CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tuna_sandwic

[MBC] Marriage Contract ~ Lee Seo Jin, Uee

[Copy link]
Post time 26-4-2016 01:37 PM | Show all posts
i pun rase my spring days pun ala2 drama ni
best, tak sesabar nk tgu next epi
unlike DOTS yg gah je tp takde rase tertunggu2 next epi
lain org lain taste kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 05:46 PM | Show all posts
Ending citer nih sweet...rather than meratapi nasib, they chose to live happily.

acting UEE, makin hari makin improved...I like!

aku pun tak dak hati nak abihkan DotS walaupun fan SJK..ntahlah, mcm merapu sgt kot citer tu...agak overrated.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:10 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 28-4-2016 01:11 AM

MARRIAGE CONTRACT




Rating Keseluruhan Drama:  (7.5+7.5+6+2+3) =26/4=6.5)
1. Cerita  (7.5/10)
Drama yg bertemakan slice of life + melodrama ini mengingatkan saya pd drama My Spring Days a lot. Dlm drama berkenaan, heroin berdepan2 dgn saat2 kematian bercinta dgn laki yg berusia drpdnye. Settings drama yg damai ttp melodramatik menjadikn kedua2 drama ni serupa dr luaran. Bezanya bagaimana cinta mereka berputik - hasil drpd kontrak perkahwinan dgn kedua2 pihak yg mempunyai motif berbeza. Han Ji Hoon mengusulkn kontrak kpd kang hye soo bagi membolehkan dia menerima permintaannya utk mendermakan organ kpd ibunya yg terlantar sakit dan membuatkan kang hye soo bersetuju kerana desakan hidupnya hasil bebanan hutang + penyakit tumor otak yg tiba-tiba dikesan di peringkat awal.

Flow dramanya teratur dari awal sehingga ke akhir. Bagaimana lelaki yg punyai cold attitude dan pemarah akhirnya terkulai  menjadi seorg yg begitu mencintai seseorg. Bagaimana seorg wanita yg dilema antara memilih lelaki yg dcintai dengan memastikan kelangsungan hidup anaknya terjamin selepas nyawanya terputus di kemudian hari. Bagaimana seorang bapa tidak putus-putus memisahkan mereka dgn pelbagai cara.  Pendekatan jalan ceritanya agak clinches , dgn norma2 kehidupan yg sudah biasa tetapi still enjoyable to watch. There is no stopping feeling. Ending juga expected.


2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)

UEE
Thumb up utk UEE dgn kekuatan lakonan sbg wanita yg diuji dgn kesabaran akibat dihidapi penyakit kanser. Ekspresi muka juga jelas menampakkan sosot2 wanita bernama Kang Hye Soo yg dlm kesedihan, desperate malah innocent. Susuk tubuh yg kering juga agak membantu.

Lee Seo Jin

Dgn wtk yg pemarah & cold pada awalnye, transform sepenuhnya pd wtk org tua yg romantik , terlalu sayang akn wanita yg akn mati meninggalknnya.
Ade something missing dgn lakonan ahjussi ni membuatkan keberatan utk memuji keberkesannya.

Shin Rin Ah - [Best Supporting Actress]
Sememangnye  Eun Sung yg bukan sahaja comel dr luaran apperance nya, tetapi interaksinya yg natural dgn org yg lebih tua drpdnye - terutama interaksi dgn kang hye soo (ibu) meninggalkan impak lakonan yg berkarisma drpd budak kecil molek ini.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.0/10)

Simple directing. Smooth dgn melodramatic feeling.
Sinematografi biasa2 sahaja.

4. Skor muzik (2/5)

Sangat biasa. Tak de lagu yg memorable.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)

Rekomen tp utk tgk sekali lagi it is up to the mood.


TOTAL = (7.5+7.5+6+2+3) =26/4=6.5)
Nomination: Shin Rin Ah

@ismaha   @isabel tacang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 10:02 AM | Show all posts
selesai sudah dgn citer ni!!!! aper2 pun mmg happy la dgn ending citer ni! even xde la tnjk terang2 hyesoo mati, atleast ending utk semua watak mmg sesuai la kan!!  dah lama jugak la x melayan citer yg boleh bikin banjir gini!!! hehehehe


p/s: mcm biasa akan diusahakan utk hntr review!! (cough @dauswq cough)
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 10:18 AM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@ismaha @dauswq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 10:38 AM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 28-4-2016 10:18 AM
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

citer ni simple sgt tp senang diikuti
lagu2 pun tak de yg dpt igt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2016 10:39 AM | Show all posts
rukiaichigo replied at 28-4-2016 10:02 AM
selesai sudah dgn citer ni!!!! aper2 pun mmg happy la dgn ending citer ni! even xde la tnjk terang2  ...

sila - sila
mcm tak biasa jek kau
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 11:01 AM | Show all posts
dauswq replied at 28-4-2016 10:38 AM
citer ni simple sgt tp senang diikuti
lagu2 pun tak de yg dpt igt

yer ler daus...cite ni jln citenya straight forward...
senang nk faham.....
yer lah...psl ost tk tau pun...tk fokus pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 01:39 PM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq  @ismaha  @eddlisa_uyuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tweety_kl replied at 28-4-2016 01:39 PM
[Claim Credit]
Reason: Review Submission


Wahhh..dah buat review. Ekeke

I tak tengok lagi ep. 15-16.

Fon hilang ni baru dapat rest lama ekekke..masih on d way travel ke atas.

Malam ni nak layan last ep. Ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:16 AM | Show all posts
alaaaaa x sempat nak buat review lagi.
bz plak kat opis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:26 AM | Show all posts
suesz replied at 28-4-2016 07:56 PM
Wahhh..dah buat review. Ekeke

I tak tengok lagi ep. 15-16.

hehee....sebab suke ending ep.16 lovely sgt ahjussi tuhh ngn ahjuma & eun sung....nmapk sgt ahjusi gatai ahaksss


waaa...uols ilang henpon? kalo iols dh nages hahaaaa...betabah le yerkkkk..




Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:27 AM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 29-4-2016 10:16 AM
alaaaaa x sempat nak buat review lagi.
bz plak kat opis.

heheee...xpe take time..
semingu nih opis aman damai...bos xdek yeaahhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 03:56 PM | Show all posts
tweety_kl replied at 29-4-2016 11:27 AM
heheee...xpe take time..
semingu nih opis aman damai...bos xdek yeaahhhhhh....  ...

iolssss bzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 07:54 PM | Show all posts
omg cte niii .. buat iols tido kul 2 pagi hahahha ..
lagi 6 episode utk abes .. iols mmg suka ahjussi niii .. tgk uee pun pandai bwk watak kejap sedih kejap ceria .. tp ceria cmpur sedih boleh nampak dr mimik muka .. anak uee tu eun sung .. aigoo mcm puteri balqis .. pndai, bijak ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 07:58 PM | Show all posts
iols xboleh nak nanges sbb ade certain ep iols lyn kt opis .. kang klu tetibe nanges kantoi laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2016 03:01 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 29-5-2016 07:30 PM

Dah siap aku nye review.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama: 8.5 + 8.9 + 7 + 3.5  + 4 = (7.975/10)

1. Cerita  (8.5/10)
   
Marriage Contract merupakan sebuah drama tentang kehidupan, kasih sayang dan keluarga. Meskipun ia sebuah drama ringan, namun garapan menarik membawa kita ternanti-nanti apakah yang bakal terjadi seterusnya.

Bagi anda yang ingin tenang-tenang aja, silakan menonton drama ini kerana anda pasti terpikat dengan para pelakon yang menjayakan setiap watak masing-masing.


Ia mengisahkan bagaimana Kang Hye Soo bersama anaknya Cha Eun Sung menjalani kehidupan yang sukar berikutan hutang piutang yang ditinggalkan selepas kematian suaminya akibat kemalangan.

Kecelaruan hidupnya membawa pertemuan dengan Han Ji Hoon pemilik restoran The Promise, seorang yang cengil dan sangat mementingkan diri. Pertemuan itu menimbulkan pelbagai konflik.   


Uee memegang watak Kang Hye Soo terpaksa meneruskan kehidupan dengan apa saja cara yang boleh mendatangkan wang bagi membayar balik pinjaman Ah Long. Tubuh kurus keringnya membuktikan betapa peritnya hidup dalam keadaan sebegitu sehingga memaksa beliau menandatangani kontrak untuk menderma hatinya kepada mak Han Ji Hoon yang menghidapi penyaki thati kronik akibat terlalu banyak minum minuman keras dan kuat merokok.


Lee Seo Jin sebagai Han Ji Hoon meskipun sudah jadi bujang terlajak, namun karisma dan ketokohannya berjaya membawa kejayaan di dalam syarikat milik bapanya sehingga menjadikan ia dicemburui oleh abang tirinya. Rupa-rupanya kejayaan tersebut tidak menghalang bapa Ji Hoon untuk mengatur hidup kedua dua anaknya.


Ending drama ini sangat memberikan kelegaan kita yang menonton. Tiada jawapan Yes or No yang diberikan.Meskipun pengarah dan penulis memberi jawapan terbuka untuk penutup drama ini namun ia adalah satu pilihan yang tepat. Tidaklah cliché macam kebanyakan drama korea lain.

Jauh di sudut hati, kita tahu hakikat kehidupan Hye Soo tetap akan mati suatuhari nanti.

Tapikan, kalau pengarah matikan watak Hye Soo, pasti ada yang kecewa berhari-hari. I also wish Hye Soo’s death in earlier episodes. But I salute the choice.






2.Keberkesanan Lakonan (8.9/10)

Kekuatan drama ini terletak pada pemilihan para pelakonnya. Setiap pelakon memainkan peranan penting dan memberikan persembahan hebat dengan menguasai watak masing-masing.



Uee[Pencalonan Best Actress]

Uee bukanlah pelakon idaman saya. Entah mengapa I’m a bit sceptical about her acting in previous drama. Namun begitu, watak Kang Hye Soo dilakonkan dengan sangat berkesan.  4 Thumbs Up! She nailed it!

Setiap tutur bicara, memek muka dan gerak badannya berjaya membuatkan kita merasa pedih, sedih, pilu, kecewa dan merana. Rasa cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan terhadap Cha Eun Sung ternyata segar dan tampak rasa keibuan yang menyerlah.


Di dalam drama ini, Uee tidak perlukan wardrobe yang fancy. Coordinator beliau memang berjaya menyediakan pakaian yang sangat bersesuaian dengan watak yang dibawanya.


Sewaktu di dalam beberapa episod awal, saya tidak percaya itu adalah Uee. Ini adalah kerana, Uee yang saya kenal sebelum ini adalah gadis aktif, seksi dan menggoda. Wanjeong Daebak!!!

Lee Seo Jin
Tidak dinafikan Lee Seo Jin berjaya membawakan watak Han Ji Hoon. Seorang pemuda yang grumpy, berlagak dan cerewet. Namun begitu, watak ini biasa-biasa saja.

Keistimewaan Lee Seo Jin ialah dari segi penyampaian emosinya. Perasaan cinta dan kecewa ternampak jelas di wajah dan matanya. Seolah-olah beliau menyampaikan cintanya yang tak berbelah bahagi pada Uee.

Tidak pernah lagi melihat sisi lakonan beliau di dalam drama yang lain. Namun di dalam rancangan Varieti ternyata beliau seorang yang sangat gentlemen. Sememangnya watak Han Ji Hoon ini dicipta khas untuk dia.


Shin Rin Ah [Pencalonan Supporting Actress]
Sebenarnya bukan mudah untuk melihat sisi lakonan kanak-kanak yang memberi impak kuat. Terutamanya bagi mereka yang berumur bawah 8 tahun.

Watak Cha Eun Sung tepat dan bersuaian dengan sikapnya. Chatty, talkative,cute, thinker, responsible. Kita boleh kaitkan Cha Eun Sung macam anak-anak kita sendiri. We feel so closed with this witty cute girl. Memek wajahnya tidak menunjukkan kekeliruan dalam setiap babak yang dilakonkan. Sangat bersahaja.



Pencalonan:
·        Uee  –Pencalonan Best Actress
·        Shin Rin Ah – Pencalonan Best Child Actress



3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (7/10)

Anything about family mmg akan buat kita tersentuh dan cepat leleh. Oleh itu, drama ini berjaya membuai emosi penonton dengan jalan cerita yang menarik.

Garapan yang sangat menarik dibantu storyline sangat kemas membuat kita nak tahu apakah kesudahan cerita ini.

Hebatnya drama ini turut terletak pada skripnya. Dialog yang dihasilkan memberi makna tersendiri. Tiada pengulangan ayat yang menyakitkan telinga dan kita tidak akan terasa seperti, “Eh! Macam biasa dengar je ayat ni”.

Sepanjang episod ada je scene yg buat tuna tersentuh hati hasil kombinasi dialog yg dituturkan oleh Hye Soo dan Eun Sung. Tidak perlu scene meleleh air mata, tetapi mendengar dialog yang dituturkan serta aksi dan memek muka, pasti membuat hati terusik.

Di antara scene yang berjaya buat tuna rasa sedih:

1. Episod 4: Hye Soo peluk mak Ji Hoon semasa mak Ji Hoon nak bunuh diri dengan meredah kereta yg bersimpang siur di dalam hujan lebat
2. Episod 5: Eun Sung tanya Ji Hoon, dia sayang Hye Soo tak? dan adakah dia akan mati sama macam bapak dia dulu...
3. Episod awal2 semasa Hye Soo kena kacau dgn loanshark. geram je... rasa nak selamatkan je Hye Soo
4. Episod 6: Hye Soo sakit teruk dan Ji Hoon hantar ke hospital. Aksi turun tangga di mana Cha Eun Sung bawa kasut mak dia sangat memberi impak buat tuna. Tanpa dialog. Tapi…sedihhhh…
5. Episod Ji Hoon kecewa terpaksa berpisah dengan Hye Soo. Dia pulang ke rumah dan terbaring disofa dalam keadaan mabuk. Kita terasa sangat penderitaan Ji Hoon waktu itu. Dialog yang dituturkan pula seolah merobek hati. Hanya orang yang pernah kecewa sahaja akan faham dan lakukan aksi yang sama. Huwaaaaaaaaaaaaaa…….
6. Episod 8: Ji Hoon pegang tangan mak dia malam last day nak operate tu buat kita rasa sedih sangat. Tanpa dialog. Tapi angle yg powerful dan meaningful
7. Ada banyak lagi. Kang tulis panjang sangat la pulak. hihihi

Tuna juga nak respect toing-toing kat Director kerana pandai pilih angle yang catchy, sentimental dan relevan untuk setiap babak. Tak reti nak cakap. Tapi setiap angle yang diambil walaupun tanpa dialog, seolah2 tubuh pelakon tu yang bercakap dengan kita melalui lontaran emosi yang terhasil.

4. Skor muzik (3.5/5)

Semua background music/OST biasa-biasa saja. Ia serasi dengan plot dan jalan cerita namun begitu, tiada yang boleh membuatkan teringat-ingat. I wish ada lagu yang boleh buat kita berhantu mendengarnya. Kerana tanpa lagu yang kuat, ia menyukarkan untuk kita recall babak yang menarik.



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)


Drama ini agak menarik untuk ditonton semula kerana terngiang-ngiang suara Eun Sung dan teringat-ingat memek muka Ji Hoon. Terbayang-bayang deritanya Ji Hoon sewaktu berpisah dengan Hye Soo.  

















It’s ok. Everything is ok. Even if you become a mess, it’s ok. If you are a hundred times, a thousand times more of a mess that you are now, it’s ok. No matter what happens, it’s ok. No matter how you become, No matter what, you are Kang Hye Soo.

Comments

TOTAL = 8.5 + 8.9 + 7 + 3.5 + 4 = (7.975/10) Terima Kasih atas review Nomination: Uee , Shin Rin Ah   Post time 29-5-2016 07:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru dapat tgk cerita ni rerun kt ohk...4 eps back to back...... adehai....mmg seriously best giler cerita ni...tk sabar nk mengabislan minggu ni...

Memula tgk hero n uee...macam tk best jer..tambah2...si hero ni dalam running man punyalah hampeh...sekali amek kauu...walaupon kertu

Bru layan sampai 8eps..tpi mmg best sgt2..setiap eps tk bosan...setiap scene mmg menyentuh jiwa...pelik eh citer ni tkdalah meletop mcam dots... tpi baca review kt site lain semua bagi 10 bintang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tgk citer ni kt mana ye sbb masuk cari dlm site drama semua xde..dlm youtube kluar suara ala kartun tu...abis ilang feel


Sesapa tau bg link plizzz
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 03:48 PM | Show all posts
adalia replied at 3-11-2016 03:40 PM
Nk tgk citer ni kt mana ye sbb masuk cari dlm site drama semua xde..dlm youtube kluar suara ala kart ...

nah http://newasiantv.to/search/Marriage-Contract.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.265504 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list