenyum mula naik meluat.

“Butik? Jual apa? Baju?” soal Mak Lang Siah ingin tahu.

Diana angguk. “Baju biasa saja..” sambungnya.

“Banyak ke untungnya jual baju? Kalau setakat RM10-RM20 sehelai?” soal Mak Lang Siah lagi. Teruja sungguh dia akan perniagaan Diana.

“ Diana ni, bukan jual baju RM10 mak lang. Baju yang dia jual, ada sampai mencecah RM2900…” tambah Farid lagi sambil tersenyum sinis kepada Diana. Insiden salah letak harga di butiknya baru2 ini, segera terbayang di wajah Diana. Lahabau Farid!!!Sempat lagi dia mengenakan aku! Getus hati Diana.

“RM2900???” melopong mulut Mak Lang Siah yang sudah terjerit.

“Mahalnya!!!!!Ada ke orang nak beli?” sambungnya lagi. Farid, Diana dan Mak Kiah yang sedari tadi diam, tergelak kecil.

“Ala…kat KL tu, lagi mahal, lagi tinggi prospek pelanggannya mak lang..” belum sempat Diana menjelaskan hal sebenar, Farid sudah mencantas percakapannya. Serentak dengan itu, Farid mengenyitkan matanya kepada Diana yang melopong dengan kata2nya. Terkedu Diana dibuatnya.

Tindak tanduk mereka diperhatikan teliti oleh Suraya. Jika sebelum ini, dia boleh menahan sabar mendengar berita Farid sudah berpunya, tapi, kali ini, di depan2 ibu mereka dia sendiri melihat kemesraan Farid dan Diana. Agaknya, kalau di belakang orang tua, bagaimana pula kemesraan mereka? Hati Suraya berkecamuk.

“ Mak, Su lupalah…Su kena pergi jumpa Lina ambil buku latihan budak2 sekolah kat rumah dia petang ni. Kita balik dululah mak..jom,” ajak Suraya tiba2. Air mukanya yang berubah secara ketara turut dirasai oleh Farid.

Mak Lang Siah menghabiskan minumannya.

“Emh! Kau ni Su..ada2 aja…aku balik dululah Kiah,” Mak Lang Siah meletakkan cawan lalu bangun diikuti oleh Suraya. Masing2 bersalaman.

“Ni dah kira jadilah ni, Diana ni kahwin dengan Farid? Jangan esok tiba2 tak jadi pulak…” soal Mak Lang Siah sewaktu bersalaman dengan Diana. Merona wajah Diana menahan malu.

“Insya-Allah. Saya pun kalau boleh biar dua2 ni cepat kahwin. Senang hati saya..” sambut Mak Kiah pula, sekaligus mencurahkan minyak tanah ke delam api kemarahan Suraya. Kedua2 beranak terus berlalu dan Farid menghantar mereka hingga kedua2 bayang mereka hilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2011 01:30 AM | Show all posts
Suraya terus membelok kea rah jalan ke rumahnya. Mak Lang Siah kehairanan.

“Kau kata nak kerumah Lina..” soal Mak Lang Siah.

“Tak jadi,” dengus Suraya pendek. Mak Lang Siah mencebik. Faham benar dia perasaan anaknya sekarang. Cemburulah tu!

“Itulah..cakap aku kau tak nak dengar..” bebel Mak Lang Siah lagi. Suraya hanya mendiamkan diri menahan marah. Dari dulu lagi, ibunya menyuruh dia pergi berjumpa bomoh untuk mengenakan Farid. Tapi dia menolak. Dia tahu, kalau Farid dibomohkan untuk menyukainya, sampai bila dia hendak membiarkan Farid berada dalam sumpahan bomoh? Lambat laun, kebenaran pasti akan terbongkar jua.

Tindakan itu dirasakan sangat berisiko jika dia mahu bersama Farid. Suraya meraup kepalanya. Apa aku nak buat? Takkan orang terpelajar sepertinya hendak berbomoh2 pula? Kalau diketahui orang nanti, pastinya semua kepercayaan orang kampong padanya akan hilang.

Tanpa sedar, Suraya menggeleng. Tidak! Dia tidak akan berbuat begitu!

“Tengok, kau pun dah macam orang gila…” tambah Mak Lang Siah lagi. Rumah semakin hampir. Suraya mempercepatkan pemanduannya. Sebaik sampai di depan rumah saja, terus Suraya keluar dari kereta tanpa bersuara apa2. Mak Lang Siah termangu merenung tindak tanduk Suraya itu. Satu keluhan geram dilepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 08:44 AM | Show all posts
alamak dugaaan baru datanglah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 09:19 AM | Show all posts
alamak dugaaan baru datanglah pulak...
shahrinas Post at 15-1-2011 08:44



  tak sabar nak tungu n3 steruanye kannn ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 10:05 AM | Show all posts
alamak nak berbomoh2 pulak ke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 10:17 AM | Show all posts
kalo ade masa bg lg n3...x sabar nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 07:51 PM | Show all posts
best2...hee
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 01:15 AM | Show all posts
Cisss..............tunggu tindakan suraya seterusnya:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2011 08:30 AM | Show all posts
Mesti Suraya nak goda farid kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 03:05 PM | Show all posts
suraya.. + + :@ = baru puas hati fazss
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 03:26 PM | Show all posts
fizz cepat keluar dari petapaan ye.....
cerita awak tgk hot sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 08:24 PM | Show all posts
n3..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.115551 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list