CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Sy x matang & dlm proses rujuk semula dgn Syd Aiman - linda rafar #post 462

[Copy link]
 Author| Post time 1-10-2015 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg tepekkan news plz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 01:12 PM | Show all posts
@maxim update uols dah tepek kan


Linda Rafar Dan Syed Aiman Dalam Proses Rujuk Semula
[size=0.8em]Written by Bella | October 1st, 2015






Saat Linda Rafar mengumumkan bahawa suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai kepadanya,seluruh peminat industri hiburan tanah air merasa terkejut apatah lagi Linda sedang berbadan dua.
Walaubagaimanapun, Syed Aiman tetap tidak mengakui tindakannya itu meskipun Linda sudah hadir ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tersebut. Sudah agak lama tidak mengetahui perkembangan terkini kes mereka, rupa-rupanya Linda dan Syed Aiman dalam diam cuba untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
Setelah dilanda pelbagai ujian, Linda menerusi portal Utusan Online berkata beliau dan Syed Aiman kini dalam proses untuk rujuk semula.
Masih ada rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain, Linda sebenarnya dari awal lagi mahu cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangganya.
Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut.
Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif. Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini.
Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru.
Kedua-duanya yang pernah gagal dalam perkahwinan pertama tidak sanggup lagi untuk menghadapi perkara yang sama.  Linda turut meluahkan rasa syukur serta mengakui segala yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.
Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya.
Alhamdullilah,  rasa kasih sayang dan cinta yang kuat didalam hati Linda Rafar dan Syed Aiman merupakan sinar untuk mereka kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Apa yang berlaku sebelum ini jadikan pengajaran, ayuh sama-sama doakan kebahagiaan mereka.


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:12 PM | Show all posts
@maxim jln kan tugas mu




Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:17 PM | Show all posts
Pn. Linda....apa2 hal pun...toloonng lah jng nak diceritakan di media sosial....toloongg lah matang sikit pemikiran tu...dah 2 kali menikah dah kot....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:21 PM | Show all posts
Kembali kerana sayang

KETIKA sesi fotografi ini berlangsung, pelakon Linda Rafar segera meluahkan kegundahan jiwa dan keresahan hatinya. Kata Linda, dia sendiri tidak menduga hubungan dengan Syed Aiman, suami tercinta akan melalui fasa getir hanya kerana dek emosi yang tidak terkawal.
Semuanya bermula apabila dia memuat naik sekeping gambar pernikahan dengan perkataan ‘Akad Cerai’ di laman Instagram sebelum memfailkan permohonan cerai pada 11 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semua itu adalah pemulaan kepada kemelut rumah tangga pasangan ini.
Setelah dua minggu penceraian itu difailkan, di sebalik rasa kacau itu, Linda sebenarnya mahu hubungan bersama suami dijernihkan semula.
Bermaksud dia dan suami akan rujuk kembali demi rasa cinta dan sayang yang masih utuh.
“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.
“Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut.
“Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif. Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami.
“Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,” kata Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar.
Memang, semasa permohonan cerai difailkan, Linda mengakui, jiwa sensitif yang tengah menggelodak membuatkan dia sudah tawar hati dengan sikap suami.
Dalam keadaan beremosi juga, semuanya memang akan berlaku, itu kata Linda. Tanpa meminta nasihat keluarga, dia bingkas dan bertindak secara melulu.
“Syed sebenarnya marah kerana saya bertindak sedemikian. Dia akui, mereka tidak perlu bergaduh kerana bukan niatnya untuk membawa hubungan kami ke arah penceraian.
“Malah, pihak mahkamah juga ada memberi nasihat agar saya meneliti kembali lafaz cerai itu kerana ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main.
“Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru,” sesalnya. - Gambar WAHIDAH ZAINAL
, Solekan AMY HAFIZ (018-2030511)
, Pakaian JEDAN SACC MALL
Tiada alahan
Siapa sahaja, perceraian bukan perkara mudah untuk dipenuhi oleh setiap pasangan. Begitu juga Linda.
Kerana perkara itu, dia akui, sudah belajar erti dan nilai sebuah perkahwinan.
“Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya.
“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu.
“Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” katanya yang kini sedang hamil tiga bulan.
Tentang kehamilan itu, Linda akui, dia makan seperti biasa tetapi asyik mual walaupun kadang-kadang tidak menjamah sebarang makanan.
“Ini kali kelima saya mengandung. Tiada apa yang lain kecuali selalu muntah.
“Apa yang pasti setiap kali mengandung, perut saya tidak besar tetapi yang cepat naik adalah berat,” katanya sambil ketawa.
Beralih pula kepada kehidupannya sebagai pelakon, Linda berkata, dia masih tidak mengambil tawaran sementara baru dalam fasa mengandung.
“Memang sudah lama tidak keluar televisyen tetapi tawaran berlakon masih ada. Cuma saya masih belum bersedia kerana baru hamil.
“Baru-baru ini, saya dapat tawaran untuk kerja luar tetapi menolaknya kerana perlu ke Grik, Perak.
“Susah juga untuk saya tinggalkan keluarga. Untuk berhenti berlakon, saya sendiri tidak berkata begitu. Saya masih mahu berlakon,” jelasnya.
Dalam pada itu, Linda juga sedang sibuk mengusahakan perniagaan produk kecantikan, LR Flawless SkinCare, Protrim Capsule dan Uno 1 Classic Juice.
Seminggu duduk berasingan
Selama dalam proses cerai, Linda, 37, dan Syed, 40, sebenarnya pergi membawa hati yang lara. Masing-masing mengambil keputusan untuk duduk berasingan selama seminggu.
Kata Linda, seminggu itu adalah untuk mereka tenangkan diri dan berfikir secara waras dengan kekhilafan yang berlaku.
“Masa itu, saya bersama anak-anak pulang ke rumah lama yang terletak tidak jauh dari rumah baharu. Syed pula bercuti sendirian.
“Sebelum pergi, dia ada nasihatkan saya fikirkan apa sebenarnya saya mahu dalam kehidupan ini,” katanya sambil memberitahu, Syed baru pulang ke rumah semasa sesi fotografi ini dijalankan.
Malangnya, Syed tidak dapat ditemu bual memandangkan dia sedang tidur akibat kepenatan.
Meneruskan sesi temu bual, Linda terus akui, jodoh bersama Syed masih ada dan dia memang mahukan perkara baik dalam hubungan suami isteri.
“Saya mahu menjadi isteri yang paling lengkap untuk suami, saya mahukan keluarga yang sempurna dan saya juga mahu jadi pelakon yang baik.
“Memang tidak dinafikan kerana terlalu ego, saya bertindak di luar kawalan sedang semasa lafaz itu dibuat, saya tahu ada jalan penyelesaiannya.
“Bukan pertama kali kami bergaduh tetapi akan kembali baik. Lagipun, Syed orangnya susah untuk memujuk dan saya pula sukar memaafkan jika ada orang buat salah terhadap saya,” katanya.
Menambah tentang kisah ego diri, Linda memberitahu, dia seorang yang cepat marah.
“Walaupun akan bergaduh dengan ahli keluarga atau kawan, saya pasti akan menjadi orang pertama yang bertanya balik khabar. Keluarga memang kenal sikap sensitif saya.
“Buat masa ini, saya sudah memaafkan diri sendiri dan Syed dengan situasi yang berlaku terhadap kami,” katanya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.yfHFwIhl.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..perbaiki semula...linda....mek harap mu lebih matang boh..
Syed aiman....klu Linda meroyan lagi....iols ada untuk mu....so...du not so weri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2015 01:28 PM | Show all posts
mixed replied at 1-10-2015 01:12 PM
@maxim update uols dah tepek kan

alhamdulillah la klo nk rujuk blk. so linda kne blaja akui kesilapan, jgn asek nk slh kan org lain je huhuhu
tp nape pic baju ijau tu nampak pelik je muka die. da mcm muka sorg kakak die tu ha, apetah namenye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:32 PM | Show all posts
“Memang tidak dinafikan kerana terlalu ego, saya bertindak di luar kawalan sedang semasa lafaz itu dibuat, saya tahu ada jalan penyelesaiannya.
“Bukan pertama kali kami bergaduh tetapi akan kembali baik. Lagipun, Syed orangnya susah untuk memujuk dan saya pula sukar memaafkan jika ada orang buat salah terhadap saya,” katanya.
Menambah tentang kisah ego diri, Linda memberitahu, dia seorang yang cepat marah.
“Walaupun akan bergaduh dengan ahli keluarga atau kawan, saya pasti akan menjadi orang pertama yang bertanya balik khabar. Keluarga memang kenal sikap sensitif saya.


la baru paham apa maksud suh syed buang ego masa dia menjejes2 airmata londeh segala masalah lam melodi ari tuh...lakinya itu bukan spesis yg mudah pujuk bini yg tengah angin satu badan rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 01:33 PM | Show all posts
babyorange replied at 1-10-2015 01:28 PM
alhamdulillah la klo nk rujuk blk. so linda kne blaja akui kesilapan, jgn asek nk slh kan org lain ...

mcm ramlah ram pulakkkkk iols tgk!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:32 PM | Show all posts
knp aku tgk dia ni spesis abby cuma bawah sket je tang meroyan tu laa..tang ajet2 ala2 berhijrah tu ade spesis yat sikit..over nau klo ckp ala2 penghijrahan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh takut la tu....dia mboh ke syed aiman tu..ramai lg beratur nk kan syed aiman tu...huhihi..
Apa2 pun tahniah la kasih kembali bertaut..
Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mar rasa linda ni over sgt pungpang.macam aym betelor
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik aku dgn prangai camni... gadoh laki bini .. lapor dgn masyarakat... ishhhhh... biarla berantem, dlm ruma je.. jgn bw kluar.. org luar bkn mnyelesai.. tmbh api ada la...

tp klo thp mukul mmukul mcm bini pkupkul lakinya yg bisu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:45 PM | Show all posts
hzln replied at 1-10-2015 01:32 PM
“Memang tidak dinafikan kerana terlalu ego, saya bertindak di luar kawalan sedang semasa lafaz itu  ...

nk pujuk cemane.... pujuk ke kene maki balik, bek xyah pujuk.. heheeeee

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:47 PM | Show all posts
Edited by shania88 at 1-10-2015 03:51 PM

AKU TAK THU KENAPA AKU RASA LINDA NI YG SAJE2 CARI PASAL
DIA YG NAK BERCERAI AGAKNYA..


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:48 PM | Show all posts
sheol mmg suka pakai pengilat kuku ke



muka masa sini cam Mas AF2 plk aku tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Linda insof lepas baca komen2 chuols ramai offer diri nak jaga Syed Aiman. Lepas baca porem terus dia tobat
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:49 PM | Show all posts
pic bju hijau tu kenapa. ala2 susuk jatuh je
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mementang si Syed ni lawa kemain chuols nk offer itu ini.
Cuba kalo syed aiman ni muka cam pecah umah. Ada tak nk offer2
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:56 PM | Show all posts
lionsleepin replied at 1-10-2015 03:49 PM
Linda insof lepas baca komen2 chuols ramai offer diri nak jaga Syed Aiman. Lepas baca porem terus di ...

khen? terus taknak lepaskan syed aiman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053803 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list