CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PakMalau

BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA

 Close [Copy link]
Post time 20-5-2006 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 20-5-2006 04:16 PM


hehehe...baca ke?...ingat baca kisah psychic  jer..maklum paranormal...tak larat tk yah baca ler...

nah..dok senyap2 dgr muzik kat bawah ni.

http://www.ladylaila.net/winter_sonata/archive ...



ni paranormal jenis lain sikit psychic yang bab mentaliti agama islam punya.... :jeling:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2006 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 20-5-2006 04:26 PM


hehehe..tahu...jadi kalau cam tu, tentu awak faham ler apa yg tersirat di sebalik yg tersurat dalam novel ini...kalau betul2 psychic ler...:nerd:


tersirat dia mungkin mendalam sikit...

tapi saya bukanya psychir betul2 pun saje je nama paranormal, tapi orang yang nama paranormal ni tak pun pernah jumpa hantu pun ... kekekekehhh  :pmuka::pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 20-5-2006 04:35 PM


memang dalam.....hanya yg membaca dengan mata hati aje yg faham...hehehe...

sian awak tk pernah jumpa hantu, ana tgk sekrg ni ramai dah manusia yg jadi hantu, hantu betulpun dah lari...


apa kan daya nafsu dan syaitan sering menggangu aku...
hati telah buta, tak tahu nak buat apa lagi... kadang2 menangis terkenang diri di akhirat nanti...
moga rahmat Tuhan turun keatas diriku yang hina ini.... doa2 kanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 20-5-2006 05:01 PM


apa kan daya nafsu dan syaitan sering menggangu aku...
hati telah buta, tak tahu nak buat apa lagi... kadang2 menangis terkenang diri di akhirat nanti...
moga rahmat Tuhan turun keatas dirik ...


Tuhan mendidik manusia dengan cara yang kita sendiri tidak sedari. Tuhan susah-susahkan kita, sedih-sedihkan kita dengan pelbagai perkara sebab Tuhan mahu kita merintih kepadaNya. Bukan senang untuk kenal dan faham apa yg dimaksudkan dengan Tuhan Cinta Agung. Jalan untuk merasainya penuh dengan ujian, cabaran dan pengorbanan, bila hati sudah kosong dari segala cinta duniawi di saat itu barulah kita tahu meletakkan cinta Agung di tempat yg selayaknya.

wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 20-5-2006 05:12 PM


Tuhan mendidik manusia dengan cara yang kita sendiri tidak sedari. Tuhan susah-susahkan kita, sedih-sedihkan kita dengan pelbagai perkara sebab Tuhan mahu kita merintih kepadaNya. Bukan senang  ...



dari cara berfikir dapat juga dihitung akan diri...
tapi hati tidak terasa apa2 seolah2 mati tidak dapat merasa dari apa yang difikirkan...
kenapa... ? :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 20-5-2006 05:33 PM



dari cara berfikir dapat juga dihitung akan diri...
tapi hati tidak terasa apa2 seolah2 mati tidak dapat merasa dari apa yang difikirkan...
kenapa... ? :nyorok:


tak perlu hitung-hitungan, orang yg menghitung itu ditipu dengan fadilat, seorg abid yg sudah beribadah sebanyak 500 tahun, terkilan kerana Tuhan masukkan dia ke dalam syurga di atas Rahmat Tuhan, jadi dia minta balik hitung amalan dia selama dia hidup supaya berbaloi dan nampak ada gunanya ibadah dia selama beratus tahun itu. rupa-rupanya, bila dihitung-hitung, ibadah yg dilakukannya itu hanya setanding dengan sebelah mata yg Tuhan berikan kepadanya. Jauh sekalilah, setanding utk masuk ke syurga.

yg penting ibadah itu cuba diusahakan dengan melakukan seikhlas mungkin, dan bab mengenal IKHLAS atau tidak itu, adalah RAHSIA ALLAH. Kita sendiri tidak boleh tahu sama ada kita ikhlas atau tidak. Cuma org yg ikhlas itu hatinya hidup dan mereka mengenal Tuhan dengan matahati, bukan seperti ana yg buta hati ini.

wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2006 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 20-5-2006 08:35 PM


TAK MASUK dalam skrip ler pasal mutaah...lagipun Yazid kata dia dah ndak habis belajar dah, kena panggil balik, apa lak belum kahwin lagi, kan dalam skrip yazid dah kahwin...

Seri yg tak mah ...


suruh belanja kuih pau sardin lagi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 05:04 PM | Show all posts
Berkorban apa saja
agar islam mulia
tingkatkan iman dan taqwa
nilai hamba disisi Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2006 09:32 AM | Show all posts
Terigat novel Selamat Tinggal Duniaku.... cerita saidanafisah seorang budak dari peringkat sekolah ker Universti dan macam mana proses kesedaran yang Tuhan jadualkan dalam hidup dia... dan ujian beliau dalam jemaah ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 30-5-2006 05:56 PM
Seri terkenangkan perjalanan hidupnya selama ini. Dia sendiri tidak menyangka dirinya mampu berada di dalam kedudukan sekarang ini memandangkan persekitaran pembelajaran beliau di awal persekolahan ..Semenjak sekolah rendah lagi, beliau terpaksa menunggang basikal sejauh 2 kilometer untuk sampai ke tempat perhentian bas dan menaiki bas ke sekolah yang terletak sejauh 14 kilometer dari kampungnya. Seawal enam pagi, beliau akan mengayuh basikalnya seorang diri di dalam kedinginan dan kegelapan subuh di atas jalan tanah merah yang tidak bertar ..



Wah! Kira hebatlah tu!!:pmuka::pmuka::pmuka:

Ermm, sekurang2nya syukran hanya berbasikal 2 kilometer! Lepas tu dapat naik bas sejauh 14 kilometer:hatdown:

Apa2 pun terkenang juga daku sewaktu berada dialam remaja dahulu. Selepas kematian ayah ku ketika berada ditingkatan 5. Terus berbasikal kesekolah sejauh 12 kilometer semata2 tak mahu menyusahkan wang ibu! Waktu balik jangan kira lagi panas terik dan hujan yang menimpa!

Sekurang2nya menjadikan daku seorang yang berdikari dalam serba serbi! Tak pernah meminta wang pada orang lain! Pohon nyior, buah manggis,durian, pisang, asam keping dan ternakan ayam kampung jadi sandaran projek ekonomi sementara ada masa terluang!

Sedih membaca kisah Seri!!:pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 30-5-2006 05:56 PM

.Yang paling dia tidak lupa ialah satu perangainya yang suka tidur di dalam bas. Pernah pada satu petang sewaktu itu disekolahnya ada aktiviti petang, dia menaiki bas yang terakhir untuk balik ke rumahnya. Mungkin kepenatan kerana aktiviti sukan pada hari itu menyebabkan dia tertidur lena di dalam bas sehingga tidak sedar telah terlepas perhentian yang perlu dia turun. Sedar-sedar bas sudah berhenti diperhentian terakhirnya hari itu. Nasib baik pemandu bas itu kerana kasihan kepadanya sanggup untuk berpatahbalik untuk menghantarnya ke destinasi yang sepatutnya dia berhenti.
..



Hehehehehhehe:pray:

Syukran alhamdulilah. Mujurlah pemandu bas tak bawa pergi ketempat lain.:nerd:


Kalau tidak jadi kes haru!!!:ting:
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:58 PM | Show all posts
bila la tatie nak bubuh novel ni dalam pdf fail?

senang aku nak simpan.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 12-6-2006 09:21 AM
ermmm...sebenarnya senang cerita ler saiful...tatie tk berapa pandai prosedur ndak simpan dlm pdf fail..kena tanya pakar..kalau PM nak tolong ok gak..tapi PM pun sibuk sgt pi jalan kutip batu-batan la ni....

tapi insyaAllah, akan di pDF juga....cuma masa sahaja yg belum pasti...



mmm.... akan kutunggu.....

PM tengah bercuti tu sebab aku tengok ada jer dia berkeliaran kat sini.... Inilah masanya untuk engkau menuntut ilmu darinya... hehehee...



wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 9-9-2006 06:00 PM
ALAMAK....tajuk NOVEL ni adalah BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA ler....tolong perbaik semula yer pakmalau...


Saya dah editkan...

Dan saya dah split kan semua sampah sarap yg tak berkenaan dalam thread ni... dah bersih sikit dah.. dan dah kurang pages dah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 07:27 PM | Show all posts
Hmm... saya juga notice PM delete SEMUA posting beliau dalam thread ni, sehingga banyak quote nampak tergantung... jadi mana-mana posting yg quote posting PM yg dah tak wujud, jika ianya tidak berkaitan dengan thread ni, dah saya split kan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 9-9-2006 08:30 PM


tq..antique...:love:


Assalamualaikum..

Terima kasihlah kerana menyiarkan sebuah novel berbentuk Islam secara realiti mengantikan banyak-banyak novel yang dikarang secara alam fantasi!

Soalnya perlukah diceritakan bab pergaulan bebas antara lelaki dan wanita seperti mana yang lakarkan dalam novel Terhenti D iPersimpangan itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2006 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 21-8-2006 02:56 PM

Memang benar, mereka boleh menjalinkan persahabatan tetapi benarkah itu persahabatan dalam erti kata yang sebenarnya?....


Tuan Guru mana yang mengajar bahawa kaum wanita dan lelaki boleh menjalainkan persahabatan? Harap jangan mengelirukan pembaca!
:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 07:25 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 9-9-2006 11:17 PM



ooppsss lupa nak jawab..Rabiatul Adawiyah dan Hassan Basri adalah kawan sepengajian, selalu belajar sama-sama. Habis nak sebut istilah apa utk perhubungan mereka? tak salah ler kalau nak sebu ...


Saya tidak pasti mereka adalah kawan sepengajian! Namun mereka hidup pada zaman yang sama dan tinggal dikawasan yang sama.

Jika benar mereka sama2 belajar, adakah mereka berkawan dengan berpegang tangan, makan bersama, menaiki kenderaan bersama, berlepak bersama, saling bersenyuman bersama? Seperti mana insan-insan hero dan heroin dalam novel ini?

Setahu saya Rabiatul Adawiyah dia tidak melihat lelaki yakni dengan menunduk muka dan pehak lelaki pun tidak berpeluang melihatnya kerana dia memakai purdah atau burqa. ( Hanya dapat dilihat pada 2 biji mata jer ). Apatah lagi untuk memegang tangan nya dan seterusnya dengan saling berpelukan! Nauzubilah.

Harap berhati-hati dengan kenyataan awak. Kedua2nya adalah insan mulia dan menjaga syariat dalam setiap pergaulan. Jangan samakan akhlak hero dan heroin dalam novel awak tu dengan akhlak mereka!


:geram::nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 11:35 AM | Show all posts
Ini Novel Pertama dan Cerpen Pertama yang pernah sy hasilkan. Selama ini sy tidak punya masa untuk menulis dan berkarya kerana sy terlibat dengan dunia teknologi yg pure.

Terimakasih atas semua yang membaca kerana saya lihat hits di thread ini boleh tahan juga. Sy akan membina satu website khusus utk karya2 ini. Di sana sy akan terus berkarya insyaAllah.

Sy minta maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sy jika ada yg menyinggung pembaca sekalian menerusi hasil karya sy ini. Yang baik jadikan teladan dan yg buruk itu jangan jadikan ikutan.

Sebenarnya banyak yg sy pelajari semasa menulis novel ini, ada kebetulan yg tidk terjangka dan sebgnya. Setiap yg berlaku ada RAHSIA TUHAN yg tersendiri. Sy kira Seri dan Yazid sudah memilih jalan yang terbaik untuk mereka. Ia bukan sebuah cerita yang boleh diteka penamatnya sama ada ditamatkan dengan suka atau dengan duka. Penamatnya tiada, kerana selagi ada hayat, lingkaran kisah suka dan duka itu akan tetap berputar, pandai atau tidak mereka mengemudikan hati dan akal, itulah yang menjaminkan kebahagiaan atau kedukaan.

Selagi CINTA TUHAN adalah prioriti di atas segala cinta yang ada, maka kebahagiaanlah yang akan dikecapi, jika sebaliknya, maka penderitaan itu bukan sahaja di dunia ini tetapi membawa kepada akhirat juga.

Sekian. Dari saya, SeriHartatie,
Ampun Maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 10:27 AM | Show all posts
Di kesmpatan ini juga sy ingin mengucapkan terimakasih kepada PakMalau kerana masih meminjamkan pemaparan novel sy di dalam thread yg beliau sediakan dulu.

Terimakasih juga kerana memberi serba sedikit idea dan inspirasi utk sy menulis novel ini. Beliau memberi sy keyakinan bahawa minat penulisan boleh dipupuk walaupun sastera bukanlah bidang pengajian sy.
Mungkin pelajaran menerusi universiti  kehidupan membuatkan seseorang itu dapat juga menulis novel kerana belajar dengan kehidupan adalah pelajaran yang diamalkan kerana itu ia dinamakan pengalaman.  (pengajian dari alam tuhan).

Kerana itu sy meletakkan tajuk novel ini sebagai BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA, kerana ia lebih mirip kepada idea-idea yg digarap dari pengalaman yg ditulis dan dirasa oleh HATI.

Syukran, kerana sy merasakan pengalaman sy menulis novel ini sgt berharga dan sy harap sy akan terus berkarya tetapi di dalam garapan yg lebih halus dan memberi impak yg positif  kerana perjalanan hidup ini adalah dinamik dan penghijrahan ke arah penambahbaikan diri seharusnya akan berlaku dari masa ke semasa.

Selamat berpuasa dan menyambut hari raya.

Wassalam.

[ Last edited by  serihartatie at 25-9-2006 10:28 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.055908 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list