CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

DIA (Nyanyian dari Fauziah Latiff)

  [Copy link]
Post time 15-9-2010 04:59 PM | Show all posts
xda n3 lg ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 09:22 PM | Show all posts
tinggal jejak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:17 AM | Show all posts
masih menunggu n3...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 12:57 PM | Show all posts
setia menanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 01:08 PM | Show all posts
jalan2 tunggu n3
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:02 AM | Show all posts
morning semua....msh xda n3 lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2010 08:53 AM | Show all posts
morning semua... harap2 ari ni ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:44 PM | Show all posts
salam lebaran warga wr...reesya pun nk tinggal jejak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 03:02 PM | Show all posts
next...next...... pelisss
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 10:13 PM | Show all posts
salam kak sya..

nk datang beraya ni..
tp min tak bukak pintu la plak..
mana dia menghilang ni.. umah senyap sonyi je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 09:53 AM | Show all posts
lamanya rumah ni tak terima kunjungan tuan rumah... agaknya tuan rumah close house kot sbb pergi open house rumah kawan2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 05:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by Adilla at 29-9-2010 17:06

BAB 13

“Darling!” segera kepala ku menegak. Erwin tersenggih.

“Nak apa?” bentak ku geram. Kuey teow goreng yang sedang berasap membuka selera ku tetapi panggilan dari Erwin seakan membantutkan segalanya. Anak cina ni memang nak kena.
“Darling ni! Masa makan pun nak marah.” Rajuk Erwin tetapi bibirnya tetap tersenyum. Gatal!

“I cucuk mata you dengan garpu ni baru tau.” Ugut ku dan disambut dengan ketawa besarnya. Garpu ditangan ku suakan ke wajahnya. Segera kepalanya dikalihkan.
“You ni suka sangat marah-marahkan. Dulu masa baru masuk diam menikus saja tetapi sekarang kalah singa betina kat Zoo.” Usik Erwin lagi.

“Memanglah dulu I diam je tetapi ramai-ramai pekerja hanya you saja yang suka menyakat I. Yang lain semua takut.” Terang ku penuh perasaan.

“Memanglah mereka takut sebab cable you besar. Silap-silap ada yang kena tendang.” Jawab Erwin sambil merenung ku.


“Habis you tak takut ke nanti cable I belit you?” ujar ku geram. Aku memang angin kalau orang mempertikaikan hubungan aku dan Si Fai. Kami hanya rakan sekampung saja bukan ada syer apa-apa pun dalam company bapak dia ni. Pandangan aku tajam merenung Erwin yang matanya masih menatap ku.

“Sebab I tak takut dengan sesiapa pun.” Jawabnya mesra dan tiba-tiba matanya dikenyitkan berserta dengan senyuman nakalnya.


“You ni memang gatalkan.” Tekan ku geram.


“You cantik bila marah.” Sekali lagi aku diterkam dengan ayat-ayat cintanya.

“Erwin! Lagi sekali you cakap begini I cucuk mata you.” Ugut ku sekali lagi.

“Yasmin! Yasmin! Suka sangat marah-marah begini. I usik you cepat saja you meloncat.” Luah Erwin sambil menyedut air laici sejuknya. Aku hanya memandang dan menjeling. Pandangan ku jatuh pada pelanggan yang masuk keluar di pintu utama. Kelihatan sepasang teruna dara baru hendak melangkah menyeberangi jalan menuju kearah restoran ini. Si teruna sedia menunggu si anak dara yang sedang melihat sesuatu di kakinya. Setelah berpuas hati anak dara tersebut melangkah perlahan untuk menyaingi kekasihnya dan seperti mana agakan ku si teruna segera menghulurkan tangan untuk menyambut kedatangan anak dara itu. Genggaman bersatu berserta dengan senyuman kebahagiaan. Entah kenapa nama abang Zamrie menjelma serta merta dan membuang bayangan pasangan kekasih tadi. Rindu menerpa tetapi aku tidak berdaya. Hendak ku capai tetapi tangan tidak sampai hanya kaki bagaikan menari-nari hendak berlari tetapi bagaikan terantai.

“Beranganlah tu.” Kejut Erwin. Aku kembali sedar. Hampir terlupa yang si anak cina ini masih tegak duduk didepan ku.

“Taklah.” Aku cuba menutup malu.

“Kalau tak berangan tu jadi apa? Dah sampai ke Siam agaknya.” Usiknya kembali.

“Siam!” aku mengulangi. Wajah abang Zamrie kembali bertapa di mata. Jejaka itu juga pernah mengusik ku dengan perkataan itu.

“Iya! Siam! Tak pernah dengar ke? Dalam erti kata yang berlainan boleh ditukar ke Thailand.” Panjang lebar Erwin menyusun ayat. Dah menjadi kebiasaan telinga ini mendengar hujahnya yang panjang lebar.

“Tak nak dengar perkataan Siam boleh tak?” sengaja suara ku lunakkan. Untuk memohon bantuannya melupakan keletah abang Zamrie yang makin hampir memburu ku sepanjang hari ini. Kenapa Erwin ini suka bersenda dengan kata-kata yang pernah abang Zamrie gunakan untuk ku satu sama dahulu.

“Tak moh dengar perkataan Siam ek?” Erwin pula menjawab dengan nada mengodanya. Dari matanya aku dah dapat baca gerak gatalnya sentiasa.

“Emm…” pendek aku menjawab.

“So…” jari telunjuk yang putih bersih itu sengaja diketukkan didagunya. Konon-konon berfikirlah tu.

“So apa!” aku menjergah. Lama sangat masa memikirnya.

“ So sweettttt…” ketawanya terburai dan aku pulak yang terkena kembali. Mangkuk hanyun punya Erwin.

“Tak nak kawan!” rajuk ku sambil menarik pinggan yang masih bersisa. Erwin sengaja menarik kembali tetapi aku cuba menahan dengan memegang sekuat hati. Erwin kalah tetapi sudunya cuba diacah ke pinggan ku.Dengan cepat aku menampar tangannya yang menampakkan urat. Mana boleh dia berkongsi makan dengan ku. Alamak aku yang tersasar.

“Ohhh..you dah terpegang I. Jadi kena kahwinlah macam ini.” Jawabnya selamba

“Apasal sampai kena kahwin pulak?” tanya ku keras. Senang-senang je nak kahwin mahwin.

“Iyalah, nak jadi muhrim.” Usiknya bersama ketawa.

“Erwin! Satu kali lagi you cakap apa-apa, I pastikan you jadi Kassim Selamat.” Serentak itu tangan ku naik bersama garpu.

“Ohhh…sakitnya!.” Jawabnya sambil menutup mata. Orang sekeliling dah mula menjeling. Aku cuba menahan ketawa dan hanya tersenyum sambil memandang sekeliling. Malunya! Nak marah pun ada, nak tergelak pun ada.

Erwin berhenti bergurau bila melihat aku memaparkan aksi marah melalui wajahku.

“Ok! Sorry! Kita sambung makan.” Ujarnya dan tangannya lincah menyuap nasi goreng ayamnya. Khusyuk dia makan. Takut aku melentinglah tu.

“Erwinnnn!..” panggil aku pelahan.

“Ermmm…” jawabnya tetapi kepala masih memaku pada nasi dalam pinggan.

“You jangan tengok sekarang tau. Bila I dah habis cakap baru you angkat kepala you. Kat pintu masuk tu ada girl very very seksi. Cun sangat sesuai dengan you.” Aku menerangkan.

“Mana?” hampir Erwin mengangkat wajahnya.

“Jangan pandang sekarang.” Marah ku dan Erwin menurut arahan ku.

“Dah boleh pandang ke?” tanyanya jujur. Aku memastikan dahulu sasaran aku betul-betul berada ditempatnya.

“Okey, sekarang baru boleh tengok.” Arah ku dan aku pula menyembunyikan wajah.

“Darling!” jerit Erwin geram. Aku sudah mahu tergelak dan ketika itu waktu yang sama seorang nyonya tua yang sedang memegang tongkat sedang memandang sekeliling mungkin mencari seseorang. Terkena juga Erwin! Puas hati aku!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 05:12 PM | Show all posts
sya TQ n3....dan Erwin terkena !
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 09:24 PM | Show all posts
TQ kak sha, tak sia2 buka ari ni... ada n3 baru...
nanti ada masa smbg lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 09:35 PM | Show all posts
alamat erwin ni suweeetnye..
ske2.. padan ngn min...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 02:41 PM | Show all posts
so sweeeeeeeeeet la erwin ni... thank akak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 09:40 PM | Show all posts
nak erwin dgn min
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:30 PM | Show all posts
suka plak dgn erwin
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 10:16 AM | Show all posts
thank u kak..........
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:31 PM | Show all posts
kak sya!!! nak lg!!!!!!!!! nak yasmin n erwin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.076947 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list