CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 4-7-2011 05:04 PM | Show all posts
“Aku bunuh kau laknat!!!!!” tangan Faris ditepis kuat, dan Aishah menjerit sekuat hati. Direnung tapak tangannya, seakan masih terbayang darah pekat yang mengalir ditangannya tadi. Baunya masih dapat dihidu oleh Aishah. Darah Abu!!


“Aku bunuh kau!!!!” Aishah menjerit lagi sambil menarik rambutnya. Faris pantas cuba meleraikan tangan Aishah yang masih menarik rambutnya. Aishah sudah hilang kawalan nampaknya.


“Aishah!! Aishah!!! Dengar sini!!!” berkali2 dipegang pipi Aishah agar Aishah memandangnya namun Aishah masih meronta2.


“Aishahh!!!!” jerkah Faris kuat. Serta merta Aishah terdiam. Dia memandang Faris penuh benci.


“Jangan jadi gila! Sabar!!!” bentak Faris kuat. Aishah menepis tangan Faris yang memegang pipinya.


“Sabar? Nak sabar macammana lagi? Bolehkah kau hidupkan balik abang Abu dan abang Dol kalau aku bersabar?” jerit Aishah pula.


“Jangan cakap macam orang gila boleh tak?!!” bentak Faris pula. Aishah kali ini sudah bangun berdiri dihadapan Faris.


“Kau nak kata aku gila? Haa..katalah! katalah!” Aishah sudah meracau. Faris bangun lalu tubuh Aishah dicempung. Menggelupur Aishah menolak tubuh Faris yang mengangkatnya menuju ke bilik mandi.


“Lepaskan aku !! Lepaskan aku!!!”  dada Faris ditumbuk berkali2 oleh Aishah. Namun Faris masih tega dengan perlakuannya. Tubuh Aishah terus didudukkan di dalam tab mandi lalu paip air sejuk terus dibuka. Air terus menderu2 jatuh dari pancuran langsung membasahi Aishah.


Nafas Faris turun naik. Penat. Letih. Geram. Kali ini barulah Aishah diam. Barangkali sebaik air sejuk menyimbah badannya, terus dia tersedar. Perlahan2, Aishah angkat muka, mendongak memandang Faris yang sedang merenungnya. Air pancur masih turun mencurah2 ke dalam tab mandi.


Aishah menyeka rambutnya yang basah ke tepi. Seluruh tubuhnya sudah lencun. Namun air sejuk yang menderu masih belum dimatikan oleh Faris. Hendak melawan lagi, Aishah bimbang Faris akan bertindak kasar pula. Sudahnya, Aishah diam, membiarkan seluruh tubuhnya lencun dengan pakaian di badan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2011 05:05 PM | Show all posts
Pagi. Faris merenung wajah gadis di hadapannya yang sedang nyenyak tidur. Meski matahari baru saja menjenguk alam, Faris sudah terbangun. Mendengar azan subuh yang sayup2 dari jendela balkoni bilik hotelnya, membuatkan Faris merasa tenang.


Faris duduk di sofa, sambil memandang Aishah yang sedang nyenyak tidur di katilnya. Sepanjang malam tadi, Aishah asyik meracau. Lewat jam 5 pagi, barulah Aishah benar2 terlelap. Itu pun agaknya kerana sudah letih. Kalau dia masih ada tenaga, silap2 sampai ke siang dia meracau.


Nampaknya kehilangan Abu dan Dol secara tragis benar2 memberi kesan dihati Aishah. Dia seakan tidak dapat menerima  hakikat bahawa kedua saudaranya yang tak pernah diam itu tiba2 sudah meninggalkannya keseorangan di dunia ini.


Menurut laporan yang dibuat oleh Aishah dib alai polis dan hasil siasatan polis, mereka merumuskan bahawa kejadian semalam adalah rompakan. Barangkali setelah Abu dan Dol yang menjumpai perompak itu, mereka bergelut didalam rumah sehingga mengakibatkan kematian Abu dan Dol.


Aishah memberitahu, di dalam kejadian itu, mereka kehilangan wang tunai sebanyak RM8 ribu. Selain dari itu, tiada barang lain yang hilang memandangkan mereka tidak menyimpan sebarang barang berharga dirumah itu. Puas polis menggeledah seluruh rumah, namun mereka tidak menjumpai apa2. Kes itu masih berada didalam siasatan polis. Rumah itu juga masih dikawal rapi oleh pihak polis buat masa ini.


Faris menghela nafas berat. Aishah yang bergerak2 dipandang. Aishah tidur dengan t-shirt merah milik Faris, manakala seluar pendeknya menjadi pelengkap pakaian Aishah. Selesai memandikan Aishah semalam, Aishah dilihat macam orang dungu. Mengikut sahaja arahannya tanpa sepatah kata. Disuruh tidur, terus dia tidur.


Mata Aishah dibuka perlahan2. Faris memandang Aishah dengan tangan yang masih bermain di dagunya. Sebaik mata Aishah terbuka, wajah Faris yang pertama dilihatnya. Bingkas dia bangun lalu duduk menegak di katil. Wajah Faris dipandang.


“Selamat pagi,” ujar Faris sambil tersenyum. Aishah terkesima memandang Faris. Bibirnya kelu.


“Kau okay?” soal Faris lagi dengan senyuman manisnya. Aishah memandang Faris yang asyik merenungnya dengan senyuman. Dia ni, nak menggoda akukah? Rambut yang berselerak diseka ke telinga.Perlahan2, Aishah angguk meskipun ragu2 dengan jawapan sendiri.


“Good to hear that,” Faris menguntum senyum lega. Aishah menoleh sekelilingnya bagai mencari sesuatu. Kemudian dia berpaling, memandang Faris.


“Mana abang Abu dan abang Dol?” soalan Aishah terus menyentap hati Faris. Mata keduanya saling berpandangan tajam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 05:06 PM | Show all posts
“Mari,” bahu Aishah diraih, mahu mengajak Aishah untuk beredar dari tanah perkuburan itu. Aishah masih diam, tidak bergerak, memandang sepi dua kubur baru dihadapannya. Hari sudah lewat petang waktu itu. Mayat Abu dan Dol dikebumikan selepas semua post-mortem dilakukan oleh pihak polis.


Melihat Aishah yang masih tidak berganjak sedangkan semua orang telah pulang, Faris menghela nafas lemah. Dihampiri Aishah lalu dagu Aishah dipaut agar Aishah memandangnya. Aishah yang manis berbaju kurung putih dan berselendang putih dipandang tanpa jemu.


“Aku tunggu kau kat kereta,” bisik Faris. Barangkali Aishah perlu ruang untuk bersendirian. Aishah angguk. Faris senyum pahit lalu berlalu dari situ, meninggalkan Aishah sendirian. Aishah terus merenung pusara Abu dan Dol. Tas tangan berwarna hitam ditangannya digenggam erat.


Perlahan2….Aishah mengukir senyum sinis sendirian. Ingatannya segera menerpa kepada peristiwa dibalai polis semalam. Dia sengaja membuat laporan palsu kepada pihak polis.


Sengaja direka cerita bahawa rumah mereka dirompak. Sengaja dia bercerita bohong mengatakan wang tunainya sebanyak RM8 ribu hilang. Sengaja dia menyorokkan pistol Dol. Sengaja dia mendiamkan diri bila ditanya tentang sebarang kesan yang ditinggalkan oleh perompak, padahal nota yang diperolehi dari genggaman Dol masih erat berada digenggamannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 05:06 PM | Show all posts
Aishah mengukir senyum sinis lagi. Pusara Abu dan Dol dipandang tajam. Aku yakin, orang yang membunuh Abu dan Dol adalah orang terdekat Faris! Orang yang membunuh Abu dan Dol, adalah orang yang sama merancang untuk membunuh Faris juga! Si laknat itu masih bebas rupanya! Kematian si Hazriq Iqbal seperti yang diberitahu oleh Abu dahulu, nyata bukan penamat kepada kisah itu!


Aishah merenung batu nesan kedua pusara itu. Dan aku, bersumpah atas dua kubur ini, aku akan cari si laknat itu sendiri hingga ke lubang cacing sekalipun! Hatta nyawa aku  menjadi taruhan pun, darah abang Abu dan abang Dol takkan aku sia2kan!


Nafasnya dihela payah. Aishah menggenggam erat lagi tas tangan hitamnya. Di dalamnya, terdapat pistol Dol dan nota maut yang diperolehinya dahulu. Diusap perlahan2 tas tangan hitamnya sambil bibirnya mengukir senyuman sinis.


Aishah berundur perlahan2, mula meninggalkan pusara kedua arwah saudaranya. Faris yang sedang merenungnya dari jauh dipandang penuh makna. Aishah mengukir senyum kearah Faris. Senyum manis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 05:07 PM | Show all posts
cukup dulu....

nak gi makan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 05:42 PM | Show all posts
tq fizi...lap u
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 05:46 PM | Show all posts
Terima kasih Fizzy
tidak sabar hendak tahu kisah selanjutnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 05:53 PM | Show all posts
huh nak jd penyiasat persendirian plak si ecah ni....
ni kes nak balas dendam smpi ketitisan darah terakhir.:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 06:44 PM | Show all posts
sapa la kejam sgt tu...kesian ecah dah meroyan jdnya
pasni dia bergantung harap kt faris jer la....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 06:52 PM | Show all posts
alamak, ecah berani mati la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:05 PM | Show all posts
ecah jadi hati batu dah....dier nak gunakan faris nak cari permbunuh dol n abu kut
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 07:55 AM | Show all posts
alahaii masih tak caya je abu ngn dol dah takde lagi huhuhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 08:25 AM | Show all posts
sian aisyah..... pasni sure faris diguna2kan untk membalas dendam....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 08:25 AM | Show all posts
nanti sambung ye fizz panjang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 09:10 AM | Show all posts
sambung2..ecah dah nak tunjuk taring nampaknye ek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 12:07 PM | Show all posts
nak n3 lagi leh x?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 12:08 PM | Show all posts
sian ecah.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 12:20 PM | Show all posts
bahaya la echah.. nak bertindak sendirian...
citer la kat faris...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 04:21 PM | Show all posts
cian ecah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 04:50 PM | Show all posts
ecah nk balas dendam
tp bleh ker bertindak sensorang
ecah lebih baik berbincang ngan farish
bertindak berdua lebih byk idea yg muncul nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.061045 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list